™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Warkah Buat Abah.......oleh Kalam Usang Posted: 14 Dec 2010 10:39 AM PST Abah.....di saat abah dihina,dikeji,dituduh dengan pelbagai tuduhan sedarkah abah anak tiri ini yang membela abah,abah walaupun abah tidak pernah memberikan apa2 pada anak tiri ini,anak tiri ini tidak kesah malah anak tiri ini masih membela abah sehingga sekarang.Abah walaupun anak abah sentiasa berada di samping abah tapi sedarkah abah anak-anak abah sengtiasa mengharapkan sesuatu pada abah,tapi tidak mengapalah sebab itu memang anak abah,mana mungkin abah tidak dengar cakap anak-anak abah. Abah...biarpun abah tidak pernah hargai apa yang anak tiri buat selama ini,anak tiri tidak pernah kisah abah,tetapi anak tiri sentiasa ingat pesan abah sebelum abah dihumban ke jeriji Sg Buluh dulu,waktu itu abah berpesan kepada semua "Kalau Takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..dan anak tiri ini juga ingat abah pernah kata "lawan tetap lawan" dan abah juga seringkali pesan kepada semua "walaupun jasad terpenjara jiwa tetap merdeka" setiap pesanan abah itu anak tiri abah menjadikan azimat perjuangan,di saat abah di dalam sangkar Sg Buluh anak tiri ini sentiasa perjuangkan nasib abah sehingga anak tiri ini banyak kali dilempar di dalam trak black maria..tapi anak tiri tidak pernah kesal kerana anak tiri bukan berjuang semata-mata untuk abah,tetapi anak tiri ini nak lihat negara kita berubah sepenuhnya.. Abah....anak tiri abah ini ingin lihat negara ini berubah dengan sepenuhnya bukan ubah sahaja,tetapi buang segala kebobrokan yang ada dalam sistem berbau busuk itu.Anak tiri ini mahukan sesuatu yang lebih..walau apa yang berlaku anak tiri tetap berdiri pada prinsip yang abah ajar tika masa lalu...tetapi anak tiri kini lihat abah semakin jauh...jauh dari prinsip abah yang dahulu....lupakah abah,di saat abah dilontar ke dalam sangkar Sg Buluh rakyat-rakyat dibawah yang angkat abah,masa tu abah dijulang atas sebab apa,sebab abah seorang pemimpin yang cukup berprinsip..tapi akhir-akhir ini..... Abah....anak tiri sedar anak tiri tetap anak tiri,tetapi ingatlah abah.apa pesanan abah yang lalu anak tiri tidak pernah lupa,tapi abah lihatlah anak-anak abah yang kian jauh dari mata susur jalan yang sebenar,mereka semakin jauh abah,tetapi adakah kerana mereka anak abah,abah tetap membenarkan apa yang anak abah buat?? Hari ini abah boleh lihat betapa ramai anak-anak abah yang tidak berpegang pada prinsip yang abah pernah ajar..Abah....mana perginya abah yang dahulu...?kenapa abah sudah jauh berubah?apakah abah rasa abah sudah terlalu hebat hingga abah tidak mendengar lagi cakap-cakap orang kebanyakan...kenapa abah mesti nak dengar cakap anak pak ali...bukankah abah pernah dimalukan oleh anak-anak pak cik ali..abah sudah lupa??walaupun seorang anak pak cik ali sentiasa bersama abah,tetapi anak pak cik ali tu tak ada prinsip abah,kenapa abah tidak pernah tegur? Abah.....kini serangan kepada abah kian menjadi-jadi,negara temasik pun sudah menyerang abah,serangan di media baru lebih hebat,pelbagai jenis serangan mereka buat..tahukah abah apa signal disebalik semua yang sedang berlaku??walaupun anak tiri pernah dimarahi oleh anak-anak abah sebab anak tiri dikatakan sanggup mendoakan abah kembali ke sangkar Sg Buluh,apa yang berlaku pada hari ini semakin benar apa yang anak tiri cakap,walaupun anak-anak abah marah anak tiri tahu apa yang bakal berlaku kerana perkara ini pernah terjadi pada abah.. Abah...anak tiri pernah berpesan pada abah,jika apa-apa berlaku pada abah..abah hubungilah anak tiri..sebab walau apa yang abah buat walau apa yang terjadi anak tiri ini akan sekali lagi menjadi tembok penghadang membela abah....walaupun anak tiri tetap anak tiri tetapi anak tiri tidak pernah lupa prinsip yang abah ajar...KETELUSAN...KEADILAN..berjuang untuk rakyat...anak tiri akan teruskan.. abah ingatlah jika abah terus berprinsip dan kembali pada asas abah yang dahulu,jika sekali lagi abah akan diambil dan cuba disumbat ke dalam sangkar Sg Buluh..maka saat itu anak-anak tiri abah yang lain juga akan membela abah. Warkah Buat Abah Nukilan Sang Kalam Usang, |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan