Rabu, 8 Disember 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kenaikkan harga minyak, jawapan Awang Adek!

Posted: 07 Dec 2010 11:59 PM PST



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin, berkata salah satu sebab kerajaan memberikan kenaikkan harga minyak baru-bari ini adalah untuk mengurangkan penyeludupan bahan api ke luar negara. Jawapan yang diberi oleh Awang Adek selaku Timbalan Menteri Kewangan ini sememangnya sangat tepat!

Usaha kerajaan menaikkan harga minyak untuk membanteras penyeludupan bahan api ke luar negara adalah langkah yang paling berkesan. Sekiranya Awang Adek mahu menghapuskan terus penyeludupan minyak ke luar negara juga boleh dengan menaikkan lagi harga minyak di negara ini melebihi harga minyak di negara jiran. Nescaya tidak akan ada mana-mana negara jiran yang mahu menyeludup keluar minyak negara ini ke negara mereka.

Kegiatan menyeludup keluar minyak dari negara ini adalah disebabkan oleh subsidi yang diberikan oleh kerajaan menyebabkan harga minyak di negara ini lebih rendah. Oleh kerana terdapat perbezaan jurang harga inilah menyebabkan segelintir individu mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan menyeludup keluar minyak ke negara mereka.

Serupa sahaja sekiranya harga minyak di negara ini lebih mahal dari negara jiran, maka rakyat di negara ini pula yang akan menyeludup masuk minyak yang lebih murah dari negara luar untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Tiada apa yang salahnya dengan kenyataan Aweang Adek di atas. Malah sekiranya kerajaan mahu menghapuskan terus penyeludupan keluar bahan api, juga boleh! Naikkan sahaja harga minyak pada kadar RM 10 per Liter. Maka tiada penyeludup yang akan membawa minyak negara ini keluar ke negara jiran.

Pihak Polis dan bahagian imigresen serta badan pencegah penyeludupan harus berterima kasih kepada Awang Adek. Polis dan penguatkuasa anti-penyeludupan kini sudah boleh rehat, tak perlu kerja, kerana kerajaan tidak perlukan anda semua! Mereka sudah ada cara tersendiri mengurangkan penyeludupan minyak. Semua penguatkuasa boleh pakat-pakat ambil cuti setahun bergaji!

ReJaM© "Kalau harga minyak serupa antara dua negara maka tak adalah aktiviti penyeludupan, subsidi minyak boleh kumpul buat Menara Warisan Merdeka!"

Malaysia berniat jadikan Israel sebagai rakan dagang

Posted: 07 Dec 2010 11:14 AM PST



Satu lagi pendedahan mengejutkan. Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis sebagai kata-kata aluan yang dipetik seperti berikut,

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

Micha Harish menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menyatakan hasrat dengan kementeriannya, Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri bahawa Malaysia ingin mewujudkan hubungan ekonomi dengan negara Israel.

Benarkah kenyataan ini? Sekiranya tidak benar, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Micha Harish ini. Najib juga wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau!



ReJaM© "Amboi, terhegeh-hegeh Malaysia nak kawan dengan Israel?!"

Tuan Guru Nik Aziz sakit kuat!

Posted: 07 Dec 2010 10:41 AM PST


Berita ini diperolehi dari jaringan blogger pro UMNO dan Barisan Nasional. Blogger-blogger ini sepakat menyebarkan berita yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di dalam keadaan sakit tenat sejak malam tadi. Beliau dikatakan dibawa menaikki ambulan ke hospital malam tadi dari rumah beliau akibat sesak nafas.

Apa pun berita ini belum dapat dipastikan lagi kerana belum ada lagi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana akhbar. Dari pengamatan ReJaM© berita ini berpunca dari blog Malaysia Instict, dan disebarkan oleh jaringan blogger-blogger pro UMNO dan Barisan Nasional.



ReJaM© "Apapun, sekiranya berita ini benar, kita doakan semoga Tuan Guru cepat sembuh!"

Tiada ulasan: