Khamis, 16 Disember 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Selangor Akan Tarik Balik Lesen SYABAS

Posted: 16 Dec 2010 12:56 AM PST

Kerajaan Negeri tarik balik lesen Syabas

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri akan menarik balik lesen yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berikutan keengganan syarikat tersebut untuk menghentikan Tabung Budi di negeri ini.

Menurutnya, kerajaan tetap dengan pendirian untuk menguruskan air dan menunggu jawapan Syabas serta menunggu masa yang sesuai untuk mengambil tindakan tersebut melalui tindakan mahkamah.

"Kebajikan kepada rakyat dilakukan oleh Kerajaan Negeri," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, Syabas tidak mengikut kehendak Kerajaan Negeri dan perjanjian sebelum ini boleh dibatalkan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengurusan sampah di negeri ini, Abdul Khalid memaklumkan sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk kutipan sampah di seluruh negeri ini bagi memastikan masyarakat di negeri Selangor dapat hidup dalam keadaan bersih.

Abdul Khalid berkata, walaupun jumlah besar telah dikeluarkan namun masih banyak aduan yang diterima daripada masyarakat di negeri ini mengenai sampah.

Menurutnya, antara aduan yang diterima ialah banyak kawasan yang tidak dibersihkan, sampah tidak dikutip dan longkang tidak dijaga.

"Walaupun hasil kutipan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini melebihi RM1.2 bilion tetapi kos kutipan yang dibelanjakan untuk mengutip sampah ialah RM400 juta.

"Kita mengambil kira hal ini dan perjanjian dibuat untuk kita lihat perkembangan Alam Flora dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab ini tiap-tiap bulan," katanya.

Abdul Khalid berkata, pihaknya akan membuat pilihan yang terbaik untuk memilih siapa yang layak untuk mengutip sampah di negeri itu pada masa akan datang supaya ia dapat memberikan manfaat kepada masyarakat Selangor. -SH

Cari Kerbau Jumpa Mayat

Posted: 15 Dec 2010 11:00 PM PST

JITRA: Seorang pemuda yang mencari kerbau milik bapanya di ladang getah berhampiran Kampung Nyior Kelubi, di sini, kelmarin terkejut apabila mendapati objek yang disangkanya bangkai kerbau sebenarnya mayat manusia.

Mayat yang masih berpakaian lengkap berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu ditemui tertiarap di atas pelapik plastik hitam oleh lelaki terbabit kira-kira jam 3.30 petang.

Izham Daud, 21, berkata pada mulanya dia terhidu bau busuk seperti bangkai dan cuba menjejaki bau berkenaan di ladang getah itu sebelum menemui mayat lelaki yang sudah berulat dan dihurung lalat.

Katanya, dia kemudian menghubungi bapanya dan polis untuk memaklumkan penemuan itu.

"Mulanya saya ingat bangkai kerbau sebab saiznya yang besar, tetapi apabila menghampiri pada jarak kira-kira 20 meter saya dapati objek itu sebenarnya mayat manusia.

"Saya nampak ada kesan cedera di belakang leher mangsa, tetapi tak berani mendekati kerana terlalu takut.

"Saya rasa mangsa sudah meninggal dunia beberapa hari lalu disebabkan baunya yang begitu meloyakan selain ulat yang banyak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Anggota polis yang tiba tidak lama kemudian memeriksa kawasan itu dan menemui beberapa dokumen serta beberapa peket dipercayai dadah berhampiran mayat terbabit.

Izham berkata, dia jarang ke ladang getah itu dan hanya ke situ untuk mencari lebih 100 kerbau milik bapanya yang dilepaskan.

"Kawasan ini jarang dilalui orang jika ada pun hanya penoreh, tetapi tak sangka saya pula menemui mayat di sini," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Kecoh Di Parlimen, 4 MP Pakatan Rakyat Digantung

Posted: 15 Dec 2010 09:52 PM PST

Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.

"Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan," kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa.

Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej "mahkamah kanggaru" ke dalam Dewan Rakyat.

Kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas usul menggantung Anwar diluluskan.

TERKINI:

Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan usul penggantungan selama enam bulan ke atas Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR- Gombak)

Sewaktu usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu dibahaskan, semua ahli parlimen bertindak memulaukannya dengan dengan keluar dewan.

Malaysiakini melaporkan Dewan Rakyat hari ini terus kecoh sebelum usul bagi menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan.

Anwar dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terus bertikam lidah dengan ketua umum PKR itu menuntut hak untuk membela diri berhubung dakwaannya yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Pandikar berkata Anwar telah diberikan seminggu untuk menjawab dakwaan berkenaan dan kenyataannya itu mencetuskan kemarahan daripada ahli parlimen pembangkang.

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali terus bangkit dan menafikan bahawa Anwar diberi peluang membela dirinya.

Hari ini adalah hari terakhir sidang parlimen sesi ini dan 11 rang undang-undang yang sepatutnya dibahaskan telah tunda pada sidang baru yang dijadualkan pada Mac depan.

Di luar bangunan Dewan Rakyat, terdapat anggota polis yang luar biasa ramainya serta sekurang-kurangnya lima kereta peronda mengawal keadaan.

Dianggarkan kira-kira 40 anggota polis berada di sepanjang jalan menuju pintu pagar parlimen.

Sekatan polis juga dibuat kira-kira 20 meter daripada pintu masuk parlimen.

LAPORAN LANGSUNG

11.43am: Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar berkata perarakan akan diadakan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat Suhakam, yang terletak kira-kira dua kilometer.

Namun, kira-kira 40 anggota polis berada dalam keadaan bersiap-sedia.

11.33am: Hujan renyai di luar bangunan Parlimen.

11.32am: Perbahasan mengenai usul kedua dimulakan oleh Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud).

Beliau menuduh ketiga-tiga ahli parlimen itu membuat interpretasi Peraturan Dewan mengikut agenda politik mereka.

11.30am: Nazri mengusulkan usul kedua untuk menggantung tiga lagi ahli parlimen - R Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (PKR-Gombak) and Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

11.29am: Ahli parlimen pembangkang melaungkan "Bohong, Bohong!" Anwar meninggalkan Dewan dan diikuti oleh semua ahli parlimen pembangkang.

11.25am: Pandikar memutuskan untuk menguatkuaskan Peraturan 44. Beliau mengarahkan setiausaha dewan untuk membekalkan setiap nama ahli parlimen yang mengengkarinya supaya mereka juga boleh dihgantung.

11.28am: Pandikar mengugut untuk mengadakan undian tanpa perbahasan. Azmin Ali (PKR-Gombak) menuntut untuk tahu peraturan mana yang akan digunakan oleh speaker untuk mengadakan undian tanpa perbahasan.

Pandikar kemudian memutuskan undian dijalankan tanpa perbahasan. Usul menggantung Anwar diluluskan dengan suara majoriti.

11.20am: Pandikar mengarahkan Khairy supaya meneruskan perbahasan mengenai usul berkenaan tetapi laungan "Apco-Umno" terus menenggelamkan suaranya.

Sepanduk sekali lagi dinaikkan dan ada ahli parlimen yang menjerit "mentaliti buruk".

11.17am: Sivarasa (PKR-Subang) mendesak speaker Pandikar supaya "undur diri" kerana percanggahan kepentingan dalam isu berkenaan.

Beliau disokong oleh M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang juga berkeras mahu Pandikar mengundurkan diri dan mempersoalkan sama ada tindakan speaker itu kerana "kepentingan lain".

11.08am: Pandikar mempersilakan Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) untuk memulakan perbahasan. Namun suaranya juga tenggelam. Ahli parlimen pembangkang menaikkan sepanduk dengan tertera perkara "kangarroo", "BN Sokong Apco", "Apco", "Selamatkan Dewan, Hidup Ketua Pembangkang."

11.04am: Nazri mohon supaya Anwar digantung dari Dewan Rakyat. Namun suaranya timbul tenggelam akibat kekecohan dengan laungan "Apco-Umno" semakin lantang. Nazri berkata Anwar telah memperdayakan Dewan Rakyat berhubung isu Apco.

11am: Pemimpin parlimen BN, Dartuk Seri Mohd Nazri Aziz membentangkan usul untuk menggantung Anwar di sebalik protes daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terus menjerit "Apco, Apco". Ini memaksa Nazri menghampiri pembesar suara dan meninggikan suaranya namun terus ditenggelami oleh jeritan ahli parlimen pembangkang.

10.55am: Bantahan daripada pembangkang berterusan, Pandikar mencadangkan mereka membuat usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan dan interprestasinya berhubung Peraturan Dewan.

Azmin terus bangkit lagi dan berkata, "Tetapi awak tidak mahu terima usul kami!"

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain kemudian menjerit "Apco-Umno" berulang-kali dan menaikkan sepanduk untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.


Ibu Dan Anak Perempuannya Dipenjara Kerana Mencuri

Posted: 15 Dec 2010 08:00 PM PST

Ibu, anak perempuan belajar jadi penyamun melalui majalah

KOTA BHARU: Seorang ibu dan anak perempuannya menangis selepas dijatuhi hukuman penjara semalam, setelah mengaku bersalah dan memberitahu mahkamah belajar menyamun daripada sebuah majalah mingguan tempatan.

Tertuduh, Che Rosnani Mohd Rawi, 47, dan anak sulungnya, Shazrina Shariz Kamaruzaman, 29, masing-masing dipenjara lima dan enam tahun selepas mengaku bersalah merompak dua rantai tangan, dua cincin, tiga rantai leher emas, sebuah telefon dan wang tunai bernilai RM20,000 daripada seorang pemilik kedai jahit, Asmah Ibrahim, 61.

Dua beranak itu menyamun mangsa di Rumah Tamu Impiana dekat Flat Hijau Bandar Baru Kubang Kerian, antara jam 3 hingga 3.30 petang pada 1 Disember lalu. Mereka didakwa melakukan jenayah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hazimah Ghazali, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Dasuki Ali, manakala dua beranak itu tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, jam 2.40 petang 1 Disember lalu, ketika mangsa berada di kedai jahitnya, tertuduh kedua yang memperkenalkan diri sebagai Juriah, mengajaknya ke rumah di Flat Hijau untuk mengukur langsir.

Mangsa kemudiannya pergi ke rumah berkenaan untuk mengukur tingkap dan pintu bilik dan ketika itu, tertuduh kedua menyemburkan sesuatu ke arah mata sehingga menyebabkan pengadu tidak dapat melihat.

Tertuduh pertama kemudiannya menyumbat mulut mangsa dengan kain, manakala anaknya mengikat tangan sebelum menyerkup kepala dengan baldi dalam bilik air.

Dasuki ketika penghakimannya berkata, tertuduh tidak seharusnya menjadikan majalah atau bahan bacaan sebagai bahan untuk mencontohi perlakuan jenayah.

Che Rosnani yang mempunyai sembilan anak memohon hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan perbuatannya itu dilakukan dalam keadaan terdesak kerana dibebani hutang.

Sementara itu, Shazrina Shariz yang mempunyai enam anak mengemukakan alasan terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup selepas suaminya ditahan di pusat tahanan Simpang Renggam, Johor.

Selangor & Pulau Pinang Diantara Penyumbang Terbesar FDI Negara

Posted: 15 Dec 2010 07:00 PM PST

Selangor kekal destinasi pelaburan utama

Prestasi pelaburan negeri Selangor dari Januari hingga September lalu, sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM6.533 billion.

Jumlah pelaburan sepanjang tempoh tersebut, melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, sebanyak RM2.757 billion atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3.775 billion adalah pelaburan asing.

Jumlah pelaburan tersebut melibatkan 245 projek yang telah diluluskan, yang mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 38 peratus atau 154 projek adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion.

Manakala 91 projek atau 62 peratus merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.

"Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31 peratus jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang," katanya.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion, diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta.

Bagaimanapun, tegas menteri besar, dari segi bilangan projek, Singapura mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 projek.

Pada 2009, katanya, Selangor berjaya memperoleh 138 projek dengan pelaburan RM2.718 bilion dan menyediakan 11,059 peluang pekerjaan.

Peningkatan jumlah pelaburan ini membuktikan keyakinan pelaburan terhadap Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia, jelas Abdul Khalid.

"Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah pro-aktif dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan perindustrian sedia ada.

"Anak syarikat kerajaan negeri, SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre ) juga sering mengadakan pertemuan-pertemuan dengan para pelabur bagi berbincang secara terus berhubung isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur untuk diselesaikan segera.

"Kerajaan negeri akan terus mempergiatkan lagi usaha mempromosi selangor sebagai negeri perindustrian dan pelaburan dalam memastikan sektor ini terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ekonomi negeri seterusnya berjaya mencapai prestasi pelaburan yang disasarkan," tambahnya. -MI

Video Lucah Pelajar Sek Rendah Tersebar Melalui Handfon

Posted: 15 Dec 2010 06:02 PM PST

Gempar aksi panas 2 beradik

MEMALUKAN...aksi dua remaja dipercayai adik-beradik tersebar melalui telefon bimbit.

BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini.

Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun.

Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah.

"Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya.

"Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini," katanya, semalam.

Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah.

"Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa.

"Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa," katanya.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi 'wabak' yang sukar dikawal. -hm

Pesawat Bawa Ali Rustam Ditahan Di Indonesia

Posted: 15 Dec 2010 04:35 PM PST

Kesilapan ejen punca jet VIP ditahan

KUALA LUMPUR: Tindakan Tentera Nasional Indonesia (TNI) menahan pesawat sewa khas membawa rombongan kerajaan negeri Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya, kelmarin bukan kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan ruang udara negara jiran itu.

Sebaliknya, pesawat milik Heritage Airlines, BAE 146-200 itu ditahan kerana kegagalan ejen dilantik menyiapkan permit mendarat di lapangan terbang itu, untuk mengisi minyak ketika dalam penerbangan pulang dari Dili, Timor Leste.

Ketika ditahan, pesawat itu membawa rombongan 82 orang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan dalam perjalanan pulang selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Timor Leste atas jemputan Presiden Jose Ramos Horta.

Pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam, jam 6 petang kelmarin. Akibat penahanan itu, ia hanya tiba di sini jam 2.15 pagi semalam.

Ketua Canseri Kedutaan Malaysia di Jakarta, Raja Reza Raja Zaib Shah yang dihubungi semalam mengesahkan penahanan itu, namun urusan mendapatkan kebenaran pesawat meninggalkan Indonesia diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Luar Indonesia dan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI).


TNI: Pesawat Itu Bawa Keluarga Kerajaan

JAKARTA, KOMPAS.com - TNI menahan pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 karena telah memasuki wilayah Indonesia tanpa izin resmi. Pesawat tersebut kini ditahan di Bandara Internasional Juanda.

"Pesawat yang membawa 81 penumpang termasuk kru pesawat itu, berangkat dari Dili Timor Leste," kata juru bicara TNI Laksamana Pertama TNI Iskandar Sitompul di Jakarta, Selasa (14/12/2010). Pesawat tersebut kata dia mendarat di Bandara Internasional Juanda Surabaya pada 12.45 WIB.

Saat dikonfirmasi, ia mengatakan, dari 81 penumpang, sebagian besar anggota keluarga Kerajaan Malaka. Enam di antaranya termasuk seorang pejabat negara Malaysia telah bertolak ke Malaysia menggunakan penerbangan komersial.

"Sementara pesawat dan penumpang lainnya masih ditahan di kantor imigrasi setempat, sampai izin keamanan dari pemerintah dan militer Indonesia keluar," katanya.

Iskandar mengemukakan, pengeluaran izin terhadap pesawat asing dilakukan oleh BAIS TNI dan kini tengah dilakukan koordinasi dengan Kementerian Luar Negeri untuk segera dikeluarkan izin bagi pesawat Malaysia tersebut.

"Diharapkan, malam ini izin bisa dikeluarkan dan pesawat Malaysia dapat segera dipulangkan ke Malaysia," katanya.

Iskandar mengatakan, penerbangan yang dilakukan terhadap pesawat Malaysia tersebut merupakan pelanggaran wilayah dan kedaulatan Indonesia karena tidak mengantongi izin resmi sebelumnya dari otoritas Indonesia. -kompas.com



[Bergambar] Rumah Allah Di Lokasi Menakjubkan

Posted: 15 Dec 2010 03:23 PM PST

Masjid - adalah Rumah Allah. Di mana ada umat Islam sepastinya di situ terdirinya masjid.

Beratus-ratus malah beribu-ribu masjid kita temui, namun terdapat masjid-masjid yang letaknya di lokasi yang menakjubkan. Ia menandakan bahawa sepastinya di situ adanya umat Islam yang menunaikan ibadahnya kepada Allah.

Di entri kali ini GB paparkan beberapa masjid yang terletak di lokasi-lokasi yang menakjubkan di seluruh dunia. Sama-sama kita saksi dan hayatinya. Dan bila berkesempatan nanti, mana tahu jika Allah izinkan tuan-tuan ke sana... carilah masjid-masjid itu.


-Kutub Utara (Arctic)

Bagaimana rasanya hidup di Kutub Utara dalam kondisi cuaca yang berubah-ubah kerana Global Warming atau Pemanasan Global yang terjadi saat ini?



Ajukan pertanyaan tersebut pada Mukum Sidikov, pengurus satu-satunya masjid di Kutub Utara. Saat ini, jumlah Muslim di Norilsk yang merupakan Kota paling utara di permukaan bumi, menurut Mukum Sidikov tidak kurang dari 50.000 jiwa dari 210.000 jumlah populasi yang ada di sana. Tapi sejak beberapa waktu lalu, keinginan penduduk Muslim untuk datang ke Norilsk menurun, tidak seperti beberapa waktu sebelumnya.

Salah satu penyebabnya adalah, cuaca yang sangat buruk juga sangat mempengaruhi minat ke wilayah yang masuk bagian kutub utara ini. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun. Tidak saja kaum Muslim, tapi juga kaum lain. Bayangkan saja, cuaca di Norilsk bisa sangat dingin, sampai 50 derajat Celcius di bawah nol.




-Kutub Selatan (Antartica)

Tempat terdingin di muka bumi ini sebahagian besar tertutup es sepanjang tahun. Dengan luas 13.200.000 km², Antarktika adalah benua terluas kelima setelah Eurasia, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan namun populasinya terkecil jauh di bawah yang lain. Antarktika adalah tempat terdingin di Bumi dengan suhu mencapai -85 dan -90 derajat Celsius di musim dingin dan 30 derajat lebih tinggi di musim panas.



Diperkirakan terdapat sekitar 1.000 orang tinggal di Antarktika dalam satu waktu namun bergantung juga terhadap musim. Orang yang tinggal di Antarktika biasanya menggunakan zon waktu negara asalnya. Ditempat seperti ini apakah ada rumah Allah? Jawabannya ada,satu satunya Islamic Centre yang bernama Muslim Eskimos Community Center, terletak di 3 Amundsen Scott Station South Pole, South Pole – Amundsen-Scott Station South Pole, Antartica. Selain digunakan untuk beribadah, Islamic Centre ini juga digunakan untuk membantu orang yang ingin mengetahui tentang Islam.

-Alaska

Alaska adalah salah satu negara bahagian Amerika Syarikat. Menurut luas wilayah, Alaska adalah negara bahagian AS yang terbesar, dan terkaya sumber alamnya. Alaska tidak tersambung dengan wilayah AS Daratan sehingga ia merupakan sebuah eksklave. Mungkin kerana letaknya yang jauh, dan terbatasnya prasarana perhubungan, biaya hidup masyarakat Alaska (khususnya harga bahan-bahan keperluan pokok) adalah yang tertinggi di Amerika.



Muslim di Alaska berjumlah sekitar 2000 sampai 3000 dan dalam waktu tidak lama lagi di Alaska akan dibangunkan sebuah Masjid pertama di Anchorage, Alaska. Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah Mushola kecil di Anchorage.



-Gibraltar



Gibraltar adalah sebuah wilayah luar negeri Britania Raya. Ia terletak di bahagian barat daya Eropah, tepatnya di bahagian selatan pesisir Sepanyol, suatu lokasi strategis di Selat Gibraltar yang menghubungkan Samudra Atlantik Utara dan Laut Mediterania. Disamping pesona keindahan yang bisa kita lihat di Gibraltar,terdapat sebuah Masjid yang juga indah di tempat ini yang bernama Ibrahim-al-Ibrahim Mosque. Terdapat sekitar 2000 penduduk muslim di gibraltar,dan Masjid ini menjadi tempat bagi kaum muslim untuk beribadah dan melaksanakan kegiatan agamanya.



-Tromso (Arctic Circle)

Kota Tromsø merupakan kota terbesar di wilayah paling utara Norwegia. Kota ini terkenal sebagai salah satu kota pariwisata di Norwegia kerana mempunyai beberapa daya tarik tersendiri untuk dikunjungi, khususnya kerana letak geografisnya yang berada di Arctic Circle atau sekitar 2000 km dari kutub utara. Di musim dingin kota Tromsø merupakan salah satu lokasi terbaik untuk mengamati Aurora Borealis (Northern Light) dan suhu disini bisa mencapai minus 44 derajat celcius. Per 1 Januari 2009 tercatat penduduk kota Tromsø berjumlah 66.513 jiwa dan sekitar 800 orang dari jumlah tersebut adalah umat muslim.

Dengan jumlah penduduk muslim yang terus bertambah, keberadaan masjid tidak hanya sebatas sebagai rumah ibadah, tapi juga pusat kegiatan dakwah keislaman di kota yang majoriti penduduknya adalah umat kristiani ini. "Alnor Senter" Masjid yang berbentuk bangunan rumah ini kiranya menjadi jawaban akan kebutuhan ini.

Rumah Allah di Kota Tromso (Alnor Senter)



-Kyushu Island



20 Mac 2009 Haru dan bahagia bercampur dalam suasana solat jum`at pertama di mesjid pertama yang dibangun di pulau Kyushu, pulau selatan di bumi sakura. Jepang adalah negara dengan majoriti penduduknya sekitar 80% penganut Shinto atau Budha, walaupun pada kenyataannya mereka majoriti tidak peduli tentang agama dan hidup dalam materialistik. Sekitar 70.000 dari 120 juta penduduk Jepun adalah pemeluk Islam.

Pulau Kyushu adalah pulau ketiga terbesar di Jepun dengan Fukuoka sebagai pusat kota. Rasa syukur semakin besar ketika suara adzan diperbolehkan keluar masjid, padahal sebelumnya ditentang oleh penduduk setempat. Biarkan nama-Mu berkumandang indah, menembus relung-relung hati dan mengetuk untuk kembali kepada-Mu dalam hiruk pikuk materialisme Jepun.





-Hawaii



Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama Hawaii? pasti sebuah tempat liburan nan indah yang menawarkan eskotime indahnya pantai dan pengalaman liburan yang tidak terlupakan. Ditengah hiruk pikuk keindahan Hawaii, Islam di Hawaii pun tetap bisa menjalankan keimanan dan tetap beribadah dengan adanya Mano Mosque yang terletak di 1935 Aleo Place

Honolulu, HI 96822-1906, United States (808) 947-6263. Umat muslim di Hawaii berjumlah sekitar 3000 an,dan mereka tetap teguh menjalankan ibadahnya ditengah gemerlapnya kehidupan glamour yang selama ini kita dengar tentang Hawaii.




-Greenland



Greenland dalah sebuah pulau di Samudra Atlantik bahagian utara di arah timur laut Kanada. Penduduk asli Tanah Hijau adalah orang Inuit atau Eskimo. Sementara ada pula orang Denmark dan campuran antara orang Inuit dan Denmark yang disebut sebagai orang Tanah Hijau. Agama yang paling banyak dianut penduduknya adalah Kristen Protestan aliran Luther, sama seperti di Denmark. Tapi tahukah anda bahwa terdapat sebuah Masjid di Kota Nuuk yang bernama Mosque of Tawheed, yang terletak di Denmark street,

Nuuk, Greenland, Phone: 0039-3476693003, ditempat ini selan untuk beribadah kaum muslim,juga terdapat madrasah untuk orang yang ingin mempelajari Al-Quran

-Pergunungan Himalaya



Himalaya adalah sebuah barisan pergunungan di Asia, yang memisahkan anak benua India dari Dataran Tibet. Rumah Allah juga berdiri tegak disini tepatnya di Kota Ladakh. Ladakh, yang terletak di bahagian timur pemerintahan Jammu dan Kashmir adalah salah satu daerah tempat tinggal tertinggi di muka bumi. Inilah suatu negeri yang seakan-akan bumi dan langit bertemu (menurut Lady Henrietta Merrick, di dalam bukunya: In the World's Attic ("Di Atap Langit Dunia").



Suatu negeri yang berpadang pasir luas dan himpitan gunung-gunung batu yang gelap. Ibukota negeri itu Leh, terletak hanya beberapa kilometer saja dari Biara Hemis. Masjid Jami berdiri tegak di Kota Ladakh, walaupun suhu disini sangat dingin,tidak mengurangi minat kaum muslim disana untuk beribadah, selain di Ledakh,juga terdapat Mussola di Pegunungan Himalaya



-Puncak Dunia (Tibet)



Tibet adalah wilayah dari Republik Rakyat Cina, yang merupakan Daerah Otonomi Khusus RRC yang juga diberi nama oleh Cina Xizang, yang berada di pegunungan Himalaya yang sering dikatakan sebagai puncak dunia. majoriti penduduknya adalah beragama Buddha, dengan Lhasa sebagai ibu kotanya. Muslim Tibet, juga dikenal sebagai Kachee (Kache), merupakan minoriti kecil di Tibet.

Meskipun muslim, mereka diklasifikasikan sebagai orang Tibet, tidak seperti Muslim Hui, yang juga dikenal sebagai Kyangsha atau Gya Kachee (Cina Muslim). kerana populasi kecil mereka, Muslim Tibet yang tersebar di seluruh Tibet, banyak di antaranya dapat ditemukan di Lhasa dan Shigatse.






MB Kedah Sampaikan Anugerah Gelaran Penaung LIFE Dan First Insaniah-IRTI 2010 Kepada Mahathir

Posted: 15 Dec 2010 06:30 AM PST

Kewangan Islam peluang bagi negara Islam untuk berkembang, kata Mahathir

Gambar: Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dianugerahkan gelaran Permanent LIFE Patron dan First Insaniah-IRTI 2010, yang disampaikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak di Langkawi hari ini. – Bernama

LANGKAWI, (Bernama) - Pelaksanaan kewangan dan perbankan Islam perlu dilihat oleh negara-negara Islam sebagai peluang bagi mereka untuk membangunkan negara mereka masing-masing, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara-negara Islam tidak mempunyai alasan untuk tidak berkembang kerana mereka boleh meminjam daripada bank Islam untuk membangunkan negara mereka dan menjadi makmur.

"Kita sekarang mempunyai produk yang dihasilkan oleh sistem perbankan Islam. Sebelum ini mereka tidak mahu meminjam daripada bank konvensional. Ini adalah produk yang berlandaskan Syariah," kata beliau dalam ucap tamanya di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi Kedua (2LIFE) yang berakhir di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata dana-dana ada tersedia dan dengan akses, perniagaan di negara-negara Islam dan di kalangan orang Islam sepatutnya berterusan.

"Kita boleh mempunyai syarikat-syarikat konglomerat yang hebat."

Lebih besar syarikat, lebih banyak cukai boleh dibayar kepada kerajaan dan kerajaan akan menghulur balik kepada rakyat, kata beliau.

"Apabila kerajaan membangunkan negara seperti menerusi prasarana, wang sebahagian besarnya balik semula kepada kerajaan. Menerusi prasarana, kita boleh mendapat lebih banyak aktiviti pembangunan dan rakyat akan mempunyai pendapatan lebih baik dan syarikat akan bertambah baik. Langkah kerajaan membelanjakan wang akan memberi faedah kepada kerajaan juga," kata beliau.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata orang Islam perlu juga memahami perbankan Islam dan mengetahui bagaimana untuk menguruskan dana, agar mereka boleh mendapat keuntungan dan dana-dana ini sentiasa ada bagi pinjaman.

Mantan perdana menteri itu juga menasihatkan agar tidak cenderung kepada pelaburan dalam dana lindung nilai.

"Jangan berurusan dalam kekayaan khayalan," kata beliau. Beliau berkata sekiranya perbankan dan kewangan Islam digunakan sepenuhnya, negara-negara Islam juga boleh satu hari nanti menjadi sebuah negara maju.

Dr Mahathir berkata negara-negara Eropah menjadi maju apabila mereka beralih daripada menjadi pemberi pinjaman wang kepada membangunkan sistem perbankan sebagai cara untuk mencipta kekayaan.

"Sekarang anda ada bank-bank (Islam) yang boleh digunakan sebagai sumber dana. Kita perlu tahu bagaimana untuk menggunakan dana untuk memberi faedah kepada orang Islam," Beliau berkata pakar-pakar dalam sistem perbankan Islam telah menghasilkan banyak produk untuk bersaing dengan produk konvensional dan ia juga menjadi popular di kalangan bukan Islam.

Dr Mahathir juga hari ini dianugerahkan Penaung Tetap LIFE dan menerima Anugerah Insaniah-IRTI (Institut Latihan dan Penyelidikan Islam) LIFE 2010 pertama.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Persidangan tiga hari itu dihadiri lebih 200 ilmuan dan profesional Islam dalam kewangan dan ekonomi.

Ia dianjurkan oleh Insaniah University College, Kerajaan Negeri Kedah dan IRTI, yang merupakan unit di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.

Ulasan GB

Fatonah (bijaksana) - salah satu dari empat sifat Rasul yang terjelma dari diri MB Kedah.

Speaker Senget, Ahli Parlimen PR Pula Fokus Hal Wikileaks

Posted: 15 Dec 2010 06:03 AM PST

Speaker gagal kawal perjalanan sidang Dewan Rakyat

PARLIMEN KUALA LUMPUR: Para pemimpin utama Pakatan Rakyat kesal dan kecewa dengan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang didakwa gagal mengawal perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mereka juga mendakwa Pandikar kerap membuat keputusan yang tidak konsisten termasuk menerima usul yang dibuat menteri sesuka hati atas alasan menggunakan kuasa Speaker.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Speaker seolah-olah tidak berpendirian teguh dengan membiarkan prosedur parlimen diperalatkan oleh kuasa majoriti.

"Prosedur parlimen dipermainkan oleh kuasa majoriti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Ketua Umum PKR itu berkata, beliau tidak diberi peluang menjawab terhadap usul menggantung beliau selama enam bulan kerana membangkitkan isu Apco dan Umno.

Dinafi hak pertahan diri

"Saya tidak diberi hak untuk mempertahankan diri sedangkan saya telah siap dengan hujah-hujah," katanya.

Ketua Pembangkang parlimen juga mendakwa keputusan yang dibuat oleh Speaker sentiasa berubah.

"Hari ini beliau menerima usul untuk mengantung tiga ahli Parlimen iaitu R Sivarasa (PKR – Subang); Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) dan Azmin Ali (PKR – Gombak) dengan hujah-hujah yang tidak munasabah.

"Kalau tindakan di ambil ke atas mereka kerana bercakap dengan blogger dan media, apa salahnya panggil mereka untuk memberi keterangan. Panggil mereka, ambil keterangan dua jam," katanya.

Kuasa majoriti

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, jika Speaker menggantung empat ahli Parlimen selama enam bulan bermakna Barisan Nasional (BN) seolah-olah mendapat semula kuasa majoriti dalam dewan. Katanya, secara otomatik empat ahli parlimen berkenaan terlepas peluang untuk menghadiri sidang parlimen selama dua penggal.

"Peluang ini boleh digunakan oleh BN untuk membuat apa-apa pindaan termasuk persempadanan semula kawasan pilihanraya," katanya.

Isu yang serius

Sementara itu Naib Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, isu menggantung ahli Parlimen selama enam bulan merupakan satu isu yang serius.

Katanya, semasa beliau menjadi ahli parlimen pada tahun 1990, apabila keadaan menjadi tegang Speaker akan menghentikan sidang sementara. Tetapi hari ini Speaker meneruskannya walaupun keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, wakil rakyat pembangkang dalam perbahasan tidak menyentuh isu mengenai Raja-raja Melayu, rahsia dan kes mahkamah.

"Pakatan Rakyat berjanji jika kita berkuasa, kita akan membuat perubahan terhadap sistem parlimen negara," katanya.

Dalam perbahasan sebelah pagi, Speaker mengarahkan Sivarasa dan Azmin keluar Dewan Rakyat sehingga jam 2.30 petang kerana didakwa enggan mematuhi arahannya.

Usul gantung 3 MP PR

Pagi tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membawa usul menggantung ketiga-tiga ahli parlimen terbabit kerana beberapa kesalahan.

Karpal Singh dan Sivarasa, merupakan ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar Parlimen berhubung prosiding Jawatankuasa itu pada 3 Disember lepas.

Mereka dikatakan telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat. -FMT

Ulasan GB

GB telah berkali-kali menggesa agar ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya bersatu untuk mengusul undi tidak percaya kepada speaker.

Tetapi sehingga kini ia tidak dilakukan.

Sekarang rasakanlah sendiri dipermain-mainkan oleh Speaker yang senget itu. Bila dah nak kena gantung, baru masing-masing terhegeh-hegeh keluarkan kenyataan begitu begini. Sebelum ini, ahli-ahli parlimen PR tidur, ada yang tidak hadir semasa undi belah bahagi, melancong ke Indonesia tatkala Parlimen sedang bersidang. Lansung tidak ada disiplin dan tanggungjawab serta tidak menghormati amanah rakyat. Serupa sahaja perangainya dengan UMNO BN, walaupun lebih baik sedikit daripada mereka.

Semua YB-YB kita sudah berlagak bijak dan berlagak pandai sehingga tidak mahu menerima pandangan rakyat. Wikileaks yang diperdebatkan, isu yang rendah revelansinya kepada rakyat. Hal-hal seperti kenaikan harga barang dan seumpamanya yang penting kepada rakyat tidak diberikan keutamaan.

Sekarang UMNO BN sudah boleh mendapat majoriti dua pertiganya semula apabila nanti ahli-ahli parlimen PR digantung. UMNO BN telah bertindak lebih cepat dari wakil-wakil rakyat PR apabila mereka berjaya menggunakan senjata "kuasa speaker".

Jika peranan sebagai pembangkang pun sudah gagal di tangan BN, bagaimana PR mahu memerintah?

Berita berkait

Dewan Rakyat Bakal Tumbang Apabila Speaker Semakin Senget.


Tiada Kes Untuk Babitkan TGNA & Ariffahmi - SPRM

Posted: 15 Dec 2010 04:45 AM PST

SPRM tutup kes terhadap Nik Aziz, menantu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup fail tiga kes membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman serta seorang timbalan menteri.

Timbalan Menteri terbabit ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong berhubung kedudukannya dalam sebuah syarikat.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, Pejabat Peguam Negara mendapati tiada kes untuk pertuduhan membabitkan Nik Aziz dan menantunya itu.

Nik Aziz sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu, manakala Abdul Ariffahmi pula berhubung pelantikannya sebagai CEO PMBK.

"Peguam Negara mendapati tiada kes untuk disabitkan tuduhan terhadap Nik Aziz kerana beliau tidak pernah meminta untuk ditaja menunakan haji dan perjalanan menunaikan haji ke Makkah juga tidak dibuat.

"Peguam Negara juga mendapati pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO lebih bersifat penukaran nama jawatan dan Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik mana-mana pegawai," katanya.

Beliau juga berkata, SPRM juga mendapati tiada kes membabitkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Wee Ka Siong daripada tuduhan berlaku percanggahan kepentingan dengan memegang jawatan dalam sebuah firma arkitek berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Selepas Anwar, Karpal, Sivarasa & Azmin Turut Bakal Digantung

Posted: 15 Dec 2010 04:29 AM PST

Parlimen: Usul Gantung Tiga Wakil Rakyat Pembangkang Kerana Hina Dewan

KUALA LUMPUR: Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Rabu.

Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri AbdulAziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh(DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak)digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berdasarkan usul itu juga Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Tindakan ketiga-tiga anggota Parlimen itu adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen serta merupakan satupenghinaan kepada Dewan, demikian menurut usul berkenaan.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya untuk mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa berkenaan semalam telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana didapati membuat kenyataan tidak benar. - BERNAMA

PKR Perak Tetap Sokong Penuh Mustafa Kamil

Posted: 15 Dec 2010 02:50 AM PST

Kami sokong Mustafa Kamil

IPOH – Sebanyak 17 Cabang PKR Perak menyokong penuh Mustafa Kamil Ayub kekal sebagai Pengerusi PKR di negeri ini.

Setiausaha PKR Perak, Anuar Zakaria berkata, satu memorandum sudah disampaikan supaya Mustafa menyambung jawatan yang disandangnya sebelum ini.

Menurutnya, mereka menyokong Mustafa kerana rekod pencapaian yang ditunjukkan sepanjang menerajui Perak amat baik.

"Beliau (Mustafa) banyak membina keyakinan dan pemulihan imej dalam kalangan ahli sewaktu kejatuhan Pakatan Rakyat pada Februari tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Berhubung isu ketuanan Melayu, Anuar menegaskan hak keistimewaan Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang-orang Melayu tetap terbela sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada hari ini, ketuanan Melayu itu hanya hidup sebagai satu slogan dan terbukti selepas 50 tahun UMNO sebagai sebuah parti asas pemerintah gagal untuk merealisasikan atau mengangkat martabat ketuanan Melayu itu sendiri.

"Malangnya, yang banyak dilahirkan adalah tuan-tuan Melayu yang hanya mewakili segelintir masyarakat, sedangkan masyarakat majoriti masih mengalami kesempitan hidup," katanya.

Sementara itu, Anuar berkata PKR masih kuat dan bersatu meneruskan agenda perjuangan rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan seorang individu yang menyamar sebagai Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di salah sebuah daerah di negeri ini adalah tidak berasas.

"Sebagai Setiausaha, saya menekankan pihak PKR Pusat masih belum memutuskan sebarang keputusan untuk jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, apa yang dinyatakan individu terbabit hanya bertujuan untuk mencetuskan prasangka buruk terhadap parti ini, serta memecahbelahkan perhubungan baik antara kami," katanya.:

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua AMK Kuala Kangsar, Adam Haris pada 5 Disember lalu yang mendedahkan bahawa ada orang kanan PKR akan meninggalkan parti itu. -SH

Tiada ulasan: