Khamis, 16 Disember 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


TRAGEDI HITAM - PAS

Posted: 15 Dec 2010 08:00 PM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Dis: PAS membantah syor pihak tertentu untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika keptusan penggantungan itu dilaksanakan, bermakna satu lagi tragedi hitam akan terpahat dalam demokrasi negara.

"Jika benar penggantungan ini akhirnya dilaksanakan, ianya adalah merupakan satu tragedi demokrasi di negara kita.

"Keadaan ini terjadi dalam keadaan pemimpin negara melaungkan hasrat untuk mengangkat kedudukan Parlimen Malaysia ke taraf antarabangsa, tetapi pihak yang sama juga terlibat dalam meruntuhkan institusi yang mewakili rakyat dalam negara kita ini," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, lebih malang apabila Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dinafikan hak untuk membela diri.

"Penafian hak ke atas Datuk Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Apa yang berlaku hingga kini katanya, kerajaan bukan sahaja gagal memberikan hujah balas, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan terhadap isu dibangkitkan Anwar sebelum ini.

"Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil," tambahnya lagi.

Menurut Islam, katanya, setiap pihak yang dituduh, wajib diberi hak membela diri.

Malah di zaman Rasulullah SAW sendiri, ujarnya sudah adanya pemisahan kuasa di antara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.

"Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah SAW adalah pemimpin ulung ummah," katanya.

Sehubungan itu, PAS tegasnya mahu kesilapan yang sedang berlaku dalam kes Anwar ini diperbetulkan segera.

"PAS ingin mempertegaskan bahawa kami bersama Pakatan Rakyat adalah secara konsisten menyertai sistem demokrasi dalam usaha membangunkan negara.

"Namun jika komitmen kami ini gagal dihormati, malah pihak pimpinan Barisan Nasional sengaja menutup pintu demokrasi ini, kita tidak mampu memberi jaminan bahawa rakyat akan terus bersama dapat menghormati sistem ini," tegasnya./Harakahdaily

KECUT PERUT UMNO BILA ANWAR TURUN MENEMUI RAKYAT

Posted: 15 Dec 2010 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TAPAK Pasar Malam Taman Melati, Wangsa Maju, KL malam tadi telah diadakan ceramah umum yang dihadiri oleh Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim beserta beberapa pimpinan PR. Sebelum ini diberitakan ceramah tersebut tidak mendapat permit oleh pihak Polis atas alasan `ketenteraman awam dan keselamatan'.

Namun demikian, pihak Penganjur tetap juga untuk mengadakan ceramah yang dirancang dan memberi jaminan bahawa keselamatan sepanjang ceramah tetap terjamin. Akhirnya, mahu tidak mahu pihak Polis membenarkan ceramah tersebut tetapi mesti berakhir pada jam 10.30 malam. Bayangkan demokrasi yang diamalkan di negara ini. Mereka setiap hari melalui media letronik dan media cetak mengecam DS Anwar habis-habisan, tetapi takut untuk mendengar jawapan dari DS Anwar. Betapa baculnya golongan ini untuk menghadapi kebenaran.

Usahkan mahu berdebat secara anak jantan di khalayak ramai atau melalui TV, untuk memberi ruang kepada DS Anwar menjawab tuduhan mereka di hadapan rakyat pun mereka gentar. Mereka sentiasa mahu agar rakyat terus diperbodohkan oleh media pencacai yang mereka kuasai, masalahnya rakyat sudah serik untuk menjadi bodoh seperti mereka yang masih bodoh itu. Syabas kepada DS Anwar yang nekad untuk terus berjumpa rakyat bagi menjawab segala tuduhan puak yang tidak habis-habis berdendam dengan Ketua Pembangkang ini.

Pelik juga, mengapa pihak Polis begitu `Wala' dengan arahan yang tidak masuk akal itu? Adakah ceramah malam tadi kecuh atau berlaku pergaduhan? Adakah di dalam ceramah malam tadi ada berlakunya budak yang kena tembak seperti Aminurrasyid? Semuanya berjalan dengan baik, walaupun ribuan yang sempat datang ke tapak ceramah untuk mengejar waktu sebelum jam 10.30 malam. Hairan juga, jika konsert maksiat atau Jom Heboh boleh pula sehingga lewat malam walaupun terbukti berlaku maksiat di dalamnya, termasuk kumpulan mat rempit yang berlumba setelah selesai konsert. Ini lah yang pelik dalam negara `ketuanan Melayu' ini.

Saya berharap tidak kira Polis atau mana-mana kakitangan awam dan seluruh rakyat berfikir kembali sampai bila fikiran kita mahu dijajah untuk kepentingan puak-puak yang takut kehilangan kuasa ini. Kita semakin dihimpit oleh kesusahan dengan kenaikan harga barang, dan sering tertipu dengan janji pemimpin di atas. Kenaikan harga barang tidak mengecualikan sesiapa walaupun di kalangan anggota keselamatan sekalipun. Jika semua Polis itu senang, masakan ada segelintir Polis yang sanggup melakukan rasuah. /wfauzdin.blogspot.com

MENGAPA BAPA SAIFUL MENGGELABAH ?

Posted: 15 Dec 2010 09:18 AM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA sudah tertekan, bapa kepada mangsa kes liwat Saiful Bukhari yang melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan. Mengapa mahu dipercepatkan?

Mengapa bapa pemuda yang mengaku tidak basuh duburnya beberapa hari itu tertekan? Adakah jika lewat kes ini selesai maka `payment' lewat juga diterima? Atau kedua beranak ini tidak sanggup lagi berkurung di dalam rumah akibat malu berhadapan dengan masyarakat yang memandang jijik pengakuan anaknya? Bak kata orang, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Maka, tanggung sahajalah. Berani buat, berani tanggung.

Masalah kes ini cepat atau lewat tidak penting, yang pentingnya kes ini diadili dengan betul untuk memberi keadilan kepada sidituduh mahu pun mangsa. Adakah kes yang sedang dibicarakan sekarang kelihatan adil? Mengapa beliau tidak mengadu kepada DYMM YDP Agung mengapa mahkamah tidak membenarkan beberapa dokumen penting yang diperlukan oleh DS Anwar seperti laporan klinikal diserahkan kepada pihak Pembela agar kes ini lebih cepat diselesaikan secara adil?

Mengapa bapa Saiful tidak merayu agar kes yang menimpa anak kesayangannya itu disebut di Mahkamah Syariah kerana ianya melibatkan salah laku `suka sama suka' (mengikut Pertuduhan) sesama orang Islam? Beliau sepatutnya merayu agar perundangan mengikut Islam dikuatkuasakan kerana perundangan Islam dijamin memberi keadilan kepada anaknya. Sewajarnya bapa Saiful ini merasa gembira kerana seluruh jentera kerajaan, media termasuk beberapa pihak asing mempercayai `hayalan' anaknya itu bahawa beliau telah diliwat.

Lojiknya DS Anwar yang sepatutnya merasa tertekan kerana seluruh media di bawah Umno, termasuk pihak luar yang memberi gambaran seolah-olah sememangnya beliau bersalah. Namun, kita lihat DS Anwar tenang menghadapi semua tekanan ini malahan beliau bertambah semangat untuk melawan kerja jahat mereka itu. Ketenangan DS Anwar di samping majoriti rakyat yang cerdik berfikir yang menolak segala fitnah jahat ini menunjukkan bahawa kebenaran tetap mengalahkan kebathilan. Orang yang merasa bersalah sudah pasti tertekan, dan nampaknya bukan Saiful sahaja yang tertekan bahkan bapanya juga.

Oleh itu, tidak perlulah bapa Saiful menunjukkan kegelabahannya. Mungkin sekarang beliau sudah merasa menyesal dengan apa yang telah dilakukan oleh anaknya. Tidak berbaloi sekiranya dua beranak ini mendapat imbuhan walau sebanyak mana pun kerana maruah diri tidak boleh dinilai dengan wang ringgit./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: