Selasa, 14 Disember 2010

Addin

Addin


Akhbar Suara Perkasa Gulung Tikar

Posted: 14 Dec 2010 06:28 AM PST

Akhbar tabloid milik Perkasa, Suara Perkasa akan menghentikan penerbitannya mulai pertengahan Januari tahun depan.Salah seorang kakitangan editorial berkata, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali telah memberitahu kakitangan mengenai perkara itu. "Kakitangan diberi tempoh bekerja hingga 10 Januari tahun depan sebelum perkhidmatan mereka berakhir.

"Syed Hassan, bagaimanapun, memberitahu penerbitan Suara Perkasa akan disambung semula jika mempunyai dana. "Ini bermakna, Suara Perkasa hanya sempat diterbitkan sebanyak 11 edisi sahaja di mana edisi terakhir bulan November lalu," katanya.

Suara Perkasa mempunyai enam kakitangan dan beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur. Menurut kakitangan tersebut, alasan utama kepada pemberhentian penerbitan tersebut ialah tidak mampu menampung kos operasi. "Suara Perkasa dicetak sebanyak 25,000 naskhah setiap keluaran tetapi jumlah jualan tidak mencapai 50 peratus."Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan lebih RM400,000 untuk tujuan penerbitan Suara Perkasa," katanya.

Akibat terlalu ekstrem, akhbar mereka pun tidak dapat sambutan. Rakyat Malaysia tidak dapat menerima pendekatan yang di buat oleh Perkasa ini. Pendekatan mereka ini hanya akan memecah belahkan masyarakat.

Ekoran Pendedahan Wikileaks, Malaysia Hantar Surat Protes

Posted: 14 Dec 2010 06:08 AM PST

Malaysia menghantar surat protes kepada Singapura hari ini ekoran pendedahan WikiLeaks baru-baru ini, sebahagian kandungannya memetik pandangan pegawai-pegawai republik itu, yang didakwa memperlekehkan kepimpinan negara ini termasuk Datuk Seri Najib Razak. Putrajaya mengambil tindakan diplomatik itu meskipun semalam Najib meminta rakyat agar tidak menghiraukan laporan itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyerahkan surat protes itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia T. Jasudasen melahirkan rasa tidak senang Putrajaya dengan komen pegawai-pegawai Kementerian Luar Singapura. Semalam, Perdana Menteri, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.

"Ini adalah adat diplomasi dan saya pagi ini telah panggil pesuruh jaya Singapura ke Malaysia untuk hantar nota bantahan dan saya katakan kenyataan ini tidak sepatutnya. "Oleh itu saya bertanya kerajaan Singapura apakah manfaat ataupun dari segi perhubungan dua hala yang telah terjalin sekian lama ditambah pula dengan peningkatan hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kedua-dua Perdana Menteri antara Datuk Seri Najib dan (Lee Hsien Loong)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anifah berkata hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura ketika ini begitu akrab, justeru kenyataan yang dibuat oleh pegawai kanan Kementerian Luar Singapura tidak membantu ke arah usaha mengeratkan lagi hubungan kerjasama sedia ada. Katanya, penilaian yang dilakukan terhadap pemimpin Malaysia menerusi pendedahan laman web tersebut adalah menghairankan kerana pengurusan proses pembangunan Malaysia dan Singapura adalah berbeza.

Beliau berkata ini kerana negara ini menerusi konsep gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," yang lebih menekankan kebajikan rakyat berbanding negara republik itu. "Kita mempunyai tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India... kalau tidak silap ada 214 kumpulan etnik di negara ini. Apa yang dipanggil tidak kecekapan " daripada penangan Singapura, sebenarnya kita turun ke bawah berjumpa dengan rakyat dan kemungkinan Singapura menganggap apa yang kita buat ini adalah remeh temeh walhal ia adalah kepentingan rakyat. "Disebabkan itu, saya katakan pengurusan Singapura adalah berbeza dengan Malaysia," kata Anifah.

Beliau berkata sebagai jurucakap kerajaan Malaysia, menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan warga negara Malaysia termasuklah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, selaku Menteri Luar sudah tentu ada pihak dari negara luar akan bertanya mengenai pendedahan tersebut sama ada ia benar atau tidak, namun terpulang kepada individu yang dituduh untuk mempertahankan diri mereka. "Saya tidak dapat mengulas atau tidak mempertahankan apa yang diperkatakan pemimpin negara jiran sama ada betul atau tidak...saya cakap sebagai menteri luar kerana orang yang dituduh itu adalah warga negara Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada keperluan bagi parti pembangkang untuk mempertahankan pendiriannya berikutan mereka sering kali dituduh kerana: "Tiada sangkut paut dengan Malaysia, ini adalah tuduhan yang dilemparkan oleh negara jiran dan bekas pemimpin, jadi tiada sangkut paut dengan konspirasi politik di Malaysia". Laporan akhbar Australia, The Sun-Herald Sabtu lalu menyiarkan kandungan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel itu, catatan pada 2008 dan 2009, menunjukkan kenyataan yang mengutuk Malaysia, Thailand, Jepun dan India oleh para pegawai kanan Singapura dalam pertemuan dengan para pegawai kanan Amerika Syarikat. "Kita boleh membuktikan kepada jiran-jiran kita, meskipun kadangkala mereka membuat kenyataan memperlekehkan tentang kita, bahawa rakyat Malaysia boleh mencapai (kejayaan)," kata Najib ketika berucap pada majlis kutipan derma Yayasan Perubatan 1MCA malam tadi. "Pencapaian terbesar ialah apabila kita menjadi negara maju menjelang 2020," kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

WikiLeaks diasaskan oleh wartawan Australia Julian Assange, yang sekarang ditahan Scotland Yard berhubung dakwaan kes seksual yang dibawa oleh Sweden. Malah Sabtu lalu, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyifatkan tindakan WikiLeaks sebagai sesuatu yang "amat dikesali" ketika beliau berbual dengan rakan-rakan sejawatannya menerusi telefon, yang turut bersetuju pendedahan itu tidak harus menjejaskan hubungan dengan Washington.

Diplomat Amerika Syarikat di Kuala Lumpur juga melahirkan sentimen yang sama kepada Wisma Putra meskipun mereka memandang berat tuduhan liwat kedua yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turtu disebutkan oleh laporan The Sun-Herald.

Menurut akhbar itu, kabel melibatkan kedudukan Anwar merupakan salah satu daripada beberapa kandungan yang mendedahkan pandangan mengejutkan pegawai-pegawai kanan Singapura termasuk dakwaan bahawa "Malaysia berada dalam keadaan terkeliru dan bahasa ekoran ahli-ahli politik yang tidak kompeten."

Singapura dan Malaysia berpisah pada 1965, hanya dua tahun selepas membentuk Malaysia. Kini mempunyai hubungan kuat tetapi tidak membenarkan akhbar masing-masing diedarkan di negara mereka. Terdahulu Bernama melaporkan, Singapura menyatakan bahawa laporan terkini WikiLeaks yang membabitkan pemimpin dan pegawainya mengenai kenyataan yang memudaratkan hubungan persahabatan dengan negara-negara sahabat, tidak akan menjejaskan hubungan republik ini dengan negara berkenaan.

"Hubungan ini telah dibina atas landasan yang kukuh dengan berkongsi kepentingan dan kerjasama untuk manfaat bersama dalam banyak bidang," kata seorang jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar semalam. "Singapura mempunyai hubungan, gigih dan positif sekian lama dengan semua negara di rantau ini," kata jurucakap itu sambil menambah negara-negara berdasarkan hubungan mengenai kepentingan mereka sendiri dan "bukan cakap-cakap atau mengumpat".

Menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa "ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia" yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan 'menyusahkan' Singapura. Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, "masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa."

Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut. Seorang lagi pegawai diplomatik bernama Peter Ho pula dikatakan mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana "membaling batu" kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi.

Dia juga mendakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan ditikam dalam Umno kerana tiada orang yang menyukainya kerana beliau naik dalam politik akibat pertalian keluarga. Ho juga didakwa mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya dan menyifatkan Najib seorang yang suka mengambil kesempatan.

Sumber

Tiada ulasan: