Kelab Greenboc |
- Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Ke Separuh Akhir
- Lebih Baik Semua Rakyat Jadi Pengundi Pos!
- The Economist: BN Mungkin Kehilangan Banyak Kerusi, Anwar Dikeluarkan Dari Arena Politik
- Pelajar Terbunuh Kereta Langgar tiang Lampu
- Akhirnya Pengasas Wikileaks Serah Diri
- Hijrah Demi Tegak Ketuanan Islam
- Bakal Pengantin Parah Rempuh Belakang Lori Katering
- Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason?
- Kes Video Lucah: Ariel Dakwa Polis Tidak Adil
- Khir Toyo Sepatutnya Kosongkan Juga Kerusi ADUN Sungai Panjang
- Kerajaan Dibidas Umum Kenaikan Harga Secara "Tembak Curi"
- Mati Dipijak Gajah Liar Di Gua Musang
- Kulitnya Dipenuhi Kepingan Putih Seperti Kelumumur
| Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia Ke Separuh Akhir Posted: 08 Dec 2010 12:00 AM PST Malaysia ke separuh akhirMOHAMAD Muslim (kanan) bertindak cemerlang pada aksi menentang Laos semalam untuk menutup benteng Malaysia daripada dibolosi. MULA-mula kena belasah, sekarang melangkah bergaya ke separuh akhir.Begitu cabaran yang dilalui skuad bola sepak negara pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010. Semalam, skuad bimbingan K. Rajagobal itu mara ke separuh akhir selepas membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Jaka Baring, Palembang. Pada masa yang sama, terima kasih kepada bekas penyerang import Selangor, Bambang Pamungkas yang menjadi watak penting dalam membantu skuad negara layak ke separuh akhir, semalam. Bambang mengesahkan kemenangan Indonesia apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya ke atas Thailand dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A di Gelora Bung Karno, Jakarta. Pada aksi semalam, skuad kebangsaan mudah membelasah Laos 5-1 menerusi dua jaringan Amri Yahyah serta masing-masing satu gol daripada Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli. Kemaraan Malaysia dibantu kejayaan Indonesia menewaskan Thailand 2-1 hasil dua sepakan penalti Bambang pada minit ke-81 dan 88 biarpun Thailand mendahului hasil jaringan Suree Sukha pada minit ke-68. Dengan keputusan itu, Indonesia muncul juara Kumpulan A dengan sembilan mata maksimum diikuti Malaysia di tangga kedua dengan empat mata, Thailand ketiga dengan dua mata dan Laos menduduki kedudukan tercorot dengan satu mata. Malaysia selaku naib juara Kumpulan A akan berdepan juara Kumpulan B iaitu sama ada Filipina, Vietnam atau Singapura pada 15 Disember di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan di tempat lawan pada 18 Disember depan. Pada aksi malam tadi, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal membuat empat pertukaran dalam kesebelasannya. Sabre Mat Abu, Faizal Muhammad, Khyril Muhymeen Zambri dan Amri Yahyah mengisi tempat Asararuddin Putra Omar, Fadhli Shas, Amirulhadi dan Safee Sali. Amri menanduk masuk gol pertama Malaysia seawal minit ketiga hasil hantaran Norshahrul tetapi Laos pantas menyamakan kedudukan menerusi Lamnao Singto pada minit ketujuh. Namun Malaysia berjaya menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 2-1 hasil jaringan kedua Amri yang menolak masuk bola hantaran kapten, Safiq Rahim pada minit ke-39. Sisa perjuangan Laos semakin luntur selepas Malaysia menambah gol ketiga menerusi pemain gantian, Amirulhadi pada minit ke-73 dan gol keempat menerusi Norshahrul pada minit ke-76, kedua-duanya hasil kesilapan pertahanan Laos, Kitsada. Pesta jaringan Malaysia diakhiri bek kanan, Mahali yang naik ke atas untuk menyumbat gol kelima pada minit ke-90. |
| Lebih Baik Semua Rakyat Jadi Pengundi Pos! Posted: 07 Dec 2010 10:30 PM PST Pemuda PAS sangsi SPR jadikan golongan profesional pengundi posSPR menyaran agar sistem undi pos diperluaskan agar merangkumi golongan profesional. — gambar fail KUALA LUMPUR, 8 Dis — Pemuda PAS membantah sekeras-kerasnya cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos — tambahan kepada sistem yang ada sekarang dan dipertikaikan Pakatan Rakyat. Sayap PAS itu berpendapat menggunakan sistem undi pos terhadap golongan profesional terbabit menutup lagi ruang demokrasi negara yang kian dipertikaikan rakyat. "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menegaskan undi pos adalah talian hayat kerajaan Umno-BN. "Cadangan SPR seakan mahu menambah jangka hayat pemimpin Umno-BN terutama di kawasan yang mereka tidak selamat. Apakah SPR mahu menjadi sebuah lagi parti komponen BN dengan menjalankan usaha yang licik buat membantu memenangkan Umno-BN dalam PRU ke-13?" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sambil menegaskan sistem undi pos telah lama dipertikaikan rakyat, pemimpin muda ini mempersoalkan apakah jaminan SPR ketelusan undi pos dapat dijalankan dengan baik memandangkan ada pengalaman anggota tentera yang tidak dapat mengundi pos semasa mereka bertugas kerana telah diundi oleh pihak atasan mereka. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar semalam dipetik berkata, pihaknya sedang menimbang untuk meletakkan golongan yang sibuk bertugas semasa pilihan raya dalam kategori pengundi pos. Antara yang ditimbangkan para doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan. Kata beliau, keutamaan untuk berbuat demikian akan diberikan kepada golongan itu memandangkan mereka tidak dapat mengundi hanya disebabkan kesibukan membantu melancarkan rutin masyarakat seharian termasuk semasa pengundian. Mengikut Akta Pilihan Raya, hanya empat kategori rakyat layak membuang undi pos iaitu anggota tentera, kakitangan awam yang bertugas di luar negara, pelajar sepenuh masa dan keluarga kumpulan berkenaan. "Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, daftar pemilih SPR tidak sama dengan daftar pemilih tentera, serta kertas undi boleh dserahkan di mana-mana termasuk di kompleks beli-belah. "Bagaimana kertas undi yang dipos dua hari sebelum mengundi mampu dipulangkan balik tepat pada masanya tanpa berlau kesilapan," kata Fadhil sambil menambah, hampir setiap pilihan raya kecil atau umum, kemenangan besar calon BN diraih melalui undi pos dan terlalu sedikit yang mengundi calon pembangkang. "Mungkinkah semua anggota tentera adalah ahli BN atau pengundi tegar BN di mana-mana kawasan?" katanya lagi. Dalam kes anggota tentera, kata beliau, pihaknya mempersoalkan keperluan SPR menjadikan golongan ini sebagai pengundi pos memandangkan suasana negara yang tidak mendesak sedemikian. "Dalam keadaan aman dan tenteram sebeginilah, ruang demokrasi perlu dibuka seluas-luasnya dengan memberi peluang anggota tentera mengundi sebagaimana pengundi yang lain," katanya. Menurut Fadhil, alasan SPR mahu menjadikan kumpulan profesional sebagai pengundi pos hanya semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk mengundi kerana terlalu sibuk bekerja adalah alasan yang tidak boleh diterima. "Golongan ini bekerja mengikut jadual dan syif. "Dewan Pemuda tidak fikir sekiranya mereka turun mengundi mengikut jadual sepertimana golongan profesional yang lain, menyebabkan operasi kerja mereka terjejas. "Kalaulah mereka tidak berpeluang mengundi kerana sedang bekerja, mereka tidaklah mewakili golongan majoriti yang perlu dijadikan sebagai pengundi pos," katanya lagi. Dalam hal ini, kata beliau, SPR perlu mengelak hari bekerja sebagai hari mengundi sepertimana yang dibuat ketika beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini. "Ini lebih menyukarkan semua golongan bekerja untuk turun mengundi," kata beliau lagi. Jelas beliau, sekiranya SPR berkeras juga mahu menjadikan golongan doktor, jururawat, juruterbang dan wartawan sebagai pengundi pos, Dewan Pemuda PAS mengesyorkan agar menjadikan semua golongan profesional sebagai pengundi pos. "Bukan setakat itu, mahasiswa yang layak mengundi, penoreh getah, pekebun, pemandu teksi dan bas, nelayan, peniaga dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai pengundi pos memandangkan semua golongan ini sibuk bekerja dan tidak mampu meninggalkan tempat kerja mereka untuk turun mengundi. "Dengan demikian, mudahlah BN meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 akan datang," katanya lagi. -TMI |
| The Economist: BN Mungkin Kehilangan Banyak Kerusi, Anwar Dikeluarkan Dari Arena Politik Posted: 07 Dec 2010 09:00 PM PST PRU13: BN mungkin hilang banyak kerusi, ramal The EconomistKUALA LUMPUR, 7 Dis — The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) kemungkinan akan hilang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum tergempar - yang disebut-sebut akan diadakan pada suku pertama tahun depan, antara lain disebabkan kemerosotan sokongan kalangan pengundi Melayu muda dan yang moderat. Laporan Economist Intelligence Unit juga menggariskan kekecewaan di kalangan golongan muda yang semakin meningkat dengan sikap Umno dilihat terus diselubungi skandal politik dan begitu kuat mengembangkan nilai-nilai Islam. Semalam, ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah juga menyifatkan peluang BN untuk memperoleh kemenangan dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 sememangnya "sukar" kerana terpaksa berhadapan dengan pengundi semasa yang sudah banyak berubah citarasa. Justeru Tengku Razaleigh mengingatkan BN yang mengadakan konvensyen sehari semalam supaya tidak terlalu yakin untuk mendapat kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 kerana sehingga kini masih tiada jaminan gabungan 13 parti komponen itu boleh mendapat kemenangan besar. Tengku Razaleigh telah memainkan peranan besar bagi Umno-BN memperoleh kembali kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil diadakan awal bulan lalu. "Kemungkinan besar keputusan pilihan raya umum akan datang ialah BN akan kalah lebih banyak kerusi memandangkan pengundi muda Melayu, yang moderat, kecewa dengan skandal-skandal politik dan Umno yang (dilihat) kuat menggalakkan nilai-nilai Islam, enggan memberi sokongan mereka kepada parti yang memerintah," kata majalah itu dalam laporan edisi terbaru Disember mengenai Malaysia. Semalam, bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dihadapkan di mahkamah berhubung isu pemilihan tanah. Beliau juga ketua pembangkang Selangor. Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan BN, yang parti terasnya Umno, akan merampas balik satu atau dua negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat, tetapi kemungkinan tidak akan memperoleh balik majoriti dua pertiga di Parlimen. Laporan itu juga menekankan bahawa golongan Melayu liberal dan kelas pertengahan sudah pun beralih daripada parti Melayu terbesar itu untuk menyokong Pakatan Rakyat - pembangkang peringkat persekutuan. "Meskipun pengundi-pengundi muda di kawasan luar bandar di Semenanjung Malaysia terus menyokong Umno, sejumlah (pengundi) dalam jumlah yang signifikan di kalangan golongan Melayu berpelajaran, kelas pertengahan beralih daripada parti Melayu yang memerintah untuk memihak pembangkang," kata laporan itu. Bagaimanapun laporan itu juga menyebut Pakatan Rakyat kemungkinan akan gagal untuk menawan Putrajaya walaupun boleh menerokai kejayaan lebih baik berbanding 2008. "Pakatan Rakyat akan memperoleh kejayaan, walaupun akan berhadapan dengan masalah dalaman selepas kemungkinan Anwar dikeluarkan daripada arena politik, tetapi perikatan pembangkang tidak mungkin akan memperoleh kerusi secukupunya untuk membentuk sebuah kerajaan (persekutuan)," kata laporan itu. Malah laporan itu juga meramalkan bahawa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disabitkan kesalahan berhubung tuduhan liwat kedua yang sedang dihadapnya. Kes itu sedang didengar oleh Mahkamah Tinggi. Meskipun banyak pihak membuat spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum pada Mac 2011, laporan Economist Intelligence Unit masih kekal dengan hujahnya bahawa beliau hanya akan menetapkan tarikh itu selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011. "Kami masih percaya bahawa Najib akan menetapkan tarikh pilihan raya selepas pilihan raya negeri Sarawak. "Keputusan pilihan raya negeri Sarawak akan menyediakan petanda baik mengenai sokongan bagi kerajaan dan pelan pembaharuannya," kata laporan itu lagi. Minggu lalu Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan - dipercayai sebahagian besar daripada usahanya menghadapi pilihan raya umum ke-13. -TMI |
| Pelajar Terbunuh Kereta Langgar tiang Lampu Posted: 07 Dec 2010 08:00 PM PST Pelajar kolej swasta terbunuh kereta langgar tiang lampuKEADAAN kereta mangsa selepas melanggar tiang lampu berhampiran susur keluar ke Dengkil dari Cyberjaya dalam kejadian di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di Sunway, Selangor yang dalam perjalanan pulang selepas selesai syif malam kerja sambilan, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang lampu di susur keluar dari Cyberjaya ke pekan Dengkil dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun itu difahamkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Dengkil. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala manakala kenderaan yang dinaikinya hampir terputus dua akibat melanggar tiang lampu. Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang mengesahkan kejadian itu, berkata siasatan awal mendapati kereta mangsa hilang kawalan apabila tiba di tempat kejadian, sebelum terbabas ke dalam longkang dan melanggar tiang lampu jalan. "Kami percaya mangsa letih dan mengantuk selepas bekerja sepanjang malam sebelum pulang ke rumahnya di Dengkil," katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. -BH |
| Akhirnya Pengasas Wikileaks Serah Diri Posted: 07 Dec 2010 07:29 PM PST Pengasas WikiLeaks, Julian Assange menyerah diri di balai polis London semalam dalam siasatan berhubung jenayah seks di Sweden, satu tamparan terbaru terhadap organisasi berkenaan yang menghadapi cabaran perundangan, kewangan dan teknologikal berikutan pendedahan beratus-ratus kabel diplomatik rahsia Amerika Syarikat.Assange dihadapkan ke Mahkamah Majistret. Jika beliau mencabar perintah ekstradisinya ke Sweden, beliau mungkin ditahan atau dibebas dengan jaminan sehingga seorang hakim memerintahkan sama ada untuk mengekstradisinya, kata seorang jurucakap wanita jabatan ekstradisi. Sejak mula mendedahkan kabel berkenaan minggu lalu, akaun bank WikiLeaks dibatalkan, laman webnya diserang dan kerajaan AS membuka siasatan jenayah, atas alasan kumpulan itu menjejaskan keselamatan nasional dan usaha diplomatik di seluruh dunia. Ia juga mempunyai penyokongnya yang tampil membantunya dengan membuka lebih 500 laman bayangan di seluruh dunia. Masalah perundangan bagi Assange, seorang rakyat Australia berusia 39 tahun, berputik daripada dakwaan terhadapnya oleh dua wanita yang ditemuinya ketika berada di Sweden musim panas lalu. Assange dituduh merogol dan melakukan pencabulan seksual dalam satu kes dan pencabulan seksual serta pemaksaan secara haram dalam satu lagi kes. Assange menafikan dakwaan itu, yang mana peguamnya dari Britain, Mark Stephens berkata berpunca daripada 'pertikaian mengenai hubungan seks yang dipersetujui tetapi tidak dilindungi'. Assange dan Stephens berpendapat bahawa pendakwaan itu dimanipulasi untuk tujuan politik. Jurucakap WikiLeaks menyifatkan penahanan Assange sebagai serangan terhadap kebebasan media dan berkata ia tidak akan menghalang organisasi itu daripada terus mendedahkan lebih banyak dokumen rahsia. "Ia tidak akan mengubah operasi kami," kata Kristinn Hrafnsson. Interpol meletakkan Assange dalam senarai paling dikehendaki pada 30 November selepas Sweden keluarkan waran tangkap terhadapnya. Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Sweden mengekalkan arahan penahanannya. Assange menafikan tuduhan itu yang dikatakan Stephens berpunca daripada satu 'pertelingkahan berhubung seks secara rela namun tidak selamat.' Seorang lagi peguam Assange, Jennifer Robinson berkata pengasas WikiLeaks itu secara sukarela menawarkan untuk bekerjasama dengan pendakwa raya Sweden kerana dia mahu membersihkan namanya, namun tawarannya ditolak. "Assange masih belum melihat dakwaan penuh ke atasnya atau dakwaan berpotensi dihadapinya dalam bahasa Inggeris dan ia jelas satu pelanggaran hak asasinya mengikut Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah," kata Robinson dalam satu temuramah dengan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC). Tekanan ke atas WikiLeaks berpunca daripada pihak lain. Pihak berkuasa Swiss menutup akaun bank Assange, menghalangnya mengumpul dana. WikiLeaks berusaha kekal online walaupun lebih banyak penggodam menyerang dan ditentang kerajaan dunia, menerima bantuan daripada penyokong komputer yang menubuhkan beratus 'cermin' atau laman web salinan di seluruh dunia. Dalam satu daripada pendedahan paling sensitif setakat ini, WikiLeaks mendedahkan Ahad lalu satu senarai kabel rahsia diplomatik 2009 di seluruh dunia yang dianggap Amerika Syarikat kritikal terhadap keselamatannya. Lokasi itu termasuk jaringan komunikasi bawah laut, lombong, pembekal makanan, pengeluar komponen senjata dan kilang vaksin. – AP |
| Hijrah Demi Tegak Ketuanan Islam Posted: 07 Dec 2010 06:18 PM PST Hijrah demi tegak ketuanan Islam OlehNik Abdul Aziz Nik MatFirman Allah SWT, maksudnya: "Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." (Surah an-Nahl 16: 41-42) Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak. Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Firman Allah SWT, maksudnya: "Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusoff 12:111) Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT. Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini. Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera. Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat. Sekian. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM * KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN * Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh: 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M |
| Bakal Pengantin Parah Rempuh Belakang Lori Katering Posted: 07 Dec 2010 04:30 PM PST Bakal pengantin parahMASJID TANAH - Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinannya, Sabtu ini cedera parah selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa barangan katering di Taman Seri Jeram, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Asmani Aziz, 30-an, memandu kereta jenis Proton Persona milik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Seri Jeram. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertindak merampas kunci kereta yang terletak atas meja semasa Pengerusi JKKK itu sedang bersarapan di sebuah warung berhampiran. Bagaimanapun, sehingga kini belum diketahui punca lelaki berkenaan berbuat demikian. Mangsa dikatakan dari arah Kampung Pulau menuju ke pekan Masjid Tanah sebelum merempuh kuat belakang sebuah lori membawa barangan katering yang hendak membelok ke kanan. Akibat rempuhan kuat itu juga, lori berkenaan yang dinaiki pemandu dan kelindannya terbabas kira-kira 10 meter sehingga barang-barang katering dalam lori berkenaan bertaburan atas jalan raya. Mangsa termasuk kelindan lori, Hamzah Che Mat, 50-an, yang cedera parah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Masjid Tanah, sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Manakala, pemandu lori, Fauzi Mohd Zain, 40-an, hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar. Seorang saksi, Zulkarnain Napiah, 33, berkata ketika kejadian dia berada di simpang jalan dari arah taman tersebut hendak keluar menuju ke Masjid Tanah. Menurutnya, lori berkenaan pada mulanya sudah berhenti dan memberi isyarat untuk membelok masuk ke dalam taman perumahan berkenaan. Bagaimanapun, katanya, kereta yang dipandu Asmani tiba-tiba merempuh kuat bahagian belakang hingga terseret jauh. "Saya nampak Proton Persona itu sudah merempuh belakang lori yang dipandu salah seorang penduduk taman ini juga. Pemandu lori itu baru balik dari mengambil barang-barang katering di sebuah rumah. "Saya sempat tanya pemandu lori, dia kata Proton Persona itu meluru laju. Akibatnya, kelindan lori itu terhentak ke bahagian depan hingga cermin pun pecah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, semalam. Zulkarnain berkata, selepas melihat keadaan kelindan yang cedera teruk dan pengsan, dia terus menghantarnya ke klinik kesihatan Masjid Tanah. "Nasib baik lori itu tidak terbabas sehingga merempuh masuk ke kawasan rumah yang ada di kiri jalan itu. Kalau tidak, mungkin akan berlaku kejadian lebih buruk," katanya. Sementara itu, pemandu lori berkenaan bagaimanapun enggan ditemuramah media kerana masih terkejut dengan kemalangan yang berlaku. -SH |
| Senibina Putrajaya Berkonsepkan Freemason? Posted: 07 Dec 2010 03:46 PM PST Senibina Freemason Di Malaysia.Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu. Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu. Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini. Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu.. ![]() ![]() Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi. Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross Kini kita beralih untuk melihat senibina yang benar-benar mengejutkan umat Islam di negara ini. Senibina Freemason yang ditemui melalui Google Earth terhadap pusat pemerintahan negara, Putrajaya. Putrajaya ![]() Vatican City & Putrajaya (perhatikan simbol mata) Lagi gambar.. ![]() Di Alamanda, Putrajaya. ![]() ![]() Presint 5, Putrajaya. ![]() Yang ini jelas "mata"nya ![]() Ok kita beralih kepada Obelisk pula. Mengapakah Obelisk (Tiang) dibina sebagai mercu tanda? Apakah mercu tanda senibina Islam? Adakah tiang? ![]() Jika kita masih buta dan sentiasa menidakkan tentang semua ini, segala jenis cerita sudah dikeluarkan. Tinggal kita nak tonton sahaja. Tontonlah The Arrival dengan hati dan minda yang sedikit menerima. Sama-sama kita mencari kebenaran di muka bumi Allah ini. InsyaAllah. Source: Facebook | Mass edited by Oh! Tidak SURATAN ATAU KEBETULAN? Berita Berkaitan: Iran Terkejut Lambang Zionis Di Atas Bumbung Iran Air |
| Kes Video Lucah: Ariel Dakwa Polis Tidak Adil Posted: 07 Dec 2010 07:24 AM PST Polis tak adil!JAKARTA: Vokalis Peterpan, Ariel, menganggap polis tidak berlaku adil ke atasnya ketika mengendalikan kes penyebaran klip video lucah yang menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini. Kini dibicarakan, peguam Ariel, Boy Afrian Bondjol berkata, polis tidak sepatutnya membiarkan ramai penyebar video itu bebas. Katanya, berlaku banyak kejanggalan apabila pihak berkuasa hanya menahan seorang lelaki, Redjoy, kerana menyebarkan rakaman sulit berkenaan, sebaliknya ramai penyebar lain tidak dikenakan tindakan. "Penyebar rakaman video Ariel, Luna Maya dan Cut Tari ke Internet masih bebas," katanya, semalam. Sepatutnya, kata Boy Afrian, tindakan tidak terhad kepada Redjoy semata-mata. "Pihak berkuasa ada nama-nama mereka yang disyaki selain Redjoy (gambar), seperti Anggit dan lain-lain," katanya.Pada 23 Julai lalu, tiga mahasiswa - dikenali hanya sebagai DP, RF dan AE - ditahan polis untuk disoal siasat. Mereka disyaki mempunyai peranan menyebar klip video aksi ranjang Ariel bersama Cut Tari dan Luna. Mereka dipercayai memuat naik rakaman itu ke Internet dari kawasan Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat. Polis turut mengenal pasti penyebar pertama video itu - dikenali sebagai A, juga seorang mahasiswa yang disingkirkan - dan menetap di Bandung. A dipercayai mahir dalam bidang teknologi maklumat walaupun tidak menamatkan sebarang pengajian rasmi. Sehingga kini, status mereka tidak dapat dipastikan dan hanya Redjoy dibicarakan. - Agensi Berita berkaitan Ariel Mahu Bertaubat, Lihat Gambar Terhangatnya, PANAS! |
| Khir Toyo Sepatutnya Kosongkan Juga Kerusi ADUN Sungai Panjang Posted: 07 Dec 2010 06:11 AM PST Khir Toyo serah surat letak jawatan Ketua Pembangkang esokKhir didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. — gambar fail SHAH ALAM, 7 Dis — Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kepada Badan Perhubungan Umno negeri, esok. Katanya beliau menyerahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk mengisi jawatan itu. "Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Badan Perhubungan Umno Selangor sebagaimana yang diumumkan menerusi laman blog saya, www.drkhir.com, semalam," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Semalam, bekas Menteri Besar Selangor itu menerusi laman blognya mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang Selangor berkuatkuasa serta-merta. Beliau yang juga Adun Sungai Panjang dan anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti. Semalam Khir, 45 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di No 8 dan No 10, Jalan Suasa 7 /1L, Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM6.5 juta yang dibeli dengan harga hanya RM3.5 juta. Selain beliau, pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Haryoni, 52, yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Khir pada 29 Mei 2007. Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Khir yang menjadi Menteri Besar Selangor ke-13 menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar, dari Ogos 2000 hingga Februri 2008, berkata beliau memutuskan meletak jawatan demi kebaikan parti dan juga taraf jawatan tersebut. Katanya, adalah lebih baik beliau melepaskan jawatan tersebut sementara menunggu proses mahkamah yang akan menentukan sama ada beliau bersalah ataupun tidak mengikut pertuduhan itu. Beliau berkata keputusan itu diambil kerana khuatir kemungkinan akan wujudnya pelbagai andaian serta spekulasi daripada pihak luar khususnya pembangkang yang akan mengaitkan tuduhan itu dengan parti dan jawatan Ketua Pembangkang Selangor. — Bernama Ulasan GB Jika demikian menurut kata Khir (tulisan yang ditebalkan) adalah wajar juga untuk Khir Toyo mengosongkan kerusi ADUN Sungai Panjang kerana rakyat boleh juga mengaitkan tuduhan itu dengan jawatan yang dipegang oleh Khir dahulu iaitu Menteri Besar yang diperolehi setelah menang pilihanraya di DUN. Apa-apa pun rakyat sedang mengikuti perkembangan kes ini samada UMNO BN benar-benar bertindak untuk mengambil tindakan ke atas perasuah-perasuah atau ia sekadar bermain wayang. Kes Khir Toyo: Najib Dingat Jangan Hanya Bersandiwara |
| Kerajaan Dibidas Umum Kenaikan Harga Secara "Tembak Curi" Posted: 07 Dec 2010 04:44 AM PST MTUC dakwa kerajaan 'tembak curi' umum selaras subdisi, naik hargaPenyokong protes kenaikan harga minyak mengambil bahagian dalam sebuah demonstrasi di Kuala Lumpur, 13 Jun 2008. — Foto Reuters KUALA LUMPUR, 7 Dis — Konges Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyifatkan kerajaan memilih cara "tembak curi" untuk mengumumkan pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dan gula berkuat kuasa Sabtu lalu. Sehubungan itu badan induk pekerja itu berkata, langkah kerajaan yang diumumkan petang Jumaat lalu amat dikesali kerana keputusan diambil tanpa mengadakan perbincangan dengan kesatuan sekerja, badan pertubuhan bukan kerajaan termasuk badan pengguna. "Kerajaan memilih malam Jumaat lalu untuk menaikkan harga bahan bakar petroleum dan harga gula. "Ini untuk memastikan bahawa berita kenaikan harga bahan-bahan keperluan asas ini tidak serta-merta akan disambut oleh para wakil rakyat di Parlimen. "Kali ini kerajaan telah memilih cara 'tembak curi' tanpa banyak perbincangan dan memberi maklumat awal," kata Presiden MTUC Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataan. Katanya, sebelum ini pegumuman kenaikan harga bahan bakar petrol dibuat ketika sidang Parlimen ditangguh. "Amat jelas tarikh dan masa dipilih sebagai taktik pengolahan berita untuk memastikan berita ini akan tenggelam dan diharapkan orang ramai akan lalai dan tidak marah. "Setelah diumumkan kenaikan harga ini para menteri yang bertanggungjawab dan menteri yang lain terus 'padam' tidak memberikan apa-apa pandangan. "Seolah-olah adanya arahan agar berita kenaikan harga barangan ini tidak dibincangkan secara meluas," kata Syed Shahir. Beliau mendakwa satu pekara yang amat jelas ialah bagaimana berita kenaikan bahan asas ini diolah untuk memperdaya pandangan orang ramai. Katanya lagi, perkataan seperti keseragaman harga, penyelarasan harga, penarikan subsidi, rasionalisasi harga telah digunakan. "Perkataan 'naik harga' terus tidak muncul dalam akhbar dan media. "Kenaikan harga bahan asas ini pasti akan membawa padah terutama kepada kaum pekerja yang berpendapatan rendah. Apabila harga barang keperluan asas ini naik, ia bermakna gaji kaum pekerja menurun. "Kuasa beli yang dimiliki melalui upah gaji pada hakikatnya semakin merosot. Dua puluh sen harga gula naik ertinya dua puluh sen pula duit gaji kita semua turun," kata beliau lagi. Pemimpin kesatuan ini juga berkata, harus disedari bahawa walaupun yang dinaikkan hanya harga hanya gula dan bahan bakar petroleum tetapi yakinlah barangan lain juga akan turut sama naik. "Ini kerana bahan-bahan ini bukan tegak berdiri sendirian. "Gula bersangkutan dengan minuman dan kuih-muih manakala minyak, satu bahan yang paling penting untuk pengangkutan akan menjemput kenaikan harga bahan bahan lain," kata beliau. Syed Shahir juga berkata MTUC mahu agar pentadbiran Najib yang berslogankan "Rakyat Didahulukan" akan menterjemahkan slogan ini dengan tepat. "Tembak curi tidak selari dengan slogan 'Rakyat Didahulukan,'" katanya. -TMI |
| Mati Dipijak Gajah Liar Di Gua Musang Posted: 07 Dec 2010 03:15 AM PST Gua Musang, 7 Dis — Seorang lelaki maut dipijak gajah liar manakala empat rakannya terselamat dalam kejadian dikejar sekumpulan gajah semasa mereka mencari buah keranji di Hutan Bring, dekat Pos Pasik di sini petang semalam. (Gambar fail)Mangsa, Muhamad Adnan Iberahim, 26, dari Kampung Bertam Lama, Gua Musang ditemui meninggal dunia ditempat kejadian oleh rakan-rakannya itu dipercayai dipijak gajah liar terbabit di bahagian kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata lima sahabat itu telah keluar mencari buah keranji pada pukul 8 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda. "Sebaik sampai di hutan berkenaan mereka berjalan kaki dalam kawasan hutan untuk mencari pokok keranji lalu terserempak dengan sekumpulan gajah yang dikatakan mengejar mereka. "Dalam kejadian dikejar, masing-masing lari menyelamatkan diri sebelum mereka menyedari kehilangan Muhamad Adnan," katanya di sini, hari ini. Saiful Bahari berkata rakan-rakannya itu kemudian berpatah balik mencari mangsa selepas kumpulan gajah itu beredar dari kawasan berkenaan. "Mereka menemui mangsa dalam keadaan cedera parah dan telah meninggal dunia dan membawa mayat itu ke rumahnya sebelum membuat laporan polis," katanya. — Bernama |
| Kulitnya Dipenuhi Kepingan Putih Seperti Kelumumur Posted: 07 Dec 2010 02:09 AM PST Enam bulan tidak mandiENAM tahun lepas, Mohd. Amir Zulkifli, 43, pelik melihat kulit kepalanya yang sering berkelemumur. Walaupun baru dibasuh dengan syampu berubat, dalam masa setengah jam, kulit kepalanya kembali ditumbuhi kepingan putih yang merimaskan. Menganggapnya sebagai kelemumur biasa yang disebabkan oleh peluh, Amir langsung tidak menyangka ia adalah simptom penyakit kulit, psoriasis, yang hampir melumpuhkan hidupnya. Keadaan Amir bertambah teruk dua tahun lepas. Kepingan kelemumur bukan sahaja memenuhi kulit kepala, malah merebak ke seluruh tubuhnya, kecuali bahagian muka. "Dalam masa dua bulan, badan saya penuh dengan tompok putih. Kawasan yang paling teruk ialah di bahagian belakang badan, siku, lutut dan lipatan kaki. "Pergerakan saya sangat terbatas. Saya juga jarang berbaju untuk mengelak kepingan putih terkopek dan tertanggal. "Ini kerana kepingan baru akan terbentuk jika tidak dirawat dengan sempurna. "Lebih kurang enam bulan saya tidak mandi kerana keadaan kulit yang sangat sensitif. "Ia mudah terluka dan pedih apabila terkena air," katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini. Ganti kulit Penderitaan anak kelahiran Kulim, Kedah, ini tidak terhenti di situ. Empat bulan dia hanya terlantar kerana psoriatic artritis tersebut telah melemahkan seluruh sendi di tubuhnya. Kuku kaki serta tangan Amir juga bertukar warna dan tertanggal."Dalam keadaan begitu, tidak banyak perkara yang saya boleh lakukan kecuali berharap ada penawar untuk penyakit saya ini. "Saya juga tidak boleh berada dalam keadaan tertekan kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. "Apabila saya stres, kulit akan kemerah-merahan dan tompok putih semakin banyak yang keluar," katanya. Jelasnya, setakat ini hampir RM20,000 dibelanjakan untuk merawat penyakit kulitnya itu, namun hanya baru-baru dia bertemu dengan penawar yang serasi. "Saya disyorkan oleh seorang rakan untuk menggunakan produk penjagaan kulit alternatif. "Alhamdulillah, selepas empat bulan meminumnya, keadaan saya semakin pulih. "Kulit semakin sihat dan tompok putih semakin menyusut dan hilang," ujarnya. Psoriasis yang dialami Amir bukan penyakit baru malah ia merupakan salah satu penyakit kulit tertua dan sering disalah anggap. Sering dibayangi stigma penyakit untuk orang pengotor dan menjijikan, psoriasis sebenarnya adalah penyakit sistem imuniti badan menyerang diri sendiri atau autoimun yang berulang. Ia juga dikenali sebagai penyakit kulit poliferatif atau ketumbuhan benigna kronik yang bermaksud 'gatal' dalam bahasa Yunani. Fungsi sel darah putih (sel limfosit T) yang tidak normal mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa antara 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan. Namun, bagi pesakit psoriasis, kecelaruan sistem imun badan ini menghantar isyarat untuk mempercepatkan proses kitaran kulit kepada tiga hingga tujuh hari sahaja. Ini menyebabkan kulit sel kulit membahagi dengan cepat. "Keadaan itu menyebabkan tubuh tidak dapat membuang lebihan sel kulit yang berkumpul. "Sebaliknya, ia timbul di permukaan kulit sebagai kepingan atau tompok putih yang disebut sebagai plak psoriasis. "Apabila digaru, kulit akan mudah berdarah, pedih dan gatal. Namun, tidak semua pesakit berdepan gejala yang sama," jelas Pakar Perunding Penyakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris (gambar).Bersisik Punca sebenar psoriasis belum dikenal pasti namun apa yang pasti, penyakit kulit ini tidak berjangkit, sama ada melalui sentuhan, udara, mahupun hubungan seks. Merujuk kepada kajian mengenai psoriasis yang dijalankan oleh Persatuan Dermatologi Malaysia, dianggarkan dua hingga tiga peratus rakyat di negara ini menghidap psoriasis. "Ia bermakna hampir sejuta rakyat negara ini mendapat psoriasis. "Begitupun, 80 peratus daripada penghidap tidak mendapat prosriasis kronik sebaliknya hanya mendapat psoriasis plak, iaitu radang akibat tompok bersisik yang timbul di beberapa bahagian tubuh," kata Mohd. Noh. Jelasnya lagi, tahap jangkitan psoriasis bermula daripada tompok kecil di satu bahagian seperti kulit kepala, siku dan kawasan lipatan yang merebak hingga ke seluruh permukaan badan. Kulit menjadi tebal dan keras di kawasan radang ini dan lapisan keras ini mengakibatkan sel-sel mati berwarna perak. Penyakit yang tidak boleh dijangka pertumbuhannya ini juga tidak memilih pesakit sama ada lelaki atau perempuan, berkulit cerah atau gelap, muda atau tua. "Sebanyak 40 hingga 60 peratus psoriasis dikaitkan dengan faktor keturunan. "Selain itu, pengambilan kortikosteroid, alkohol yang berlebihan, merokok, jangkitan kuman, kecederaan kulit dan tindak balas terhadap bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu turut menyebabkan jangkitan penyakit ini," katanya. Tidak menolak gangguan emosi dan tekanan yang perlu dihadapi pesakit, Mohd. Noh memberitahu, penyakit yang boleh berulang ini mampu mendatangkan kemurungan. Malah, melalui beberapa kajian, pesakit psoriasis yang teruk juga menunjukkan jangka hayat yang lebih pendek. "Tidak semua orang menderita kerana psoriasis. "Bagi ibu mengandung, psoriasis akan berkurangan malah mereka berpotensi untuk sembuh," ujarnya. -kosmo |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

























Tiada ulasan:
Catat Ulasan