Selasa, 14 Disember 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


HANCURKAN KERAJAAN PARASIT UMNO DI SABAH

Posted: 14 Dec 2010 03:14 PM PST

Oleh: NASPAZI

PERTAMA sekali perlu dijelaskan di sini bahawa, saya bukan pengamal politik atau belum lagi menjadi pengamal politik, tetapi saya tetap mengambil peduli; bahkan setiap warga pribumi Borneo sememangnya wajar mengambil peduli tentang akibat neraka kehancuran politik yang ditimpakan oleh pengamal politik Melayu UMNO dan barua-baruanya ke atas ketahanan peradaban waktu muka North Borneo (Sabah) hatta abadi.

Lantaran itu, sebagaimana yang pernah saya sentuh dalam siri paradigma yang lepas bahawa, wilayah Sabah di awal tahun 1970-an, sah pernah membentuk atau melahirkan sebuah kerajaan yang begitu berjaya memimpin atau mengemudi Sabah menjadi sebuah wilayah yang paling maju di Malaysia, sehingga kemajuan dan kemewahannya melimpah ke Sarawak melalui pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajarnya dalam bentuk biasiswa Yayasan Sabah.

Walau bagaimanapun, kerajaan (parti USNO) yang saya maksudkan tidak bertahan lama, kerana dimangsakan atau dikuburkan oleh percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah melalui pengwujudan parti politik (parti Berjaya), yang sengaja diwujudkan atau ditaja pengwujudannya oleh pimpinan melayu UMNO demi kepentingan politik jangka panjang mereka di bumi Sabah gamaknya.

Justeru, kemuncak akibat pengwujudan parti Berjaya tajaan melayu UMNO tidak lain, melainkan dalam tempoh yang singkat sahaja percanggahan atau pro dan kontra warga Sabah seakan mustahil dapat didamaikan untuk diyakinkan, bahawa sanya pengwujudan parti Berjaya untuk Sabah sebenarnya berintipatikan muslihat terkotor peringkat tinggi Melayu UMNO yang amat berbahaya bagi kelangsungan kemajuan Sabah.

Namun begitu, sebilangan besar warga Sabah tidak mempercayainya atau telah mengabaikannya, lantas warga Sabah begitu gembira atau dilanda tsunami kegembiraan dengan mengadakan pesta besar-besaran bagi meraihkan kekalahan parti USNO di tangan parti Berjaya tajaan Melayu UMNO.

Bahkan, gelombang tsunami kegembiraan warga Sabah di atas kehandalan parti Berjaya mengalahkan parti USNO juga, telah disusuli dengan pesta berganda berikutnya, tatkala Labuan diserahkan kepada Melayu UMNO untuk dijadikan Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984, yang dianggap pula oleh pimpinan Melayu UMNO sebagai pengorbanan besar kerajaan Sabah (parti Berjaya) terhadap Melayu UMNO lantaran sanggup mengenepikan kepentingan warga Sabah dengan menyerahkan Labuan kepada Wilayah Persekutuan demi kepentingan warga Malaysia (sebenarnya warga Malaya) apa nama kononnya.

Dengan ungkapan lain, kuasa kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Berjaya, yang berketuakan 'Harris Salleh Alpakistani' memang sah hanya boneka kepada 'Mamak Mahathir Mohamad Iskandar Kutty' yang berselindung disebalik parti Melayu UMNO gamaknya.

Tegasnya, parti Berjaya adalah sebuah kerajaan yang dipaksakan secara penipuan mendalam dengan muslihat terjijik ke atas jiwa dan minda warga Sabah oleh para gerombolan Melayu UMNO sebagai sarjana agung dalam berbohong. Justeru, secara benarnya, parti Berjaya adalah sebuah instrumen pengembaraan politik busuk untuk warga Sabah menuju ke muara kemiskinan dan kehinaan terkutuk yang berpanjangan hatta kini.

Sesungguhnya, sebuah impian untuk membangun dan memajukan sesebuah wilayah tidaklah semudah menyebutnya. Tetapi, sebelum pengwujudan parti Berjaya di Sabah yang ditaja oleh Melayu UMNO, betapa Sabah pernah sampai dikemuncak kemajuan dan kegemilangannya sebagai sebuah wilayah yang kaya dan mewah, justeru Sabah yang termaju di seantero Malaysia.

Yang demikian, di kala Sabah sebagai sebuah wilayah yang gemilang dan begitu mewah di zaman kerajaan parti USNO, maka apakah lagi yang hendak warga Sabah inginkan sebenarnya? Atau, kerajaan dalam bentuk orientasi pimpinan bagaimanakah lagi yang warga Sabah mahukan sebenarnya?

Lantarannya, warga Sabah tergamak melahap umpan beracun yang dipasang oleh Melayu UMNO, melalui jorannya parti Berjaya untuk meranapkan parti USNO!

Sesudah warga Sabah melahap umpan beracun Melayu UMNO yang dipasang melalui jorannya parti Berjaya, disamping membungkus dan memnyumbat parti USNO di kolam najis kekalahan demi kekalahan, akhirnya hari ini dan sekarang, standard apakah yang warga Sabah dapat, selain bangkai busuk kemiskinan dan kehinaan?

Sebagaimana hari ini dan sekarang, Sabah tercampak atau memang sengaja dicampak di lembah gaung dan longkang wilayah bangsat yang termiskin dan terhina di seantero Malaysia oleh pimpinan Melayu UMNO dan barua-baruanya. Justeru, yang tinggal untuk warga Sabah hanyalah mata putih berbekalkan pepatah purba 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna' gamaknya.

Oleh yang demikian, betapa penyerahan atau penghambaan jiwa dan minda warga Sabah kepada Melayu UMNO selama ini dan mungkin berikutnya, bukanlah buah yang bagus dari realiti idea yang bermoral tinggi untuk warga Sabah; dan lagi, bukan juga sebagai gambaran jatidiri dari realiti kewarasan agung bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana yang telah dicadangkan dalam intipati Perjanjian 20 Perkara yang menjadi imej autonomi Sabah dalam gagasan Malaysia.

Sebaliknya, realiti warga Sabah kini bukan lagi seakan, bahkan memang pun sahih sedang mempersembahkan sebuah pengakuan mendalam, bahawa secara majoritinya masih belum memahami hakikat kekuatan fungsi kuasanya, dalam konteks sebuah negara bersekutu yang berprinsip demokrasi, bahawa sanya kuasa undi atau kuasa mengangkat pemimpin politik ditangannya cukup kuat untuk menghapuskan atau meranapkan kepembohongan dan kepenipuan melampau lawan, iaitu Melayu UMNO yang hanya berpura-pura bersifat kawan ke dalam longkang kekalahan dan keranapan di persada demokrasi.

Lantas, di sinilah terletaknya amanah dan tanggungjawab besar pasukan cendekiawan Sabah, untuk memberi kesedaran dan keinsafan jitu secara serius dan dedikasi kepada seluruh warga Sabah, agar tidak selamanya boleh diperbebal atau dipertolol oleh para gerombolan panglima dubur keris bersilang atas nama Melayu UMNO (United Malays National Organisation) atau Melayu BN (Barisan National) sebagai sarjana agung dalam berbohong gamaknya.

Justeru, jika hanya seorang warga Sabah yang diperjahil oleh Melayu UMNO itu mungkin perkara biasa, jika seluruh pimpinan parti-parti politik bersifat tempatan Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah luar biasa, tetapi jika seluruh warga Sabah diperjahil oleh Melayu UMNO itu sudah melampau, dan jawapan tegas yang dinamik dan komprehensif adalah kebangkitan holistik warga Sabah, ke arah menghapuskan sama sekali parti Melayu UMNO dan semua parti yang bersifat Malaya serta proksi-proksi yang tergamak menjadi penjilat dan talibarutnya.

Dan tidak syak lagi, bahawa ianya merupakan eka cabaran terbesar bagi warga Sabah untuk membasmi mereka (Melayu UMNO dan talibarutnya) sebagai kerajaan di Sabah hingga ke akar-akarnya secepat mungkin dari muka bumi Sabah dan lagi, demikianlah sebenarnya sifat dan hakikat kedaulatan Negara Sabah yang dimaksudkan atau diinginkan oleh intipati 'Perjanjian 20 Perkara' sebagai pokok yang menjadi pagar emas dalam konteks pembentukan Malaysia.

Sesungguhnya kerajaan bukan hanya sebagai wakil rasmi masyarakat dalam usaha mengemudi perihal negara di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, tetapi juga yang lebih penting lagi adalah, yang berhubung dengan ketelusan dan kecekapan mengurus tadbir sumber ekonomi negara demi kebajikan semula bersama masyarkat.

Dalam lukisan kasar amanah dan tanggungjawab kepemimpinan seorang pemimpin mengaturcara sumber ekonomi negara, demi kebajikan semula bersama masyarakat, justeru masyarakat berhak menghancurkan kuasa kerajaan Melayu UMNO dan barua-baruanya yang diangkat menjadi pemimpin, tetapi menyeleweng dengan hidup hanya sebagai parasit.

Betapa pemimpin atau pimpinan Melayu UMNO dan talibarutnya yang hanya sarat dengan pelbagai tingkah laku durjana laksana parasit, bukan sahaja membebankan masyarakat, bahkan akan mengotorkan kelangsungan sejarah murni negara bangsa Borneo, khususnya yang berhubung dengan perjanjian 20 perkara sebagai otak dan asas kedaulatan Sabah dalam konteks gagasan pembentukan Malaysia, atau dengan ungkapan lain, cabaran kedaulatan Perjanjian 20 Perkara tidak mungkin menjadi kenyataan untuk kekal hanya sebagai bayang-bayang tanpa keberanian impian bersepadu segenap jiwa dan raga warga Sabah untuk menggapainya.

'Siapa yang waras akan sengaja masuk perangkap?'

Posted: 13 Dec 2010 04:13 PM PST

Hafiz Yatim

"Siapakah yang berfikiran waras, akan dengan sengaja memasuki perangkap jika dia sudah tahu mengenainya?" kata peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata
Sankara Nair (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.

Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya.

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".

Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.

Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."

"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.

Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"

Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.

Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan.

"Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.

Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.

Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".

'Subjudis untuk dilaporkan'

Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.

Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.

Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.

Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".

Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.

Perbanyakkan institut pengajian berasas pondok

Posted: 13 Dec 2010 04:13 PM PST

Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein mahu para pendakwah di negeri ini terutamanya sebelah pulau membanyakkan institusi pengajian dan pembangunan sekolah berasaskan sistem pondok.

Ini, katanya supaya generasi hari ini diselamatkan daripada terlibat dengan gejala yang membawa kepada kemunduran.

Lagipun, ujarnya kerajaan negeri memberi galakan dan ingin memastikan sistem itu diwarisi dengan cantik kerana sistem pendidikan negara tidak mampu menangani permasalahan moral yang begitu gusar sekarang.

Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bantuan terhadap pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dikembalikan seperti biasa dan perbincangan boleh dibuat asalkan ada kesungguhan.

"Sekolah berasaskan pondok agak kurang di Pulau Pinang terutamanya di sebelah pulau, maka apa salahnya individu yang berpengalaman dan berkemahiran berbuat demikian untuk mencambahkan keilmuan kepada generasi yang memerlukan, "ujarnya ketika berucap merasmikan buku 'Biografi Tuan Guru Dato' Nik Aziz' di Masjid Batu, kelmarin

Turut hadir dalam pelancaran buku tulisan Profesor Dr Shahrir Mohd Zain itu iqlah penulis Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad serta novelis, Azizi Abdullah.

Beliau juga mahukan peningkatan peranan masjid agar lebih ceria dan bertanggungjawab dengan memeriahkan program kepada masyarakat.

Menurutnya, masjid boleh pergi jauh dan bukan sekadar hanya untuk menunaikan sembahyang bahkan boleh menjadi pendidik kepada golongan remaja apabila mengetengahkan pelbagai program keremajaan.

"Kita hendaklah jadikan masjid sebagai 'kerajaan kecil' yang mampu mengawal dan mengendalikan masyarakat setempat dengan baik. Jika kerajaan kecil dapat menyelamatkan masalah masyarakat ia satu penghormatan, " terangnya.

Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.

"Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih. Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya.

Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks

Posted: 13 Dec 2010 04:04 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Najib sahkan BN terdesak

Posted: 13 Dec 2010 03:53 PM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung kenyataannya bahawa tidak ada kerajaan lain yang boleh mentadbir Malaysia selain Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu amat berbahaya dan menggambarkan BN sedang membuat perancangan untuk melakukan rampasan kuasa sekiranya mereka tewas dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ini satu kenyataan yang berbahaya kepada proses demokrasi dalam negara kita. Ia memberikan gambaran bahawa kalau Umno BN tak menang, siapa pun tak menang.

"Ini menimbulkan tanda tanya apakah sebenarnya yang akan dilakukan, apa yang akan berlaku selepas pilihan raya umum akan datang ini?

"Adakah ini bermakna satu rusuhan akan dilakukan oleh Umno BN atau adakah Najib melalui Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu beliau dan Menteri Pertahanan yang merupakan bekas setiausaha beliau suatu masa dahulu aan melakukan satu rampasan kuasa atau kudeta melalui ketenteraan dalam negara kita?" katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga berkata, Najib seolah-olah terdesak dan tidak yakin mampu mempertahankan BN sehingga mengeluarkan kenyataan berbau ugutan.

"ni satu ugutan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga bukan sekadar ugutan tapi seperti persiapan dan perencanaan untuk menghadapi pilihan raya.

"Perdana Menteri sendiri seakan-akan tidak yakin untuk menang tapi pasti tidak akan ada pihak lain yang akan menang," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama berkata, kenyataan Najib itu merupakan satu tamparan kepada rakyat Malaysia.

"Kita minta Perdana Menteri buat kenyataan yang jelas, sekiranya rakyat memilih selain daripada BN, mereka akan serah kuasa dengan cara yang bertangungjawab dan amanah seperti mana dalam proses demokrasi," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, kenyataan itu menggambarkan BN seolah-olah berniat melanggar proses demokrasi di negara ini.

"Ini menggambarkan sebenarnya Umno/BN tidak mengamalkan konsep demokrasi berparlimen,tidak percaya kepada pilihan raya malah awal-awal lagi mengugut dan memberi isyarat bahawa itulah sikap beliau dan sikap Umno BN.

"Ini ternyata bercanggah dengan segala yang kita perjuangkan selama ini.

"Keadaan ini mengimbau senario di negara Ivory Coast di Benua Afrika, apabila pihak yang tewas enggan mengosongkan Istana Presiden, walaupun tewas dalam pilihanraya," katanya.

Sabtu lalu, Najib mengeluarkan kenyataan demikian yang disiarkan media arus perdana.

Perkim bukan mahu bersaing dengan Usia di Sabah, kata Lajim

Posted: 13 Dec 2010 03:43 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY


PERKIMKOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke Sabah tidak mahu bersaing dengan badan Islam bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia).

Pengerusi Perhubungan Sukarelawan Perkim Sabah Datuk Lajim Ukin berkata oleh itu isu pertindihan fungsi atau persaingan dengan NGO Islam sedia ada di negeri ini terutama Usia tidak timbul.

"Matlamat dan hala tuju kita adalah sama untuk kerja-kerja dakwah Islamiah, dan Perkim lebih menumpukan kepada soal kebajikan saudara baru (mualaf) di Sabah di samping kerja-kerja dakwah," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahaan dan Kerajaan Tempatan berkata Perkim mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk menjalankan dakwah termasuk soal menjaga kebajikan golongan mualaf.

"Perkim mempunyai pegawai dakwah, guru agama, tempat latihan untuk saudara baru dan rumah persingahan saudara baru, jika Perkim dibenar masuk ke Sabah, sudah tentu apa yang ada di Perkim Pusat akan dapat di bawa ke sini untuk kebaikan masyarakat Islam di Sabah," katanya seperti dilapor Bernama.

Kanak-kanak ingin jadi artis perlu kebenaran KP Tenaga Kerja

Posted: 13 Dec 2010 03:41 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kanak-kanak di bawah umur yang berhasrat menceburi bidang hiburan seperti menjadi pelakon, pemuzik atau penyanyi perlu mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata mereka perlu mendapatkan kelulusan dan mematuhi peraturan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 bagi mengelakkan mereka dieksploitasi sehingga mengganggu pelajaran.

"Menerusi pindaan ini, dimaklumkan bahawa menteri akan menggubal peraturan-peraturan dan mereka yang ingin terlibat dalam industri hiburan perlu mengikuti beberapa proses di mana dalam proses itu ada panduan dan peraturan yang mesti dipatuhi.

"Tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja mereka tidak boleh bekerja dalam sektor hiburan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2010 pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Maznah berkata antara peraturan yang mesti dipatuhi ialah jika bekerja selama enam hari, kanak-kanak itu perlu ada cuti selama sehari dan jika mereka bekerja selama tiga jam secara berterusan, mereka mesti ada masa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.

"Selain itu, mereka tidak boleh bekerja di antara pukul 8 malam hingga 7 pagi kecuali dalam bidang hiburan yang memerlukan kelulusan ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja," katanya.

Melalui pindaan rang undang-undang itu juga, sekiranya kanak-kanak itu bersekolah, mereka tidak boleh bekerja dan bersekolah lebih dari tujuh jam.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 47,000 kanak-kanak yang bekerja di negara ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah bagi membantu keluarga dan bekerja secara sambilan.

"Kementerian memandang serius mengenai penyalahgunaan tenaga kerja kanak-kanak. Melalui Jabatan Tenaga Kerja pemeriksaan berkala sentiasa diadakan di tempat-tempat pekerjaan.

"Pindaan rang undang-undang ini membenarkan kanak-kanak bekerja tetapi waktu bekerja adalah tidak melebihi tujuh jam sehari dan terhad kepada perusahaan yang diusahakan oleh keluarga mereka sahaja atau kerja ringan," katanya.

Tiada ulasan: