DIALOG RAKYAT |
- SMS akhir
- Pelacuran Dan Amalan "Sugar Daddy" Meluas Di IPT
- PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?
- PAS sedia letak calon di Tenang
- M'sia rancang bina dua loji nuklear
- M'sia tetap hormati ajaran Syiah di negara lain
- Konvensyen Pakatan: Umum program 100 hari
- Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya
- Konvensyen ke-3 di Putrajaya
- Terjemah hasrat Pakatan untuk perintah negara
- Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar
- Mari kita makan kek tolak politik lama
- MMC- Gamuda dibenarkan mengambil bahagian dalam pakej terowong
- Mazlan Aliman calon PAS di Tenang?
- DUN Tenang ujian benar populariti BN, kata Ibrahim Ali
- Taib Mahmud sah nikah warga Lebanon malam tadi
- Palanivel mahu tambah pengundi MIC
- Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 dipanggil
- Pakatan pembangkang belum putus bakal calon bertanding kerusi DUN tenang
- Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat 2010
- Tengku Mahkota Pahang dimasukkan ke hospital
- Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik
- Barang naik: PAS edar risalah protes
- 'Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan'
| Posted: 19 Dec 2010 12:39 AM PST Oleh IBRAHIM ISA BATU PAHAT: Mangsa pembunuhan kejam yang ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin, dikatakan sempat menghantar SMS nyawanya terancam kepada seorang rakan ketika kejadian, Rabu lalu. Malangnya, mangsa, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Putra Tongkang Pechah, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, gagal memberi lokasi menyebabkan rakannya itu tak dapat memberikan bantuan dan mendiamkan diri. Nenek mangsa, Mailiah Idris, 62, berkata perkara itu dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila dia mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang. "Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang. "Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah. "Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokannya," katanya. Menurutnya, selain membuat laporan polis bapa arwah menghubungi beberapa rakan dan salah seorang daripada mereka memberitahu, arwah sempat menghantar SMS mengatakan dia akan dibunuh. Bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana arwah tidak sempat memberitahu lokasi dia berada. "Kami hanya tahu arwah berada di kebun sejauh kira-kira 100 meter dari rumah apabila sepasukan polis datang ke kawasan itu jam 5 petang kelmarin," katanya. Mak cik mangsa, Arina Syairah Muhammad Fauzi, 18, berkata dia bermimpi arwah bergelut dengan lelaki selama tiga malam berturut-turut, sebelum diberitahu arwah ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kebun kelapa sawit. Katanya, kali terakhir dia bertemu mangsa Jumaat lalu sebelum pergi ke Kuala Lumpur bersama rakan sekolah. Menurutnya, bermula Ahad hingga Selasa, dia bermimpi arwah yang memakai kemeja-t berwarna merah jambu, bergelut dengan lelaki menyebabkannya bimbang dan menghubungi arwah pada Selasa lalu. "Kali terakhir kami berbual, saya dapati dia ceria seperti biasa menyebabkan saya tidak menyangkakan apa-apa kejadian buruk akan berlaku terhadapnya. "Bagaimanapun, saya diberitahu dia hilang sejak Rabu lalu seolah-olah mengiyakan mimpi buruk yang saya alami itu, sebelum ditemui meninggal dunia Jumaat lalu," katanya. Menurutnya, mereka yang rapat sejak kecil tidak menyangka kejadian itu akan berlaku terhadap mangsa dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi memberkas penjenayah terbabit. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, bapa mangsa membuat laporan polis kehilangan anak perempuan berusia 14 tahun Khamis lalu dan sepasukan polis menyiasat aduan berkenaan. "Bagaimanapun, tengah hari kelmarin suspek berusia 15 tahun datang ke balai polis membuat laporan mengatakan dia melihat satu pembunuhan dilakukan seorang rakannya, di kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, menyebabkan kami menahan suspek kedua berusia 16 tahun itu. "Namun, hasil siasatan mendapati suspek pertama turut terbabit sebelum kami dibawa ke lokasi pembunuhan dan menemui mangsa pada kira-kira jam 5 petang kelmarin," katanya. | ||
| Pelacuran Dan Amalan "Sugar Daddy" Meluas Di IPT Posted: 19 Dec 2010 12:34 AM PST
| ||
| PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang? Posted: 19 Dec 2010 12:26 AM PST Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.
Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Kemenangan membawa makna kalah jikalau... Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.
Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah." Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan. 8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.
Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%. Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA. PR harus menarik sokongan peneroka FELDA Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain. Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.
Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang. Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing. Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%. Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan. Majoriti BN mungkin berkurang
Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%. Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini. Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN. Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal. | ||
| PAS sedia letak calon di Tenang Posted: 19 Dec 2010 12:23 AM PST ![]() MALAYSIA KINI PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang bakal diadakan. Harkahdaily memetik Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di kerusi berkenaan. "Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas," ujarnya. "Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok," ujarnya pada sidang media di Kepala Batas, petang ini. DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada jam 1.10 awal pagi semalam. Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari. Jika pilihan raya kecil itu diadakan, ia adalah yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008. Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008. BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India. | ||
| M'sia rancang bina dua loji nuklear Posted: 19 Dec 2010 12:22 AM PST MALAYSIA KINI Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga. Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan. Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian. "Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama. Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu. "Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia," katanya. Selain itu, kata Chin, sumber-sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal. "Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria)disebabkan oleh kosnya yang tinggi," tegas beliau. Chin juga berkata kerajaan perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan oleh kos yang tinggi. "Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata," katanya. Chin berkata nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraannya dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang. "Contohnya, di Abu Dhabi, mereka sedang membina loji tenaga suria yang besar-besar tetapi pada masa yang sama mengimbanginya dengan loji nuklear. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada bahan api fosil," kata Chin. Malaysia memulakan operasi reaktor penyelidikan Triga 1 MW sejak 1982 dan mempunyai perjanjian perlindungan nuklear antarabangsa sejak 1972. Baru-baru ini, Malaysia juga memperketat undang-undang kawalan eksport untuk mencegah kemungkinan berlaku penyeludupan teknologi nuklear | ||
| M'sia tetap hormati ajaran Syiah di negara lain Posted: 19 Dec 2010 12:18 AM PST BERNAMA Malaysia sentiasa terbuka dalam hubungan diplomatik dan mengiktiraf fahaman Syiah yang diamalkan oleh negara-negara Arab seperti Iran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan tetap mengharamkan fahaman Syiah diamalkan di negara ini ekoran terdapat beberapa faktor yang boleh mengelirukan orang Islam dan bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan oleh rakyat Islam di Malaysia. "Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq. "Kita tidak menyekat masyarakat di negara ini mengamalkan amalan Syiah tetapi kerajaan tidak membenarkan penyebaran ajaran Syiah ini dibuat ekoran terdapat beberapa dakyah songsang yang boleh menggugat keharmoniah umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di Kedah hari ini. Seramai 450 pelajar dalam kawasan Parlimen Jerai dipilih menerima sumbangan Umno Bahagian Jerai. Khamis lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan 200 pengikut ajaran Syiah dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves apabila dikatakan terpesong dan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal untuk dibunuh. "Kalau amalan lain tak menjadi satu kesalahan tetapi nak menyebarkan pegangan seperti ini dan menyimpang jauh hingga mengatakan semua mazhab lain tidak betul dan kafir adalah tidak betul dan melanggar undang-undang," kata Jamil Khir. Katanya demi keharmonian masyarakat Islam di negara ini, kerajaan dan Jabatan Agama Islam negeri sentiasa melakukan pemantauan dan mengambil tindakan bagi mengekang kegiatan tersebut berleluasa. "Kalau kita tunggu sampai dia jadi akar dan jadi lebih kuat sudah tidak berguna lagi kerana sukar untuk menghapuskannya," kata beliau. | ||
| Konvensyen Pakatan: Umum program 100 hari Posted: 19 Dec 2010 12:12 AM PST Susan LooneMesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia. Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan. Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia. Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia. Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka. Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi. Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang. Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut. Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman | ||
| Konvensyen ke-2 persiap hadapi pilihan raya Posted: 19 Dec 2010 12:10 AM PST
| ||
| Posted: 19 Dec 2010 12:08 AM PST
| ||
| Terjemah hasrat Pakatan untuk perintah negara Posted: 19 Dec 2010 12:07 AM PST
| ||
| Umno lakukan pembunuhan karakter Anwar Posted: 19 Dec 2010 12:03 AM PST
| ||
| Mari kita makan kek tolak politik lama Posted: 18 Dec 2010 11:57 PM PST
| ||
| MMC- Gamuda dibenarkan mengambil bahagian dalam pakej terowong Posted: 18 Dec 2010 11:56 PM PST BERNAMA
"Pengecualian ini diberi kerana pihak PDP merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja terowong yang besar, seperti terowong SMART dan Kaohsiung MRT di Taiwan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di sini, katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang sebelum berlepas ke Terengganu. Bagaimana pun, Najib berkata pihak PDP perlu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain untuk memperolehi pakej terowong tersebut. Beliau juga berkata Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Syarikat Prasarana Negara Bhd, satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Inc, sebagai pemilik infrastruktur projek MRT, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pihak penyelia projek tersebut. Mengenai pelantikan MMC-Gamuda Joint Venture sebagai PDP, Najib berkata ini adalah berasaskan kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut yang disenarai di Bursa Malaysia, serta rekod yang cemerlang dan pengalaman dalam bidang pembangunan projek rel dan terowong yang besar dan kompleks. Menurut Najib, pihak PDP akan memaikan peranan yang serupa dengan pengurus projek tetapi dengan tanggung jawab tambahan untuk mempastikan projek itu disempurnakan dalam masa dan mengikut kos yang ditetapkan. Sebarang kos lebihan dan apa-apa kelewatan projek akan ditanggung oleh pihak PDP, katanya. Katanya peranan PDP tidak serupa dengan peranan yang dimainkan oleh kontraktor siap guna dan projek ini akan dibahagikan kepada pakej-pakej kerja yang akan diberikan secara berasingan melalui proses tender terbuka. Kerajaan akan membuat keputusan terakhir atas kontraktor-kontraktor untuk pakej-pakej kerja projek MRT, katanya. | ||
| Mazlan Aliman calon PAS di Tenang? Posted: 18 Dec 2010 11:50 PM PST PETALING JAYA: Tinjauan rambang di kalangan penyokong PAS di Labis dan khususnya kawasan dewan undangan negeri Tenang, mereka berpendapat calon PAS yang paling sesuai ialah Mazlan Aliman. Mazlan merupakan AJK PAS Pusat, ketua penerangan PAS Johor dan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Adun Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha, 59 tahun meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu kerana jangkitan kuman dalam darah.. Pada pilihanraya umum 2008, Sulaiman Timbalan Yang Dipertua PAS Labis ketika itu, Mohd Saim Siran. Seorang penyokong PAS Kampung Redong berkata, "Mazlan paling sesuai kerana di Tenang ada juga kawasan Felda. "Beliau (MAzlan) yang lebih tahu mengenai Felda. Kita nak tahu sebanyak banyak orang Felda menyokong Anak yang diusahakan oleh Mazlan itu," katanya. Beliau menambah, ada tiga buah kawasan tanah rancangan Felda di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang. Rakannya, Zulkifli Sarmin pula memberitahu, Mazlan merupakan penggerak PAS Johor yang menonjol ketika ini terutama dengan isu penyelewengan Felda. "Biarlah isu Felda terus didedahkan kepada pengundi Tenang, biar mereka tahu isu sebenar dalam tanah rancangan itu. "Kalau pun kita tidak menang dalam pilihanraya ini, sekurangnya kita ada bekalan untuk pilihanraya umum akan datang. "Sekurang-kurangnya kita tahu isu Felda ini. Kalau mereka sokong, maknanya isu ini boleh digunakan lagi dalam pilihanraya umum akan datang," katanya. Ditanya adakah pendedahan demi pendedahan mengenai penyelewengan Felda boleh mempengaruhi pengundi peneroka Tenang, Zulkifli berkata, "boleh jika kena caranya." "Kalau Mazlan boleh dedahkan, saya percaya masyarakat peneroka Felda akan mengundi PAS apatah lagi kalau calonnya Mazlan sendiri," katanya. Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno Labis menjelaskan isu penyelewengan Felda tidak berkesan untuk digunakan di Tenang .Ini kerana, kataya, tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh masyarakat Felda di Tenang. "Kami tidak pernah mendengar peneroka Felda merungut tidak puas hati…jadi apa isu yang hendak dibawa Mazlan di sini (Tenang)," katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Alias. | ||
| DUN Tenang ujian benar populariti BN, kata Ibrahim Ali Posted: 18 Dec 2010 11:49 PM PST ![]() Ibrahim tidak menyebut sama ada akan berkempen untuk BN di Tenang. — gambar fail Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata perubahan besar yang dilakukan BN dan Pakatan Rakyat memainkan peranan penting untuk menentukan parti mana yang akan mencapai kemenangan di Tenang. "Pada pilihan raya umum ke-11 BN dapat majoriti lebih 5,000 dan pilihan raya umum ke-12 majoriti BN turun kepada 2,000 lebih. "Maka pilihan raya kecil ini dapat kita lihat sama ada majoriti BN bertambah atau tidak. Undi Melayu bertambah atau kurang, undi Cina bertambah atau kurang, pengaruh (Datuk Seri) Chua (Soi Lek) kuat atau Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor)? "Dan, undi India juga tidak sedikit. Bila (Datuk Seri S.) Samy (Vellu) berhenti, pada (Datuk G.) Palanivel dapat kembali undi India kepada BN? Apakah ia tenang untuk BN atau gelora? Sama-sama kita lihat ujian (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) PKR," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan berkempen untuk BN sebagaimana disaksikan ketika pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor dan DUN Manek Urai. Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata pilihan raya kecil DUN akan menjadi ukuran kepada Umno-BN kerana kawasan yang terletak di Johor itu adalah kubu kuat parti itu. "Pilihan raya DUN Tenang akan benar-benar menjadi ukuran kepada BN... ia di Johor, kubu kuat Umno. "Ia juga kubu kuat Soi Lek (Presiden MCA) dan pengundi Cina 38 peratus lebih," katanya. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 49 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina pula 38 peratus manakala masyarakat India dalam lingkungan 12 peratus. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran. Pada pilihan raya umum 2008 BN mempertahankan kerusi Tenang dengan 2,492 undi berbanding 5,517 undi empat tahun sebelum itu. Pada pilihan raya umum 1999 majoriti diperoleh calon BN adalah dalam lingkungan 8,649 undi ketika pengundinya dalam sekitar 24,100 orang. Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera Umno-BN supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan. Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan. Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata parti Islam itu akan meletakkan calon di DUN Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu. Sejak pilihan raya umum 2008, 13 pilihan raya kecil telah diadakan dengan 10 daripadanya diadakan kerana kematian wakil rakyat. BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi. | ||
| Taib Mahmud sah nikah warga Lebanon malam tadi Posted: 18 Dec 2010 11:43 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() File photo of Tan Sri Abdul Taib Mahmud Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib, 74, memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan. Laporan Berita Minggu menyebut, majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas. Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal pukul 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi. Taib dan isteri, seorang wanita Lebanon dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira pukul 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan. Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media juga memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri. "Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya. Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu. Laporan semalam memetik Taib yang sekadar menjawab: "Belum lagi." Pemimpin veteran itu dijangka akan mengetuai Barisan Nasional negeri untuk menghadapi pilihan raya negeri, yang akan diadakan bila-bila masa memandangkan mandat semasa akan berakhir Julai depan. Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu. Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu. Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwin dengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramlee memandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu. Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja. | ||
| Palanivel mahu tambah pengundi MIC Posted: 18 Dec 2010 11:41 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Gambar fail G. Palanivel demikian."Kita telah mulakan program mendaftar pengundi baru pada Ogos lepas dan kita telah gerakkan setiap bahagian MIC di seluruh negara untuk mencari pengundi India yang belum mendaftar. "Matlamat yang kedua ialah kita mahu daftar mereka menjadi ahli MIC," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan bernilai RM20,000 sumbangan Pasaraya Giant kepada lebih 500 murid miskin di sini hari ini. Palanivel (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata beliau telah meletakkan syarat bahawa sesiapa yang berhasrat menjadi pemimpin cawangan parti, mesti mencari ahli MIC baru dan juga mendaftar mereka sebagai pengundi. "Kita mahu ahli dan pengundi. Kita juga mahu ahli MIC mendaftar sebagai pengundi di tempat mereka. Ini kerana terdapat kes di mana ada di kalangan ahli MIC mengundi di kawasan lain," katanya. Beliau juga berkata MIC kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di seluruh negara. "Kita mensasarkan satu juta ahli dan usaha untuk mencapai sasaran ini akan dijalankan berterusan di mana semua bahagian telah digerakkan," katanya. Mengenai pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang yang bakal diadakan, beliau yakin Barisan Nasional akan mengekalkan kerusi tersebut. Katanya terdapat 12 peratus pengundi India di kawasan itu. Mengenai pemilihan MIC, beliau berkata pemilihan dijangka diadakan pada 2012 atau selepas itu. "Kita akan bincang perkara ini sebab jika ada pilihan raya umum, kita akan tangguh pemilihan parti. Ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum," katanya. — Bernama | ||
| Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 dipanggil Posted: 18 Dec 2010 11:37 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER ![]() Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) bersama Mohd Nizar Jamaluddin selepas majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas pagi tadi. "Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini. Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen. Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, "tengok dulu. Saya sedang melihat.." "Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman. Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan "tidak bercadang untuk memilih jalan itu" walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno. "Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik," kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran 'progresif' ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu. Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13. "Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini," katanya. Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. "Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh," kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun. Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. "Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak," katanya. Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail. "Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya. "Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat. "Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan," kata beliau lagi. | ||
| Pakatan pembangkang belum putus bakal calon bertanding kerusi DUN tenang Posted: 18 Dec 2010 11:35 PM PST BERNAMA ![]() Gambar fail Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata Pakatan Pembangkang akan mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu dan sedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Tenang secara bersama seperti pilihan raya kecil lepas. "Kita belum putuskan (calon) dan akan mesyuarat dulu, siapa calonnya akan dimaklumkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pakatan Pembangkang Kedua sehari di dewan Millenium di sini hari ini. Turut hadir Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha agung DAP Lim GUang Eng. Allahyarham Sulaiman meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Sementara itu, Lim berkata sama ada pilihan raya umum ke-13 diadakan secara berasingan di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang, bergantung pada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Kita tunggu pengumuman daripada Perdana Menteri dan ada ura-ura menyatakan beliau hanya akan membubarkan Parlimen dan Sarawak (Dewan Undangan Negeri Sarawak) sahaja tapi tidak yang lain. "Sebarang keputusan berhubung pengumuman itu akan dirunding secara bersama dalam PR (Pakatan Pembangkang)," katanya. | ||
| Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat 2010 Posted: 18 Dec 2010 03:47 PM PST
| ||
| Tengku Mahkota Pahang dimasukkan ke hospital Posted: 18 Dec 2010 03:46 PM PST MALAYSIA KINI Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Jumaat lalu akibat pendarahan hidung, berada dalam keadaan stabil. Bernama memetik Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga hari ini, Tengku Abdullah masih menerima rawatan di Wad Diraja hospital berkenaan. Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian. "Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail bahawa baginda dimasukkan ke HTAA selepas mengadu berlaku pendarahan di hidungnya Jumaat lalu, walau bagaimanapun, baginda kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita selepas program bersepadu memperkasakan komuniti di Felda Lurah Bilut di Bentong hari ini. Liow yang akan menziarahi Tengku Abdullah esok, berkata pendarahan itu mungkin berlaku disebabkan kesibukan dan jadual tugasan padat baginda, termasuk di luar negara. Khamis lalu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Pekan, Tengku Abdullah memaklumkan pemberita bahawa hidung baginda berdarah semasa berada di Guangzhou, China. Baginda turut memaklumkan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca di sana | ||
| Shamsul: Umno biadap guna masjid untuk politik Posted: 18 Dec 2010 03:44 PM PST MALAYSIA KINI Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno bertindak biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh, lapor TV Selangor. Katanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan."Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid,... apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno. Menurut Shamsul, penganjur sepatutnya memaparkan sifat berkecuali natural dan tidak taksub atau ekstrem. "Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan Tuanku dan Sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka," katanya. Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid. "Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka. Umno sebelum ini seringkali menuduh Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka. | ||
| Barang naik: PAS edar risalah protes Posted: 18 Dec 2010 03:43 PM PST Fadzly Esa PAS memulakan kempen memprotes kenaikan harga 4-dalam-1 dengan mengedar risalah kepada pengunjung gedung membeli-belah di ibu kota lewat petang ini. Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.Risalah berkenaan antara lainnya menyebut "rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen)." Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan. "Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi," kandungan risalah itu dipetik. Edar risalah lebih berkesan 3 mahasiswa ditangkap 10 Disember lalu, tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula. | ||
| 'Talibanisasi ke atas Syiah akan cetus keganasan' Posted: 18 Dec 2010 03:39 PM PST MALAYSIA KINIBekas mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau bimbang tindakan yang diambil kerajaan supaya menahan pengikut Syiah akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara. Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu. Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan. Tumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan pemantauan ke atas pensyarah dan pelajar universiti bagi membendung pengaruh ajaran itu. Malah tindakan tegas juga akan diambil ke atas pelajar dan pensyarah yang didapati terlibat dengan ajaran itu. Mengulas lanjut Mohd Asri berkata penahanan pengikut Syiah seperti itu membuktikan negara menuju era "Talibanisasi" sekiranya tindakan itu dilakukan "tanpa sebarang tanda zahir (pengikut kumpulan berkenaan) melakukan keganasan." "Saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yg kononnya demokratik yg menafikan kebebasan rakyat utk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam "Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka "Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini. | ||
| Posted: 18 Dec 2010 03:30 PM PST |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Angkatan Siswi Dinamis UKM (AKSIS) terpanggil untuk membicarakan isu hangat siswi-siswi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang didapati melacur dan perihal menyimpan 'sugar daddy'. Masakan bau bangkai gajah dapat ditutup. Gambar Fail
Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi
Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.
Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.
Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.
Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.
"Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas," ujarnya. "Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok," ujarnya pada sidang media di Kepala Batas, petang ini. DUN Tenang kosong berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, 59, pada jam 1.10 awal pagi semalam.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi. Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari. Jika pilihan raya kecil itu diadakan, ia adalah yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008. Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008. BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu. Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi 
Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.
Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.
Malam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.
Wan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut. Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman
KEPALA BATAS: Selepas tepat setahun berlalu, Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 hari ini di Dewan Millenium, Kepala Batas.
KEPALA BATAS: Pakatan Rakyat yakin, menjelang konvensyen ke-3 Pakatan Rakyat tahun depan, mereka sudah mentadbir Putrajaya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
KEPALA BATAS: Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berharap semua pegawai kerajaan memahami aspirasi Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah Malaysia.
Peristiwa ini katanya sama seperti ketika Parti Negara dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar yang mana Allahyarham Onn difitnah oleh pemimpin Umno ketika itu untuk menutup perjuangan bekas pengasas Umno itu, kata Wan Azizah.
KEPALA BATAS: Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini melancarkan program makan kek sebagai simbolik sokongan kepada sekumpulan pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) yang ditangkap kerana memakan bagi membantah pembinaan menara 100 tingkat.




SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT
Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian.
Katanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan.
Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.
"Cukuplah sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.
Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan yang berlaku susulan penahanan seramai 200 orang pengikut ajaran Syiah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Khamis lalu. Dilaporkan, dua orang pemimpin kumpulan itu turut ditahan dalam serbuan tersebut di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves. Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.
Tumpuan kerajaan ke atas gerakan Syiah di negara kini semakin memuncak dengan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi dan JAIS meningkatkan
"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dgn ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dgn mereka "Dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat. Hujah (perlu) ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan