Khamis, 2 Disember 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


E-Book: Puluhan juta di belanjakan tanpa perjanjian

Posted: 02 Dec 2010 03:21 PM PST

Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad

"Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Kerajaan negeri akan merakyatkan program buku elektronik dengan menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membekal komputer riba kepada 25,000 orang pelajar." Begitulah kata-kata Dato' Sri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang merupakan pencetus idea penggunaan e-Book semasa membentangkan bajet tahunan 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Genap sebulan yang lepas saya telah mengemukan soalan di Dewan Undangan Negeri tentang kewajaran Kerajaan Terengganu memperuntukkan jumlah yang amat besar bagi projek e-Book bagi membekal komputer riba kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 di seluruh negeri.

Dalam jawapan beliau kepada saya, Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said secara angkuh membidas saya) yang menurutnya tidak pernah bersetuju dan dengki dengan apa yang dibuat kerajaan negeri walaupun ia jelas menampakkan kejayaan. Katanya lagi, kerajaan negeri berani berbelanja untuk sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat Terengganu seperti perlaksanaan program e-book atau buku elektronik kepada pelajar sekolah dan juga guru walaupun ia dikatakan sebagai membazir oleh pihak lawan (Pas).

Saya bangun mencelah dan menyatakan kepada Menteri Besar bahawa "tidak timbul soal dengki atau sekadar membangkang sedangkan kita semua rakyat Terengganu dan mempunyai tanggungjawab yang besar bagi membangun serta melihat kejayaan negeri Terengganu". Isu pokoknya apakah pihak kerajaan Terengganu telah membuat kajian mendalam mengenai perlaksanaan projek yang amat besar ini?

Ini di tambah dengan anggaran keseluruhan projek e-Book ini sahaja telah mencecah hampir RM100 juta dan dijangka meningkat berlipat kali ganda lagi. Lihat sahajalah perbelanjaan yang telah di keluarkan setakat ini;

Pembinaan kilang 'design & build' - RM7.95 juta
Budget pembelian e-Book 2009 - RM30 juta
Budget pembelian e-Book 2010 – RM25 juta
Budget tambahan pembelian e-Book Ogos 2010 – RM25 juta

Anggaran jumlah keseluruhan yang telah di belanjakan sepanjang tahun 2008-2010 sahaja adalah RM 87.95 juta. Namun persoalan yang selalu timbul di naluri hati saya adalah apakah projek ini di urustadbir dengan telus dan berhemah? Bagaimana pula kos keseluruhannya yang akan di tanggung oleh kerajaan negeri? Dan apakah pula pulangannya kepada rakyat Terengganu yang rata-rata susah dan miskin?

Namun jangkaan negatif saya menjadi kenyataan apabila saya telah dibekalkan melalui pos laju satu set laporan Audit Pengurusan Anak Syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd. yang di sediakan oleh Jabatan Audit Negara Cawangan Terengganu. Isi kandungannya adalah amat mengejutkan! Amat menggerunkan serta amat memalukan!

Antara lain laporan itu menyebut; "pada pendapat audit, aktiviti projek e-Book kurang memuaskan kerana;
1. tiada perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian
2. berlaku kelewatan penghantaran
3. kadar murid yang membawa eBook ke sekolah adalah amat rendah
4. berlaku kecuaian memilih pembekal perisian sistem,
5. kerosakan e-Book

Tiada perjanjian! Bayangkan projek sebesar ini tidak ada sebarang perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian. Lebih mengejutkan lagi kilang bernilai lebih hampir RM 8 juta ini menurut semakan audit "mendapati pelan banguunan kilang belum mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan bangunan kilang belum lagi memperolehi Sijil Akaun Kelayakan Menduduki (SAKM) daripada pihak berkuasa Majlis Bandaraya. Bagaimanapun, bangunan telah digunakan untuk menjalankan operasi."

Lebih menggerunkan lagi apabila laporan audit ini mendapati "Berdasarkan laporan juruperunding arkitek pembinaan kilang, mendapati kebocoran pada dinding, steel column dan dinding batu bata. Lawatan audit ke bangunan kilang pada 15hb Mac 2010 mendapati kesan retak yang serius yang sedang dalam pembaikan oleh kontraktor.."

Bayangkan kilang yang telah beropersi hampir dua tahun tidak mendapat keluluusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tidak ada CF sedangkan lebih 60 orang pekarja telah menjalankan tugas dalam keadaan nyawa mereka sentiasa terancam dengan menanggungung risiko kemungkinan keruntuhan bangunan kilang. Siapakah yang akan bertanggungjawab dalam hal ini semua?

Lebih memalukan lagi apabila laporan Audit ini menndapati "semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempoh Januari 2010 sehiingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan di hantar ke kilang untuk dibaiki. Daripada jumlah tersebut seramai 609 murid dikehendaki membayar diantara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut tidak termasuk dalam jamina kerosakan selama setahun. Kadar kerosakan adalah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book".

Yang amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempoh kurang satu tahun selepas pemberian kepada murid-murid dan kadar kerosakan 14% merupakan kadar yang amat tinggi dan ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan adalah amat tidak bermutu.

Lebih memalukan lagi apabila kilang yang diwarwarkan oleh Menteri Besar "bahawa kerajaan dengan kerjasama syarikat klogomerat Intel telah siap membina kilangnya di kawasan Perindustrian Gong Badak yang mula beroperasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara".

Realitinya, tidak ada operasi bagi pemasangan komputer riba untuk dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara. Yang ada hanya pekerja-pekerja yang bekerja mengisi perisian-perisian 'software' e-Book yang di impot dari China berbumbungkan sebuah kilang yang pada bila-bila masa berkemungkinan boleh runtuh seperti runtuhnya Stadium Sultan Mizan yang tersergam indah kabar dari rupa. Wahai rakyat Gganukite bagnkitlah menentang kepincangan dan salahurus di negeri tercinta ini, janganlah jadi seperti pak pandir...

Penulis boleh dihubungi melalui syedazmans@yahoo.co.uk

Anggota tentera bukan-Melayu dijadikan kuda tunggangan

Posted: 02 Dec 2010 07:15 AM PST

Major (B) D.Swami

(Ringkasan serta terjemahan daripada bahasa Inggeris oleh CPI)

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa masyarakat bukan-Melayu tidak berminat menceburi kerjaya di dalam bidang ketenteraan kerana kurang semangat patriotisme. Beliau nampaknya begitu cetek pemahamannya tentang sumbangan orang Cina, orang India dan saudara-saudara kita dari Malaysia Timur. Pandangan beliau adalah bersifat perkauman.

Orang Cina dan India telahpun berkorban untuk negara serta menunjukkan taat setia mereka sejak sebelum Zahid dilahirkan lagi. Askar pertama yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani adalah seorang Cina, Sarjan Chong Yong Chin dari Regimen Persekutuan Pertama.

Penerima pertama Pingat Gagah Berani di Kongo adalah Leftenan Lee Ah Pow yang memperlihatkan keberanian yang patut dicontohi. Seorang wira muda Cina yang lain, Leftenan David Fu Chee Meng yang beraksi di pertempuran Tanah Hitam juga adalah pemegang Pingat Gagah Berani. Adakah mereka-mereka ini tidak cukup patriotik untuk Zahid?

Photo courtesy of writer. Click to enlarge

Malah bapa saudara isteri saya pun pernah dianugerahkan Pingat Gagah Berani. Nama beliau ialah Sarjan Choo Woh Soon, (lihat gambar) lelaki pendek yang berdiri di tengah kumpulan. Gambar ini pula menunjukkan ahli-ahli Kinta Valley Homeguards (yang diwakili orang Cina kesemuanya) yang giat menentang Parti Komunis Malaya.

Wira berbangsa India juga menangani ancaman komunis tatkala Darurat. Kapten Shanmuganathan dan Leftenan (II) Panir Chellvum a/l Velaithan kedua-duanya memenangi Pingat Gagah Berani manakala Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan yang terkorban dalam suatu kempen militer pada umur 24 tahun telah dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Kapten Mukhtiar Singh a/l Sodagar Singh berkhidmat selama 29 tahun di dalam tentera dan polis, namun beliau tidak diberikan pencennya atas sebab tidak menghadiri kursus program senjata dan taktik. Apa yang boleh dipelajari seorang veteran dalam kursus latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berusia setahun jagung?

Di dalam bala tentara lain yang manapun di dunia hari ini, mereka sudah pasti mengangkat nama seorang askar gagah seperti Mukhtiar Singh untuk diberi penghormatan. Akan tetapi beliau adalah berketurunan India, dan Zahid tidak akan berani menyangkal bahawa bangsa India didiskriminasi di Malaysia.

Kekurangan yang ada pada orang seperti Ahmad Zahid Hamidi ialah beliau tidak kenal dengan orang Cina dan India yang bersedia menggadai nyawa demi negara. Orang Cina dan India hanya mengkehendaki layanan adil di negara ini. Situasi sekarang seakan-akan bahawa sekelompok warganegara mempunyai hak yang lebih berbanding warga lain.

Sekiranya ditinjau fakta sejarah, jumlah kaum minoriti dalam angkatan tentera adalah cukup ketara ketika penjajahan Jepun di Malaya, Darurat, Konfrontasi dan zaman pemberontakan komunis sehinggalah ditandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Parti Komunis Malaya.

Anggota tentara bukan-Melayu tidak menerima layanan yang setara dengan anggota tentera Melayu. Tidak dinafikan bahawa diskriminasi ras dan agama memang wujud. Bahkan petugas yang berasal dari Sabah dan Sarawak, meskipun bumiputera, masih didiskriminasi kerana kebanyakan dari mereka adalah Kristian.

Sebagai seorang bekas ahli tentera, saya melihat dengan mata sendiri betapa gigihnya askar-askar yang berasal dari Sabah dan Sarawak ini. Mereka berkhidmat dalam unit kombat. Maka saya hairan bukan kepalang kenapa untuk sekian lamanya tiada pula di kalangan orang Sabah dan Sarawak yang layak dilantik sebagai jeneral?

Sarawak Rangers

Hanya pada bulan September tahun ini, selepas Barisan Nasional tewas pilihan raya kecil Sibu, Sarawak, barulah seorang Iban, Stephen Mundaw, dilantik sebagai jeneral (buat pertama kalinya bagi seorang dari Malaysia Timur). Orang Malaysia Timur harus menuntut supaya setidak-tidaknya Jeneral 4-bintang dilantik dari antara kaum Iban yang begitu ramai gugur kerana menyahut panggilan ibu pertiwi. Keberanian mereka tiada tolok banding.

Anak-anak bukan-Melayu didiskriminasi berdasarkan ras dan agama lalu mereka ketinggalan kerana tidak berpeluang dinaikkan pangkat tinggi sementara anak-anak bukan-Melayu yang lebih muda serta kurang pengalaman dan kemahiran dengan semena-menanya dilonjatkan ke kedudukan lebih atas.

Sekiranya semua dilayan secara adil dan saksama, tengok sama ada orang bukan-Melayu tidak merebut-rebut untuk masuk tentera.

Hakikatnya, orang bukan-Melayu pada lazimnya boleh naik sampai pangkat Major saja dan janganlah berharap lebih daripada itu. Orang bukan-Melayu yang berkhidmat di dalam angkatan tentera tidak diberikan pengiktirafan dan penghargaan yang setimpal dengan bakti yang dicurahkan oleh mereka. Kenaikan pangkat bukanlah berdasarkan keupayaan atau pencapaian.

Misalannya, sewaktu saya aktif bertugas dengan angkatan tentera, semua kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris. Mahupun ada rakan yang tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, namun mereka tetap berjaya menjadi Jeneral -- memandangkan ini, anda pandai-pandailah gunakan otak sendiri.

Seperkara lagi yang kurang menyenangkan ialah askar bukan-Melayu dijadikan sasaran dakwah. Usaha memujuk yang bukan-Melayu untuk memeluk Islam bermakna para pendakwah sebenarnya tidak menghormati si askar itu serta pegangan agamanya yang sedia ada. Sekiranya mereka begitu sering menyarankan supaya kepercayaan agama anda disisihkan, maksudnya mereka memandang rendah dan mengganggap iman anda begitu rapuh sekali.

Diskriminasi ras dan agama kerapkali tidak dapat dipisahkan.

Orang bukan-Melayu, tanpa banyak soal dan tanpa ragu-ragu, akan pasti tampil ke hadapan untuk melunaskan tanggungjawab mempertahankan negara sekiranya mereka dianggap bagai warga Malaysia dan bukannya sebagai dzimmi dan warganegara kelas dua.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi telah menyinggung perasaan golongan bukan-Melayu tetapi kita juga harus dipersalahkan dalam hal ini kerana kita sendiri yang mengundi Barisan Nasional memegang tampuk kerajaan, yang seterusnya menjunjung beliau sebagai menteri.

Kita yang tetap membuang undi kita bagi MCA dan MIC sebenarnya menjamin BN kekal berkuasa and terus bersombong. Zahid ialah Ahli Parlimen untuk Bagan Datuk, Perak. Namun jika anda perhatikan, majoriti undi yang diperolehi Zahid sudah menyusut. Nescaya rakyat menendangnya keluar dari Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang, maka Zahid akan diberi pengajaran yang wajar.

Selalu beringat.

____________________________________________________________

Versi Inggeris rencana ini berjudul 'In the military, the non-Malay is ridden like a horse' dan disiarkan di CPI pada Nov 26.

Jumlah hutang Kerajaan Negeri bertambah 500% dalam tempoh 10 tahun DAP khuatir Perak akan bankrup satu hari nanti

Posted: 02 Dec 2010 06:30 AM PST

Ucapan Bajet Dewan Negeri Perak 2011 oleh Nga Kor Ming di Dewan Undangan Negeri Perak pada hari Khamis, 2hb Disember 2010:

Jumlah hutang Kerajaan Negeri bertambah 500% dalam tempoh 10 tahun DAP khuatir Perak akan bankrup satu hari nanti

Mukadimah

Tuan Yang Dipertua yang terpaksa saya kasihi, terima kasih kerana mengizinkan saya bangun untuk membahas enakmen perbekalan untuk bajet tahun 2011. Walaupun nama bergelar Tuan Yang Dipertua tetapi bahkan kata pepatah melayu 'jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan'. Bagaimanapun, saya akur TYP mempunyai misaim yang machor.

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan awam yang komited untuk berkhirmat kepada rakyat dan berjasa kepada masyarakat demi keamanan, kesejahteraan, dan kemakmuran Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Saya juga mengucapkan selamat bersara kepada pegawai kewangan Negeri, Dato Jamaluddin Al Amini yang akan bersara mulai bulan Ogos, tahun depan dan dengan jelas ini merupakan bajet terakhir yang disediakan oleh beliau. Dulu Dato Shamsul Bahrain, kini giliran Dato pula. Saya mendoakan Dato pegawai kewangan negeri akan menikmati hidup bahagia bersama keluarga selepas bersara, semoga Allah memberkati beliau seisi keluarga.

Walaupun YAB Pangkor berbangga dengan amalan pertama kali mengadakan sesi consultation dengan NGO, tetapi Ahli Dewan tidak pernah ditanya pendapat apabila menyediakan bajet tersebut. Ini adalah tidak munasabah kerana Ahli Dewan yang meluluskan dewan, ahli Dewan sendiri tidak tahu projek-projek kerajaan dalam kawasan DUN sendiri. Oleh itu, ia bukan komuniti Bajet sebagaimana yang diwar-warkan.

TYP, Atas asas dan hujahan oleh wakil kerajaan semasa pembentangan bajet, Negeri Perak telah memperolehi pulangan dan pendapatan luar biasa sejumlah RM117 juta, tetapi anehnya kerajaan negeri bukan sahaja tidak mampu menyediakan satu bajet seimbang, malahan deficit negeri telah meningkat RM6.20 juta dari RM23.9 melonjak ke RM29.12 juta. Bagaimanapun, jika benar pendapatan kerajaan negeri bertambah secara mendadak seperti mana yang diwar-warkan, maka saya dengan sukacita mencadangkan supaya 1 bulan bonus harus diberikan kepada semua 8,000 kakitangan kerajaan Negeri sebagai pengiktirafan dan kenangan kepada jasa mereka. Kakitangan LAP menerima bonus 3.6 bulan, maka atas asas kesaksamaan, kakitangan kerajaan negeri juga perlu diberikan penghargaan yang sewajarnya. Jikalau kerajaan UMNO-BN tidak mampu melakukan, bah kata pepatah Melayu, "hari tidak selamanya panas, untung rugi silih berganti", Pakatan Rakyat sedia melakukannya insya Allah kita kembali memerintah negeri kita yang tercinta ini kelak nanti.

TYP, setiap kali BN tukar Menteri Besar, slogan dahulu akan ditinggalkan. Dulu YB Pengkalan Hulu melaung-laung dengan slogan Setinggan Sifar menjelang 2015, semalam kandungan bajet pula menyatakan Perak masih mempunyai 8,376 isi rumah setinggan, satu tamparan heat kepada slogan tersebut. Kemudian datang slogan "Perak Maju 2015", tetapi selepas rampasan kuasa, datang pula slogan "Perak Aman Jaya", natijahnya ialah dimana acuan, dimana kuihnya, intipatinya macam kempen Inflasi Sifar, semuanya tinggal janji manis sahaja.

Hutang Negeri naik 500% dalam tempoh 10 tahun

TYP, dari pembentangan bajet pada tanggal 30 Novemer minggu ini, ia memberikan gambaran kepada seisi dewan seperti pepatah Melayu, cakap berdegar-degar, tahi tersangkut digelegar, walaupun YAB Pangkor bergial-gial mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh. Bagaimanapun, semalam YB Psngkor memberitahu kita semua; Ledakan Hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung, 1999 -- Hutang kerajaan Negeri adalah RM182 juta tetapi tahun 2010 -- hutang negeri kini mencecah paras RM903 juta. satu peningkatan lebih kurang 500%! Fakta didepan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan. Dengan kata lain, SEKIRANYA kita perlu menjelaskan hutang segera, negeri Perak akan muflis. Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, Tanya imam, jika bersalah, sila bertaubat.

TYP, saya ingin bangkitkan beberapa perkara penting berkenaan dengan pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar dalam Negeri kita. Dua hari yang lepas, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan dimana TNB akan melabur RM4 billion untk membina empangan hidro elektrik di Ulu Jerai di Perak dan Ulu Terengganu di Negeri Terengganu. Pengumuman ini datang dengan secara mendadak dan sebagai Ahli Dewan, saya memohon penjelasan kerajaan menerangkan kepada seisi Dewan berapa ekar tanah atau hutan simpan khazanah Negara kita akan terpaksa dibersihkan demi memberi laluan kepada projek penjanaan kuasa elektrik ini. Selain itu, apakah impak atau kesan sampingan akan terjadi kepada alam sekitar kawasan yang terlibat. Begitu juga dengan ura-ura perlaburan Syarikat Vale dari Brazil, satu syarikat perlombongan besar yang dikatakan berwar-war akan melabur di kawasan Manjung. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri tidak boleh melarikan diri dari tanggungjawab untuk memberikan penerangan menyeluruh terhadap sebarang kesan sampingan yang akan menyusuli projek RM8 billion seperti mana yang dilaporkan. Saya mencadangkan satu seminar penerangan dan laporan EIA dipamerkan di ruang pejabat MPM atau Pejabat Tanah Manjung demi menghilangkan kebimbangan rakyat tempatan tentang kemungkinan kesan buruk yang bakal menimpa warga masyarakat tempatan khususnys Manjung adalah Bandar perlancongan dan destinasi rekreasi.

Banjir yang sering terjadi

TYP, saya juga ingin membawa perhatian Dewan ini kepada masalah banjir yang kerap melanda negeri Perak ini. Sepanjang tiga penggal saya dalam dewan ini, setiap kali perbahasan, topik banjir tetap menjadi focus dan perhatian ahli-ahli Dewan yang mulia. Barangkali setiap kali penggulungan, wakil kerajaan juga akan memberitahun jawapn piawai bahawa kerajaan akan mengambil tindakan wajar untuk mengatasi masalah ini. Akan tetapi, saban tahun kita mendengar, saban tahun negeri kita dilanda banjir. Adalah disyorkan pihak kerajaan perlu melakar satu master plan secara menyeluruh atau kempen banjir sifar untuk mencegah masalah banjir dari berulang kembali nescaya mimpi ngeri yang menghantui mangsa-mangsa banjir. Wakil kerajaan telah mengumumkan kerajaan akan memperuntukkan RM300 juta untuk menangani masalah ini tetapi kali ini jumlah yang diperuntukkan kepada JPS jauh tidak mencukupi. Dimana masalahnya, punca akar umbi banjir perlu dikenal pasti supaya kita tidak buang masa berulangkali membincangkan perkara yang sama.Jika menebang menuju pangkal, Jika melenting menuju tangkai, kita berbuat kerja mesti kena dengan tujuan dan maksudnya.

Dalam perkara ini, saya ingin membawa perhatian kerajaan kepada dua kawasan yang sering dilanda banjir dan perlu diberi pearhatian serius. Pertama, kawasan padang tepi pasar awam Ayer Tawar yang sering dilanda banjir kilat. Masalah tersebut telah berlarutan tidak kurang dari 10 tahun dan saya menaruh harapan yang tinggi ini kali terakhir saya perlu bangkitkan hal yang sama. Kedua, kawasan Taman Setia dan sekitar kamunting, Taiping. Semenjak perlaksanaan projek keretapi berkembar, kawasan tersebut di atas sering dilanda banjir dan banjir teruk telah melanda kawasan tersebut baru-baru ini. Saya mengeyorkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan supaya menyiasat punca masalah banjir ini samada dia disebabkan oleh kerja kontraktor projek tersebut, MMC-Gamuda ataupun tidak. Kerajaan Negeri Perak dengan slogan Rakyat didahulukan seharusnya mencontohi kerajaan Pulau pinang meminta letter of undertaking dari kontraktor berkenaan dimana menetapkan syarat utama memberi jaminan perlaksanaan projek pembinaan tidak akan mengakibatkan banjir dan kontraktor perlu menyatakan kesudian membayar ganti rugi nescaya banjir terbukti hasil daripada kerja mereka. Kegagalan kerajaan negeri membuat demikian sebaliknya membayar sedikit sedekah kepada mangsa selepas banjir bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah malahan ia menambah beban kepada dana awam. Pendekatan baru perlu diambil demi merawati masalah tersebut dari segi akar umbinya.

TYP, saya disini juga ingin mengutarakan bahawa semenjak kemerdekaan, Pekan Panchor yang terletak dekat Pantai Remis telah berada diluar bidang kuasa mana-mana kerajaan tempatan. Akibatnya lebih 200 buah keluarga penduduk di Pekan Panchor tidak dapat menikmati perkhidmatan asas yang ditawarkan kepada penduduk-penduduk lain dalam kawasan Manjung. Di kampong nelayan tersebut, sebahagian tanahnya dibawah bidangkuasa pejabat Tanah Manjung dan bakinya dibawah bidangkuasa Pejabat Tanah Daerah Larut dan Matang. Adalah amat dukacita dimaklumkan akibat terpinggir dari pembangunan arus perdana lebih dari setengah abab, keadaan kesihatan kampung tersebut bukan sahaja menyedihkan, malahan Kampung tersebut pernah ditimpa mala petaka wabak penyakit chikukunya yang berasal dari Kenya, Afrika. Selain itu, atas kesuntukan peruntukan, bangunan SJK Yen Min di Panchor juga mengalami masalah hakisan tanah yang serius sehingga menyebabkan bilik darjah sekolah mulai tenggelam dengan kadar yang membimbangkan. Tambahan lagi, bangunan Dewan Sekolah nama Tun Dr Lim Keng Yak yang menelan belanja RM350 ribu kini telah retak dan dikhuatiri akan runtuh pada bila-bila masa. Demi mengelakkan mala petaka dari berlaku, saya mengeyorkan kerajaan negeri dan kementerian Pelajaran Negeri mengambil tindakan dengan kadar segera menambahbaik sekolah berkenaan dan sesi dialog antara MPM, Pejabat Kesihatan dengan penduduk perlu diadakan dengan secepat mungkin supaya Pekan Panchor terselamat dari keadaaan khusyuk dan menyayat hati tersebut.

TYP yang dipaksa, saya ingin mengutarakan bahawa 'kesihatan adalah teras kesejahteraan hidup rakyat'. Saya bersyukur kerana Pantai Remis kini telah dibekalkan dengan sebuah klinik moden yang menelan belanja lebih dari RM10 juta. Klinik tersebut telah dirasmikan oleh DYTM Seri Paduka Baginda Raja Muda Perak pda tahun ini. Akan tetapi saya amat bimbang ia indah khabar dari rupa. Semasa lawatan saya ke Klinik tersebut, jelas terperanjat dimana walaupun bangunan tersergam indah, tetapi Klinik 10 juta tidak ada kemudahan X ray. Selain itu, seluruh kawasan Pantai Remis pun tidak ada kemudahan Dialysis Centre. Saya ingin memohon kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan ingin memberitahu semua semasa pertemuan saya dengan Menteri Kesihatan di bilik air Dewan Rayat, YB Menteri telah berjanji akan membantu dalam hal ini. Maka saya pohon kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri menguruskan segala yang perlu supaya kemudahan X-ray dan Pusat Dialysis dapat diadakan dalam tempoh paling singkat demi keperluan pesakit buah pinggang yang kini terpaksa menerima rawatan ke Seri Manjung.

Selain itu, saya ingin membawa isu janji kerajaan untuk memperuntukkan RM1.2 juta untuk membina sekolah 4 tingkat bagi SJK(T) Tamil, Ayer Tawar tetapi masih tidak kesampaian. Bah kata pepatah melayu, lembu berpegang kepada tali, tetapi manusia berpegang kepada janjinya. Dalam tangan saya ada surat dari bekas Menteri Pelajaran bertarikh 5/1/2008 yang meluluskan 1.2 juta untuk projek pembinaan 24 bilik darjah untuk sekolah tersebut. Akan tetapi, janji tetap belum dikota, inilah gambaran wajah sebenar UMNO-BN.

Projek RM22 juta terbengkalai

TYP, tadi YAB Pangkor Negeri Perak mengatakan beliau mencurahkan segala tenaga untuk meletakkan semula urus tadbir dan hala tuju negeri ini atas landasan yang betul dan kukuh. Bagaimanapun, saya ingin membawa perhatina Dewan ini untuk menyatakan dalam Negeri Perak terdapat sekurang-kurang 8 projek awam yang menelan belanja puluhan juta ringgit tetapi didapati terbenglakai, reput, menjadi semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

Yang memeranjatkan adalah antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai, sekurang-kurang 5 buah projek menelan belanja RM5 juta terletak dalam kawasan Menteri Besar sendiri di dalam DUN Pangkor. Ini terbukti kepimpinan BN gagal menunjukkan teladan yang baik dan contoh buruk tersebut patut ditegur oleh rakyat jelata yang membayar cukai.

Antara nama-nama projek tersebut yang perlu penjelasan Menteri Besar kepada rakyat demi tanggungjawab yang diamanahkan adalah :-
Nama Projek Jumlah Kos terlibat/RM
1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik 2,430,000.00
2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar 10,000,000.00
3.Pangkor Height Villa 790,000.00
4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor 260,000.00
5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor 1,900,000.00
6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor 1,560,000.00
7. Korporat Villa Jenis B 380,000.00
8. Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak 4,900,000.00
Jumlah Kos RM22.22 juta

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, antara projek yang tersenarai di atas, ada pula projek yang dimulakan sejak tahun 1991, satu tempoh lebih kurang 2 dekad yang dulu. Saya ingin tahu apakan langkah konkrit kerajaan untuk menyelamatkan projek-projek sakit ini. Adakah ia berlaku kerana projek-projek ini dianugerahkan kepada kroni-kroni UMNO tanpa open tender? Kegagalan kerajaan menyelamatkan projek jutaan ringgit ini terbukti slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan telah diganti dengan slogan baru "Kroni didahulukan, projek diutamakan".

Walaupun kementerian kewangan telah mewujudkan e-portal my procurement, tetapi projek berbillion-billion ringgit masih tidak dijalankan dengan sistem open tender. Umpamanya projek Istana Negara yang dulunya dianggarkan bernilai RM400 juta, tetapi kini projek belum siap, nilai projek sudah meningkat hingga RM811 juta. Yang paling memeranjatkan adalah projek itu diberi dengan rundingan terus atas alasan ia lebih murah, tetapi akhirnya terbongkar segala adalah seperti kata orang Melayu, "jarum harus kelindan sutera", Bukan ini sahaja, ia juga terbukti dibawah konsep Sapu Malaysia, bukan satu Malaysia, projek ini dikurniakan kepada satu syarikat Maya Maju(M)Sdn Bhd yang didapati tidak mempunyai lesen kontraktor kelas "A". dan tidak mendaftar dengan CIDB. Kontrak dianugerahkan pada tahun 2007 tetapi syarikat hanya mendaftar pada tahun 2008. Selain itu, Projek Institusi Kanser Negara dianugerahkan kepada Kiara Teratai Sdn Bhd pada tahun 2007 dengan nilai projek RM340 juta tetapi nilai projek telah melambung menjadi RM700 juta dalam tempoh 2 tahun, iaitu pada 2009. Yang lebih memeranjatkan syarikat tersebut mempunyai paid up capital 1 juta tetapi menanggung kerugian RM1.5 juta. Bayangkan syarikat demikian boleh memperolehi projek jutaan ringgit.

TYP, adalah satu perkara yang mengejutkan bahawa tidak ada orang kena dakwa walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu bernilai RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan.

Walaupun Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang menelan belanja RM292 juta runtuh dalam tempoh 10 bulan setelah pembukaan rasmi, tidak ada sesiapapun didakwa atas kejadian yang menjejaskan imej Negara.

Mengikut jawapan dari Menteri Kerja Raya, Dato Seri Shaziman, kontraktor utama projek berkenaan, iaitu Konsortium Bina Struktur-Emarcon-Genggam Mercu JV telah diarahkan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa keruntuhan bumbung di Stadium itu kerana projek itu masih dalam tempoh warranti semasa kejadian runtuhan berlaku. Walaubagaimanapun, kontraktor konsortium itu enggan melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa runtuhan dan pembaikan walaupun beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada pihak Kontraktor. Oleh itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 untuk membersihkan sisa runtuhan Stadium yang menganjurkan SUKMA 2009 tersebut. Tender tersebut telah ditutup pada 19 April 2010.

Menurut Menteri berkenaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut dan mengenakan tindakan senarai hitam kepada Ahli Ahli Lembaga Pengarah dan pengarah sahamnya dari mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009.

Berbanding dengan Singapura, tindakan kerajaan jelas gagal mencegah kejadian sedemikian dari berlaku pada masa depan kerana pihak yang mengakibatkan keruntuhan stadium dan kerugian harta kerajaan tidak perlu menghadapi tindakan Mahkamah.

Beliau berkata, kerajaan tidak pernah mengambil iktihbar dari siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej Negara.

Di depan mata kita, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bumbungnya bocor, bangunan parlimen yang menghadapi kebocoran 13 kali dalam 5 tahun, Hospital Pandan, Johor Bharu yang dijangkiti fungi, Masjid Besut Terengganu yang runtuh, Bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang runtuh hancur berkecai, Jejantas Kepong yang retak dan begitu banyak contoh kesemuanya mencerminkan tanda-tanda kejatuhan kerajaan Barisan Nasional!

Kesimpulan

Saya berharap BN jangan menyingung perasaan kerana mendengar kata-kata saya tadi. Kerana "Jika ada padi berhampalah, jika ada hati berasalah". Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke atas lantai juga. Penyamun boleh merompak, pencuri boleh mencuri, tetapi akhirnya mereka yang condong cenderong kepada kezaliman, nescaya mereka akan disambal oleh api neraka. "Wa la tarkanu illalazi na zolamu fatamas sakumun nar". Surah Hud-Ayat 113.

Saya mendoakan Demokrasi akan hidup semula di negeri Perak yang tercinta, hanya kerajaan dari rakyat, untuk rakyat, bagi rakyat adalah satu-satu kerajaan yang sah, kerajaan yang bermaruah. Kerajaan yang bergantung kepada pengkhianat rakyat akhirnya akan menerima balasan atas pengkhianatan mereka.

Sekian, saya membantah bajet deficit Barisan Nasional 2011 ini.

* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & ADUN Kawasan Pantai Remis

Serah memo air kepada Agong

Posted: 02 Dec 2010 06:00 AM PST

KUALA LUMPUR 2 Dis – Pakatan Rakyat (Pakatan) menyeru rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, keluar menyertai perarakan bersama-sama Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan tarif air kepada Yang Di-pertuan Agong, di Istana Negara, Ahad ini.

100 ribu rakyat Selangor telah menandatangani memorandum membantah kenaikan tarif 37 peratus yang akan diserahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Mizan Zainal Abidin selepas perarakan yang bermula dari Masjid Negara, jam 12 tengah hari.

"Ini adalah perhimpunan menyatakan pendirian warga selangor dan Wilayah Persekutuan terhadap satu aset awam yang perkosa sesetengah pihak untuk keuntungan. Apa yang kerajaan PR Selangor cuba lakukan ialah kembalikan semula hak ini sebagai satu aset awam kemudahan untuk rakyat jelata," kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Beliau berkata, Syabas termasuk Kerajaan Persekutuan, menggunakan pelbagai kaedah untuk menghalang Kerajaan Pakatan Selangor bagi mendapatkan hak air selama dua tahun.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sidang media turut menyuarakan jalan terakhir kerajaan negeri menggunakan suara rakyat mengembalikan hak kerajaan negeri itu.

"Kerajaan negeri Selangor cuba buat apa yang sepatutnya dilakukan. Telah cuba berunding dengan Syabas, sudah membuat tawaran RM5.7 bilion, sudah cuba berunding dengan Kerajaan Pusat.

"Tapi atas sebab-sebab kepentingan politik maka semua usaha Kerajaan Negeri Selangor, digagalkan. Maka akhirnya kita tidak ada pilihan, melainkan zahirkan sokongan rakyat terhadap usaha untuk membatalkan penswastaaan dan mengembalikan aset negeri Selangor kepada kerajaan negeri," kata beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyentuh mengenai tabung Budi di bawah Syabas berkata, ia amat mengelirukan rakyat.

"Apa yang Syabas buat, mereka pergi ke rumah-rumah, kalau mereka mahu derma air itu sebanyak RM11.40 yang dikatakan akan diberikan kepada rumah yang tidak dapat air percuma.

"Tapi persoalannya wang itu dibayar oleh Kerajaan Selangor. tetapi sekarang Syabas kata ini dalam rangka Tanggung Sosial Korporat mereka. Tapi tindakan mereka ini mengelirukan rakyat," kata beliau pada sidang media yang sama.

Menurut Charles lagi, Syabas kelihatan lebih tertekan apabila tetap berdegil tidak akan memberhentikan kegiatan mereka walaupun menyedari perbuatan tersebut salah kerana menggunakan wang kerajaan negeri.

Dalam pada itu, program anjuran Kerajaan Negeri Selangor itu dijangka akan bertembung dengan sebuah kumpulan pro-Umno Selangor yang menggelar diri mereka sebagai Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GapS) akan menyerahkan memorandom kepada Yang Di-pertuan Agong, 'bukti penyelewengan 30 perkara' di negeri itu.

Antaranya termasuk isu pembelian hutang syarikat Talam Corporation, penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) dan 'kegagalan' mengutip hasil pasir seperti yang dijanjikan.

Halang Syabas: Jika tidak air Selangor lebih mahal daripada Singapura

Posted: 02 Dec 2010 05:30 AM PST

SHAH ALAM, 2 Dis - Sekiranya rakyat Selangor membenarkan diri mereka diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), yang disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura.

Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat, 'Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor' malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan.

"Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura," kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam.

Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang, turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh Kerajaan Persekutuan dan syarikat kroninya, Syabas dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan.

Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan daripada penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang.

"Saya bagi tahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO Syabas, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya, 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda daripada gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air, namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu.

Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun.

Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad, apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu
untuk meraih keuntungan berlipat ganda.

"Hebat tidak hebat Syabas ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di Syabas," kata beliau.

Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor, segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya, perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada
kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) sebelum ini.

"Polis menangkap orang di kawasan masjid bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa, tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram, kerana hendak sampaikan hasrat penduduk Selangor," tambah Mohamad lagi.

Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat.

"Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-BN menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,"katanya.

Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, Syabas menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Malah Syabas juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu.

"Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk ugut rakyat Selangor. Kata kalau kerajaan BN memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan, tidak," tambahnya lagi.

Jangan Sampai Tabung Budi dipertikaikan ’Nawaitu’nya

Posted: 02 Dec 2010 05:00 AM PST

Dr Dzulkefly Ahmad – Ahli Panel Air Selangor.

Dalam keadaan yang cukup tertekan dengan situasi yang melingkunginya, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mutakhir ini menjalankan satu kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya.

Diberi nama Tabung Budi, Syabas sedang menggalakkan pengguna dan khususnya kakitangannya untuk menyerahkan wang RM11.40 sebagai nilai harga air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Suply Enactment, 1997, Syabas diberi lessen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan tidak dari wang yang hasil dari air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pengguna-pengguna di Selangor.

Justeru kegiataan Syabas menggalakkan pengguna-pengguna menyerahkan wang sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak – Federal, kerajaan Negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Tambahan, Tabung Budi yang diselenggarakan oleh Syabas ini jelasnya tidak dapat ditentukan ketelusannya dan juga tidak ada pertanggungjawabannya kepada pihak lain selain Syabas. Jelasnya Syabas telah terlibat dalam membuat dua kali kutipan dari pengguna dan dana itu pula tidak dapat dijamin akan sampai seluruhnya kepada golongan miskin dan kumpulan sasaran.

Syabas tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini. Akan tetapi cara yang dilakukannya ini jelasnya menimbulkan pelbagai pertikaikan bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Syabas digesa supaya tidak memburukkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri Selangor dengan segara memberhentikan kegiatan tidak bertanggungjawab ini bagi memurnikan keadaan untuk mencari jalan penyelesaian baik bagi krisis air di Selangor.

Syabas boleh terbudi dan beramal dengan apa jua cara dengan hasil keuntungan bersih dari kegiatan pengurusan air tetapi jangan sampai Tabung Budi dipertikaikan kebersihannya dan 'nawaitu'nya.

[Sumber]

Umno Bela Raja? Sila Baca Balik Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993

Posted: 02 Dec 2010 04:30 AM PST

Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993

Penyampai: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh: 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan "mahkamah" ditambah perkataan "tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis". Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- "(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan".Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- "(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu".

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda - (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: "(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,".Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: "(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini - (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja".

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

[Sumber]

Jakim jumpa mufti dipercayai berhubung isu bukan Islam guna ayat al-Quran

Posted: 02 Dec 2010 04:15 AM PST

Oleh G Manimaran dan Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggil satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh perwakilan bukan Islam pada Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Pertemuan itu yang akan dihadiri oleh mufti-mufti dijangka diadakan di Putrajaya.

Difahamkan Jakim akan mengeluarkan garis panduan hasil mesyuarat itu, tetapi tidak dipastikan sama ada akan ada fatwa khas kemudian.

Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad mengesahkan mengenai mesyuarat itu tetapi tidak menjelaskan agenda pertemuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan Jakim menghubungi pejabat-pejabat mufti hari ini bagi memaklumkan mesyuarat tersebut.

"Esok malam, kita memang akan ada mesyuarat khas bersama Jakim tetapi tidak dimaklumkan apa agendanya.

"Saya masih belum dapat maklumat mengenai agenda mesyuarat khas esok," kata beliau ketka dihubungi The Malaysian Insider sambil berkata, kemungkinan besar tidak akan dapat menghadiri mesyuarat khas itu kerana ada urusan lain.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam ketika Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Sehingga petang ini, usaha mendapatkan pengesahan Jakim belum berhasil.

Difahamkan mesyuarat khas itu akan membincangkan perkembangan Kongres Nasional PKR di mana S Kesavan, perwakilan dari Perak dan Adun Hutan Melintang, yang memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul Ahad lalu.

Tindakan Kesavan yang membacakan terjemahan yang salah daripada Ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran mendapat kecaman daripada beberapa pemimpin kerajaan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jamil Khir berkata, penafsiran ayat al-Quran yang tidak betul di depan khalayak ramai boleh menjadi satu penghinaan yang serius terhadap Islam dan tidak boleh dibiarkan.

Justeru tegasnya, para ilmuwan agama wajib menegur dan tidak boleh sekadar menutup mata supaya setiap kesilapan dapat dibetulkan sekali gus memastikan pihak yang melakukan kesalahan tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa depan.

Bagaimanapun Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat al-Quran untuk merujuk sesuatu perkara sebagaimana disaksikan di Kongres Nasional PKR baru-bau ini.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.

Mufti Selangor Datuk Tamyes Abdul Wahid dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara (mesyuarat khas) itu, sehingga hari ini saya masih tidak dimaklumkan," kata Tamyes.

Wan Zahidi pula berkata beliau tidak mempunyai sebarang autoriti untuk menjawab soalan yang dikemukakan The Malaysian Insider itu.

"Saya tidak boleh jawab soalan ini, saya tiada autoriti. Kalau mahu tahu anda boleh bercakap dengan pengerusi atau timbalan Majlis Mufti-mufti," katanya.

MB Selangor tidak risau tentang rancangan GAPS

Posted: 02 Dec 2010 04:00 AM PST

Oleh Rahmah Ghazali

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor tidak risau berkemungkinan berlakunya pertembungan dengan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Ahad ini apabila kedua-dua pihak mahu menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong walaupun melibatkan dua isu yang berbeza.

Malahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menjemput GAPS menyertainya bagi menyampaikan memorandum kepada Seri Paduka berhubung hak air.

GAPS merancang untuk menyerahkan memorandum mengenai 30 kes tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak merampas negeri itu dari pentadbiran Barisan Nasional dua tahun lalu.

"Mereka boleh menyertai kami pada hari itu (dan menghadap Seri Paduka). Ini parti demokrasi dan kami menggalakkan kebebasan bersuara walaupun mereka mesti mematuhi tatasusila dan beretika.

"Kamu tidak boleh menyakiti dan menghina orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perayaan Deepavali untuk pejawat awam negeri di sini hari ini.

Khalid kelihatan tenang mengenai dakwaan rasuah yang akan didedahkan oleh GAPS. "Mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu, jika ada kebenaran.

Tapi mereka harus tahu bahawa mereka juga boleh disaman jika ia berupa fitnah. Misi kami ialah menolong rakyat dan kami akan teruskan dengan rancangan kami," katanya.

Adalah difahami kerajaan negeri akan mengumpul kira-kira 10,000 demonstran Ahad ini untuk menyerahkan memorandum bertajuk "Pulangkan hak air kepada rakyat" kepada Seri Paduka.

Bagaimanapun, GAPS melancarkan kempen menentang rasuah esok, di mana ia bercadang untuk mengumpul seramai 2,000 penyokong bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Seri Paduka, juga pada Ahad ini.

GAPS yang mengandungi 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang untuk mendedahkan 30 kes rasuah, yang antara lain, melibatkan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yayasan Selangor dan Talam Corporations.

Syabas belum respon

Sementara itu, Khalid mendedahkan bahawa syarikat konsesi air itu belum memberi maklum balas terhadap notis kerajaan negeri supaya dihentikan program kutipan dana Tabung Budi, walaupun tempuh tamat 14 hari sudah hampir.

"Tidak…..kami tidak menerima apa-apa tapi apa pun, mereka telah melanggar syarat perjanjian kontrak. Tugas mereka ialah menyedia dan mengedar air di Selangor dan mereka tidak boleh mengutip wang dari orang ramai untuk tujuan lain," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan negeri berhak membatalkan perjanjian air dengan Syabas jika mereka terbukti melanggar syarat perjanjian kontrak.

"Jika perkara ini dibawa ke mahkamah, kami akan buktikan Syabas tidak menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan dalam kontrak.

"Sebagai contoh, kamu menandatangani perjanjian untuk menjual nasi lemak tapi kamu menjual burger, jadi itu dianggap sebagai melanggar syarat perjanjian," kata Khalid.

"Jika mereka masih berdegil dengan Tabung Budi, kami juga mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian air dengan mereka," katanya.

Syabas bagaimanapun mendakwa bahawa Tabung Budi telah memberi faedah kepada golongan yang memerlukan, di mana saluran bekalan air mereka telah dipotong kerana gagal menjelaskan bil.

Mereka (Syabas) juga berkata mereka tiada rancangan untuk menghentikan program ini.

Solat hajat iringi penyerahan memo kepada Agong

Posted: 02 Dec 2010 03:45 AM PST

Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Pertembungan perhimpunan Ahad ini mambabitkan kerajaan negeri Selangor dengan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bagi menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dikhuatiri akan menimbulkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan itu.

Penyelaras kempen anti kenaikan harga air Selangor Dr Badrul Amin Bahron berkata aspek keselamatan rakyat cukup dititikberatkan kerana jika sebarang 'provokasi' mahupun kekecohan berlaku maka perhimpunan itu akan diteruskan oleh pimpinan negeri.

Katanya, pihak polis telah dimaklumkan perkara itu malah keputusan sama ada rakyat turut serta sehingga ke Istana Negara akan diputuskan esok.

Menurut beliau, solat hajat dan Zohor akan diadakan di Masjid Negara bersama-sama pemimpin negeri Selangor dan disusuli perhimpunan bagi menyerahkan 100 tandatangan kepada Agong di Istana Negara.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak polis untuk permit, sehingga kini masih belum menerima jawapan balas. Malah rancangan telah diatur dengan solat zohor dan hajat akan dibuat terlebih dahulu sebelum perhimpunan dimulakan ke Istana Negara.

"Jika wujud sebarang kekecohan atau perkara tidak diingini seperti hujan, maka pemimpin negeri sahaja yang akan berarak ke Istana Negara untuk serahkan memo itu.

"Rakyat akan tunggu di Masjid Negara…..kerana yang penting bagi kami adalah keselamatan rakyat. Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam mesyuarat esok," katanya ketika dihubungi FMT.

Kumpulan terdiri daripada baju merah adalah pro-kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan kira-kira 20,000 orang turut serta dalam perhimpunan tersebut.

Manakala anggota GAPS dilaporkan mengenakan baju hitam diketuai pengerusinya Hamidzun Khairuddin dan disertai hanya kira-kira 2,000 orang bakal berhimpun di Masjid Jamek.

Ahli Umno turut serta dalam tandatangan

Dr-Badrul AminBadrul Amin berkata, melalui kempen yang mensasarkan 100,000 tandatangan itu turut menerima penyertaan daripada ahli Umno.

Beliau yang juga Pengarah Penerangan Negeri Selangor mendakwa tandatangan itu diperoleh daripada ahli Umno termasuklah di Sungai Besar, Hulu Selangor dan Tanjung Karang.

Malah ada beberapa ahli itu yang bersetuju untuk menyertai perhimpunan bersama-sama kumpulan merah pada Ahad ini.

"Kami bergerak ke pelusuk kampung dan ahli-ahli Umno di beberapa kawasan turut menyatakan sokongan terhadap kempen kita ini. Ada yang berterus terang tidak sanggup untuk turun namun ada segelintir yang bersetuju untuk turut serta dengan kami.

"Malah tandatangan yang terkumpul setakat hari ini telah mencecah 50,000 dan berharap kita berjaya dengan sasaran 100,000 itu," katanya.

Nafi mahasiswa dibayar kerajaan negeri

Dalam perkembangan lain, Badrul Amin menafikan pembabitan kerajaan negeri dengan penyertaan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, perkara ini timbul atas kesedaran mahasiswa malah menjelaskan bahawa perhimpunan itu bukan bersifat politik.

"Walaupun Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) menghalang mahasiswa terlibat dalam sebarang perhimpunan politik namun jelas ini bukan perhimpunan politik. Ini perhimpunan rakyat tanpa mengira latar belakang masing-masing.

"Mahasiswa ini juga bukan dibayar oleh kerajaan negeri, kami tidak suruh mereka turut serta tetapi mereka faham perlu dihentikan dasar penswastaan air yang wujud ini," katanya.

Katanya setakat ini bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengesahkan penyertaannya dalam perhimpunan pada hujung minggu ini.

Malah beliau turut mengalu-alukan pemimpin lain daripada negeri lain untuk turut serta memandangkan ia akan menjadi isu nasional.

Kerusi BN Parlimen Jeli tidak Selamat?

Posted: 02 Dec 2010 03:30 AM PST

Talihayat BN di Parlimen Jeli dan DUN Kok Lanas akan putus dalam piliharaya umum ke 13 nanti sekiranya undi pos ditukar kepada undi biasa, karung-karung yang selalu jadi mistri apabila sampai saat mengira undi yang selalunya berpihak kepada BN akan terjadi sebaliknya.

Jika ini terjadi nampaknya BN Kelantan akan hilang satu lagi kerusi Parlimen dan hanya akan tinggal satu saja kerusi Parlimen daripada 14 kerusi di Kelantan itu pun sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah masih dikekalkan calun BN bagi Parlimen Gua Musang.

Pakatan Rakyat Kelantan nampaknya sedang berusaha supaya kerusi Parlimen Gua Musang akan dapat ditawan dengan harapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak lagi bertanding atas tiket BN, tidak mustahil dalam pilihanraya umum ke 13 nanti YBM Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tiket BN ataupun bersara dari politik dan sekiranya ini berlaku agak payahlah BN hendak mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang.

Sekiranya kerusi Parlimen Gua Musang juga tidak dapat dipertahankan oleh BN maka jawabnya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kesemua kerusi Parlimen akan dimonopoli oleh Pakatan Rakyat di Kelantan. Ini akan terjadi apabila kita melihat dari dekat kegelisahan ahli-ahli UMNO di Kelantan yang masih mengharapkan perubahan berlaku dalam UMNO tapi terus dikecewakan oleh Majlis Tertinggi UMNO apabila Dato' Sri Najib mengumumkan pemilihan pemimpin ditangguhkan selama 18 bulan lagi.

Dengan penangguhan pemilihan dalam UMNO itu tentunya dalam pilihanraya yang akan datang muka-muka lama lagi lah yang akan menjadi calun, kalau berubah pun saya kira tak sampai 10% kerana dalam politik UMNO Kelantan tidak ada sesiapa yang berani 'engkar' kehendak Ketua Bahagian dan tentunya Ketua Bahagian akan menamakan kroni-kroninya saja sebagai calun pilihanraya nanti.

Selalunya calun dalam pilihanraya dicadang dan disokong oleh Ketua Bahagian yang mana orang itu dipilih dikalangan kroni-kroninya saja walaupun ahli diakar umbi tidak menyukainya. Inilah yang selalu terjadi dan akan terus terjadi di Kelantan kerana keseluruhan Ketua Bahagian tahu kehendak mereka tidak akan diubah oleh pucuk pimpinan UMNO sama ada diperingkat negeri atau pun pusat.

Saya mendahului rakan-rakan dalam UMNO keluar parti kerana saya tidak mahu kecewa dan dikecewakan. Ramai ahli UMNO seperti saya tapi tidak keluar parti kerana sebab sebab tertentu tapi hati dan perasaan mereka telah bertekad untuk mengajar pemimpin dengan tidak mengundi BN dalam pilihanraya.

Ini akan berlaku bukan saja di Kelantan bahkan diseluruh Malaysia, itulah sebabnya hanya 55 kerusi Parlimen saja yang selamat untuk UMNO. Kedudukan ini tidak memungkinkan BN akan terus berkuasa dalam pilihanraya umum kelak. Banyak kerusi Parlimen UMNO akan bertukar kepada Pakatan Rakyat. Walau bagaimana pun disaat-saat akhir sebelum menjelangnya hari mengundi kedudukan ini boleh berubah sekiranya Pakatan Rakyat tersalah buat perhitungan kerana rakyat akan menilai dari sudut keikhlasan mana-mana parti yang akan terajui kerajaan nanti.

http://newkk.blogspot.com/2010/12/kerusi-bn-parlimen-jeli-tidak-selamat.html

Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor?

Posted: 02 Dec 2010 03:00 AM PST

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din khabarnya akan dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor. Anugerah khas yang berupa sijil dan wang akan disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah pada Selasa ini.

Pemilihan Dr Haron itu dilihat tepat. Penglibatan beliau dalam bidang dakwah Islamiah bukan baru. Lama sebelum ini semasa menjadi pensyarah di universiti beliau telah menaburkan segala khidmat baktinya khusus dalam bidang agama.

Ketokohan beliau juga tidak ada tolak banding. Selain aktif berdakwah beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam (sufi). Haron juga berjaya menulis dan menerbitkan tafisr penuh al-Quran di samping kitab perubatan Islam.

Kemampuan ini menjelaskan beliau seorang ilmuan kerana bukan calang-calang orang mampu mentafsir Quran. Mendahului pengumuman rasmi kerajaan Selangor saya mengalungkan ucapan tahniah dan syabas kepada beliau.

http://msomelayu.blogspot.com/2010/12/penganugerahan.html

Umno tolong Melayu? Tanah Melayu Terhakis Angkara Umno

Posted: 02 Dec 2010 02:30 AM PST

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat.

Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah umno. Pemimpin umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, InsyaAllah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga tektik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%.

Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu. Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

•Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

•22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. •200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

•9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

•Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

•Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

•26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

•300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

•Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

•13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

•Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. · Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

•Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

· Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

•Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

•Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing

•217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat. · Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor.. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".

http://idrisahmad.wordpress.com/2010/12/02/tanah-melayu-terhakis-angkara-umno/

Tiga maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan awal hari ini

Posted: 02 Dec 2010 02:00 AM PST

PETALING JAYA, 2 Dis - Tiga lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di KM28.4 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi apabila warga Myanmar, Dong Sian Sing dilaporkan melintas lebuh raya itu lalu dilanggar sebuah kereta yang menghala ke Kuala Lumpur sebelum tercampak ke seberang jalan.

"Mangsa yang tercampak ke seberang jalan sekali lagi telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dan menyeret mangsa sejauh 50 meter.

"Kenderaan itu terbabas dan menyebabkan dua penumpang di dalamnya tercampak ke luar dan mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, penumpang di dalam pacuan empat roda itu terdiri dari warga Myanmar Htet Iwin Zaw, 29 dan seorang lagi rakyat tempatan Mohd Yuros Shahri Mohd Yusof, 21.

"Pemandu dan dua lagi penumpang di dalam kenderaan pacuan empat roda itu hanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

Arjunaidi berkata, kawasan itu kerap berlaku kemalangan berikutan orang ramai, yang suka melintas jalan tanpa menggunakan jejantas yang disediakan.

"Mungkin mereka malas hendak berjalan jauh untuk menggunakan kemudahan yang ada menyebabkan laluan bawah (Lebuh Raya Persekutuan itu) yang menjadi pilihan," katanya.

-Bernama

Tazkirah Buat Lim Kit Siang

Posted: 02 Dec 2010 01:00 AM PST

Sehari dua ini heboh bahawa YB akan jadi TPM kalau Pakatan menang. Ramai orang tak suka YB pegang jawatan itu. Walau pun anak YB jadi KM, tapi YB tak boleh jadi TPM, apatah lagi PM.

Adakah YB tahu mengapa YB tak boleh jadi TPM? Sebab mata YB sepet, rambut YB kurus, YB pelat? Nama YB bermula dengan Lim?

Mata sepet boleh dilebarkan, rambut lurus boleh di'rebonding'kan, lidah pelat boleh dikikiskan. Agama pun boleh ditukar apatah lagi nama.

Darah YB merah, YB adalah warga negara, YB makan nasi walau pun pakai sepit, YB dapat apa yang kebanyakan rakyat Malaysia dapat, YB bayar cukai. Tapi, YB ingat, YB tetap tak boleh jadi TPM. PM, tolong jangan mimpi.

Tentu YB tahu, kerana YB adalah orang Cina. Ulang, orang Cina. Ulang lagi, Ciiii naaaa….!

YB tak akan jadi Melayu sampai bila-bila. Sampai bulan terbelah dua. Sampai bangkitnya Dajjal. Sampai bumi hancur berkecai. Sampai dunia hancur riuk, sampai bintang berguguran. YB tetap Cina.

YB akan mati sebagai Cina. Kalau YB masuk syurga, Cina. Sebaliknya pun Cina juga. YB tetap Cina walau pun YB dikuburkan di kuburan orang Islam.

YB tetap Cina walau pun YB makan sireh, makan sambal belacan, makan budu, makan cencaluk. YB tetap Cina, walau pun YB pakai baju Melayu, menari Dondang Sayang, berjoget Canggung, bahkan bersisip keris di pinggang.

Cina tetap Cina, walau pun diubah status bangsa dalam borang-borang. Kalau YB tinggal di Malaysia, orang panggil Cina Malaysia. Di Thailand, Cina Thailand. Di Burma, Cina Burma. Di Kutub Utara, Cina Kutub Utara. Cina, tetap Cina.

Adakah apa-apa cara untuk membolehkan YB tak jadi Cina? Terjun dalam kuali minyak hitam, keluar kulit jadi hitam. YB jadi keling? Tidak, YB tetap Cina. Orang panggil Cina Hitam. Buat 'plastic surgery' supaya hidung mancung macam Hindustan, mata bulat macam orang Eskimo, orang tetap panggil YB Cina.

Kalau YB kahwin dengan orang Melayu, dapat anak, orang panggil anak itu kacukan Cina-Melayu. Masuk Islam, orang panggil Cina Muslim. Duduk di pekan, orang panggil Cina Pekan. Duduk di kampong, orang panggil Cina kampong. Duduk dalam hutan, orang panggil Cina Hutan.

Cina jugakan. Kalau YB nak tahu itulah sebab YB tak layak jadi TPM. Itulah juga sebabnya YB tidak layak bermimpi untuk jadi PM.

Tidak habis setakat itu, kalau perbuatan buruk dalam perkahwinan orang panggil dengan bangsa YB, Kahwin Cina Buta. Ada pokok yang berasal dari Mekah, Senna Makky dinamakan oleh orang Melayu dengan Cina Maki. Ada bunga yang dipanggil bunga Cina, entah mengapa tidak diketahui.

Pendek kata, walau pun Cina ada tamadun yang sangat tua, lebih tua dari tamadun Arab sendiri, bangsa YB tetap tiada tempat di sini kerana YB adalah orang Cina.

Tak apa, walau pun orang tidak suka YB jadi TPM Malaysia, tetapi YB tetap berpeluang untuk masuk syurga.

Nak masuk syurga bukan macam nak jadi TPM Malaysia. Kekallah sebagai Cina dan masuklah syurga. Tuhan yang mencipta syurga adalah Tuhan yang mencipta semua bangsa.

Dan, kerana itu, saya pernah berpesan kepada anak teruna saya, "Anakku, kalau dapat berkahwinlah dengan orang Cina."

http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/12/tazkirah-buat-lim-kit-siang.html

Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta

Posted: 02 Dec 2010 12:30 AM PST

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 2 Dis: Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim atau Tabung Serambi Mekah hari ini berjaya mengumpul sejumlah RM4.9juta hasil sumbangan orang ramai, korporat, agensi kerajaan dan badan berkanun.

Majlis Perasmian Pelancaran Kutipan Derma Tabung Serambi Mekah yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mewakil Menteri Besar tersebut turut menyaksikan pelancaran penggunaan mesin mlektronik bagi penyaluran sumbangan derma iaitu melalui kad kredit dan kad debit.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri dan wakil-wakil rakyat.

Ahmad ketika merasmikan majlis tersebut berkata, kewujudan Tabung Serambi Mekah di awal pemerintahan PAS dulu adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kerajaan yang telah berlainan dengan Persekutuan.

Menurut beliau, tujuan utama penubuhannya ialah untuk menyalurkan bantuan segera kepada rakyat yang memerlukan terutamanya mereka yang ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, banjir, berpenyakit kronik dan sebagainya.

"Ia juga ditubuhkan bagi diberi peluang kepada seluruh rakyat terutamnya yang berkemapuan untuk bersama-sama kerajaan membantu mereka yang memerlukan dan, Alhamdulillah sehingga kini tabung ini berjalan dengan baik hasil kutipan derma dari orang ramai dan syarikat," ujar beliau.

Beliau juga berkata bagi tempoh kutipan derma tahun 2009 dan dibelanjakan pada tahun ini, keseluruhan jumlah penerimaan ialah RM3.353 juta dan telah disalurkan kepada pelbagai keperluan seperti mangsa banjir, kemudahan asas, kebakaran dan lain-lain berjumlah lebih kurang RM2.623juta.

"Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang merupakan anak jati Kelantan dan merupakan usahawan terkenal yang tidak jemu-jemu membantu Tabung Serambi Mekah dalam meneruskan bakti kepada rakyat negeri ini dan tahun ini pula beliau telah menyumbang sejumlah RM3 juta," katanya lagi.

Orang ramai masih lagi boleh menyalurkan sumbangan derma melalui akaun yang telah diwujudkan iaitu melalui akaun Bank Islam bernombor 3018010028774 (sumber halal) dan 3018010045654 (sumber tidak halal).

Tabung tersebut juga dikenali dengan nama Akaun Amanah Kebajikan Darulnaim telah ditubuhkan pada bulan Febuari 1991 di bawah Seksyen 9 (1) dan 9(3) Akta Acara Kewangan (1957) disemak (1972).

Tangguh Pemilihan? Umno Sebenar Lemah Dan Penakut Dari PKR

Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST

Tangguh pemilihan: Najib perlu masa selesai 'konflik' dalaman Umno, dakwa Pakatan

Oleh Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pakatan Rakyat mendakwa langkah penangguhan pemilihan Umno walaupun dilihat satu proses lazim dilakukan menjelang pilihan raya umum, tetapi dipercayai menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak masih berhadapan dengan "konflik" dalaman parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan.

Ini kerana menurut beliau, dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri.

"Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

"Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia (Najib berasa) sedang menerima protes dalaman Umno sendiri.

Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan "1 Malaysia" Najib sebelum ini, Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang.

"Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih 'Umno' daripada Najib.

Mahfuz berkata pendirian Muhyiddin bercanggah dengan gagasan 1 Malaysia Najib.
"Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan (agung Umno) juga boleh menyebabkan beliau (Najib) hilang jawatan dalam parti (presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional) dan dalam kerajaan (perdana menteri)," katanya.

Tambah Mahfuz, Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Disebabkan itu, Mahfuz berkata, Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN.

"Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti, mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya (presiden Umno) dari dikhianati oleh kem Muhyiddin, bagaimana kalau Najib kalah (jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan) sekarang.

Pun begitu, sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti, mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut.

"Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan, mungkin tidak masalah bagi Najib (jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno)," ujar Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Justeru, Mahfuz menegaskan bahawa penangguhan pemilihan agung Umno 2011 demi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka awal tahun depan, bukanlah untuk membuat persiapan jentera Umno dan BN.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua turut berpendapat bahawa Najib takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat, khususnya PKR yang kononnya kian kecoh lagi lemah pascapemilihan peringkat cabang dan pusat baru-baru ini.

"Kalau pentadbiran Najib cukup kuat, kenapa takut nak menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam senario mereka (Barisan Nasional) menganggap Pakatan Rakyat semakin lemah dan PKR hilang kepercayaan rakyat.

"Walaupun Muhyiddin menafikan bahawa penangguhan itu tiada kaitan dengan pilihan raya umum, tafsiran yang paling kuat begitulah kerana Najib takut," ujar Tian Chua yang juga Pengarah Strategi PKR.

Kata Ahli Parlimen Batu ini, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 tersebut mungkin disebabkan Najib tidak berupaya lagi menangani konflik dalaman antara Umno dan parti-parti komponen BN yang lain.

"Ketakutan kali ini ketara apabila Najib tidak lagi berupaya selesaikan konflik dalaman dalam Barisan Nasional serta memenuhi tuntutan rasis dari pertubuhan-pertubuhan tertentu, yang sebenarnya adalah daripada kalangan mereka (penyokong Umno).

"Najib masih Perdana Menteri, mengetuai sebuah kerajaan yang sudah tentu mempunyai kuasa politik dalam kerajaan serta boleh menggunakan semua media arus perdana, tetapi Najib tetap takut kerana masalah dalaman Umno dan Barisan Nasional tidak diselesaikan lagi," ujar beliau.

Tian Chua turut tidak menolak kemungkinan bahawa Najib takut dikhianati oleh akar umbi parti termasuk Muhyiddin sendiri jika pemilihan agung Umno 2011 diteruskan juga pada awal tahun depan.

"Najib tak mahu teruskan (pemilihan agung Umno 2011) seoalah-olah memperlihatkan dia cukup takut dan tidak yakin dengan kesetiaan ahli-ahli Umno khususnya mereka yang menyokong Muhyiddin akan berpaling tadah," beliau menambah.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan M. Kulasegaran pula (kanan) berkata, penangguhan pemilihan agung Umno 2011 itu merupakan "titik kelemahan" yang cuba diselesaikan oleh Najib.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri mengambil kesempatan pada 'titik kelemahan' yang dihadapi oleh Umno dan Barisan Nasional ketika ramai orang mempertikai pentadbiran beliau di (peringkat) pusat dan negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional seperti Perak.

"Beliau berasa tidak senang hati dengan membuat penangguhan (pemilihan agung Umno 2011) ini yang sekali gus menyebabkan beliau tidak mahu menghadapi musuh-musuh partinya (Pakatan Rakyat).

"Waktu menjadi Perdana Menteri popularitinya 40 peratus, sepatutnya sekarang beliau lebih yakin kerana popularitinya dikatkan 80 peratus... mengapa perlu takut pada pembangkang," ujar Kulasegaran ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Ahli Parlimen Ipoh Barat itu lagi, perasaan takut itu sekali gus menggambarkan bahawa Najib sendiri tidak percaya dengan ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu BN mampu merampas satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat tetapi gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum depan.

"Dr Mahathir yang macam bomoh itu kata Barisan Nasional akan bertambah baik dan mampu menang, Najib nampaknya ada masalah untuk mempercayai perkara karut itu," ujarnya lagi.

Jelas Kulasegaran, Najib mungkin tidak yakin dengan sokongan pengundi atas pagar yang pernah menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 akan kembali semula kepada BN kelak.

Kali pertama Majlis Tertinggi Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.

Untuk menghadapi pilihan raya umum lalu, Umno turut menangguhkan pemilihan agung parti itu.

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'

Posted: 01 Dec 2010 11:30 PM PST

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya yang Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Dr Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz.

Anwar dalam satu temu bual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

"Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Dr Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

http://www.malaysiakini.com/news/149787

Isu TPM : Kenyataan Media Al Mursyidul Am Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST

Isu TPM : Kenyataan Media
Al Mursyidul Am Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi.

Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin".

Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu.

Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara?

Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu, jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 1 Disember 2010 / 24 Zulhijjah 1431

SU Agung sah pertahan jawatan, Presiden Cuepacs didesak undur

Posted: 01 Dec 2010 10:51 PM PST

Oleh G. Manimaran


KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pemilihan Cuepacs mula rancak dengan wujud desakan agar Presidennya Omar Osman, yang baru-baru ini disambung semula kontrak perkhidmatan, agar berundur untuk memberi laluan kepada pihak lain memimpin kongres itu.

Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin yang berganding dengan Omar pada pemilihan tiga tahun lalu berkata, sudah sampai masa bagi Cuepacs memerlukan seorang presiden yang baru.

Pada pemilihan 22 Disember ini, Ahmad Shah akan berganding dengan Ramli Omar iaitu Presiden Kesatuan Kakitangan Mardi Malaysia kali ini.

"Presiden patut ditukar... beliau wajar memberi laluan kepada orang lain sebab Cuepacs memerlukan pemimpin baru, dengan idea-idea yang baru.

"Saya atau barisan kami tidak mengatakan beliau tidak memberi sumbangan, tetapi sudah sampai masanya Cuepacs memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Cuepacs mengadakan mesyuarat majlis kongres semalam mengesahkan senarai pencalonan, yang sesinya ditutup Isnin lalu.

Mereka yang dicalonkan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan sebelum 15 Disember ini.

"Ini pandangan ahli-ahli akar umbi. Cuepacs mahukan kepimpinan lebih dinamik," kata beliau.

Ahmad Shah yang mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya buat penggal ketiga berkata, kali ini akan bertanding dalam pasukan Ramli yang turut memutuskan mencabar Omar.

Ketika ditanya mengapa tidak berada dalam pasukan Omar, Ahmad berkata, "nampaknya beliau yang tidak mahukan saya."

"Kesatuan beliau tidak mencalonkan saya pun, untuk jawatan setiausaha agung. Jadi saya menganggap saya tidak diperlukan oleh Omar. Maka, saya bergandingan dengan Ramli," katanya lagi.

Ramli pula berkata, pihaknya telah menyusun barisan calon dengan memilih Ahmad Shah untuk jawatan setiausaha agung.

"Saya dah memutuskan tanding jawatan presiden sekali lagi. Ahmad Shah akan jadi gandingan untuk jawatan setiausaha agung," kata Ramli, yang pernah dua kali bertanding jawatan presiden sebelum 2007.

"Saya yakin kali ini selepas dua kali mencuba sebelum ini," katanya ketika ditanya peluang beliau.

"Cuepacs memerlukan perubahan dan pembaharuan, yang akan membantu kakitangan awam seiring dengan gagasan 1 Malaysia," katanya.

Cuepacs mengadakan pemilihan terakhir tiga tahun lalu.

September lalu, Omar, 58, memberitahu The Malaysian Insider bahawa kontrak perkhidmatannya telah dilanjutkan tetapi tidak memaklumkan tempoh baru.

Usaha menghubungi beliau masih belum berhasil.

Sumber mendakwa perkhidmatannya hanya disambung enam bulan sejak September lalu.

Beliau juga belum mengesahkan sama ada mahu mempertahankan jawatannya kali ini.

Bagaimanapun rakan-rakannya yang dihubungi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Putra Malaysia, akan bertanding lagi.

"Omar sudah memberitahu kami yang beliau akan bertanding lagi," kata seorang pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs.

Cuepacs ada 130 kesatuan gabungan.

Omar memperoleh 48 pencalonan.

Ramli dicalonkan oleh satu kesatuan manakala Azih Muda, kini merupakan Timbalan Presiden Cuepacs, juga menerima satu pencalonan. Ahmad Shah juga menerima satu pencalonan bagi jawatan presiden.

Bagi jawatan setiausaha agung, selain Ahmad Shah, turut dicalonkan Lok Yim Pheng yang menerima 30 pencalonan, Ku Azmi Ku Ibrahim (dua) dan Adnan Mat (satu).

"Kita mahukan struktur dan peranan Cuepacs yang lebih efektif... saya yakin barisan kami ini mampu menyediakan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti ini," kata Ramli lagi.

Ahmad Shah menambah, "saya melihat kepimpinan Cuepacs memerlukan gandingan yang ada sefahaman dan sehaluan untuk berjuang bagi kakitangan awam."

Dalam pada itu, bagi jawatan timbalan presiden, pemimpin dicalonkan ialah Azih yang menerima 27 pencalonan, Husain Mohd Yasin yang kini merupakan seorang lagi penyandang dengan mendapat 24 pencalonan, Ramli (empat), Zainal Ismail (enam), Lok (dua), Hamzah Masri (dua), Shuhaimi Othman (satu), Mohd Mazlan Mohd Shaari (satu) dan Ibrahim Ahmad (satu).

Bagi tiga kerusi timbalan setiausaha agung pula seramai 14 orang dicalonkan iaitu Adnan yang menerima 32 pencalonan, Abd Rahman Nordin (20), Ku Azmi (13), Lok (10), Mohamad Baharom (empat), Mohd Mazlan (tiga), Kang Beng Leng (dua), Rus Bakaruraini Shahfie (dua), Ja'apar Mansor (satu), Dr Zainal Shaik Dali (satu), Sayuti Dollah (satu), Ali Omar (satu), Hamzah (satu) dan Ibrahim (satu).

Samuel Devadasan dicalonkan untuk mempertahankan jawatan setiausaha kewangan.

Turut dicalonkan bagi jawatan itu ialah Ja'apar yang menerima 10 pencalonan berbanding Samuel 35 pencalonan.

Bagi jawatan timbalan setiausaha kewangan, Ja'apar menerima pencalonan tertinggi iaitu 34 dan disusuli Mohd Razak Singah (dua), Mazlan (satu), Rus Bakaruraini (satu), Kang (satu), Azhar Abdul Shukri (satu) dan Hamzah (satu).

Persidangan Tiga Tahun Sekali Cuepacs akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemilihan diadakan pada hari kedua persidangan.

Perkhidmatan percubaan RapidKL untuk wanita sahaja sehingga 31 Dis ini

Posted: 01 Dec 2010 10:45 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Dis – RapidKL telah memulakan tempoh percubaan bagi perkhidmatan bas untuk golongan wanita sahaja, yang dikenali sebagai Rapid Bas Wanita, mulai hari ini hingga 31 Dis.

Menurut kenyataan Bas RapidKL hari ini, ia adalah tambahan kepada operasi biasa syarikat berkenaan dan menyediakan perkhidmatan berbaloi kepada orang awam.

Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi jam 6.45 dan 7.30 manakala di sebelah petang pada jam 6 dan 6.45.

Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria).

Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni).

Ketua Pegawai Eksekutif Bas RapidKL Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, perkhidmatan khas itu dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan keselamatan kepada penumpang wanita, selain melindungi mereka daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak.

Beliau berkata, Rapid Bas Wanita tidak akan menjejaskan perkhidmatan sedia ada syarikat itu kerana ia akan menggunakan bas tambahan.

Walaupun dikhaskan untuk wanita sahaja, kanak-kanak di bawah usia dua belas tahun dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas tersebut dengan ditemani rakan atau saudara perempuan.

Ikon bas 'untuk wanita sahaja' akan diletakkan pada cermin depan bas, tingkap, pintu dan skrin LED dalam kenderaan itu bagi membezakannya daripada bas biasa.

-Bernama

Penganggur yang dipengaruhi dadah ditahan miliki pistol tanpa lesen

Posted: 01 Dec 2010 10:30 PM PST

KLANG, 2 Dis – Polis menahan seorang penganggur yang berada dalam pengaruh dadah kerana memiliki sepucuk pistol tanpa lesen dalam satu serbuan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Kapar.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum itu rakan kepada suspek membuat laporan kepada Balai Polis Bukit Raja di sini memaklumkan suspek mengugutnya dengan sepucuk pistol dipercayai kerana berebut wanita.

"Rakan suspek datang dengan membawa tujuh butir peluru yang dikeluarkan dari pistol milik suspek yang ketika itu sedang khayal di bawah pengaruh dadah ke balai dan memberitahu dia diugut bunuh.

"Sebaik menerima laporan itu sepasukan anggota polis menyerbu rumah berkenaan dan menjumpai sepucuk pistol jenis Norinco buatan China dan menahan suspek yang berumur 27 tahun, Sabtu lepas," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut menemui pelbagai peralatan dipercayai untuk menggunakan dadah seperti alat untuk menghisap syabu, plastik lutsinar disyaki mengandungi syabu dan alat penimbang.

Mohamad Shukor berkata, pengadu (rakan kepada suspek) yang berusia 25 tahun turut ditahan selepas ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah.

Beliau berkata suspek yang tinggal di Bayu Perdana di sini dan tidak bekerja itu direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut termasuk mengenal pasti dari mana suspek memiliki pistol itu dan kemungkinan ia turut digunakan untuk kegiatan jenayah.

Sementara itu dalam kes berasingan, Mohamad Shukor berkata, polis turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun selepas pemeriksaan di rumah lelaki berkenaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol jenis Browning dan satu kelopak peluru serta 11 butir peluru hidup disorok dalam tin biskut di sebuah rumah di Klang Utama.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara 22 November lepas.

Katanya polis turut menemui syabu seberat 1.7 gram dan pil Eramin 5 seberat 0.5 gram.

Suspek yang juga seorang penganggur serta didapati positif dadah mempunyai dua rekod jenayah lampau iaitu khianat dan mendatangkan kecederaan ditahan reman sehingga hari ini.

"Kita menahan suspek di rumah teman wanitanya yang berusia 30 tahun. Bagaimanapun wanita terbabit dibebaskan apabila soal siasat kita mendapati dia tiada kaitan dalam kes itu," katanya.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti lebih berat) 1971 kerana memiliki pistol dan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Benarkah blogger pro-pembangkang kian lesu?

Posted: 01 Dec 2010 09:31 PM PST

Saya membaca tulisan Zaini Hassan mengenai pandangan beliau berkenaan kedudukan portal dan blog politik di Malaysia yang bertajuk "Jika bloggers mesra–kerajaan beralih kiblat?". Beliau menulis pandangan ini setelah beliau membuat persiapan sebagai ahli panel satu forum dalam pertemuan blogger mesra kerajaan di Pertaling Jaya baru-baru ini.

Zaini Hassan mengatakan revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek yang dibawa. Ini tidak pernah berlaku dan tidak ada keupayaan untuk berlaku bagi kewartawanan konvensional. Zaini Hassan memuji persiapan bahan, foto, grafik, olahan yang dilakukan oleh blogger pada masa itu amat baik sukar dilakukan oleh wartawan konvesional walapun mereka tidak dibayar upah.

Saya tidak minat mengulas lebih lanjut kerana saya berpendapat Zaini Hassan masih 'bias' dalam memberi pandangan yang selebihnya dan dia masih menjaga tuan punya periuk nasi, Utusan Malaysia. Kalau tak macam mana dia nak menjadi kolumnis?

Dalam 100 ranking portal dan blog politik Malaysia bersasaskan Alexa yang ditunjukkan oleh Zaini Hassan sebenarnya masih tidak menunjukka sifat sebenar ranking berkenaan. Anda juga boleh membaca tulisan saya sebelum ini pasal ranking supaya anda boleh faham tentang ranking blog. (Baca di sini)

Kenapa saya kata ranking ini tidak menunjukkan sifat yang sebenar?

Alexa membuat semakan ranking pada blog hampir setiap hari dan kedudukannya boleh berubah setiap masa. Saya melihat ranking blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan berada pada kedudukan yang agak tinggi pada masa ini lebih bersifat semasa dan Zaini Hassan bijak menulis artikel pada ketika kedudukan blog mesra-kerajaan yang agak baik.

Satu faktor yang membantu ranking blog mesra-kerajaan berada di atas dengan lain kata dilayari oleh masyarakat yang dahagakan berita yang benar ialah isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010.

Blogger pro-pembangkang seolah-olah cuba 'melari diri' daripada pemberitaan yang benar atau sebenar. Jika blogger ini daripada PKR mungkin menjaga parti atau kalau dia daripada PAS mungkin menjaga hubungan PR.

Isu-isu pertengkaran, perbalahan, kecoh dan isu Zaid Ibrahim telah menjadi isu utama pada ketika itu dan sekarang. Tapi malangnya masyarakat tidak diberikan gambaran yang sebenar apa yang berlaku. Hanya sekadar penafian-penafian yang tidak jelas. Tulisan yang menyokong bersifat mengapu tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO sebelum ini.

Masyarkat sekarang bukan masyarakat yang bodoh, mereka akan mencari sumber yang benar daripada blog-blog yang mengambar apa yang berlaku. Walaupun blog itu blog UMNO/BN sebab mereka boleh berfikir menolak dakyah dan mengambil intipati yang benar sahaja.

Saya melihat blog-blog yang dikatakan mesra-kerajaan menyediakan video yang lengkap apa yang berlaku di mesyuarat PKR setiap negeri. Sebagai orang yang 'sedar', kita akan menonton apa yang berlaku, kita mungkin tak menerima dakyat keterlaluan pada blog-blog ini yang sesetengahnya macam "orang gila".

Tapi kita sebagai manusia yang berilmu boleh manafsirkan sendiri bahan-bahan yang disediakan sebagaimana kita boleh menafsirkan berita-berita daripada TV dan akhbar.

Saya melihat ini suatu ancaman baru jika blogger pro-pembangkang masih bersifat tidak terbuka dalam hal ini. Kita boleh membetulkan parti jika ada bukti yang sah dan benar. Sebab Islam mengajar kita tentang amar ma'ruf dan nahi mungkar!

Tapi jangan sekali menjadi penyebar fitnah dan pencipta 'persepsi' buruk bagi menjatuhkan mana-mana kepimpinan yang tidak disenangi. Bukan kerja kita menjatuhkan sesiapa itu adalah hak Allah s.w.t. Kita sekadar boleh menegur jika berlaku kesilapan atas dasar itu adalah kewajipan.

Jika blogger pro-pembangkang masih diulit mimpi, saya percaya mereka juga akan ketinggalan dalam hala ini. Ranking sebenar ialah melihat sejauh mana blog atau portal itu dominan dalam sebarang isu.

Sebenarnya tak banyak portal dan blog politik yang dominan kedudukannya. Jika anda blogger anda perlu memikirkannya.

http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/12/benarkah-blogger-pro-pembangkang-kian.html

Syabas Membebankan Penduduk: Mereka Membayar Air Secara Bermeter, Tetapi Dikenakan Juga Bayaran Pukal

Posted: 01 Dec 2010 09:00 PM PST

Bandar Seri Putera, 24 Zulhijah = 01 Disember (Rabu):

Adun Bangi hari ini menerima aduan dari penghuni Pangsapuri Seri Mawar, Seri Putera bahawa bekalan air ke kediaman mereka telah dikunci oleh Syabas. Jam 5.00 petang Adun berada di rumah pangsa berkenaan dan diberi maklum oleh Pengerusi JMB Mawar En. Abd. Rahim Mat Top dan beberapa kakitangan bahawa pertukaran bayaran air melalui meter pensendirian sejak 10 Julai 2009 sepatutnya meringankan bayaran bulanan, bahkan sepatutnya tidak perlu dibayar sekiranya penggunaan tidak melebihi 20 cubic meter. Tetapi apa yang dialami, bahawa penghuni yang membayar meter air individu dikehendaki juga membayar meter pukal yang jumlahnya hampir sama dengan jumlah sebelum penggunaan meter persendirian. Ini bermakna penghuni dikehendaki bayar 2 kali ganda lebih mahal dari jumlah sebelum adanya meter persendirian. Contoh bil air pukal sebelum adanya meter individu yang dibayar pada 10.6.2009 sebanyak RM6,730.26 bagi satu blok (Blok B), manakala bil bayaran pukal diminta dari penghuni selepas menggunakan meter individu bagi bulan Oktober 2010 sebanyak RM6,282.44. Begitulah contoh bagi bulan-bulan lain selepas meter individu digunakan. Ini bererti penghuni dikehendaki bayar double bagi setiap bulan.

Oleh kerana penghuni pangsapuri telah membayar bil air berdasarkan bayaran meter individu, mereka berpendapat mereka tidak perlu membayar bayaran pukal ` alasan mereka memang wajar dan mereka tidak membayar tuntutan bayaran pukal. Kini jumlah tuntutan bayaran secara pukal hingga bulan November yang menurut Syabas perlu dibayar sebanyak RM84,105.47. Setelah notis 7 hari diberi, maka pada 29 November 2010 disekat saluran paip air. Kedatangan Adun bersama pembantu saudara Shahrum dan Pembantu Saudara Mazwan Johar Ahli MPKj saudara Rusli juga menyaksikan penghuni-penghuni, khususnya blok B Seri Mawar telah ketiadaan air. Adun berpendapat adalah tidak wajar pihak Syabas memotong bekalan air, khususnya Blok B, kerana penghuni-penghuni membayar bil individu, tetapi dalam masa yang sama kena membayar bil secara pukal. Adun sendiri melawat ke tingkat 2 Pangsapuri B dan didapati tiada bekalan air ke rumah berkenaan.

Adun berpendapat cara yang dilakulkan oleh Syabas adalah tidak kena dan menganiayai penduduk. Pihak Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Y.B.Iskandar Bin A.Samad perlu mengambil perhatian dan bertindak mengatasi masalah dua bayaran, sepatutnya bayaran hanya secara individu satu bayaran bulanan sahaja. Adun Bangi menghubungi Syabas pada petang ini juga menerusi hotline dan berharap dapat dibuka kunci air pada petang atau malam ini, tetapi pihak kerani yang menjawab di sana perkara berkenaan terpaksa dirujuk kepada bos, tetapi menurut bos itu rujukan dan tindakan tidak dapat dilakukan, kecuali waktu pejabat. Walau macam mana Adun memohon juga atas dasar kemanusiaan air dapat disambung kembali. Kita akan mengikuti perkembangan dan akan bertindak menurut kesesuaian.

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/2010/12/syabas-membebankan-penduduk-mereka.html

Tiada ulasan: