Ahad, 19 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

Posted: 19 Dec 2010 02:00 PM PST


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.

"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.

"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri AnwarIbrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.

Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.

"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.

Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.

Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.

"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.

"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya.

MSTAR

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN PIALA AFF SUZUKI: MALAYSIA JUMPA INDONESIA DI FINAL

Posted: 19 Dec 2010 06:20 AM PST



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR (2) 19/12/10

INDONESIA 1 - 0 FILIPINA


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR (1) 16/12/10

FILIPINA 0 - 1 INDONESIA


INDONESIA AKAN BERTEMU MALAYSIA DI FINAL#1 PADA 26/12/10(BUKIT JALIL) DAN FINAL#2 PADA 29/12/10(JAKARTA)


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live: Indonesia vs Filipina ( Piala AFF Suzuki)

Posted: 19 Dec 2010 03:56 AM PST

Waktu Untuk PR Menyerang Umno habis- Habisan

Posted: 18 Dec 2010 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu.



Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang./wfauzdin.blogspot.com



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ibu berzina di rumah

Posted: 18 Dec 2010 08:00 PM PST


Gambar Hiasan
PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau 'anak ikan' belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.

Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.


Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.

Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.


"Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. "Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap," katanya.


Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. "Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. "Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami," katanya.


Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.


Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.


"Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa," kata sumber itu.


Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.


Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.


Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lawak Ahad: Salesman yang terlampau

Posted: 18 Dec 2010 05:00 PM PST



Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan.Lalu tuan rumah seorang wanita membuka pintu. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menaburkan segala macam kotoran ke atas karpet di ruang tamu.

"Puan," katanya, "Saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya."

"Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami belum ada elektrik."

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: