Khamis, 16 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Pandikar Amin Urus Parlimen Macam Budak Tadika

Posted: 16 Dec 2010 12:36 AM PST

Perkara 44: 'Gantung' semua MP Pakatan

Semua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini keluar dari Dewan Rakyat selepas Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat.

Perkara 44 (4) antara lain memberi kuasa kepada Speaker 'menggantung' ahli parlimen yang ada dalam dewan dengan menyebut nama ahli parlimen tersebut.

Speaker sewaktu kekecohan sedang berlaku, didakwa membuat ugutan terhadap ahli parlimen Pakatan Rakyat dengan mendakwa akan membaca senarai nama semua ahli parlimen pakatan kerana tidak mengendahkan arahannya.


Beliau juga dilihat mengarahkan dan meminta setiausaha dewan mendapatkan senarai nama ahli parlimen Pakatan Rakyat untuk dibaca.

Ekoran itu, dalam keadaan dewan terus kecoh, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan sebagai protes kepada tindakan Speaker itu.

Bagi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, tindakan Speaker itu menggambarkan kelemahan beliau mengawal keadaan dan berniat untuk menggantung semua wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika diminta mengulas perkara itu pula berkata, episod yang berlaku hari ini sangat malang dan memalukan.

"Kita minta Speaker membuat beberapa rulling sebelum perbahasan tetapi tidak diendahkan.

"Tetapi oleh kerana dia gagal mengawal keadaan, dia menggunakan kuasanya menggunakan perkara 44 Peraturan Mesyuarat untuk menekan dan mengugut MP Pakatan untuk menggantung mereka walaupun tidak menyebut tempoh," katanya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula turut melahirkan rasa kecewa di atas apa yang berlaku di dewan rakyat hari ini apabila Speaker bertindak demikian.

"Kita lihat Speaker guna perkara 44, kita tidak dengar tadi dia guna ke tidak sebab suasana sangat kecoh.

"Kita akan cuba mendapatkan kepastian setiausaha dewan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Kekecohan hari ini berlaku ekoran MP Pakatan Rakyat membantah usul untuk menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Subang, Gombak dan Bukit Gelugor.

Sehubungan itu, semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bertindak keluar dewan tidak akan meneruskan persidangan hari ini.

Untuk rekod, hari ini adalah hari terakhir Persidangan Dewan Rakyat untuk Penggal ke-3 Parlimen ke-12 dan akan disambung semula Mac 2011.

Parlimen Aku Yang Punya - Speaker

Posted: 15 Dec 2010 08:02 PM PST


Akhirnya kesemua mereka ini digantung dari Parlimen kepunyaan mak bapak umno/bn

Ngobalakrishnan Pendekar Aman Mulia had a choice to be Good or Bad ,,, he chose to destroy Parliament Democrazy 2 minutes ago · reply


LatheefaKoya Parlimen hari ini gantung Anwar utk 6 bulan. Azmin, Sivarasa, Karpal juga digantung. Ini taktik jahat BN utk dpt majoriti 2/3 di Parlimen 7 minutes ago · reply



Parlimen - Akhirnya Anwar Digantung 6 Bulan

Posted: 15 Dec 2010 07:51 PM PST



Parliament suspends Anwar Ibrahim for 6 months over APCO issue.

All Pakatan MPs walked out from Dewan as motion to suspend Anwar was passed without debate.

Karpal Singh says to take Dewan Rakyat Speaker to court over misuse of power in suspending PR lawmakers. - MI Tweets

Laporan Langsung Dari Parlimen

Posted: 15 Dec 2010 07:36 PM PST

LAPORAN LANGSUNG

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.28am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.25am: Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.

Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya "undur diri" kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana "kepentingan lain".


11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan "Apco-Umno" semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit "Apco-Umno" berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Kecoh Di Parlimen.. Speaker Berbohong.

Posted: 15 Dec 2010 07:28 PM PST

Dewan Rakyat: Kecoh di dalam, tegang di luar...

Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.


Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

Fitnah Ke Atas Tok Guru Nik Aziz Tak Kesampaian

Posted: 15 Dec 2010 07:24 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, kedua-dua kes itu berhubung dakwaan yang Nik Abdul Aziz menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji dan pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK.

Menurutnya, pejabat Peguam Negara (AG) telah meneliti laporan siasatan yang dijalankan SPRM dan berpendapat bahawa pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK (ditukar dari ketua pegawai operasi kepada CEO) lebih kepada pertukaran nama jawatan.

Jelasnya, berdasarkan enakmen PMBK, menteri besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangannya.


"SPRM juga meneliti laporan siasatan terhadap Nik Abdul Aziz yang dikatakan menerima suapan berupa pakej mengerjakan haji pada 2009 bernilai RM65,000 daripada pemilik sebuah syarikat.

"Selepas siasatan dijalankan dan diteliti oleh AG, diputuskan tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana berdasarkan keterangan yang diperolehi, Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos mengerjakan haji tersebut.

"Perjalanan untuk mengerjakan haji juga tidak dilaksanakan dan oleh yang demikian, kedua-dua kes berprofil tinggi melibatkan Menteri Besar Kelantan itu dan menantunya ditutup," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau dan beberapa Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM mengadakan mesyuarat di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Jalan Duta di sini.

SPRM pada hujung tahun lalu membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi, sementara Nik Abdul Aziz pula disiasat atas pengakuannya bahawa beliau dan keluarga menerima tajaan haji bernilai RM65,000.

Dalam pada itu, Hadenan memberitahu bahawa SPRM turut menutup kes penyelewengan kuasa dan rasuah ke atas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Ka Siong dikatakan gagal mengisytiharkan dirinya sebagai pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perunding.

"Hasil siasatan SPRM dan penelitian AG, tiada pendakwaan dibuat kerana Ka Siong telah melepaskan semua jawatannya sebagai pengarah dalam syarikat berkenaan.

"Beliau (Ka Siong) juga telah mengisytiharkan segala hartanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Anwar Setuju Dengan Tindakan Bapa Saiful Bukhari

Posted: 15 Dec 2010 05:29 AM PST

Liwat II : Anwar sokong minta campur tangan Agong

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menghalang keluarga pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan meminta campur tangan Yang Dipertuan Agong supaya menyegerakan perbicaraan kes tersebut.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan itu wajar disokong kerana sudah sampai masanya peranan institusi mahkamah diperbetulkan dan bebas daripada sebarang karenah birokrasi.

"Saya setuju telah sampai masa dan ketikanya institusi yang kita muliakan sebagai tunggak perlembagaan negara melihat karenah proses mahkamah sekarang ini.

"Saya tidak ada masalah menyegerakan semua ini cuma yang melambatkan ialah kerana dokumen tidak diberikan, nota doktor sampai sekarang tidak diberikan,senarai saksi belum diberikan.Kalau mahu menyegerakan kita setuju," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau juga berkata, kes beliau tidak harus dibezakan dengan kes-kes yang lain yang mana semua bahan bukti boleh dikemukakan.

"Pilih hakim yang benar, berani dan adil dan bebas dan pendakwa yang profesional, beri bahan bukti dan keterangan seperti mana dalam kes jenayah lain yang biasa.

"Dalam kes ini, inilah kali pertama di mana nota doktor disekat begini rupa dan bukti tidak dibawa, spesimen DNA sila kemukakan dan kita boleh segerakan," katanya.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamir Khir Baharom yang mebuat bantahan terhadap permohonan beliau supaya Saiful didakwa mengikut qazaf.

"Kedudukan mahkamah syariah jangan dikhianati oleh menteri agama Datuk Jamil Khir. Mengapa pendakwaan ditahan?

"Saya ada kertas pendakwaan tapi Datuk Jamil Khir,Menteri agama Umno mengkhianati tugas dan amanah ini dan mencemarkan nama baik mahkamah syariah dan kedudukan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua agama Wilayah Persekutuan.

"Bolehkah seorang menteri Umno guna kuasa menyekat pendakwaan? Kalau betul nak guna jasa baik campur tangan Yang Dipertuan Agong, sila betulkan fitnah jahat pendakwaan di Mahkamah Sivil.

"Pendakwaan ditahan oleh menteri agama Umno yang sepatutnya faham agama dan Islam dan mahkamah syariah yang mendakwa kononnya merekalah tunggak yang mempertahankan syariah Islam," katanya.

April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Semalam Azlan Mohd Lazim menyerahkan surat luahan hati kepada YDPA untuk menarik perhatian baginda supaya kes yang dibicarakan disegerakan.

Tiada ulasan: