Khamis, 2 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Hanya Beberapa Milimeter daripada "Kematian"

Posted: 02 Dec 2010 05:15 AM PST





Seperti yang dilaporkan oleh DM, paku sepanjang 3.5 inci nyaris menyebabkan Victor Benavidez maut. Paku yang tersasar ke bahagian lelangit dan terus menusuk sehingga ke belakang soket matanya itu hanya beberapa millimeter dari otaknya. Itulah hasil X-ray yang diperoleh doktor di Hospital Cedars-Sinai LA. Hanya beberapa milimeter daripada maut! 

Ironinya, Victor tidak mengalami kesakitan semasa paku itu menusuk lelangitnya dan hanya menyedari bahawa dia mengalami kecederaan selepas itu menjalani pemeriksaan dan imbasan X-ray di hospital.

Menurut Victor, kejadian itu berlaku apabila dia terjatuh dan secara tidak sengaja pistol paku dipegangnya tertembak lalu paku menusuk bahagian lelangit mulutnya. Katanya, hanya bunyi "bang, bang, bang" kedengaran sebelum dia mendapati sesuatu telah berlaku pada  bahagian dalam mulutnya.

Victor yang tinggal di los Angeles mengalami kemalangan itu ketika membaiki bumbung sebuah rumah. Walaupun tidak merasakan sebarag kesakitan, Victor mendapati mulutnya tidak boleh bercakap sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Menurut para doktor yang merawatnya, jika paku itu tertusuk lebih dalam, Victor berkemungkinan besar mengalami kerosakan otak yang kekal, buta, ataupun maut. Doktor terpaksa menggunakan alat pencabut gigi untuk mengeluarkan paku tersebut.

 Malang tidak berbau!

 

Mari Ratibkan Slogan Baharu: "Di Mana UMNO Kuat, Di Situ Melayu Merempat"

Posted: 02 Dec 2010 04:00 AM PST

Siapa yang tidak setuju? Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

"Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

"Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

"Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya.

Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

"Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.

"Pemimpin Umno semakin gelisah  untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya.

Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.

Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.

"Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

"Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya.

Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

P/s: Malang Melayu. Sejak sekian lama dikhinati oleh bangsa sendiri. Bukan Cina atau India yang "menjual" Melayu.

GAPS Hadapi Saman Jika Memfitnah

Posted: 02 Dec 2010 03:00 AM PST

Isu GAPS ini sedang dimegah-megahkan oleh jurublog pro-UMCO di blog masing-masing. Mereka bangga sungguh-sungguh dengan dakwaan 30 penyelewengan yang kunun-kununnya dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Jika benar, mereka boleh meneruskan tindakan lanjut, jika berunsur fitnah, kerajaan negeri akan menyaman gabungan NGO dan pertubuhan yang terlibat mewujudkan GAPS. Itulah "amaran" yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saya petik:
[TMI] SHAH ALAM, 2 Dis – Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merancang untuk mengemukakan memorandum berhubung penyelewengan didakwa dilakukan oleh pentadbirannya kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong.


Bagaimanapun Menteri Besar Selangor  memberi amaran kumpulan itu akan berhadapan dengan tindakan perundangan jika dakwaan mereka didapati tidak benar.

"Jika (dakwaan) itu benar, mereka boleh teruskan dan lakukan," kata  Khalid kepada pemberita di sini hari ini.

"Tetapi jika ia (didapati) fitnah dan dendam, mereka boleh disaman," kata beliau.

GAPS mahu menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan esok.

Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek, katanya.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.- Boo Su-Lyn


P/s: Apalah bangangnya GAPS, kalau kerajaan negeri melakukan penyelewengan laporkanlah kepada SPRM atau pihak berkuasa yang lain. Mereka mahu menyerahkan bukti dan memorandum kepada Sultan Selangor. Adakah mereka mahu Sultan Selangor membuat laporan di SPRM? Ini semua perang psikologi untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jika mereka benar-benar mempunyai bukti atau kes yang kuat, sudah lama kes-kes penyelewengan yang didakwa oleh mereka ini dilaporkan kepada pihak berkuasa!

[Kemas Kini] TGNA Bidas Golongan Songkok Tinggi & Jawab Isu Cina Sebagai TPM

Posted: 02 Dec 2010 02:30 AM PST

Saya petik:
[MK] Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Umno serah kerusi Ketua Menteri
Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? 

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno
"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

"'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Kemas Kini:
Geli hati membaca retorik sebuah blog yang cuba menjawab kenyataan media TGNA di atas. Mereka membangkitkan isu Ariff Fahmi dan isu TGNA mengeluarkan kata-kata "keras" terhadap sesuatu isu.

Ya, isu Ariff Fahmi mungkin ada sedikit kelemahan di pihak TGNA, sebab beliau bukan maksum. Namun sekurang-kurangnya isu itu segera ditangani oleh TGNA. Jika ada bukti penyelewengan berkaitan dengan Ariff Fahmi, maka segeralah laporkan kepada SPRM agar siasatan dapat dilakukan. Isu "makian" itu sudah dijelaskan oleh beliau.

Bagaimana dengan isu Ketua Menteri Pulau Pinang dan kenyataan terbaru Tun M? Langsung tidak disentuh oleh mereka.

[18SX] Artis "Telanjang". Apa Respons Menteri dan Mufti?

Posted: 01 Dec 2010 07:30 PM PST


Maaflah, gambar ini memang memberahikan. Namun saya siarkan juga untuk mencetuskan beberapa persoalan. Lihatlah pakaian artis ini. Saya katakan artis ini telanjang kerana pakaiannya jelas menonjolkan sosok tubuhnya.

Menurut beberapa blog hiburan, artis ini mengenakan pakaian sedemikian rupa ketika menghadiri parti 20 Eh! Yang Anggun 2010 baru-baru ni. Artis ini pernah menyertai sebuah program realiti nyayian sebelum kisah putus cinta hangat dibicarakan dalam media. Itu bukan soalnya.

Yang mencetuskan kemarahan kita apabila artis yang sering menjadi ikutan remaja ini bebas berpakaian sedemikian rupa tanpa mendapat apa-apa bantahan/teguran daripada pihak berkuasa. Patutkah tokoh agama, mufti, ulama hanya bersuara apabila ada orang bukan Islam membaca al quran atau ada tokoh pembangkang bukann Islam masuk ke surau atau masjid? Sedangkan tingkah laku artis dan pemimpin dibiarkan sehingga menyebabkan keruntuhan moral bukan sahaja dalam kalangan mereka, malah mempengaruhi tingkah laku remaja hari ini.

Hari ini kita wajar bertanya: Apa respons Rais Yatim, Md Zin (baca cerita tentang penasihat agama PM di bawah)? Apa respons dan tindakan mufti yang menjaga hal ehwal orang Islam di negara ini? Apa respons dan tindakan jabatan-jabatan agama di seluruh negara?


P/s: Selain artis "telanjang", majalah hiburan yang boleh dikategorikan sebagai "Playboy ringan" juga bebas diterbitkan dan menyiarkan gambar-gambar artis dengan lagak berahi/tidak senonoh mereka. Ironinya, majalah politik, akhbar dan tabloid politik yang memaparkan/mengupas isu negara/skandal negara disekat dan "dibunuh" demi melindungi kelangsungan "hidup" pihak tertentu!

Seperkara lagi, sebelum ini ada perempuan yang ditangkap kerana berpakaian tidak senonoh/mencolok mata, mengapa artis di negara ini seolah-olah kebal daripada undang-undang ini?

Kajian: Facebook, MySpace, Twitter Penyumbang Keruntuhan Rumah Tangga

Posted: 01 Dec 2010 06:40 PM PST

Saya petik:
[HM] LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.

Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.

Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.

Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).

Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.

Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.

Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi

Suami/Bapa Jenis Apa?

Posted: 01 Dec 2010 06:28 PM PST

Mangsa

Mat Haizan

Mat Haizan Mat Yasin, 32, mengaku salah terhadap dua pertuduhan menyimbah asid ke atas dua anaknya itu. Mengikut pertuduhan pertama, Mat Haizan pada jam 1.45 pagi, 15 Ogos lalu, di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas Nurul Dahyatul Fazlinda, 9, dengan menggunakan benda melecur iaitu asid. Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada Muhammad Irfan Firdaus, 2, pada tarikh, masa dan tempat sama dengan pertuduhan pertama.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan mahkamah sama, 25 Ogos lalu, selepas mengaku menyimbah asid ke atas Che Ku Zaimah. Semalam, dia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan kerana mendatangkan parah pada anaknya, Nurul Dahyatul Fazlinda manakala bagi pertuduhan mendatangkan cedera pada anak bongsunya, Muhammad Irfan Firdaus, dia dihukum penjara dua tahun dan kedua-dua hukuman berjalan serentak dari tarikh dia ditangkap 16 Ogos lalu.

HM pada 16 Ogos lalu melaporkan empat beranak iaitu isteri, dua anak dan ibu mentua Mat Haizan cedera akibat terkena asid dilempar tertuduh yang berang dengan keputusan isterinya berpindah ke rumah ibunya dan dalam proses memohon perceraian dengan tertuduh.


P/s: Dalam berita di TV, lelaki ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang rasa simpati kepada mangsa, malah tidak menunjukkan rasa insaf. Dia hanya tersengih apabila peguam dan hakim membicarakan kesnya.

Memadaikah hukuman yang dikenakan terhadap jantan celaka ini!??!!

Ulama Pembangkang Tidak Berani Cegah Kemungkaran? Ulama UMCO?

Posted: 01 Dec 2010 05:15 PM PST

Baru-baru ini, perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), S. Kesavan mencetuskan kontroversi apabila beliau membacakan terjemahan yang salah untuk ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan parti itu. Dalam menjawab isu itu, Kesavan menyatakan bahawa terjemahan itu dibuat oleh seorang ustaz dan dia hanya menyampaikannya semasa berbahas dalam Kongres PKR. Malah beliau menegaskan tidak menokok tambah terjemahan yang telah disediakan oleh ustaz tersebut.

Isunya, jika terjemahan itu salah, maka orang Islam sepatutnya membetulkan perwakilan PKR itu dan bukannya menghentam beliau sehingga membuatkan orang bukan Islam lain takut untuk mendekati Islam dan al-Quran. Perwakilan AMK PKR itu tidak pun menghina al-Quran, cuma mungkin membuat kesilapan dari segi menyampaikan tafsiran sebenar (mungkin dari segi perbezaan pemilihan kata-kata) ayat-ayat itu.

Sebenarnya, isu ini samalah dengan isu YB DAP yang memasuki surau baru-baru ini. Oleh sebab mahu memupuk kebencian kepada pembangkang, maka isu tersebut dan isu terjemahan ini disensasikan di blog dan di TV sehingga mencetuskan rasa benci orang Islam kepada orang bukan Islam.Dalam hal ini, salah tetap salah, namun biarlah beradab dan beretika apabila mengemukakan teguran. Janganlah isu itu dicetuskan semata-mata untuk memperoleh pulangan politik.

Hari ini diberitakan di UM: Ulama pembangkang tidak berani cegah kemungkaran. Dalam berita itu, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin membidas ulama pembangkang kerana tidak lantang bersuara dalam isu terjemahan surah Al Imran itu. Katanya, ''Mengapa kalau dalam hal lain mereka lantang menentang, tetapi kalau kena diri sendiri diam pula."  Beliau mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam dalam kalangan parti pembangkang yang wewenang menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.

Abdullah berkata, seseorang yang ingin menyampaikan ayat al-Quran kepada orang lain perlu berilmu tidak kira sama ada orang tersebut Islam atau bukan Islam. Katanya, ''Sekiranya orang yang menyampaikan ayat al-Quran ini alim tetapi ternyata dia tidak menyampaikan maksud yang sebenarnya merupakan satu penyelewengan dan berniat jahat dan perlu ditegah kerana menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat. Tetapi kalau dia jahil, tidak tahu sangat tentang agama, dia sebenarnya tidak boleh berbuat demikian, perlu belajar terlebih dahulu dan jangan berlagak." 

Inilah kata-kata ulama akhir zaman. Kita boleh menerima kata-kata nasihat penasihat agama ini, namun apabila dalam nasihat itu diselitkan unsur-unsur yang tidak sepatutnya, maka kita wajar mempersoal peranan ulama kerajaan yang membiarkan pemimpin mereka bergelumang dalam pelbagai maksiat dan dosa sejak sekian lama. Mereka bersekongkol dengan pemimpin UMCO bergelumang dalam pelbagai tingkah laku yang mendatangkan dosa baik kecil mahupun dosa. Mereka membiarkan pemimpin mereka membiakkan perniagaan judi di negara ini. Terbaru, Najib mahu menjadi Malaysia hab hiburan malam di rantau ini, di mana suara Md Zin? Di mana suara mereka apabila pemimpin dan anak-anak mereka berkelakuan begini:








Harusasani cakap tidak syirik!

Di mana kelantangan suara ulama UMCO? Dasar munafik!!!

Renungan:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".

Golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang­-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan­-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul daripada kelicikan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri. 

Tiada ulasan: