Khamis, 2 Disember 2010

Tukar Tiub

Tukar Tiub


TUKAR TIUB PEMECAH BERITA !!!!

Posted: 02 Dec 2010 07:09 PM PST



AIR ADALAH HAK ASASI




PECAH BERITA TIPU MELAYU

Pekerja di syarikat Syabas dan Jalur Cahaya
telah dipaksa untuk menanda tangani petisen.
Pekerja dari dua syarikat ini juga telah juga dipaksa
untuk datang ke Masjid Shah Alam Jumaat hari ini .

Mereka di wajibkan berada di pekarangan Masjid Shah Alam
dario jam 12.00 hingga jam 1.00 tengah hari untuk menunjukkan
bantahan ke atas usaha kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
yang mengambil kembali air untuk dijadikan hak rakyat.

Jika engkar mereka akan kehilangan pekerjaan.


CONTOH SMS YANG SEDANG BERLIGAR:

die siap sruh sume staf jgn pkai bju jc or syabas.
Jgn bwk kete jc or syabas. Bgi nmpk msm org luar.
Kdtgn wajib.ad org amek attndnce..



KEMBALIKAN HAK RAKYAT



NOTA:
penswastaan adalah projek merompak
harta orang ramai untuk diberikan
kepada kroni, anak beranak, kawan kawan
dan anak bini dan penyedap waktu sejuk !


TAK PERCAYA MEREKA PENYAMUN - LIHAT INI !




SATU LAGI PERKATAAN TIPU MELAYU

Posted: 02 Dec 2010 06:23 PM PST




SERAGAM BUKAN TIPU MELAYU



nota:
macam macam dijalan kan
macam macam diusahakan
semuanya untuk menipu melayu




HARGA DIESEL MUNGKIN DISERAGAMKAN
- melayau

Jawatankuasa Bersama Bagi Membanteras Penyelewengan Diesel Bersubsidi sedang mengkaji kemungkinan diseragamkan harga bahan api untuk semua sektor bagi mengelak penyelewengan berterusan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang wujud perbezaan harga yang ketara apabila diesel untuk industri dijual sebanyak RM2.05 seliter berbanding harga yang telah disubsidi kepada nelayan sebanyak (RM1.25) dan kenderaan pengangkutan darat (RM1.48).

''Perbezaan harga antara diesel yang dijual kepada nelayan dan industri adalah sebanyak 80 sen dan kalau ada yang nakal untuk menjual bahan api bersubsidi kepada pihak industri lebih tinggi 50 sen pun, banyak yang mereka boleh jual.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. INGAT TAK PERKATAAN SELARAS…. kah kah kah..

kah kah kah… SELARASKAN HARGA GULA… kah kah kah..

kah kah kah.. SELARASKAN HARGA IKAN…. kah kah kah…

woit… KALI INI ZIONIS APCO TELAH BERI NASEHAT... kah kah kah..

kah kah kah.... MENCADANGKAN PERKATAAN DI SERAGAMKAN… kah kah kah..

kah kah kah… KENAPA GUNAKAN PERKATAAN DISERAGAMKAN?.... kah kah kah..

kah kah kah.. APA MAKNA DI SERRAGAMKAN?...kah kah kah..

kah kah kah…. DISERAGAMKAM MAKNANYA DI SAMAKAN…. kah kah kah..

woit.. INI BETUL BETUL TIPU MELAYU…. kah kah kah..

woit… CAKAPLAH MINYAK NAK NAIK HARGA…. kah kah kah..

kah kah kah… DISERAGAMKAN KEPALA BANA APA?.... kah kah kah..

woit... BILA NAK SERAGAMKAN GAJI MAT MONGOL DENGAN GAJI TUKANG SAPU... kah kah kah..

woit… APA PUNYA TUUUUUR…. PROJEK TIPU MELAYU…. kah kah kah..

nota:
boleh kah berat badan bik mama
di seragamkan dengan berat badan ziana zain kah kah kah


JEMPUTAN UNTUK ESOK

Posted: 02 Dec 2010 05:39 PM PST





DI i-CITY SHAH ALAM



JEMPUTAN KE PEKAN FRINJAN - HAK ASASI MANUSIA

Pekan Frinjan 16 penutup tahun 2010 membawakan tema HAM: singkatan kepada Hak Asasi Manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia yang disambut pada tanggal 10
Disember setiap tahun.

4hb Disember 2010, hari Sabtu
jam 5.00 petang sehingga 12 tengah malam
bertempat di i-City Amphitheater, Seksyen 7 Shah Alam Selangor

SUSUNAN PROGRAM

5.00pm - gerai-gerai anak muda dan NGO dibuka
8.30pm - tayangan filem, persembahan muzik, puisi, teater dan naskhah dimulakan
12.00am - tamat


TENTANG PEKAN FRINJAN

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk "pop", diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Frinjan ialah entiti sifar-untung yang dijayakan oleh kelompok bebas. Matlamatnya ialah untuk menganjurkan aktiviti jalanan bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

013-299 0192 : Farhan Azahan
010 512 6836 : Zulhabri


JANGAN LUPA AHAD TENGAH HARI

Posted: 02 Dec 2010 12:18 PM PST





BERSAMA MB KE ISTANA NEGARA















KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010


POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.

DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia?

Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.

SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.

Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



SEMUA DIAJAK DALAM PESTA MERAJ 5 DISEMBER – harakah daily

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan anak muda non structural yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan.

Itu, katanya belum masuk perbagai elaun keistimewaan hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Tambahnya, bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Menurutnya, himpunan aman Ahad ini merupakan hak rakyat.

nota:
mari kita meramaikan
mari kita merayakan
mari kita bersama menyokong warga selangor!

JADI BODOH PATUT DIKENAKAN CUKAI

Posted: 02 Dec 2010 12:07 PM PST



BILA TAK PAKAI SONGKOK



nota:
minah lurah memang hebat
bersama mamat bersongkok tinggi

NAFI KETUANAN MELAYU PERBUATAN JENAYAH KATA KETUA PERKASA - minsider

Ibrahim Ali mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu "jenayah" kepada orang Melayu.

Presiden Perkasa ini juga menegaskan "Ketuanan Melayu" konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah "Ketuanan Melayu" hanya dicipta ketika 1980-an.

"Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah 'Tuan' Tanah Melayu.

"Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan 'Tuan dan hamba'," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan yang dilihat merujuk kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dan juga pemimpin-pemimpin PKR yang lain, Ibrahim berkata, orang Melayu tidak harus apologetik jika menekankan keperluan ataupun menggalakkan penggunaan ungkapan "Ketuanan Melayu".

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… DI MALAYSIA INI MACAM MACAM BOLEH JADI JENAYAH… kah kah kah

kah kah kah… BERKUMPUL TIGA ORANG BOLEH JADI JENAYAH… kah kah kah..

kah kah kah…. TAK BERI RASUAH BOLEH JADI JENAYAH…. kah kah kah..

kah kah kah… YANG TERBARU : TAK NAK JADI TUAN PUN SATU JENAYAH… kah kah kah

woit… KALAU ADA ORANG TAK NAK JADI TUAN… APA BISING BISING… kah kah kah..

kah kah kah… LANTAK DIA LAAA…. kah kah kah…

woit…YANG PELIK NYA…. ADA YANG NAK JADI TUAN…. kah kah kah

kah kah kah… TAPI TAK ADA ORANG YANG NAK JADI HAMBA… kah kah kah

nota:
gerombolan sudah susah
braheng beri banyak undi
orang bukan melayu kepada pakatan rakyat

kalau lawan braheng - hilang undi melayu
kalau sokong braheng - hilang undi bukan melayu

pelok slah
tak pelok salah
anak badak
tidooor di sebelah kah kah kah

KETUANAN RAKYAT PUKUL MATI KETUANAN MELAYU

Posted: 02 Dec 2010 12:00 PM PST




OMBAK RAKYAT AKAN MEMUKUL GEROMBOLAN




KETUANAN RAKYAT LEBIH DEMOKRATIK, KATA MB SELANGOR
- minsider

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep "Ketuanan Rakyat" dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.

Nazri Aziz sebelum ini berkata "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.

"Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik," kata Khalid yang juga pemimpin PKR.
"Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara)," tambah beliau.

nota:
hanya yang bebal sahaja tak faham
apa dia makna ketuanan rakyat
atau sengaja tidak mahu faham

ketuanan raja ertinya raja berkuasa kita jadi hamba
ketuanan tuan punya kilang ertinya tuan punya kilang berkusas kita jadi buruh
ketuanan estate ertinya tuan empunaya estate yang kaya kita jadi buruh

maka ketuanan rakyat ertinya rakyat berkuasa
yang mals nak cari kontrek dan projek pergi mampoooslah




HILANG KUASA UNTUK MENIPU

Posted: 02 Dec 2010 11:51 AM PST




PENJIHAD ISLAM




JAKIM JUMPA MUFTI DIPERCAYAI BERHUBUNG ISU BUKAN ISLAM GUNA AYAT AL-QURAN –minsider

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memanggil satu mesyuarat khas malam esok bagi membincangkan penggunaan ayat-ayat al-Quran oleh perwakilan bukan Islam pada Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

Pertemuan itu yang akan dihadiri oleh mufti-mufti dijangka diadakan di Putrajaya.
Difahamkan Jakim akan mengeluarkan garis panduan hasil mesyuarat itu, tetapi tidak dipastikan sama ada akan ada fatwa khas kemudian.

Mufti Pulau Pinang Hassan Ahmad mengesahkan mengenai mesyuarat itu tetapi tidak menjelaskan agenda pertemuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan Jakim menghubungi pejabat-pejabat mufti hari ini bagi memaklumkan mesyuarat tersebut.

"Esok malam, kita memang akan ada mesyuarat khas bersama Jakim tetapi tidak dimaklumkan apa agendanya.

"Saya masih belum dapat maklumat mengenai agenda mesyuarat khas esok," kata beliau ketka dihubungi The Malaysian Insider sambil berkata, kemungkinan besar tidak akan dapat menghadiri mesyuarat khas itu kerana ada urusan lain.

Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan perkembangan penggunaan ayat al-Quran oleh bukan Islam ketika Kongres Nasional PKR hujung minggu lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


kah kah kah… HEGEMONI GEROMBOLAN TERHADAP AGAMA TELAH PECAH… kah kah kah..

kah kah kah… GEROMBOLAN ABIS MODAL…. kah kah kah..

kah kah kah… SELAMA INI GEROMBOLAN ADA MONOPOLI HAL AGAMA… kah kah kah..

kah kah kah… MONOPOLI INI SUDAH PECAH…. kah kah kah…

kah kah kah... BUKAN SAHAJA HILANG KUASA DI EMPAT NEGERI... kah kah kah..

kah kah kah.... KUASA NAK MENIPU PUN MAKIN KURANG... kah kah kah...'

nota:
kalau kita tahu makna dan ajaran agama
yang kita anuti maka tak mungkin kita ditipu
tak mungkin kita dapat dicucuk hidung

kalau kita sedar hak kita
tak mungkin kita dibuli
kalau kita tahu hak kita
tak mungkin kita jadi oak turut kah kah kah

SATU LAGI CONTOH KETUANAN MELAYU

Posted: 02 Dec 2010 01:02 AM PST





INI DIA KETUANAN MELAYU




DARI FACE BOOK AHMAD NIZAM

Ketuanan Melayu...Kg Matau merupakan penempatan orang Melayu yg paling awal di Bandar Jengka.Dikatakan sejak pertengahan tahun 1960-an Matau telah dibuka dan didiami oleh pekerja2 industri balak ketika itu.kini sehingga hujung tahun 2010 nasib penduduk Matau masih lagi tidak terbela.Sejak sekian lama penduduk Matau memohon mendapatkan geran tanah namun tidak pernah dilayan.malah penduduk tidak mendapat keperluan asas seperti air bersih,bekalan elektrik pula diperolehi dgn inisiatif sendiri.kebelakangan ini sudah terdengar berita yg penduduk Matau akan dihalau keluar bagi memberi ruang kpd pembangunan (dibaca:projek kroni) pembinaan rumah kedai.untungnasib penduduk Matau 100% Melayu terumbang ambing.Inilah Ketuanan Melayu sebenarnya

PUNDEK BANCI PANDANGAN MELAYU

Posted: 01 Dec 2010 11:02 PM PST




MADEY KENA GAS PEMEDIH MATA


nota:
kikat kena angkat topi

pada malaon ini kerana berani
menembak asid ke muka madey

sebab apa madey kena asid?

sebab maloan ini berebut dengan ibrahim
untuk bodek madey kah kah kah



KENYATAAN WAN AZIZAH MEMALUKAN ORANG MELAYU – NIK SAPEIA - melayau

Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),i Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.

Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.

"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.

Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… PUNDEK PUNDEK PUNDEK LAAAA…. kah kah kah..

kah kah kah… MALAOAN INI AHLI PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK….. kah kah kah..

woit… NAK MALU PUNDEK APA PULAK?..... kah kah kah..

woit… ADA 300 JUTA MELAYU DI ALAM MELAYU….PUNDEK INI . SUDAH BUAT BANCI DAN TANYA SEMUA?..... kah kah kah…

kah kah kah… PUNDEK INI SUDAH TANYA PANDANGAN MELAYU DI NARATIWAT?.... kah kah kah..

woit… PUNDEK INI SUDAH TANYA PABDANGAN MELAYU DI BUKIT TINGGI?.... kah kah kah..

woit… MELAYU BERUNAI TAK AMBIL POT…. kah kah kah..

woit… PERGI MAPOOOOS LAAA DENGAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…

woot… TAK MALU KE POLIS MELAYU… TAHAN KERETA MINTA 20 RINGGIT?... kah kah kah//

woit… TAK MALU KE PEKERJA MELAYU DBKL TIAP PETANG DATANG JALAN PETALING MINTA 4 ATAU LIMA RINGGIT… kah kah kah

woit… TAK MALU KE MASUK UNIVERSITI BANGSA LAIN ADA 4 A… MELAYU YANG INI ADA 2EE…kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… NAIB CANCELOR SELURUH DUNIA ADA MENULIS BUKU…. KECUALI MALAYSIA DAN ZIMBABWE…. kah kah kah

woit… TAK MALU KE… TIPU ORANG MELAYU KATA KITA ADA ANGKASAWAN NAIK KE ANGKASA… kah kah kah..

kah kah kah… TAPI SATU DUNIA TAHU INI MENUMPANG KERANA BELI SENJATA DARI RUSSIA…. kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… NAK MENANG PINGAT EMAS DI OLYMPIK BERI KERAYATAAN PADA WARGA KAZAKTAN…. kah kah kah…

woot… MELAYU TAK MALU KE…PERDANA MENTERI DIKATAKAN TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN GADIS MONGOLIA…. kah kah kah..

woit… TAK MALU KE… KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM… kah kah kah..

woit…TAK MALU KE … CAKAP KETUANAN MELAYU…. TAPAI NEGARA DI MILIKI CUKONG…kah kah kah

SIMPAN BERITA INI

Posted: 01 Dec 2010 10:22 PM PST




ANAK MUDA BERSEDIA UNTUK MELAWAN





GEGARAN GEMPA SUMATERA DIRASAI DI SELANGOR
– berita hairan/bernama

2010/12/01
KUALA LUMPUR:
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku di Sumatera Utara Indonesia pada 8.50 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata, pusat gempa itu terletak di latitud 2.8 Utara dan longitud 99.0 Timur iaitu 28 kilometer dari Barat Daya Permatang Siantar, Indonesia, dan 241 kilometer dari Barat Daya Pulau Pangkor, Perak.

Menurut kenyataan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bomba dan Penyelamat Selangor, ketika dihubungi mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan berkaitan gegaran. - BERNAMA

NOTA:
sila simpan berita ini
kerana apabila projek
loji nuklear ingin diperkenalkan
ke malaysia nanti – berita berita
seperti ini akan hilang lesap

berita ini mennjukkan semua
kawasan di sebelah pantai barat
terdedah kepada kocakan gempa bumi

perhatikan nanti akan timbul kang kong
yang diupah untuk menerangkan
bahawa tidak ada mara bahaya jika
loji itu di letakkan di belakang rumah anda

pada ketika ini kempen senyap sedang berjalan
untuk mengolah persetujuan orang ramai agar
menerima loji tenaga nuklear.

justeru awas ! dan bersedia !
anak muda wajib bersedia untuk menentang
loji nuklear.

kta hanya akn memyokong jika loji ini dibuat di- kecuali lojinya boleh
buat



Tiada ulasan: