Khamis, 2 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat

Posted: 02 Dec 2010 02:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

"Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

"Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

"Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya.

Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

"Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.

"Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya.

Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.

Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.

"Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

"Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya.

Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

HD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook

Posted: 02 Dec 2010 07:54 AM PST

2010/12/02


KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.

Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar.

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek.

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000.

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya.
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Sebulan terakhir jika PAS nak menang PRU 13

Posted: 02 Dec 2010 04:00 AM PST


Oleh : Tulahan
Ramai yang jangka PRU 13 akan berlaku antara April hingga Jun tahun depan. Jika Najib adakan PRU 13 tahun depan maknanya pilihanraya Sarawak akan dibuat serentak.

Sekiranya pilihanraya Sarawak tidak dibuat serentak dengan PRU 13 tahun depan . Penulis tak jangka Najib akan buat PRU 13 tahun depan.


Memandangkan keadaan politik dan ekonomi yang dikatakan memihak kepada BN, Najib tak akan buang masa untuk buat pilihanraya kerana jika ditunggu tidak akan ada peluang besar seperti ini.

Walaupun tidak dapat majoriti dua pertiga pun tak pa macam ramalan Tun M, kerana yang penting bagi Najib adalah kekal berkuasa sebagai PM. Lebih baik menang walau bukan dua pertiga daripada kalah terus tak dapat jadi PM.

Jika benar PRU 13 tahun depan , sudah bersiapkah Pakatan untuk menghadapinya?. Penulis tidak akan fokus kepada PKR dan DAP tetapi kepada persiapan PAS untuk hadapi PRU 13.

Presiden dah rumuskan tiga penekanan penting untuk PAS mengantikan Umno iaitu Tarbiyah, Organisasi dan Strategi.

Penulis dah ada sentuh persoalan tarbiyah , organisasi dan Strategi dalam tulisan yang lalu. Namun mungkin itu untuk jangka masa panjang . Penulis akan sentuh lebih kepada tumpuan segera jamaah bagi menghadapi PRU 13 tahun depan.

Sebelum berlangsung PRU 13, tumpuan paling penting untuk mendapatkan undi adalah pengundi muda di kalangan anak-anak ahli dan penyokong. Banyak kawasan yang dah laksanakan tugas ini dan sebelum ini pun penulis pun ada bincang bab daftar pemilih.

Namun bagi penulis, usaha ini masih lemah kerana tiada kesungguhan dari jamaah kawasan terlibat. Masa hanya tinggal sebulan sebelum masuk tahun depan. Jika pilihanraya tahun depan , pemilih yang didaftar tahun ini sahaja layak mengundi. Sudah ramaikah yang sudah didaftarkan?

Penulis harap pendekatan turun rumah ke rumah ahli dan penyokong jamaah di cawangan dipraktikkan dalam masa sebulan terakhir ini. Gabungkan pimpinan kawasan, pemuda dan muslimat kawasan untuk sama2 turun cawangan .

Kepakaran muslimat menjadi perayu undi rumah ke rumah gunakan sepenuhnya untuk program ini. Sebulan terakhir ini jika ada program lain tangguh sementara untuk buat program ini. Inilah peluang terakhir menambah pengundi jika PRU 13 berlangsung tahun depan seperti diramal.

Jangan tuduh penulis tak sokong program tarbiyah untuk menang kerana turun rumah ke rumah ahli jamaah inilah praktikal kepada tarbiyah yang kita terima. Mengapa penulis kata begitu? Kerana ramai yang segan, malas, pentingkan kerja lain walaupun dah dapat tarbiyah.

Jangan tuduh penulis tak sokong program kebajikan untuk menang kerana turun ke rumah ahli dan penyokong pun adalah ziarah kebajikan. Berapa ramai ahli yang sakit, yang susah, yang perlu sumbangan tetapi jamaah kawasan tak ambil tahu kerana alasan tidak tahu atau tidak ada peruntukan. Inilah masanya kita bantu ahli dan penyokong yang memerlukan sumbangan.

Jangan tuduh penulis tak sokong pemantapan cawangan untuk menang kerana program sebeginilah yang akan mengaktifkan cawangan. Cawangan yang jarang buat mesyuarat pun jadi aktif sama2 cari rumah ahli dan penyokong untuk pimpinan kawasan turun. Ini lebih baik daripada bercakap nak aktif cawangan tapi cawangan mesyuarat hanya sekali setahun.

Jamaah kawasan yang belum buat program ini tentu akan mendapat jawapan dari cawangan, bila minta cawangan cari pengundi baru. " Dah cari dah, habis semua dah daftar"

Tapi bila buat program ini, jamaah kawasan akan dapat jawapan bahawa itu hanya alasan cawangan melepaskan diri.

Sebulan terakhir ini bukan masa nak berkempen nak jadi calon atau berkempen nak jadi Yang Dipertua. Daripada buat perangai buruk Umno itu, baik tambah pahala bantu kawasan turun cari pengundi baru.

Turunkan semua ego sebagai pimpinan besar di pusat ka, negeri ka atau kawasan untuk bersama2 ke rumah ahli. Ahli akan seronok rasa berbangga jika YDP, TYDP , NYDP, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat naik ke rumah mereka yang sebelum ini tak biasa2 naik.

Semua ini perlukan kesungguhan dan keikhlasan pimpinan kawasan. Penulis sungguh rasa terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan seorang pimpinan tinggi dalam kawasan penulis.

Walaupun tahu tidak dipilih sebagai calon , langsung tidak lemahkan semangat untuk ketuai usaha turun ke rumah ahli.

Apabila ditanya berkenaan calon. Jawapannya " Tak da nama pun tak pa. yang penting adalah kemenangan dan bagaimana nak urus kemenangan".

Dia tidak ada rasa kecewa seperti sesetengah pimpinan yang tidak dicalonkan. Ada pimpinan yang tidak dicalonkan mula tuduh orang dengki dekat dia dan macam2.

Penulis harap sebulan terakhir ini , jamaah di kawasan dapat laksanakan usaha ini kerana sudah terbukti jamaah kawasan yang laksanakan program ini mendapat pengundi baru anak ahli dan penyokong berlipat kali ganda.

Wassalam

tulahan

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tutup love bite dengan tudung?

Posted: 02 Dec 2010 02:00 AM PST


Belum pun ditayangkan, Aku Masih Dara, arahan Ahmad Idham, sudah mencipta kontroversi. Ini kerana terdapat beberapa dialog yang agak sensitif dan boleh mengundang prejudis terhadap segelintir pihak.

Paling ketara, apabila ada babak yang mengaitkan isu love bite dan bertudung. Diana Amir menerusi watak Hani dengan selamba berkata, kebanyakan remaja sekarang memakai tudung untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.

Secara ironi, isu itu pastinya akan menyentuh sensitiviti wanita yang bertudung, apatah lagi ia melibatkan pegangan agama. Bagaimanapun, bagi Idham, babak itu seharusnya dilihat secara positif kerana ia adalah realiti kehidupan remaja sekarang.

Jelas Idham, dari sudut mesej dan pengajaran, babak itu sebenarnya mengingatkan remaja supaya jangan menggunakan tudung untuk menutup kesilapan mereka.

"Saya buat filem ini berdasarkan research. Kalau anda tak percaya, anda pun boleh mengkaji perkara ini dengan mendekati golongan ini. Kalau tidak pun, layarilah laman sosial atau Facebook mereka. Kebanyakan dialog yang saya gunakan pun dari golongan ini sendiri.

"Saya sedar, apa yang saya buat ini akan mengguris hati segelintir pihak, namun sebagai film maker, saya harus ketepikan perkara ini. Saya tidak mahu kelirukan penonton. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, inilah yang harus saya paparkan," kata Idham yang ditemui selepas pratonton Aku Masih Dara di e@curve, Damansara Utama.

Pengarah prolifik ini juga tidak menafikan, pemilihan tajuk yang berbaur kontroversi seperti Aku Masih Dara sebagai strategi untuk menarik penonton ke pawagam.

Sesuai dengan judulnya, Aku Masih Dara mengisahkan kehidupan remaja zaman sekarang yang semakin menjadi-jadi dengan pergaulan bebas, seks rambang, parti liar dan penyalahgunaan dadah.

"Saya dapat idea untuk menghasilkan filem ini pun setelah saya berkunjung ke sebuah kelab hiburan dan ketika itu saya terkejut melihat remaja sekarang yang begitu berani menari di celah-celah tiang dengan pakaian yang sangat dahsyat. Paling sedih bila memikirkan mereka inilah kaum Melayu.

"Atas rasa tanggungjawab sosial, saya harus menghasilkan filem sebegini untuk menyedarkan mereka. Dalam filem ini, saya turut menyelitkan elemen dakwah, tetapi tidak terlalu berat agar dapat diterima remaja sekarang," jelas Idham.

Aku Masih Dara mengisahkan tiga sahabat, Aleesya (Yana Shamsudin), Hani (Diana Amir) dan Sofea (Raja Farah) yang gemar berparti. Walaupun dari latar keluarga yang berbeza, namun hubungan mereka sangat akrab sehinggalah kehadiran sepupu Aleesya, Firdaus (Ashraf Muslim).

Sikap Firdaus yang warak membuatkan Sofea tersedar daripada dunia keseronokan dan berubah menjadi wanita muslimah. Namun ia tidak disukai oleh Aleesya dan Hani. Mereka menganggap Sofea hanya berpura-pura dan hanya mahu mengambil kesempatan ke atas Firdaus.

Sepanjang Sofea mendalami ilmu agama, Aleesya mula semakin berani dan mengikut Hani ke sebuah parti liar. Di situ jugalah dia kehilangan 'mahkota' kepada Zachery (Farid Kamil), pengedar dadah.

Kerana rasa bersalah kepada orang tuanya, Alessya nekad untuk berkahwin dengan Firdaus demi menutup keaibannya. Ketika itu juga dia meminta agar Sofea meninggalkan Firdaus.

Ingin tahu apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan Aku Masih Dara di pawagam bermula 16 Disember ini.

SH


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Selamatkan Bangsa Dengan Islam

Posted: 01 Dec 2010 11:00 PM PST



MARANG: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa bukan sahaja amalan ibadat yang tidak menepati ajaran Islam ditolak, bahkan termasuk juga dalam urusan kehidupan diri, berkeluarga dan memerintah negara.

Katanya, segala amalan yang tidak menepati ajaran Islam akan ditolak serta termasuk di kalangan yang menderhakai Allah SWT dan Rasulullah SAW.

"Menderhakai Allah dan RasulNya juga bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji. Tetapi termasuk juga dalam perkara maksiat besar, menderhakai Allah dan Rasul.

"Apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya.

"Begitu juga mentadbir dan memerintah negara tidak mengikut hukum Allah dan Rasul SAW," ujarnya ketika menyampaikan khutbah Aidilahda di Masjid Rusila, Marang, 16 November lalu.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, Allah SWT memerintahkan Nabi SAW yang kasih kepada keluarga dan bangsanya memulakan dakwah menyelamatkan mereka dengan Islam.

Katanya, Islam tidak terikat dengan semangat bangsa dan keluarga kerana Islam menjadi bahtera serta wadah perjuangan hidup yang menjadi jambatan menuju ke hari akhirat.

Menurutnya, perasaan kasih kepada keluarga dan bangsa hendaklah dengan cara menyelamatkan mereka dengan Islam.

Bukannya, kata beliau menjadikan bangsa sebagai aqidah perjuangan yang disamakan dengan kepercayaan kepada Islam.

Dato' Seri Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam agar berpegang kepada politik Islam yang tidak memisahkan dengan agama.

Ini kerana, katanya musuh-musuh Islam menggunakan senjata lama dengan meniupkan semangat bangsa bagi memisahkan politik daripada agama Islam.

"Hari ini kita melihat tanda-tanda kesedaran kembali semula kepada Islam, sehingga berlakunya seruan kebangkitan semula umat Islam.

"Maka, musuh-musuh Islam sekali lagi menggunakan senjata lama yang menjatuhkan kerajaan Islam.dengan menyebarkan semula ajaran memisahkan politik daripada agama Islam dan meniupkan semangat bangsa menjadi aqidah perjuangan.

"Kejatuhan kerajaan Islam yang hebat suatu ketika dahulu kerana mereka meninggalkan politik Islam dan cara hidup Islam dan menganut fahaman kebangsaan masing-masing," tegasnya.

Menurutnya, semangat ibadat haji dan hari raya Aidiladha perlu dihidupkan dengan semangat menyelamatkan bangsa dengan Islam.

Bahkan, katanya menyatukan umat dengan Islam serta memperkasakan umat dengan mendirikan semula kerajaan Islam mengikut cara al-Quran dan petunjuk Rasulullah SAW.

Selesai menunaikan solat sunat Aidladha, Ustaz Abdul Hadi melakukan penyembelihan qurban sebanyak lapan ekor lembu di Rusila, Marang.

Manakala, sebelah petangnya beliau menyembelih seekor lembu besar yang berharga RM11,200 seekor di Taman Safiah Murni, Bukit Payung, Marang.

BO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pilihan raya umum tergempar Mac depan?

Posted: 01 Dec 2010 08:00 PM PST


KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum tergempar sekitar Mac depan ekoran keputusan Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, beliau sebenarnya telah menjangkakan pilihan raya umum lebih awal ekoran perkembangan sejak kebelakangan ini.

Pilihan raya umum terakhi diadakan Mac 2008 dan mandat ini hanya akan berakhir Mei 2013.

"Saya telah meramalkan pilihan raya umum awal. Tetapi penangguhan menunjukkan Umno hanya bagus untuk menyerang PKR," kata Anwar (gambar) kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Anwar juga mendakwa Umno tidak pernah berani mengadakan pemilihan parti kerana tidak cukup kuat untuk berhadapan dengan perwakilan mereka.

Umno sepatutnya mengadakan pemilihan pertama tahun depan selepas pindaan perlembagaan tahun lalu.

Ketua Pembangkang itu juga menggesa Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) patut menyatakan tarikh awal mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, Mac atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan... saya letakkan persoalan ini dan cabar perdana menteri kerana sudah ada petanda bahawa beliau mahukan pilihan raya umum lebih awal," katanya.

Dengan merujuk kepada kecaman Umno-BN mengenai kekecohan dan kelemahan mengadakan pemilihan secara langsung yang pertama baru-baru ini, Anwar menambah, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, Najib mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Malam tadi, Najib berkata Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat – pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan bagi mengelakkan 2011 berubah menjadi tahun "medan pergelutan politik".

Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katan Presiden Umno ini.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nizar: Rosmah perlu berpakaian secara Islam

Posted: 01 Dec 2010 05:00 PM PST


Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.

Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.

Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.

Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.

Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.

Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.

Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.

Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.

Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.

MK


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: