:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
- KALAULAH CHEGUBARD KP PAS PUSAT?
- TIADA TPM DALAM PERLEMBAGAAN - DR AZIZ BARI
- KEMANA PENASIHAT POLITIK PRESIDEN?
KALAULAH CHEGUBARD KP PAS PUSAT? Posted: 02 Dec 2010 11:02 AM PST semasa berlaku pemilihan PKR baru-baru ini, harapan aku kepada AMK adalah, supaya mereka bertukar ketua AMK mereka; daripada lembab kepada laju. Walau terbukti Sam lembab dalam menerajui AMK sebelum ini, tetapi ia tetap dipilih juga, berbanding Chegubard yang lebih agrasif menerajui anak muda. Walaubagaimana pun, pada hari ini, Chegubard buat kenyataan atas nama badan NGO yang ditubuhkan atas inisiatifnya sendiri untuk menggerakan anak muda untuk demonstrasi mempertahankan hak rakyat Selangor. Aku membayangkan, jika pemimpin sebegini wujud dalam PAS; malahan memimpin Pemuda PAS Pusat. *** Sebuah NGO yang diketuai calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin menawarkan sekurang-kurangnya 50 'marsyal demo' bagi memastikan kelancaran perhimpunan 'baju merah' Ahad ini. Menurut Badrul, sukarelawan Solidariti anak muda malaysia (SAMM) yang menawarkan diri itu berpengalaman mengendalikan demonstrasi sejak 1998 dan terlibat dalam perhimpunan besar seperti 'demonstrasi BERSIH' sebelum ini. "Difahamkan seperti biasa unit sukarelawan merah (unit amal) akan menjadi petugas utama dalam acara tersebut. "Maka petugas SAMM akan menbantu dan bergabung dengan mereka," kata Badrul (kiri) yang tewas di tangan penyandang AMK Shamsul Iskandar Md Akin minggu lalu. Ahad ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dijadual mengetuai perarakan besar dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum dan petisyen memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong campurtangan menyekat kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu. Kumpulan ini yang berbaju merah berkemungkinan bertembung dengan sebuah lagi kumpulan yang 'antipenyelewengan' kerajaan negeri (berbaju hitam) yang turut menuju ke tempat yang sama bagi menyerahkan memorandum mereka. Dalam satu kenyataan, Badrul menyeru semua anak muda dan jentera kerajaan negeri turut serta atas "semangat ketuanan rakyat" bagi merpertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air. "Ini juga kali pertama dalam sejarah, himpunan dianjurkan (oleh) kerajaan negeri," katanya yang juga bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR. Mempertahankan keabsahan tindakan mereka, Badrul berkata, perarakan ke Istana Negara merupakan "praktik membesarkan institusi beraja" bagi membolehkan rakyat mengadu masalah. "Siapa yang mengganggu urusan rakyat mengadap raja boleh dikira derhaka," tegas Badrul. Badrul juga berharap pihak polis "bertindak lebih waras" mengawal perhimpunan itu memandangkan mahkamah sebelum ini membebaskan tertuduh dalam perhimpunan BERSIH atas alasan Masjid Negara tempat awam dan orang ramai bebas berkumpul. |
TIADA TPM DALAM PERLEMBAGAAN - DR AZIZ BARI Posted: 02 Dec 2010 10:41 AM PST Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya. Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong". "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad). "(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan). Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya. "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz. "Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru. "Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri." Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara. Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno. "Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan. |
KEMANA PENASIHAT POLITIK PRESIDEN? Posted: 01 Dec 2010 10:55 PM PST themalaysianinsider melaporkan; KUALA LUMPUR, 2 Dis — PAS kini menumpukan usaha untuk merampas semula Terengganu yang kini diterajui kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan awal tahun depan, namun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi tersebut. Umno telah pun menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun depan. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004. "Kita yakin untuk merampas semula Terengganu... Umno menang di negeri itu dengan penipuan... apa pembangunan yang dibuat di sana? Hanya stadium runtuh sahaja," kata Hadi dalam temubual dengan The Malaysian Insider. [sila klik] KOMEN: aku terkejut membaca berita ini. Sebagai presiden PAS, perkara yang dia perlu bicarakan adalah MERAMPAS MALAYSIA. Menawan negeri termasuk terengganu, hanya perlu diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS negeri sahaja yang bercakap. Tidak perlu Presiden bercakap. Jika beliau bercakap juga, bermakna beliau telah merendahkan status negarawannya dalam persepsi dunia politik. Persoalan aku adalah, kemana pergi penasihat politik Presiden? kemana pergi penasihat strategi politik Presiden, sehingga presiden mengeluarkan kenyataan sebegini? sekian Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg Buloh 2 Disember 2010 * 3:02 petang |
You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan