Rabu, 1 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sadis&Tragis: Nenek Tergamak Campak Kanak-kanak Comel Ini dari Tingkat Lima

Posted: 01 Dec 2010 05:00 AM PST



Seorang nenek di Fairfax Country, Virginia tergamak mencampak cucunya (gambar di atas) berusia 2 tahun setengah dari jejantas di tingkat lima sebuah pusat beli belah. Beberapa orang saksi melihat Carmela Dela Rosa, 50, mencampak cucunya Angelyn Ogdoc dari jejantas setinggi 50 kaki itu ke tempat parker pusat beli belah tersebut.

Menurut laporan yang disiarkan dalam DM, kanak-kanak malang itu dikejarkan ke Hospital Inova Fairfax Country, namun meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah.

Carmela Dela Rosa ditahan dan akan dibicarakan atas tuduhan membunuh.

Menurut keterangan polis, pada masa kejadian, Dela Rosa keluar ke pusat beli belah Tyson's Corner Centre dengan suami, anak perempuan, dan cucunya itu. Mereka menghabiskan masa berjam-jam di situ untuk membeli belah sempena jualan murah yang diadakan di situ.

Sehingga kini, pihak polis masih belum dapat memastikan motif sebenar Dela Rosa mencampak cucunya sehingga menyebabkan kematiannya. 

Carmela Dela Rosa

Lokasi kejadian

P/s: Motif masih belum diketahui. Mungkin si nenek ini mempunyai  masalah mental. Namun jika pembunuhan kejam itu bukan berkait dengan masalah itu, maka perbuatan kejam nenek ini wajar dibalas dengan hukuman yang setimpal.


Tiada ulasan: