D'Perbatasan |
- Lupakah kita tentang ini?
- Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura
- Rakyat Berhak Dapat Penjelasan Jika Caruman PERKESO Dinaikkan
- Adun Umno Guna Bomoh Masuk Dewan
- Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat
- Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno
- Pejuang Ketuanan Melayu Khianati Bahasa Kebangsaan
- TPM Cina Lebih Baik Kerana Hormat Perlembagaan
- Jangan Larang, Tetapi Bimbing Orang Baca Quran
- Anwar Cabar Najib Umum Tarikh PRU-13 Lebih Awal (Klip Video)
- Umno BN Sakit Teruk, Tiada Harapan Pulih
Posted: 02 Dec 2010 05:59 AM PST Perasankah kita mengapa isu Ketuanan Melayu di"sensasikan "oleh media barua UMNO dan pimpinan UMNO ? Semuanya hanya untuk mengalih perhatian rakyat terutama orang Melayu tentang kenaikkan minyak RON97 sebanyak 15 sen. Isu Ketuanan Melayu akan "berkumandang" setiap hari hingga orang Melayu lupa berkenaan kerajaan BN pimpinan UMNO naikkan harga minyak. Dan seterusnya harga barang secara automatiknya akan naik. Selepas itu media barua UMNO akan petik kenyataan Menteri UMNO memohon peniaga agar jangan naikkan harga barang sambil akan bertindak jika ianya berlaku. Tanda prihatinnya terhadap penderitaan golongan Melayu yang marhein. Inilah rutin harian yang bakal di "dendangkan" oleh UMNO buat umat Melayu. Kempen ini dinamakan "tembak satu peluru, kena dua sekaligus". Sasarannya ialah Anwar Ibrahim dan orang Melayu. Isu Ketuanan Melayu di"panaskan" setiap hari agar orang Melayu benci kepada Anwar. PRU ke 13 akan diadakan setelah UMNO melihat kempen jahat mereka berjaya iaitu orang Melayu menolak Anwar dan PR. Jika tidak juga berhasil, pelan B dilaksanakan. Hantar Anwar ke Penjara Kajang. Selesai masalah! Yang pasti nampak hasilnya sekarang ialah orang Melayu sudah lupa dengan kenaikan harga minyak bahkan seolah-olah orang Melayu "selesa" pula dengan keadaan itu! Memang kita bangsa yang cepat lupa. Dari : Tok Pepijat |
Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura Posted: 02 Dec 2010 05:56 AM PST Sekiranya rakyat Selangor terus berdiam diri dan membenarkan diri diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura. Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan. "Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura," kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam. Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh kerajaan persekutuan dan syarikat kroninya, SYABAS dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan. Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan dari penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang. "Saya bagitahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO SYABAS, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda dari gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong. Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu. Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun. Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu untuk meraih keuntungan berlipat ganda. "Hebat tidak hebat SYABAS ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di SYABAS," kata beliau. Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini. "Polis menangkap orang di kawasan masjd bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram kerana hendak sampaikan hasrat penduduk di negeri Selangor," tambah Mohamad lagi. Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat. "Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-Barisan Nasional menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,"katanya. Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, SYABAS menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan. Malah SYABAS juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu. "Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk hendak ugur rakyat negeri Selangor. Kata kalau kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan Rakyat tidak," tambahnya lagi. |
Rakyat Berhak Dapat Penjelasan Jika Caruman PERKESO Dinaikkan Posted: 02 Dec 2010 05:52 AM PST Rakyat bergelar pekerja harus mendapat penjelasan sewajarnya sekiranya benar kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan cadangan agar kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dinaikkan dalam tempoh dua tahun akan datang. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pendekatan tersebut penting kerana ketiga-tiga pihak yang terbabit, iaitu pekerja, majikan dan pemerintah, mempunyai pengetahuan yang jelas tentang hal tersebut. "Kalau ia benar-benar serius, maka perkara ini harus diberi perhatian. "Biasanya hal-hal yang menyentuh tentang kepentingan pekerja ini, pandangan pihak-pihak yang berkenaan patut juga diambil," kata Syed Shahir, mengulaskenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menaikkan kadar caruman PERKESO. Menurut Subramaniam, cadangan menaikkan kadar caruman tersebut berpunca daripada nilai pampasan yang dibayar pertubuhan itu kepada golongan pekerja yang meningkat setiap tahun. Pada 2009 PERKESO terpaksa memperuntukkan sehingga RM1.4 bilion sebagai pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan berbanding kutipannya hanyalah sekitar RM1.8 bilion setahun. Justeru menurut Syed Shahir, hal itulah yang perlu dijelaskan dan ia mestilah didatangkan dalam bentuk fakta mahupun kiraan yang tepat dan telus daripada pihak yang bertanggungjawab. "Pihak pekerja harus ditanya pandangannya, kalau hendak naik ini, naik macam mana, apa kesannya itu yang pertama. "Kalau sepertimana yang disebut, sekiranya caruman itu kurang daripada apa yang telah dibayar kepada pencarum atau pekerja yang mendapat kecelakaan atau kemalangan, orang ramai hendak tahu berapa yang telah dipungut dan berapa yang telah dibayar untuk kita membuat justifikasi kenapa kenaikan ini diperlukan," tambahnya lagi. Walaupun menurut Subramaniam, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikan kadar caruman itu tersebut pada tahun ini, namun perkara ini harus diberi perhatian serius bermula sekarang, kata Syed Shahir. Ia bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku kerana umum mengetahui PERKESO turut terlibat dalam pelaburan hartanah dan boleh mendatangkan pelbagai spekulasi di kemudian hari. "Kita juga maklum, PERKESO atau SOCSO ini turut melabur dalam hartanah. Kita dapati misalnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PERKESO mempunyai bangunan-bangunan yang dibina dengan duit inilah (caruman pekerja). "Jadilah tentulah dengan pelaburan ini ada perkiraan yang mana akan mendatangkan hasil kepada PERKESO sendiri. "Jadi perlu diingatkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial ini dibina atau dibentuk untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja yang disebut sebagai orang yang diansurankan. Atas dasar itu ia bukanlah badan untuk membuat keuntungan," tegas Syed Shahir lagi. Untuk rekod, tahun lalu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) telah mendakwa 160 majikan yang didapati gagal menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat. Sementara kemalangan jalan raya membabitkan pekerja pula, menunjukkan sebanyak 55,186 kemalangan berlaku sepanjang tahun lepas. Daripada jumlah itu, sebilangan besar adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sewaktu pergi dan balik kerja. |
Adun Umno Guna Bomoh Masuk Dewan Posted: 02 Dec 2010 05:47 AM PST Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong Drs Khalil Idham Lim akan dirujuk ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan selepas membangkitkan isu membawa masuk bomoh ke dalam bangunan itu pada sesi persidangan dun itu, tahun lepas. Drs Khalil dalam 'twitter'nya menulis beliau akan dirujuk ke jawatankuasa tersebut selepas Adun Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid mendesak beliau mendedahkan nama Adun Umno-Barisan Nasional(BN) yang dimaksudkannya itu. "Tujuan saya membangkitkan isu bomoh bukan untuk memalukan sesiapa tetapi untuk menyatakan hal terlarang itu adalah tidak betul. "Sebab itu, bila didesak untuk menyebut nama adun berkenaan, saya tidak sebut. "Saya akan sebut bila jawatankuasa itu memanggil saya nanti. "Saya juga bertanggungjawab dengan kenyataan yang diberikan berkaitan bomoh dan saya ada bukti jelas bila dipanggil nanti," ujar beliau. |
Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat Posted: 02 Dec 2010 12:47 AM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'. Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno. Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. "Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. "Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya. Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. "Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya. Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. "Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. "Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya. Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat. Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. "Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. "Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya. Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. |
Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno Posted: 02 Dec 2010 12:37 AM PST Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'. Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail membidas tindakan tersebut dengan berkata badan itu telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu. "Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya. "Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had. "Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno. "Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu," kata Azan (gambar kanan). Tambah beliau Perkasa kini diwakili oleh seorang 'budak' yang mempunyai pemikiran tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu menganggapnya sebagai biadap. "Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu. "Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik, tidak gunakan akal yang dikurniakan Allah," tegas beliau. Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang 'budak' yang baru hendak memahami tentang ilmu politik dan bukan seorang terpelajar dan berkedudukan tinggi dalam bidang ilmu. "Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang rendah seluruh institusi Perkasa dan meletakkan taraf seperti orang ini," ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam. |
Pejuang Ketuanan Melayu Khianati Bahasa Kebangsaan Posted: 02 Dec 2010 12:28 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas parti 'Ketuanan Melayu'(Umno) kerana mengkhianati perjuangan memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata dalam kerakusan Malaysia mengejar ekonomi sejagat menyaksikan Umno memandang kecil Bahasa Melayu sebagai tunjang bangsa Malaysia. Anwar berkata pejuang-pejuang 'Ketuanan Melayu' dalam Dewan Rakyat tidak mempunyai iltizam untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. "Kononnya kita mengagungkan bahasa kita, tetapi kita menghinanya kerana mengganggap bahasa Melayu terlalu lemah untuk matapelajaran matematik dan sains,"Anwar berkata demikian dalam ucapannya berkenaan penambahbaik kurikulum pendidikan negara. Turut mendapat perhatian Anwar adalah matapelajaran Sejarah, yang enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang-pejuang Melayu bukan Umno. "Mengapa kita enggan mengiktiraf sumbangan dan perjuangan pejuang Melayu seperti Burhanuddin al-Helmy?"tanya Anwar. Keadaan di Dewan Rakyat bagaimanapun tegang selepas Ahli Parlimen Pasir Salak bangkit menyanggah ucapan Ketua Pembangkang. Ahli Parlimen itu membidas ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam bahasa Inggeris. Peratusan keciciran anak Malaysia dari arus pendidikan perdana berada di paras mencemaskan. Dalam perbahasan itu juga, Anwar mendedahkan Laporan Pembangunan Manusia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan peratusan anak Malaysia ke sekolah menengah sekecil 69.1 peratus sahaja, di belakang Indonesia 75.5 peratus, Filipina 81.4 peratus, Turki 82 peratus dan Sri Lanka 87 peratus. Ketua Pembangkang itu melahir kan rasa bimbang kerana ia menunjukkan bahawa ramai anak Melayu yang tercicir dari persekolahan. Anwar menggesa kurikulum sekolah ditambah-baik, dan langkah-langkah diambil bagi menangani kegelinciran ini. Laporan PBB boleh didapati di sini http://hdr.undp.org/en/reports/global/hdr2010/chapters/ |
TPM Cina Lebih Baik Kerana Hormat Perlembagaan Posted: 02 Dec 2010 12:22 AM PST Lebih baik mempunyai Perdana Menteri dan Timbalannya yang Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya, ujar pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari lapor Malaysiakini. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa(UIA) itu juga mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi 'menghapuskan kuasa Agong'. Ini ujarnya, menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong". "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad). "(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz. Anwar dalam satu temu bual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya. "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz. "Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru. "Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri." Aziz juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara. |
Jangan Larang, Tetapi Bimbing Orang Baca Quran Posted: 01 Dec 2010 07:54 PM PST SAYA tidak dengar dengan telinga sendiri bagaimana seorang perwakilan dalam kongres PKR beberapa hari lalu telah mentafsir ayat Quran di dalam ucapan atau perbahasannya. Tidak tahu ayat berapa dan dalam surat apa ayat yang digunapakaikan itu. Tetapi nampaknya perbuatan perwakilan itu sudah dijadikan isu oleh pihak tertentu. Disebabkan saya tidak mendengar sendiri dari konteks bagaimana ayat Quran itu digunakan, maka tidak dapat saya nak mengulas atau memberi pandangan saya berhubungan tindakan berkenaan. Kalau berdasarkan ulasan pihak tertentu yang anti PKR membayangkan tindakan perwakilan itu satu kesalahan besar. Ia seolah-olah seperti menghina kesucian ayat-ayat Quran dan satu perbuatan tidak patut. Ia dilihat kotor dan hina lebih hina dan kotor daripada melihat lelaki Islam berganding tangan dengan pelacuran di sekitar ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Cuma biarlah saya menganggap apa yang dilaporkan itu benar - bahawa perwakilan berbangsa India itu menggunakan ayat Quran sebagai mengukuhkan hujah ataupun perbahasannya. Benar dia membaca tafdsiran Quran untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada para perwakilan. Sebelum ini seorang pemimpin DAP di Perak pernah menggunakan atau membaca ayat Quran di dalam ceramahnya. Tindakan itu dikecam oleh para agamawan bersongkok mereng dan juga memakai serban merah. Katanya tindakan itu tidak patut dan penghinaan kepada Islam. Maka pemimpin DAP itu direjam dengan seribu kata-kata nesta siang dan malam termasuk oleh seorang mufti. Saya sendiri mengkritik tindakan pemimpin DAP itu. Bagaimana pun Tok Guru Nik Aziz menyatakan ia bukan kesalahan, malahan tindakan itu satu perkara yang harus dipuji. Beliau lalu memperli kalau Umno tidak mahu pakai ayat Quran, sebab itulah DAP baca ayat Quran. Saya merasakan kurang wajar pemimpin DAP itu membaca ayat Quran apa lagi yang mendengarnya orang Melayu. Ketidakwajaran ini bukan kerana Quran itu dikhaskan kepada orang Islam sahaja, malahan kepada seluruh manusia dan makhluk atas muka ini, tetapi tidak wajar kerana yang membaca itu bukan Islam. Bahasan ini berdasarkan kepada pendapat sesetengah ulama yang menghalang seseorang yang tidak berwujud untuk menjamah al Quran. Jadi kalau hanya menjamah memerlukan wuduk apa lagi membaca maka lebih-lebih memerlukan wuduk! Tidak mustahil kalau pemimpin DAP itu mempunyai wuduk sebelum membacanya? Dia masih berlum beriman kepada Allah. Jadi adalah songsang orang yang tidak beriman mempercayai kitab Allah tetapi tiba-tiba memperakui ayat-ayat-Nya. Ini dikatakan songsang. Perbuatan pemimpin DAP itu sama lah orang yang tidak memakan pisang (makanan) tetapi mengatakan pisang sedap ataupun boleh mengenyangkan. Kita faham ia digunakan untuk mempengaruhi pendengar dan bukan ikhlas. Perbuatan itu adalah memperolok-olokkan ayat Quran dan samalah sifatnya dengan orang yang membaca tetapi tidak beriman. Perbuatan seperti itu tidak sah. Sah di sini bermaksud tidak mempunyai keberkatan. Ayat-ayat itu akan berkat sekiranya yang membaca itu memahami isi kandungan Quran dan dia seorang muslim. Quran adalah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Ia sesuatu yang suci. Kalau Quran itu diperolok-olokkan atau dipermainkan maka kesucian itu akan tercabar. Di sinilah perbuatan seseorang yang memperolokkan Quran dikesali umat Islam kerana ia mencemari kesucian Quran. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam membaca Quran termasuk tafsir dan terjemahan leteral kalau sekadar untuk pengetahuannya. Bacalah. Tetapi kalau ia cuba mengangkat apa yang dibaca itu untuk orang ramai apa lagi orang Islam ia tidak begitu baik. Perbuatan itu umpama orang yang ingin menjadi guru tetapi dia sendiri tidak pernah memasuki maktab perguruan. Berbalik kepada perwakilan PKR dan juga perbuatan pemimpin DAP yang membaca ayat-ayat Quran itu, ia tidak salah kalau mereka baca untuk diri mereka sendiri. Untuk mereka mengetahui akan kehebatan mukjizat Muhammad itu. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian hati mereka akan terbuka dan mendapat taufik dan hidayah dari Allah. Adapun orang yang mengecam dan menentang perbuatan mereka itu juga keterlaluan. Mereka seharusnya bukan melarang keras sebaliknya memberi pendidikan dan pengajaran kepada mereka. Bimbing mereka. Beritahu perbuatan mereka itu kurang sopan dan jangan melarang mereka mendekati dan menjamah Quran. Sesungguhnya mereka yang melarang orang bukan Islam dari membaca tafsiran Quran itu lebih buruk dan jelek dari perwakilan PKR dan pemimpin DAP itu sendiri. Sebagai orang Islam sepatutnya merasa bangga apabila ada orang bukan Islam cuba berjinak-jinak dengan kitabullah itu dan bukan mempertikaikan penuh emosi dan kebencian. Bukankah salah satu komponen dalam Islam itu akhlak? Oleh Mohd Sayuti Omar |
Anwar Cabar Najib Umum Tarikh PRU-13 Lebih Awal (Klip Video) Posted: 01 Dec 2010 07:33 PM PST |
Umno BN Sakit Teruk, Tiada Harapan Pulih Posted: 01 Dec 2010 07:21 PM PST Isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh media massa merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Demikian penegasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu berkenaan. "Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. "Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan. Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara tersebut. Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik Umno. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa Umno dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik Umno sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya. Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup! -Harakahdaily.net |
You are subscribed to email updates from D'Perbatasan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan