Kerabu Bersuara ® |
- Ulu Yam drowning mishap: 3 cousins die
- Cuepacs president plays down election protests
- Putrajaya dan Jakarta digesa siasat kes menteri rogol pembantu rumah
- Abdullah Sani : Hormati hak perwakilan MTUC
- Khalid Samad : Perlantikan Khusrin langkah pertama Umno-BN rampas Selangor
- Suspek tahanan reman pembunuhan Nurin Jazlin tuntut keadilan
- Student registrations tomorrow to go on
- No shi’te Islam in IIUM, says rector
- Manikavasagam bidas fitnah rasis Gobala
- DBKL roboh sarang pelacuran sekitar Kuala Lumpur
- MP Teo: Saya akan terus layan jemputan masjid, tak kisah Utusan serang
- N.Surendran bukti ahli sah PKR sejak 2002
- Petua Menjaga Kesihatan Mata
- Petua Politik: Perubahan ?
- Kelantan terkilan cuti hari Jumaat
- Mahfuz: Biar Kedah jelaskan mengapa saya letak jawatan
- Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
- Belia Sabah mahu digunakan gelaran Harimau Malaysia bukan Harimau Malaya
- PMRU: Maahad Muhammadi Perempuan terbaik Yik
- Bola, Cuti, Menteri Dapat Gaji, Majikan Boleh Mati
- Kedah umum cuti Ahad ini
- Syabas Mahfuz!
- Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR
- Usul Tergempar Mesyuarat Penuh MPKj: Perlantikan Khusrin Munawi Dipertikai & Logo 1 Malaysia Dilarang
- Hebahan Segera: Selangor buat solat hajat, mohon selesai kemelut
| Ulu Yam drowning mishap: 3 cousins die Posted: 30 Dec 2010 03:00 PM PST HULU SELANGOR, Dec 30 — Three students who were also cousins drowned while swimming at the Sungai Sendat waterfall in Hulu Yam near here today. The victims were Tan Ching Wee, 10, and Tew Chew Ying, 13, and Kok Soo Dee, 19, all from Klang. Hulu Selangor police chief Supt Norel Azmi Yahya Affandi said in the 1pm incident, the girls toghther with five other family members were swimming at the waterfalls when suddenly the three of them started shouting for help. "Chew Ying's mother Kok Soo Peng together with the other members of the family as well as members of the public tried to help but were unsuccessful," he said in a SMS to Bernama. He said rescuers from the Kuala Kubu fire station managed to retrieve their bodies about an hour later. The bodies were sent to the Kuala Kubu Baru hospital. — Bernama |
| Cuepacs president plays down election protests Posted: 30 Dec 2010 02:45 PM PST KUALA LUMPUR, Dec 30 — Cuepacs president Omar Osman said today that all the protests raised by several affiliated members of the congress yesterday would not stop him from continuing with the trust placed on him. Omar, who was elected for a second term for the 2010-2013 session at the 25th Triennial Convention last week, refused to comment on the protests. "The new leadership will continue the mandate given at the convention by focusing on the planning for next year. We want to carry out the decisions of the convention...where our direction for 2011 is to raise the standard of the service scheme and the existing grades. "Our focus is for next year...on the protests, I don't wish to comment," he told reporters at Wisma Cuepacs, here. Yesterday, several affiliated members of the Cuepacs had submitted protests claiming that there were breaches to the constitution and regulations at the convention from Dec 21 to 23. Meanwhile, Omar said that next year, the congress would endeavour to get more affiliated members besides getting all eligible civil servants to become members of the union. "For the year 2011, we are targeting to raise the integrity of civil servants, raise productivity ...and want to resolve the problems of the more than 6,000 workers, who were reported to have problems by the Director-General of Public Service Department, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah recently. We will try to help," he said. He also planned to meet with the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin in the near future to discuss the problems of civil servants under the State Education Department whose contracts were not renewed. He said that on Jan 12, he would attend the meeting with the Public Service Department (PSD) at Putrajaya to discuss the new evaluation to replace the Efficiency Level Assessment (PTK) examination. — Bernama |
| Putrajaya dan Jakarta digesa siasat kes menteri rogol pembantu rumah Posted: 30 Dec 2010 08:30 AM PST SHAH ALAM 30 Dis : Putrajaya dan Jakarta digesa bertindak atas dakwaan seorang Menteri kanan Kabinet Perdana Menteri Najib Razak merogol pembantu rumahnya dari Indonesia sebagaimana yang didedahkan oleh Wikileaks. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pengarah pertubuhan bukan kerajaan Tenaganita, Irene Fernandez menegaskan Malaysia tidak harus menutup kes itu, sebaliknya mengambil tindakan tegas demi menegakkan keadilan. Menurut Wikileaks, pembantu rumah itu mengaku di rogol oleh menteri berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 2007 sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia. Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi tidak mengambil apa apa tindakan atas hasil siasatan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menemuramah mangsa berkenaan di Jawa Tengah pada tahun sama. Migrant Care turut hantar laporan kepada kerajaan Amerika Syarikat dan Indonesia. Selain pejabat Tun Abdullah, Migrant Care turut menghantar hasil siasatannya itu kepada Kedutaan Amerika Syarikat dan Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Hasil siasatan Migrant Care itu dibocorkan oleh wikileaks baru-baru ini dan menjadi berita utama di alam siber malaysia. "Dikatakan bahawa menteri itu masih menteri, masih dalam kabinet dan sekiranya benar saya rasa amat pentinglah bagi kerajaan untuk membersihkan nama kerajaan. Menteri-menteri kabinet tak ramai, walaupun kita ramai tinbalam menteri, tapi orang semua memikirkan yang mana satu," kata Khalid. "Sebaik-baiknya kerajaan mengambil tindakan, samada untuk menafikan, atau membuktikan sebaliknya ataupun sekiranya benar, mengambil tindakan terhadap menteri tersebut. Kita difahamkan bahawa mangsa adalah pembantu rumah Indonesia yang telah berkahwin," tambah beliau. Irene turut menggesa jakarta mengambil iktibar supaya mempertahankan hak rakyatnya. " Jangan ketepikan atau tutup kes ini. Rakyat mesti tahu siapa Menteri yang terlibat. Saya berharap pemerintah Indonesia mengambil ambil berat dan jangan ada persoalan diplomatik kerana sesiapa yang membuat jahat mesti bertanggungjawab," kata beliau. Khalid dan Irene bersetuju atas keperluan Malaysia dan Indonesia menyiasat laporan Migrant Care bagi memastikan kesahihan dakwaan itu demi membela imej kedua-dua negara itu sendiri. "Sekiranya kerajaan tidak membuat apa-apa maka ianya akan menjejas hubungan kita dengan Indonesia di mana tanggapan orang Indonesia bahawa orang Malaysia pandang hina terhadap rakyat Indonesia itu akan terbukti benar, kalau kerajaan hanya mendiamkan diri," tegas Khalid. "Tak lamalah, cerita ini akan keluar, (mungkin) dengan lebih butiran lagi. Saya rasa kerajaan Malaysia harus mementingkan hubungan dengan Indonesia dan mementingkan keadilan. Kalau ada menteri yang terbabit, beliau harus digantungkan jawatan sehingga namanya dibersihkan ataupun sebaliknya," tambah beliau. |
| Abdullah Sani : Hormati hak perwakilan MTUC Posted: 30 Dec 2010 08:00 AM PST SHAH ALAM, 30 Dis – Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid, menerima dengan terbuka keputusan pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam. Beliau berkata, kekalahan ini bukan bermaksud terhentinya segala perjuangan malah, prinsip memartabatkan hak pekerja masih utuh. Laporan akhbar arus perdana hari ini melabel pemilihan kali ini telah berjaya menyingkirkan pengaruh Parti Keadilan Rakyat(PKR) apabila penyandang jawatan presiden Syed Shahir Syed Mahamod tewas kepada Khalid Atan. "Bagi saya ini peralihan perubahan dikehendaki perwakilan dan mereka berhak menentukan dan tak boleh dipertikaikan. Bagi saya hak itu tidak boleh dipertikaikan, tetapi saya lihat ini bukan perubahan. Jadi terpulanglah. "Kita tidak akan berkompromi jika kerajaan cuba menarik hak mereka dan cuba mendiskriminasikan pekerja dan membuat bantahan secara berterusan. Itu prinsip kita," jelasnya. Beliau menolak dakwaan yang menyatakan beliau tidak diterima di dalam kesatuan pekerja. Ini kerana tegas beliau, perwakilan merupakan dari kelompok yang diwakili kesatuan mereka sendiri dan dari 100 peratus pekerja dalam negara ini hanya diwakili 8 peratus. "Tidak benar jika ia menyatakan bahawa ia mewakili suara keseluruhan pekerja. Tidak, saya tidak nampak ini menjadi masalah untuk memartabatkan pekerja. Tidak betul kalau katakan saya atau Syed Shahir tewas, masih ada banyak ahli parti dalam jawatankuasa," jelasnya. Pemilihan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau MTUC yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan Khalid Atan sebagai Presiden dengan undi 255 undi mengalahkan Syed Shahir Syed Mohamod yang hanya meraih 213 undi. Bagi jawatan timbalan presiden Mohd Jaafar Majid menang 170 undi kalahkan dua calon, P Maniam 157 dan Abd Razak Mohd Hassan 140 undi. Manakala jawatan Setiausaha Agung disandang oleh Abd Halim Mansor dengan undi 188 undi mengalahkan J Solomon 117 undi dan Abdullah Sani Abdul Hamid 165 undi. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau singkatannya MTUC merupakan satu kongres persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia. Kongres ini asalnya ditubuhkan pada 1949 dan didaftarkan di bawah Akta Kemasyarakatan, 1955. Ia merupakan pusat kesatuan kebangsaan yang tertua mewakili pekerja-pekerja Malaysia. Kesatuan yang bergabung dengan MTUC berasal dari semua industri dan sektor utama dengan anggaran 500,000 ahli. |
| Khalid Samad : Perlantikan Khusrin langkah pertama Umno-BN rampas Selangor Posted: 30 Dec 2010 07:45 AM PST SHAH ALAM, 30 Dis – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan mengulangi tindakan jahatnya merampas kuasa di Perak, apabila meletakkan dirinya sendiri sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor serta melantik seorang yang tidak layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) ke jawatan tersebut. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata dalam satu sidang media petang tadi di Shah Alam, perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK merupakan tindakan pertama Najib dalam usaha merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat. "Tindakan melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diantara tindakan-tindakan yang pertama dilakukan oleh Najib untuk melaksanakan perancangan nak jatuhkan kerajaan negeri Selangor ini," dakwa beliau. Tegasnya, ini merupakan satu petanda bahawa Umno di bawah pimpinan Najib akan menggunakan apa jua cara sekalipun untuk merampas kembali kuasa di Selangor. "Ini merupakan satu petanda kepada kita bahawa Umno nak rampas kuasa kembali di negeri Selangor dengan apa jua cara sekalipun. Dia nak ulangi apa yang dilakukan di Perak," katanya. Beliau menambah, perlantikan Khusrin adalah semata-mata untuk menimbulkan kekecohan hingga Dewan Undangan Negeri Selangor berjaya dibubarkan. "Apabila didapati bahawa kerajaan-kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan mungkin tidak akan turut sama dalam pilihanraya yang akan diumumkan di peringkat federal kerana kita ada hak untuk kekal selama lima tahun, maka dia nak wujudkan satu suasana yang akan memaksa kerajaan negeri untuk bubar secepat mungkin lalu dia lantik seorang yang tidak layak menjadi setiausaha negeri sebagai setiausaha negeri," jelasnya. Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin. "Seperti biasa, Umno-BN nak mencemar institusi kesultanan Melayu dengan mengheret masuk institusi Sultan dalam persoalan ini dan apabila mendapat restu daripada Sultan, maka digunakan kembali isu derhaka kepada Sultan dan sebagainya sekiranya kerajaan negeri Selangor menolak Khusrin sebagai calonnya," tegas beliau lagi. Khalid seterusnya menjelaskan, tindakan kerajaan pusat merupakan satu tindakan yang membelakangkan rakyat negeri Selangor, kerajaan Selangor dan mencemar serta mencalar institusi kesultanan itu sendiri sambil memastikan segala perancangan kerajaan Selangor gagal dilaksanakan. "Jahat dan buruknya sikap kerajaan pusat jelas terbukti melalui tindakan ini dan ianya tidak akan berhenti di situ, seperti mana yang disebutkan tadi, ianya merupakan tindakan awal untuk menentukan bahawa apa yang dikehendaki dan diusahakan oleh kerajaan negeri Selangor akan digagalkan," jelas beliau lagi. |
| Suspek tahanan reman pembunuhan Nurin Jazlin tuntut keadilan Posted: 30 Dec 2010 07:30 AM PST SHAH ALAM 30 Dis - Seorang peniaga kain dan adik iparnya Mohamad Zamri Ibrahim dan Mohamad Suhaimi Yusof yang menjadi suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, tiga tahun lalu, masing-masing menuntut keadilan akibat tahanan reman. Ini berikutan apabila tuntutan plaintif (Zamri dan Suhaimi) iaitu saman mereka ditolak atas alasan plaintif gagal menamakan pelaku dan hanya menamakan pegawai penyiasat sahaja. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kesal dengan keputusan ini dan meminta keadilan diberikan kepada mangsa yang dituduh tanpa pembelaan selepas itu. Beliau meminta badan kehakiman membuat keputusan dengan telus, adil dan saksama serta menilai segala aspek dalam melindungi kepentingan semua pihak dan juga kepentingan awam tanpa mengira status. Khalid turut menyatakan bahawa profesion polis dipandang serong apabila tidak berlaku adil kepada orang awam serta tidak mengikut prosedur yang betul dalam menahan suspek yang ternyata adalah bukan penjenayah. "Usaha membersihkan nama baik polis itu harus dibuat oleh polis sendiri. Sepatutnya polis jangan menutup dan melindungi tindakan seperti ini. Mereka harus bertindak tegas bahawa anggota mereka adalah profesional. Hakikat bahawa dia dipukul tidak boleh dinafikan. "Pada hakim dan mahkamah, bagi orang yang mangsa, jangan atas sebab teknikal seperti ini yang remeh, keadilan itu dinafikan. Institusi mahkamah seharusnya menjamin keadilan bagi rakyat jelata yang berhadapan dengan institusi pemerintahan yang ada kuasa," jelasnya. Mengikut pernyataan tuntutan Mohamad Zamri dan Mohd Suhaimi, mereka mendakwa mereka telah dipukul, dipijak dan ditendang dan dihentak oleh polis. Zamri berkata, mereka kemudiannya telah disoal siasat dan ditahan reman sebelum dibebaskan. Akibat daripada tindakan polis, mereka mengalami kecederaan, tekanan, kehinaan dan rasa malu yang amat sangat. Menceritakan detik penangkapan pada 27 September 2007 pukul 11.20 malam, Mohamad Zamri mendakwa dia sedang memandu kereta bersama isterinya, dan tiba-tiba dihalang tiga kereta dan beberapa lelaki berpakaian biasa di mana seorang telah mengacu pistol ke arahnya sebelum dia ditarik keluar dan digari sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kereta manakala isterinya dimasukkan ke dalam kereta berlainan. Beliau dan isteri dibawa ke kedai Arked Desa milik beliau dan menangkap seorang lagi mangsa iaitu adik ipar beliau Suhaimi Yusof yang berada di dalam kedai tersebut. "Pemeriksaan kesihatan mengesahkan saya dan Suhaimi mengalami kecederaan dan diberi ubat-ubatan. Kejadian ini semasa dibahas dalam mahkamah, kita ditangkap dan dipukul semasa dalam jagaan polis dalam tahanan reman," katanya. Sebelum ini, Mohamad Zamri berjaya membuktikan keseimbangan kebarangkalian dalam kes itu. Mahkamah membenarkan ganti rugi kecederaan RM1,500, ganti rugi salah tahan RM10,000 dan ganti rugi hukuman/teladan sebanyak RM30,000, yang membawa jumlah keseluruhan ganti rugi RM41,500. Adik iparnya, Mohd Suhaimi, pula diberi ganti rugi RM31,500 kerana dia ditahan atas alasan yang munasabah namun dia telah dicederakan dengan secara tidak wajar. Pada 20 Ogos 2007, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju. Mayatnya, ditemui pada 17 September tahun yang sama, iaitu 27 hari kemudian, dalam sebuah beg yang diletakkan di hadapan premis perniagaan di Petaling Jaya. |
| Student registrations tomorrow to go on Posted: 30 Dec 2010 07:17 AM PST KUALA LUMPUR, Dec 30 — Student registration and orientation sessions for the 2011 school year will proceed despite tomorrow being declared a public holiday in conjunction with the national team's victory in lifting the AFF-Suzuki Cup 2010. In a statement today, the Education Ministry said the sessions will continue as planned because most schools had already made the necessary preparations. For the sake of education and convenience to parents, the ministry had advised that the activities should go on, the statement said. Meanwhile, the ministry also conveyed their heartiest congratulations to the national team as well as their gratitude to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for declaring the public holiday tomorrow following the victory. The final AFF-Suzuki Cup match at the Gelora Bung Karno Stadium in Jakarta, Indonesia yesterday saw the Malaysian team beating Indonesia 4-2 on aggregate. The victory ends Malaysia's 14-year wait to bring the cup home. — Bernama |
| No shi’te Islam in IIUM, says rector Posted: 30 Dec 2010 07:15 AM PST KUALA LUMPUR, Dec 30 — International Islamic University of Malaysia (UIA) rector Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid emphasised that none of the university's students were involved with any group of the Shi'te followers. He said so far there were no reports made saying the students were involved with followers of Shi'te teaching. "Stern action will be taken against our students involved with such followers," Syed Arabi said at a media conference here today. He added that any students who became followers or were involved were regarded to have breached the ethics and discipline of the university. "If any is arrested, we need to know the reason, as it is against the university's discipline," he said after signing a Memorandum of Understanding (MoU) with the rector of the Islamic University of Medina, Kingdom of Saudi Arabia, Prof Dr Muhammad Ali Alakla, here. Syed Arabi was commenting on a raid by the Selangor Islamic Religious Department which led to the detention of about 200 Shi'te followers in Taman Seri Gombak, Selangor on Dec 17. Among those detained were believed to be lecturers, students of higher learning institutions, lawyers and government servants. The MoU which was signed today involved dialogue sessions to be held every year to discuss in detail the Islamic civilisation. "In this dialogue, which will be held alternately in Malaysia and Medina, we will assemble Muslim scholars to discuss and exchange ideas on Islam," Syed Arabi said. — Bernama |
| Manikavasagam bidas fitnah rasis Gobala Posted: 30 Dec 2010 06:30 AM PST SHAH ALAM, 30 Dis – Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) semakin "liar" hari ini apabila mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin MIC dan penyokong Barisan Nasional(BN) untuk melontar fitnah berbentuk rasis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gobala memperhebatkan serangannya terhadap Ketua Umum PKR itu setelah beliau tidak dilantik menjadi naib presiden PKR susulan pemilihan parti bulan lalu. Ahli Parlimen itu mengecam keputusan PKR melantik peguam dan aktivis masyarakat N.Surendran dan sebagai naib presiden PKR. Beliau mendakwa Surendran dilantik walaupun beliau bukan ahli PKR, malah membuat tuduhan sebelum ini bahawa peguam muda itu tidak berjasa kepada kaum India. Hari ini Gobala sekali lagi mensasarkan Anwar pada sidang akhbar yang dihadiri bersama oleh wakil Pemuda MIC S. Subramaniam dan wakil Gerakan Anti Samy Vellu K.P. Samy di sebuah restoran di Petaling Jaya. Kehadiran Gobala bersama penyokong-penyokong Barisan Nasional itu dilihat petanda jelas beliau mencabar PKR untuk mengenakan tindakan displin terhadap beliau. Beliau diuar-uarkan akan menyertai parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim pada bulan depan. Pada sidang akhbar pagi tadi, Gobala sekali lagi menuduh Anwar sebagai anti-Hindu dan mendakwa Ketua Pembangkang itu kononnya menutup sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya pada tahun 2008. Dalam membuat tuduhan itu, Gobala tidak menjawab kenapa beliau membuat tuduhan itu hanya sekarang, setelah gagal dilantik menjadi Naib Presiden PKR. Hakikat ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya membekukan kerja-kerja mengubah suai kuil itu setelah tapak berkenaan di landa masalah hakisan tanah dan tanah runtuh. Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam menolak tuduhan-tuduhan Gobala dan menegaskan tidak ada sebarang campurtangan politik bersabit kuil Sivan di Petaling Jaya. "Tidak pernah Anwar tutup mana-mana kuil. Ini tidak benar dan fitnah. Bagi saya Anwar tidak pernah tutup kuil. Kuil Bukit Gasing memang ada masalah tanah runtuh. Kita khuatir jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, mereka semua akan salahkan kerajaan Pakatan Rakyat," beliau memberitahu Tv Selangor. Manikavasagam berkata orang ramai masih dibenar menunaikan ibadat di kuil itu cuma kerja-kerja pengubahsuaian dibekukan sehingga MBPJ mengemukakan hasil siasatanya. "Jadi kita mahu tunggu laporan daripada Majlis, kalau tiada masalah kita buka. Kalau satu kuil ditutup, saya orang pertama yang akan bising. Tapi dalam isu ini saya tahu kenapa kuil ini ditutup kerana takut kejadian tanah runtuh. Kita selalu fikir pasal keselamatan. Dalam isu ini, Anwar tidak tutup kuil," tambah beliau. Manikavasagam berkata Gobala tidak berpegang kepada kebenaran apabila menuduh anwar anti-Hindu. "Siapa cakap Anwar anti-Hindu? Saya diberi bertanding di Kapar, kalau Anwar anti Hindu tidak akan beliau namakan saya calon untuk pilihanraya 2008. Sivarasa (Rasiah) bertanding juga. Kalau dia anti India, tidak ada seorang pun yang akan bertanding. Gobala pun tidak akan bertanding. Saya rasa tidak benar. Saya pun tidak tahu apa YB Gobala fikir,"kata beliau. Manikavasagam menggesa Gobala supaya menerima keputusan parti melantik Surendran sebagai naib presiden dan memberi tumpuan kepada perjuangan parti. "Saya pun kecewa tapi ini keputusan parti, Presiden dan Ketua Umum. Kecewa memang ada, saya setuju Gobala, Xavier, Sivarasa dan Suresh kecewa, kami semua bertanding. Tapi ini keputusan daripada parti, kita kena akur dan terima. Saya terima," kata beliau Hakikat ialah Surendran layak untuk memegang jawatan itu kerana rekodnya sebagai seorang aktivis dan peguam yang banyak membantu masyarakat terpinggir. "Surendren memang seorang yang rajin, selalu perihatin isu masyarakat. Dia layak. Saya yang bawa dia masuk dalam parti," tegas Manikavasagam. |
| DBKL roboh sarang pelacuran sekitar Kuala Lumpur Posted: 30 Dec 2010 06:00 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Dis – Sebanyak 11 sarang pelacuran di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini hari ini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras kegiatan rumah pelacuran lapor Bernama. Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata seramai 156 anggota termasuk wakil daripada beberapa agensi menyertai operasi tersebut termasuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Imigresen mulai tengah hari hingga 3 petang. "Tindakan hari ini adalah memecah atau merobohkan bilik-bilik yang telahpun dipecahkan sebelum ini sebanyak sembilan kali. Di Jalan Silang sahaja, kita memecah sebuah premis dua tingkat yang mempunyai 37 bilik," katanya kepada pemberita. Tiada tangkapan yang dibuat. "Mulai esok, kita akan menempatkan lima anggota serta seorang pegawai untuk memantau premis-premis berkenaan. Kita akan pantau dan lihat selepas premis-premis ini dipecahkan. Kalau ada individu yang dilihat membuka kembali premis ini, tindakan akan diambil. "Memang tiada kesudahannya aktiviti ini, kita hanya boleh pecah dan tahan lesen perniagaan mereka, tapi kita tidak boleh robohkan sesebuah bangunan 100 peratus macam itu sahaja, itu di luar bidang kuasa kita," kata Tanda. |
| MP Teo: Saya akan terus layan jemputan masjid, tak kisah Utusan serang Posted: 30 Dec 2010 05:45 AM PST Oleh Boo Su-Lyn KUALA LUMPUR, 30 Dis — Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching akan meneruskan pendekatannya menyertai aktiviti anjuran umat Islam meskipun akhbar Utusan Malaysia milik Umno terus-menerus menyerangnya termasuk yang terbaru kerana mengambil bahagian dalam senamrobik di pekarangan sebuah masjid di Balakong. Meskipun mengakui tindakan menyertai aktiviti itu di Masjid Taman Cheras kemungkinan menjejaskan sokongan undi orang Melayu, Teo berkata, beliau akan terus menyertai aktiviti seumpama itu dalam usaha merapatkan hubungan dengan para pengundinya. Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan bertajuk "Ahli Parlimen Serdang buat hal lagi?". Ogos lalu akhbar itu menyiarkan laporan mempersoalkan Teo masuk ruang solat Surau Al-Huda Kajang Sentral tanpa menutup aurat. Beliau juga dituduh menyampaikan takzirah ketika kunjungan ketika itu. Kini ia mendakwa Teo berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama-sama jemaah masjid tersebut. Menurut Teo dalam blognya di www.wretch.cc/blog/teonieching, acara tersebut adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan. "Apabila saya mendapat jemputan daripada masjid, saya akan pergi," kata Teo kepada The Malaysian Insider hari ini. "Jika mereka (Utusan Malaysia) terus menyerang saya tanpa asas, saya tidak akan putus asa. Ia majlis komuniti yang kecil. Ini peluang untuk merapatkan hubungan dengan pengundi-pengundi saya," kata beliau. Bagaimanapun pengerusi jawatankuasa surau Azemi Ahmad berkata, Teo hanya bercakap mengenai skim pinjaman pendidikan Selangor ketika mengunjungi surau tersebut. Hari ini Teo berkata, beliau dijemput oleh Masjid Taman Cheras Jaya untuk mengambil bahagian dalam senamrobik. "Jika mereka merasakan okey bagi bukan Islam untuk hadir, mengapa mesti saya tutup pintu," soal Teo lagi. "Ia majlis dianjurkan oleh (pengurusan masjid), di pekarangan masjid," kata wakil rakyat penggal pertama ini. Sehubungan itu kata Teo, beliau percaya tindakan Utusan Malaysia sedemikian akan menyebabkan jumlah pembacanya akan terus jatuh ekoran laporan-laporan yang tidak berasas dan bias. "Kami mungkin hilang beberapa undi. Tetapi, saya percaya dalam jangka panjang, Utusan Malaysia akan hilang kredibiliti," kata Teo. "Ia akhbar bias yang sentiasa menyiarkan isu-isu perkauman dan agama," katanya. Teo yang baru-baru ini dipilih sebagai ahli jawatankuasa DAP Selangor juga memberitahu, ramai kalangan orang Melayu menyokong beliau ketika menjadi sasaran serangan berhubung isu lawatan ke surau Ogos lalu. "Respons daripada orang ramai sangat bagus. Mereka menyambut saya dengan baik, saya merasakan saya melakukan yang terbaik," katanya. |
| N.Surendran bukti ahli sah PKR sejak 2002 Posted: 30 Dec 2010 05:30 AM PST PETALING JAYA, 30 Dis – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren hari ini membuktikan bahawa beliau merupakan anggota sah parti itu sejak 2002. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini beliau menunjukkan kad keahlian parti itu kepada wartawan yang hadir. Justeru kepimpinan PKR menyatakan sokongan penuh perlantikan Surendren sebagai Naib Presiden sekaligus menolak tomahan liar yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan. "Kami memang amat sokong Surendren. Semua tuduhan tidak betul. Kita sokong Surendren sebab dia muda dan banyak idea baru. Kita perlukan perubahan baru. Kita terima Surendren sebagai naib presiden dan tiada masalah," ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi. Pada sebelah pagi, Gobalakrishnan dilaporkan mempertikai kesahihan keanggotaan Surendren dengan mendakwa beliau bukan ahli PKR yang sah. Selain itu Gobala turut menuduh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang menentukan jawatan dalam PKR. Sehubungan dengan itu, pemimpin PKR akan mengadakan perbincangan selepas sekembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar negara bagi menentukan tindakan selanjutnya terhadap Gobalakrishnan. Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut menjelaskan perlantikan N Surendren sebagai Naib Presiden PKR adalah keputusan parti. Justeru kata beliau, anggota parti harus terus memberi tumpuan kepada misi utama memperjuang PKR menolak Umno-Barisan Nasional. "Saya tidak pernah melobi untuk Surendren. Ini keputusan parti dan presiden, kita tidak perlu tentang. Kalau saya tidak diberi kerusi pun tidak mengapa, tapi perjuangan parti yang penting. Kita gembira tidak ada masalah," jelas beliau lagi. |
| Posted: 30 Dec 2010 05:15 AM PST Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya. 1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi s2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih. 3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya: a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.etelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer. b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini. c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini,kui kui kui terkena korang.. 4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya. Photobucket 5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye. |
| Posted: 30 Dec 2010 05:15 AM PST Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek. Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat. Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas. "Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini. Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah. "Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan. "Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini. "Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya. Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat. "Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri. "Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya. "Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya. "Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya. Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini. "Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya. Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini. Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini. "Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya. |
| Kelantan terkilan cuti hari Jumaat Posted: 30 Dec 2010 05:00 AM PST Rizal Tahir KOTA BAHRU, 30 Dis: Kelantan melahirkan rasa terkilan berikutan kerajaan pusat memutuskan esok, (Jumaat) sebagai cuti umum berikutan pasukan bolasepak Malaysia berjaya merangkul Piala AFF Suzuki 2010. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan DakwahNegeri, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata tindakan kerajaan berkenaan akan merugikan beberapa buah negeri yang telah bercuti hari Jumaat. "Mereka juga ingin merayakan skuad negara yang menang pada perlawananitu, apa lagi pemain pasukan negara juga ada orang Kelantan," ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Kerajaan Pusat yang mengisytiharkan hari Jumaat iaitu esok sebagai cuti umum. Menurutnya lagi, sepatutnya kerajaan pusat pertimbangkan untuk mengistiharkan cuti umum pada hari-hari lain. "Kelantan tidak boleh membawa ke hadapan cuti umum berkenaan keranaianya jatuh pada hari Jumaat. "Lainlah andainya ia jatuh pada hari Sabtu, boleh dibawa pada hariesoknya," ujarnya lagi. Malam tadi Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya setelah berjaya menewaskan Indonesia walaupun perlawanan akhir kedua malam tadi, Indonesia berjaya mengalahkan 'Harimau Malaya' 2-1. Bagaimanapun Malaysia berjaya menggungguli kejuaraan edisi ke-14, dengan agregat 4-2. Dalam perlawanan akhir pertama Malaysia berjaya membelasah Indonesia 3-0, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember lalu. |
| Mahfuz: Biar Kedah jelaskan mengapa saya letak jawatan Posted: 30 Dec 2010 04:45 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Dis — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah pun memaklumkan kepada Menteri Besar dan pengurusan Kedah Sato Sdn Bhd secara rasmi apabila memutukan untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri itu baru-baru ini. Sehubungan itu kata Mahfuz, keputusannya adalah muktamad dan menyerahkan kepada pucuk kepimpinan negeri untuk mendedahkan sebab beliau berbuat demikian. "Keputusan saya muktamad. Dalam surat itu saya mengatakan bahawa saya meletakkan, saya bukan kata saya pohon mahu berhenti. "Kalau saya pohon bermakna mereka akan mempertimbangkan surat saya, tidak . . . saya sudah letak jawatan, keputusan muktamad," kata beliau sambil menambah, ia berkuat kuasa serta-merta. The Malaysian Insider difahamkan beliau berbuat demikian berkuat kuasa 20 Disember lalu. Ketika ditanya sebab berbuat demikian, Mahfuz berkata, dalam suratnya Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyebut beliau meletakkan jawatan "atas sebab yang semua orang sudah tahu". Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan sebab-sebabnya. "Terpulang kepada mereka (pengurusan dan kerajaan negeri) mendedahkan sebab mengapa saya memutuskan untuk meletakkan jawatan," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. "Saya mahu dengar apa mereka hendak berkata," katanya lagi. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider yang disiarkan pagi ini, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau tidak tahu apa-apa kononnya Mahfuz telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Sato. Laporan media lewat petang semalam menyebut Mahfuz telah menghantar surat kepada pihak pengurusan syarikat itu dan juga kepada Menteri Besar Kedah. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Azizan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Mahfuz itu. Mahfuz berkata, surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB). Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum. Desas-desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Februari lalu, Azzian menyaksikan majlis meterai kemudahan pembiayaan bernilai RM330 juta antara Bank Islam Malaysia dengan Kedah Sato bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling. |
| Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco Posted: 30 Dec 2010 04:30 AM PST Aziz Muda KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru. Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan 'mengganggu' mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor. "Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat. "Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media. Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa. Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar. Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu. Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat. Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan. "Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat," katanya. Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. |
| Belia Sabah mahu digunakan gelaran Harimau Malaysia bukan Harimau Malaya Posted: 30 Dec 2010 04:00 AM PST TUARAN, 30 Dis — Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia". Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media. Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya. "Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak. "Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya. — Bernama |
| PMRU: Maahad Muhammadi Perempuan terbaik Yik Posted: 30 Dec 2010 03:30 AM PST Yusri Amin KOTA BHARU, 30 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) muncul Sekolah Terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 2010, manakala Nur Fakhira Zakirudin Pelajar Terbaik peperiksaan PMRU 2010 dengan mendapat keputusan penuh 10A (97.40 peratus). Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong diumumkan Sekolah Terbaik bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2010, manakala Pelajar Terbaik ialah Izzah Hameeda Zamani (Maahad Muhammadi Perempuan) dengan mendapat 10 Mumtaz (97.70 peratus). Muhammad Aizat Syimir Rozani (Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chica, Pasir Mas) diisytihar Pelajar Terbaik SMTQ 2010 dengan mendapat 10 Mumtaz (92.80 peratus), manakala Mohd Izzat Izzudin Mat Jun (Pusat Pengajian Pondok, YIK) diistihar Pelajar Terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) dengan mendapat 'Mumtaz'. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Mohamad Awang ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata keputusan umum PMRU 2010 ialah 93.89 peratus, meningkat 09.84 peratus berbanding 84.05 peratus pada 2009. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok memaklumkan, kecemerlangan calon PMRU 2010 dengan mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran ialah seramai 589 orang (08.96 peratus), berbanding 458 orang (07.31 peratus) pada 2009. "Sebanyak 24 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus membabitkan Maahad Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Bantuan Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Persendirian," katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan PMRU, SMU, SMTQ dan STUP 2010 di Maahad Muhammadi, Merbau di sini pagi tadi. Menurutnya, keputusan umum peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) ialah 76.19 peratus, meningkat 07.58 peratus dari tahun 2009 iaitu 68.61 peratus. "Dari segi kecemerlangan SMU 2010, calon mendapat peringkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 1,091 orang (19.64 peratus) berbanding pada 2009 seramai 930 orang (17.35 peratus). "Bagi peperiksaan SMU 2010, enam buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus membabit Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulai Chondong, Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU (A) Bustanus Saadah, Morak dan Maahad Tahfiz Quran AlS-Muhammadi, Kundang, Johor. "Peratus umum peperiksaan SMTQ 2010 ialah 100 peratus, meningkat 0.79 peratus berbanding 2009 (99.21 peratus) membabitkan 128 calon," katanya. Bagaimana pun, pada peperiksaan STUP 2010, peratus umum dicapai 58.18 peratus, merosot 02.19 berbanding 2009 (60.37 peratus). Turut hadir Pengarah Yik, Ahmad Robert Abdul Rahim dan Pengetua MMP, Ustaz Mansor Daud. |
| Bola, Cuti, Menteri Dapat Gaji, Majikan Boleh Mati Posted: 30 Dec 2010 03:00 AM PST A Kadir Jasin TAHNIAHLAH kepada pasukan bola sepak kita kerana menang Piala AFF Suzuki lawan Indonesia. Malaysia menang agregat 4-2. Indonesia menang pusingan kedua di Jakarta 2-1 tetapi Malaysia kalahkan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur Ahad lalu. Kita semua berbangga. Kita semua gembira. Tapi adalah Piala itu begitu hebat sehingga negara perlu diberi cuti umum? Bagi kerajaan oklah. Tutup sehari dua, no problem. Gaji jalan dibayar oleh pembayar cukai. Tapi siapa nak bayar gaji pekerja swasta yang cuti? Jawabnya majikan swastalah. Tapi mereka tak ada produktiviti dan yang buka juga perniagaan, kena bayar overtime. Adakah Kementerian Kewangan akan bagi pampasan kepada majikan swasta yang hilang produktiviti dan lepas itu kena bayar overtime pula? Inilah susah bila menteri jadi menteri tetapi tidak pernah rasa susah payah jadi majikan swasta, apatah lagi majikan industri kecil dan sederhana (Ikas). Pekerja memanglah seronok. Tak payah kerja. Gaji jalan. Tapi majikan nak dapat duit dari mana? Cukai nak kena bayar. Sewa kilang dan pejabat nak kena bayar. EPF jalan. Kalau masa jalan-jalan, pekerja kemalangan atau jatuh sakit, majikan juga yang kena bayar medical. Ah, Malaysia negaraku, negara cuti, negara relaks tapi nak jadi negara produktiviti tinggi, pendapatan tinggi. Apa dah jadi dengan KPI bapa-bapa dan ibu-ibu menteri? Mimpi atau realiti? |
| Posted: 30 Dec 2010 02:54 AM PST Mohd Shubihi Muhamad Zain ALOR SETAR, 30 Dis: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengisytiharkan Ahad, 2 Januari 2011 nanti sebagai hari cuti umum bagi negeri itu ekoran kejayaan skuad bolasepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 yang dilangsungkan di Gelora Bung Karno, Indonesia, malam tadi. Azizan membuat pengumuman itu ketika berucap di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, dekat sini, pagi tadi. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada pemain dan pegawai-pegawai pasukan yang bertungkus lumus menjulang nama negara. Perlawanan akhir kedua malam tadi yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen di seluruh negara menyaksikan Malaysia berjaya mengekang kemaraan Indonesia untuk menang dengan aggregat 4-2. Malaysia adalah negara keempat di rantau ini yang berjaya menjulang piala tersebut selepas Thailand, Singapura dan Vietnam. Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010. |
| Posted: 30 Dec 2010 01:16 AM PST Kalau tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Inilah gambaran kepada tindakan Mahfuz meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd. Saya percaya sebab-sebab perletakan jawatan itu tiada kena-mengena dengan faktor luaran yakni Umno atau BN. Mahfuz memang jenis manusia yang tidak takut dengan Umno. Dia tidak hairan sangat jika berhadapan dengan konspirasi Umno. Dia pernah masuk penjara, sanggup tidak balik rumah, berhujan berpanas untuk lawan Umno. Baginya Umno kecil sahaja, enteng sahaja. Bukan sehari dua dia melawan Umno. Daripada seorang ahli biasa PAS, dia menapak sehingga ke kerusi Naib Presiden kerana melawan Umno. Sampai ke hari ini, semangat melawan Umno dalam dirinya tidak pernah luntur, walau pun dia semakin berusia. Mahfuz seperti tidak pernah penat melawan Umno / BN. Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila dia meletak jawatan dalam Kedah Sato. Orang yang tidak pernah penat seperti Mahfuz sebenarnya tidak kenal istilah letak jawatan. Tetapi dalam kes Kedah Sato, mengapa dia letak jawatan? Tentu ada sesuatu yang tidak kena. Saya percaya dia mengambil tindakan itu kerana tidak mahu mengusutkan keadaan. Atau, tidak mahu terlibat dengan sesuatu yang pada jangkaannya boleh mengusutkan keadaan. Atau, tidak mahu bertembung dengan seseorang yang bakal mengeruhkan keadaan. Tindakannya itu diyakini kerana dia sayangkan MB Kedah dan rakan-rakannya dalam kerajaan negeri Kedah. Jika dia terus juga berada di dalam Kedah Sato, dia akan bertembung dengan seseorang dan itu sudah tentu menimbulkan 'malu-malu mata' antara dia dengan orang itu. Sedikit sebanyak saya tahu sebab dan punca perletakan jawatan itu. Sembang-sembang dengan orang PAS Kedah, membawa isyarat kepada perkara ini. Memang orang tidak tahu bahawa Mahfuz akan meletak jawatan sehingga dia meletak jawatan, tetapi soksek dalaman boleh dijadikan sebab mengapa ini semua terjadi. Apa pun, keputusan Mahfuz sangat besar maknanya, jika mereka yang berkaitan pandai untuk berfikir. Sangat diharapkan, apa-apa sebab yang mendorong Mahfuz meletak jawatan diperbaiki. Dia meletak jawatan kerana isu-isu dalaman, bukan isu-isu luaran. Jika tindakan Mahfuz meletak jawatan tidak menyedarkan juga pihak yang terlibat, masalah itu akan terus membarah. Dan, tidak mustahil Mahfuz akan bersuara lebih keras. Semua orang kenal Mahfuz, dia memang seorang yang berprinsip dan tidak tahan mulut jika sesuatu yang tidak betul dilihatnya berlaku. Bukankah Mahfuz pernah bersuara suatu ketika dahulu dalam isu Arif Fahmi sehingga ramai orang marahkannya? Dia bersuara kerana dia yakin bahawa dia perlu bersuara untuk membetulkan kepincangan yang berlaku sekali pun melibatkan Tok Guru. Kepada exco negeri Kedah yang terlibat dengan isu ini, pohon diperbaiki apa-apa yang pincang. Keadilan bukan sekadar suatu falsafah tetapi sesuatu yang boleh dilihat. Syabas Mahfuz! http://sauhdibongkar.blogspot.com/2010/12/syabas-mahfuz.html |
| Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR Posted: 30 Dec 2010 12:00 AM PST Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing. PENGURUSAN KEWANGAN Johor/Pahang dengan Selangor Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang). Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa. Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil. Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19) Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta. Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009 [Selanjutnya] |
| Posted: 29 Dec 2010 11:30 PM PST MPKj, Kajang, 23 Muharram = 29 Disember (Rabu): Selepas YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi membuka Mesyuarat Penuh MPKj Bil. 12/2010 jam 10.00 pagi ini, seorang ahli majlis En. Mohamad Yusoff bin Bachek Ahli MPKj Zon 21 mohon mencadang bagi menangguhkan mesyuarat dan mengusulkan kepada majlis: Bahawasanya Mesyuarat MPKj pada hari ini mendesak Setiausaha Negara Kerajaan Malaysia hendaklah mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak Negeri – Menteri Besar Selangor bagi perlantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.`` Perlantikan Dato` Khusrin Munawi dianggap membelakangi dan tidak menghormati Menteri Besar yang sepatutnya dirundingi terlebih dahulu. Usul ini mendapat sokongan ahli majlis iaitu Encik Chandra Mohan A/L S. Thambirajah. Zon 14 MPKj. Selepas perbincangan ringkas dari segi peraturan dan disetujui, YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi membentangkan usul tersebut kepada Ahli MPKj dan mendapat sokongan 100% ahli yang hadir. Sementara itu semasa sidang menyentuh tentang kerajaan Selangor melarang menggunakan logo 1 Malaysia yang dianggap bermotif politik Adun Bangi YB Dr. Shafie Abu Bakar yang juga hadir di dalam mesyuarat membuat pertanyaan, ``Apakah sikap MPKj berhubung dengan larangan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak membenarkan penggunaan logo 1 Malaysia ?`` YDP MPKj Dato` Hasan Nawawi yang menganggap soalan itu sebagai `Soalan Cepu Mas` menegaskan: ``MPKj sebagai sebuah PBT yang berada di bawah Kerajaan Negeri Selangor adalah mematuhi keputusan yang diambil oleh pihak Negeri Selangor dan turut sama melarang penggunaan logo tersebut.`` Jawapan tersebut mendapat sokongan penuh dari ahli MPKj. Justeru itu ahli mencadangkan logo-logo 1 Malaysia yang dipasang di dalam kawasan PBT – MPKj yang sebenarnya tidak mendapat keizinan pihak berkuasa PBT – MPKj didesak supaya ditiadakan. Sekian. |
| Hebahan Segera: Selangor buat solat hajat, mohon selesai kemelut Posted: 29 Dec 2010 11:00 PM PST KUALA LUMPUR, : Ekoran beberapa kes yang melanda pentadbiran negeri Selangor, kerajaan negeri itu akan mengadakan solat hajat malam ini. Majlis solat hajat berkenaan akan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.Dimaklumkan, program tersebut akan bermula jam 6.30 petang sebelum solat maghrib. Menurut Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Arfa'eza A. Aziz, program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu. "Solat hajat untuk kesejahteraan, kebenaran dan keadilan Selangor malam ini di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS. Sehubungan itu, semua rakyat negeri Selangor dijemput menghadiri majlis tersebut yang turut akan diisi dengan ucapan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin pakatan rakyat yang lain. Majlis itu dipercayaai ada kaitan dengan isu terbaru melanda kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (Suk) yang baru iaitu Datuk Khusrin Munawi oleh pusat berkuat kuasa 1 Januari ini. Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar. Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu. Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik. Mereka turut menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan