Kelab Greenboc |
- Boss Minta Cari "Ayam" Yang Harum Dan Bersih
- Merayakan Tahun Baru?
- Suami Saman HUSM 8 juta - Doktor Tertinggal Kain Kapas Dalam Rahim Akibatkan Kematian Isteri
- Pemberian Tender Tak Ikut Peraturan - Mahfuz Letak Jawatan
- Gambar Cium Pengacara 8TV Quiky Kaitkannya Dengan Lesbian
- Perlantikan Khusrin Untuk Bubar DUN Selangor - Khalid Samad
- [Bergambar] Kepulangan Pemain Malaysia Disambut Meriah
- [Bergambar] Menakjubkan - Formasi Alam Tampak Seperti Buatan Manusia
- Siapa Yang "Sampai Hati" Sebenarnya? Ameng Atau A.Aida?
- Indon Dan Bangla Di Malaysia Tumpang Gembira Malaysia Juara Piala AFF Suzuki
- Keputusan MTUC: Petanda Rakyat Mula Tolak PKR?
- [Video] Khairul Fahmi Wajar Diberi Penghargaan
Boss Minta Cari "Ayam" Yang Harum Dan Bersih Posted: 31 Dec 2010 01:00 AM PST Kegiatan menawar perkhidmatan seks kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan itu dipercayai dilakukan oleh wanita persendirian yang tidak terikat dengan mana-mana bapa ayam atau bekerja di pusat hiburan dan hotel tertentu di Kunak. Illustrasi hiasan Pelacur persendirian biasanya menjalankan kegiatan mereka apabila diperlukan oleh orang tertentu yang memerlukan khidmat seks daripada mereka. Perkara ini didedahkan oleh seorang sumber yang memberitahu Sabahkini.net baru-baru ini mengenai seorang lelaki (Tauke) yang memiliki sebuah syarikat kontraktor. Mengenali tauke itu sejak dulu, Boss kontraktor itu meminta pertolongan daripada sumber untuk mencari seorang wanita yang boleh menawarkan khidmat seks kepadanya. Tauke itu juga dikatakan sanggup memberi RM1 ribu sebagai upah kepada sumber jika ada wanita yang dapat bersamanya untuk melakukan seks. "Saya disuruh cari ayam yang harum dan bersih. Kalau dapat mahu dibawakan itu Boss. Dia mahu pakai ayam. Tapi yang bersih dan harum," kata sumber berkenaan yang menyebut tauke itu sebagai panggilan manja 'Boss'. Sumber yang mengenali tauke itu bukannya bekerja dengan Boss berkenaan tetapi telah terserempak dengan tauke itu sebelum ini. "Saya tidak berani ambil wang yang diberi oleh tauke itu sebagai upah mencari pelacur persendirian, walau saya tahu ada wanita yang menawarkan seks di sini dengan bayaran serendah RM15 sekali servis," kata sumber itu lagi. Beliau berkata, tauke yang dimaksudkan itu memerlukan ayam yang 'bersih dan harum'. "Dia mahu ayam bersih dan harum. Yang pandai mengurut juga", kata sumber berkenaan. -sabahkini |
Posted: 30 Dec 2010 11:38 PM PST Esok, tahun 2010 akan pergi, dan tahun 2011 akan menjelang. Ini tahun baru Masehi, tentu saja, kerana tahun baru Hijrah telah terjadi lebih tiga minggu yang lalu. Bagi kita orang Islam, ada apa dengan tahun baru Masehi? Bagi sesetengah orang penghujung tahun dan hari pertama tahun baru masehi merupakan momen yang sangat berharga. Mereka pun menyiapkan segala sesuatu, dengan berbagai macam pesta untuk menyambut tahun baru. Di nagara kita, saat malam pergantian tahun baru masehi, para muda-mudi biasanya menggelar berbagai pesta. Di antara mereka ada yang bergadang larut malam untuk menunggu jam 12.00 tiba. Apabila waktunya telah tiba, mereka bergembira dan dengan serentak meniup terompet dan berpesta bunga api. Mat-mat rempit motor pun dimulai dengan menarik gas sepenuhnya disertai jeritan yang memekakkan telinga. Pada hari pertama tahun masehi, mereka menghadiri panggung-panggung hiburan konsert muzik yang digelar di berbagai tempat di alun-alun, di pentas-pentas, maupun di tempat-tempat rekreasi, dan bilik-bilk sunyi lainnya. Campur baur antara muda-mudi, bergandengan tangan dengan yang bukan muhrim (yang memang telah direncanakan sebelumnya oleh pasangan muda-mudi tersebut), gelak tawa dan canda, malah tak kurang berbagai minuman dasyat menjadi teman akrab yang sentiasa menyertai mereka. Television, radio, dan para pemilik pusat perbelanjaan tidak mau ketinggalan dari ikut serta memeriahkan tahun baru. Berbagai promosi besar-besaran diadakan dalam rangka tahun baru masehi. Begitu meriah acara yang digelar oleh mereka untuk menyambut kedatangan tahun baru masehi tersebut, sehingga membuat kebanyakan orang terbuai, tidak sadar ikut hanyut terbawa arus. Mereka tidak melihat berbagai macam dilema keagamaan, sosial, dan masyarakat yang timbul karenanya. Mereka tidak tahu bahwa perayaan tahun baru tidak ada tuntunannya dari Rasulullah. Semua itu hanyalah sebuah pemborosan, membuang-buang harta untuk hal yang sia-sia dan tidak ada manfaatnya sama sekali. Fenomena seperti ini merupakan realiti kehidupan yang senantiasa berulang setiap pergantian tahun. Bahkan dari tahun ke tahun makin bertambah semarak dan makin tidak terkendalikan arusnya. Tahun ini, wallahu a'lam apakah yang akan terjadi dan mewarnai awal tahun baru masehi di negeri kita ini. Seorang muslim yang memiliki kecemburuan besar terhadap agamanya, tentu tidak setuju dengan semua itu, dan tentu tidak setuju bila hal itu sampai terjadi di tengah keluarga kita. Kita semua harus tahu bahwa pergantian tahun merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah yang tiada tara, yang hanya difahami oleh orang-orang yang berakal yang memikirkan tanda-tanda kekuasaan-Nya, sebagaimana firman-Nya (yang artinya): "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka'".(QS.Ali Imron[3]:190-191) Perayaan tahun baru di beberapa negara terkait erat dengan keagamaan atau kepercayaan mereka terhadap para dewa. Menurut orang Kristian, tahun baru masehi dikaitkan dengan Isa al-Masih, sehingga agama Kristian sering disebut sebagai agama masehi. Jika seorang muslim telah memahami hal ini, maka tentu ia akan memahami bahwa bagi kaum Nasrani, merayakan tahun baru merupakan peribadatan. Sehingga apabila seorang muslim ikut-ikutan merayakan tahun baru maka boleh dibilang kerana kebodohannya terhadap agamanya sebab ia telah menyerupai orang lain yang menentang Allah dan Rasul-Nya. Ingkarilah kemungkaran kerana kemungkaran merupakan jalan menuju petaka. Begitu bahayanya akibat dari kemungkaran, maka seorang muslim harus berusaha sekuat tenaga untuk mencegah dan mengingkari kemungkaran-kemungkaran yang ada sebatas kemampuannya, walau hanya dengan hati. Rasulullah bersabda, "Barang siapa di antaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia merubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasaannya) ; jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya (menasihatinya) ; dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya (merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman" (HR. Muslim) Makin bertambah usia seorang muslim seharusnya makin ia sadar akan memanfaatkan waktu dengan mengerjakan sesuatu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat serta menjauhkan dirinya dari sesuatu yang membahayakan. Hendaklah kita mengingat masa penangguhan hidup kita di dunia. Ketika seorang muslim memasuki tahun baru, ia akan ingat bahwa berarti ia makin mendekati akhir masa penangguhan hidup di dunia ini. Bila senantiasa mengingat hal ini, maka kita pun akan semakin bersemangat mencari bekal untuk mendapatkan kebahagiaan ukhrowi (akhirat) yang kekal abadi. Berbahagialah dengan keislaman kita. Agama kita berbeda dengan agama lain, sehingga dilarang menyerupai orang kafir, terlebih lagi mengikuti cara beragamanya kaum kafir. Oleh kerana itu, hendaknya setiap muslim meninggalkan perayaan tahun baru. Sebaiknya kita menghidupkan penanggalan Islam dalam rangka meninggikan syi'ar dan izzah Islam serta kaum muslimin. Selain itu, hendaknya kita mengingat kebesaran dan keagungan-Nya sehingga akan menambah rasa takut, cinta dan berharap akan ridha-Nya. Bagi kita, orang Islam, merayakan tahun baru Masehi, tentu saja akan semakin ikut arus dalam menghapus jejak-jejak sejarah Islam yang hebat. Sementara beberapa minggu yang lalu, kita semua sudah melewati tahun baru Muharram, dengan sepi tanpa gemuruh apapun. |
Suami Saman HUSM 8 juta - Doktor Tertinggal Kain Kapas Dalam Rahim Akibatkan Kematian Isteri Posted: 30 Dec 2010 11:00 PM PST HUSM disaman RM8j didakwa jadi punca kematian isteri MUSA (kanan) berbincang bersama Mohd Syukran di Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. KOTA BHARU: Seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam memfailkan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dua yang lain berikutan kematian isterinya di hospital berkenaan selepas melahirkan anaknya, September lalu. Musa Abdul Kadir, 47, diwakili peguam Mohd Syukran Mohd Nordin dari firma Tetuan Rosnelilm Yusoff & Co memfail writ saman di Pendaftar Mahkamah Tinggi, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi. Musa yang juga plaintif pertama turut mewakili empat anaknya Nurnabihah, 7, Noor Muhamad Firdaus Musa, 6, Nur Nabilah, 4 dan Noor Muhamad Faiq, 4 bulan, manakala Dr K Bheena Vyshali sebagai defendan pertama, HUSM dan Universiti Sains Malaysia, masing-masing defendan kedua dan ketiga. Dalam pernyataan tuntutan, Musa mendakwa pada 17 Ogos lalu, isterinya, Aummil Khairi Abdul Razak, 44, dimasukkan ke wad bersalin hospital defendan kedua dan melahirkan seorang bayi lelaki iaitu plaintif kelima secara pembedahan yang dilakukan defendan pertama, di bawah seliaan dan pemerhatian penuh defendan kedua dan ketiga. Bagaimanapun, susulan pembedahan itu, defendan pertama dan kedua secara cuai menjalankan tanggungjawabnya sehingga menyebabkan kematian isteri plaintif pertama, berpunca daripada kegagalan mengeluarkan kain kapas tertinggal dalam rahim. Berikutan itu, isteri plaintif pertama mengalami jangkitan kuman selain kegagalan fungsi organ dalaman selepas melahirkan bayi kira-kira jam 7.03 malam, 17 Ogos lalu di hospital defendan kedua. Bagaimanapun, selepas pembedahan, isteri plaintif pertama kemudiannya mula merasai sakit dalam perutnya selama beberapa hari secara berterusan. Plaintif pertama dan isteri kemudiannya didatangi beberapa doktor termasuk doktor pakar pada 22 Ogos lalu memaklumkan satu pembedahan harus dilakukan terhadap Aummil Khairi selepas mengesyaki doktor yang melakukan pembedahan tertinggal kain kapas dalam rahim. Menerusi x-ray, disahkan terdapat kain kapas dalam rahim yang mana ia dimaklumkan sendiri defendan kedua melalui doktor/pegawai/agennya kepada plaintif pertama dan arwah isterinya. Plaintif pertama turut dimaklumkan kakitangan/agen/pekerja defendan kedua bahawa terdapat beberapa usus terkoyak dan terlekat di dinding perut rahim yang mana ia terpaksa diikat, dijahit dan ditebuk untuk dibuat saluran terus ke bag plastik atau buangan. Susulan pembedahan itu, isteri plaintif pertama koma sehingga meninggal kira-kira jam 8 pagi pada 21 September lalu akibat jangkitan kuman dan kegagalan fungsi organ dalaman serius. Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi kecuaian dalam merawat isteri plaintif pertama semasa dan selepas proses bersalin yang membawa kepada kematian. Akibat kecuaian defendan, plaintif menanggung kesedihan, terkejut, kehilangan orang tersayang dan mengalami kesusahan yang amat sangat sehingga sekarang. -BH |
Pemberian Tender Tak Ikut Peraturan - Mahfuz Letak Jawatan Posted: 30 Dec 2010 08:00 PM PST Mahfuz: Biar Kedah jelaskan mengapa saya letak jawatan KUALA LUMPUR, 30 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar dan pengurusan Kedah Sato Sdn Bhd secara rasmi apabila memutukan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu baru-baru ini. Sehubungan itu kata Mahfuz, keputusannya adalah muktamad dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan negeri untuk mendedahkan sebab beliau berbuat demikian. "Keputusan saya muktamad. Dalam surat itu saya mengatakan bahawa saya meletakkan, saya bukan kata saya pohon mahu berhenti. "Kalau saya pohon bermakna mereka akan mempertimbangkan surat saya, tidak . . . saya sudah letak jawatan, keputusan muktamad," kata beliau sambil menambah, ia berkuat kuasa serta-merta. The Malaysian Insider difahamkan beliau berbuat demikian berkuat kuasa 20 Disember lalu. Ketika ditanya sebab berbuat demikian, Mahfuz berkata, dalam suratnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyebut beliau meletakkan jawatan "atas sebab yang semua orang sudah tahu". Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan sebab-sebabnya. "Terpulang kepada mereka (pengurusan dan kerajaan negeri) mendedahkan sebab mengapa saya memutuskan untuk meletakkan jawatan," kata Mahfuz (gambar) yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. "Saya mahu dengar apa mereka hendak berkata," katanya lagi. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Mahfuz telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato. Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu. Mahfuz berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB). Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum. Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Februari lalu, Azzian menyaksikan majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia dengan Kedah Sato bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling. -TMI
|
Gambar Cium Pengacara 8TV Quiky Kaitkannya Dengan Lesbian Posted: 30 Dec 2010 07:40 PM PST Gambar Cium Tersebar, Julie Woon Beri Penjelasan PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Julie Woon, 26, (gambar) menolak tuduhan kononnya dia mengamalkan hubungan sejenis lesbian berikutan penyebaran gambarnya sedang bercium dengan seorang wanita di internet. Mengaku wanita dalam gambar tersebut adalah dirinya, pengacara 8TV Quicky itu malu dengan penyebaran gambar tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku. "Saya dapat tahu tentang gambar itu daripada rakan saya, Qi dan tak tahu siapa yang menyebarnya. "Apa-apa pun diakui itu adalah saya dan gambar tersebut diambil ketika di zaman sekolah. Ia berlaku secara tidak langsung dan suka-suka sahaja bersama kawan-kawan wanita saya. Di sini saya ingin menegaskan yang saya bukan lesbian. "Kerana gambar itu juga, saya sudah dicop sebagai wanita lesbian dan ramai wanita lesbian yang mula menghantar SMS kepada saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu. Tambah Julie, dia kesal dengan perlakuannya itu dan ia sebagai peringatan untuknya lebih berhati-hati pada masa akan datang. "Saya pun tak tahu apa yang saya fikirkan ketika perkara itu berlaku kerana ia agak melampau walaupun ia sekadar suka-suka sahaja. "Perkara itu membuatkan saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang baik dari segi pemakaian, percakapan serta cara pengambilan gambar kerana sebagai seorang selebriti, masyarakat akan melihat baik buruk saya," jelasnya. Sementara itu, Julie yang telah putus cinta dengan pelakon Blogger Boy, Qi atau Qushairi Razali, pada Mei lalu kini masih lagi belum menemui cintanya. Katanya dia kini ingin fokus dengan karier pengacaraannya dan pada tahun depan, Julie akan aktif berlakon semula. "Saya ada keluar dengan seseorang tetapi belum ke tahap serius lagi. Tapi saya masih berkawan baik dengan Qi. Tambah pula kami merupakan rakan perniagaan bagi syarikat kami, Popcorn Studio bersama seorang lagi rakan kongsi lain. "Memang ada beberapa isu yang membuatkan kami tidak boleh bersama tapi kami mempunyai keserasian dalam berkawan," katanya. -mstar |
Perlantikan Khusrin Untuk Bubar DUN Selangor - Khalid Samad Posted: 30 Dec 2010 06:05 PM PST MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK). Khalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu. Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN. Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut. Khalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009. Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan. Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri. -mk |
[Bergambar] Kepulangan Pemain Malaysia Disambut Meriah Posted: 30 Dec 2010 04:57 PM PST Sambutan Meriah Kepulangan Hero Bola Sepak Negara Gambar: PEMAIN pertahanan negara, Mohd Muslim Ahmad (tengah) dikerumuni penyokong pasukan Harimau Malaya setibanya dari Indonesia . - Foto Yusni Ariffin SEPANG: Ketibaan wira bola sepak negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Khamis, disambut meriah dengan lambaian bendera Jalur Gemilang oleh beratus-ratus peminat dan ahli keluarga. Penyokong yang gembira menjerit mengucapkan tahniah sebaik sahaja pasukan juara Piala Suzuki AFF dan pegawai sukan keluar daripada balai ketibaan. Keghairahan penyokong menyambut kepulangan wira-wira negara menyebabkan tugas polis untuk mengawal keadaan sedikit sukar. Ketibaan pasukan bola sepak negara disambut oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan pegawai-pegawai kanan kementerian. Penyokong yang gembira meraikan kemenangan mengalahkan Indonesia melambaikan Jalur Gemilang dan berbagai kain rentang menyanjungi kehebatan Skuad Harimau mempertahankan maruah negara. Pemain bola sepak tersebut terlebih dahulu diberi sambutan selamat pulang oleh kakitangan KLIA sebelum keluar menemui penyokong. Pada Rabu, pasukan bola sepak negara bimbingan jurulatih K. Rajagopal menjulang trofi kejohanan Piala AFF Suzuki untuk kali pertama selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Pada pagi Khamis, pasukan tersebut mendaftar keluar dari Hotal Sultan di Jakarta selepas 'dikepung' selama tiga hari untuk pulang ke tanah air. kepulangan itu disambut lega oleh Rajagopal dan anak buahnya yang tertekan semasa berdepan dengan sikap segelintir penyokong Indonesia. Kapten pasukan Safiq Rahim menyifatkan perjalanan singkat mereka dari hotel ke Stadium Gelora Bung Karno pada Rabu dengan menainki kenderaan pelindung polis seperti pergi 'berperang'. "Ia pengalaman buat saya dan juga pemain-pemain... seperti pergi berperang. "Bagaimanapun, saya gembira kami dapat mengekalkan fokus kami. Ia adalah pencapaian yang tinggi untuk pasukan muda," katanya. Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal meluahkan rasa bangga dengan pemain pasukannya. "Mereka telah melakukan yang terbaik. Kami mengjangkakan dapat ke peringkat akhir pada kejohanan 2012. Tetapi, mereka telah menunjukkan semangat berjuang untuk turut ke padang dan memenangi piala tersebut," kata Subahan. Pemain tersebut akan berehat sementara sebelum meneruskan permainan pada kejohanan dalam negeri bulan hadapan. -mstar
foto oleh Rosdan Wahid-nst |
[Bergambar] Menakjubkan - Formasi Alam Tampak Seperti Buatan Manusia Posted: 30 Dec 2010 03:37 PM PST Gambar-gambar di bawah ini nanti merupakan hasil karya seni yang ditemui di beberapa bahagaian dunia dan terbentuk dari fenomena alam semesta. Mulai dari ukiran berbentuk wajah hingga raksasa yang sedang terbaring di laut. Menakjubkan, kerana ia seperti diukir manusia, sedangkan ia berlaku dengan proses alam dengan masa yang lama. Namun segala-galanya harus dirujukkan kembali kepada kekuasaan Allah Yang Maha Hebat kerana terciptanya sekalian yang ada adalah dengan kehendakNya juga. FirmanNya: "Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya" (Al Maa'idah / QS. 5:17) 1. Rainbow and kracked Fairy Chimney Pemandangan ekstrim ini berada di Turki bahagian tengah. “Peri Ajaib” disebut-sebut yang membuat tempat indah ini. Bebatuan dan abu vulkanik membantu melindungi pembentukan batu indah ini. Dari “cerobong”-nya nampak pelangi, makin memanjakan mata yang melihatnya. 2. Dead Man – Sleeping Giant Di seberang pantai Ireland, dekat pulau Blasket, terdapat pembentukan alam yang dikenal sebagai The Dead Man atau The Sleeping Giant. Ditambah dengan awan gelap, membuat pembentukan ini mirip raksasa yang sedang tidur di atas lautan. 3. Indian Head, Witch’s Face, Building Blocks, Australian Heart Kiri atas: Alam telah banyak menghasilkan karya seni yang indah dan menakjubkan tanpa bantuan teknologi manusia. Di Colorado, terdapat bebatuan merah yang berbentuk wajah kepala suku Indian Kanan atas: pembentukan bebatuan yang terdapat di sebuah laguna pantai ini berbentuk seperti wajah seorang penyihir, jika dilihat dengan sudut tertentu. Kiri bawah: Di Peru, terdapat pembentukan bebatuan yang terlihat seperti bangunan sejarah “Kota yang Hilang”. Para arkeolog dan geolog telah membuktikan bahwasanya pembentukan indah ini bukanlah buatan tangan manusia, namun hasil karya seni alam. Kanan bawah: pembentukan ini bisa dilihat di Ayers Rock, Aussie. pembentukannya berbentuk hati Uluru merupakan pembentukan bebatuan besar yang disakralkan oleh penduduk Aborigin. 4. Ancient Walls and Building Blocks Di Skotland, terdapat pembentukan bebatuan yang terlihat seperti bangunan balok dan tembok buatan manusia. Angin dan cuacalah yang mengukir bebatuan tersebut selama jutaan tahun lamanya. 5. Giant’s Causeway, The Old Man of the Mountain, Footprint, Stone Forest Kiri atas dan kanan bawah: Bebatuan indah ini terdapat di Ireland Utara. Ini merupakan hasil pemadatan lava vulkanik yang berubah menjadi plato yang kokoh. Terbentuk sekitar 50 juta tahun yang lalu. Kanan atas: Bebatuan berbentuk wajah manusia ini dapat ditemui di White Mountain, New Hampshire. Terbentuk oleh gletser sejak jutaan tahun yang lalu. Kiri tengah: Dekat Gujarat, India, di sebuah kuil yang telah rubuh ditemukan pembentukan bebatuan ini. Teksturnya berbentuk seperti bekas jejak kaki manusia. pembentukan ini telah terbentuk selama ribuan tahun. Kiri bawah: Gambar ini diambil dengan menggunakan satelit. pembentukan bebatuan ini terdapat di Varna, Bulgaria, dan bernama “Pobitite Kamani” yang berarti batu yang dipukulkan ke dalam tanah. pembentukan batu putih ini tercipta oleh fenomena alam yang menakjubkan pada 270 juta tahun yang lalu. 6. Moeraki Boulders Di sepanjang pesisir pantai Koekohe, New Zealand, terdapat banyak batu besar seperti gambar di atas. Batu ini terbentuk sejak zaman Paleocene. Mineral dan kapur dari laut bergabung dan memadat selama jutaan tahun dan membentuk batuan indah ini, dengan diameter hingga 2 meter. 7. Troll Pahatan alam ini terdapat di Nas, Pulau Icaria, Yunani. Nas merupakan tempat sakral dan di sana juga terdapat kuil Artemis, dewi rakyat Yunani. Bebatuan ini berbentuk seperti sebuah kumparan tali yang tersangkut di bebatuan. 8. Fairy Chimneys Di Cappadocia, Turki, selama ribuan tahun bebatuan vulkanik membentuk rumah peri. 9. The Sleeping Ute Gunung Sleeping Ute ini terdapat di New Mexico. Dalam kisah legenda & mitos, Ute merupakan dewa Perang yang membasmi para iblis. Selama pertempuran kakinya kemudian membentuk gunung dan lembah. Kemudian sang dewa terluka dan tertidur. 10. Underwater Arena Ketika menyelam di Jepun, kita boleh melihat monumen Yonajuni. Monumen ini masih diperdebatkan apakah buatan manusia ataupun hasil pembentukan dari alam. pembentukan ini terdiri dari bebatuan yang membentuk sebuah arena. 11. Strange Natural Formations Pola persegi pada bebatuan berlumut ini seperti buatan manusia. Polanya berbentuk seperti jaring ikan. Pola ini terbentuk oleh lumut hijau dan kuning selama ratusan tahun. 12. Natural Sphinx Sphinx yang satu ini terdapat di Taman Nasional Hingol, Pakistan. Di sana terdapat habitat asli haiwan liar. Taman Nasional Hingol memiliki 4 ekosistem sekaligus: yaitu padang pasir, laut Arab, tanah datar yang terbuka dan juga gunung. Sphinx ini diukir oleh angin gurun selama jutaan tahun. |
Siapa Yang "Sampai Hati" Sebenarnya? Ameng Atau A.Aida? Posted: 30 Dec 2010 06:53 AM PST Mahkamah benarkan A Aida tuntut tunggakan nafkah dua anak Gambar: ARTIS Zaidah Awang (A Aida), bersama peguamnya, Norazmi Mohd Ariff hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini bagi kes tuntutan nafkah anak-anak dari suaminya, bekas penyanyi Kumpulan Spring, Ameng (gambar kecil). - Foto Yazit Razali KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membenarkan permohonan produser dan dramatis 90-an, A Aida untuk menguatkuasakan perintah bagi menuntut tunggakkan nafkah dua anaknya berjumlah RM85,000 daripada bekas suaminya, vokalis kumpulan Spring, Ameng. Aida dalam permohonan difailkan 21 Disember lalu mendakwa Ameng tidak pernah membayar nafkah itu yang ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,000 sebulan sejak mereka bercerai pada 17 Dis 2003.
Ulasan GB Di dalam ilmu psikologi, ada satu yang dinamakan prinsip "suggesti" Minda bawah sedar kita akan menerima apa saja yang kita sebut. Kalau dulu Ameng sentiasa melalak lagu SAMPAI HATI, maka ia kini benar-benar terjadi. Dia kena nyanyi semula lagu itukalau dulu fantasi, kini realiti. Dari sudut agama pula, Rasulullah bersabda: "Kullu kalam addu'a, setiap perkataan itu adalah merupakan do'a" |
Indon Dan Bangla Di Malaysia Tumpang Gembira Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Posted: 30 Dec 2010 05:35 AM PST Warga asing tumpang gembira Malaysia julang Piala AFF Suzuki KUALA LUMPUR -- Kejayaan skuad 'Harimau Malaya' menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam tempoh 14 tahun disanjung bukan saja oleh rakyat Malaysia tetapi juga warga asing yang mencari rezeki di negara ini. Mereka termasuk rakyat Indonesia yang tetap berbangga sekalipun kemenangan Malaysia itu adalah ke atas negara sendiri yang menyaksikan pasukan 'Garuda' tewas menerusi agregat 2-4. "Walaupun sedikit kecewa dengan kegagalan skuad Indonesia, saya ingin mengucapkan tahniah kepada 'Pak Raja' (jurulatih K. Rajagobal), pemain skuad Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia atas kejayaan semalam," kata Buyong, warga Indonesia yang telah enam tahun berada di sini. Dia yang bekerja sebagai tukang kasut berkata pasukan Malaysia kini semakin mantap dan mempunyai keupayaan tinggi."Dari dulu lagi memang saya meminati corak permainan Malaysia dan tidak pernah ketinggalan untuk menonton perlawanan yang membabitkan pasukan Malaysia," katanya. Kegembiraan turut dinyatakan Ahmad Basheer, 36, dari Bangladesh yang bekerja sebagai pembantu kedai di sini. "Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya. Sementara itu, rakyat Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata kejayaan skuad Malaysia harus dipuji kerana pasukan itu dibarisi anak tempatan sepenuhnya. "Daripada jurulatih kepada barisan pemain, semuanya anak tempatan, memang wajar dipuji. Saya rasa teruja dengan corak permainan Malaysia walaupun tumpas tipis kepada Indonesia," katanya yang berniaga nasi lemak di sini. Malaysia yang tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi dinobatkan sebagai juara pertandingan Piala AFF Suzuki 2010 dengan kelebihan agregat 4-2. Pencapaian terbaik skuad kebangsaan pada pertandingan itu sebelum ini ialah naib juara selepas tewas 0-1 kepada Thailand pada 1996. -- BERNAMA |
Keputusan MTUC: Petanda Rakyat Mula Tolak PKR? Posted: 30 Dec 2010 04:30 AM PST Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC Gambar: MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. -BH Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud. Khalid mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi. Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon. Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini. Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat. Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat. -mk
Ulasan GB PKR berpenyakit, tetapi tak menerima nasihat ahli-ahlinya. Umpama seorang tua yang sudah terlantar yang enggan mendengar nasihat anak-anaknya supaya berubat di hospital. GB melihat trend sokongan yang menurun terhadap PKR di kalangan rakyat dan jangan sampai PKR menjadi liabiliti untuk Pakatan Rakyat di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Mujur masih ada yang berani bersuara di dalam PKR - itu gerombolan anak muda yang menjadi harapan menggantikan pelekok-pelekok di dalam PKR yang perasan diri mereka bagus sangat. GB dan rakyat marhaen bersama dengan gerombolan anak muda ini, bukan bersama pemimpin mereka yang penipu, angkuh dan sombong. |
[Video] Khairul Fahmi Wajar Diberi Penghargaan Posted: 30 Dec 2010 03:00 AM PST Terima Kasih Khairul Fahmi Kerana Kembalikan Keseksian Bola Sepak Malaysia - Peminat Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter. Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan 'Support Timnas', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia. Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia. Laman Facebook beliau mendapat hit sebanyak 57,000 daripada peminat, ketika artikel ini ditulis kurang daripada dua jam, berbanding tidak lebih daripada 50,000 peminat sebelum perlawanan bermula. Khairul Fahmi, 21, berupaya menyelamatkan lebih daripada 10 percubaan mendebarkan oleh pasukan Indonesia yang menyerang secara agresif sejurus selepas wisel perlawanan dibunyikan. "Terima kasih kerana mengembalikan 'keseksian' dalam bola sepak Malaysia," kata seorang peminat dalam laman bola sepak pemain itu. Lima daripada 10 trend teratas Twitter seluruh dunia didominasi perlawanan bola sepak yang berlangsung selama 90 minit pada pertandingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno. Sebelum ini, Twitter juga menjadi platform kepada penyokong bola sepak Indonesia yang berang dan mendakwa Malaysia memenangi perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur secara tidak adil, manakala penyokong Malaysia lebih gemar menunjukkan sokongan dan kecintaan mereka menerusi Facebook. Seorang lagi pemain cemerlang, Mohd Safee Mohd Sali, hampir mendapat hit 17,000 "Like" dalam Facebook dari 15,000 pada separuh masa perlawanan. Mohd Safee yang menjaring gol pertama pada perlawanan akhir kedua, turut merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak dengan jumlah lima gol. Apa yang paling menarik ialah pemain Manchester United iaitu Rio Ferdinand turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dalam akaun twitternya, @rioferdy5. "Tahniah kepada Malaysia yang menewaskan Indonesia pada final Piala Suzuki. Saya pernah bermain menentang pasukan bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lepas. Memang satu pasukan yang bagus," katanya. Dilaporkan bahawa penduduk Asia Tenggara merupakan pengguna terbesar Twitter dan Facebook dengan Indonesia mempunyai 15 juta 'tweeters', ketiga tertinggi selepas Amerika Syarikat dan Brazil, manakala rakyat Malaysia mempunyai 'friends' Facebook paling ramai dengan purata 230 setiap pengguna. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan