™ kaasii peecaahhh laaa...® |
- PRU13 di ramal Mac tahun hadapan?????
- Pemimpin Umno BN hakis kedaulatan Raja-Raja Melayu - Tan Sri Khalid
- Zahrain harus bertaubat
PRU13 di ramal Mac tahun hadapan????? Posted: 01 Dec 2010 08:41 AM PST KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum ke-13 diramal berlangsung sekitar Mac 2011 berikutan Umno bimbang berlaku perbalahan pada pemilihan parti itu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan itu dibuat Ketua Umum Parti KEADILAN Nasional berikutan pengumuman Najib yang menyatakan pemilihan Umno ditangguh selama 18 bulan untuk proses 'pemantapan' serta 'pemulihan parti pemerintah itu. Sebaliknya, pemerhati politik percaya penangguhan itu dibuat kerana Umno takut timbul perbalahan yang tidak dapat dibendung hingga menyukarkan mereka menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Umno tidak berani mengadakan pemilihan (mengikut jadual) kerana mereka tidak cukup kuat dan takut menghadapi perwakilan mereka', kata Anwar. Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution pula percaya penangguhan pemilihan Umno itu berlaku kerana Umno dalam keadaan lemah dan tidak yakin ahlinya cukup bijak untuk melalui proses pemilihan. Beliau mengambil contoh terdapat mesyuarat tahunan Bahagian Umno di Kelantan yang tercetus pergaduhan dan hanya dapat diselesaikan apaila polis melepas tembakan amaran. Desas-desus pilihan raya umum diadakan dalam jangkam asa terdekat mula kedengaran apabila Najib diuar-uar mahu melakukan rombakan Kabinet pada hujung tahun ini.
|
Pemimpin Umno BN hakis kedaulatan Raja-Raja Melayu - Tan Sri Khalid Posted: 01 Dec 2010 08:29 AM PST KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi peringatan kepada pemimpin Umno Barisan Nasional untuk tidak lagi mempergunakan institusi Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik dan menyeru rakyat bersama-sama mendukung prinsip Raja Berpelembagaan. Beliau berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bimbang pemimpin kerajaan kebelakangan ini telah mengulangi tindakan pemimpin terdahulu dengan melanggar Peruntukan Perlembagaan yakni membelakangi kedaulatan Raja-Raja Melayu. Khalid berkata, penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini bermula akibat tindakan pemerintahan terdahulu sehingga berlakunya Krisis Perlembagaan 1983. "Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam, 29 November lalu. Walhal, Khalid berkata, menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan: "Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". "Walaubagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu telah melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Antara pindaan yang berjaya dilakukan ialah Perkara 66(5)," jelas beliau. Tambah Khalid, insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993 sehingga mencetuskan kekecohan apabila sekali lagi pemimpin negara 'mengusik' institusi Raja-Raja Melayu dengan mencadangkan pindaan kepada Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan dihapuskan. Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh jentera kerajaan 'secara biadap' termasuk media massa telah dimanipulasi secukupnya bagi memaparkan cerita-cerita yang memburukkan peribadi Raja-Raja Melayu sekaligus mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi berkenaan. "Pemerintah ketika itu, menggunakan kuasa rakyat terutama orang Melayu, supaya bersama-sama mendesak malah 'memaksa' Raja-Raja Melayu supaya segera menerima pindaan Perlembagaan yang menghapuskan beberapa keistimewaaan Raja-Raja Melayu yang sudah diwarisi sejak ratusan tahun," katanya. Khalid sehubungan itu menyeru seluruh rakyat memupuk kecintaan ke atas lima prinsip Rukun Negara yang turut mengandungi prinsip Kesetian Kepada Raja dan Negara serta Keluhuran Perlembagaan bagi mempertahankan kedaulatan institusi Raja Berpelembagaan. "Patik tidak dapat mengelakkan diri dari teringat peranan 'si kitul' di dalam sejarah Melayu lama. Adakah 'si kitul' moden ini akan kembali memperalatkan Raja atau Sultan demi kepentingan politik mereka?" ujar Khalid yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
|
Posted: 30 Nov 2010 09:19 PM PST Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Dato Seri Zahrain yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Dr Wan Azizah ditarik balik. KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi lebih ghairah mengikut Dato Seri Najib ke Amerika Syarikat. Beliau mengkhianati pingat "Dato Seri" yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum. Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu. KEADILAN Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-Raja serta Yang Dipertua – Yang Dipertua Negeri. KEADILAN Bayan Baru ingin mengingatkan semua pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi menggadaikan negara. KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan Keadilan untuk Semua. "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib kelompok ramai Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, India, Orang Asli dan Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat akan terus berjuang membela nasib semua rakyat 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia' ™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!! http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
|
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan