Khamis, 16 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kamera saman ekor diluluskan di dewan rakyat

Posted: 15 Dec 2010 09:59 PM PST


KUALA LUMPUR, 16 Dis — Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (Span).

Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 menyokong, manakala 40 lagi menentang.

Ini kerana majoriti anggota Parlimen, terutama pembangkang mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Menjawab desakan beberapa anggota Parlimen mengenai simulasi pulangan hasil daripada pelaksanaan AES pula, beliau berkata bagi setiap enam juta saman yang dikeluarkan, dua syarikat yang mengendalikan sistem itu akan berkongsi 34.3 peratus daripada hasil, manakala selebihnya iaitu 65.7 peratus akan diperoleh kerajaan.

Isu itu dibangkitkan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) ketika sesi perbahasan yang menggesa timbalan menteri berkenaan mendedahkan hasil bakal diperoleh syarikat pelaksana sistem AES.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut membangkitkan persoalan yang serupa kerana menyifatkan perkara itu penting diketahui rakyat.

"Apa yang Wangsa Maju (Wee) kata itu saya juga mahu tanya... rakyat bayar, potongan yang diberi kepada syarikat ini, rakyat yang diperas, syarikat ini esok makan darah rakyat, dia kembung perut tetapi rakyat menderita," katanya.

Asakan Wee dan Mohamad itu menyebabkan Abdul Rahim agak beremosi dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam mana-mana syarikat pengendali AES.

"Saya tidak ada kepentingan dalam syarikat-syarikat ini... kepentingan saya ialah kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa AES hanya akan ditempatkan di lokasi hitam yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Beliau berkata kewujudan AES akan melindungi pemandu berhemah dan patuh kepada undang-undang jalan raya selain mengenal pasti pesalah tegar yang sering melanggar peraturan.

"Kita juga berharap untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya... kini ada 300,000 kanak-kanak yang menjadi yatim piatu gara-gara kemalangan jalan raya ini," katanya yang menambah sistem penguatkuasaan yang dilaksanakan pada masa ini tidak lagi sesuai kerana membuka banyak ruang untuk perlakuan rasuah.

Beliau berkata sistem AES telahpun dilaksanakan di beberapa negara termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura.

Selain rang undang-undang itu, persidangan Dewan Rakyat semalam turut meluluskan Rang Undang-Undang Bank Simpanan Nasional (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Meteorologi Malaysia) (Pengesahan) 2010, Rang

Undang-Undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2010, Rang Undang-Undang Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa 2010, Rang Undang-Undang Agensi Inovasi Malaysia 2010 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2010. — Bernama

Sumber: Freemalays





ReJaM©

Kemalangan bas di Penampang Sabah bas masuk gaung

Posted: 15 Dec 2010 09:41 PM PST

Satu lagi kemalangan bas berlaku melengkapkan koleksi kemalangan bas tahun 2010. Kali ini sebuah bas terbabas masuk ke dalam gaung.

PENAMPANG 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 23 pegawai dan anggota Penjara cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 30 Jalan Kota Kinabalu - Keningau berhampiran Kampung Moyog kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Berita lanjut bakal menyusul.


ReJaM©

Rakyat Singapore suka berbogel di khalayak ramai?

Posted: 15 Dec 2010 07:55 AM PST



Bogel kini sudah menjadi isu negara yang hangat diperkatakan di Singapura

The Straits Times melaporkan bahawa pihak polis tempatan sudah menerima 105 aduan tentang lelaki-lelaki yang berlari beramai-ramai di dalam keadaan bogel di jalanan pada 6 bulan pertama tahun ini.

Kejadian terbaru melibatkan seorang lelaki yang dikatakan berjalan memasuki restoran makanan segera McDonald di Queensway dan cuba untuk memesan sarapan pada pukul 4 pagi dalam keadaan bogel.

Menurut polis individu yang melakukan kesalahan bogel tersebut selalunya seorang yang suka menunjuk-nunjuk atau mencari perhatian.

Segelintirnya melakukan perbuatan yang disifatkan polis sebagai tidak senonoh itu untuk menarik perhatian orang ramai terhadap mereka. Sementara sebilangan yang lain sekadar 'suka-suka' untuk melihat wajah terkejut dari orang ramai.

Bagaimanapun ia disifatkan sebagai perbuatan yang membuatkan rakyat Singapura berasa jijik.

Namun begitu semakin ramai rakyat Singapura yang berisiko untuk dikenakan denda atau mungkin penjara atas kesalahan berbogel di khalayak ramai.




Sumber: Freemalays

ReJaM© "Aduhai macam-macam hal!"

Pengasas Facebook dinobat 'Person of the year 2010'

Posted: 15 Dec 2010 06:25 AM PST



Majalah popular eropah Time magazine telah menobatkan pengasas merangkap CEO laman sosial terkenal dunia Facebook, Mark Zuckerberg sebagai "Person of the year 2010". Majalah itu percaya bahawa Mark Zuckerberg merupakan individu yang paling banyak mempengaruhi peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar tahun 2010.

Hartawan nombor 35 paling kaya di Amerika Syarikat itu juga telah menjadi subject di dalam sebuah filem 2010, The Social Network memperkukuhkan lagi populariti Facebook.

Namun begitu, undian yang dijalankan oleh Majalah Time menunjukkan bahawa undian pembaca terhadap manusia paling berpengaruh dunia dimenangi oleh pengasa Wikileaks, Julian Assange.

Anugerah tahunan majalah itu merupakan satu kemestian yang telah dilakukan oleh majalah itu semenjak tahun 1920 an lagi. Pemenang anugerah ini akan dipaparkan di halaman utama Majalah dalam edisi terbarunya.



ReJaM©

Tiada ulasan: