DIALOG RAKYAT |
- Nizar: Rosmah perlu berpakaian secara Islam
- Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam
- Pendedahan Wikileaks: Hisham enggan ulas
- Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah
- PAS puji bas wanita Rapid KL
- Isu TPM: Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih
- Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000
- Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta
- Semua diajak dalam Pesta Merah 5 Disember
- Syabas tiada mandat kumpul dana
- "Tuan" hanya untuk Yang DiPertuan Agong – Anwar
- Penduduk Telok Kumbar bakal peroleh rumah lebih selesa
- Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis
- SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air 5 Disember
- MB Selangor tidak risau tentang rancangan GAPS
- MB Selangor tunggu laporan audit sebelum ambil tindakan sesuai mengenai PKNS
- Tandatangan digital mungkin disalah guna, dakwa bekas SU Agung PKR
- Lagi kumpulan pelajar mahu sertai demonstrasi air 5 Dis
- Nafi Ketuanan Melayu perbuatan jenayah, kata ketua Perkasa
- Ketuanan Rakyat lebih demokratik, kata MB Selangor
Nizar: Rosmah perlu berpakaian secara Islam Posted: 02 Dec 2010 03:51 AM PST Humayun Kabir Ketua Pembangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam. Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini. Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama. Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian. Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam. Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah. Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno. Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan. | ||
Penswastaan air: Mengfaraidkan harta awam Posted: 02 Dec 2010 02:57 AM PST Hishamuddin Rais Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR. Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata di mana harta rakyat disonglap oleh para kroni. Caranya bagini: Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar di mana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli saham. Tak perlu silap mata Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, Umno telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Umno telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan. Rahsia sudah kantoi Kembalikan hak rakyat Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa? Seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak. Anak semua bangsa mari kita bersetia-kawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api elektrik dan hospital yang perlu kita sama-sama perjuangkan. | ||
Pendedahan Wikileaks: Hisham enggan ulas Posted: 02 Dec 2010 02:56 AM PST Hazlan Zakaria Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk tidak menjawab apabila diminta mengulas pendedahan laman sesawang Wikileaks pada Ahad lalu, bahawa ada firma Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran. "Saya belum mendapat perkembangan yang terkini. "Bagi perkara yang merentas sempadan seperti ini, kita perlu babitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Wisma Putra (Kementerian Luar) berhubung kebimbangan ia menjejaskan hubungan dua hala ataupun pelbagai hala," kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini. Katanya, jaringan risikan negara hanya mengetahui kewujudan dua syarikat yang membekalkan senjata kepada Iran selepas dokumen sulit itu didedahkan. Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan. Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear". Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis. | ||
Perangkaan hutang negara: Donald, MP berbalah Posted: 02 Dec 2010 02:42 AM PST MALAYSIA KINI Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara. Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing. "Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim. Bagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama. "Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat. Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja. Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara. "Baca la, baca la, angka awak semua salah," kata timbalan menteri itu. Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng. "Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya. | ||
Posted: 02 Dec 2010 02:40 AM PST
| ||
Isu TPM: Umno BN sakit teruk, tiada harapan pulih Posted: 02 Dec 2010 02:38 AM PST
| ||
Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000 Posted: 02 Dec 2010 02:38 AM PST
| ||
Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta Posted: 02 Dec 2010 02:28 AM PST
| ||
Semua diajak dalam Pesta Merah 5 Disember Posted: 02 Dec 2010 02:27 AM PST
| ||
Syabas tiada mandat kumpul dana Posted: 02 Dec 2010 02:26 AM PST
| ||
"Tuan" hanya untuk Yang DiPertuan Agong – Anwar Posted: 02 Dec 2010 02:19 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan 'Tuan' hanya boleh digunakan oleh Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. "Kita lihat 'Tuan' adalah untuk kaum yang memiliki kuasa. Kalau Melayu itu 'Tuan', bagaimana dengan kaum Cina, Kadazan dan kaum yang lain,?" tanya beliau.
Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar berkata, "dalam prinsip Perlembagaan, agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-raja kita tidak bangkitkan." "Pengalaman saya bersama PAS dan DAP, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, Raja-raja Melayu kita terima. Ini diputar belitkan oleh Umno dan (akhbar) Utusan (Malaysia). Saya harap jangan menipu seolah-olah kita golongan yang menolak Melayu," katanya. Dalam sidang media tersebut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengulas mengenai laporan sebuah akhbar tempatan bahawa beliau akan melantik tokoh DAP, Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Dasar Pakatan Rakyat Anwar berkata, bukan bidang kuasa beliau untuk melantik sesiapa menjadi timbalan perdana menteri. Tapi dasar Pakatan Rakyat, kita tidak menolak mereka berdasarkan kepada bangsa dan ras. "Mengapa hendak nafikan hak orang Melayu, Cina, India, Kadazan sebagai timbalan perdana menteri 1, 2, 3?," soal beliau. Mengulas desakan ahli Parlimen Bebas, Datuk Zahrain Mohd Hashim supaya gelaran "Datuk Seri" dilucutkan, Anwar berkata, beliau tidak merayu untuk mendapatkan gelaran itu. "Saya bukan tulis surat merayu supaya diberikan gelaran Datuk Seri. Tuanku memberi anugerah ini, saya menjunjung kasih kepada Tuanku. Yang pertama saya dapat dari Sultan Pahang, selepas itu menyusul yang lain," katanya menambah, beliau mempunyai tujuh atau lapan gelaran. Dalam sidang media di lobi Parlimen semalam, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mencabar Anwar supaya menyerahkan gelaran "Datuk Seri" kerana mendakwa ketua pembangkang itu menolak Ketuanan Melayu. | ||
Penduduk Telok Kumbar bakal peroleh rumah lebih selesa Posted: 02 Dec 2010 02:18 AM PST PETALING JAYA: Syarikat pemaju perumahan, KL Metro Group telah bersetuju untuk menangguhkan kerja-kerja merobohkan kira-kira 60 buah rumah penduduk di Telok Kumbar, Pulau Pinang apabila mencapai persetujuan dalam perbincangan dengan wakil penduduk, Yusmadi Yusoff baru-baru ini. Menurut Yusmadi yang merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau, persetujuan penangguhan tersebut berjaya dicapai setelah pihak pemaju bersedia menawarkan kediaman lebih selesa kepada para penduduk terbabit.
Isnin lalu, sebuah jentolak dan pekerja-pekerja syarikat pemaju dengan dipantau oleh pasukan keselamatan bersedia memulakan kerja-kerja meroboh rumah-rumah yang didiami penduduk sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi. "Saya telah berbincang dengan penduduk-penduduk yang terlibat terlebih dahulu dan ternyata mereka lebih gembira jika ditawarkan kediaman yang lebih selesa," kata beliau. "Perbincangan antara saya yang diberi mandat oleh penduduk di situ dengan pemaju akhirnya telah mencapai persetujuan agar penduduk-penduduk di kawasan itu diberikan rumah yang selesa. "Pada masa ini, kami dalam proses untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk penduduk-penduduk yang telah menduduki kawasan ini semenjak zaman nenek moyang mereka lagi, lebih 100 tahun," kata beliau. Yusmadi juga memberitahu, beliau sebagai wakil rakyat penduduk kawasan itu mengambil pendirian untuk tidak menolak arus pembangunan di kawasan itu tetapi menolak pembangunan yang menjadikan rakyat sebagai mangsa. 'Muafakat pembangunan' "Saya mengalu-alukan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi hendaklah melibatkan masyarakat setempat, tidak membelakangkan dan apatah lagi memangsakan mereka. Ini yang saya namakan 'muafakat pembangunan'," katanya lagi. Beliau juga berterima kasih kepada pemaju yang mahu mendengar rintihan penduduk Telok Kumbar di sini dan bersedia untuk menawarkan kediaman selesa berbanding pampasan RM30,000 yang ditawarkan sebelum ini. "Saya berterima kasih dan menghargai pemaju yang mahu mengambil kira nasib penduduk-penduduk Telok Kumbar ini dan pemaju lain juga harus lebih prihatin dengan nasib masyarakatnya berbanding keuntungan semata-mata. Selain itu beliau turut memberitahu, Undang-undang Tanah Negara perlu dikaji semula bagi mengelak kejadian-kejadian seumpama ini berlaku lagi. "Di negara ini, apabila mahkamah membuat keputusan, dengan sekelip mata boleh dianggap penceroboh walaupun mereka telah mendiami rumah itu semenjak zaman berzaman," ujar beliau. Disamping itu, beliau juga tidak menolak kemungkinan isu ini diputar-belitkan oleh media arus perdana pro Umno-Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri seperti yang kerap terjadi sebelum ini. Selain sebagai Ahli Parlimen muda dari Parti Keadilan Rakyat yang berpandangan jauh, beliau juga merupakan seorang peguam yang lebih senang dikenali sebagai 'pemudah cara masyarakat' lantaran aktivitinya memberikan khidmat nasihat tentang perundangan kepada masyarakat. | ||
Umno bijak sembunyikan krisis dalaman – Penganalisis Posted: 02 Dec 2010 02:16 AM PST PETALING JAYA: Keputusan Umno menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT) selama 18 bulan sehingga tahun 2012 mungkin memberi petanda parti itu mahu menyembunyikan kelemahan krisis dalamannya sementara menghadapi pilihan raya Sarawak dan umum (PRU) dalam masa terdekat. Pengajaran daripada proses 'ketelusan' pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akhirnya hanya menampakkan kelemahan sendiri,
Umno dilihat mengambil langkah selamat untuk menunda pemilihan yang sepatutnya berakhir pada tahun depan bagi memberi laluan kepada pimpinan baru meneraju parti sepanjang penggal 2011/2014. Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr P Sivamurugan berkata, penangguhan itu menguatkan lagi spekulasi tentang tarikh pilihan raya Sarawak yang dijangka berlaku seawal Mac tahun depan manakala PRU 13 pula diramalkan pada suku terakhir tahun yang sama. Menyifatkannya sebagai satu percaturan yang baik bagi mengelak Umno kehilangan sokongan rakyat serta pengaruh antara parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya nanti, Sivamurugan bagaimanapun berkata keputusan itu umpama 'ubat penahan sakit' yang hanya bersifat sementara. "Saya percaya keputusan Umno itu mungkin hendak mengelak permusuhan dalaman parti yang boleh mengganggu peluang BN memenangi pilihan raya. "Untuk memenangi sesuatu pilihan raya tak semestinya perlu bergantung kepada kelemahan parti lawan. "Kalau Umno tak bertindak sebegini mungkin mereka berhadapan krisis dalaman yang serius sebab kalau parti sendiri tak kuat bagaimana nak lawan pihak musuh (dalam pilihan raya)," katanya kepada FMT hari ini. Umno enggan amal budaya politik terbuka Pendapat sama turut disokong Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang secara terbuka mengkritik Umno kerana masih enggan mengamalkan budaya keterbukaan politik untuk setiap ahlinya. Membandingkannya dengan PKR yang mengamalkan sistem pemilihan demokrasi satu ahli satu undi, kedegilan Umno mengekalkan 'status quo' katanya hanya menampakkan lagi tanda-tanda wujudnya pergelutan antara 'kem Najib' dan 'kem Muhyiddin' dalam parti itu. Aziz juga berkata, Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bimbang kedudukannya akan terancam jika pemilihan MT Umno akan diteruskan kerana sukar meletakkan calon pilihan semasa pilihan raya nanti sekaligus menghalangnya daripada terus mengekalkan kuasa dalam parti. Ini kerana katanya 'pertarungan' dalam pemilihan MT Umno itu nanti bakal menjadi tiket penting bagi pemenang dan barisan pilihannya menerajui parti itu sekaligus menjadi kuasa penentu dengan parti komponen lain dalam BN. "Jika mereka meneruskan pemilihan MT Umno, individu yang memenanginya ada kuasa besar untuk mengukuhkan pengaruh dan menentukan individu yang berada dalam badan kuasa perundangan (Parlimen) dan eksekutif (Kabinet). Masalah budaya politik naungan "Umno sejak dari dulu lagi terkenal dengan masalah budaya politik naungan dan cantas-mencantas sesama ahlinya. "Hala tuju politik mereka tidak akan kemana-mana jika sistem pemilihan 'autokrasi' mereka masih tetap tidak berubah," katanya. Hal ini ditambah dengan pandangan Dr Sivamurugan yang berpendapat parti 'Ketuanan Melayu' itu masih belum bersedia menghadapi pilihan raya yang sama. Ini kerana katanya berdasarkan keputusan mesyuarat tertinggi Umno semalam yang mahu mengadakan rombakan dalam badan perhubungan negeri, kursus cawangan kepada ahlinya serta merancang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk berkempen tentang pencapaian yang dilakukan BN sejak tahun 2008. "Mereka perlukan masa…begitu juga dengan MIC yang mahu melihat sama ada presiden barunya Datuk G Palanivel mampu menerajui parti dengan baik dan mengembalikan semula kepercayaan pengundi masyarakat India dalam tempoh terdekat ini," katanya. Namun beliau percaya MIC mungkin 'terselamat' daripada tekanan krisis pemilihan yang boleh menggugat imej BN untuk menghadapi PRU 13 memandangkan parti itu akan mengadakan pemilihannya pada tahun 2012. Dr Aziz bagaimanapun menolak pendapat penangguhan pemilihan MT Umno itu adalah satu langkah yang baik untuk parti itu terus kekal relevan sebagai parti yang mempertahankan kedudukan kaumnya dalam Perlembagaan. "Tidak semestinya langkah (penangguhan) itu baik jika politik dalaman Umno masih ditahap lama malah ia akan terus menjadi barah dan membusung sehingga tidak mampu diselamatkan lagi," katanya. Isu nasional Pendapat Dr Aziz itu disokong dengan kenyataan Presiden Transparensi Antarabangsa Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam bahawa penangguhan pemilihan MT Umno itu tidak akan memberi impak yang besar kepada keputusan pilihan raya Sarawak dan PRU 13 sekiranya isu nasional masih tidak dapat diselesaikan. Beliau merujuk isu nasional kepada masalah kestabilan ekonomi negara, isu Sabah dan Sarawak, keberkesanan Program Transformasi Ekonomi (ETP), ketelusan kerajaan BN memerangi rasuah serta beberapa isu lain yang membelenggu negara sejak tahun 2008. Tokoh ekonomi itu berkata, apa yang penting adalah prestasi yang dibuktikan serta manifesto yang sudah dilaksanakan barisan kepimpinan Najib sejak PRU 12 yang lalu. "Rakyat bukannya mahu melihat politik perkauman terus dimainkan untuk memenangi sesebuah pilihan raya kerana mereka tahu politik sempit itu hanya akan menimbulkan ketidakharmonian pemerintahan demokrasi negara. "Sebaliknya rakyat sekarang sudah celik dan bijak menilai apa yang kerajaan BN janjikan selama ini untuk membela rakyat dan memajukan ekonomi negara," katanya. | ||
SAMM bersama MB Selangor bantah kenaikan tarif air 5 Disember Posted: 02 Dec 2010 02:15 AM PST FREE MALAYSIA TODAY PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai demonstrasi aman membantah kenaikan tarif air pada 5 Disember ini. "SAMM akan bersama MB (Selangor) dalam satu perhimpunan aman dan seterusnya menghadap Yang DiPertuan Agong memohon perkenaan campur tangan Seri Paduka dalam isu hak air rakyat di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut beliau, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sudah terlalu kaya sehinggakan gaji Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail menjangkau RM425,000 sebulan. "Ini belum masuk perbagai elaun keistimewaan yang diperolehinya setiap bulan dengan hanya memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat," katanya. Beliau berkata, bukan sahaja kenaikan air harus ditolak tetapi pengurusan air hendaklah dikendalikan oleh kerajaan negeri bagi pihak rakyat. SAMM katanya, sudah bertemu dengan pihak penganjur bagi memastikan himpunan aman ini berjalan lancar. "Sekurang-kurangnya 50 petugas ('marsyal demo') yang berpengalaman akan ditempatkan bagi memastikan kelancaran dan mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak di ingini. | ||
MB Selangor tidak risau tentang rancangan GAPS Posted: 02 Dec 2010 02:07 AM PST SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor tidak risau berkemungkinan berlakunya pertembungan dengan Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Ahad ini apabila kedua-dua pihak mahu menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong walaupun melibatkan dua isu yang berbeza. Malahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menjemput GAPS menyertainya bagi menyampaikan memorandum kepada Seri Paduka berhubung hak air.
GAPS merancang untuk menyerahkan memorandum mengenai 30 kes tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sejak merampas negeri itu dari pentadbiran Barisan Nasional dua tahun lalu. "Mereka boleh menyertai kami pada hari itu (dan menghadap Seri Paduka). Ini parti demokrasi dan kami menggalakkan kebebasan bersuara walaupun mereka mesti mematuhi tatasusila dan beretika. "Kamu tidak boleh menyakiti dan menghina orang lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perayaan Deepavali untuk pejawat awam negeri di sini hari ini. Khalid kelihatan tenang mengenai dakwaan rasuah yang akan didedahkan oleh GAPS. "Mereka boleh lakukan apa yang mereka mahu, jika ada kebenaran. Tapi mereka harus tahu bahawa mereka juga boleh disaman jika ia berupa fitnah. Misi kami ialah menolong rakyat dan kami akan teruskan dengan rancangan kami," katanya. Adalah difahami kerajaan negeri akan mengumpul kira-kira 10,000 demonstran Ahad ini untuk menyerahkan memorandum bertajuk "Pulangkan hak air kepada rakyat" kepada Seri Paduka. Bagaimanapun, GAPS melancarkan kempen menentang rasuah esok, di mana ia bercadang untuk mengumpul seramai 2,000 penyokong bagi menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah dan Seri Paduka, juga pada Ahad ini. GAPS yang mengandungi 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merancang untuk mendedahkan 30 kes rasuah, yang antara lain, melibatkan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Yayasan Selangor dan Talam Corporations. Syabas belum respon Sementara itu, Khalid mendedahkan bahawa syarikat konsesi air itu belum memberi maklum balas terhadap notis kerajaan negeri supaya dihentikan program kutipan dana Tabung Budi, walaupun tempuh tamat 14 hari sudah hampir. "Tidak…..kami tidak menerima apa-apa tapi apa pun, mereka telah melanggar syarat perjanjian kontrak. Tugas mereka ialah menyedia dan mengedar air di Selangor dan mereka tidak boleh mengutip wang dari orang ramai untuk tujuan lain," katanya. Beliau juga berkata kerajaan negeri berhak membatalkan perjanjian air dengan Syabas jika mereka terbukti melanggar syarat perjanjian kontrak. "Jika perkara ini dibawa ke mahkamah, kami akan buktikan Syabas tidak menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan dalam kontrak. "Sebagai contoh, kamu menandatangani perjanjian untuk menjual nasi lemak tapi kamu menjual burger, jadi itu dianggap sebagai melanggar syarat perjanjian," kata Khalid. "Jika mereka masih berdegil dengan Tabung Budi, kami juga mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian air dengan mereka," katanya. Syabas bagaimanapun mendakwa bahawa Tabung Budi telah memberi faedah kepada golongan yang memerlukan, di mana saluran bekalan air mereka telah dipotong kerana gagal menjelaskan bil. Mereka (Syabas) juga berkata mereka tiada rancangan untuk menghentikan program ini. | ||
MB Selangor tunggu laporan audit sebelum ambil tindakan sesuai mengenai PKNS Posted: 02 Dec 2010 02:03 AM PST BERNAMA SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau masih menunggu laporan Jabatan Audit Negara sebelum memutuskan sebarang tindakan yang sesuai dalam isu membabitkan pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Beliau berkata kerajaan negeri memberi tempoh kira-kira tiga minggu kepada jabatan itu untuk menjalankan audit secara menyeluruh sebelum laporannya diumumkan kepada orang ramai. "Buat masa ini kita telah beri jabatan audit tempoh dua ke tiga minggu dan sebab itu saya tunggu laporan itu. "Bila ia siap kita akan benarkan laporan itu dibaca oleh orang ramai supaya kita dapat maklumat dan penjelasan tentang dakwaan tersebut. Selepas itu barulah tindakan yang sesuai diambil jika perlu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini. Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus semalam yang mempersoalkan mengenai pelantikan tiga syarikat oleh PKNS yang didakwa tidak mengikut peraturan. Menteri Besar sebelum ini dalam kenyataan media berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membekukan sementara semua aktiviti yang membabitkan Jabatan Perhubungan Awam, PKNS sehingga laporan penuh audit selesai. Ini berikutan dakwaan beberapa pihak bahawa wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah pentadbiran Pengurus Besar PKNS Othman Omar. Lima persatuan dan kesatuan dalaman PKNS juga dilaporkan turut mendesak Abdul Khalid supaya menamatkan kontrak Othman yang didakwa bertanggungjawab mengheret perbadanan itu ke dalam kancah kontroversi. Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku MIzan Zanal Abidin pada Ahad ini dalam usaha pihaknya mendapatkan perhatian baginda berhubung isu air. "Kerajaan negeri telah mengadakan beberapa siri rundingan dengan kerajaan pusat dan syarikat konsesi termasuk menawarkan harga berpatutan untuk proses pengambil alihan tetapi tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kedua-dua pihak ini. "Kerajaan Selangor berharap isu air ini mendapat perhatian Yang diPertuan Agong selaku Ketua Negara kerana kami berpendapat air merupakan keperluan asas dan tidak sepatutnya diniagakan untuk memperkayakan beberapa individu serta rakyat berhak untuk mendapat air pada harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang lebih cekap," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid sekali lagi mengingatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) supaya tidak menyalahgunakan kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyat menerusi Tabung Budi. Beliau berkata Syabas sepatutnya lebih menumpukan kepada memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti menyediakan air bersih dengan harga berpatutan yang boleh diminum melalui air paip secara terus. "Kalau itu dilakukan Syabas sudah cukup, tidak payah buat kebajikan dengan ambil duit kerajaan negeri. Syabas bukan syarikat politik tetapi adalah syarikat perkhidmatan," katanya. Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas. Wang kutipan itu kelak akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. | ||
Tandatangan digital mungkin disalah guna, dakwa bekas SU Agung PKR Posted: 02 Dec 2010 02:01 AM PST PETALING JAYA — Dalam kenyataan terbuka hari ini, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim berkata, tiada pemimpin dalam parti itu termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden boleh membuat keputusan memecat ahli selagi tidak diputuskan Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Sehubungan itu, Salehuddin tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu dalam partinya menyalahgunakan imej tandatangan digital beliau untuk mengeluarkan surat pemecatan palsu. Kata Salehuddin (gambar), surat pemecatan palsu kononnya ditandatangani beliau untuk memecat bekas timbalan setiausaha agung, P. Jenapala telah membatasi peruntukan perlembagaan PKR. "Tidak ada individu dalam parti yang boleh secara bersendirian memecat keahlian seseorang, malah presiden PKR (Dr Wan Azizah) pun tidak ada kuasa sedemikian. "Surat pemecatan Jenapala itu tidak menyatakan sama ada pemecatan tersebut telah dipertimbangkan dan diputuskan MPP dan saya sebagai setiausaha agung (ketika itu) telah diarahkan untuk memaklumkan kepada Jenapala tentang pemecatan beliau. "Malah tiada ada dalam minit mesyuarat MPP pun tentang pemecatan Jenapala, apa yang ada cuma biro sedang mempertimbangkan tindakan disiplin ke atas Jenapala dan biro telah mengarahkan Jawatankuasa Disiplin untuk menyiasat perkara itu," katanya pada sidang media di sini. Ia sidang media pertama selepas Salehuddin membuat aduan polis pada 26 November lalu tentang pemalsuan sepucuk surat bertarikh 2 Febuari 2009 yang kononnya dikeluarkannya selaku setiausaha agung PKR pada masa itu. "Saya membuat laporan tersebut dengan harapan satu penyiasatan polis akan dibuat untuk menentukan siapakah mereka yang melakukan pemalsuan tersebut untuk tujuan-tujuan mereka sendiri. "Saya yakin surat palsu tersebut telah melanggar undang-undang jenayah dan sivil serta menganiayai saya, seolah-olah saya seorang yang melakukan perkara-perkara yang tidak benar dan tepat," katanya. "Saya akan memanggil satu sidang media dalam masa terdekat. Walaupun saya telah bersara sepenuh masa dari arena politik selama hampir satu tahun, dengan tercetusnya kes ini saya telah diheret kembali ke dalam kancah politik nasional. Bagaimanapun, saya menerima cabaran ini demi menegakkan kebenaran sejagat," katanya ketika itu. Hari ini, Salehuddin menjelaskan, surat pemecatan Jenapala itu tidak boleh dikuatkuasakan kerana tidak mendapat keputusan yang sah daripada MPP. "Walau apa sekalipun, surat tersebut adalah 'ultra vires' kepada perlembagaan parti dan tidak boleh dikuatkuasakan. "Saya fikir Jenapala akan mengambil tindakan serta-merta terhadap surat tersebut jika benar beliau menerimanya," katanya. Salehuddin bagaimanapun tidak menafikan surat tersebut mempunyai imej tandatangan digital yang digunakan untuk mencetak beribu-ribu surat pekeliling. "Melalui surat ini saya berhubung dengan lebih 200 cabang dalam parti, maka surat pemecatan itu mungkin satu perbuatan 'potong dan cetak' atau penyalahgunaan tandatangan digital saya yang terdapat dalam fail. "Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk menyiasat," kata beliau. Pada sidang media itu juga, Salehuddin berkata, surat palsu yang melibatkan pemecatan Jenapala adalah satu jenayah bukan hal dalaman parti kerana ia melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen. Salehuddin berkata ada individu di ibu pejabat PKR telah menggunakan nama dan jawatan beliau ketika itu dengan tujuan untuk mencipta surat palsu bahawa Jenapala dipecat. "Saya tidak ambil peduli sama ada Jenapala layak atau tidak untuk bertanding, tetapi apa yang saya ambil berat apabila nama dan jawatan yang saya pegan telah digunakan untuk memecat seorang ahli. "Saya tidak tahu-menahu tentang surat itu, apa yang saya tahu bahawa saya tidak pernah menandatangani surat tersebut. "Saya pun baru mengetahui kewujudan surat pemecatan itu minggu lalu sebelum pendengaran permohonan Jenapala di mahkamah," katanya. Jawatan setiausaha agung PKR kini disandang Saifuddin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Jenapala berhubung permilihan jawatan timbalan presiden parti itu. Hakim Datuk Aziah Ali menolak permohonan Jenapala dengan kos sebanyak RM15,000 selepas mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung isu bidang kuasa. Dalam saman pemula bertarikh 18 November lepas, Jenapala berkata permohonan itu dikemukakan bagi mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR. Sehubungan itu, Jenapala memohon pengisytiharan bahawa pelucutan kelayakan beliau sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden PKR adalah tidak sah dan bertentangan dengan haknya sebagai seorang anggota parti tersebut. Dalam afidavitnya, Jenapala berkata keanggotaannya telah dilucutkan tanpa pengetahuan beliau, dan tidak ada sebarang notis diberikan kepadanya. Jenapala berkata beliau menyertai PKR pada Mei 1998, dan berkhidmat sebagai timbalan setiausaha agung sejak awal 2008 sehingga peletakan jawatannya secara lisan pada bulan Disember tahun yang sama. Salehuddin turut mendakwa PKR kini semakin jauh tersimpang daripada pejuangan reformasi untuk melakukan perubahan kepada rakyat di negara ini. Beliau berkata PKR kini hanya mahukan kuasa formal sahaja bukan mahu memperjuangkan reformasi. | ||
Lagi kumpulan pelajar mahu sertai demonstrasi air 5 Dis Posted: 02 Dec 2010 01:57 AM PST KUALA LUMPUR — Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) hari ini menyifatkan tindakan Syabas yang mahu menaikkan kadar air di negeri itu turut memberikan impak besar kepada pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negeri itu. Menurut Presiden Permasis Izzuddin Helmi, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri itu sebanyak 37 peratus. "Permasis membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37 peratus. "Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi juga," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau turut berkata dasar penswastaan air yang diperkenalkan di Selangor pada 1997 jelas membebankan rakyat di negeri itu. "Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan. "Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. "Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan," katanya. Kerajaan Selangor kini dipimpin Pakatan Rakyat melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini. "Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana," kata Izzuddin lagi. Selain Permasis, bebarapa persatuan mahasiswa termasuk Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) turut membantah cadangan Syabas sambil menyifatkan ia akan menyebabkan rakyat di Selangor akan terus terbeban. Sehubungan itu, gabungan tiga persatuan mahasiswa atau boleh dikenali sebagai Mahasiswa ini mahu ahli politik di negara ini mendengar luahan dan pendapat yang dikemukan rakyat. Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut. "Kami menyeru seluruh mahasiswa khususnya yang tinggal di Lembah Klang untuk bersatu dan bersama menyokong usaha ini serta turun bersama-sama rakyat dalam demonstrasi aman yang akan dianjurkan pada Ahad ini. "Kami turut menggesa kesemua pimpinan kampus, organisasi serta fruksi mahasiswa dan masyarakat untuk respons terhadap isu-isu seperti ini yang melibatkan hak rakyat kerana kita tidak mahu sumber-sumber negeri ini didominasi oleh individu-individu tertentu yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan. "Kita tidak mahu sebarang campur tangan kerajaan pusat terhadap isu, hal dan permasalahan perkara-perkara dalam senarai negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pusat harus hormat kepada undang-undang dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara," katanya. Mahasiswa turut berkata tindakan Syabas mahu menaikkan tarif air di Selangor turut akan membebankan golongan mahasiswa. "Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi-institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara dan sebahagian besar tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej masing-masing. "Sejak 2008, mahasiswa tidak perlu runsing dengan beban membayar bil perkhidmatan air. Sebilangan besar dari mereka boleh menjelaskan bayaran tertunggak menjelang hujung semester tanpa sebarang bebanan. Boleh dikatakan sejak 2008, rakyat Selangor tidak pernah dibebankan bil utiliti air. "Malah sejak sejak 2008, rakyat Selangor telah dikembalikan haknya dan mahasiswa menyokong penuh polisi merakyatkan ekonomi yang tidak membeban dan menyusahkan rakyat," katanya. "Perang" antara kerajaan negeri Selangor dan Syabas mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air. Notis bertarikh 23 November dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997. Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas. Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil. | ||
Nafi Ketuanan Melayu perbuatan jenayah, kata ketua Perkasa Posted: 02 Dec 2010 01:55 AM PST KUALA LUMPUR – Datuk Ibrahim Ali mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu "jenayah" kepada orang Melayu. Presiden Perkasa ini (gambar) juga menegaskan "Ketuanan Melayu" konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah "Ketuanan Melayu" hanya dicipta ketika 1980-an. "Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah 'Tuan' Tanah Melayu. "Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan 'Tuan dan hamba'," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan yang dilihat merujuk kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak harus apologetik jika menekankan keperluan ataupun menggalakkan penggunaan ungkapan "Ketuanan Melayu". "Kita tidak harus apologetik dengan usaha menyebarkan slogan Ketuanan Melayu ataupun dianggap sebagai tanda kelemahan orang Melayu. Kita harus menerima kefahaman dan semangat (konsep) Ketuanan Melayu untuk bergerak ke depan demi perubahan dan mencapai kemajuan dengan penuh maruah dalam semua arena. "Kita ada satu matlamat dan matlamat kita dijustifikasikan kerana ini adalah Tanah Melayu kita. "(Tindakan) mengetepikan Ketuanan Melayu adalah satu jenayah dan mempolitikkan (ungkapan itu) adalah satu jenayah kepada bangsa Melayu dan kewujudannya dalam evolusi sejarah orang Melayu kita dan nilai-nilai baik Islam," katanya. Ini bukan kali pertama pemimpin Perkasa mengecam pemimpin-pemimpin PKR termasuk Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ekoran kenyataan beliau mengenai ungkapan Ketuanan Melayu dalam ucapan dasar Kongres Nasional PKR minggu lalu. Semalam, Anwar mempertahankan pendiriannya menolak konsep "Ketuanan Melayu" sambil menjelaskan, ungkapan yang menjadi polemik itu merujuk kepada amalan "tuan dan hamba" dalam masyarakat. Anwar turut membidas kritikan sesetengah pihak terhadap pendirian partinya - PKR menolak konsep tersebut dengan mendakwa ia telah diputarbelitkan seolah-olah mereka tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Justeru Penasihat PKR ini mencela pemimpin-pemimpin terbabit terlalu tergopoh-gopoh dan tidak tepat dalam kenyataan dibuat mereka terhadap komponen PR itu. Dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR Sabtu lalu, Dr Wan Azizah berkata, konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri. Beliau berkata, konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu. "Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri. "Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya. Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Bagaimanapun seruan itu didakwa Umno sebagai usaha untuk meraih sokongan bukan Melayu selain cuba mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman parti itu. Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah turut menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" apabila sanggup menolak konsep tersebut semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan daripada orang bukan Melayu. Dalam ulasan kepada The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan pendirian lantangnya dengan menegaskan konsep "Ketuanan Melayu" telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu khususnya ahli-ahli politik. | ||
Ketuanan Rakyat lebih demokratik, kata MB Selangor Posted: 01 Dec 2010 03:58 AM PST SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep "Ketuanan Rakyat" dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan. "Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik," kata Khalid (gambar) yang juga pemimpin PKR. "Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara)," tambah beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan