Ahad, 19 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gambar Isteri KM Sarawak yang Cun

Posted: 19 Dec 2010 05:00 AM PST


Isu APCO: Hishamudin Cabar Dedah Bukti, Anwar Kata Ada Bukti

Posted: 19 Dec 2010 04:30 AM PST


Anwar menjawab cabaran Hishamuddin yang memintanya mendedahkan bukti kaitan antara APCO dengan agensi keselamatan Israel, Shin Bet. Katanya,"Dedahkannya. Mengapa beliau perlu takut? Mereka mengugut
untuk mendedahkan hal ini, namun sehingga kini, tiada dokumen yang didedahkan."

Anwar menjawab cabaran Hishammuddin dengan mengatakan bahawa "Adakah saya mempunyai bukti? Lihat dokumen ini (sambil menunjukkan beberapa helai kertas). Bukti itu ada di dalam tangan saya, namun saya tidak diberi peluang untuk menerangkan hal itu di Parlimen minggu lalu. Daripada membenarkan saya menerangkan hal ini, mereka menggantung saya enam bulan."

Lanjut baca di sini.

Anwar Kekal Ketua Pembangkang, DAP Pertahan Islam Sebagai Agama Rasmi

Posted: 19 Dec 2010 03:55 AM PST

Saya petik:
[HD] Pakatan Rakyat membuat keputusan melantik terus Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai anggota Parlimen.

Keputusan itu dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan di bilik VIP Dewan Millenium, serentak dengan perjalanan konvensyen itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap membuat ucapan penggulungan di konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat mereka sekejap tadi telah membuat keputusan mengekalkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Kita tetap mahukan berketuakan beliau," kata Abdul Hadi yang diiringi tepukan gemuruh para perwakilan dan pemimpin Pakatan yang menyertai konvensyen itu.

Anwar bersama dengan Azmin Ali (Gombak), Karpal Singh (Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (Subang) telah digantung dari Dewan Rakyat selama enam bulan dalam satu sidang yang sangat kontroversi.

Ia berpunca dari pendedahan Anwar bahawa dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak, adalah dibuat oleh APCO Worlwide yang juga memcipta 1 Israel.

Ia tidak disenangi oleh Umno kerana APCO dikaitkan dengan agen-agen Yahudi yang berada di dalam syarikat itu.

Peguam Karpal Singh yang turut digantung dalam ucapan penggulungannya memberitahu, beliau akan memfailkan satu tindakan mencabar tindakan ini ke mahkamah tinggi.

Menurutnya, isu di sini adalah mangsa yang digantung tidak didengari pembelaan mereka sebelum diambil tindakan.

"Ini adalah isu mangsa tidak didengari sebelum dijatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Karpal dalam ucapannya.

Ini adalah amalan undang-undang Islam dari Pakistan yang diambil oleh orang puteh (Barat), kata Karpal.
Dalam ucapannya juga Karpal berkata beliau akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi di negara ini dan para penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama maisng-masing.

"Saya akan mempertahankan hal ini dan harap PAS juga jaga kami punya muka," kata Karpal Singh.

Beliau juga berkata, akan berbincang dengan pimpinan PAS terutama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi mengenai hal ini untuk tidak memberikan peluang kepada BN untuk mengeksploit isu ini.

Program 100 Hari 10 Inisiatif Pakatan Rakyat Jika Tawan Putrajaya

Posted: 19 Dec 2010 12:59 AM PST

Saya petik:
[TMI] KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 inisiatif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

"Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama," kata Pakatan Rakyat dalam "Buku Jingga" yang dikeluarkan pada konvensyen keduanya di sini, hari ini.

Kata "Buku Jingga" itu, sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari "kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan 10 program", antaranya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Lain-lain inisitif ialah:
— Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
— Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
— Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
— Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
— Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
— Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
— Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  dalam ucapan majlis perasmian berkata, sekiranya Dasar Bersama Pakatan Rakyat boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 Hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urus tadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Program 100 Hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

"Bagi pihak Pakatan Pulau Pinang, kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif kami amatlah dihargai iaitu program liputan Wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh Pakatan di peringkat pusat," katanya.

Bagaimanapun menurut Ketua Menteri Pulau Pinang ini, Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang.
"Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat.

"Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan.

"Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN?" katanya. Sehubungan itu kata beliau, sebelum mengenal pasti mereka, Pakatan Rakyat terlebih dahulu harus menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya.

"Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstremis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.

"Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. "Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (kaum, agama dan raja)," katanya.

Katanya lagi, satu lagi gologan ialah yang bukan 'real Malaysians' adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya.

"Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialisme dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar.

"Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

"Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or 'pseudo-Malaysians'," kata beliau.

Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di Pakatan harus tumpukan.

Lim berkata, beliau percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Pakatan harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN," katanya.

Petua untuk Hebat di Ranjang!

Posted: 18 Dec 2010 11:00 PM PST

Wanita (isteri-isteri) Malaysia tidak puas seks? Sedikit petua untuk diamalkan oleh lelaki (suami-suami) agar isteri mereka tidak tergolong dalam kelompok seperti yang dipaparkan dalam keratan akhbar di sebelah.

Saya petik:
1.Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

2.Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

3.Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

4.Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

6.Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

7.Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

8.Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

9.Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

10.Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.

11.Jangan amalkan onani kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

12.Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

13.Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

14.Jangan jima' di dalam air.

15.Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15 minit.

16.Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

17.Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

18.Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

19.Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Kredit: Resepi Rahasiaku

Nafsu Pelik dan Ganas: Saka atau Terpengaruh Aksi Filem Lucah?

Posted: 18 Dec 2010 07:50 PM PST

Suami benafsu pelik dan ganas? Perlakuan ini merujuk kepada fantasi seseorang untuk mencapai kepuasan seks. Keinginan pelik dan menyakitkan pasangan ini boleh melibatkan lelaki dan perempuan.

Di mana lelaki ini mendapat idea untuk berbuat demikian? Jangan cakap idea itu datang sendiri. Baca dahulu!

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Malang bagi satu pasangan suami isteri apabila rumah tangga yang pada mulanya aman damai kini bergolak hanya kerana situasi janggal - si suami mempunyai selera pelik ketika bersama.

Mana tidaknya, si isteri yang inginkan dirinya dibelai dengan kasih sayang dan sentuhan manja, sebaliknya diratah suami yang lebih berselera melihat isteri disakiti.

Itulah nasib malang menimpa Niza, 26, yang tidak tahan dengan kelakuan suami, Ramli, 26, seolah-olah beraksi dalam filem lucah ganas mat saleh.

Ada kalanya Ramli mengikat Niza di katil sambil memukul atau setidak-tidaknya mencubit bahagian tertentu tubuhnya. Bahkan, pernah juga suaminya itu memasukkan sesuatu pada kemaluan isterinya untuk mendapat rangsangan seks.


Selepas hampir dua tahun diperlakukan begitu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Niza akhirnya nekad melarikan diri untuk pulang ke pangkuan keluarganya yang menetap di sekitar Gombak, dekat sini, pada Oktober lalu.

Niza berkata, dia sudah kerap menasihati suami supaya tidak melayannya sedemikian rupa, tetapi ia tidak pernah bertahan lama.

"Lama kelamaan dia akan mengulanginya semula. Sebab itu, saya tidak dapat bertahan lagi.

"Sebagai isteri, saya hanya mahu dia (suami) melayan saya sebagaimana isteri normal yang lain. Jika berterusan begini, saya rasa cukup terseksa," katanya.

Menurut Niza, pada mulanya dia hanya mahu untuk mengasingkan diri bersama suami buat sementara waktu dan tinggal bersama keluarga namun apabila memikirkan suami yang mungkin tidak akan berubah, dia mengambil keputusan untuk bercerai.

"Keluarga sering bertanya dan mendesak, apa masalah saya dengan suami. Saya beritahu mereka kami berkelahi dan hanya mendiamkan diri jika ditanya puncanya.

"Saya malu untuk memberitahu perkara yang sebenarnya. Bagaimanapun, selepas nekad untuk berpisah dengan suami, akhirnya saya terpaksa jelaskan semuanya pada ibu saya," katanya.

Niza berkata, keluarga menghalang keputusannya untuk bercerai dan mereka mahu perkahwinan mereka diselamatkan.

Katanya, mulanya dia buntu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka kerana tidak sanggup menerima layanan buas suaminya lagi.

"Ayah menjelaskan pada saya suami mungkin boleh berubah jika dirawat.

"Mulanya, saya kurang yakin bagaimana soal yang membabitkan hubungan seks dan nafsu begini boleh dirawat.

"Namun selepas memikirkannya dengan keadaan waras, apa salahnya untuk mencuba. Lagi pula, suami tidak membantah dan bersedia untuk mendapatkan rawatan jika perlu demi menyelamatkan rumah tangga kami," katanya.

Kini, Ramli dibawa mendapatkan rawatan secara Islam bagi membuangkan selera pelik yang membelenggu dirinya ketika bersama dengan isteri.

Ketika ditemui, Ramli tidak menafikan dia suka menyakiti isterinya ketika berasmara semata-mata untuk mendapatkan kepuasan.

"Jika tidak berbuat demikian, saya tidak akan berasa ghairah. Bagaimanapun, saya tahu dia (Niza) tidak suka saya buat dia begitu.

"Masalahnya, sukar pula untuk saya mengawal diri. Jadi keputusan untuk mendapatkan rawatan begini mungkin adalah jalan terbaik untuk saya, lagi pula saya sangat menyayangi isteri dan tidak mahu berpisah dengannya," katanya.

Ramli berkata, dia nekad untuk mengubah sikapnya dan berharap hubungan mereka suami isteri berkekalan.

Sehubungan itu, katanya, dia akan membuang sikap buruknya yang ada kala gemar menonton filem lucah ganas dan pelik, selain cuba bersikap normal kepada isteri ketika bersama.

"Saya difahamkan juga ada kemungkinan nafsu pelik yang saya miliki ini adalah disebabkan keturunan atau saka. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi tidak salah berubat.

"Saya sedar apa yang saya lakukan pada isteri tidak patut sebagai seorang yang beragama Islam. Saya sepatutnya melayan dan membelai dia dengan baik.

"Saya bersyukur, isteri masih memberi peluang kepada saya. Begitu juga dengan keluarga yang ambil berat dan cuba menyelamatkan rumah tangga kami," katanya. - Samran Sarahan
Pernah dengar istilah "bondage dan "kinky"? Apa itu bondage? Rujuk sini. Apa itu kinky? Rujuk sini. Saya tidak fikir saka cukup hebat untuk berfantasi semata-mata mahu memuaskan nafsu tuan atau dirinya.

Sebelum ini kita ada terbaca kisah suami memasukkan "sesuatu" ke dalam vagina/faraj/kemaluan isteri. Ada isteri yang mengadu si suami memasukkan mentimun, terung, dan kayu cotar ke dalam kemaluan mereka. Baru-baru ini, seorang lelaki didakwa "merogol" atau melakukan persetubuhan secara ganas sehingga mencederakan isterinya.

Mengapa hal ini berlaku? Di mana mereka mendapat idea untuk melakukan perbuatan itu? Saya lebih cenderung mengatakan bahawa semua perlakuan ini dipengaruhi oleh aksi yang ditonton dalam video lucah daripada menganggap mereka mengalami masalah mental. Keinginan pelik dan ganas itu mungkin berpunca daripada keinginan untuk mencuba dan menikmati aksi yang ditonton dalam video lucah tersebut.

Wow, Sah 74 vs 28!

Posted: 18 Dec 2010 05:14 PM PST


Saya petik:
[BH] KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
"Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

P/s: WOW! Datuk-Datuk, Tan Sri- Tan Sri, jangan segan menanyakan petua daripada Ketua Menteri Sarawak ini! Bukan calang-calang wanita yang dinikahinya.

Tiada ulasan: