Selasa, 14 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kilang Sebuk Kari Terkenal Diserbu Kerana Kotor & Guna Sijil/Logo Halal Tidak Diiktiraf

Posted: 14 Dec 2010 08:10 AM PST

Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Sebuah kilang kari terkenal dikenakan tindakan bukan sahaja disebabkan premis kotor malah dikesan menggunakan sijil dan logo halal yang tidak diiktiraf.

Perkara itu terbongkar dalam operasi khas bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Pengarah Unit Aduan Awam MBPJ, Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin berkata, kilang itu menjalankan beroperasi dalam keadaan kotor.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja juga tidak menitikberatkan soal kebersihan dengan masing–masing tidak menggunakan sarung tangan, apron dan penutup kepala ketika proses pengilangan berjalan.

Mereka juga membiarkan sahaja tempa- yan yang mempunyai bahan yang diperam di atas lantai tanpa menggunakan pelapik di bahagian bawahnya.

"Cara penyediaan makanan sebegini boleh menyebabkan bahan yang disediakan tercemar dan boleh memudaratkan pengguna," katanya

Tindakan diambil di bawah Seksyen 27 (1) tidak mengendalikan stor dengan bersih serta Seksyen 15 tidak mengendalikan premis dengan bersih.

Satu notis amaran berserta tiga kompaun dikeluarkan dalam operasi tersebut.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jais, Norhamizah Othman berkata, kilang kari itu juga didapati menggunakan sijil halal bukannya dikeluarkan oleh Jais atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Setakat ini di Selangor kita tidak lagi mengiktiraf sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak swasta dan kita menasihatkan kepada pemilik kilang itu supaya membuat permohonan yang sah sama ada dengan Jais ataupun Jakim....

P/s: Serbuk kari jenama terkenal? Ada idea syarikat mana yang dimaksudkan dalam berita ini?

[Video] Sebab Mulut Badan Disaman

Posted: 14 Dec 2010 07:11 AM PST



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman terhadap beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks. Butirannya boleh dibaca di sini.

Video:

"Pening" Kepala Najib & Geng dengan Kerenah PR dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang

Posted: 14 Dec 2010 06:31 AM PST


[MK] Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

azlanSelain bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.

"Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

"Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini," kata Lim dalam satu kenyataan akbar.

"Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi," katanya.
Dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri

NONEMenurut Lim, pembayaran berkenaan datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Pembayaran RM800 setiap orang itu, katanya melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada pada 1 Disember 2010

"Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

"Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)," katanya.

NONEKatanya lagi, bantuan khas itu juga diberikan kepada semua kakitangan awam, termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku jawatan utama dan gred khas.

"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini," katanya.

P/s:  Apa cerita orang tua yang dikelentong UMCO supaya memulangkan wang bantuan kepada kerajaan negeri? Yang senang tetap pemimpin UMCO, mereka yang tua terus melarat ditipu puak-puak ini.

Wow, "Ustazah" Ummi Hafilda Sudah Ada Blog Sendiri!

Posted: 14 Dec 2010 01:00 AM PST


Wow, selepas muncul di Utusan sejak sekian lama menghilangkan diri daripada liputan media arus perdana, Ummi Hafilda dikhabarkan sudah mempunyai blog sendiri. Kali terakhir saya baca kisah adik Azmin ini berkaitan dengan dirinya yang diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi  kerana gagal membayar hutang RM300,000 kepada Uni-Grand (M) Bhd, sebuah syarikat papan tanda serta cerita yang mendakwa dia dan Baginda melakukan zina di London.

Setakat ini baru ada dua artikel di blog itu. Kiriman pertama blog itu dicatat pada 13 Disember, semalam. Tulisan di blognya agak panjang dan nadanya agak emosi yang menyentuh tentang pendedahan WikiLeaks, menjawab tuduhan dia derhaka kepada orang tuanya, menjawab tuduhan dia berzina dengan Baginda di London, mencerita fasal perniagaannya, dan sebagainya.  Hitnya sudah mencecah 13000. Wow!

Saya petik sedikit tulisannya yang agak emosi menjawab tuduhan seorang yang bernama Faridah Ahmad:
.....Saudari saya telah terlibat dalam perniagaan seawal 23 tahun, dan punya syarikat pengiklanan sendiri umur 25 saya dah capai taraf jutawan melalui penjualan billboard , bukan jual diri ok, orang jual diri ni kita boleh tengok muka dia berkeruh tak de NUR, tengoklah muka kawan baik awak tu pemimpin besar awak tu dah macam muka setan, tak de NUR tak de cahaya iman, wajah Dr.Mahathir walaupun dah 85 tahun tapi tetap bercahaya dan bersiri semuanya berpunca dari kejernihan hati , iman dan perbuatan. Saya tulis surat salahlaku anwar umur saya 28 tahun so maknanya saya berduit bukan kerana dengan upah konspirasi seperti yg dituduh tapi sebelum tu lagi saya dah berjaya ketika itu akan saya buktikan melalui gambar saya beri 200,000rm setiap tahun kepada persatuan pemadam msia (Dadah Kebangsaan) untuk tujuan kebajikan ketika umur saya 25 tahun lagi saya dah berderma sebanyak itu....
Dia mendakwa wajah Tun M bercahaya. WOW!
....Soalan terakhir dari farihah hubungan seks dgn siiban baginda rakyat sarawak.Itulah kata saudari ni tak banyak membaca hanya kutip kutip cerita dari insan insan puaka, gambar saya pernah keluar di mingguan msia melakukan sumpah laknat dengan menjunjung alquran akan saya titipkan dalam blog saya nanti gambar tersebut bersumpah dengan nama Allah dan rasul bahawa saya tidak pernah melakukan zina atau apa pun hubungan seks dengan beliau dan rela dilaknat allah sekiranya saya berbohong. Mengikut islam sekiranya kita menipu dalam sumpah laknat Allah tidak akan melambatkan walau sesaat pun bila cukup haul yakni tempoh selepas setahun tapi dah lebih 10 tahun saya masih sihat alhamdulilah dalam rahmat Allah sentiasa dan sering dihantar orang orang yg baik menjadi sahabat saya....

Fuh! Kita ulas tulisannya lain kali.

Dalam Utusan edisi 12 Disember (sehari sebelum Ummi Hafilda mengepos artikel di blognya), akhbar pro UMCO itu melaporkan bahawa Ummi Hafilda meminta abangnya Azmin agar bertaubat. Gesaan yang sama turut dilontarkan kepada Shamsidar, Anwar dan Azizah. Wow! Katanya:
Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.

'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

- UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.

Setiap manusia digalakkan sentiasa bertaubat kerana sebagai manusia kita kerap melakukan kesilapan. Saya kira Azmin, Anwar, Azizah, dan Shamsidar sentiasa memohon Allah agar mengampunkan dosa-dosa mereka.

Rakyat Malaysia juga layak menyeru Ummi Hafilda bertaubat atas segala macam dosa yang dibuatnya. 1Malaysia tahu bahawa Konspirasi Liwat pertama didalangi oleh Ummi Hafilda & geng. Walhal Mahkamah Persekutuan menggugurkan tuduhan itu dan Anwar dibebaskan atas kesalahan tersebut. Secara penghakimannya, Ummi Hafilda ternyata telah memfitnah Anwar Ibrahim. Adakah Ummi Hafilda sudah memohon maaf kepada Anwar Ibrahim?


Taubatlah Ummi Hafilda, tutuplah aurat dengan betul!/www.duniacacamarba.blogspot.com

Skandal Peterporn: Cut Tari Mengaku Lagi, Ariel Menafikan Lagi

Posted: 13 Dec 2010 07:25 PM PST

Gambar dari klip video yang dimaksudkan
Saya petik:
[Kosmo] BANDUNG - Pengacara popular, Cut Tari, 33, mengaku di sebuah mahkamah di sini semalam bahawa dia merupakan wanita yang disiarkan di dalam klip video seks penyanyi band Peterpan, Ariel.

"Dia mengaku bahawa dalam video itu adalah dirinya dengan Ariel. Benar dia melakukannya (hubungan seks) bersama Ariel," kata pendakwa raya, Rusmanto kepada pemberita selepas perbicaraan kes Ariel mengedarkan video lucah di sebuah mahkamah di Bandung.

Menurut Rusmanto, Cut Tari bagaimanapun tidak pasti mengenai tempat dan waktu dia melakukan perbuatan itu tetapi memberitahu bahawa ia berlaku sekitar 2005-2006.

Cut Tari yang mengaku masih menonton klip video itu juga memberitahu bahawa dia melakukan seks bersama Ariel di bawah katil sebanyak tiga kali, kata Rusmanto.

Setelah selesai perbicaraan, Cut Tari keluar dari kamar perbicaraan dan berkata kepada para pemberita: "Saya tetap konsisten dengan pendirian saya bahawa yang ada dalam video tersebut adalah saya. Tetapi, Ariel tetap mengaku bahawa yang ada dalam video tersebut bukan dirinya," kata Cut Tari.

Dia turut menjelaskan kenapa matanya kelihatan berair dengan berkata: "Di dalam sidang (perbicaraan) tadi, dia (peguam Ariel) mengorek-ngorek luka lama saya."

Dia yang ditemani suaminya, Johannes Joesoef Soebrata, meninggalkan pekarangan mahkamah dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Dalam perkembangan sama, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham masih tidak mengaku bahawa dia terlibat di dalam video lucah itu.

Itukan pendapat orang lain," kata Ariel ringkas kepada pemberita bagi mengulas pengakuan Cut Tari itu.
Peguam Ariel, Alfian Bonjol juga menyatakan bahawa Ariel menafikan bahawa dia adalah individu dalam klip video seks berkenaan.

"Anak guam saya menafikan dia adalah lelaki dalam klip video itu," kata Alfian kepada para pemberita.
Bagaimanapun, kekasih Ariel, Luna Maya, 27, yang juga seorang pengacara tidak hadir pada perbicaraan semalam dan pihak pendakwaan berusaha bagi memastikan kehadirannya pada perbicaraan pada minggu hadapan.

Perbicaraan itu diadakan secara tertutup....- Agensi

Isteri Dilacurkan dengan Upah RM50

Posted: 13 Dec 2010 05:25 PM PST

Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang wanita lembam yang baru enam bulan berkahwin menjadi mangsa penganiayaan suaminya yang kaki mabuk apabila dipaksa tidur bersama rakannya dan dibayar upah RM50.
Wanita yang baru berusia 18 tahun dan termasuk dalam kategori orang kurang upaya (OKU) itu dipercayai tidak memahami apa yang berlaku ke atasnya kerana dia dengan gembira menunjukkan wang RM50 yang diterimanya kepada anggota keluarganya, Sabtu lalu.

Menurut sumber polis, sebelum itu dia dipaksa bermalam seharian dengan seorang rakan suaminya di Lembah Jaya di sini.

Sejurus mangsa menunjukkan wang RM50 diperolehnya, keluarganya hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah memiliki wang, malah suaminya yang berkerja sebagai pencari barang lusuh juga tidak pernah memberikan kepadanya kerana kehidupan mereka yang terlalu daif.

"Apabila ditanya daripada mana dia memperoleh wang terbabit, mangsa menceritakan yang rakan suaminya memberikan wang itu dan ini menimbulkan rasa hairan di kalangan ahli keluarganya.

"Mangsa yang lembam dan lurus bendul kemudian menceritakan kepada ibu dan bapanya bahawa suaminya memaksa dia bermalam di rumah rakan sebelum dia diajak menonton filem lucah dan kemudian melakukan hubungan seks dengan lelaki terbabit," katanya.

Sumber itu berkata, mendengarkan cerita mangsa, bapanya kemudian membawanya ke balai polis untuk membuat laporan sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di hospital. Difahamkan, mangsa dipaksa suaminya yang ketika itu dalam keadaan mabuk selain lelaki durjana terbabit dikatakan turut menerima wang daripada rakannya itu. Suami mangsa juga sanggup bertindak demikian kerana dia memerlukan wang untuk membeli bekalan arak bagi menghilangkan ketagihannya.

"Setakat ini, polis masih mengesan suami mangsa yang terus menghilangkan diri selepas kejadian itu. Rakannya yang mengambil kesempatan merogol dan meniduri mangsa turut dicari bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit," katanya...- Hadzlihady Hassan
* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Kasihan!

Gila Kejam!

Posted: 13 Dec 2010 05:00 PM PST

Saya petik:
[HM] KOTA TINGGI: Seorang kaki pancing menangis teresak-esak apabila objek disangka sampah terlekat pada tayar depan keretanya ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di tebing Sungai Johor, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Lim Kin Chee, 58, mengundurkan kereta Datsun Wagon miliknya ke gigi air apabila tayar depan kenderaannya tersekat.

"Saya ingatkan sampah dan turun untuk membuangnya, tetapi terkejut apabila mendapati objek yang menyekat pergerakan kereta saya mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat.
"Mayat itu tersembul keluar dari beg plastik hitam di bawah tayar kereta. Hampir separuh tubuh bayi itu terhimpit di bawah tayar dan saya menangis kerana kesedihan melihat keadaan itu.

"Saya sedih, marah dan kecewa sikap individu yang tidak berperikemanusiaan kerana membuang zuriat sendiri," katanya.

Ketua Balai Polis Kota Tinggi, Cif Inspektor Mohd Azizi Abd Razak bersama pegawai dan anggotanya bergegas ke lokasi penemuan bayi itu sebaik menerima panggilan telefon daripada Lim.
......
.....orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi 07- 8837222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Ahmad Othman

P/s: Lahanat mana yang sanggup membuang bayinya dengan sedemikian rupa?

Bagaimana Mengecam Kicap Kipas Udang Tiruan?

Posted: 13 Dec 2010 04:37 PM PST


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) 
yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli. 

Saya petik:
[BH] SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan kicap tiruan jenama Cap Kipas Udang yang dijual secara berleluasa di pasaran, terutama di kedai runcit di negeri ini.

Difahamkan, kicap tiruan itu yang kelihatan hampir sama dengan produk asli turut dikesan dijual di kedai runcit di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang sejak tiga bulan lalu.

Timbalan Pengarah PPDNKK negeri, Mohd Nor Musa, berkata pihaknya menerima laporan pengeluar sebenar kicap berkenaan, Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd (ZFISB) yang berpangkalan di Johor Bahru dan membuat serbuan di sebuah kedai borong di Jalan Tuanku Antah di sini, jam 1 petang semalam.

"Kita merampas 3,360 botol kicap terbabit yang dianggarkan bernilai RM9,100 dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(b) Akta Perihal Dagangan 1972," katanya selepas serbuan itu di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, pihaknya percaya pemborong membeli kicap itu dengan harga lebih murah dan menjualnya kepada peruncit dengan harga sama seperti kicap asli untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat lanjut penjualan kicap tiruan itu termasuk mengesan pembekalnya serta kilang tempat ia dihasilkan untuk tindakan lanjut.

Mohd Nor berkata, pihaknya juga akan menjalankan ujian kimia bagi mengetahui kandungan kicap tiruan itu termasuk sama ada ia berbahaya untuk kesihatan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran ZFISB, Hasnah Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak menjamin keselamatan orang ramai yang menggunakan kicap tiruan.

"Kicap asli kita dijamin halal dan selamat kerana menjalani pemeriksaan kualiti yang ketat, manakala kicap tiruan itu pula tidak diketahui kaedah penghasilannya dan kesannya kepada kesihatan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hasnah berkata, walaupun mengesan penjualan kicap tiruan itu sejak tiga bulan lalu, rampasan di Seremban semalam adalah yang pertama dan pihaknya kini bekerjasama dengan kementerian berkenaan untuk membuat lebih banyak serbuan.

Katanya, cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.

P/s: Saya sekeluarga menggunakan kicap jenama ini sejak sekian lama. Sebenarnya, usaha pihak yang mengejar keuntungan atas angin mengeluarkan barang tiruan bukan sahaja melibatkan barangan seperti pakaian dan alat ganti kenderaan, malah makanan, produk kesihatan, aksesori komputer, rokok, dan sebagainya turut dipasarkan secara meluas di pasaran. Pendek kata, barangan yang mendatangkan keuntungan/mendapat sambutan di pasaran terdedah kepada kemungkinan untuk ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

Pihak pengeluar akan kerugian, tetapi kita mungkin mengalami kesan yang lebih serius, misalnya menghidap kanser dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Jadi, berhati-hati apabila membeli sesuatu barangan terutamanya di kedai-kedai runcit atau di kedai barangan murah. Barangan yang dijual di situ mungkin tiruan!

Tiada ulasan: