Jumaat, 31 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu senamrobik: Mais mahu panggil nazir masjid

Posted: 30 Dec 2010 04:47 PM PST

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mahu memanggil nazir Masjid Taman Cheras Jaya untuk menjelaskan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, dengan memakai pakaian ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai senamrobik di pekarangan masjid baru-baru ini.

Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin berkata, pihaknya juga akan menyiasat mengapa tindakan wakil rakyat daripada DAP itu yang tidak menghormati adab ketika memasuki kawasan masjid tidak ditegur oleh pihak pengurusan masjid.

Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap Teo yang tidak mengambil iktibar daripada teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, terhadap kelakuannya sebelum ini, beliau menyifatkan wakil rakyat itu tidak menghormati baginda.


Kata beliau, tindakan selanjutnya mengenai perkara itu akan diketahui selepas mendapatkan penjelasan nazir dan melakukan siasatan.

"Sudah beberapa kali dijelaskan yang adab masuk ke masjid serta kawasan sekitarnya perlu memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

"Tetapi sebagai pemimpin kepada masyarakat pelbagai kaum dan agama di kawasannya, Teo Nie Ching seolah-olah tidak peka dengan adab dan peraturan sedangkan beliau pernah ditegur sebelum ini.

"Perkara yang lebih kita kesalkan mengapa pihak masjid atau orang Islam yang bersamanya ketika itu langsung tidak menegur kelakuan beliau," kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Laporan akhbar itu semalam mendakwa Teo masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya di Balakong dengan mengenakan pakaian ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid.

Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.

Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.

Ogos lalu Teo didakwa menyampaikan "tazkirah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral.

Bagaimanapun jawatankuasa surau menafikan wakil rakyat itu menyampaikan tazkirah sebagaimana dipertikaikan media milik Umno dan pemimpin-pemimpin mereka.

Kelakuannya itu dilaporkan menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin.

Teo telah memohon maaf kepada baginda di atas perbuatannya itu.

Semalam, Teo memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong.

Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya.

Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

"Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi," kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya," kata beliau.

Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik.

"Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu," soal Teo lagi.

"Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid," kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Umno, Kroni Dan Kencing Rakyat

Posted: 30 Dec 2010 09:18 AM PST

SMS Yang Mengujakan

Isnin 27hb Disember 2010, saya dihujani SMS yang sangat menguja dan mengejutkan. Saya sangat bodoh untuk memahami ini. Saya masukkan di sini untuk sdra-sdra kongsi memahami dan kalau yang pandai tolonglah perjelaskan atau komen:


1. 6.57 pagi

Sayalah orang yang awal buat proposal puncak niaga tapi telah ditipu oleh ### dan M***. Bekas Ed PNSB R+++ ++ proxy saya dan Dato ^^^ bawa lari berjuta saham bila Terbitan Awam dilakukan. Allah Maha kaya, Maha Adil balasanNya tetap ada di dunia. Setelah kepentingan kami dikhianati R+++ ++ dengan wang berjuta, dia ditimpa penyakit leukemia. Doa 3 ribu peneroka Sungai Buaya tiada hijabnya. Tanah mereka tergadai gara-gara ^^^ dan R+++ ++ telah menggadai pada bank dan projek-projek terbengkalai di Sungai Buaya itu M*** senyap menyepi. Dialah pemegang saham terbesar PNSB dan sahabat atas nama-nama proxy Umno yang bergaji.Semua rekod ada dengan saya tapi kalau kita tidak menguasai $$ tiada maknalah. Saya cucuk K*** dedahkan gerand desing ini waktu di ugut Tuntaik bagi laluan pada ### bertanding lawan Kijangjuah. Tapi jerat bingkas dulu Tuntaik bertindak cepat. K*** diserang oleh ketua anjing gila.


- Hisss, lagi saya tak faham. Menatang apa proxy-proxy ini? Ini semua dunia.


2. 6.57 pagi

Saya dah masuk dalam blog pagi ini. Ini SMS pembaca kawan kita yang membaca kolum tentang gaji CEO Shabas empat ratus ribu sebulan. Mari kita oleh untuk tatapan pembaca. Anak-anak Petronas akan jadi mangsa terbaru. Itulah Umno…

-Sabar….sabar…apa nak hairan, sekarang nak buang air pun kena duit.

3. 6.58 pagi

Hal yang sama akan berulang; Petronas sekarang sedang mengapongkan anak syarikat-syarikatnya terbitan awam. Petro Chem, Gas Malaysia, Carigali.
Sedikit masa lagi termasuk Celcom dan Felda Holding. Dia tu dengan kementeriannya akan mengapongkan dulu jadi Public Listed Company. Kalau tak percaya tengok Januari 2011 Gas Malaysia dan Carigali akan dilisted. Saya dah dapat tawaran dari ****.Ini guna cari duit buat PRU13. Harganya RM2.80 seunit. Target mereka 50 sen seunit akan dilonjakkan. Keuntungan bagi kroni sedang berjalan. Oktober lalu petrol chem. Diterbitkan 51 sen seunit telah dilonjakkan. Ratusan juta saham dikuasai syarikat Umno link company dengan GLC. dan individu tertentu. Petronas akan umumkan kerugian dan pengambilan aleh dapat dilakukan oleh Tuntaik dan D** kerana mereka dah siap siaga jadi syarikat penyelamat kononnya macam Bank Bumi ditelan oleh ular lidi Bank Of Cmere. Tipah tertipu lagi.
Aku dah bagi info kepada ketua pembangkang apakan daya.

-Hoiii,saya pening dan bila saya ajukan kepada Pakteh Sahak yang jual karipap, Dia gelak sampai Nampak anak lidah. Baguslah, kita maju. Produktiviti kita meningkat, katanya.

4. 10.26 pagi:

***, ++++, *** janji nak cuba cari kat stor DBP, macam mana? Saya cuba dekat Sungai Patani,, tak ada. Dah dapat Interloknya?

- Agak saya ini tentu pasal novel Interlok karya Abdullah Hussain yang nak jadi buku teks sastera di zon tengah. Novel Interlok jadi kecuh sekejap dan kononnya ada menteri nak tarik dari jadi teks sastera kononnya kerana ada dialog-dailog yang kata Melayu bodoh, haprak.
Yang syoknya ada Mantan Perdana kata Melayu haprak dan mudah lupa, masih terangkat sampai sekarang. Kononnya pasal Ketuanan Melayu kena jaga. Tapi bila Tanya, apa menatang ' ketuanan' itu? Di mana tercatatnya? Maruahkah? Kalau maruah, kenapa sudah 50 tahun maruah ini dipijak lenyai, tak gaduh pun.


5. 10.12 pagi:

SMS *** ***: Kenapa depa tak minta pandangan kami? Soal nak swastakan bahagian pendaftaran dan saman dah lama kami dengar. Ingatkan tak jadi. Kami pun tak setuju. Nanti saya cuba tulis.

Alangkah baiknya jika sdra tulis tentang saman ekor dan isu-isu lain seperti yang dibangkitkan oleh yb-yb dan timnya semasa menyerah memorandum kepada Yang Dipertuan Agung. Ini dah undang-undang. RUU penguatkuasa jalan (Pindaan) 2010. Bayangkan saman juga telah disubkan kepada kompeni. Betul-betul kerajaan subkontraktor! Semua diswastakan. Apa punya kerajaan?


Pakngah Taha Merbau Kudung tau apa

Alhamdulillah…saya tak kena saman. Jadi ada baiknya kalau saya jawab macam Pakngah Taha Merbau Kudung tentang kenaikan minyak; "Alaa, naiklah berapa pun, Pakngah bubuh lima ringgit saja."

http://aziziabdullah.blogspot.com/

Tindakan Sultan Selangor - Untuk Rakyat Atau Untuk Umno?

Posted: 30 Dec 2010 06:23 AM PST

Terlalu malang andainya Sultan dan Raja-Raja Melayu bertindak sesuatu bersandarkan kepentingan sesuatu kaum atau golongan yang berkepentingan demi mengekalkan kuasa politik mereka.

Sejarah telah banyak membuktikan betapa kealpaan, kerakusan dan ketidakadilan para Sultan terdahulu berakhir dengan malapetaka menimpa jajahan mereka.

Rangkaian peristiwa hitam yang menimpa rakyat Malaysia sejak berpuluh tahun telah membuktikan betapa campurtangan institusi Raja-Raja Melayu dalam alunan politik negara lebih banyak membawa bahana daripada ceria.


~ Kerajaan Rakyat.

Saya mengikuti kemelut terbaru melanda perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atas beberapa sebab. Pertama, tentulah sebagai rakyat Selangor yang cintakan Perlembagaan. Kedua sebagai wakil rakyat yang berinteraksi dengan perkhidmatan awam Selangor secara berterusan. Ketiga sebagai anak seorang pesara kerajaan.

Bapa saya bekerja dengan Kerajaan Persekutuan sejak beliau tamat belajar pada tahun 1958 hinggalah beliau besara 30 tahun kemudian. Beliau merupakan anggota Malayan Civil Service ketika negara masih baru-baru merdeka, dan bersara sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos.

Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

"Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan."

Justeru kenyataan sesetengah pihak bahawa DYMM Sultan ataupun Menteri Besar mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tidak timbul. Undang-Undang Tubuh tidak menyebut kedua-dua pihak.

Namun tindakan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan perlantikan Pengarah JAIS Dato' Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hanya melalui memaklumkan Sultan tanpa memaklumkan Menteri Besar Selangor boleh dianggap melanggar protokol.

Adakah Menteri Besar, Ketua Kerajaan di mana Khusrin akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan paling kanan wajar dimaklumkan melalui media? Undang-Undang Tubuh menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar – menggambarkan hubungan yang sepatutnya wujud antara beliau dan Menteri Besar, bebas tetapi saling hormat-menghormati untuk melancarkan jentera kerajaan.

Protokol sebenarnya, walaupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang punya kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi sewajarnya dimaklumkan kepada Sultan dan Menteri Besar sebelum mengeluarkan kenyataan media.

Apatah lagi apabila kita mengambilkira bahawa Khusrin sebagai Pengarah JAIS dikenali dengan sikapnya yang seolah-olah ingin sabotaj Kerajaan Negeri Selangor selama ini.

Jelas sekali peranan Setiausaha Kerajaan Negeri, teruskan membaca di sini

MUNAFIK

Posted: 30 Dec 2010 04:08 AM PST


Kalau benarlah ada pertemuan antara peminpin PAS dan pemimpin Umno pada 24 Disembar lepas dan ada perbincangan berkenaan Kerajaan Perpaduan, aku tak boleh nak pertahankan pimpinan PAS kalau ada orang yang label depa-depa tu sebagai munafik.

Seterusnya di sini

Malang Menjadi Rakyat Selangor

Posted: 30 Dec 2010 03:58 AM PST

Khusrin mungkin 'ganggu' mesyuarat exco

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan 'mengganggu' mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.


"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.

Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

"Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. - hrkh

Tiada ulasan: