Khamis, 30 Disember 2010

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN... POLITIK BERLANDASKAN NILAI

Posted: 29 Dec 2010 11:36 PM PST


Kenyataan Media


Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh

Hebahan : 30 Disember 2010


MENGORAK LANGKAH MASA DEPAN...

POLITIK BERLANDASKAN NILAI


Saya mengharapkan agar 2011 akan menjadi tahun perubahan, tahun yang akan dianugerahi keselamatan dan keadilan untuk rakyat Malaysia di seluruh dunia.


Saya percaya, rakyat Malaysia akan bersama-sama menjadikan perubahan dalam sistem pentadbiran negara suatu realiti menerusi Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Perubahan sedemikian akan berupaya melahirkan kestabilan demokrasi, memastikan tadbirurus baik negara dan merealisasikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.


Pemilihan saya sebagai Naib Presiden Parti Keadilan baru-baru ini telah menggerakkan fokus saya terhadap The Way Forward, Mengorak Langkah Masa Depan demi memastikan parti ini kekal berpegang pada nilai-nilai yang akan sentiasa berkembang, menjadikan ia sebuah parti yang berintegriti, adil dan saksama terhadap anggotanya dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya percaya, ini adalah tanggungjawab politik saya agar kita bersama-sama istiqamah dalam melakukan perubahan, terus membangunkan KEADILAN dan juga negara yang kita warisi, bersama-sama rakan seperjuangan kita dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP. Melaksanakan apa yang wajar dan memastikan bahawa pengorbanan anggota parti dan juga rakyat sekaliannya tidak dipersia-siakan. Untuk sentiasa mendahulukan kepentingan bersama dengan mendokong prinsip dan nilai yang kita yakini bersama.


Untuk melangkah ke hadapan, pencapaian sehingga kini, dan pengajaran daripada masa lalu perlu dinilai semula, seterusnya membentuk masa hadapan yang berpandukan realiti politik semasa, di mana rakyat kini semakin celik dan jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka dalam menegakkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Sebagai sebuah parti politik yang ingin menjadi harapan baru rakyat, sewajarnyalah KEADILAN juga jelas tentang perjuangan dan halatujunya, bukan semata-mata jelas mengenai lawan dan persaingan terhadapnya.


Langkah masa depan bagi KEADILAN adalah dengan memenuhi harapan untuk menyerlah sebagai tautan terkukuh dalam komponen parti Pakatan Rakyat, agar kepercayaan rakyat tetap utuh terhadapnya, dengan itu rakyat akan rela memberi mandat kepada KEADILAN, menerusi Pakatan Rakyat bersama rakan-rakan PAS dan DAP, untuk mentadbir Putrajaya dalam usaha memenuhi tuntutan Agenda Reformasi, yang merupakan tujuan asli perjuangan KEADILAN. Agenda Reformasi mendokong prinsip-prinsip pencerahan politik, ketuanan dan pemberdayaan rakyat serta kewujudan sebuah masyarakat dan negara madani di Malaysia. Sebagai Naib Presiden KEADILAN, saya akan memberi sepenuh komitmen untuk membina portfolio yang berkaitan dengan pembangunan politik berasaskan nilai ini. Adalah diharapkan politik berasaskan nilai ini akan menjadi dasar kepada sistem, kepolitikan dan gerakan politik dalam KEADILAN.


Justru, marilah kita menyambut tahun baru ini dengan penuh optimis dan keyakinan diri, berlandaskan kepada apa yang telah dicapai dan akan kita capai bersama.


Fuziah Salleh

Naib Presiden

Parti Keadilan Rakyat

Najib dan Anwar harus bersatu sambut wira negara demi masa depan anak muda - SAMM

Posted: 29 Dec 2010 10:45 PM PST



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyertai seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa bersyukur juga setinggi bangga serta Tahniah kepada skuad bolasepak negara.

Kemenangan ini dilihat mampu menjadikan lonjakan kepada kemajuan sukan khususnya bolasepak negara. Ia juga harus diambil kesempatan bagi mengarahkan perhatian yang lebih anak muda negara kepada kegiatan yang berfaedah seperti sukan. Penglibatan anak muda dalam sukan juga mampu memjadikan kelompok ini menjadi lebih produktif serta menjauhi gejala negatif.

Jesteru ini kita semua harus bersama berusaha menjadikan pemain-pemain skuad Harimau Malaya ini sebagai ikon dikenali kelompok muda agar ia menjadi contoh kesungguhan mereka.

Sebagai pemulaan SAMM menggesa satu himpunan sambutan wira negara harus di adakan di lapangan terbang. SAMM sendiri akan bersama menggerakkan anak muda untuk bersama ke arah itu. SAMM juga menggesa himpunan sambutan wira itu juga diadakan di seluruh negara.

Cuma dalam perkara ini demi menjayakan matlamat besar maka saya nasihatkan diri saya dan semua, himpunan-himpunan ini perlu menjauhi imej perbezaan tetapi perlu melibatkan semua. Adalah bagus kalau Najib selaku PM dan Anwar selaku Ketua Pembangkang turut terlibat agar ia mampu mencetus momentum hebat penyatuan negara.


CheguBard

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Keadilan Rembau menyambut baik kenyataan chegubard

Posted: 29 Dec 2010 10:16 PM PST


Kenyataan media 28 disember 2010
Saya bagi pihak keadilan rembau menyambut baik dan mempertahankan kenyataan chegubard.

Kenyataan che'GuBard dalam satu sidang media di bkt mertajam menunjukkan che'GuBard seorang yang berprinsip.

Antara isi penting kenyataan cheGuBard ialah
- berterima kasih dan hargai lantikan
- memohon maaf terpaksa menolak kerana masih menanti keputusan siasatan dan tindakan terhadap pemilihan 2010
- mmberi jaminan w/pun menolak jawatan lantikan jawatan pusat namun komitmen terhadap parti dan perjuangan tidak berkurang

Sesungguhnya keadilan rembau bersama dengan semangat ini.

tidak siapa antara kita menafikan bahawa umno-bn harus dijatuhkan demi menyelamatkan negara dr kezaliman dan kerakusan penyelewengan. Namun jauh dr itu sebelum memasuki putrajaya parti yg sama kita dokong ini juga harus didesak menjadi parti yg terbaik dalam menjamin hak demokrasi dan ketelusan demokrasi.

Sistem pemilihan 1 ahli 1 undi ini baik, yang salah bukan sistem tp proses. Tumpuan kita bukan kelemahan tetapi penipuan yang harus diambil tindakan.

Bersetuju,dgn kalau yg salah sekelompok kecil jgn dihukum semua ttp jgn juga lepaskan kelompok kecil yg salah Itu dr hukuman kerana jika dibiar itulah punca masalah yg besar.

Kenyataan chegubard harus dilihat dari aspek positif. Keadilan bukan spt 'parti tua' yang hanya mengangguk sahaja.

InsyaAllah apa yg berlaku akan menjadikan kami di Keadilan rembau lebih bersatu dan gigih dalam menyusun jentera dan program-program ke arah memerdekakan parlimen dan kerusi-kerusi DUN di bawah Rembau dari cengkaman BN.

Md Sani md shah
Ketua amk
Rembau

DARI ANAK MUDA UNTUK ANAK MUDA

Tiada ulasan: