Kerabu Bersuara ® |
- Akal Menteri Kabinet Najib Macam Budak Tadika!
- Altantuya: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks
- Surat Rasmi KEADILAN Kepada Kedutaan Besar Singapura Mengenai Isu ‘Wikileaks’
- Rentak perkembangan orang muda tidak lagi yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang
- Rakan akui Korporal Jenain lepaskan tembakan
- Mufti Perak : Halang kahwin diusia muda umpama menghina Rasulullah S.A.W
- Lagi Kes Pencuri Motosikal Mati Di Kelantan
- Sultan berkenan bertemu Pimpinan PAS Negeri
- Kediaman rasmi Exco akan dimanfaat sepenuhnya
- Lim Kit Siang persoal kerajaan tutup kes P.Balasubramaniam
- Anwar Tidak Perlu Mendapat Keadilan Di Mahkamah
- PRU dijangka berlangsung serentak pilihan raya negeri Sarawak
- Tangguh FTA dengan AS dan EU
- 87,583 Bankrap Sehingga Oktober Tahun Ini
- Usul gantung Anwar akan dibahas Khamis ini
- Majlis Peguam Sokong Konsep ‘Plea Bargaining’
- Undur dari Chelsea, Ancelotti latih Roma
- Minta kerajaan negeri selesaikan isu geran
- Usah Terlalu Ghairah Dengan Pendedahan WikiLeaks
- Kenapa takut pada Anwar Ibrahim?
- Berita Sedih! Mana Pergi Melayu Perkasa? Suara Perkasa hentikan terbitannya
- Ansari, Thamrin bersaing menjadi ketua PKR Sabah
- Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja
- Tangguh pemilihan Umno elak Zahid rempuh Muhyiddin?
- KETUANAN MELAYU : SANDIWARA DI HUJUNG HAYAT UMNO?
Akal Menteri Kabinet Najib Macam Budak Tadika! Posted: 14 Dec 2010 07:45 AM PST Baru-baru ini Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia( FOMCA) telah melancarkan Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja 2010. Antara objektif utama kempen ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan harian dengan menerapkan sikap menanam sayur di kalangan pengguna. Justru, saya menyokong kempen ini kerana dengan menanam sayur seperti serai, daun pandan, dan cili yang boleh ditanam dibelakang rumah atau pasu bunga di rumah pangsa sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan warga pengguna. Sikap ini perlu ada di kalangan pengguna kerana ia mendatangkan faedah. Banyak tanah terbiar di kawasan belakang rumah ,maka lebih bermanfaat jika digunakan untuk menanam sayur. Walaubagaimanapun ada blogers dan suara-suara yang tidak berpuas hati dengan kempen ini.Kepada yang mengkritik berfikirlah secara positif dan sama-samalah membantu saya menyedarkan masyarakat tentang perlunya melakukan sesuatu demi mengurangkan perbelanjaan harian. http://ismailsabri.blogspot.com/2010/12/kempen-tanam-sendiri-jimat-belanja.html dah la wei dok kencing rakyat! kerja menteri penipu jer! bangan tol |
Altantuya: Najib perlu perjelas laporan Wikileaks Posted: 14 Dec 2010 07:30 AM PST Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR,14 Dis: Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara. "Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita. "Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri. Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu. Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia. "Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura. "Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia. "Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya. "Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri. Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu. Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu. 'Maklumat' itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh. |
Surat Rasmi KEADILAN Kepada Kedutaan Besar Singapura Mengenai Isu ‘Wikileaks’ Posted: 14 Dec 2010 07:00 AM PST Ref no: MISC/PAR/10/10/yh H.E. T Jasudasen High Commissioner The Republic of Singapore Dear Sir, Greetings. The latest exposure in WikiLeaks has triggered a serious and alarming signal for Malaysia-Singapore relations. While I agree that the confidentiality of diplomatic correspondence must be respected, I also hold that a healthy friendship with neighbouring countries must be based on trust and mutual respect. The cables released by WikiLeaks contain the opinions of Singapore's senior politicians and diplomats. Their comments show, despite being our close neighbour, Singapore Government leaders view Malaysia with contempt and disdain. For example, Malaysian developmental decline was simplistically attributed to "incompetent" leadership. Besides the defamatory remark by Lee Kuan Yew that the Opposition Leader was "set-up", Singapore's Government senior leaders also described Malaysian Prime Minister Najib Razak as an "opportunist" and asserted that he was involved in a murder case. These comments, coming from Singapore Government officials, were not expressed in private conversations or within a close circle. Instead, the cables revealed that Singapore's political leaders and diplomats had been actively communicating such damaging remarks to the international community. From the nature of these communications, one can not help but to interpret that Singapore is actively engaging in a covert exercise to undermine Malaysia's international standing. As a Malaysian, despite my differences with the ruling parties, I find it extremely offensive when a foreign government deliberately spreads unverified information to tarnish my country's image. For decades, Malaysia-Singapore relationship has been marred by suspicion and mistrust. I personally believe that there is room for improvement in the relationship between our two countries. We place high hope in professional diplomats to play an important role in promoting positive relations between countries. But unfortunately, in spite of our proximity and long-term cross-border exchanges, Singapore diplomats have still failed to assess Malaysia accurately. It is particularly insulting when Singapore informs other countries that Malaysia was on the brink of ethnic riots, and Singapore risked having to face a flood of refugees of ethnic Chinese from Malaysia. I believe I am not the only Malaysian who feels disturbed by the patronizing and arrogant attitude of Singapore's leaders. I hereby, seek your clarification on the above-mentioned issues. I hope the Singapore High Commission on behalf of the Singapore Government will explain to the Malaysian public whether the opinions of its officials as revealed on WikiLeaks reflect the government's official view on Malaysia. Finally, I would like to reiterate that as a Malaysian Member of Parliament, I value a good relationship with our neighbour Singapore and have no intention to create a diplomatic brawl over the leaked information. However I seek an honest explanation so that our future relations can again be placed on a sound footing. Thank you. Yours Sincerely, TIAN CHUA Vice President of the People's Justice Party Member of Parliament Malaysia [Batu] 14 December 2010 |
Rentak perkembangan orang muda tidak lagi yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang Posted: 14 Dec 2010 06:30 AM PST Faisal Mustaffa Malaysia sebuah negara yang unik di mana di atas nama demokrasi, masih mengamalkan undang-undang kuku besi. Pelbagai siri protes demonstrasi dan penghantaran memorandum dianjurkan oleh pelbagai pihak tetapi ianya diakhiri dengan penangkapan para demonstran, diberhentikan kerja, dikeluarkan dari universiti dan sebagainya. Pelbagai sekatan dibuat ke atas pelajar universiti. Mereka tidak dibenarkan berpolitik, didakwa hanya kerana didapati memiliki bahan-bahan kempen pembangkang, diberi amaran untuk tidak menyertai demonstrasi dan sebagainya. Di Toronto, Kanada bulan lepas, ribuan pelajar institusi pengajian tinggi telah berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian. Mereka menuntut supaya yuran pengajian dihapuskan sama sekali. Mereka telah menuntut Perdana Menteri Dalton McGuinty supaya memansuhkan yuran pengajian tinggi di seluruh Kanada. Kebangkitan pelajar-pelajar di Toronto itu seolah-olah telah mencetuskan gelombang kebangkitan pelajar di seluruh dunia, khususnya di United Kingdom, Filipina dan juga Malaysia. Mengikut jejak pelajar-pelajar Kanada pada bulan November, ribuan pelajar di London (gambar atas) berdemonstrasi kerana kenaikan yuran pengajian mereka hampir tiga kali ganda. Ketika demonstrasi, berlaku beberapa pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan banyak kecederaan dan 43 tangkapan. Dalam demonstrasi tersebut juga berlaku serangan ke atas kereta Putera Charles dan isterinya Camilla, Duchess of Cornwall sewaktu dalam perjalanan mereka ke Paladium London. Walau bagaimanapun parlimen Westminster meluluskan kenaikan yuran yang akan berkuatkuasa pada 2012. Pelajar-pelajar universiti awam di Filipina pula telah berarak ke Dewan Senat pada 1hb Disember yang lalu untuk membantah potongan peruntukan bajet bagi universiti-universiti dan kolej-kolej awam. Di tanahair pula, pelajar-pelajar telah menunjukkan solidariti bersama rakyat Selangor dalam perhimpunan bantah penswastaan air Selangor yang berlaku di perkarangan Masjid Negara pada Disember 5 yang lalu. Pelajar-pelajar kita juga telah berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum kepada pihak Perdana Menteri berhubung isu kenaikan harga barangan di Malaysia. Sungguhpun masih belum layak membayar cukai, namun para mahasiswa harus diberi ruang bagi menyuarakan hasrat hati mereka. Tetapi adakah perkara ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan? Gerakan mahasiswa disekat Tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak diambil kisah sehingga seorang mangsa dihentak kakinya oleh anggota FRU sehingga mengakibatkan mangsa tersebut memfailkan saman. Tuntutan Gerakan Anti-ISA mendesak supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan. Adakah Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkannya? Semuanya seolah-olah tidak didengari. Pada suatu waktu dahulu, terdapat National Union of Malaysian Students (NUMS) atau lebih dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia diwujudkan bagi menjaga kepentingan pelajar universiti secara berdikari. Atas inisiatif dan semangat yang ada pada NUMS dan kemudiannya diharamkan pada tahun 1974, mahasiswa kini cuba untuk menghidupkan semula pertubuhan tersebut yang terdiri daripada wakil-wakil daripada pelbagai universiti awam dan swasta. Mereka berusaha keras agar pertubuhan mereka ini dapat didaftarkan sebagai satu pertubuhan baru yang sah disisi undang-undang. Selaku jurucakap NUMS baru, Amir Fared menyatakan bahawa mereka memilih untuk menghidupkan kembali semangat NUMS kerana nilai sejarah yang terdapat pada pertubuhan tersebut, sekali gus menarik minat orang muda untuk mempelajari sejarah negara. Walau bagaimana pun, beliau menyatakan dengan tegas bahawa pendekatan yang akan diambil oleh NUMS baru adalah sedikit berbeza dan tidak akan lari daripada ruang lingkup undang-undang yang sedia ada seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ide untuk menghidupkan semula NUMS tercetus hasil daripada kebangkitan pelajar-pelajar di London, namun NUMS tidak bercadang untuk melanggar mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa dengan mengadakan perhimpunan haram dan sebagainya. Seperti Britain, Kanada dan Filipina, Malaysia juga sudah tidak yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang. Penyelesaian tanpa campurtangan politik Politik tanah air terlalu cetek dan sering mempertikaikan perkara-perkara yang remeh sedangkan masalah dan kebajikan pelajar tidak pernah menjadi tumpuan. Oleh itu NUMS berhasrat menghimpunkan pelajar bagi mencari satu penyelesaian yang tidak memerlukan pergantungan kepada kerajaan mahupun mana-mana parti politik. Mereka juga percaya golongan terpelajar di Malaysia mampu menguruskan masalah-masalah mereka sendiri tanpa campur tangan politik. Melihat perkembangan ini, pelajar-pelajar di Malaysia sudah mula berdikari dan berusaha demi kepentingan mereka bersama. Perhimpunan mahasiswa negara akan diadakan di Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) pada Jan 11 tahun depan. Mungkinkah pelajar-pelajar ini akan menjadi teladan kepada masyarakat bahawa penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat tidak semestinya diselesaikan oleh kerajaan semata-mata. Selama ini kita memandang rendah terhadap graduan-graduan kita, namun pada hari ini kita sudah boleh lihat perubahan dalam sikap pelajar-pelajar yang sudah mula menunjukkan kematangan dan kreativiti mereka dalam pembangunan negara. Mungkin ada cahaya di hujung jalan di mana ada golongan pelajar di Malaysia yang tidak lagi mahu bergantung kepada kerajaan, dan tidak juga memilih untuk berdemonstrasi seperti pelajar-pelajar di London, sebaliknya berusaha untuk maju dalam ruang lingkup undang-undang yang tidak adil. Namun, atas prinsip demokrasi, janganlah pula golongan-golongan pelajar yang masih merasakan demonstasi sebagai salah satu bidang aspek demokrasi dihalang. Keyakinan yang ditunjukkan seolah-olah mereka menyatakan bahawa tidak ada apa yang mampu menghalang kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka. Mereka juga sanggup mengenepikan pengaruh dan kepentingan politik semata-mata untuk kepentingan mereka bersama. Jika begini rentak perkembangan orang muda di Malaysia, saya percaya masa depan negara masih mempunyai harapan yang cerah. |
Rakan akui Korporal Jenain lepaskan tembakan Posted: 14 Dec 2010 06:15 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis – Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini diberitahu Konstabel Mohd Hafizd Mohd Yusoff bahawa rakannya Korporal Jenain Subi memang melepaskan tembakan dari senjata Heckler and Koch MP5 ke arah remaja berusia 14 tahun itu di Jalan Tarian, Shah Alam, 26 April lalu. Menurut kopral Hafizd, Jenain mula melepaskan tembakan apabila kereta peronda Proton Wira yang dinaiki mereka memasuki Jalan Tarian di mana kereta putih Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid akhirnya terbabas dan berlanggar sebuah tembok. Hafizd berkata, Jenain mensasarkan senjatanya ke arah kereta Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan. Aminulrasyid, 14, dijumpai mati dengan sebutir peluru di kepala, di kereta yang dipandunya pada 26 April tahun ini. Jenain, 48, didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. |
Mufti Perak : Halang kahwin diusia muda umpama menghina Rasulullah S.A.W Posted: 14 Dec 2010 06:04 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kerajaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya tidak terikut-ikut budaya liberal sehingga menolak hukum syarak yang digariskan dalam Islam. Katanya, jika ada pihak yang mengkritik mahupun menentang perkahwinan pada usia muda bagi orang Islam, ia sama sahaja seperti menghina Rasulullah S.A.W yang berkahwin dengan Siti Aisyah R.A ketika Saidatina Aisyah berusia tujuh tahun. " Kalau kita kritik tentang ini, kita marah, kita marah Nabi, kita menghina Nabi. Nabi berkahwin dengan Siti Aisyah R.A sewaktu Siti Aisyah hanya berusia tujuh tahun. " Dari segi syarak tidak ada salah. Tidak ada salah berkahwin dalam umur yang muda. Apatah lagi kalau kedua-dua keluarga bersetuju dan tanggungjawab itu akan dipukul oleh keluarga bersama," ujar Harussani ketika dihubungi Selangorkini hari ini. Harussani diminta mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang meminta Mahkamah Syariah agar menyemak butiran setiap kes yang melibatkan perkahwinan remaja bawah umur sebelum memberikan persetujuan. Menurut Shahrizat, pendekatan yang lebih berhati-hati dan selektif perlu dilakukan kerana ia penting bagi menjamin masa depan remaja terbabit. Malah ujar Shahrizat, perkahwinan pada usia muda memungkinkan remaja berkenaan tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Namun kenyataan Shahrizat itu pantas dibidas oleh Harussani sambil bertanya, apakah kementerian lebih sanggup melihat remaja di negara terus terjerumus ke kancah maksiat berbanding menghalalkan hubungan yang sah di sisi syarak. " Yang belum berkahwin tetapi sudah bersedia jadi ibu macam mana? Lagi lah tidak bersedia. Sudah lah buang anak, dibuang keluarga, lagi dahsyat. " Yang sepatutnya, kementerian mengambil berat isu penzinaan pada usia muda pada umur 13, 14 tahun sehingga membuang anak. Ini yang patut diambil berat, bukannya dihalangkan," tegas Harussani. Sebelum ini, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pendekatan kahwin awal tidak harus dihalang kerana ia tidak bertentangan dengan lunas agama Islam, malah perlu jika seseorang itu sudah insaf dan mampu. Beliau yang dipetik dari portal The Malaysian Insider ketika itu mengulas berhubung keputusan Majlis Agama Islam Melaka membenarkan pelajar bawah umur berkahwin. "Tujuan had umur berkahwin adalah untuk elakkan eksploitasi tapi harus ada kes-kes khas dari sudut pentadbiran. Bila sudah mengandung, siapa nak bertanggungjawab?" kata Dr. Asri. Sebelum mengakhiri perbualan, Harussani sekali lagi memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya tidak menyekat ajaran Islam yang akhirnya meruntuhkan akhlak remaja di negara ini. " Tidak perlu buat undang-undang menyekat orang Islam. Satu penghinaan kepada hukum Islam, bukannya hendak menjaga Islam. Terlalu sangat hendak mengikut pendapat liberal ini," kata Harussani. |
Lagi Kes Pencuri Motosikal Mati Di Kelantan Posted: 14 Dec 2010 06:00 AM PST TANAH MERAH, 14 Dis (Bernama) -- Selang dua hari, satu lagi kejadian membabitkan kematian pencuri motosikal berlaku di negeri ini awal pagi Selasa di Kampung Alor Pasir di sini. Dalam kejadian itu, mangsa yang dikenali sebagai Nor Azman Ubaidillah, 37, mati selepas bergelut dengan orang awam dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi selepas mangsa cuba melarikan diri dengan motosikal curinya. Ketua Polis Daerah Tanah Merah, DSP Abdul Aziz Mahmud berkata polis yang ke tempat kejadian mendapati mangsa sudah meninggal dunia dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. "Mangsa sebelum itu telah mencuri sebuah motosikal jenis Yamaha di sebuah rumah dan disedari keluarga berkenaan ketika motosikal itu cuba dibawa keluar dari rumah. "Keluarga berkenaan telah mengejar mangsa dan berjaya menjatuhkan motosikal tersebut yang cuba dihidupkan mangsa tidak jauh daripada rumah tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini. Abdul Aziz berkata kemudiannya telah berlaku pergelutan antara mangsa dan anggota keluarga itu termasuk beberapa jiran dalam tempoh beberapa minit. "Polis kemudiannya telah dihubungi selepas mangsa berjaya ditangkap namun ketika polis datang mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya. Beliau berkata siasatan awal polis tidak mendapati sebarang kecederaan fizikal terhadap mangsa dan dipercayai mangsa mungkin mengalami masalah sesak nafas. "Polis sedang menunggu hasil bedah siasat bagi mengetahui dengan jelas sebab kematian mangsa," katanya. Menurutnya polis juga turut merampas beberapa alat pengumpil motosikal daripada pakaian mangsa yang merupakan seorang pemandu sambilan dan berasal daripada Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang dan mempunyai empat orang anak. Katanya hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai rekod kesalahan kes dadah. "Polis bagaimanapun telah menahan tiga lelaki berumur 18 hingga 47 tahun yang dua daripadanya merupakan adik beradik dan seorang lagi jiran mereka bagi membantu siasatan," katanya. Beliau juga berkata polis telah menyiasat kes itu mengikut Seksyen 379A iaitu mencuri dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dua hari lepas seorang lelaki berumur 25 tahun mati dibelasah orang ramai selepas cuba mencuri motosikal di Kampung Slow Machang, Pasir Mas. |
Sultan berkenan bertemu Pimpinan PAS Negeri Posted: 14 Dec 2010 05:30 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah sudi bertemu pimpinan PAS negeri bagi mendapat maklum balas isu-isu penting menyentuh hal ehwal Islam dan Melayu, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Beliau berkata, keterbukaan pihak istana memberi laluan kepada pimpinan PAS mengadakan perbincangan mengenai perkara terbabit dinyatakan selepas rombongan badan perhubungan PAS itu menghadap baginda di Istana Kayangan semalam. "Dalam pertemuan tersebut baginda mengambil kesempatan menasihatkan pimpinan PAS selangor, ahli-ahli dan penyokong supaya memahami sejarah dan Perlembagaan Negara dan Negeri. "Baginda dukacita apabila akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan hal-hal mengenai Islam, keistimewaan orang Melayu dan pelbagai peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan. "Begitu juga undang-undang tubuh negeri yang perlu dihayati kerana di dalamnya mengandungi tatacara dan prosedur mengenai beberapa perkara yang telah dimuktamadkan dan perlu dipertahankan," kataAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia. Dr Hassan berkata, pertemuan semalam turut membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran dan pembangunan Selangor, khususnya mengenai kemajuan Islam dan kaum Melayu di negeri ini. "PAS juga telah menerangkan kepada baginda mengenai kemajuan Islam ini sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat (Pakatan), di mana masjid dan surau semakin makmur dimeriahkan dengan ceramah dan kuliah dan lain-lain aktiviti melibatkan anak-anak kariah. "Baginda juga dimaklumkan tentang program Sahur Perdana yang disertai hampir 10,000 orang di Kompleks Belia Seksyen 7, Shah Alam yang diadakan penghujung Ramadan lalu," jelasnya. |
Kediaman rasmi Exco akan dimanfaat sepenuhnya Posted: 14 Dec 2010 05:15 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis - Selangor akan memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan kediaman rasmi Exco Kerajaan Negeri bagi program-program rasmi dan tidak merancang untuk menjual kesemua lot banglo tersebut. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri tidak merancang untuk menjual rumah tersebut berikutan keuntungan yang bakal di peroleh tidak memadai untuk menampung program pembangunan. "Jika kita menjual rumah tersebut, kita hanya boleh mendapat sekitar RM30 juta dan itu tidak berbaloi," katanya. Menurut Iskandar, kerajaan negeri turut mengambil langkah mengurangkan kos penyelengaraan sebanyak RM180,000 kepada RM100,000 bagi mengelakan pembaziran. Sebelum ini, rumah kediaman rasmi Exco kerajaan negeri yang dibina kerajaan negeri terdahulu pernah menjadi kontroversi kerana dikatakan membazir wang rakyat. "Buat masa ini rumah tersebut didiami pegawai kewangan negeri, penasihat undang-undang negeri dan sekretariat Menteri Besar," jelas Iskandar. Tambah Iskandar, kediaman rasmi tersebut turut digunakan untuk persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat (Pakatan) baru-baru ini. |
Lim Kit Siang persoal kerajaan tutup kes P.Balasubramaniam Posted: 14 Dec 2010 04:55 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan keputusan kerajaan menutup kes melibatkan penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang diumumkan di Parlimen hari ini sebagai tidak menyakinkan. Menurut Kit Siang, tidak masuk akal apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan bahawa tidak ada kesalahan dilakukan oleh Bala berhubung dua akuan bersumpahnya yang bercanggah. " Penerangan yang diberi dalam parlimen untuk menutup kes penyiasat swasta, Balasubramaniam tidak meyakinkan dan memperkukuhkan kesimpulan bahawa ada 'double standard' dalam perkara ini bahawa tidak ada keadilan dalam urusan pentadbiran. " Dalam dua akuan bersumpah, tentulah ada satu yang tidak benar dan Balasubramaniam sendiri ada mengakui bahawa akuan bersumpah yang kedua adalah yang tidak benar dan dipaksa untuk dibuat," jelas Kit Siang ketika dihubungi Selangorkini. Nazri hari ini dalam Dewan Rakyat menjelaskan bahawa setelah penelitian dilakukan, didapati kedua-dua akuan bersumpah yang bercanggah bukanlah satu kesalahan kerana ia bukan dibuat bagi tujuan prosiding mahkamah. " Oleh yang demikian, elemen di bawah 199 akta 574 tidak dipenuhi dan perbuatan Balasubramaniam dalam membuat dua akuan berkanun yang bercanggah tidak menjadi satu kesalahan di bawah seksyen tersebut. " Setelah penelitian dibuat dan mengambilkira semua keterangan yang dikumpulkan oleh pihak polis serta fakta bahawa Balasubramaniam masih belum dikesan sehingga kini dan dipercayai berada di luar negara, Jabatan Peguam Negara telah membuat keputusan untuk menutup kes tersebut kerana percanggahan dalam kedua-dua akuan berkanun Balasubramaniam tidak memberi apa-apa kesan kepada kes Altantuyaa Shaariibu," jelas Nazri. Bala sebelum ini mengemukakan dua akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya. Bala kemudiannya tampil menjelaskan perkara tersebut dan mengakui bahawa akuan berkanun pertamanya itu adalah benar. " Sebab itu tidak masuk akal untuk perkara ditutup apabila Balasubramniam sendiri ada berkata, akuan bersumpah pertama benar dan kedua tidak benar," tambah Kit Siang lagi. Dilaporkan Bala kini berada di London. Beliau yang sekian lama bersembunyi kerana khuatir dengan keselamatan diri dan anggota keluarganya, tampil menawarkan untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pertengahan tahun ini. Ironinya kerajaan Malaysia terutama SPRM setelah mendapat peluang bagi merakamkan keterangan yang ditunggu-tunggu selama ini membatalkan hasrat tersebut pada saat-saat akhir. |
Anwar Tidak Perlu Mendapat Keadilan Di Mahkamah Posted: 14 Dec 2010 04:15 AM PST MAHKAMAH adalah satu instrument untuk seseorang membela diri dan mendapat keadilan. Semua orang berhak menggunakan mahkamah. Mahkamah yang adil juga akan mengembalikan reputasi seseorang yang dicemari oleh seseorang lain atas apa juga tujuan. Dalam sebuah negara di mana mahkamahnya telus, adil, tidak berat sebelah atau dikuasai jagoan-jagoan tertentu akan menjadi pembela kepada rakyatnya. Tidak ada apa-apa institusi lain yang boleh membela orang yang merasakan dia bersalah. Sumpah laknat - (maqabalah) juga tidak menjadi pemutus dan penamat kepada sesuatu kes. Manusia yang terdesak, kurang imam akan sewenang-wenangnya menggunakan peraturan atau ruang itu. Bersumpahlah berapa banyak pun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Hukum atau peraturan agama itu untuk mereka yang beriman. Sebab itu di dalam Quran bila Allah ingin kenakan perintah kepada manusia ia menyeru - ya ayuha lazim naamnu, wahai orang-orang beriman. Maksudnya mereka yang tidak beriman (sepenuh)nya tidak terkena dengan perintah berkenaan kalaupun dikenakan ia sia-sia saja. Orang fasik, munafik, zindik tidak berlaku hukum agama ke atasnya. Sumpah laknat ke atas diri sendiri tidak akan berlaku serta merta. Sedangkan manusia hari ini sudah tidak mempercayai akhirat lagi. Apa yang mahu dilihat ialah sesuatu itu berlaku di depan mata. Hukuman secara tunai. Walaupun kesan dan natijah sumpah itu berbagai-bagai dan simbolik, namun orang akan menganggap si bersumpah itu benar selagi dia tidak dipanah petir dan berasap seluruh tubuhnya. Mereka yang mengerti dan faham ini tidak akan menggunakan ruang itu, bersumpah laknat sesuka hati. Dan sumpah laknat dari mereka yang tidak beriman, tidak menjadi apa-apa. Sumpah atau perbuatan itu samalah dengan lembu yang mengaku bersalah kerana berzina dengan ibu atau anaknya. Makanya ruang terbaik ialah mahkamah. Tetapi soalnya apakah mahkamah yang berjalan sekarang ini adil dan saksama? Atau menempati kehendak Quran dan Hadith. Saya tidak mahu mengatakan semua mahkamah atau semua hakim negara tidak adil. Tetapi pepatah ada mengatakan daripada lima hakim itu, empat adalah hakim bohong dan tidak menjalankan tugas-tugas dengan adil kerana Allah. Mereka menjalankan tugas kerana kuasa lain dan kerana manusia. Ertinya hanya satu hakim saja yang baik, dan adil. Ertinya peratus hakim yang adil itu hanya sedikit saja, tidak sampai separuh. Jadi macam mana kita mengharapkan kesaksamaan dan keadilan daripada hakim? Apabila Anwar Ibrahim bercadang untuk menyaman beberapa buah akhbar dan juga bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkenaan dengan komen dan penyiaran maklumat didedahkan WikiLeaks, saya merasakan ia perbuatan yang sia-sia saja. Berdasarkan kepada hakikat tadi, Anwar tidak akan mendapat pembelaan daripada saman berkenaan. Sebelum ini pun banyak saman dikemukakan Anwar, khasnya membabitkan Dr Mahathir. Begitu juga dengan akhbar yang memburukkannya. Apa jadi? Satu pun tidak berpihak kepada Anwar. Semua kes dibuang begitu saja. Kesan negatif timbul daripada keadaan itu menyebabkan umum melihat Anwar berada dipihak salah bila di tewas dalam setiap samannya. Mengenai mahkamah pula, sejauh mana keadilan dan ketulusan mahkamah; boleh dilihat kepada mahkamah yang membicarakan kes-kes membabitkan Anwar baik dalam isu liwat nombor wahid, atau isu liwat nombor ithnin? Kalau dulu hakim Augustine Paul (dah mati) mengulas setiap hujah yang dikemukakan oleh peguam Anwar sebagai tidak relevan, begitu juga dengan hakim yang membicara kes liwat nombor ithnin itu, ada istilah ataupun kodnya sendiri. Misalnya beberapa permohonan dibuat peguam Anwar ditolak oleh hakim berkenaan. Salah satunya ialah laporan perubatan si pembacuh kopi yang mendakwa beliau diliwat. Kenapa laporan perubatan itu tidak dibenarkan? Inilah antara ciri-ciri keganjilan mahkamah. Laporan itu penting untuk menentukan siapa yang meliwatnya! Hakikat itu boleh diagakkan apa yang akan berlaku kalau Anwar menyaman Mahathir ataupun surat khabar. Beliau tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya, apa lagi ganti rugi. Hanya dari segi moral saja ia memberi gambaran Anwar berada di pihak benar kerana berani menyaman. Setakat itu saja. Lantaran itu, pada saya Anwar tidak perlu saman dan layan lagi sesiapa atau apa-apa agensi kerajaan yang membelasahnya. Beliau tidak perlu bimbang kepada komen ataupun pemburukkan dilakukan Mahathir. Tidak perlu bimbang kepada pemanipulasi berita mengenainya oleh media. Yang penting rakyat bersama beliau. Keburukan yang melampau dan tidak profesional dilakukan media sudah difahami benar-benar oleh rakyat. Apa lagi dengan blog-blog Malaysia yang banyak membuat super impose, tidak beretika sudah difaham oleh rakyat. Buktinya rakyat bersama beliau, walaupun sudah berbagai serangan, hentaman dan semua senjata dan semua orang termasuk profesional dan juga penyepak kertas digunakan untuk damagekan Anwar namun beliau masih hebat, masih dipercayai dan setiap idea yang dilontarkan diterima dan mencabar pemikiran umum. Bukan saja rakyat Malaysia dunia luar juga tetap menghormati dan memerlukan idea dan pandangan beliau. Boleh dikatakan sebulan sekali beliau akan dipanggil untuk memberi syarahan di luar negara. Ini menunjukkan Anwar masih didambakan rakyat. Rakyat masih meletakkan harapan kepadanya. Kalaupun benar sekali Anwar melakukan perbuatan sumbang (liwat) rakyat sudah tidak kisah dengan tuduhan itu. Rakyat sudah mual dan muak. Rakyat yang tahu menilai pemikiran dan mementingkan idealisme akan membelakangkan soal moral yang dicipta itu. Rakyat sudah cerdik untuk membezakan kualiti seorang Anwar sebagai pemimpin. Rakyat bukan bodoh, mereka ada otak. Soal kepimpinan dan perjuangan untuk rakyat, semuanya rakyat sudah membuat penilaian sendiri. Sekiranya rakyat terpengaruh dengan media massa dan kenyataan memburukkan Anwar sudah lama Anwar hancur ataupun Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sudah lebur. Tapi ternyata, penerimaan rakyat kepada Pakatan makin meluas dan harapan rakyat kepada Pakatan untuk memimpin negara juga semakin menyemarak. Tegasnya, Anwar tidak payah membuang masa, wang dan tenaga untuk menyaman Mahathir dan media massa. Biarkan Mahathir mengatakan apa juga, sebab kata-katanya sudah tidak dipercayai lagi. Era keagungan Mahathir sudah pun berlalu sebaik saja beliau bertindak memecat Anwar pada 3 September 1998 lalu. http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/menjelang-malam.html |
PRU dijangka berlangsung serentak pilihan raya negeri Sarawak Posted: 14 Dec 2010 04:00 AM PST Oleh Wong Shu Qi Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang. Secara jujur Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian (gambar kiri) berkata, beliau tidak berharap PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, "Saya juga tidak terperanjat seandainya BN mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak," katanya Baru Bian. Baru Bian hanya mengetahui bahawa MCA bakal menangguhkan pemilihan partinya pada tahun depan, menyusul jejak langkah UMNO ketika dihubungi MerdekaReview. Beliau mengakui bahawa perkembangan ini sememangnya petanda di mana kedua-dua pilihan raya ini akan diadakan serentak. Pada pendapat Baru Bian, Najib berhasrat untuk mengadakannya serentak, tetapi jelas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud tidak berniat sebegitu. Namun, Baru Bian menyimpulkan perkembangan terbaru bahawa kedua-dua pihak Najib dan Taib Mahmud kelihatan telah mencapai muafakat untuk mengadakan pilihan raya serentak. Sarawak mempunyai 32 kerusi parlimen, daripada jumlah 222 kerusi dalam Dewan Rakyat. BN kini memiliki 137 kerusi, sementara Pakatan Rakyat bersama PSM memiliki 77 kerusi, dan lapan orang ahli parlimen "bebas". Pilihan raya negeri Sarawak ke-sembilan diadakan pada 20 Mei 2006, maka pilihan raya yang akan datang harus berlangsung sebelum 20 Mei 2011. Seandainya PM Najib mengambil keputusan untuk mengadakan pilihan raya serentak, maka PRU mungkin akan jatuh antara Mac dengan Mei tahun depan. "Tidak menolak sebarang kemungkinan" Pada masa yang sama, ahli parlimen Bukit Bendera-DAP Liew Chin Tong masih meragui kenyataan sama ada langkah PRU semakin menghampiri, atau sama ada ia akan diadakan serentak, tetapi beliau menekankan bahawa beliau "tidak menolak sebarang kemungkinan". Liew Chin Tong berkata, berikutan pengumuman penangguhan pemilihan parti UMNO dan MCA, maka seandainya kekuatan PR terjejas dalam jangka ini, maka BN boleh "mengambil kesempatan" untuk mengadakan PRU. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Abdul Halim Abdul Rahman pula secara peribadi menjangkakan bahawa BN akan mengadakan PRU serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Beliau mengingatkan, penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan tidak semestinya bermaksud PRU akan jatuh pada tahun 2011, "mungkin tahun 2012, malah tahun 2013." Walaupun PAS telah menyeberang ke Sarawak, namun Abdul Halim Abdul Rahman (gambar kanan) mengakui bahawa kekuatan PR di Sarawak masih belum cukup untuk menumpaskan BN di sana. Presiden UMNO Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan UMNO pada 30 November. Menurut perlembagaan parti UMNO, pemilihan parti boleh ditangguhkan selama 18 bulan. Pemilihan UMNO dijadualkan berlangsung pada tahun depan, dan kini UMNO perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya April 2013, lantaran daripada pengumuman penangguhan tersebut. Penangguhan memerlukan alasan yang kukuh Di samping itu, pemerhati politik Tang Ah Chai turut mengakui bahawa adanya "kemungkinan" di mana PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Meskipun kedua-dua PRK baru-baru ini tidak dapat mencerminkan sepenuhnya bahawa sokongan pengundi telah kembali kepada BN, namun Tang Ah Chai mengingatkan bahawa BN meraih undi sekali ganda lebih daripada keputusan PRU yang lalu. Ketika dihubungi MerdekaReview, Tang Ah Chai menyifatkan penangguhan pemilihan parti sebagai satu keputusan yang "luar biasa". MCA hanya boleh mengambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan dengan "alasan yang kukuh". "Jika hanya diputuskan secara bersahaja, maka pemimpin yang akan datang boleh menangguhkan pemillihan sewenang-wenangnya." Tang Ah Chai berpendapat bahawa MCA mungkin tidak mengetahui dengan tepat tarikh PRU berlangsung, tetapi mungkin telah menerima khabar tertentu untuk membuat keputusan yang "luar biasa" Ini. Menurut analisa Tang Ah Chai, pemilihan parti ditangguhkan kerana kemunculan persaingan antara sekta, sehingga pertentangan dalam parti terdedah dan diambil kesempatan oleh musuh politik. Namun, beliau menganggap penangguhan pemilihan parti bukan sesuatu yang normal, kerana negara akan mengadakan PRU hampir setiap lima tahun. Jadi, parti politik tidak seharusnya menangguhkan pemilihan parti hanya kerana PRU. Siapa tawan Sarawak, Putrajaya miliknya Sarawak dianggap "deposit tetap' BN selama ini, sehingga PRK Sibu pada Mei tahun ini. Baru Bian menyifatkannya sebagai "sesiapa yang mampu menawan Sarawak, maka Putrajaya menjadi miliknya." Dalam temuramah bersama MerdekaReview, Baru Bian menganggap pilihan raya serentak semestinya memberi kesan untuk kempen PR. Tetapi beliau juga mengingatkan, kerajaan negeri PR telah mengumumkan bahawa kerajaan PR tidak semestinya membubarkan DUN serentak dengan pembubaran parlimen, sebaliknya akan membubarkan DUN setelah genap lima tahun. Justeru itu, Baru Bian berkata, "Masih ada Menteri Besar, Ketua Menteri dari Semenanjung datang untuk berkempen di Sarawak." Baru Bian mengakui bahawa PKR kini perlu bersiap sedia untuk kedua-dua PRU dan pilihan raya Sarawak. Tetapi dalam soal calon, secara berseloroh Baru Bian berkata, "Lebih mudah untuk memilih calon seandainya pilihan raya diadakan serentak, kerana lebih kerusi untuk diagihkan." Beliau menafikan bahawa ramai orang berebut-rebut untuk bertanding. "Kami mahu calon yang berkualiti," kata Baru Bian yang tidak bimbang dengan keadaan "lebih kerusi dari calon". *Wong Shu Qi ialah Wartawan Senior MerdekaReview, edisi bahasa Cina. |
Posted: 14 Dec 2010 03:45 AM PST Oleh SM Mohamed Idris Kerajaan Malaysia pada minggu lalu telah merundingkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) - melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP - dan dengan Kesatuan Eropah (EU). Rundingan ini diadakan serentak di Auckland, New Zealand (daripada 6 Disember hingga 10 Disember) dan di Brussels, Belgium (6 Disember hingga 9 Disember).Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat bimbang mengenai implikasi FTA ini ke atas pelbagai aspek pembangunan Malaysia. Rundingan dua hala FTA Malaysia-AS yang bermasalah sebelum ini pernah terbantut, tetapi AS cenderung untuk menuntut perkara yang sama dalam TPP dalam pusingan rundingan semasa. Sejak rundingan dua hala FTA Malaysia-AS bermula, dunia mengalami krisis ekonomi dan kewangan paling teruk sejak Kemelesetan Besar pada 1930-an, krisis makanan yang kelihatan akan berlaku semula akibat kenaikan harga makanan dan dengan perlunya untuk mengambil tindakan ke atas perubahan iklim menjadi semakin penting. Berdasarkan FTA mereka yang lalu, sebagai tambahan kepada pembukaan ekonomi Malaysia kepada syarikat asing (termasuk perolehan kerajaan – yang bermakna kerajaan kurang mampu untuk membantu Orang Asli dan komuniti lain yang terpinggir memandangkan klausa "Layanan Negara" akan dituntut dari Malaysia), EU dan TPP FTA akan memburukkan lagi semua krisis ini dan membuatkan ia lebih sukar bagi Malaysia untuk melaksanakan langkah yang diperlukan untuk mencegah krisis seperti itu berulang semula. Mengunci negara dan rakyat dengan mengulangi kesilapan lalu bukanlah apa yang perjanjian abad 21 perlu lakukan. Contohnya, Suruhanjaya Pakar Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembaharuan Sistem Kewangan dan Mata Wang Antarabangsa, termasuk Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menyarankan beberapa langkah peraturan yang perlu diambil untuk mencegah krisis kewangan, sama seperti yang berlaku pada masa kini daripada berulang, dan menjadikannya lebih mudah untuk menangani krisis itu apabila ia berlaku. Banyak daripada langkah ini, seperti Glass-Steagall type firewalls dan kawalan modal untuk tempoh yang cukup panjang bagi kemasukan dan keluar, tidak mungkin dibenarkan, apatah lagi untuk diterima oleh EU dan AS dalam rundingan FTA ini. Tambahan pula, krisis makanan baru-baru ini telah menunjukkan kepentingan makanan mampu diri. Walau bagaimanapun, pesawah dan petani lain Malaysia tidak akan mampu untuk bersaing dengan makanan yang diimport dari AS dan EU jika mereka memaksa Malaysia supaya menghapuskan tarif pertanian – manakala mereka mengekalkan subsidi yang besar – dalam rundingan FTA ini. Petani Malaysia juga akan mendapati lebih mahal untuk menghasilkan tanaman makanan kerana perlindungan harta intelektual yang lebih kuat terhadap biji benih dan input pertanian lain yang menjadi tuntutan AS dan EU dalam rundingan ini. FTA ini juga dijangka akan meningkatkan harga ubatan di Malaysia kerana perlindungan harta intelektual (IP) yang lebih kuat dituntut oleh AS dan EU. Apabila Guatemala melaksanakan FTA dengan AS, data eksklusif jenis IP yang dituntut dalam FTA menjadikan ubatan 845600 peratus lebih mahal. (Versi generik boleh diperolehi dengan kos AS$0.01 dan versi yang dilindungi oleh data eksklusif dengan kos AS$84.56). Harga tinggi yang diramalkan untuk hanya lima ubatan di Australia akibat monopoli IP dilanjutkan kepada dua tahun di bawah FTA dengan keuntungan AS 28 kali lebih besar berbanding keuntungan yang dianggarkan oleh Jawatankuasa Senat Parlimen Australia untuk seluruh FTA Australia-AS. Dalam kes TPP, AS cenderung untuk menuntut monopoli lima tahun dari Malaysia. Minggu lalu, pendirian kerajaan New Zealand berhubung bahagian IP dalam TPP telah bocor. Memandangkan New Zealand merupakan pengimport IP bersih seperti Malaysia, ia menyedari bahawa ia tidak benar-benar mendapat manfaat daripada perlindungan IP yang lebih besar, dan ia juga khuatir akan kesan perlindungan IP yang lebih besar ke atas harga ubatan di negara itu, di mana kerajaan memberikan subsidi ubatan. Oleh sebab itu, New Zealand pada dasarnya berkata ia tidak sanggup untuk bersetuju kepada IP yang lebih besar dalam TPP. Tambahan pula, AS dan EU juga cenderung untuk menuntut hak yang lebih besar untuk pelabur mereka. Hak ini akan menjadikan lebih sukar untuk mengawal syarikat, contohnya untuk mengurangkan pelepasan gas yang menyebabkan perubahan iklim, atau untuk mengambil langkah mengurangkan risiko krisis kewangan. Dalam satu kes sahaja di bawah peruntukan jenis ini, pelabur menuntut ganti rugi kerosakan lebih daripada AS$50 bilion. Berdasarkan pertikaian pelabur yang membabitkan isu pelaburan yang hampir sama dalam FTA-AS lain, perlindungan pelabur ini mungkin akan menghalang Malaysia daripada melaksanakan peraturan alam sekitar dan kesihatan, seperti pengharaman bahan kimia beracun atau melaksanakan langkah kawalan tembakau. Contohnya apabila kerajaan Kanada mahu mengubah pembungkusan rokok untuk tidak menggalakkan orang ramai daripada menghisap banyak rokok, Philip Morris mengancam untuk menyaman Kerajaan Kanada di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (melibatkan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat). Selepas menerima ancaman ini, kerajaan Kanada tidak melaksanakan perubahan yang dicadangkan itu. Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia dianggarkan mati akibat penyakit berkaitan dengan merokok menurut Kementerian Kesihatan yang membelanjakan hampir separuh daripada belanjawannya untuk merawat penyakit berkaitan tembakau. Bagaimana kita mampu untuk menghentikan tragedi ini jika kita menandatangani FTA seumpamanya? Memandangkan bahaya dan risiko yang terlibat apabila menerima FTA, kami menggesa kerajaan untuk tidak memulakan usaha FTA yang akan menjejaskan dan tidak seimbang kepada kepentingan rakyat Malaysia dan orang ramai. Kami juga menggesa kerajaan supaya menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif terhadap implikasi dan kesan daripada sebarang FTA yang diterimanya. SM Mohamed Idris ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang. |
87,583 Bankrap Sehingga Oktober Tahun Ini Posted: 14 Dec 2010 03:30 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 87,583 orang telah diisytiharkan bankrap dan daripada jumlah itu, 4,651 atau 5.1 peratus bankrap kerana terbabit dalam hutang kad kredit sehingga Oktober tahun ini. Ekoran itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan akan berbincang dengan Bank Negara (BNM) bagi mencari penyelesaian berhubung kadar faedah tinggi yang dikenakan kepada pengguna kad kredit hingga menyebabkan lebih 4,000 diisytiharkan bankrap kerana kegagalan membayar hutang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, langkah itu perlu diambil kerana angka yang dicatatkan dipandang serius kerajaan kerana majoriti mereka yang terlibat adalah daripada kalangan generasi muda. "…Semestinya pihak kerajaan akan memandang serius dan saya bercadang akan berjumpa pihak berkenaan dalam mengendalikan isu ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Selasa. Mohamad inginkan penjelasan berhubung tindakan yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu itu di mana menurut beliau kira-kira 23 peratus pengguna kad kredit di kalangan generasi muda telah diisytiharkan bankrap kerana gagal membayar hutang ekoran kadar faedah yang tinggi iaitu antara 12 hingga 18 peratus. Liew berkata, kerajaan tidak mempunyai kaedah khusus dalam menangani isu itu tetapi bagi mengelak menjadi bankrap, seseorang itu perlu bijak mengurus hal ehwal kewangan sendiri dan jika tidak tentunya mereka akan dikenakan tindakan. Mengenai cadangan untuk menggabungkan Akta Insolvensi, Akta Kebangkrapan dan Akta Syarikat, beliau berkata, ia adalah proses ideal untuk memberi peluang ke dua kepada sesiapa yang diisytiharkan bankrap menggendalikan perniagaan. "Bagaimanapun, proses perundangan yang dicadangkan itu masih di peringkat kajian," katanya ketika menjawab pertanyaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) yang ingin tahu jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pengisytiharan bankrap daripada 2005 hingga sekarang. Liew berkata, individu yang diisytiharkan bankrap masih boleh ke luar negara sama ada untuk menunaikan haji atau menjalani rawatan kesihatan jika mendapat kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi. "Pihak yang bankrap juga boleh membebaskan diri daripada status berkenaan dengan mengemukakan permohonan ke mahkamah sebelum dikaji Jabatan Insolvensi sama ada untuk menyokong atau tidak permohonan itu. "Bagi yang ingin menunaikan haji mereka boleh memohon kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk dapat kebenaran keluar negara…kerajaan tidak halang jika permohonan itu mengikut aturan undang-undang," katanya. |
Usul gantung Anwar akan dibahas Khamis ini Posted: 14 Dec 2010 03:00 AM PST KUALA LUMPUR: Sidang parlimen akan membahaskan Khamis ini mengenai usul yang dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ekoran dakwaannya mengaitkan konsep "1Malaysia" dengan "One Israel". Syor dikemukakan dalam laporan Jawatankuasa itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Satu usul dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk membahaskan syor berkenaan di Dewan Rakyat dan telah tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Usul itu dibahaskan oleh anggota dewan yang akan memutuskan sama ada syor yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu diterima atau sebaliknya. Mohammed Nazri pada 22 April lepas telah mengemukakan usul untuk merujuk Anwar pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ekoran kenyataan yang dibuatnya itu yang mengaitkan firma perhubungan awam Apco Worldwide yang dilantik oleh kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, jawatankuasa bersetuju bahawa dakwaan wakil rakyat Permatang Pauh itu adalah tidak benar. "Beliau telah menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen. Oleh yang demikian jawatankuasa memutuskan dan bersetuju Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah digantung tugas daripada jawatannya sebagai ahli Parlimen selama enam bulan," katanya dalam laporan jawatankuasa berkenaan. Menurut laporan itu, jawatankuasa berkenaan juga amat memandang berat tindakan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelurgor) yang secara berterusan membuat pelbagai dakwaan menghina terhadap Pengerusi Jawatankuasa itu. "Jawatankuasa turut melahirkan kekesalan terhadap kelakuan Yang Berhormat Bukit Gelugor yang tidak menghormati dan memperkecilkan sesama ahli jawatankuasa lain," katanya. Bagi memastikan perkara seumpamanya tidak berlaku lagi di masa akan datang, Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya dikenakan pencelaan kepada Karpal Singh. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dianggotai oleh Pandikar Amin, Timbalan Yang diPertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) dan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar terhadap Apco itu. Karpal Singh dan Sivarasa bagaimanapun menarik diri daripada keanggotaan jawatankuasa itu setelah kalah dalam undi belah bahagi dalam jawatankuasa itu untuk meneruskan pertimbangan kes tersebut berdasarkan surat penjelasan daripada Apco dan handsard Dewan Rakyat. |
Majlis Peguam Sokong Konsep ‘Plea Bargaining’ Posted: 14 Dec 2010 02:30 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis – Majlis Peguam Malaysia menyokong dengan konsep pengurangan hukuman sebanyak 50 peratus terhadap pengakuan bersalah tertuduh kata Presidennya Ragunath Kesavan. Semalam Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata konsep itu akan dapat menyegerakan penyelesaian kes-kes jenayah disamping mengurangkan kes-kes tertunggak, dan menurutnya penyelesaian kes-kes sedemikian ketika ini berjalan dengan pantas. Konsep 'plea bargaining', atau tawaran terhadap pengakuan bersalah bagi mengurangkan pertuduhan dan hukuman yang akan membolehkan tertuduh dalam kes-kes jenayah memperolehi hukuman yang diringankan 50 peratus daripada hukuman maksima, akan dilaksanakan secara rasmi oleh mahkamah tidak lama lagi. Azmi berkata pihak pendakwaan dan yang dituduh dalam kes-kes di mana hukumannya adalah mati, boleh memohon 'plea barganing' sebelum mahkamah meneruskan perbicaraan. Menurut Ragunath yang dihubungi Selangorkini konsep ini akan membantu mahkamah melicinkan perjalanan sistem keadilan. " BAR Council menyokong kepada pindaan kanun jenayah berkenaan dengan 'plea bargaining' "Konsep plea bargain adalah satu konsep yang memang ketara dalam sistem keadilan jenayah dan kami percaya dengan plea bargain akan membantu mahkamah dan manfaat kepada tertuduh dan juga kepada sistem," katanya. Kata Ragunath lagi,konsep ini tidak akan menyebabkan berlakunya salahguna mana-mana pihak kerana keputusan muktamad adalah pada pendakwaraya. "Sebab pindaan tersebut ada mengambil kira perkara tersebut,seseorang tertuduh boleh membuat permohonan terpulang kepada pendakwaraya samada untuk menerima ataupun tidak,jadi untuk salahguna susahlah sebab keputusan muktamad masih kepada pendakwaraya untuk terima ataupun tidak," ujarnya. "Plea bargain ini terpulang kepada kes kalau kes-kes jenayah berat misalnya,kes yang melibatkan kepentingan awam terlibat,kes di mana bukti kukuh terhadap OKT ada saya percaya pendakwaraya tidak akan setuju untuk plea bargain,"katanya lagi. |
Undur dari Chelsea, Ancelotti latih Roma Posted: 14 Dec 2010 02:15 AM PST ROMA: Media-media Itali hari ini melaporkan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, telah membuat janji dengan Pengarah Roma Bruno Conti untuk melatih kelab itu pada musim depan. Ertinya, Ancelotti akan undur dari Chelsea mulai Jun tahun depan. Impero Romanista mendakwa Ancelotti merupakan jurulatih yang paling diinginkan para penyokong Roma. Jurulatih sekarang, Claudio Ranieri, masa depannya tidak jelas kerana belum diperbaharui kontrak. Pelbagai hasil buruk dan ketidakpastian masa depan kelab membuat perbincangan kontrak di antara kedua belah pihak kini tertunda. Carletto dinilai sebagai jurulatih yang paling sesuai jika kontrak Ranieri tidak dilanjutkan . Ancelotti ketika ini juga sedang mengalami masa-masa sulit di liga perdana Inggeris. Posisi bekas jurulatih AC Milan dan Juventus itu tengah goyah setelah hasil buruk "The Blues" dalam beberapa minggu terakhir. Carletto bahkan mengaku sering mendapat telefon dari bosnya, Roman Abramovich. Seperti kita ketahui, Abramovich tidak pandang bulu dalam memecat jurulatih. Pelatih sekaliber Jose Mourinho dan Luis Felipe Scolari pernah dia pecat. Jadi, tidak ada kepastian bahwa masa depan Ancelotti akan selamat di Stamford Bridge. Dalam beberapa kesempatan, Ancelotti pernah mengungkapkan cita-citanya mahu kembali ke Roma. Ini kerana saat masih aktif bermain, Don Carletto merupakan pujaan penyokong Roma. Ia pernah memperkuat "I Giallorossi" selama lapan tahun. Dalam tempoh waktu tersebut, Ancelotti juga turut menyumbangkan satu scudetto dan empat Piala Itali. "Jika boleh memilih untuk menghabiskan karier jurulatih di satu kelab, saya ingin menghabiskannya bersama AS Roma. Roma adalah kota paling mengagumkan di dunia. Anda akan kesulitan mencari kota yang setanding dengan Roma," ujar Ancelotti beberapa waktu lalu. |
Minta kerajaan negeri selesaikan isu geran Posted: 14 Dec 2010 01:58 AM PST SHAH ALAM, 14 Dis - Penduduk Taman Murni, Sepang, merayu kerajaan negeri supaya segera selesaikan masalah pembahagian geran milikan rumah individu bagi hampir 500 pemilik rumah dan rumah kedai biarpun memakan masa hampir 15 tahun. Kelmarin, bertempat di Balai Raya Taman Murni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu, hadir bagi sesi taklimat mengenai pemilikan geran rumah individu yang gagal diperolehi, biarpun hampir kesemua pemilik rumah berjaya menjelaskan "Taman Murni ni dikatakan sudah berbelas tahun tidak ada geran, tidak ada CF (sijil layak menduduki) kerana sebelum pemaju gulung tikar, dia tidak bayar premium, tidak ada pecah tanah, banyak prosedur dia tak buat. "Kegagalan pemaju menjelaskan cukai tertunggak kepada kerajaan negeri berjumlah RM181,127.10 dikatakan punca penduduk gagal memperoleh geran milikan masing-masing dan apabila disemak, didapati pemaju berkenaan telah lesap dan diisytiharkan muflis, menyebabkan hutang cukai gagal dijelaskan," jelas Ronnie. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu lagi, harapan penduduk agar jaminan yang diberikan kerajaan negeri untuk memberi geran dalam tempoh enam bulan akan ditunaikan. "Kita harap dapat menyelesaikan masalah dalam masa enam bulan, kita harap mudah-mudahan kita boleh selesaikan masalah ni," katanya. Pada sesi taklimat berkenaan, penduduk diminta menjelaskan bayaran ukur tanah, RM300 bagi pemilikan kediaman dan RM400 bagi pemilikan rumah kedai, selain RM100 pula dikenakan bagi premium dalam tempoh dua minggu. |
Usah Terlalu Ghairah Dengan Pendedahan WikiLeaks Posted: 14 Dec 2010 01:00 AM PST 1. WikiLeaks yang sebelum ini mencetuskan kekecohan di banyak negara akhirnya tiba juga di Malaysia sejak beberapa hari lalu. Nama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin muncul dan mendapat liputan meluas. 2. Sungguhpun WikiLeaks memberi kelebihan kepada Barisan Nasional dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kita semua harus memahami bahawa dokumen-dokumen dalam WikiLeaks hanyalah nota-nota diplomatik yang belum tentu benar dan sah. 3. Malahan dalam sesetengah keadaan saya melihat ianya tidak lebih daripada "gosip diplomatik" yang dibuat oleh negara-negara yang bersaing dengan Malaysia. Apa yang dicatat dalam nota diplomatik terbabit merupakan perbincangan dan gosip umum di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. 4. Hanya kerana ianya diucap semula oleh pemimpin negara Singapura kepada diplomat negara lain dan kemudiannya dijadikan laporan perisikan dan diplomatik oleh Amerika Syarikat tidak bermakna ianya satu kebenaran, apatah lagi satu fakta. 5. Nota-nota diplomatik yang didedahkan dalam beberapa isu membabitkan negara ini lebih merupakan catatan persepsi dan pandangan diplomat, duta dan pemimpin negara tertentu yang belum tentu sah dan benar. Apatah lagi kenyataan-kenyataan dari pemimpin Singapura tersebut langsung tidak disertakan bukti dan fakta. 6. Keghairahan beberapa pihak memperkatakan isu-isu dalam WikiLeaks membabitkan kepimpinan negara dan kes mahkamah di negara ini boleh memberi implikasi yang serius kepada masyarakat biasa. 7. Saya khuatir akan ada rakyat yang keliru dengan WikiLeaks ini dan menganggapnya ia satu kebenaran sehingga mempengaruhi mereka membuat keputusan dalam sesuatu isu. 8. Satu-satunya kebaikan WikiLeaks ialah ia membolehkan kita memahami bagaimana Amerika Syarikat dan sekutunya merangka polisi dan dasar luar mereka berdasarkan maklumat-maklumat daripada negara dan pemimpin tertentu. http://www.drkhir.com/2010/12/usah-terlalu-ghairah-dengan-pendedahan.html |
Kenapa takut pada Anwar Ibrahim? Posted: 14 Dec 2010 12:00 AM PST Apabila nama Dato' Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dalam lapuran Wikileaks. semua tangan dan mulut orang UMNO yang belum jadi menteri penuh beria-ia benar keji dan hina Anwar Ibrahim ini termasuklah Mukhris Mahathir, Timbalan Menteri MITI calun Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang kalah, Ghazali Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Rosnah Ab.Rashid Sharlin, Timbalan Menteri Kesihatan, Ketua Puteri UMNO Malaysia dan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang belum jadi menteri iaitu dalam senarai menunggu. Mereka ini memaksakan diri masing-masing untuk mengeluarkan komen, yang mana disudut hatinya masih lagi syak wasangka antara percaya atau pun tidak kerana mereka itu ada pendidikan yang tahu untuk menghukum dari sudut ugama Islam dan saya rasa mereka itu adalah pemimpin muda yang masih berugama Islam. Mereka memaksa diri untuk bercakap kerana mahu dilihat sebagai 'hero' dalam mempertahankan kerajaan BN semuga dapat tambah rezeki apabila berlaku rombakan kabinet oleh Dato Sri Najib kelak. Itulah nilai pemimpin muda dalam UMNO kini, tak ada intergriti, komen ikut apa yang terlintas didepan hanya kerana mau mengampu supaya dilihat hebat untuk dinaikkan pangkat. Mereka bercakap dan ulas seperti mereka sajalah yang tahu dan pandai membaca, mereka lupa bahawa rakyat Malaysia hari ini mendapat berita dihujung jari dan mereka juga lupa bahawa mereka sendiri pun dicemuh oleh golongan muda dalam UMNO. Inilah mutu pemimpin muda UMNO mudah sambut berita yang masih sensasi dan dimana mereka akan letak muka sekiranya mahkamah malaysia membuat keputusan memihak kepada Anwar Ibrahim nanti. Kecuali mereka tak ada air muka dan manusia yang tidak ada maruah, maka mereka tidak malu dengan perangai kebudak-budakan mereka itu. Inilah sebenarnya pemimpin UMNO yang dibenci oleh rakyat bukan saja oleh parti lawan tapi oleh ahli-ahli parti sendiri kerana mereka itu sebenarnya belum penuh ilmu sepak terajang politik hari ini. Yang peliknya kenapa mereka-mereka dari UMNO takut sangat kepada Anwar Ibrahim jadi Perdan Menteri?, betulkah apabila Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri semua melayu akan terus mati di Malaysia ini. Jawabnya TIDAK. mereka bukan takut Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri yang mereka takut sekiranya mereka hilang kuasa nasib mereka entah kemana, sama ada boleh tidur lena ataupun bersama banduan disungai buluh. http://newkk.blogspot.com/2010/12/kenapa-takut-pada-anwar-ibrahim.html |
Berita Sedih! Mana Pergi Melayu Perkasa? Suara Perkasa hentikan terbitannya Posted: 13 Dec 2010 11:00 PM PST Kurang sambutan, Suara Perkasa hentikan terbitannya PETALING JAYA: Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan. Seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu. "Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir. "Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana. "Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya. Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi. Katanya, Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus. "Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya. Suara Perkasa ditebitkan setiap dua minggu – pada awal dan pertengahan bulan – yang banyak memfokuskan mengenai isu-isu orang Melayu. Ia mula diterbitkan pada 1 Julai 2010 dijual dengan harga RM2 senaskhah di Semenanjung dan RM2.50 di Sabah dan Sarawak. Edisi sulung Suara Perkasa yang bertajuk "Tahan Ka Siong di Bawah ISA" menimbulkan rasa tidak senang hati Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong. Konflik antara Presiden perkasa dan Wee bermula apabila anggota Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Ketua Pemuda MCA berkenaan mempersoalkan kontrak sosial serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam. Malah pemimpin-pemimpin Umno juga tidak mahu mendekati Perkasa yang mereka dakwa sebagai sebuah pertubuhan berunsur perkauman. |
Ansari, Thamrin bersaing menjadi ketua PKR Sabah Posted: 13 Dec 2010 10:45 PM PST Oleh Luke Rintod KOTA KINABALU: PKR Sabah sekali terbelah dua dalam persaingan untuk menentukan siapa yang akan memimpin parti di peringkat Sabah. Persaingan kini di antara penyandang Ahmad Thamrin Jaini dan peguam Ansari Abdullah. Meskipun Dr Jeffrey Kitingan tidak berada di kalangan kepimpinan parti di Sabah, para penyokong beliau memberikan sokongan padu kepada Thamrin untuk jawatan ketua PKR Sabah. Ketika jawatankuasa perhubungan negeri bermesyuarat buat kali pertama malam tadi setelah kongres parti yang berlangsung bulan lepas, nama Jeffrey langsung tidak dicadangkan oleh ketua cabang yang menyokongnya. Seorang ketua cabang memberitahu dengan syarat namanya tidak disiarkan, berkata bahawa kebanyakan dari 23 cabang (dari sejumlah 25) yang diwakili mahu penyandang, Ahmad Thamrin kekal sebagai ketua. Hanya Jeffrey yang mengetuai cabang Pensiangan dan ketua cabang Kota Kinabalu, Christina Liew tidak menghadiri mesyuarat tersebut. "Ketua cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim sahaja yang lantang mahukan Ansari mengambil alih jawatan tersebut. Majoriti mahukan Thamrin dikekalkan. Tiada siapa pun termasuk penyokongnya mengesyorkan nama Jeffrey," katanya. Menurut sumber dalaman, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menghadapi kesukaran ketika mempengerusikan mesyuarat selama 3 jam. Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 11.30 pagi. Menurut mereka kebanyakan masa diperuntukkan untuk membincangkan perihal pilihanraya kecil Batu Sapi baru-baru ini berbanding dengan agenda memilih ketua perhubungan PKR negeri. Mereka mendakwa Hassnar mendominasi mesyuarat sambil membuat tuduhan sabotaj. Dia turut mencadangkan agar Ansari dilantik sebagai salah seorang naib presiden. Kuala Lumpur mengawal negeri Para pemerhati menyatakan bahawa Jeffrey berkemungkinan meminta ketua cabang yang menyokong beliau memberikan sokongan kepada Thamrin. Sejumlah 18 dari 25 ketua cabang telahpun menandatangani memorandum yang meminta agar Thamrin dikekalkan sebagai ketua di Sabah. Memorandum tersebut akan diserahkan kepada presiden parti, Datin Sri Dr Wan Azizah Ismail. Enam ketua cabang yang tidak menandatangani memorandum tersebut ialah Tuaran (Ansari), Kota Marudu (Anthony Mandiau), Ranau (Jonathan Yasin – ipar Ansari), Tenom (Halik Zaman – bapa saudara Ansari), Papar (James Ghani) dan Batu Sapi (Hassnar). Sumber dalaman parti menyatakan bahawa peguam James Ghani dan Mandiau dijangka berlepas ke Kuala Lumpur untuk melobi bagi pihak Ansari. Kedua-duanya lantang mahu presiden parti menentukan siapa yang akan menjadi ketua di Sabah. Ini merupakan antara perkara yang tidak disenangi Jeffrey dan pemimpin PKR Sabah yang lain kerana ia menunjukkan PKR sama dengan Umno dalam perkara berkaitan Sabah. Pentadbiran Kuala Lumpur sentiasa mahu mengawal dan mencampuri urusan negeri Sabah. Saifuddin memberitahu mesyuarat bahawa dia akan memberikan laporan berkaitan kepada presiden parti berdasarkan mesyuarat yang dijalankan. Menurut sumber nama ketua PKR Sabah yang baru akan diumumkan menjelang 18 Disember. Cuti Jeffrey akan berakhir pada hari Khamis ini . Setakat ini beliau belum menyatakan rancangannya. |
Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja Posted: 13 Dec 2010 10:31 PM PST Oleh Shamrahayu A. Aziz Peruntukan undang-undang tertinggi negara mengenai hubungan antara Raja-Raja Melayu dan Islam amat jelas. Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengambil tanggungjawab Perlembagaan untuk setiap masa benar-benar memelihara agama Islam. Kedudukan sumpah Yang di-Pertuan Agong ini amat berat dari sudut ajaran Islam. Ia adalah pernyataan atau lafaz yang amat serius apabila sumpah menggunakan istilah Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya? Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang "tangible", iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini. Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama. Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit. Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi. Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku. Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku. Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif. Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri. Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam. Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan? Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil. Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah. Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja. Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam. Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam. Maka penubuhan JKSM dan Jakim sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan. Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang. Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang. Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan. Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian. Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing. Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah. — Berita Harian * Penulis ialah Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). |
Tangguh pemilihan Umno elak Zahid rempuh Muhyiddin? Posted: 13 Dec 2010 09:59 PM PST SEKARANG ramai membawa tuala kecil atau tisu ke pejabat. Apa pula puncanya sehingga sebegitu rupa. Maklumlah cuaca tidak menentu sekarang. Panas bukan lagi sampai ke petang. Hujan pula tidak memanjang ke malam hari. Apa yang berlaku, hujan kemudian panas. Selepas itu panas dan kemudian hujan. Ia berlaku sejak dua minggu lalu kalau di Kota Bharu. Cuaca mendung memanjang. Langit nampak seolah-olah dekat di atas kepala. Kesannya bagi mereka yang tidak kuat antibodi tentunya disingggahi selesema. Hingus yang tidak diundang pula muncul di pintu lubang hidung. Kadang-kadang tengkok jadi agak sendat. Suara pun bunyi agak parau. Itu sebenarnya cerita demam kerana banjir. Namun sekarang demam lain pula. Demam jenis ini datang setiap empat tahun sekali. Jarang sangat boleh merapati lima tahun. Demam itu tiba-tiba melanda lagi gara-gara Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan mulai Oktober 2011 hingga April 2013. Isyaratnya sudah jelas sekarang. Ini kali keempat seorang Presiden Umno mengumumkan penangguhan pemilihan di semua peringkat Umno yang sepatutnya diadakan tahun depan. Pada 1999 Majlis Tertinggi Umno menangguh pemilihan parti ke tahun 2000. Selepas itu diadakan pilihan raya umum pada 29 November 1999 yang menyaksikan Barisan Alternatif mencipta satu sejarah. Prof Loh Kok Wah, profesor sains politik dari USM menggambarkan di saat itu bermula politik baru di Malaysia. Politik baru digambarkan apabila orang Melayu yang sebelum ini menjadi penyokong setia Umno beralih kepada PAS dan Keadilan. PAS mencatat satu rekod bersejarah apabila Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Ketua Pembangkang di parlimen. PAS menghantar 27 wakil ke parlimen ketika itu. Pemilihan Umno diadakan pada Mei 2000 yang menyaksikan pergolakan dalaman parti itu. Ramai ketua bahagian digantung jawatan dan keahlian angkara politik wang. Kemudian pada Julai 2002 MT Umno sekali lagi menangguh pemilihan yang sepatutnya dilangsungkan pada Mei 2003. Pilihanraya umum ke-11 diadakan pada 21 Mac 2004. Dan sekali lagi Umno melengahkan pemilihan di semua peringkat parti pada 2006 yang sepatutnya diadakan pada 2007. Penangguhan itu juga dibuat untuk tempoh 18 bulan. Ekoran itu pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Berdasar kepada senario tersebut kemungkinan besar pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum tamat tempoh penagguhan pemilihan Umno. Penangguhan selama 18 bulan bermula Oktober 2011, dan tempoh akhir April 2013. Ini bermakna pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan sebelum April 2013. Malah sekitar Mei 2013 mandat parlimen bagi penggal ke-12 bakal berakhir. Maka berasaskan sejarah lepas pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal dari tarikh tersebut. Atau kemungkinan juga diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Mandat kerajaan BN di Sarawak akan berakhir pada Julai 2011. Kalau seandainya pilihan raya umum ke-13 diadakan sekitar Mac hingga Jun 2011, bermakna hayat usia kerajaan di bawah Najib sekarang singkat dua tahun. Namun, ramai penganalisis melihat pilihan raya sukar diadakan serentak dengan Sarawak memandangkan tumpuan BN akan bercempera. Namun kemungkinan itu tidak dapat ditolak apabila Najib berkira sangat dengan tarikh pilihan raya negeri diterajui PBB di bawah Tan Sri Taib Mahmud. Demam PRU-13 juga dirasakan apabila Najib tanpa berselindung sudah bercakap soal calon BN. Pada konvensyen BN 2010 yang diadakan Ahad lalu di Wisma MCA, Najib memberi jaminan calon pilihan rakyat diberi keutamaan. Konvensyen itu juga cuba diterjemahkan Najib atas semangat 1Malaysia apabila diadakan di luar PWTC. Malah difahamkan ada pemimpin meluahkan suara-suara tidak puas hati terhadap keputusan Najib memilih Dewan MCA sebagai tempoh konvesyen BN. Mereka memberitahu Presiden Umno membuat keputusan dalam keadaan serba salah. Ia dibuat bagi memperlihatkan semangat 1Malaysia diterima semua komponen BN. "Ramai pemimpin Umno tidak setuju dengan langkah Najib, namun mereka tidak berani mempertahankan hujah. Mereka akur dalam keadaan terdesak," kata sumber itu. Anwar jadi kambing hitam Difahamkan setiap kali mesyuarat Umno diadakan, isu Anwar sering diungkit-ungkit. Ini bermakna Anwar bukan sahaja de facto kepada Keadilan, sebaliknya Umno juga menjadi gelisah angkara Anwar. Suara dalaman Umno pun kadang-kadang hangit sehingga ke luar. Rumusan akhir Umno bagi mendepani isu Anwar ialah memastikan hayat politiknya menjadi lebih pendek. Sekarang pun dapat dilihat perbicaraan di Mahkamah Tinggi membabitkan kes Anwar, langsung tidak menyebelahinya. Buatlah apa sekali pun hakim sudah ada skrip yang hendak dibaca. Kata orang kampung skrip itu seperti diterjemah mengikut kehendak Umno. "Pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan selepas mahkamah memutuskan Anwar bersalah. Dan ketika itu Anwar sekali lagi diheret ke sel berdinding konkrit dan berjeriji besi," kata satu sumber yang rapat dengan Umno. Namun, Umno atau Najib mungkin lupa momentum pilihan raya umum 1999 berlaku ketika Anwar terkurung di Sungai Buluh. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang selesa di Permatang Pauh kerana aura simpati terhadap Anwar begitu mendalam. Pengundi Melayu ketika itu terarah banyak kepada BA kecuali undi kaum Cina dan India. Ketika itu BN mendapat undi popular sebanyak 55.5 peratus, manakala BA pula 44.5 peratus. Di kawasan parlimen yang nisbah pengundi Melayu pada tahap 90 peratus BN mendapat 4 kerusi manakala BN pula 21 kerusi. Sebaliknya pada pilihan raya umum 2008, sebahagian pengundi Melayu kembali kepada Umno ketika Anwar tidak lagi berada di Sungai Buluh. Mungkin agaknya Najib kurang sedar perkara itu. Aura terhadap Nelson Mendela lebih kuat ketika pemimpin Afrika Selatan itu berada dalam kurungan. Begitu juga Ayatollah Khomeni ketokohannya terserlah ketika beliau berada dalam buangan di luar Iran. . Hari ini alasan paling afdal bagi menggambarkan sebab penangguhan pemilihan Umno sudah diketahui rakyat. Tiada alasan lain yang mampu diberi Perdana Menteri. "Isu utama sekarang kerana sejarah menyaksikan pemilihan menyebabkan Umno hampir ranap. Sejarah 1987 masih kekal sehingga ke hari ini. "Ketika itu Tengku Razaleigh Hamzah hanya dipisahkan dengan 43 undi di belakang Dr Mahathir Mohamad. Selepas itu Umno diharamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi," kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainddin Awang Hamat. Maka pada pemilihan yang mungkin diadakan pada akhir 2012 atau awal 2013, sekali lagi Umno akan dilanda kemelut. Malah lebih hebat kerana semua pemimpin Umno bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Kedudukan paling tidak selamat ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini sudah kedengaran suara-suara nakal di PWTC, Dato' Seri Dr Zahid Hamidi akan diperturunkan sebagai anak jantan bagi team Najib. Zahid dianggap sebagai pilihan terbaik untuk mencabar kedudukan Muhyiddin. Datuk Seri Hishamuddin Husien dianggap banyak pihak tidak mampu untuk membawa cabaran itu. Muhyiddin pula tentunya tidak mudah menyerah kalah. Muhyiddin mungkin sekali lagi mengharapkan bantuan Tun Dr Mahathir Mohamad. Singa tua seperti Mahathir sudah tidak mampu membuat apa-apa lagi ketika itu. Usia sudah benar-benar lanjut. Orang Zahid dikatakan sudah mengatur langkah. Begitu Muhyiddin tidak akan duduk diam. Maka menyedari hakikat itu Najib tiba-tiba membuat kejutan menangguhkan pemilihan Umno mulai Oktober 2011 hingga April 2013 Biar apa pun alasannya, jelas penangguhan pemilihan Umno kerana mahu memberi laluan pilihan raya umum ke-13 diadakan. Najib bimbang sangat Umno pecah lagi di penghujung usia parti tua itu sekarang. |
KETUANAN MELAYU : SANDIWARA DI HUJUNG HAYAT UMNO? Posted: 13 Dec 2010 04:43 PM PST Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung? Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Firman Allah SWT : لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164) Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka. Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia. Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin. Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun. Firman Allah SWT : وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An'am, ayat 115) Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran. Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa. Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13) Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13) Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam? Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap. Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di'kebumikan' secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun. Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat : مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan. Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT! HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian 6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan