Ahad, 19 Disember 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Nurul Izzah: Ucapan Konvensyen PR

Posted: 19 Dec 2010 03:05 PM PST

Ucapan Konvensyen Pakatan 2010

Oleh Nurul Izzah Anwar, 19 Disember 2010

Bismillahhir Rahmannir Rahim

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Tuan Pengerusi,

Yang saya Hormati lagi DiSayangi,
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Presiden Parti Islam SeMalaysia,YB Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang

Pemimpin Parlimen DAP, YB Sdr Lim Kit Siang

Yang saya Kagumi lagi Kasihi,

Rakan-rakan Pakatan Rakyat semua.

Sidang Perwakilan sekalian,

Perjuangan Politik Memenuhi Amanah Rakyat

Mengapakah kita datang dari seluruh pelusuk Negara berkumpul pada hari ini?

Kita berkumpul pada hari ini, di sini, di Kepala Batas, di konvensyen ini, adalah sebagai penyambung tekad dan penyaksian iltizam kita untuk terus berjuang kerana Rakyat dan untuk Rakyat.

Kita berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan tali persaudaraan satu perjuangan menghadapi satu cabaran dan memenuhi satu impian di dalam satu Pakatan demi Kesejahteraan Rakyat, Kemakmuran Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Demokrasi.

Kita berkumpul hari ini untuk membawa Politik Harapan dan Pembebasan (Politics of Hope and Liberation) Pakatan Rakyat untuk menewaskan Politik Ketakutan dan Kehancuran (Politics of Fear and Destruction) Barisan Nasional.

Kita berkumpul hari ini untuk membina Malaysia yang lebih Baik untuk semua Rakyat (a Better Malaysia for all Malaysians) berpaksikan ketuanan atau keluhuran perlembagaan.

Inilah seruan rakyat yang disahut Pakatan…iaitu sebuah Pakatan Rakyat!

Sidang Perwakilan sekalian,

Kita Tahu…Kita Nampak…dan Kita Bersyukur bahawa……..

Negara Kaya dengan Sumber Alam…bijih, minyak, gas, galian, balak dan bermacam lagi.

Negera Kaya dengan Rakyat yang berkerja keras dan ikhlas mencari sesuap nasi.

Negara Kaya dengan sejarah gemilang pengorbanan dan usaha Rakyat memerdekakan Tanahair.

Walaupun Negara Kaya, yang bertambah kaya adalah Kroni BN.

Siapa pula yang miskin dan terus dimiskinkan?

Rakyat yang bertambah Miskin!

Rakyat Miskin, Kroni BN Kaya

Rakyat Miskin Ekonomi, dibeban dengan kos sara hidup yang meningkat dan gaji yang semakin rendah kuasa membeli. Subsidi Rakyat cepat dipotong dapat kononnya jimat RM1.2 bil kononnya manakala subsidi kepada kroni melebihi RM23 bil , subsidi kroni BN bukan saja lambat dipotong walaupun digantikan pula dengan sumber kekayaan projek lain.

Rakyat Miskin Pendidikan, dibeban hutang PTPTN yang sepatutnya boleh ditukar kepada biasiswa penuh yang merangsang terus ekonomi rakyat dan dapat dibiayai daripada 30% keuntungan tahunan Petronas dan program kuota-dalam-kuota dimana 30% ekuiti bumiputera sediada patut dijual di atas nilai par-value kepada sebuah Tabung Pendidikan Rakyat.

Rakyat Miskin Pendidikan bilamana kita dapati bahawa program PINTAR yang dikelolakan bukan oleh Kementerian Pelajaran tetapi oleh isteri perdana menteri akan menawarkan pendidikan sekolah menengah dimana pelajar bukan sahaja dapat menduduki peperiksaan SPM tetapi juga peperiksaan antarabangsa seperti SAT. Pelajar tersebut belajar dua bahasa asing. Pelajar tersebut diberikan kokurikulum berkualiti tinggi. Mengapakah program PINTAR ini tidak menjadi program asas pendidikan menengah untuk semua rakyat Malaysia bukan segilintir elit?

Rakyat Miskin Perpaduan, diadu dombakan dengan api perkauman dan ditakut-takutkan sekarang dengan fahaman 'pluralisme keagamaan' yang sengaja diputar belitkan untuk mengelirukan rakyat.

Tetapi…..yang paling menyedihkan adalah Rakyat Miskin Demokrasi.

Rakyat Miskin Demokrasi kerana selama 53 tahun kita merdeka, 50 tahun sehingga sekarang kita masih dibawah perisytiharan darurat. Musuh-musuh Negara sudah lama tewas. Siapa pula yang dianggap BN sebagai musuh Negara sekarang? Komunis? Teroris? Ekstremis? Atau Rakyat?

Rakyat Miskin Demokrasi kerana masih wujud undang-undang anti-demokratik seperti ISA, AUKU dan PPPA. Undang-undang ini untuk selamatkan dan lindungi siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?

Rakyat Miskin Demokrasi kerana Proses Pilihanraya kita tidak telus dan tidak BERSIH. Proses Pilihanraya yang berat sebelah untuk mengekalkan kuasa siapa? Barisan Nasional? Umno? Kroni? Atau Rakyat?

Rakyat Miskin Demokrasi kerana tiga hari yang lalu Parlimen dicemari dan dinodai dengan jenayah proses keadilan yang kejam lagi brutal ala-Zimbabwe, ala-Korea Utara untuk menghukum tanpa bicara dengan penggantungan empat wira ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mendedahkan penipuan dan subahat kerajaan Barisan Nasional mengenai peranan APCO. Siapakah yang Parlimen wakili dan lindungi? APCO? Atau Rakyat?

Sidang Perwakilan sekalian,

Akta Pemulihan Demokrasi Cabaran Pakatan Kepada BN

Kita Cadangkan…. Kita Canangkan…..Kita Cabar Barisan Nasional untuk kembalikan hak dan maruah rakyat yang merdeka dengan menerima huluran tangan dwi-partisan dimana Pakatan Rakyat bersedia untuk bersama-sama Barisan Nasional didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI dengan memanggil sidang tergempar parlimen 30 hari dari sekarang.

Akta ini adalah tanda keikhlasan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Negara dari ambang kehancuran.

Akta ini adalah tanda kesungguhan Pakatan Rakyat untuk bertindak dengan penuh hikmah demi kesejahteraan rakyat.

Akta ini adalah tanda Politik Kejujuran serta Politik Harapan dan Pembebasan yang menjadi hak rakyat untuk menilai perbezaan Pakatan Rakyat daripada Barisan Nasional.

Dan apabila Akta ini diluluskan dan rakyat masih juga memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan, maka Pakatan Rakyat akan menerima pilihan rakyat dengan tangan dan hati terbuka kerana kita yakin, kita patuh dan kita setia kepada kehendak rakyat semua.

Saya wujud kepada:

DEKLARASI KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA

AKTA INI berasaskan 6 perkara pokok seperti berikut:

* Membatalkan semua Pengisytiharan Darurat;
* Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik;
* Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Malaysia;
* Menjaminkan Ketelusan Pilihan Raya Umum;
* Mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan;
* Mewujudkan Kebebasan Media;

Oleh Yang Demikian, Pakatan Rakyat akan melancarkan KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA demi Agama, Bangsa dan Negara.

Sidang Perwakilan sekalian,

Mari kita turun ke padang untuk memberitahu rakyat dan menjemput rakyat meneliti tawaran dwi-partisan Akta ini.

Akta ini menjadi penyambung kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang mengandungi 131 perkara tindakan yang dimana sebahagiannya telah diambil, ditiru dan digunakan oleh Barisan Nasional seperti gaji minimum pekerja, bantuan dana hilang pekerjaan, cuti bersalin 90 hari, dan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan perkauman, serta penangguhan GST.

Saya ulang, kita mampu menghasilkan dasar-dasar pro-rakyat, mampu memimpin 4 kerajaan negeri dengan tenang, berkesan, berhikmah, berhemat walaupun menghadapi sekatan dan sabotaj bertubi-tubi.

Akta ini adalah garis pemisah politik diantara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Akta ini adalah sumbangan ikhlas dan berani Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Akta ini adalah penentu siapakah sebenar pejuang dan penderhaka kepada rakyat?

Pejuang Rakyat berani memulihkan demokrasi, manakala Penderhaka Rakyat terus merosakkan demokrasi.

Hipokrasi demokrasi Barisan Nasional akan terbukti kepada bukan sahaja rakyat malah kepada seluruh dunia seandainya tawaran dwi-partisan Akta Pemulihan Demokrasi ini:

DiTolak, DiPerkecilkan, DiPersendakan DiPutar Belitkan BN.

Tetapi kita yakin bahawa BN akan menyahut tawaran ini kerana bukankah janji Perdana Menteri bahawa 'Rakyat DiDahulukan'?

Kita tunggu dan lihat samada janji hanya tinggal janji.

Sidang Perwakilan sekalian,

Thomas Jefferson pernah berkata:

Apabila Rakyat Takut kepada Kerajaan, ini adalah satu kezaliman;

Tetapi apabila Kerajaan Takut kepada Rakyat, ini adalah kemerdekaan."

Siapa Takut Hilang Kuasa kerana akan Hilang Harta?

Jawapannya Barisan Nasional!

Siapa pula Tidak Takut Berjuang untuk Kembalikan Kuasa Rakyat?

Jawapannya Pakatan Rakyat!

Dengarlah dan ketahuilah bahawa walaupun Barisan Nasional mungkin nampak tersusun, teratur, kuat, gagah, kaya, berkuasa dan tidak dapat dikalahkan;

Tetapi yakinlah dan percayalah bahawa BARISAN NASIONAL tidak miliki SATU PERKARA…SATU PERKARA yang menjadi kekuatan PAKATAN RAKYAT iaitu KEBENARAN.

Kebenaran akan tetap hancurkan Kebatilan.

Kebenaran akan tetap kalahkan Kebatilan.

Kebenaran akan tetap atasi Kebatilan.

Sidang Perwakilan sekalian,

Barisan Nasional Merancang tetapi Allah lebih baik Merancang.

Berani kerana Benar.

Ayuh kita Maju Bersama dengan kibaran Panji-Panji Kebenaran!

Kebenaran untuk Rakyat!

Kebenaran demi Rakyat!

Kebenaran dari Pakatan Rakyat!

Sekian.

‘Pluralisme agama’ keliru lagi mengelirukan — Mohd Ayop Abd Razid

Posted: 19 Dec 2010 02:00 PM PST

PA

Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah baik kita memahami dua perkataan yang sering disalah faham dalam konteks memahami "pluralism agama". Dua perkataan yang saya maksudkan itu ialah "plurality" (pluralitas) dan "pluralism".

Perkara ini dijelaskan oleh Profesor Datuk Dr Datuk Osman Bakar dalam ucaptamanya di Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan "Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah".

Menurutnya, "plurality" adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam bahasa Melayu disebut "kepelbagaian" atau "kemajmukan". Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang bersifat majmuk dengan pelbagai etnik, kaum, agama, bahasa dan anutan agama.

Konsep kemajmukan ini disebut di dalam al-Quran sebagai masyarakat manusia (bani Adam) yang diciptakan dari pelbagai warna kulit dan keturunan dengan tujuan untuk saling kenal mengenali (al-Hujuraat:13). Sebaliknya apabila disebut "pluralism" maka ia sudah merupakan satu fahaman atau ideologi tersendiri yang memiliki doktrin-doktrin yang tertentu.

Justeru, apabila disebut pluralisme agama di dalam rencana ini maka ia merujuk kepada satu fahaman atau ideologi yang memiliki doktrin-doktrin tertentu. Apa maksudnya pluralisme agama?

Pluralisme agama adalah fahaman yang mengajar semua agama adalah sama kerana menganggap setiap agama bersifat relatif dan nisbi kebenarannya.

Mereka mendukung kesamarataan agama yang di dalam bahasa Inggeris disebutTranscendent Unity of Religions.

Fahaman ini telah dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar (Pastor Khatolik kelahiran Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas Institute of Islamic Studies di McGill University Canada), Frithof Schuon (bekas Kristian yang keluar masuk pelbagai agama) dan John Hick (Profesor teologi di Claremont School California AS).

Peter Byrne, Profesor di King's College London menyebut bahawa pluralisme agama adalah adunan tiga tesis iaitu: semua agama besar di dunia adalah sama; semua agama itu menawarkan jalan keselamatan, dan semua agama terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.

John Hick menganggap bahawa agama-agama besar dunia adalah satu, iaitu "Hakikat Ultimate yang Tunggal" (The Ultimate Reality) dan Tuhan mempunyai pelbagai nama.

Doktrin beliau itu mencerminkan bahawa kewujudan agama yang beragam pada hakikatnya adalah memiliki manhaj yang sama dan autentik untuk membawa manusia ke jalan keselamatan (salvation).

Justeru, semua agama yang ada adalah "authentic manifestations of the Real", dan tidak ada satu agama pun yang berhak mendakwa agamanya satu-satu yang benar dan satu-satunya jalan menuju keselamatan.

Implikasi dari fahaman ini ialah setiap agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya sahaja yang benar secara mutlak kerana menurut mereka setiap agama berkongsi sebahagian kebenaran (partial truth). Bagi mereka kebenaran yang mutlak hanya ada pada "Hakikat Ultimate Reality".

Pendukung fahaman ini mendakwa bahawa pluralisme agama adalah jalan penyelesaian terhadap konflik antara agama.

Justeru, tokoh seperti Paul Knitter, pakar teologi Kristian Pluralis menyebut, pluralisme berkeinginan untuk melahirkan dialog yang jujur dan terbuka sehingga seluruh pemeluk agama dapat bekerjasama memperbaiki jalan kehidupan manusia.

Di Indonesia, wujud kelompok "Islam Liberal" yang menerima fahaman "pluralisme agama" ini. Ia telah berkembang subur melalui pelbagai medium seperti wacana, seminar, dialog, penerbitan buku dan jurnal.

Malah, ada usaha untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam ke arah Pendidikan Islam Pluralis.

Apakah pendirian yang harus dipegang oleh kita? Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam wacana tersebut mengingat umat Islam supaya berpegang kepada wacana Sunni (Ahlissunnah) yang merupakan aliran arus perdana yang berpegang kepada al-Quran, Hadis dan Ijmak.

Menurutnya pluralisme agama terletak atas sangkaan pandangan yang bercanggah dengan Quran, Sunah dan Ijmak.

Al-Quran datang sebagai petunjuk kepada manusia dan al-Quran sendiri menegaskan bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah al-Islam, iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Tidak ada paksaan ke atas manusia kufur untuk memeluk Islam.

Apa yang penting dalam konteks hidup bermasyarakat kita perlu menghormati nilai-nilai yang baik yang ada pada sistem kepercayaan masing-masing sebagaimana Muslim dan Yahudi serta Kristian hidup secara harmoni dalam zaman kemuncak Islam di Andalusia. — Utusan Malaysia

* Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

RPK dedah salinan laporan mata lebam yang disorok AG.

Posted: 19 Dec 2010 08:00 AM PST

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/dokumen-rahsia-07.jpg


RPK dedah salinan laporan mata lebam yang disorok AG


SHAH ALAM, 19 Dis – Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.

Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

"Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.

"Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.

"Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan," soal beliau.

Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.

Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 "sama sekali" dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.

Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.


AG Macam Perangai Babi Hutan!

Kementerian Pelajaran perlu merancang pertukaran guru ke kawasan pedalaman

Posted: 19 Dec 2010 07:45 AM PST

SHAH ALAM,19 Dis – Kementerian Pelajaran sepatutnya merancang pertukaran guru-guru Bahasa Inggeris ke kawasan pedalaman seperti di Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali berkata kementerian perlu mempertimbangkan kebajikan guru-guru terutamanya para guru veteran yang lama berkhidmat di sesuatu sekolah yang mana akan menyukarkan kehidupan seharian guru tersebut apabila mendapat arahan pertukaran.

"Bilanya melibatkan guru-guru yang jumlahnya besar sebegitu, mungkin di antara mereka guru-guru yang agak veteran, guru-guru yang lama dan ada diantara yang kurang sihat, ada anak kecil, dan ia melibatkan juga perpindahan sekolah, bukan sekolah rendah sahaja tetapi sekolah menengah dan sebagainya dan segala masalah yang perlu dilalui oleh para guru,"

Katanya lagi, keadaan akan menjadi bertambah sukar bagi guru yang mendirikan rumahtangga, guru wanita yang terpaksa mengikut suami dan guru-guru veteran yang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau yang bersetuju bahawa penguasaan bahasa Inggeris para pelajar luar bandar perlu ditingkatkan tetapi alasan ini tidak patut digunakan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan arahan pertukaran terutamanya apabila melibatkan bilangan guru yang ramai.

Beliau seterusnya berkata, lebih sesuai sekiranya Kementerian mempertimbangkan guru-guru yang baru menamatkan latihan perguruan daripada guru-guru yang telah lama berkhdmat.

"Sekiranya mereka ini baru keluar, maknanya mereka telah bersedia untuk bekerja di mana-mana sahaja. Mungkin itu lebih tepat untuk diambil tindakan oleh Kementerian Pelajaran," jelas beliau lagi.

Halimah seterusnya menggesa kementerian untuk mempertimbangkan semula keputusan ini dan mengkaji semula agar kesan sampingan terhadap guru-guru terlibat dapat dikurangkan ke tahap minimum.

Sebelum ini dilaporkan mengenai keluhan lebih 100 guru di Selangor dan Pulau Pinang yang menyuarakan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilaporkan berkata penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan pertubuhan itu memohon agar kerajaan menimbangkan semula pemindahan itu.

Tarikh PRU 13 dari kaca mata rakyat

Posted: 19 Dec 2010 07:30 AM PST

Spekulasi mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-13 kini makin hangat diperkatakan.

Bukan sahaja dari pemerhati-pemerhati politik semata-mata bahkan juga para pemimpin politik serta orang kebanyakan umumnya.

Debaran menantikan tarikh PRU 13 kali ini lebih signifikan kerana kedua-dua pihak (kerajaan mahupun pembangkang) masing-masing mempunyai alasan untuk membuktikan bahawa mereka masih relevan dalam persada politik negara.

Bagi pakatan pembangkang, inilah masa terbaik untuk mereka mengukuhkan pengaruh dan sokongan dalam kalangan rakyat berikutan momentum tsunami politik PRU 12 yang bersejarah. Harapan mereka kini ialah agar momentum tsunami politik PRU 12 akan dibawa ke PRU 13 seterusnya membolehkan mereka menguasai Putrajaya seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Dari pihak pemerintah pula, tempoh kritikal ini akan menyaksikan sama ada segala agenda transformasi yang diusahakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selama satu tahun setengah menerusi platform 1Malaysia akan diterima rakyat atau sebaliknya.

Ia juga akan menjadi penanda aras kepada sejauh mana kebangkitan Barisan Nasional dalam politik negara berikutan kemenangan berganda pada Pilihan Raya Kecil di Batu Sapi dan Galas, adalah trend yang berkekalan ataupun bersifat sementara sahaja.

Dalam konteks ini, nampaknya tokoh-tokoh politik yang lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk turun padang mendekati rakyat, seolah-olah selama ini mereka tidak pernah mendekati rakyat.

Bagi pemimpin-pemimpin politik, inilah masa terbaik untuk mendekati rakyat secara agresif, lebih agresif berbanding hari-hari biasa. Anehnya, apakah yang pemimpin politik telah buat selama ini? Duduk di pejabat goyang kaki?

Jelas terserlah sikap kepura-puraan di pihak segelintir pemimpin politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan waima memastikan diri mereka sentiasa diperhatikan.

Sudah tentulah mereka bersemangat kerana setiap pemimpin politik mempunyai niat untuk bertanding sebagai calon pilihan raya. Bayangkan faedah yang akan dinikmati apabila bergelar sebagai Yang Berhormat. Mungkin naik pangkat dalam parti, mendapat jawatan dalam Kabinet malah menjadi seorang yang terkenal dan diburu oleh media seperti selebriti Hollywood.

Maka dilakukan perang psikologi, perang lidah malah tikam-menikam yang adakalanya tidak masuk akal dan mencerminkan sifat kebudak-budakan dalam amalan berpolitik mereka.

Hanya disebabkan tarikh PRU, parti-parti dan pemimpin politik begitu teruja dan sanggup menggadaikan maruah mereka. Berbaloikah? Kenapa tidak menjadi seorang yang terus-terang dan jujur kepada perjuangan? Be yourself, kata orang!

Tetapi adakah penentuan tarikh PRU 13 begitu penting pada pandangan kebanyakan rakyat? Sukar untuk menentukan sentimen itu tetapi secara umumnya, ramai yang akan memandang sinis terhadap isu itu walaupun tidak secara terbuka.

Soal bilakah PRU akan diadakan tidak penting kerana ini adalah soal orang politik. Lebih-lebih lagi juga, ini adalah isu percaturan yang taktikal. Orang-orang politik mungkin lebih arif untuk mencongak tarikh terbaik untuk penganjuran PRU, bukannya rakyat.

Rakyat sebaliknya hanya bertindak sebagai penonton yang pasif. Bertindak sebagai penonton pasif yang hanya didekati oleh pemimpin politik setiap 5 tahun sekali. Pernyataan ini mungkin agak keras bunyinya, pedih untuk ditelan tetapi ia adalah senario sebenar yang masih berlaku dan mendukacitakan.

Tarikh PRU akan tetap tinggal tarikh PRU seperti tarikh-tarikh lain. Tatkala pemimpin politik mempunyai perasaan nostalgik terhadap sesuatu tarikh, rakyat marhaen berkemungkinan tidak melayan sangat akan signifikannya itu.

Jelas, kebimbangan rakyat sudah tentulah menjurus kepada sejauh mana keupayaan pemimpin dan parti politik yang dipilih mampu mengendalikan urus tadbir negara dengan baik. Lebih penting lagi, mereka juga ingin mengetahui sejauhmana kejujuran pemimpin politik pilihannya menunaikan segala janji yang telah dinyatakan pada kempen pilihan raya seperti yang dinyatakan.

Selain itu, rakyat juga tertunggu-tunggu akan kehadiran pemimpin politik yang mampu bercakap dan memperjuangkan hak semua rakyat Malaysia secara jujur tanpa beretorik sepanjang masa. Yang ingin dilihat adalah hasil dan kesan-kesan dasar kepada kehidupan rakyat. Usahlah bercakap mengenai pengimplementasiannya jika rakyat tidak dimaklumkan mengenai dasar-dasar yang ingin dilaksanakan.

Seperkara lagi yang wajar dipelajari oleh pemimpin politik kita agar tidak dipandang serong oleh rakyat ialah belajar untuk kurang beretorik dan berpolitiking, dan sebaliknya melaksanakan tugas sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab.

Seorang pemimpin atau wakil rakyat yang bertanggungjawab sesungguhnya adalah mereka yang senantiasa peka kepada aspirasi rakyat, menjadi pemimpin kepada semua rakyat tanpa mengenal kaum dan 'answerable' kepada rakyat.

Kelazimannya, pemimpin yang sering banyak beretorik dan berpolemik itu adalah mereka yang tidak mempunyai hati luhur untuk berbuat sesuatu kepada rakyat. Sememangnya ketika berjanji cukup mudah tetapi untuk menunaikan segala janji-janji yang diberikan, ternyata lebih sukar daripada yang dijangkakan. Hakikat bahawa masih timbul kesangsian dalam diri rakyat mengenai janji-janji politik pemimpin tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja. Sejak akhir-akhir ini, begitu banyak insiden membabitkan pemimpin politik yang cuba memperlecehkan kebijaksanaan rakyat.

Contoh terbaik ialah tindakan segelintir pemimpin politik melompat parti tetapi tidak berani untuk meletak jawatan di sebalik tindakannya itu. Ada pula yang berkelakuan kurang sopan ketika berbahas di Parlimen dan tidak kurang pula mendendangkan retorik politik yang memualkan.

Melihat kepada insiden-insiden yang dimaksudkan, rakyat sudah pasti tidak mahu undi yang diberikan mereka dikhianati oleh pemimpin politik yang mempunyai agenda tersendiri. Jenis pemimpin sedemikian tidak patut mendapat tempat dalam persada politik negara bahkan mereka ini harus ditolak bulat-bulat kerana cuba membohongi rakyat.

Sebagai pengundi, pilihan rakyat sepatutnya dihormati dan pemimpin yang dipilih itu haruslah menunaikan tanggungjawab mereka dengan ikhlas dan jujur. Justeru, sebarang cubaan untuk mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat tidak akan disambut dengan kebisuan tetapi dengan tentangan yang kuat.

Perlu diingatkan bahawa kumpulan rakyat dewasa ini bukan lagi rakyat yang hidup 30 atau 40 tahun yang lalu. Takuk pemikiran sudah berubah rentetan ledakan informasi dan teknologi maklumat. Apa yang tidak diperolehi dalam media arus perdana, ianya boleh diperolehi dalam internet yang menjadi wadah alternatif masa kini.

Natijahnya, pemimpin-pemimpin politik boleh terus bermain atau berteka-teki dengan tarikh PRU 13 di khalayak. Boleh buat penafian, boleh juga memberi bayangan. Tetapi itu tidak bermakna rakyat akan terikut-ikut dengan permainan sedemikian.

Sebaliknya, para pemimpin politik ini perlu berusaha dengan lebih keras, lebih keras daripada yang sebelumnya untuk meyakinkan rakyat sebab-sebab kita harus memberikan sokongan kepada mereka. Masanya sudah tiba masa untuk kita sebagai pengundi memilih pemimpin-pemimpin politik yang boleh dipercayai, yang mempunyai agenda rakyat dalam hati mereka.

Pemilihan yang bijak akan memastikan insiden-insiden seperti budaya melompat parti oleh segelintir pemimpin tidak akan berulang di lain hari.

Tarikh PRU tidak akan membawa sebarang makna sekiranya kepercayaan rakyat dikhianati. Bukankah lebih baik jika isu-isu penting seperti rasuah, jenayah, pendatang asing tanpa izin (PATI) produktiviti negara serta perubahan takuk minda rakyat yang harus diberikan keutamaan?

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

The debate on pluralism — Thomas Lee Seng Hock

Posted: 19 Dec 2010 07:15 AM PST

DEC 17 — Over the last few days, a controversy has been brewing over a statement by the Institute of Islamic Understanding (Ikim) that Islam considers that not all religions are equal, and that the concept of pluralism is antithetical to Islam.

The Umno-owned and controlled Utusan Malaysia daily has gone to town with stories suggesting that religious pluralism is a threat to Islam, and that Pakatan Rakyat supremo and opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is pushing for other religions to be put on an equal footing with Islam.

According to the newspaper, those who question the position of Islam and the Malays are practitioners of religious pluralism, in what appears to be a claim that Anwar's rejection of Umno's "ketuanan Melayu" concept is unIslamic, or even anti-Islam.

I think we should not just jump at Ikim and unilaterally condemn its view about the exclusivity of Islam without some serious objective evaluation and understanding of the teaching of the religion.

From the strictly theological perspective, Ikim is right. Islam, like Christianity, is certainly an exclusive religious faith, claiming in the Shahada (Declaration of Faith) that "There is no God, but Allah" (La ilah illa Ilah) and Muhammad is Allah's messenger (Wa Muhammad rasul u'llah). The Ikim position is consistently with the fundamental theology of Islam.

Like Christianity, Islam also claims exclusivity to its beliefs and teachings. A Muslim's faith is firmly based on the belief that the source of his religion Islam is God and Muhammad is the only and last and final prophet and spokesman for God on the Earth. A true Muslim holds that Islam is not just one of the many religions, but THE religion per se, the only true religion of God, the religion of the created natural order (din-al-fitrah).

The religion is called Islam because Allah had decreed it in the Quran: "Lo the religion with God is Al Islam to His will and guidance" (3:19) and "I have chosen for you as religion Al Islam" (5:3). Islam, an Arab word, means submission, total surrender and obedience, and that is the practical implications for Muslims. There are several greetings based on the word Islam, such as "Peace be upon you" (salamalek) and "Go in peace" (bissalma, masalma). Thus, the teaching of Islam is about a life of faith and peace through submission to the one and only true God Allah. The word "Muslim" means a person who has totally surrendered his whole life to Allah. The Islamic faith is not just purely an organised ritualistic religion, but a complete way of life, covering every area of life and thoughts, including politics.

Hence, the Ikim claim to exclusivity for Islam is not without theological merit.

As a Christian, I can understand the Ikim position, since my faith is also an exclusive one. No Christian will dispute or challenge my contention that Christianity also claims exclusivity to be the only way of salvation for mankind, and that the Lord Jesus Christ is "the way, the truth, and the life" and "No one comes to the Father (God) except through me (Jesus)" (John 14:6), and that "Salvation is found in no one else, for there is no other name under heaven given to men by which we must be saved" (Acts 4:12).

The issue before us, therefore, is not the question of theological belief per se, but how to relate an exclusive faith to other religions in a multi-racial, multi-religious, multi-cultural, and multi-lingual society like Malaysia.

The word "pluralism" has been used unilaterally by almost everyone — religious leaders, politicians, journalists — without fully understanding what the concept actually means and implies.

The Oxford Dictionary defines "pluralism" as "a condition or system in which two or more states, groups, principles, etc co-exist".

The keyword, I believe, is "co-exist". The context in which pluralism exists and practised is the widely diverse and varied range of religious faiths in a given society, such as Malaysia which has Islam as its official religion and other faiths being part of the scenario.

The fundamental issue we face in a plural society like Malaysia is the matter of peaceful and harmonious co-existence among the people of various races and religious beliefs.

Although I believe that Ikim is theologically consistent with the teaching of Islam, its statement that "Islam rejects religious pluralism that claims all religions to be equally good and truthful" is certainly not politically correct in the context of the Malaysian plural society.

I believe Ikim should look at the issue of pluralism from two broad perspectives before making a sweeping dismissal of pluralism per se.

First, there is the pluralistic perspective that all religions are equal and "all roads lead to God". Obviously, Islam, and, for that matter Christianity, will never endorse such a view.

Islam and Christianity both teach and propagate that their respective faith is the only true religion, with all other religious systems and faiths being considered "pagan". Hence, it is simply impossible for a true Muslim or an honest Christian to agree to inter-faith "spiritual activities". For a Muslim or Christian to participate, for example, in an inter-faith "worship" is to acknowledge that his faith is just one among many others, to place his God on equal standing with the deities of other religious faiths.

This is what justifies the Ikim position in relationship to other faiths. And I will say that the Ikim concern is valid and theologically consistent with Islamic teaching. As a Christian, I take a similar stand that I cannot participate in an inter-religious worship service or other inter-faith spirituality activities without dishonouring and betraying my Lord Jesus.

But, there is another perspective of pluralism which does not involve the matter of spiritual compromise, and that is the common universal moral values among all peoples of the world. And it is this common earthly destiny of all peoples that Ikim should consider the vital role of Muslims to help promote peace and harmony among the people, who are the vice-regents of Allah (khalifa Allah) on Earth.

As I said before, as a Christian I will not participate in an inter-faith worship service which will place my Lord Jesus as being among one of the gods, on equal standing with them. If I do, it will mean I am not consistent with my faith in the Lord Jesus as the only way, the truth, and the life. Such a compromise in matters of spirituality is surely not correct and honest.

My Muslim friends, too, are correct in taking a similar stand, or else their Shahada becomes a vain recitation, rendering their faith to be meaningless. Hence, Ikim is theologically correct in its stand.

However, in the matters of morality, justice, righteousness, equality, freedom, human, civil and constitutional rights, I will endorse and support any inter-faith "dialogue" and joint stand and actions. This is the other perspective of pluralism that I believe Ikim should seriously study and evaluate, before dismissing the whole concept of pluralism per se.

Although the people of Malaysia are adherents of various faiths and religious systems, they are united for the common purpose of nation-building, and are jointly dealing with many fundamental issues relating their role as citizens. Hence, the need to come together to talk and compromise.

There is an urgent need for inter-faith dialogue on matters such as the freedom to worship, teach and propagate each other's religion, the matter of land for places of worship and burial, the right to use the national language Bahasa Malaysia without restriction in worship and religious education, the legal disputes over the conversion of individuals, particularly children, and the vital matter of co-existence.

Ikim and all responsible Muslim leaders should be willing to participate in such inter-faith dialogue as the common-interest issues need not involve doctrinal compromise or theological dispute.

I hope all parties concerned with the dispute over pluralism will understand and accept that the fundamental matter is the peaceful and harmonious co-existence of all persons or all faiths, with each practising his faith with full sensitivity and due respect to people of other faiths. What we want is not a theological war, but a channel for inter-faith dialogue and a medium for communication on issues of universal common interests.

May God bless our beloved nation real good! — mysinchew.com

Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 dipanggil

Posted: 19 Dec 2010 07:00 AM PST

KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

"Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, "tengok dulu. Saya sedang melihat.."

"Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.

Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan "tidak bercadang untuk memilih jalan itu" walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

"Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik," kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran 'progresif' ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

"Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini," katanya.

Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. "Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh," kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. "Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak," katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.

Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

"Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

"Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

"Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan," kata beliau lagi.

Keputusan tolak pelantikan bukan Islam sebagai peguam syarie tepat, kata Jamil Khir

Posted: 19 Dec 2010 06:45 AM PST

SINTOK, 19 Dis — Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam menolak pelantikan bukan Islam sebagai peguam Syarie adalah tepat dan perlu diterima, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata untuk menjadi peguam Syarie, selain ijazah dan kelayakan dalam bidang perundangan syariah, seseorang itu perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman yang mendalam mengenai agama Islam supaya dapat mengendali sesuatu kes dengan tepat.

Jamil Khir berkata jika bukan Islam dibenarkan menjadi peguam Syarie, kesulitan akan timbul sekiranya mereka didapati menghina mahkamah kerana tindakan tidak boleh diambil mengikut perundangan syariah.

"Kalau tidak dikawal perkara ini, kelak akan timbul penghinaan yang mengganggu sensiviti, dan ia akan menggugat sistem kehakiman syariah itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Perkhemahan Nasional Santun 2010 anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Kem Program Latihan Khidmat Negara di sini hari ini.

Program perkhemahan itu disertai 400 pelajar miskin serta anak yatim cemerlang dari Institusi Pengajian Tinggi awam dan swasta, bermula semalam sehingga Khamis ini.

Mengenai Yapeim, Jamil Khir berkata kerajaan menyasarkan satu cawangan Ar-Rahnu, iaitu sistem pajak gadai berlandaskan syariah yang dikendalikan yayasan itu, diwujudkan di setiap kawasan Parlimen menjelang 2015.

Beliau berkata ketika ini, terdapat 100 cawangan Ar-Rahnu di seluruh Negara yang turut menarik pengguna bukan Islam, terutama bagi mendapatkan modal pusingan perniagaan.

"Ada di antara mereka (peniaga bukan Islam) yang meletakkan barangan mereka di cawangan Ar-Rahnu ini pada waktu pagi untuk mendapatkan modal pusingan sebelum berniaga, kemudian akan ditebus balik pada waktu petang menggunakan duit hasil jualan pada hari itu," katanya. — Bernama

Isu negara Islam PAS boleh dibincang, kata Karpal

Posted: 19 Dec 2010 06:30 AM PST

Oleh G Manimaran

KEPALA BATAS, 19 Dis — Karpal Singh mahu dasar negara Islam yang menjadi isu 'duri dalam daging' dalam hubungan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP Kebangsaan berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

"Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita," kata Karpal ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Ia dilihat sebagai pendirian pertama sedemikian rupa datang daripada Karpal.

Di akhir ucapan itu, Karpal diberikan tepukan gemuruh berdiri oleh para perwakilan konvensyen.

Kertas siasatan forensik Sime Darby diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara

Posted: 19 Dec 2010 06:18 AM PST

IPOH, 19 Dis — Kertas siasatan kajian forensik yang dijalankan terhadap syarikat konglomerat, Sime Darby Berhad (Sime Darby) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi bagi tindakan selanjutnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan memandang serius masalah penyelewengan dan mahu Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit melakukan perkara tidak bermoral itu.

"Kertas kajian forensik telah siap pada bulan September lepas dan satu mesyuarat khas juga telah diadakan yang kemudiannya membuat keputusan supaya (kertas kajian itu) diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Sekiranya kerugian tersebut berpunca daripada kos operasi, itu adalah tanggungjawab kerajaan tetapi sekiranya berlaku disebabkan penyelewengan, perkara tersebut perlu dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat khas Jalinan Rakyat, Pendaftaran Pemilih Baru dan Pelancaran Skuad Sayang Parlimen Tambun di Dewan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Jelapang di sini.

Kajian audit forensik bebas itu dijalankan oleh pakar-pakar luar daripada firma jururunding KPGM dan Deloitte serta sebuah firma guaman bebas.

Pada Mei tahun ini, Sime Darby mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.

Berikutan kenyataan itu, Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam telah meminta Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, yang kontraknya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan sepatutnya berakhir pada 26 Nov ini, telah diminta bercuti.

Sime Darby pada 20 Sept lepas telah mengumumkan mengenai penemuan audit forensik ke atas kerugian yang berlaku dalam beberapa projek di bawah bahagian tenaga dan utiliti dengan perunding perundangan dan forensik menemui kes prima facie yang berkemungkinan terdapat kemungkaran tugas dan tanggungjawab serta perlakuan tidak sepatutnya. — Bernama

Pakatan tawar Program 100 Hari 10 inisiatif jika ketuai Putrajaya

Posted: 19 Dec 2010 06:00 AM PST

KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama," kata Pakatan Rakyat dalam "Buku Jingga" yang dikeluarkan pada konvensyen keduanya di sini, hari ini.

Kata "Buku Jingga" itu, sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari "kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program", antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisitif ialah:

— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat

— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang

— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan

— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar

— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda

— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman

— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) dalam ucapan majlis perasmian berkata, sekiranya Dasar Bersama Pakatan Rakyat boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 Hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urus tadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Program 100 Hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

"Bagi pihak Pakatan Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai iaitu program liputan Wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh Pakatan di peringkat pusat," katanya.

Bagaimanapun menurut Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang.

"Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat.

"Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan.

"Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN?" katanya. Sehubungan itu kata beliau, sebelum mengenal pasti mereka, Pakatan Rakyat terlebih dahulu harus menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya.

"Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. "Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (kaum, agama dan raja)," katanya.

Katanya lagi, satu lagi gologan ialah yang bukan 'real Malaysians' adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya.

"Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialisme dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar.

"Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

"Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or 'pseudo-Malaysians'," kata beliau.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di Pakatan harus tumpukan.

Lim berkata, beliau percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Pakatan harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN," katanya.

Pilihanraya: “Padang tidak sama rata”

Posted: 19 Dec 2010 05:30 AM PST

KEPALA BATAS: Presiden PAS berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum lebih awal.

Bagaimanapun, Datuk Seri Hadi Awang berkata `padang permainan kami tidak sama rata.`

"Kuasa mengadakakamn pilihanraya umum hak perdana menteri walaupun perlu mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong tetapi tidak lebih syarat semata-mata.

"Proses ini tidak demokratik dan memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadi juga berkata, BN mengawal akhbar utama dan kerana itu menjangkakan laporan negatif untuk konvensyen Pakatan Rakyat.

Sementara itu, spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan mengadakan pilihanrayas umum lebih awal iaitu awal tahun depan.

Cerita lain menyebut hanya Parlimen dibubarkan, bukan dewan undangan negeri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menegaskan BN tidak akan boleh merampas empat negeri Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat dalam ucapan awal pagi tadi masing-masing menyatakan akan bersatu di kalangan parti komponen menghadapi pilihanraya secara mengejut.

Mereka bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan tidak membubarkan dewan undangan negeri masing-masing.

Penggal pemerintahan bagi empat negeri berkenaan hanya berakhir pada pertengahan 2013.

Konvensyen ke-2 berjaya tunjuk kesepakatan

Posted: 19 Dec 2010 05:00 AM PST

Harakahdaily


Pakatan Rakyat menegaskan sekali lagi misi bersama dengan mengemukakan tawaran-tawaran baharu kepada pengundi Malaysia dan mencabar takrif Umno dan Barisan Nasional terhadap prinsip-prinsip dasar negara.

Di konvensyen kedua Pakatan di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini, parti-parti gabungan itu bertemu dengan persediaan menghadapi pilihan raya sebagai agenda utama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan apa yang disebut sebagai rekod kejayaan kerajaan negeri pimpinan DAP itu membela semua bangsa sehingga kontraktor Melayu mendapat sebahagian besar kontrak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perparitan dan Saliran melalui tender terbuka di negeri itu.

Sambil mengalihkan tumpuan pada Umno, Lim menegaskan bahawa isu Melayu terpinggir hanya kempen Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula mendedahkan kegagalan-kegagalan pemerintah terutama dalam program-program ekonomi.

"Keseriusan kita memperjuangkan pelbagai isu di Parlimen, sebagai contoh isu pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST Act), isu kenaikan harga minyak, isu penyelewengan wang rakyat dan lain-lain isu membuktikan bahawa komitmen kita demi rakyat berada pada landasan yang betul.

"Akibatnya Umno-BN cemas dan lebih berwaspada. Mereka kini lebih berhati-hati dalam bertindak kerana tahu rakyat akan memilih pakatan yang membela mereka," tegas Wan Azizah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan yang realistik menekankan sekali lagi agenda memulihkan negara daripada kesan-kesan negatif yang dibawa oleh pemerintahan BN selama ini.

Jelas Hadi, Pakatan telah bersepakat "mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau," tegas Hadi, menjawab tuduhan Umno yang mengaitkan Pakatan dengan penghakisan kedudukan istimewa Melayu.

Ketiga-tiga ucapan membawa tema konvensyen, "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia!" yang membayangkan prospek yang kelam bagi negara sekiranya BN terus memerintah melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pembentangan kertas kerja oleh wakil-wakil parti dalam sesi pertama sejurus selepas perasmian turut bertema "negara dalam krisis" secara langsung menawarkan Pakatan sebagai penyelesaian kepada krisis tersebut.

Pada masa sama, konvensyen turut mengedarkan buku kecil memperincikan dasar-dasar dipersetujui bersama oleh Pakatan, menyerupai manifesto pilihan raya bersama gabungan itu.

Perkara-perkara dikemukakan, berbentuk penerangan dan misi-misi yang ingin dicapai, mudah dibaca sebagai persembahan manifesto oleh Pakatan.

Masa dan suasana konvensyen, ketika Pakatan berdepan serangan berterusan media pemerintah dan pilihan raya umum dijangka tiba dalam masa beberapa bulan, memaksa Pakatan untuk benar-benar menunjukkan wajah bersatu dan bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Beberapa hari sebelum konvensyen, Pakatan menerima serangan terbaharu ekoran penggantungan ketua pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan protes yang diadakan di Parlimen.

Sebelum itu, muncul kumpulan Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), menjadi sebahagian kuasa ketiga dalam politik negara.

Kemunculan kumpulan ini, dan kuasa ketiga yang rancak dibicarakan kebelakangan ini mewujudkan satu cabaran baharu kepada Pakatan, melibatkan persaingan dalam politik pilihan raya dan dalam medan ide-ide perubahan.

Respons Pakatan yang dapat diperhatikan dalam konvensyen ini tidak menunjukkan gabungan ini kehilangan fokus, walaupun retorik pada peringkat awal dan ceramah malam sebelumnya tertumpu pada serangan terhadap Umno.

Sesi-sesi perbincangan selepas perasmian memperlihatkan perincian yang lebih jelas, seperti usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, menangani masalah peneroka Felda dan pelbagai isu lain melibatkan semua bidang.

Seperti yang disebut Presiden PAS dalam ucapan perasmiannya, Pakatan bergerak berdasarkan agenda-agenda yang dipersetujui bersama, untuk memulihkan negara yang berdepan krisis.

Berdasarkan pendekatan realistik dan harapan upaya menangani kempen negatif BN dengan lebih tersusun, Pakatan Rakyat boleh terus melihat masa depan yang cerah.

Anwar kekal Ketua Pembangkang

Posted: 19 Dec 2010 04:30 AM PST

Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.

Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

WikiLeaks: DAP nafi dedah maklumat kepada Singapura

Posted: 19 Dec 2010 04:15 AM PST

KEPALA BATAS 19 Dis. – Dakwaan bahawa DAP menyalurkan maklumat kepada Kerajaan Singapura mengenai keterlibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks merupakan tuduhan tidak berasas, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata, dakwaan itu sengaja dibuat bagi memburuk-burukkan parti itu.

Beliau berkata, tiada bukti menunjukkan DAP mempunyai hubungan dengan Kerajaan Singapura khususnya pasukan risikan republik berkenaan.

"Ketika itu dari mana WikiLeaks mendapat segala maklumat? Daripada hubungan diplomatik?

"Pada masa ini, DAP masih belum mempunyai kuasa, jadi apa jenis hubungan yang kita (DAP) ada dengan pasukan risikan Singapura?" katanya pada sidang akhbar sempena Konvensyen Kedua Pakatan Pembangkang di sini hari ini. – Bernama

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua

Posted: 19 Dec 2010 04:00 AM PST

Ucapan oleh Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan Kedua di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari Ahad, 19hb Disember 2010:

Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenar

Tepat setahun dulu dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat pertama yang penuh bersejarah pada 19 Disember 2009 di Shah Alam, suatu muafakat baru muncul di Malaysia dengan pelancaran Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Hari ini dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat kedua di Pulau Pinang, suatu harapan baru telah lahir di kalangan rakyat Malaysia dengan pelancaran Program 100 hari PR.

Saya pasti dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Rakyat ketiga tahun depan, suatu kerajaan baru berjiwa rakyat akan terbit di Malaysia yang martabatkan rakyat dan mendokong ketuanan rakyat.

Mengimbas kembali kepada dokumen Dasar Bersama PR yang merangkumi prinsip-prinsip asas perjuangan gabungan PKR, PAS dan DAP, ia mengandungi empat tajuk utama iaitu

1.

Demokrasi Telus dan Tulen
2.

Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil
3.

Keadilan sosial dan pembangunan insan
4.

Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara.

Sekiranya Dasar Bersama PR boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri PR di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Bagi pihak PR Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh PR di peringkat pusat.

Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan - the real Malaysians.

Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Satu lagi gologan ialah yang bukan "real Malaysians" adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.

Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan. PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan. Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup - itulah system kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dasyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan(freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.

Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela. Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.

Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka. Masyarakat yang berpegang teguh kepada ¡°amar maaruf nahi mungkar¡± akan pastikan pemimpin Firaun tidak akan timbul semula. Jangan mereka yang mahukan Menara Warisan Merdeka 100 tingkat lupa, Firaun boleh bina Piramid yang masih wujud sekarang tetapi Firaun sudah lama tak ada lagi.

Inilah rakyat sebenar dalam golongan pertengahan yang PR mesti tumpukan bukanlah mereka yang rasis, benci-membenci, fitnah dan tamak-haloba. Kita mesti was-was tentang kempen kotor yang akan dimainkan dalam PRU13 yang diramalkan datang tak lama lagi. BN akan gunakan senjata 3R khususnya UMNO akan cakap PAS diperkudakan DAP dan MCA pula cakan DAP diperkudakan PAS. Saya nak tegaskan PAS dan DAP tidak memperalatkan satu sama lain, kami masing-masing hanya rela diperalatkan oleh rakyat sahaja.

Selama ini di Pulau Pinang UMNO serang DAP anti-Melayu dan MCA pula serang DAP anti-Cina. MCA serang DAP anti-bukan Melayu bila DAP tunjukkan bahawa dalam sistem tender terbuka, kontraktor Melayu memang mampu berdaya saing dengan memenagi sebilangan besar kontrak kerajaan. Kontraktor Melayu menangi 100% kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran serta 98% kontrak JKR. Bila kita martabatkan rakyat Pulau Pinang tanpa kira kaum, jelas yang tak dapat berdaya saing ialah kontraktor UMNO sendiri bukanlah kontraktor Melayu.

Kita tidak harus benarkan BN pecah-belahkan keutuhan PR. Perjuangan DAP adalah berteraskan Perlembagaan Persekutuan di mana DAP telah pinda Perlembagaan parti dalam 2006 untuk menerimanya. Kita tak harus benarkan UMNO cuba "hijack" Perlembagaan Persekutuan memecah-belahkan rakyat Malaysia bahawa adalah salah untuk memperjuangkan ketuanan rakyat. UMNO sering sebut Perkara 153 sebagai justifikasi untuk hanya perjuangkan ketuanan Melayu. Malangnya UMNO langsung tidak sebutkan bahawa Perkara 153 juga menyatakan kepentingan sah kaum-kaum lain mestilah dipelihara.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan

Adalah menjadi tanggungjawab Yang di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

Article 153 of the Federal Constitution

It shall be the responsibility of the Yang di Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this article.

PR mesti tumpukan usaha menjayakan transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan Gross National Income(GNI) per capita USD15,000 menjelang 2020. Di bawah BN, ini tidak mungkin berlaku. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meragui keupayaan mencapai GNI USD15,000 ini. Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara terbuka menyatakan kemungkinan Malaysia akan jadi bankrap pada 2019. Demi selamatkan Malaysia dari jadi bankrap, PR perlu memerintah di Putra Jaya.

Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih. Kita mahukan Konvensyen Kebangsaan PR ke-3 tahun depan diadakan di Putra Jaya. Kita mahukan Kerajaan berjiwa rakyat untuk rakyat Malaysia sebenarnya.

Hidup PR, Hidup Kerajaan Berjiwa Rakyat, Hidup Martabat Rakyat!

*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ahli Parlimen Bagan

PR sedia kerjasama dengan BN dalam Akta Pemulihan Demokrasi

Posted: 19 Dec 2010 03:30 AM PST

KEPALA BATAS, 19 Dis – Pakatan Rakyat sedia menjalin kerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional bagi membincangkan Akta Pemulihan Demokrasi di negara ini.

Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat bersedia mengenepikan perbezaan politik dengan BN dalam hal ini, bagi memulihkan demokrasi yang semakin tenat.

Kerjasama dwi-partisan ini menyentuh enam perkara iaitu pembatalan semua pengisytiharaan darurat, pemansuhan undang-undang anti-demokrasi, menunaikan perjanjian bersama Sabah dan Sarawak, perlaksanaan pilihanraya umum yang telus, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan membebaskan media.

"Perubahan yang dicadangkan ini adalah komitmen kami dalam Pakatan Rakyat.

Perubahan ini juga adalah perkara yang mahu kita laksanakan dalam masa 100 hari dari tarikh Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia," kata Lim Guan Eng di satu sidang akhbar hari ini.

Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen mengumpul satu juta tandangan rakyat menyokong pembentangan Dwi-Partisan ini kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong.

Sementara itu, ketika ditanya wartawan apakah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pembatalan Darurat adalah strategi menghadapi Barisan Nasional dalam PRU-13, Presiden PAS menafikan perkara itu.

"Cadangan memansuhkan ISA dibuat kerana ia adalah yang terbaik untuk negara. Kita tidak boleh mewujudkan satu undang-undang untuk menghukum jenayah yang belum berlaku," jawab Hadi.

"Kita dapat lihat undang-undang seperti ISA misalannya digunakan bukan untuk keselamatan negara, sebaliknya untuk mengekalkan kuasa pemerintah," tegas beliau.

Semntara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menambah darurat diumumkan sebanyak empat kali, dari kebangkitan insurgensi komunis, kepada Konfrontasi Malaysia-Indonesia, dan akhirnya sekali Darurat di Kelantan.

"Tetapi ancaman-ancaman yang dikatakan wujud pada ketika itu tidak lagi wujud sekarang ini. Kerajaan Pusat perlu mengakui perkara ini, dan membatalkan semua pengisytiharaan Darurat," kata Kit Siang.

Pakatan janji perubahan penting dalam. 100 hari

Posted: 19 Dec 2010 03:15 AM PST

KEPALA BATAS: Pakatan Rakyat akan melakukan beberapa perubahan penting dalam 100 hari pertama menjadi kerajaan pusat.

Perubahan penting itu termasuk suruhanjaya pilihanraya, suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia dan polis.

Tema perubahan itu bertajuk "Ubah sekarang, selamatkan Malaysia" yang bertujuan memantapkan ekonomi.

Ia dibentangkan di depan 2, 000 peserta konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Pakatan Rakyat juga akan membubarkan sayap pelaburan Khazanah Bhd, KWSP dan lain-lain untuk mengambilalih aset lebuh raya.

Juga merancang menyusun semula sistem subsidsi dengan memotong subsidi untuk swasta dan menggunakannya untuk golongan miskin.
.
Manakala kerajaan BN bertindak mengurangkan saubsidi gula dan petrol tetapi pengeluare tenaga bebas mendapat `kebajikan korporat' bernilai RM19 bilion, dakwa mereka.

Perubahan lain termasuk meningkat royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus.

Turut membuka program ladang Felda dan internet percuma.

Calon PAS wakili Pakatan di Tenang

Posted: 19 Dec 2010 02:46 AM PST

Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu.

"Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini.

Pilihan raya kecil Tenang akan diadakan ekoran kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari.

Dalam ucapannya juga Anwar mengumumkan, berikutan kejayaan MB Summit baru-baru ini, para menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat akan mengadakan sekali lagi persidangan itu akhir Februari tahun depan.

Mereka adalah MB Kelantan, Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pada bulan Mac pula, Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengadakan Kongres Eokonomi Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu ekonomi yang perlu digarap Pakatan.

Najib Kasi, Rosmah Ambil [NKRA]

Posted: 19 Dec 2010 02:30 AM PST

Terbaik 2008: PAS diterima semua pihak
Harakahdaily

KEPALA BATAS, 19 Dis: Antara kejayaan paling besar pilihan raya umum 2008 adalah apabila PAS telah diterima dengan baik oleh semua kaum di Perak, kata perwakilan DAP, Dr Jayabalan dalam konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat hari ini.

Perkara ini berlaku kerana slogan PAS untuk semua dan Malaysia untuk semua telah berjaya berjalan dengan baik.

Beliau berucap sebagai pembahas dalam konvensyen ini.

Sementara itu, wakil dari PKR, Chah Li Kang pula berkata, masa untuk bercakap sudah berakhir kerana sekarang adalah masa untuk bekerja bagi memenangkan Pakatan.

Ini kerana, kata beliau, dasar yang dikemukakan oleh Pakatan jauh lebih baik dari BN. Oleh itu, apa yang perlu dibuat adalah mempastikan dasar ini boleh dilaksanakan dengan bekerja kuat ke arah memenangkan Pakatan.

Beliau mencadangkan, dalam pelaksanaan dasar ini, sebuah Parlimen Pemuda yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu di kalangan pemuda di negara ini.

Beliau yakin, pendekatan ini akan membolehkan semua pihak rasa terbela kerana pemuda sangat penting bagi melaksanaan dasar yang baik itu.

Beliau memetik kata-kata bekas Presiden Indonesia, Sukarno yang berkata, "Berikan aku 10 pemuda, nescaya aku akan goncang dunia."

Beliau menolak projek yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu NKRA.

"NKRA sebenarnya bukan National Key Result Area tetapi Najib Kasi, Rosmah Ambil," kata Chah Li Kang.

INTIPATI UCAPAN SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2

Posted: 19 Dec 2010 02:00 AM PST

Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang

19 Disember 2010


Mukaddimah

1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian.

2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.

3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Ketetapan Konvensyen Pertama

4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.

5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.

6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.

7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.

8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.

9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]

10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.

12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persidangan Shah Alam 2010

13. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.

14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Masa Bergerak Ke Depan

15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.

16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.

17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.

18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.

19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.

20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti 'api dalam sekam' yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.

21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Perlu muhasabah

22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.

Asas perubahan

23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.

24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.

25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.

26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.

28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat 'defensive' untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.

29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Persediaan Pilihan Raya

30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.

31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.

32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.

33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.

35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.

Nasionalisme Ala UMNO : Pelampung Bocor Di Tengah Lautan

Posted: 19 Dec 2010 01:30 AM PST

Ekoran dinasihatkan oleh doktor untuk berehat, saya tidak berkesempatan untuk turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang bermula esok, 19 Disember 2010. Bagaimanapun,saya sentiasa mengutuskan harapan agar konvensyen tersebut berjalan dengan lancar dan dapat menyimpulkan resolusi-resolusi penting khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Saya sentiasa optimis, UMNO dan Barisan Nasional sudah sampai di penghujung hayat di dalam memimpin negara. Jika saya boleh datangkan perumpamaan, UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Jika ada yang masih memilih untuk berteduh di bawah pohon yang bernama UMNO ini, mereka perlu bersedia untuk ditimpa bahaya. Jika diumpakan pelampung di tengah lautan, nasionalisme yang dibawa UMNO tidak lebih daripada pelampung yang bocor, mereka yang berpaut padanya mengharapkan untuk selamat, sayang sekali ia bukan menyelamatkan, tetapi menenggelamkan.

Saya nukilkan demikian kerana jelas sekali Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang semakin cerdik. Hari ini akhbar-akhbar menyiarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa yang menolak cadangan untuk membuka peluang kepada orang bukan Islam menjadi Peguam Syarie. Dalam erti kata lain, Islam menjadi syarat kepada sesiapa untuk menjadi Peguam Syarie. Soalan saya mudah sahaja, kenapa tidak ditambah syarat Melayu? Adakah seorang bukan Melayu yang beragama Islam boleh menjadi Peguam Syarie? Jika boleh, apakah bezanya dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri? Baru sahaja beberapa minggu lepas saya dihentam teruk apabila menyatakan persetujuan terhadap cadangan melantik YB Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, ketika itu saya sudah meletakkan syarat persetujuan bahawa beliau hendaklah seorang muslim. Bukankah pada masa itu saya digelar pengkhianat Melayu? Atas nama Ketuanan Melayu, saya dianggap sanggup menjual maruah bangsa, hari ini adakah Jawatankuasa Fatwa pula menjual maruah bangsa?

Hakikatnya, Melayu yang kononnya dibela oleh UMNO hanyalah omong-omong kosong semata-mata. Berkali-kali saya nyatakan, ancaman kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya hanyalah cerita dongengan UMNO, ia tidak lebih daripada cerita seorang pengembala kambing berbohong dengan bertempik menyatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Kali pertama mungkin dipercayai, tapi kali seterusnya, bohong itu semakin tidak laku.

Jika keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa itu masih belum mencukupi untuk menyokong hujah saya, bagaimana pula dengan tulisan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Saudara Zainul Rijal Abu Bakar seperti yang tersiar di dalam Berita Harian, 13 Disember yang lepas? (rujuk di sini) Jika ada yang terlepas pandang, sukalah saya nukilkan sedikit tulisan beliau yang antara lain menyebut :

"Jika kita melihat dalam Perlembagaan, memang benar tidak disebut dengan jelas bahawa PM dan timbalannya mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu. Oleh kerana tiada syarat spesifik seorang PM dan TPM adalah Melayu, saya berpandangan orang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau TPM."

dan :

"Disebabkan itu, saya berpandangan seorang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau timbalannya dengan syarat orang bukan Melayu itu adalah seorang mukmin yang tegas melaksanakan ubudiahnya kepada Allah SWT."

Jika saya yang menyatakan demikian dituduh sebagai menjual maruah bangsa Melayu, maka bagaimana dengan tulisan tersebut di atas yang tersiar di dalam akhbar pro-UMNO? Di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang sibuk menghentam saya sewaktu saya mengeluarkan pandangan yang sama beberapa minggu lepas? Terlampau sibuk mengasap keris untuk dijulang mempertahankan Ketuanan Melayu, hingga leka dengan ribut petir di luar jendela?

Saya menyeru sekali lagi, baliklah kepada Islam. Islam menjanjikan keadilan untuk semua bangsa. Tanpa mengira warna kulit, Islam sebagai agama yang sempurna jauh lebih bernilai daripada nasionalisme yang dijunjung oleh sesetengah pihak di negara ini. Renungilah firman Allah SWT :

لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. – Surah al-Hadid, ayat 25.

Lihatlah bagaimana ayat di atas jelas sekali menyatakan tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah SWT ialah untuk dilaksanakan kandungannya yang tentu sekali akan membawa kepada keadilan. Lalu disebut peranan besi sebagai satu ibarat terhadap kekuasaan yang perlu dimiliki oleh orang Islam. Justeru, PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itulah keadilan dapat ditegakkan. Contohnya di Kelantan, dengan kuasa yang ada untuk memerintah negeri, PAS mampu melaksanakan dasar-dasar yang selari dengan syariat Islam yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO sudah terlalu lama berada di tampuk kuasa, namun tanpa Islam sebagai asas perjuangan, UMNO hanya mampu bertempik di atas nama bangsa Melayu semata-mata yang tentu sekali tidak akan memberikan kepuasan kepada bangsa lain. Lebih jauh lagi ada pula yang mendakwa tindakan mempersoalkan Ketuanan Melayu ialah budaya pluralisme!

Saya sentiasa menyebut agar perlulah selamanya kita meyakini bahawa hidup ini akan berakhir dengan akhirat. Manusia akan berdiri di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak untuk menjawab setiap persoalan yang akan dikemukan tanpa berpeluang lagi untuk berbohong atau memanipulasi undang-undang. Justeru, bukan pilihanraya yang digeruni oleh seorang muslim, tetapi keadaan dirinya di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya perhatikanlah sepatah pesanan Allah SWT :

وَقِفُوهُمْ إِنَّهُم مَّسْئُولُونَ

Yang bermaksud : "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal" – Surah al-Shaffat, ayat 24.

Ingatlah perjalanan hidup ini hanyalah satu permusafiran yang sementara. Akan tiba masanya kita akan meninggalkan segala apa yang dimiliki untuk berada di hadapan Allah SWT kelak. Pada masa itu, jika sekular yang menjadi pegangan kita, sekularlah yang akan menjadi teman kita di sana. Kata pepatah Arab :

ليس الغريب غريب الدار و الوطن إن الغريب غريب اللحد و الكفن

Yang bermaksud : Tidaklah dagang itu dagang meninggalkan negeri dan tanah air, tetapi dagang yang sebenarnya ialah dagang di liang lahad diselimuti kain kafan.

Inilah tujuan hidup manusia. Manusia tidak hadir ke dunia hanya untuk memikirkan pembangunan fizikal semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah melakukan persediaan untuk ke akhirat. Atas tujuan inilah, rebah bangun dan sakit pening rela saya harungi demi menyebarkan kefahaman Islam seluas mungkin. Saya harapkan dari amalan ini menjadi pahala di sisi Allah SWT kelak. Cuma izinkan saya bertanya, adakah pemimpin UMNO juga turut merasakan perjuangan mereka mengenepikan Islam dan berkiblatkan ideologi nasionalisme sekular turut menjadi pahala di sisi Allah SWT nanti?

Jika boleh, sekali sekala berfikirlah sejenak merenung kembali, kenapakah UMNO terus tegar melawan PAS? Jika apa yang tidak betul yang dilaksanakan oleh PAS sepanjang 20 tahun menjadi kerajaan di Kelantan, sila tunjukkan untuk kita perbetulkan. Syaratnya perkara yang didakwa tidak betul itu benar-benar bercanggah dengan Islam, bukan hanya kerana bercanggah dengan hawa nafsu. PAS hanya meyalin apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika PAS tidak betul, maka Rasulullah SAW juga tidak betul, benarkah demikian? Tentu sekali tidak. Lalu, mana hujah UMNO untuk terus menentang PAS? Jangan hanya kerana tidak boleh berhujah, kami dinafikan pula hak kami sebagai rakyat negara ini. Bukankah Allah SWT berfirman :

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Yang bermaksud : Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. – Surah al-Baqarah, ayat 23.

Allah SWT sendiri mengajak manusia berhujah jika tidak yakin dengan kitab yang diturunkanNya. Hujah manusia ialah dengan mendatangkan kitab setanding al-Quran. Kami juga berdiri untuk bersedia menerima hujah UMNO jika dasar PAS salah dari sudut syarak. Jika UMNO tidak mampu mendatangkan hujah, jelas sekali UMNO yang perlu mengubah dasar, tinggalkan sahaja sekular, marilah kepada Islam.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Bertarikh : 12 Muharam 1432H / 18 Disember 2010M

DAP, rasis, Kuan Yew dan Anwar — Awang Selamat

Posted: 19 Dec 2010 01:00 AM PST

19 DIS — Beberapa pemimpin DAP melenting apabila Awang menyifatkan DAP adalah parti paling rasis di dunia dalam satu tulisan menerusi ruangan ini awal November lalu.

Mereka marah dan ada yang mencabar Awang agar tampil berdebat tetapi untuk apa dilayan.

Yang penting Awang tidak berganjak daripada pandangan itu. Tidak boleh disangkal lagi, DAP memang parti rasis walaupun cuba berselindung atas slogan demokrasi.

Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.

Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri.

Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof Dr P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya.

Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya — sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu.

Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi.

Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini — tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur.

Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi.

Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa. Mursyidul Am PAS, Nik Aziz pula tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP.

Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu. — Mingguan Malaysia

Iran utamakan Arab Saudi dan Turki

Posted: 19 Dec 2010 12:30 AM PST

TEHERAN: Ketua Badan Tenaga aAtom Ali Akbar Salehi yang secara resmi menjadi Menteri Luar Negeri Iran mengatakan keutamaan Teheran adalah meningkatkan hubungan dengan Arab Saudi dan Turki.

Salehi yang mengawasi program nuklear Iran yang kontroversi itu, dilantik menjadi menteri luar negeri setelah Manouchehr Mottaki dipecat oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada 13 Desember.

"Keutamaan Iran dalam diplomasi harus pada tetangga-tetangga dan dunia Islam. Sehubungan dengan ini, Arab Saudi dan Turki memiliki satu posisi khusus," kata Salehi seperti dilapor berita Mehr.

"Arab Saudi layak memiliki hubungan politik khusus dengan Iran. Iran dan Arab Saudi, sebagai dua negara yang efektif dalam dunia Islam, dapat bersama menyelesaikan banyak masalah," tambahnya.

Kenyataan Salehi tentang Arab Saudi itu adalah penting setelah kawat-kawat diplomatik Amerika Syrikat yang disiarkan oleh laman internet WikiLeaks menunjukkan Riyadh cemas ancaman dari Iran.

Raja Abdullah dilaporkan mendesak para pegawai penting AS menghancurkan program nuklear Iran.

Salehi, 61 tahun mengatakan Iran dan Kesatuan Eropah juga akan "bermanfaat" jika EU mengubah sikapnya terhadap Iran dari "konfrontasi menjadi pendekatan secepat mungkin."

"Walaupun ada beberapa tindakan yang tidak adil oleh EU, blok itu ingin memiliki hubungan yang terhormat dengan Iran untuk beberapa alasan termasuk tenaga," katanya.

Salehi juga menegaskan tentang pentingnya memperluas hubugan dengan Syria, Iraq, Azerbaijan, Afganistan dan Pakistan, serta Russia dan China.

Salehi dilantik menjadi ketua badan tenaga atom Iran 17 Julai 2009, menjadi kekuatan pendorong di belakang program atom Iran. Sebelum memangku jabatan itu, ia adalah timbalan ketua Pertubuhan Persidangan Islam yang berpusat di Jeddah.

Salehi meraih gelaran doktor dari perguruan tinggi terkenal Masssachusetts Institute of Technology (MIT). Ia pernah bertugas sebagai wakil Iran pada Badan Tenaga Atom Antarabangsa yang berpusat di Viena semasa pemerintah Presiden Mohammad Khatami.

Media melaporkan bahwa Salehi akan menjadi menteri luar negeri sementara sehingga parlimen menyetujui pelantikannya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Mohammad Reza Rahimi mengatakan pelantikan Salehi dilakukan ketika Iran berada dalam posisi "khusus dan penting sekali."

"Situasi kita sekarang adalah khusus dan penting tetapi juga menggembirakan. Walaupun sekatan paling keras dikenakan terhadap Iran, situasi kita lebih baik berbanding sebelum sekatan itu," kata Rahimi yang dilapor ISNA.

Lacur diri: Rujuk nas dan hukum agama

Posted: 19 Dec 2010 12:15 AM PST

SHAH ALAM, 19 Dis – Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan At-Tantawi membidas kenyataan 'sepintas lalu' Pakar Motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah di akhbar Harian Metro minggu lalu yang menyatakan seseorang itu boleh melacurkan dirinya dalam keadaan darurat.

Nasrudin mengingatkan agar hukum agama perlu merujuk dahulu kepada nas dan asas agama dari mereka yang lebih tahu agar sensitiviti Islam tidak dipermainkan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Saya ingin mengingatkan, bahawa semua pihak yang ingin bercakap mengenai agama khasnya, perlu merujuk kepada mereka yang lebih tahu akan Islam itu dari sudut asas dan cabangnya sebelum mengeluarkan satu-satu kenyataan mengenainya," tegas beliau dalam kenyataan medianya semalam.

Dalam akhbar Harian Metro terbitan 11 Disember lalu, Fadzilah mengulas mengenai laporan seorang GRO yang melacurkan dirinya bagi menyara hidup dibolehkan dalam keadaan terpaksa.

Bagaimanapun empat hari kemudian Fadzilah sekali lagi mengeluarkan kenyataan beliau tetap menganggap pekerjaan melacurkan diri dan GRO itu sebagai haram.

Nasrudin bagaimanapun kesal dengan tindakan pakar motivasi itu kerana mengulas hal itu tanpa menyelidik atau merujuk kepada mereka yang ahli dalam hal agama.
"Kenyataan yang membenarkan seseorang itu melacurkan diri dengan alasan darurat tidak sepantasnya dikeluarkan begitu sahaja. Kenyataan demikian jelas bercanggah dengan maqasid Islam itu sendiri. Islam tidak mengajar kita menghalalkan cara demi mencapai matlamat kita," kata beliau.

Menurut Nasrudin lagi, negara Malaysia yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi memberi peluang kepada semua rakyatnya mencari rezeki yang halal dan tidak terus bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral dan berdosa.

"Apakah Negara kita telah kehabisan makanan? Apakah kerajaan Negara ini telah kehilangan moral dan nilai simpati untuk membantu rakyatnya ? Apakah masyarakat kita telah pupus semangat membantu dan menghulur bantuan kepada yang memerlukan," komen beliau lagi.

Tiada ulasan: