Rabu, 1 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Naikkan Harga Petrol Untuk Isi Kantung PRU-13 Umno-BN

Posted: 01 Dec 2010 02:00 PM PST



KUALA LUMPUR 1 DIS : Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba malam tadi bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun depan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail melahirkan kebimbangannya berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut.

"Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan harga bahan mentah itu di apsaran dunia.

"Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan.

Apa yang memusykilkan kata Azan, kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku.

"Dari segi pertukaran asing, Ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh.

"Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikkan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia.

"Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan tujuan mengadakan pilihanraya," ujar beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata beliau telah menjangkakan kenaikkan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi.

"Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai.

"Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang.

Contohnya kata beliau adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat.

"Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, ok lah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna.

"Malah, saya lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut," ujar Mujahid.

Semalam, kerajaan Umno-BN membuat keputusan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.05 menjadi RM2.15 seliter yang berkuatkuasa tengah malam tadi.


tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kenapa Kau Tak Suka Rosmah Mansor?

Posted: 01 Dec 2010 08:59 AM PST





Jika aku ditanya soalan di atas,terus terang aku mengatakan,aku tak tau kenapa.Tapi bila kita tengok muka Rosmah Mansor,aku akan dapat vibe seakan-akan



a. watak mak jahat dalam drama Melayu

b. mak tiri Cinderella

c. mak tiri Bawang Putih



Satu benda yang aku paling tak suka adalah,dia jarang tersenyum kecuali depan kamera.Asal ada kamera,dia akan senyum,asal ada photgrapher dia sengih.Tapi 90% muka dia akan sentiasa masam.



Aku pernah face to face dengan Rosmah dua kali aje itupun sebab dia datang event ofis aku.2-2 time tu aku sedaya upaya senyum kat dia.Langsung tak senyum balik!Najib?Najib nampak peramah,agak mudah didekati.Rosmah?Sila tengok 3 point aku di atas.Apatah lagi pulak bila dicomparekan Rosmah dengan Siti Hasmah.Aku tak hidup zaman Rahman,Abdul Razak atau Hussein Onn jadi aku tak tau isteri diorang macam mana.



Aku rasa perunding imej Rosmah ni tau dan sedar yang persepsi imej Rosmah kepada orang ramai adalah sedemikian sebab itu Rosmah melibatkan diri dalam hal-hal kebajikan kanak-kanak agar menonjolkan sifat keibuan dia tapi....



Cuba baca ini,



Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu.Pada pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar daripada didikan semasa usia kanak-kanak.Kerana begitu ‘terganggu’, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA.(aku ambik dr website PERMATA)



COME ON!Gua paling kelakar baca ayat ni....Datin Paduka Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu....dan sapa yang buat karangan tu?Budak-budak yang join PERMATA ke?Hehehe...



Aku rasa apa orang paling tak suka pasal Rosmah...adalah sebab dia cuba menonjolkan diri dia sebanyak mungkin.Jadi,kepada mereka2 yang nak repair imej Rosmah Mansor,cara dia senang aje. Sorok Rosmah daripada pandangan umum dan pastikan Najib Razak nampak lagi berkaliber berbanding Rosmah.Setakat ni?Jujur aku katakan,walaupun ramai yang buat kelakar pasal benda ni,pandangan aku,Rosmah memang nampak ada influence kepada sesetengah keputusan Kerajaan.Come on!RM111 juta untuk PERMATA!



Ada pepatah Kapitalis mengatakan,di belakang setiap lelaki yang berjaya,pasti ada seorang wanita dibelakangnya.Dalam bab ni,please....sorok Rosmah di belakang Najib sedaya upaya yang mampu.



Jadi,berbalik kepada soalan asal;

Kenapa Kau Tak Suka Rosmah Mansor?



cursingmalay.blogspot.com

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live Piala AFF : Malaysia vs Indonesia

Posted: 01 Dec 2010 04:25 AM PST

Berbaju 1Malaysia ketika PRK Galas:Akhirnya RM100 sampai ke tangan

Posted: 01 Dec 2010 02:00 AM PST



Oleh Tan Pek Kwan

Hampir sebulan PRK Galas melabuh tirai, penduduk yang memakai baju 1Malaysia akhirnya mendapat "pulangan" RM100 pada 26 November, daripada pertubuhan "1Malaysia" yang disokong MCA di sebalik tabir.

Pada malam sebelum hari pengundian PRK Galas, pengacara jamuan malam anjuran "badan bukan kerajaan" (NGO) 1Malaysia memperingatkan penduduk agar memakai baju merah "1Malaysia" ketika mengundi. "Akan diberkati tuah...," katanya.

Hampir sebulan berlalu sejak 4 November, MerdekaReview diberitahu bahawa pertubuhan yang disertai ramai ahli MCA ini telah "memberkati tuah" di satu pondok yang berdekatan dengan padang kampung baru.

Sumber maklumat memberitahu MerdekaReview, mereka yang berbaju merah 1Malaysia pada hari pengundian boleh menerima RM100, dengan menunjukkan kad pengenalan mereka. Seandainya nama mereka ditandai "bintang" dalam senarai, maka RM100 akan diberikan.

Menurutnya, tanda "bintang" tersebut bermakna mereka pernah mendaftarkan diri di kaunter perkhidmatan "1Malaysia". Senarai tersebut tertera jelas nama, nombor kad pengenalan dan tempat orang itu mengundi.

Tersebarnya khabar "tuah diberkati..."

Sumber maklumat berkata, "khabar baik" ini sememangnya di luar dugaan beliau, memandangkan PRK Galas telah tamat untuk satu tempoh yang agak panjang. Beliau lantas bergegas ke pondok di padang itu selepas menerima khabar tersebut, dan menerima dua keping wang yang bernilai RM50, membawa jumlah kepada RM100. Beliau menambah, MCA sering mengadakan aktiviti di pondok tersebut, dan kini menjadi seolah-olah kaunter perkhidmatan MCA.



Bagaimanapun, beliau tidak faham mengapa wang diberikan setelah sekian lama. Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pihak yang membahagi wang takut pengundi memberontak pada pilihan raya umum akan datang, seandainya tidak menunaikan janji untuk memberi wang RM100 ini.

Menurutnya, wang hanya diberikan kepada mereka yang mendaftarkan nama diri di kaunter "1Malaysia". Berdasarkan nama yang tertera pada senarai itu, beliau meramalkan lebih 100 orang yang akan menerima RM100 di pondok tersebut, tidak termasuk wang yang diberikan di kawasan Bandar Lama dan sebagainya.

Ketika PRK Galas berlangsung, MerdekaReview pernah melaporkan bahawa mereka yang menyertai perarakan 1Malaysia memperolehi RM100 seorang. Sumber maklumat mengesahkan kepada MerdekaReview bahawa seandainya seseorang itu menyertai perarakan 1Malaysia, dan juga memakai baju merah 1Malaysia pada hari pengundian, maka mereka akan memperolehi RM200 keseluruhannya.

Baca: Perarakan Satu Malaysia: Satu Orang, Satu Ratus Ringgit

DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bicara Kes Anwar - Awat Lagu Ni?

Posted: 30 Nov 2010 11:00 PM PST



Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.

Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.

Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.

Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.

Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar "hire" bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut

Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!

Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.

Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.

Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.

Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.

Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

Ketiga, Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.

Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .

Keempat, Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.

Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah

Kelima, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.

Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.

Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu " when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged." ( Apabila kita kita ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi." )


peguampas


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pesona Pensyarah Tua

Posted: 30 Nov 2010 08:00 PM PST


BIMBANG...Zuhaili menunjukkan laporan polis dan gambar adiknya, Nur Afiza.

'Iza harus pergi'
Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling

KUALA LUMPUR: "Ia mungkin perkara paling bodoh dalam hidup saya, tapi percayalah, saya berjuang untuk mendapat yang terbaik. Saya sayangkan kamu semua, tetapi saya harus pergi.

"Ini mungkin hari paling sukar dalam hidup saya, tetapi saya tidak akan menoleh ke belakang," luah seorang gadis dalam blognya sebelum menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang pensyarah lelaki berusia lewat 50-an ke Kochi di negeri Kerala, selatan India.

Nur Afiza Mohd Mantali, 21, anak keempat daripada lima beradik menulis pesanan berkenaan di dalam blognya sehari sebelum dikesan meninggalkan negara ini dipercayai untuk bersama lelaki terbabit yang juga seorang bekas pensyarah perubatan warga India di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Sarawak.

Menurut abangnya, Zuhaili, 29, mereka sekeluarga kini kebimbangan berikutan adiknya yang mesra dipanggil Iza tidak dapat dihubungi sejak kehilangannya pada 1 November lalu.


Katanya, kegagalan untuk menelefon Iza juga menyebabkan mereka sekeluarga terfikir pelbagai kemungkinan buruk termasuk Iza dijadikan keldai dadah dan lebih teruk akidah gadis itu akan terpesong.


BUKTI...lelaki yang disyaki membawa Nur Afiza ke India.

"Saya tak mengenali lelaki itu, tapi ibu (Hasimah Brahim, 48,) memberitahu Iza pernah membawa lelaki terbabit ke rumah di Kuching, Sarawak, pada bulan puasa lalu dengan memperkenalkannya sebagai kawan.


"Iza juga pernah memberitahu adik bongsu mengenai lelaki itu yang didakwanya seorang pensyarah kontrak di sebuah IPT di Sarawak dari tahun 2007 hingga 2009," katanya yang ditemui di sini, semalam.


Menceritakan kejadian pada 1 November itu, Zuhaili berkata adiknya memberitahu mahu ke rumah kakaknya di Batu 7, Lundu, Sarawak.

"Ibu langsung tidak curiga kerana setiap bulan Iza akan menziarahi rumah kakak. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, ibu bimbang Iza langsung tidak menelefon.


"Ibu menghubungi kakak Iza dan terkejut apabila mendapat tahu dia tidak ke rumah berkenaan," katanya.


Menurutnya, bimbang keselamatan Iza yang ketika itu sudah lima hari tanpa khabar berita, ibunya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada 5 November lalu.


Zuhaili berkata, dia melakukan pemeriksaan di terminal lapangan terbang dan Jabatan Imigresen sebelum pihak terbabit mengesahkan nama Iza ada dalam rekod senarai penerbangan keluar ke Kochi, India, sehari selepas meninggalkan rumah.


Pemeriksaan lanjut di blog Iza juga, katanya, mendapati gadis berkenaan ada meninggalkan pesanan seolah-olah akan pergi jauh.


Zuhaili berkata, dia juga cuba bertanya mengenai adiknya kepada lelaki itu di laman Facebooknya, tetapi tiada jawapan, malah akaun itu didapati sudah ditutup.


Katanya, bimbang keselamatan adiknya itu, dia merujuk perkara berkenaan ke Wisma Putra dan Kedutaan India di Malaysia, namun masih tiada perkembangan sehingga kini.


"Kami khuatir kesihatan Iza yang menghidap asma akan terjejas. Selama ini, tiada siapa yang tahu dia mempunyai masalah itu kerana Iza hanya rapat dengan ibu, malah masih tidur bersama ibu sehingga sebelum kehilangannya.


"Harapan kami semoga Iza kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Itu saja. Kami difahamkan ada satu tempahan tiket yang dibuat atas nama Iza dari Kochi ke Kuching pada 8 April 2011, tapi tak tahu sejauh mana kebenarannya kerana setakat ini belum dapat berhubung dengannya secara langsung," katanya.


Sehubungan itu, Zuhaili berharap pihak berkuasa membantu dia dan keluarganya membawa pulang adiknya ke negara ini dengan selamat. Sebarang maklumat boleh hubungi beliau di talian 012-8892184.

HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lagi Bukti UMNO Memang Hebat Memerintah

Posted: 30 Nov 2010 05:00 PM PST



Rugi 8 tahun berturut-turut. Memang hebat Orang Umno ni. Kalau kira hitung panjang setahun rugi lebih kurang RM28.75juta.

Harakahdaily melaporkan:

SEBERANG PRAI, 30 Nov: Sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) telah mengalami kerugian dan defisit yang teruk iaitu sebanyak RM230 juta dalam tempoh lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2007.

"Sehingga kini kerajaan terdahulu masih gagal untuk menjelaskan perkara tersebut. Hanya apabila kerajaan negeri PR memerintah barulah defisit ditukar menjadi lebihan buat kali pertamanya pada 2008," kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Majlis Angkat Sumpah Pemangku Yang Dipertua MPSP di Dewan Kenangan, di sini, pagi ini. - Hrkh

Mungkin ada yang gatai mulut akan komen kata Yang jaga MPSP tu pegawai kerajaan bukannya parti Umno. Memang depa pegawai kerajaan, tapi aku yakin sangat-sangat perlantikan depa-depa tu majoritinya mesti guna kabel Umno.

Lagi satu, antara sebab utama kerugian tu, pasai banyak melibatkan pemimpn Umno sama-ada peringkat negeri, bahagian malah sampai peringkat ketua cawangan Umno pun terlibat sama.

Mana taknya, kalau muck-up harga gila-gila, pasai nak kena bagi sikit habuan kat orang tu, orang ni. Member yang dapat kontrek takkan nak rugi, takkan depa nak bagi untungdepa kat orang. Pasai tu la harga kontrak mahal dari yang sepatutnya.

Tu belum lagi dikaji cerita pasai bangunan baru MPSP, banyak jugak cerita yang pelik aku dengar. Walaupun cerita-cerita tu masih berstatus khabar angin pasai aku pun tak rajin nak siasat. tapi macam aku selalu sebut, "kalau khabar angin pun, tapi ceritanya panjang berdepa-depa, takkan takat seinci pun takdak yang betul."

Pasai tu la, walaupun baru setahun lebih ambil alih oleh Pakatan Rakyat, MPSP mampu buat untung. Dari rugi purata RM28.75juta setahun boleh bertukar jadi untung dan tahun ni pun dijangka untung lagi sebanyak RM15.34 juta

Kalau penyelewengan dan salah guna kuasa boleh disekat memang MPSP patutnya untung, bukan rugi. MPSP bukan lekeh punya kawasan, kawasan industri pun luas. Memang tak patut sangat boleh rugi 8 tahu berturut-turut.

UO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: