Muslimeen United |
- PRK Tenang : "Projek Mee Segera" telah bermula..
- Rais, Kenapa Kau Membisu?
- Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
- Kedah Sediakan Tanah Untuk Rumah Transit Mangsa Kebakaran
- Mengapa BN pertahan undi pos
- Hakim Malaysia turuti nasihat hakim Israel ???
- PAS tak akan biarkan Umno BN rampas Kedah
- Makan Bangkai Ayam
- Stock Baru Dinar Emas 2011 sudah sampai,sila buat tempahan.
- Semarakkan Kempen PGU Hingga PRU-13
| PRK Tenang : "Projek Mee Segera" telah bermula.. Posted: 30 Dec 2010 07:23 AM PST Bila berlakunya saja Pilihanraya Kecil biar dikawasan mana sekalipun, kita akan menyaksikan berbagai-bagai projek dilaksanakan di kawasan tersebut biarpun kawasan tersebut selama ini seolah-olah tiada di dalam peta Malaysia. Antara yang biasa dilihat ialah penurapan semula jalanraya, balairaya yang rosak dibaiki semula, Jambatan yang usang dijanjikan akan digantikan, penoreh getah dibantu oleh pemimpin Negara.. dan yang paling menarik sekali ialah Wi-Fi percuma dijanjikan di Galas.. Wi-Fi?? Kah.. kah.. kah.. kenapa menteri yang menjanjikannya diam membisu agaknya sekarang ya?? Sambung balik cerita pembangunan di kawasan Pilihanraya Kecil tu.. Kita akan melihat berduyun-duyun pemimpin Negara akan bertandang ke kawasan itu.. menemui penduduk kampong yang selama ini hanya melihat mereka dikaca TV sahaja.. Rakyat akan mendengar berbagai-bagai janji yang indah-indah dari mereka, Rakyat pasti akan terpegun bila mereka menjanjikan pembangunan yang luar biasa.. Rakyat juga akan terpaku bila mendengar minyak akan diturunkan harga.. Ketika itu mereka benar-benar melihat rakyat sebagai Raja.. ketika itu juga mereka amat menghargai rakyat, apa yang rakyat pinta akan mereka laksanakan dengan seberapa segera agar undi menjadi milik mereka.. biarpun sebelum itu sudah bertahun-tahun rakyat merintih meminta diadakannya.. Ketika itu juga mereka belajar untuk merasai kesusahan hidup rakyat, mereka belajar untuk makan bersila menggunakan tangan melupakan sudu dan garfu bersalut emas mereka.. Mereka sanggup berhujan berpanas untuk menemui rakyat, mereka sanggup meninggalkan kereta mewah mereka di tepi jalan raya semata-mata untuk berjalan kaki menyusuri denai-denai dan lorong-lorong kecil bagi menemui rakyat yang daif hidupnya.. Ketika itu mereka sanggup meningalkan kerusi empuk mereka, meninggalkan pejabat berhawa dingin mereka, meninggalkan setiausaha yang cantik mereka.. hanya kerana rakyat. Dan ketika itulah mereka menjadi manusia yang amat HIPOKRIT!!! Tapi… hanya ketika itu.. selepas itu kembalilah rakyat dunia yang nyata… dunia yang amat berbeza suasananya jika dibandingkan ketika Pilihanraya Kecil berlangsung.. Kini sekali lagi mereka akan mengulanginya.. mereka akan mengulanginya di kawasan DUN Tenang pula…. Berikut adalah sedikit gambar Projek Mee Segera di DUN Tenang.. ![]() Semak samun di tepi jalanraya dibersihkan sempena menyambut PRK ![]() Berbahagialah Peneroka kita.. ![]() Penurapan jalan giat dilaksana ![]() Semua gambar-gambar datangnya dari Selatan Online | ||
| Posted: 30 Dec 2010 03:53 AM PST
Mungkin ramai yang telah membaca dokumen ini tapi tidak menyedari dalam dokumen yang ketiga biarpun ianya cuba disembunyikan dengan dakwat hitam.. tapi masih boleh dilihat jika image dokumen itu dibesarkan.. (dah dibesarkan kat bawah)Illustrasi: Dasyat punya tunduk. Cium tangan sedemikian rupanya ada makna tuh... Biarpun credibility WikiLeaks boleh dipertikaikan, jika benar dakwaan rogol ini telah berlaku sedikit sebanyak ianya akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.. namun begitu secara amnya kita tidak boleh mempraktikan undang-undang yang berbeza untuk golongan yang berbeza iaitu satu untuk pemimpin dan satu lagi untuk rakyat. Siapa saja yang dituduh mesti dibawa kemuka pengadilan bagi menghadapi perbicaraan mengikut lunas undang-undang, apatah lagi kali ini yang didakwa melakukan jenayah itu adalah adalah seorang pemimpin yang telah mendapat mandat dari rakyat.. ![]() ![]() ![]() ![]() Nampak tak?? terpapar nama DATUK SERI UTAMA .... ..... disitu.. Kalau tak nampak jugak.. kilik kat (SINI) Jika dakwaan yang terdapat dalam dokumen ini adalah benar.. Dari segi politik, memang dokumen ini amat berguna sebagai senjata oleh Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Tenang yang akan diadakan pada 30 January 2011 ini. Dokumen ini membuktikan betapa rakusnya nafsu pemimpin UMNO/BN itu dan dokumen ini juga telah menyerlahkan satu nama yang menjadi sebutan kerana dakwaan merogol amah yang bekerja untuk keluarganya mengesahkan segala spekulasi... Tapi dokumen ini juga sewajarnya digunakan untuk menegakkan keadilan buat semua tanpa mengira Pangkat, Bangsa atau apa Ideologi pegangan pemimpin itu kerana sepatutnya tiada antara kita yang dikecualikan dari undang-undang.. Buat pihak PDRM kalau di Terengganu terbukti memang cekap dalam mengendalikan satu kes rogol dengan penangkapan tiga suspek yang masih muda remaja diharap laporan yang hanya melibatkan seorang Menteri yang sudah tua ini dapat di siasat dan dibawa kemuka pengadilan… Sila dakwa dan heret Menteri yang bernafsu binatang ini kemuka pengadilan!! Buat DS Najib pula… jangan dilindung pemimpin ini.. Sumber dokumen : BigDogDotCom Artikel dari: darisungaiderhaka. Jika pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara, mengapa di dalam isu yang besar ini, dilaporkan oleh kebanyakan blog dan portal, Rais tiba-tiba membisu, seperti tikus yang menyorok di celah-celah lubang angkasapuri? Apakah sudah tidak mampu untuk bersilat dengan kata-kata atau sudah hilang kosakata dengan telo minangkabau kamu yang seringkali digunakan untuk memukau para wartawan dan pemberita? Apakah sudah kecut untuk berdepan dengan wartawan/blogger, Datuk Ahiruddin Atan yang kamu telah memulai laporan polis terhadapnya? Selain itu, sebelum ini Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat. Nah kini, apa tunggu lagi? Kenapa tidak buat laporan polis untuk bersihkan nama kamu keana bukankah itu (pendedahan Wikileaks) jelas ditujukan kepada kamu? Atau sudah kecut bahawa sudah ternampak sisa-sisa hidup akan dihabiskan di dalam penjara? Najib, you too, why all of a sudden so silent on the issue? -GB | ||
| Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco Posted: 30 Dec 2010 03:52 AM PST
Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan 'mengganggu' mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor. "Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat. "Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media. Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa. Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar. Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu. Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat. Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan. "Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya. Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. -Hrkh | ||
| Kedah Sediakan Tanah Untuk Rumah Transit Mangsa Kebakaran Posted: 29 Dec 2010 10:01 PM PST
Kedah Sedia Bina Rumah Transit Untuk Mangsa Kebakaran Di Bukit MalutGambar: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak (dua kiri) menyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada salah seorang mangsa kebakaran di Bukit Malut di sini, hari ini. Kerajaan Kedah sedia membina rumah transit kepada mangsa kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut di sini semalam sekiranya mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak. "Kita tiada masalah untuk membina pada bila-bila masa sekiranya mendapat persetujuan MKN kerana penduduk kawasan Bukit Malut adalah di bawah pengawasan MKN," katanya kepada pemberita selepas manyampaikan sumbangan kerajaan Kedah sebanyak RM500 kepada mangsa terbabit di Bukit Malut di sini pada Rabu. Kebakaran 59 buah rumah di sini menyebabkan 260 orang kehilangan tempat tinggal.Azizan berkata kerajaan negeri akan menyediakan sebidang tanah di Langkawi untuk pembinaan rumah transit itu kerana kawasan yang mereka duduki sekarang dimiliki tiga pemilik termasuk Permodalan Kedah Berhad (PKB). Pada masa ini, mangsa-mangsa itu ditempatkan di khemah sementara dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makan minum mereka. Sebelum ini, mereka ditempatkan di surau dan rumah keluarga. -Bernama | ||
| Posted: 29 Dec 2010 09:59 PM PST
Mereka seolah-olah bermati-matian bagi memastikan sistem itu terus relevan, biar pun negara sudah lama keluar dari status darurat. Komunis yang pernah menggugat negara sudah lama meletak senjata. Contoh mudah dapat dilihat berlaku di Galas pada 4 November lalu. Undi pos yang diterima PAS hanya 26 undi (17.68 peratus) berbanding dengan BN (82 peratus). Begitu juga di mana-mana sahaja pilihan raya undi pos menjadi penyelamat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kecuali pilihan raya umum 1999. Di Jeli undi pos di kalangan askar wataniah di Kem 301 dan Kem 302 berjaya menyelamatkan karier politik Datuk Seri Mustapa Mohamed bagi mempertahankan kerusi parlimen Jeli masuk penggal kedua. Begitu juga Datuk Mohd Alwi Che Ahmad diselamatkan undi pos di Kem Desa Pahlawan untuk meneruskan penguasaan Umno di Dun Kok Lanas. Ramai menyebut undi pos menjadi penyambung hayat kerajaan BN dan menyelamatkan maruah Umno. Maka bagi memastikan kubu tersebut tidak dirobek Pakatan Rakyat dalam misi melangkah ke Putrajaya, kerajaan BN merancang mewujudkan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen. Malah kerajaan BN tanpa berselindung menyebut hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan parlimen telah diisi dengan pasukan itu. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Ismail Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu menjangka askar wataniah akan ditempatkan di 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan. Malah kementerian itu mensasarkan seramai 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang, di mana kini difokus di Sarawak dan Perak. Tahun lepas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di 222 kawasan Parlimen bagi memantapkan sistem pertahanan negara. Difahamkan satu kompeni mengandungi sekurang-kurang tiga plakton atau 105 anggota. Jumlah itu tidak termasuk isteri setiap askar wataniah yang turut didaftar sebagai pengundi pos. Ini bermakna seramai 210 pengundi pos dari kalangan askar wataniah terdapat di setiap kawasan parlimen. Kalau didarab 222 bermakna terdapat 46,620 pengundi pos baru di seluruh negara. Sedangkan sasaran kerajaan mempunyai 66,600 askar wataniah di seluruh negara. Dan jumlah itu kalau didarab isteri setiap anggota menjadikan jumlah undi pos seramai 133,200 orang. Bermotif politik Seorang bekas pegawai tentera ketika ditemui berkata, penubuhan satu kompeni askar wataniah di setiap kawasan parlimen sebenarnya lebih bermotif politik dan bukan semata-mata bagi memantapkan pertahanan negara. Katanya, setiap anggota wataniah akan didaftar di bawah undi pos sebagai strategi bagi menyelamatkan Umno dan BN. "Itu belum lagi dicampur dengan isteri setiap anggota askar wataniah. Kewujudan kem askar wataniah merupakan pakej penyelamat kerajaan BN," katanya di sini. Difahamkan bilangan anggota tentera termasuk unit infantri, Askar Melayu Diraja dan renjer sebelum ini berjumlah lebih 130,000 orang. Bagaimanapun daripada jumlah tersebut anggota tentera yang benar-benar berkhidmat di luar kem termasuk di sempadan hanya dalam jumlah agak kecil. Selebihnya anggota bahagian sajian dan perkhidmatan yang bertugas di unit gaji dan perbekalan. Mereka tidak dikerah berkhidmat di luar kem untuk melayakkan disenarai sebagai pengundi pos. Namun kerajaan BN tetap menyenaraikan setiap anggota tentera dan polis sebagai pengundi pos biar pun mereka tidak berkhidmat di tempat yang kritikal. "Malah pegawai tentera yang berpangkat Jeneral tidak pernah bertugas di perbatasan untuk disenaraikan sebagai pengundi pos. "Mengapa mereka dibolehkan keluar bermain golf, sedangkan untuk keluar mengundi sebagai pengundi biasa tidak boleh," kata bekas pegawai tentera terbabit. Seorang lagi bekas pegawai tentera, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman turut mempersoalkan mengapa kerajaan BN beriya-iya benar mahu mempertahankan undi pos kalau tidak bermesej politik. Katanya, undi pos sudah tidak sesuai lagi digunakan sekarang memandangkan keadaan negara sudah aman dan bukan kacau bilau seperti zaman darurat. Menurut beliau anggota tentera yang hanya berkhidmat di kem boleh keluar mengundi seperti pengundi awam. "Lebih menghairankan lagi mengapa isteri anggota tentera juga disenarai sebagai pengundi pos. Ini sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali. "Tengok sedikit masa lagi setiap kawasan parlimen akan mempunyai kompeni askar wataniah. Tidakkah itu semua memberi undi percuma kepada Umno dan BN," katanya yang juga anggota Exco kerajaan negeri. Persempadanan baru Persempadanan baru kawasan pilihan raya memerlukan undian dua pertiga anggota Dewan sebelum diluluskan. BN tidak memiliki dua pertiga daripada 141 anggota parlimennya. Biar pun dibantu lima anggota parlimen Keadilan yang belot, BN belum mempunyai kekuatan untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan persempadanan pilihan raya diadakan. Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Wee Chong Keong (Wansa Maju) yang menggelarkan diri mereka sebagai blok Bebas belum mampu membantu BN memiliki kuasa dua pertiga. Kalau mengikut ayunan sejarah pilihan raya di negara ini sejak merdeka, BN akan bangkit semula selepas lemah. Misalnya pada PRU-8 (1990) BN kehilangan Kelantan. Namun pada PRU-9, BN bangkit semula biar pun gagal dalam misi merampas semula Kelantan. Kemudian pada PRU-10 (1999) menyaksikan BN merosot ekoran gelombang reformasi. Namun pada PRU-11 (2004) BN bingkas semula dengan kedudukan paling selesa dalam sejarah pilihan raya. BN mendapat undi popular sehingga 90 peratus. Ketika itu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai jentera BN. Apakah sebenarnya faktor menyebabkan kedudukan BN paling selesa pada pilihan raya tersebut. Selain momokan 'Mr Clean' yang disinonimkan dengan Pak Lah, namun faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003 turut menjadi penyumbang penting. Di bawah Perkara 113(2), Perlembagaan Persekutuan tanggungjawab bagi menjalankan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri diberikan kepada SPR. Persempadanan hanya boleh dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun selepas selesai kajian semula persempadanan sebelum itu. Prinsip mengagihkan wajaran di kawasan luar bandar dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, di mana variasi saiz (jumlah pemilih) di antara mana-mana dua kawasan haruslah tidak melebihi 15 peratus. Sejak 1952 persempadanan semula dilakukan sebanyak lapan kali. Malangnya wajaran 15 peratus yang dipersetujui tidak digunakan selepas beberapa pindaan kepada Perlembagaan sejak 1973. Persempadanan semula perlu disiapkan dalam tempoh dua tahun. Kali terakhir dibuat pada Mei 2003. Dan sepatutnya persempadanan dilaksanakan pada tahun 2011. Dan sekiranya persempadanan menjadi kenyataan, kalau mengikut teori ayunan, BN akan bangkit semula pada PRU-13. Namun, dengan kekurangan majoriti dua pertiga proses ke arah persempadanan semula kawasan pilihan raya masih tidak kedengaran. Undi pos selamatkan Najib Tanpa faktor itu BN tentunya lebih gundah bagi menghadapi PRU-13. Ini kerana faktor persempadananlah yang pernah memenangkan Dato' Seri Najib Razak di parlimen Pekan Dalam pilihan raya 1999. Ketika itu beliau menang dengan majoriti hanya 241 undi. Sedangkan di Pekan ada 2,400 undi pos. Kemudian pada persempadanan semula 2003, Kem Batu 10, Kuantan dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Pekan. Maka tidak salah kalau dikatakan undi pos menjadi penyelamat karier politik Najib di Pekan, Mustapa di Jeli dan Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang. Bagi mendepani isu berkenaan, Pakatan Rakyat seperti tidak banyak pilihan. Kalau dalam isu saman ekor ada NGO yang dikenali sebagai KASE, manakala bagi menentang ISA atau GMI. Isu undi pos perlu ditangani secara berterusan. Gerakan kesedaran bagi mendedahkan keburukan sistem pengundian tersebut perlu dijaja dari mulut ke mulut. Natijahnya bagi memastikan mereka yang mengundi akhirnya menjadi malu, kerana tanpa sedar mereka merosakkan demokrasi. Biar pun ada sedikit ruang membolehkan wakil calon yang bertanding memasuki kawasan kem, namun mereka hanya mampu memerhati dari jarak jauh. Alasan pegawai tentera bertugas, kem merupakan kawasan keselamatan. Calon PAS di Dun Bukit Bunga, Jeli, Sufely Abdul Razak pernah mendakwa peti undi pos disimpan di dalam kem tanpa ada jaminan kawalan keselamatan selepas pengundian dijalankan. Sekarang apa yang mampu diharapkan dengan sistem demokrasi alaMalaysia. Undi pos boleh menjadi penghalang impian Pakatan Rakyat menghayung langkah ke Putrajaya. Sejak merdeka sehingga sekarang gelanggang pilihan raya dibina di lantai yang senget. Mangsanya pembangkang yang kini bernama Pakatan Rakyat. Akhirnya impian Pakatan hanya sekadar retorik sekiranya gelombang kesedaran rakyat masih di tahap lama. | ||
| Hakim Malaysia turuti nasihat hakim Israel ??? Posted: 29 Dec 2010 07:15 PM PST
| ||
| PAS tak akan biarkan Umno BN rampas Kedah Posted: 29 Dec 2010 07:14 PM PST Biarpun adanya perubahan pada pucuk kepimpinan Umno negeri di Kedah, ia tidak akan memberi apa-apa impak terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) yang diterajui oleh PAS selama ini.Mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berikrar untuk merampas semula pemerintahan negeri dalam pilihan raya umum yang akan datang, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan hasrat murni pemimpin Umno tersebut. "Hasrat dan cita-cita beliau itu adalah sesuatu yang baik. Namun begitu, sekiranya pimpinan baru yang dilantik menerajui kepimpinan tidak dapat membuat reformasi yang lebih efektif dari kepimpinan terdahulu, maka adalah lebih baik teraju sebelum ini dikekalkan. "Walau apa pun aspirasi mereka, PAS tidak akan sekali-kali memberi peluang kepada Umno untuk meneruskan hasrat mereka untuk mencapainya dengan jalan yang mudah. Siapa saja yang menjadi pesaing kepada parti lawan, kita akan terus berjuang tanpa menyerah kalah kepada mereka," tegasnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri. Baru-baru ini, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Bashah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata menggantikan Datuk Seri Shafie Afdal sebagai Pengerusi Umno Kedah. Rombakan yang dibuat itu juga sebagai salah satu alternatif Umno bagi menguatkan barisan kepimpinan negeri yang terdiri dari pemimpin tempatan menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan bermula tidak lama lagi. | ||
| Posted: 29 Dec 2010 07:11 PM PST
Ayam mati lemas sebelum disembelih???Sembelih tidak sempurna dan lemaskan ayam selama 10 minit dalam air, merupakan kaedah sembelihan yang digunakan oleh sebuah pusat sembelihan di Batu 13 1/2 Jalan Kuching Serian di sini dan cara operasi tersebut telah mengecewakan pihak Majlis Islam Sarawak yang membuat satu operasi bersepadu pusat sembelihan ayam di Kuching tengah malam tadi. Operasi yang turut disertai Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Putit Matzen itu telah bertindak untuk mengantung serta merta sijil halal yang telah dikeluarkan kepada pusat sembelihan terbabit selama sebulan. Putit berkata pemegang sijil halal bertanggungjawab dalam memastikan setiap operasi pemprosesan makanan termasuk penyembelihan mematuhi standard yang telah ditetapkan JAIS. "Kalau cara sembelihan tidak sempurna walaupun daripada penyembelih yang diiktiraf Jais, ia tetap tidak sempurna dan begitu juga kalau ayam sengaja dilemaskan selama 10 minit, itu lebih daripada had," katanya kepada pemberita. Beliau berkata Jawatankuasa Taknikal Persijilan Halal akan memastikan pusat sembelihan terbabit benar-benar telah mematuhi standard sembelihan yang telah ditetapkan sebelum mereka mendapat balik sijil tersebut. Ada sembilan pusat sembelihan ayam segar beroperasi di Kuching. Kira-kira 40 pegawai daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk pasukan polis turut serta dalam operasi yang berakhir jam 3 pagi itu. -sarawakupdate Gambar ehsan Bernama: ![]() ![]() ![]() ![]() | ||
| Stock Baru Dinar Emas 2011 sudah sampai,sila buat tempahan. Posted: 29 Dec 2010 02:20 PM PST Assalamualaikum dan selamat sejahtera www.dinarkelantan.com.my MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. DINAR KELANTAN.COM.MY ADALAH LAMAN WEB RASMI WAKALAH DINAR KELANTAN YANG DILANTIK KERAJAAN NEGERI KELANTAN. | ||
| Semarakkan Kempen PGU Hingga PRU-13 Posted: 29 Dec 2010 02:18 PM PST
|
| You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.


Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan