Sabtu, 18 Disember 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


5 Leaks Lagi Muncul Selepas WikiLeaks

Posted: 18 Dec 2010 03:48 AM PST

KELAB GREENBOC

OpenLeaks, Brussels Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks, IndoLeaks beroperasi

Gambar: ASSANGE menunjukkan kertas mahkamah mengizinkannya dibebaskan atas ikat jamin di Mahkamah Tinggi, London.

LONDON: Web pembocor maklumat, WikiLeaks, kini menjadi inspirasi kepada orang lain untuk turut mewujudkan portal yang menjalankan fungsi sama seperti Julian Assange.

Amerika Syarikat dan pihak berkuasa lain sudah bertindak bagi menghukum WikiLeaks dan Assange atas penyiaran beribu-ribu kabel diplomatik yang memalukan Washington kerana mencetuskan pelbagai perbahasan mengenainya di seluruh dunia.

Assange yang mengasaskan WikiLeaks pada 2006 baru dibebaskan daripada tahanan di London selepas dibenarkan ikat jamin berhubung kes pencabulan wanita di Sweden.

Ketika diwawancara majalah Forbes, beliau berkata: "Memang benar, bukan mudah untuk melakukannya tetapi kami akan rasa dibantu jika lebih ramai orang terbabit dalam industri ini."

Hasilnya, sejak beberapa minggu lalu, lima lagi web berteraskan misi membocor maklumat wujud iaitu OpenLeaks, Brussel Leaks, TradeLeaks, Balkan Leaks dan IndoLeaks.

OpenLeaks diwujudkan oleh bekas pembantu Assange, Daniel Domscheit-Berg. Web itu masih belum ada apa-apa kandungan kecuali logo berbunyi 'Coming Soon.'
Domscheit-Berg enggan membincangkan sebab membuka portal baru tetapi menuduh WikiLeaks keluar daripada misi asal.
Domscheit-Berg berkata, OpenLeaks sudah ada di Twitter dan memulakan tugas awal 2011.

Brussels Leaks pula sudah ada laman web dan Twitter bertujuan mendedahkan perkara tersembunyi dalam sistem Kesatuan Eropah (EU).

"Ianya bertujuan mendedahkan maklumat penting kepada umum. Itulah sebabnya kami akan 'senyap' untuk beberapa minggu," kata laman web itu.

Web TradeLeaks sudah ditonton 60,000 kali beberapa jam selepas dilancarkan bertujuan membocorkan maklumat perniagaan. Ia diasaskan oleh Ruslan Kogan, pemilik perniagaan elektronik Australia, Kogan Technologies.

Balkan Leaks pula dibentuk oleh Atanas Chobanov, seorang ekspatriat Bulgaria di Paris, bertujuan mempromosi ketelusan dan memerangi rasuah di rantau Balkan.

Pengguna boleh menghantar dokumen ke laman itu menerusi sistem rahsia yang hanya disiarkan kepada umum selepas disahkan. Moto organisasi itu ialah 'Rantau Balkan tiada lagi rahsia.'

Laman IndoLeaks sudah menyiarkan laporan bedah siasat tragedi negara pada 1965 yang dianggap dokumen kontroversi, lapor akhbar Jakarta Post.

Ia juga menyiarkan dokumen sensitif mengenai perbincangan Timor Leste pada 1975 antara bekas Presiden Indonesia, dengan bekas Presiden Amerika, Gerald Ford. – Agensi

Lelaki disyaki pengedar dadah maut terjatuh dari tingkat empat

Posted: 18 Dec 2010 03:46 AM PST

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Ketika cuba melarikan diri dari serbuan yang dilakukan pihak polis, sesorang lelaki yang disyaki pegedar dadah maut apabila terjatuh dari kediamannya dari tingkat empat sebuah rumah pangsa di Blok 39, Taman Bunga Negara, Seksyen 27 disini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Zahedi Ayob berkata, dalam serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang semalam, mangsa merupakan salah seorang dari dua lelaki yang cuba melarikan diri apabila menyedari rumah meraka diserbu polis melalui bahagian belakang rumah itu.

Lelaki tersebut dikatakan ditemui mati dalam keadaan terbaring dan cedera parah oleh anggota polis yang menjalankan pemeriksaan disekitar laluan pejalan kaki di belakang kawasan rumah pangsa tersebut.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis juga menemui satu paket dadah jenis syabu seberat 0.5 gram yang dianggar bernilai RM50 daripada seorang dari empat lelaki yang berada di ruang tamu rumah itu.Manakala terdapat dua lelaki yang bersembunyi di dalam bilik turut di tahan.

Tambah Zahedi, kesemua mereka dikatakan menjalankan ujian air kencing dan tiga daripadanya didapati positif dadah ditahan dan tiga lagi yang hasil ujian air kencing mereka negatif dibebaskan.

Penempatan semula guru kerana kekurangan kritikal guru Bahasa Inggeris

Posted: 18 Dec 2010 03:45 AM PST

SELANGOR KINI

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa pelaksanaan penempatan semula guru-guru ke daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam, Selangor perlu dilakukan untuk menampung kekurangan guru Bahasa Inggeris (BI) yang amat kritikal di kedua-dua daerah, lapor Bernama hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, guru-guru yang ditempatkan semula itu adalah dari daerah yang terdapat lebihan guru Bahasa Inggeris dengan ketara seperti daerah Klang, Petaling Perdana, Petaling Utama dan Hulu Langat.

"Pengisian jawatan guru di sekolah-sekolah sepatutnya mengikut keperluan opsyen, tetapi didapati taburan guru tidak seimbang antara sekolah dalam daerah, begitu juga taburan guru antara daerah dalam negeri dan antara negeri.

"Pelaksanaan penempatan semula ini merupakan satu langkah proaktif untuk memastikan dasar Memperkasakan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya," menurut kenyataan itu.

Penempatan semula itu turut melibatkan guru-guru opsyen Bahasa Malaysia yang berlebihan di daerah seperti Sabak Bernam dan Kuala Langat yang perlu digerakkan ke daerah-daerah lain.

Menurut Kementerian Pelajaran, semua guru terlibat diberi peluang untuk membuat rayuan dan setiap rayuan yang dikemukakan diberi penelitian dan pertimbangan sewajarnya.

Dalam satu laporan media semalam, 100 orang guru, terdiri daripada 84 guru BI dan 16 guru BM melahirkan rasa tidak puas hati akibat dipindahkan ke sekolah baru yang jauh dari tempat tinggal mereka.

Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), langkah penempatan semula ini dilihat membebankan guru-guru terbabit dan memohon agar kerajaan menimbangkan semula langkah daripada segi faktor jarak, keluarga dan kesihatan.

Projek MRT Lembah Kelang mula dibina Julai

Posted: 18 Dec 2010 03:04 AM PST

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.

Najib berkata antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui limpahan dari kerja-kerja pembinaan.

"Sebanyak RM21 bilion impak peningkatan GNI setiap tahun akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti," katanya selepas mengumumkan bahawa Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di Petaling Jaya.

Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia adalah satu projek kemasukan ekonomi (EPP) untuk NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau juga berkata projek MRT ini akan menjana 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.

Katanya kerja pembangunan projek tersebut dijangka bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.

Najib berkata laluan pertama projek MRT ini akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur.

"Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang," katanya.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk, katanya, sambil menyatakan bahawa MRT itu akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong.

Katanya lebih daripada 400,000 orang dijangka menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.

Najib berkata laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.

Oleh kerana itu, katanya kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.

"Harga keseluruhan projek ini masih lagi dalam peringkat dihalusi, anggaran awal projek ini dalam tahun 2009 dalam lingkungan RM36 bilion tetapi ini akan tertakluk kepada perubahan apabila sampai pada masanya," katanya.

Beliau berkata harga terakhir projek tersebut bergantung kepada faktor seperti kontrak-kontrak yang akan ditawarkan melalui tender terbuka, kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Najib berkata kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi.

Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telah pun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd pada tahun 2008 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang.

Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pembangunan laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa, katanya.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan akan mengumumkan projek baru di bawah EPP, Najib berkata terdapat beberapa projek baru yang akan diumumkan Januari tahun depan.


Peguam N Surendran naib presiden baru PKR

Posted: 18 Dec 2010 03:01 AM PST

Regina Lee

Pasca pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi, barisan kepemimpinan baru PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan kemunculan beberapa muka baru.

Pengumuman hari ini bagaimanapun tidak banyak menyaksikan pelantikan dari kem timbalan presiden Azmin Ali seperti spekulasi sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tetap menarik perhatian apabila peguam hak asasi N Surendran, 44, dilantik ke jawatan naib presiden. Surendran tidak menawarkan diri sebagai calon dalan pemilihan yang baru-baru ini.

Selain itu, dua lagi jawatan naib presiden diisi bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.

Pelantikan turut melibatkan calon yang tewas dalam pemilihan, termasuk bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin ke jawatan timbalan setiausaha agung.

Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kini dilantik menjadi ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.

Orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi Ramli dan ADUN Jerejak Sim Tze Tsin pula masing-masing kini menjawat kedudukan pengarah strategik dan timbalan ketua penerangan.

Di samping itu, peguam Latheefa Koya dilantik mengetuai biro perundangan yang baru ditubuhkan, manakala Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai ketua penerangan.

Pengarah pilihan raya yang sebelum ini diisi oleh Fuziah Salleh kini diambil alih oleh Azmin Ali.

Umno guna masjid cari pengaruh

Posted: 18 Dec 2010 03:00 AM PST

Ahmad Danial

BUKIT KATIL: Umno jelas biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh.

Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno dan BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Hajjah Kintan Man (gambar) berkata sikap Umno ini memang biadap dan tidak sepatutnya berlaku kerana Umno sering kali menuduh PAS mempolitik masjid tetapi pada hakikatnya merekalah yang berbuat demikian.

"PAS tidak pernah menggantung atau memasang bendera atau kain pemidang di pagar masjid, jauh sekali dari menjalankan program parti di masjid, namun apa yang berlaku Umnolah yang melakukan perkara tersebut.

"Apa hak Umno untuk berbuat demikian, kenapa Umno boleh gantung kalau betul mereka mahu masjid bebas dari politik, terbukti mereka mahu menggunakan institusi masjid untuk mencari pengaruh dan mengabui mata rakyat kononnya merekalah pembela Islam" ujar Kintan yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kintan berkata Umno sering menuduh PAS menggunakan masjid untuk mencari pengaruh tetapi tuduhan itu tidak pernah dibuktikan, namun begitu Umno sering kali menggunakan masjid untuk menganjurkan program-program parti mereka.

"Tindakan Umno ini umpama menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Melaka menggesa Umno Melaka menghentikan tindakan mereka menggunakan masjid untuk mencari pengaruh.

"Kita bimbang kesucian masjid tercemar dengan perangai dan program anjuran Umno yang kebanyakan bertentangan dengan Islam," katanya.

Tambahnya, ramai di kalangan wanita Umno dan Puteri Umno tidak menutup aurat dengan sempurna, program mereka pula biasanya melibatkan percampuran lelaki dan wanita yang sudah tentu mencemarkan kesucian masjid.

"Jadi kita harap Umno menghentikan sikap buruk mereka ini serta merta, jangan ulangi lagi kerana ianya jelas mencemarkan Rumah Allah," ujar Kintan.

Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat

Posted: 18 Dec 2010 02:51 AM PST

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS: Awal pagi ini, petugas PAS yang memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.

Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

Pimpinan PKR: Mustafa Kamil dan Badrul Hisham turut dilantik

Posted: 18 Dec 2010 02:48 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

pkr bmPETALING JAYA: PKR mengumumkan majlis pimpinan pusat (MPP) selepas era pemilihan yang mencetuskan pelbagai salah laku dan penyelewengan.

Beberapa calon yang kalah dalam pertandingan turut diberi tempat dalam MPP atas kapasiti jawatan lantikan.

Mustafa Kamil Ayub yang kalah jawatan timbalan presiden kepada Azmin Ali dilantik sebagai ahli biro politik PKR dan pengarah latihan.

Manakala Badrul Hisham Shaharin dilantik sebagai timbalan setiausaha agung.

Beliau kalah kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk jawatan ketua AMK.

Berikut senarai MPP PKR yang diumumkan hari ini.

Ketua Umum: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail

Timbalan Presiden: Azmin Ali

Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail

Naib Presiden: Nurul Izzah Anwar; Tian Chua; Fuziah Salleh; Datuk Mansor Othman; Datuk Chua Jui Meng; Baru Biang dan N Surendran

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin

Ketua AMK: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Bendahari Agung: William Leong

Ketua Penerangan: Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi: Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi: Rafizi Ramli

Pengarah Guaman: Latheefa Koya

Pengarah Jawatankuasa Disiplin: Datuk Dr Tan Kee Kwong

Ahli Biro Politik

Senator Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Abdul Khalid Samad, Sivarasa Rasiah, Dr Xavier Jayakumar dan Mustafa Kamil Ayub yang juga pengarah latihan.

Timbalan Setiausaha Agung: Badrul Hisham Shaharin, T Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin, Animah Ferrar dan Ir Muthiah.

Pakatan diminta boikot sesi Parlimen dipengerusi Pandikar

Posted: 18 Dec 2010 02:42 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan "mesej protes yang keras" kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya "membuli" wakil rakyat pembangkang.

Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.

Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.

"Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan datang . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli," kata beliau.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

"Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen . . . tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya . . . kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker," kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.

Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.

"Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik," katanya.

Pakatan Rakyat juga bercadang mengambil tindakan ke atas Pandikar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz ekoran penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R Sivarasa dan Azmin Ali.

Bagaimanapun menurut Nazri, cadangan tindakan mahkamah terhadap Pandikar tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai "kekuasaan" yang tersendiri.

Dewan Rakyat pada Khamis lalu meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan tidak benar yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Pandikar mempengerusikan sesi yang menyaksikan keempat-empat mereka digantung.

Muhyiddin arah jentera BN, Umno tingkatkan sokongan pengundi Tenang

Posted: 18 Dec 2010 02:40 AM PST

BERNAMA


PAGOH, 18 Dis — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.

Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

"Rekod dulu memberangsangkan tetapi apa yang penting bukan sahaja setakat pertahankan tetapi kalau boleh kita tingkatkan lagi jumlah sokongan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis gempur NKRA 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemungkinan diadakan pilihan raya kecil DUN Tenang ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha, semalam.

Muhyiddin berkata beliau dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat dan jentera BN dan Umno bersedia menggerakkan persiapan bila-bila masa pilihan raya diadakan.

Mengenai calon yang bakal dipilih, beliau berkata ia akan diumumkan apabila tiba masanya.

Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur, pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis.

DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 50 peratus pengundi adalah kaum Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Azmin dilantik pengarah pilihan raya PKR, Jui Meng antara naib presiden

Posted: 18 Dec 2010 02:39 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Datuk Chua Jui Meng merupakan antara tiga naib presiden lantikan diumumkan oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) hari ini susulan pemilihan parti itu bulan lalu.

Pengisian jawatan-jawatan lantikan kali ini juga dilihat didominasi pemimpin-pemimpin yang rapat dan setia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, yang turut berjaya dalam pemilihan jawatan timbalan presiden.

Dua lagi naib presiden lantikan ialah peguam dan aktivis N Surendran dan Baru Bian yang kini merupakan Pengerusi PKR Sarawak.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dilantik sebagai pengarah pilihan raya menggantikan Fuziah Salleh yang memenangi saingan kerusi naib presiden.

Fuziah, ahli Parlimen Kuantan, dilantik pengarah pilihan raya Februari lalu.

Pengumuman ini dibuat susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang diadakan pagi tadi.

Sementara parti mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung dua calon pemimpin pusat baru-baru ini, yang mempertikaikan proses pemilihan langsung julung kali diadakan — Badrul Hisham Shaharin dan Mustaffa Kamil Ayub juga diberikan jawatan lantikan.

Badrul dilantik sebagai timbalan setiausaha agung manakala Mustaffa sebagai anggota Biro Politik PKR.

Minggu lalu, Badrul yang turut dikenali sebagai "Chegubard" menolak untuk menerima sebarang jawatan lantikan selagi segala aduan mengenai proses pemilihan diselesaikan.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dicabar Badrul sebelum ini meletakkan harapan agar beliau diberikan jawatan di peringkat pusat, bukannya dalam sayap itu atas pengalaman dimilikinya.

Turut dilantik sebagai timbalan setiausaha agung ialah T Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking.

Dr Mohd Nor Manuty, yang sebelum ini mengetuai biro agama, pula dilantik sebagai ketua penerangan manakala pembantu kanan Anwar, Rafizi Ramli pula dilantik sebagai pengarah strategi.

Mohd Nor menggantikan Latheefa Koya manakala Rafizi, yang kini merupakan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, mengambil alih jawatan daripada Tian Chua.

Rafizi pernah mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda tetapi membatalkan hasratnya kemudian.

Turut dilantik menganggotai Biro Politik ialah bekas timbalan presiden Senator Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar, R Sivarasa dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR

Ketua Umum: Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden: Azmin Ali

Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail*

Naib Presiden:

- Nurul Izzah Anwar

- Tian Chua

- Fuziah Salleh

- Datuk Mansor Othman

- Datuk Chua Jui Meng*

- Baru Bian*

- N Surendran*

Ketua Wanita: Zuraida Kamaruddin

Ketua Angkatan Muda: Shamsul Iskandar Mohd Akin

Bendahari Agung: William Leong*

Ketua Penerangan: Dr Mohd Nor Manuty*

Pengarah Komunikasi: Nik Nazmi Nik Ahmad*

Pengarah Strategi: Rafizi Ramli*

Pengarah Guaman: Latheefa Koya*

Pengarah Jawatankuasa Disiplin: Datuk Dr Tan Kee Kwong*

Timbalan Setiausaha Agung: Badrul Hisham Shaharin, T Kumar, Steven Choong dan Ignatius Darell Leiking

Timbalan Ketua Penerangan: Sim Tze Tzin, Animah Ferrar dan Ir Muthiah

Nota: * merujuk kepada jawatan lantikan

DUN Tenang: PAS akan wakili Pakatan, yakin buat kejutan

Posted: 18 Dec 2010 02:36 AM PST

KUALA LUMPUR — PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu.

Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu - 1999, 2004 dan 2008, Naib Presden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut.

PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang sejak 1999 manakala pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, Semangat 46 menurunkan calonnya di mana PAS menjalin kerjasama dengannya.

"PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini, jadi ini kerusi bagi PAS meletakkan calon. Maka, PAS akan meletakkan calon di sini untuk bertanding," kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Operasi Jentera PAS DUN Tenang Zulkifli Ahmad juga mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun ada kedengaran DAP kemungkinan bertanding.

Perkembangan 13 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kesepakatan pembahagian kerusi Mac 2008.

"Secara tradisi ini kerusi diperuntukkan dan ditandingi PAS. Berdasarkan konvensyen pembahagian kawasan, kerusi yang ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya umum lalu akan ditandingi oleh parti berkenaan.

"Atas sepakat ini, PAS akan bertanding di kerusi DUN Tenang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ketika dihubungi petang ini.

Katanya, PAS Johor mengadakan mesyuarat terbaru malam tadi.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat tiga hari lalu dan yang terbaru malam tadi bagi membincangkan persediaan," kata Zulkifli lagi.

Dalam komen pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.

Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

Pilihan raya kecil ini akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat hujung minggu depan. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama di Johor.

Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 49 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina pula 38 peratus manakala masyarakat India dalam lingkungan 12 peratus.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin untuk merampas kerusi itu memandangkan rakyat Johor mahu melihat perubahan dengan kesan tsunami 2008 masih dapat dilihat dan dirasai di negeri itu.

"Selain itu, kita melihat generasi muda mahukan perubahan di peringkat Johor, dan oleh itu, saya yakin mereka akan meneruskan sokongan untuk membawa perubahan," katanya sambil menambah, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan prestasi baik di Dewan Undangan Negeri sepanjang dua tahun lalu.

Kini PAS dan DAP ada anggota di DUN Johor.

PAS memenangi satu kerusi dua tahun lalu. "Ini juga akan menjadi kayu ukuran untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Tenang," katanya.

Malah menurut Tuan Ibrahim, pencapaian calon PAS sejak 1999 di kerusi DUN Tenang menunjukkan ada peluang baik untuk menang kali ini.

"Peluang itu, saya sangat yakin ada, cuma kita kena kerja kuat dan meletakkan calon terbaik di kalangan yang terbaik," kata Zulkifli lagi.

Pada pilihan raya umum 2008 BN mempertahankan kerusi Tenang dengan 2,492 undi berbanding 5,517 undi empat tahun sebelum itu.

Pada pilihan raya umum 1999 majoriti diperoleh calon BN adalah dalam lingkungan 8,649 undi ketika pengundinya dalam sekitar 24,100 orang.

Mengenai calon, Zulkifli berkata, pihaknya ada tiga hingga empat nama buat masa sekarang.

"Bagaimanapun cawangan dan kawasan akan mengemukakan nama masing-masing untuk pertimbangan negeri dan pusat," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Saim akan diturunkan buat kali ketiga, Zulkifli berkata, kemungkinan itu ada tetapi semua aspek akan diteliti dengan mendalam.

"Yang penting kami akan memilih yang terbaik daripada kalangan terbaik," katanya.

Kata Zulkifli, PAS memenangi tiga pusat pengundian di kawasan bandar. DUN mempunyai 12 pusat pengundian. Zulkifli berkata pihaknya juga akan memfokus ke atas tiga kawasan Felda yang menawarkan kira-kira 3,000 pengundi.

"Sebenarnya kawasan Felda ini masih menjadi kawasan kubu kuat Umno, BN. Tetapi kami akan turut memfokus kerana ia membawa kira-kira 3,000 undi dari tiga kawasan Felda," katanya merujuk kepada Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang juga dilihat pilihan raya kecil pertama dalam tempoh 15 tahun lalu.

APA JADI DENGAN KES RASUAH MUSBAH?

Posted: 18 Dec 2010 02:34 AM PST

Oleh: ZAINUDDIN HASSAN

RAKYAT Malaysia mungkin tidak terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo; namun rakyat Sabah hairan kenapa SPRM tidak langsung bertindak terhadap Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli sedangkan kertas siasatannya telah dilengkapkan oleh Mantan Pengarah SPRM Sabah, Hajjah Latifah Md Yatim (Datuk).

Kekebalan Musbah mungkin didorong 'suatu kuasa luarbiasa' yang menghalang SPRM menangkap Musbah untuk didakwa di mahkamah sedangkan siasatan telah dilengkapkan dan berada di tangan Peguam Negara Malaysia.

Skandal rasuah Musbah telah diketahui umum dan saya serta rakan dalam PKR telah membuat laporan rasmi, termasuk ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri setelah Musbah melarikan cukai selama bertahun dan melakukan rasuah secara terbuka terutama dalam Skandal GLC Supernesa Sdn.Bhd.

Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada SPRM kerana akibat tindakan tidak apa mereka, 'barah rasuah' dalam kerajaan Barisan Nasional Sabah telah mula bernanah dan pekung yang telah lama disimpan akan meletup menjelang pilihanraya umum akan datang.

Walaupun tidak ada bukti kukuh yang boleh ditonjolkan, namun kemewahan hidup yang dinikmati semua Menteri, Pembantu Menteri di Sabah melebihi kemampuan gaji mereka menunjukkan 'wujudnya rasuah' kerana tidak mungkin bagi seorang Menteri atau Pembantu Menteri yang hanya berpendapatan RM20,000 sebulan memiliki beberapa rumah agam bernilai jutaan ringgit dan berpuluh kereta mewah yang kebanyakannya dibeli secara tunai atau ansuran 'pura-pura' atau menggunakan nama kroni atau keluarga.

Mungkin tiba masanya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohammad menukarkan Pengarah SPRM Sabah dengan pengarah baru yang secergas Datuk Hajjah Latifah Md Yatim yang begitu berjaya menggempur kubu pembangkang di Pulau Pinang; sedangkan rasuah disuburkan di Sabah.

Kini rakyat Sabah mula marah kerana hampir kesemua projek perumahan yang dikendalikan Supernesa Sdn.Bhd gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian dan terus tergendala selama beberapa tahun; sedangkan pembeli terpaksa membayar ansuran bank dan dalam masa yang sama terpaksa menyewa rumah lain kerana rumah yang dijanjikan Supernesa gagal disiapkan.

Dalam hal ini, Syarikat Perumahan Negara Berhad sewajarnya membuat laporan rasmi terhadap Musbah kerana berlaku terlalu banyak 'jenayah kolar putih' berlaku dan dilakukan Musbah ketika beliau mempengerusikan Supernesa Sdn.Bhd berkenaan.

Bagi saya, kegagalan SPRM bertindak terhadap Musbah menunjukkan SPRM masih mengamalkan 'Sindrom Pilih Kasih' dan menjadi 'Alat UMNO' untuk menangkap pemimpin Pakatan Rakyat dengan 'mereka' terlalu banyak pertuduhan palsu; sebaliknya membebaskan pemimpin UMNO yang benar-benar rasuah seperti Musbah.

(NOTA: Zainuddin Hassan merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah).

PENCURI BERMAHARAJA LELA, POLIS BUAT APA?

Posted: 18 Dec 2010 02:31 AM PST

PETANI KECEWA.

SUDAH banyak kali buah kelapa sawit saya di Kampung Segangan Ulu, 24 kilometer daripada Lahad Datu, dicuri orang dan telah dua kali laporan polis yang saya buat dan hanya sekali polis berjaya menangkap pencuri berkenaan tetapi dilepaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Kelmarin dulu, sekali lagi buah kelapa sawit saya dicuri orang yang samadan rakan-rakannya di hadapan mata saya dan mereka bertempiaran lari ketika saya tiba, namun polis meminta saya membuat laporan baru sedangkan laporan lama belum selesai.

Mungkin kerana harga buah kelapa sawit terlalu mahal sehingga tidak menyangka manusia yang sebelum ini baik tiba-tiba menjadi pencuri dan pegawai penyiasat hanya tersenyum setiap kali saya membuat laporan dan mempunyai banyak masa untuk bercuti bersama keluarga.

Hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan di luar bandar hanya menjadi sia-sia sekiranya pencuri bebas melakukan jenayah dan polis memberi pelbagai dalih untuk tidak menjalankan tugas mereka.

Dengan tanah 15 ekar itulah saya menyara keluarga dan ibu tua yang uzur, tetapi jika semua buah kelapa sawit saya dicuri dan pokok dirosakkan; apa lagi yang dapat saya lakukan untuk menyara keluarga saya?

Sehubungan itu, saya berharap agar Ketua Polis Daerah Lahad Datu bekerja keras untuk membasmi jenayah dengan memberi tumpuan kepada kes kecurian kelapa sawit kerana melibatkan ramai mangsa dan jangan menjadikan alasan kakitangan bawahannya bahawa 'buah sawit tidak ada trademark atau nama saya' sebagai alasan untuk melepaskan pencuri yang telah ditangkap.

Mungkin tiba masanya pekebun kecil seperti saya menembak mati pencuri kerana jika diserahkan kepada polis akan dilepaskan juga akhirnya.

Namun saya masih percaya kepada undang-undang dan Hukum karma tetap berjalan dan saya harap agar polis yang tidak amanah dan pencuri durjana kembali ke pangkal jalan sebelum dihukum Tuhan di dunia ini kerana ingatlah bahawa doa orang yang teraniaya akan sampai ke sidratul muntaha dan dimakbulkan Allah.

Selamat Bertaubat,


SKANDAL PELUAMAS, UMNO SABAH LESAPKAN RM3 JUTA?

Posted: 18 Dec 2010 02:29 AM PST

Oleh: RAMLI MOHD ZAIN

PEMIMPIN UMNO Sabah digesa membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka tidak bersubahat menyembunyikan penipuan dan rasuah yang dilakukan oleh 'Orang Tengah' atau Juru Perunding Yayasan Sabah, Michael Chia Thien Foh sehingga mencemarkan nama baik UMNO Sabah.

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul ketika menghubungi Krew Sabahkini.net di Semporna berkata beliau memandang berat pendedahan seorang saksi di Mahkamah Sandakan bahawa Michael Chia meminta Datuk Agus Hassan Tan memenuhi tiga syarat 'palsu' sebelum diberikan surat kelulusan mobilasisi jentera ke dalam kawasan konsesi pembalakan.

"Saya tidak nampak kerana pemimpin UMNO Sabah termasuk Ketua Perhubungan UMNO Sabah begitu bacul sehingga enggan membuat laporan polis dan SPRM walaupun mengetahui bahawa Michael Chia telah mencemarkan nama baik UMNO Sabah dengan merompak kontraktor yang mendapat konsesi secara sah," ujar Azizul yang menegaskan kes ini hanya contoh nyata betapa mudahnya penjenayah kolar putih melakukan jenayah di pejabat atau GLC kerajaan tanpa sebarang kekangan.

Menurut Azizul, beliau tidak berniat untuk mahu mengganggu atau melakukan subjudis kepada proses perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Sandakan, namun UMNO Sabah harus peka dengan keluhan rakyat bahawa 'Rasuah' punca kemiskinan di Sabah, terutama syarikat konsesi terbabit kerugian lebih RM20 juta kerana mereka tidak mahu memenuhi syarat yang ditetapkan 'Orang Luar' yang begitu berpengaruh di Yayasan Sabah.

Sebelum ini, kata Azizul, Skandal Bangunan UMNO belum selesai dan kini ditambah dengan 'Skandal Derma RM3 juta' daripada Peluamas Sdn.Bhd tidak ditangani secara bijaksana, ramai ahli UMNO akan meninggalkan UMNO sebelum BN karam pada pilihanraya umum akan datang.

"Jika pemimpin UMNO Sabah sudah tidak lagi bermaruah, maka saya sendiri terpaksa membuat laporan polis dan SPRM agar nama baik UMNO Sabah dibersihkan dan mendesak hukuman berat dikenakan ke atas Michael Chia dan mereka yang bersubahat dengannya," ujar Azizul yang memberi notis 24 jam kepada pemimpin UMNO untuk membuat laporan polis.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi yang dihantar oleh UMNO Sabah, Datuk Kadzim Yahya menafikan UMNO ada menerima sebarang derma daripada Peluamas Sdn.Bhd dan kata Azizul, ahli UMNO ingin tahu ke mana wang berkenaan direkodkan dan kenapa tidak diserahkan kepada Bendahari UMNO Sabah atau pemegang amanah yang dilantik; sehingga menimbulkan keresahan di kalangan ramai ahli UMNO, termasuk beliau sendiri.

Kes denggi terus meningkat, 133 kematian tahun ini

Posted: 18 Dec 2010 02:10 AM PST

BERNAMA

PAPAR: Jumlah kes denggi di Malaysia tahun ini meningkat daripada 39,597 kes dan 84 kematian pada 2009 kepada 45,037 dan 133 kematian sehingga 17 Disember, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 15,964 kes dan 44 kematian, diikuti Johor 4,299 kes dan 12 kematian, dan Sarawak dengan 4,174 kes dan 14 kematian.
Katanya, Sabah pula berada dalam tahap sederhana dengan 2,063 kes dan tiga kematian setakat ini.

"Tetapi ia tidak bermakna kita harus leka dan tidak prihatin untuk melakukan pencegahan," atanya selepas melancarkan Karnival Mesra anjuran Hospital Daerah Papar dekat sini.

Lima kawasan di Sabah masih dianggap kawasan aktif denggi iaitu Kampung Pasir Putih dan Kampung Jawa di Tawau, Taman Wira Jaya dan Kampung Limbungan di Tuaran dan Kampung Lipong di Beluran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata penyakit kardiovaskular adalah antara penyebab utama kemasukkan di hospital kerajaan pada 2009, menyumbang 6.9 peratus daripada keseluruhan punca kemasukkan ke hospital.

Daripada segi kematian akibat penyakit, katanya, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian dengan 16.1 peratus, diikuti septisemia 13.8 peratus dan kanser 10.9 peratus.
"Pada 2008, beliau berkata didapati 47 peratus kematian di hospital kerajaan adalah akibat sakit jantung dan serangan angin ahmar membabitkan golongan yang masih produktif," katanya.

Sehubungan itu, Rosnah mengingatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan mereka dengan mengambil pemakanan seimbang dan amalan gaya hidup sihat.

Peminat bolasepak menyampah dengan Rosmah

Posted: 17 Dec 2010 04:16 PM PST

Oleh Ustaz SaifulBahri

Selepas kuliah Surau Felda Kerteh sempat pekena teh tarik dengan nasi goreng. Sementara menunggu makanan siap dengar le pelanggan dok borak-borak. Ramai yang duduk cakna ke screen besar tepi kedai makan tu. Penulis bertanya: Bola! Sapa lawan? Ada pakcik menjawab: Mat Salleh.. Cakap omputeh! Tak faham. Penulis menyampuk: Ooo Liga Inggeris kot? Kelab Chelsea tu.. baju biru lawan sapa baju putih tu. Hish! Malaysia le tu

Pakai baju biru lawan Vietnam yang pakai putih tu. Piala Suzuki. Sampuk seorang sahabat. Habis yang cakap omputeh tu pehal? Tanya pakcik tadi? Mana RTM. "Astro boh! RTM benggong dok tayang budak tadika Permata. Nak tengok bola pun tak boleh. Gi tayang cerita Rosmah berkonsert.. wat siaran langsung.." sampuk seorang anak muda. Peminat bolasepak tegar ni kot. Penulis senyum je…

Memang betul. RTM dengan menterinya terpaksa membodek bini PM yang mengadakan konsert bebudak Permatanya dengan disiarkan secara langsung. Pada masa sama bolasepak antara Malaysia dan Vietnam juga berlangsung. RTM terpaksa korbankan peminat beribu bola sepak demi menjaga hati Rosmah, bini PM sorang tu. Yelah! Pilihanraya dah dokat… kang den kat Jolobu.. tak naik calon kang!! Kesihan budak-budak tu… anaaakkkk Yatim. Si Rais nak jadi Menteri RTM sepenggal je ke?

KUALA LUMPUR: Konsert PERMATA Seni bertema 'Menggilap Bakat Muda, Menyerlah Rentak Bangsa', yang sertai 150 kanak-kanak mendapat pujian Datuk Seri Najib Razak yang meluangkan masa hampir 90 minit menyaksikan konsert itu di Panggung Sari, Istana Budaya semalam. PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung PERMATA Seni hadir bergambar bersama 150 kanak-kanak yang menjayakan persembahan sempena Konsert PERMATA Seni, di Panggung Sari Istana Budaya. Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

"Usaha pementasan ini sangat memberangsangkan kerana mendedahkan proses bersosial yang baik kepada pembelajaran awal kanak-kanak dan merapatkan jurang komunikasi, sekali gus mewujudkan persefahaman antara kaum," kata PM pada sidang media selepas menyaksikan raptai penuh konsert.

Program melibatkan tiga segmen. Tarian dipersembahkan ialah tarian Ketam Bangkang, Zapin Hujung Madini, Tanglung, Etnik Borneo dan Masyarakat India. Tarian ini digarap khas untuk Permata Seni Tari. "Permata Seni Koir menampilkan lima seleksi lagu koir seperti Buih Sabun, Kain Pelekat, Tepuk Amai-amai, One Song dan When The Saints Go Marching In. Persembahan ini dibimbing pengarah vokal, Syafinaz Selamat. "Persembahan Permata Seni Muzik pula merangkumi empat susunan lagu iaitu Bach: Concerto For 2 Violins, Vivaldi: Concerto For 4 Violins, piano solo klasikal dan electone secara medley lagu-lagu Malaysia.

Perdana Menteri dalam ucapan ringkasnya, berkata persembahan konsert PERMATA Seni cukup hebat dan beliau percaya mereka yang menonton program itu secara langsung di televisyen terpesona dengan persembahan itu. "Sesungguhnya program itu satu pelaburan pembangunan modal insan jangka panjang negara, khususnya dalam bidang koir, muzik dan tari. "Sejajar dengan RMKe-10 yang mensasarkan pembangunan masyarakat cemerlang, program PERMATA Seni ini akan terus menjadi sebahagian program utama negara, " katanya.

RTM Siar Secara Langsung Konsert Permata Seni pada malam Rabu buat julung kalinya, Konsert Permata Seni diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. Tiket pula diberi percuma kepada orang ramai.

Punyalah benggang peminat bolasepak Malaysia terhadap Rosmah. Tapi bawak bersabar le.. Bukan rakyat Malaysia tak tahu. Rosmah bukannya minat bola-bola ni.. bini PM ni lebih berminat bab-bab seni, yanyian, artis, hollywood.. bollywood. Suami pulak lebih berminat lulus lesen judi bola berbanding sukan bola itu sendiri.

Tapi... Rosmah ingin rakyat tahu dan tengok. Tengoklah pengisian dan tarbiyyah beliau bagi melahirkan generasi hebat anak-anak tadika di Permata tu. Kini Permata Seni. Mungkin inilah agenda dalam melahirkan kepimpinan generasi anak-anak di masa mendatang. Melahirkan generasi berilmu, beriman & berakhlak. Generasi ulama' ulul albab? Jangan jadi belebab (kuih Terengganu) sudah le!

http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Senarai 14 Barangan Terkawal Sempena Krismas

Posted: 17 Dec 2010 04:15 PM PST

BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan penetapan harga maksimum borongdan runcit bagi 14 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Krismas pada 25 Disember.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penetapan harga itu akan dikuatkuasakan selama lima hari bermula Khamis depan di 146 kawasan dan daerahdi seluruh negara.

"Di bawah skim tersebut, daging paha kambing biri-biri import bertulang diperkenalkan sebagai barang harga terkawal.

"Tujuannya adalah untuk memperkemaskan kawalan mengikut spesifikasi barang yang diimport yang berada di pasaran, agar penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita di sini.

Senarai barang tersebut ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, ayam belanda import, daging lembu tempatan, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam Gred A, telur ayam Gred B, telur ayam Gred C, tomato dan cili benggala hijau.

Ismail Sabri berkata sebanyak 2,044 harga maksimum borong dan 2,044 harga maksimum runcit telah ditetapkan sepanjang lima hari skim itu dilaksanakan.

Sebagai contoh, harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal untuk Wilayah Persekutuan ialah ayam hidup RM6.10 sekilogram, ayam standard (RM7.20), ayam super (RM8.05), ayam belanda import (RM25), daging lembu tempatan (RM20), daging kambing tempatan bertulang (RM30), daging kambing biri-biri import bertulang (RM20).

Daging kambing biri-biri import tanpa tulang (RM24), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM24), telur ayam Gred A (RM0.36 sebiji), Gred B (RM0.35), Gred C (RM0.34), tomato (RM5 sekilogram) dan cili benggala hijau(RM10).

Beliau berkata peniaga diwajibkan menjual barang tersebut tidak melebihi harga maksimum serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain.

Ismail berkata peniaga individu yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim itu boleh didenda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun, atau dikompaun sehingga RM7,500 mengikut Akta Kawalan Harga 1946.

"Bagi syarikat, mereka boleh didenda maksimum RM25,000 atau dikompaun sehingga RM12,500," katanya.

Ismail Sabri berkata skim itu dilaksanakan bagi membolehkan pengguna memperoleh barangan keperluan di musim perayaan pada harga berpatutan dan bagi menyekat peningkatan harga yang melampau.

Katanya, pengguna boleh membuat aduan kepada kementerian jika mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkenaan di talian bebas tol 1-800-886-800 atau melalui e-aduan@kpdnkk.gov.my atau pejabat kementerian itu di seluruh negara.

DAP Buat Persiapan Hadapi Pilihan Raya Kecil Tenang

Posted: 17 Dec 2010 04:14 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan pembangkang.

Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis depan.

"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calonyang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semuaparti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha.

Sulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di sini berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.

Majlis Penasihat Akan Ditubuh Untuk Perbadanan Pembangunan Kampung Baru

Posted: 17 Dec 2010 04:10 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Satu Majlis Penasihat 15 anggota akan ditubuhkan khusus sebagai penasihat kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) Datuk Ahmad Phesal Talib.

Dalam satu kenyataan beliau berkata, anggota Majlis itu nanti terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, yang mewakili pemilik tanah Kampung Baru.

Beliau berkata PPKB diwujudkan di bawah Seksyen 5(1) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 14 Disember lepas.

Menurutnya perbadanan itu berfungsi melaksanakan dasar, arahan dan strategiberhubung dengan pembangunan di dalam kawasan Kampung Baru menurut Pelan Struktur dan Pelan Tempatan yang diperuntukkan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata 16 orang yang dicadang menganggotai PKKB nanti terdiri daripada seorang pengerusi yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, empat orang wakil kerajaan persekutuan dan dua orang wakil pemilik tanah kampung, seorang wakil kerajaan negeri yang dinamakan oleh Raja Negeri Selangor, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakil, dan enam anggota lain yang mempunyai kepakaran dalam perkara berhubungan dengan pembangunan kampung dan apa-apa yang sesuai.

Katanya beberapa siri penerangan juga akan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pentadbiran MAS, khusus untuk memberi penerangan kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

"Siri penerangan itu membabitkan ketujuh-tujuh kampung di dalam Kampung Baru termasuk Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periuk yang sudah diadakan pada 14 Disember lepas," katanya dan menambah semua pemilik dan pewaris tanah di kampung-kampung berkenaan diharap dapat hadir bagi membolehkan penerangan lengkap disampaikan kepada mereka.

Beliau berkata maklumat lanjut, soalan dan sebarang maklumbalas boleh dikemukakan kepada kementerian dengan menghantar faks ke nombor 03-88891411, atau lawati laman web rasmi kementerian di www.kwp.gov.my/kampongbharu atau laman sosial Facebook, menteri terbabit Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Khir, PM nasihatkan SYABAS, PUAS tepati perjanjian

Posted: 17 Dec 2010 04:02 PM PST

Hafiz Yatim

JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

Menurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006.

NONEMenurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

"Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

"Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005," kata Chee.

NONEMenurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

"Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif," katanya.

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia.

Kes curi enjin jet: Permohonan sarjan TUDM untuk penggantungan kekal ke atas tuduhan ditolak

Posted: 17 Dec 2010 03:58 PM PST

BERNAMA


SHAH ALAM— Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N. Tharmendran untuk penggantungan kekal ke atas tuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad ketika memutuskan perkara itu berkata Tharmendran (gambar) sukar untuk membuktikan bahawa wujudnya campurtangan luar dalam prosiding kes itu.

Beliau berkata mahkamah juga tidak menemui sebarang penyalahgunaan proses mahkamah oleh pihak pendakwaan dalam kes tersebut.

Selain itu, Asmabi berkata pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan siapa yang sepatutnya didakwa dan undang-undang tidak menetapkan bahawa pesalah utama perlu dituduh bersama dengan rakan subahat.

Peguam N. Surendran yang mewakili Tharmendran sebelum ini dalam hujahannya mempersoalkan mengapa hanya anak guamnya sahaja yang didakwa sedangkan pesalah utama dalam kes itu (Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop) tidak didakwa.

Mengenai dakwaan anggota TUDM itu bahawa dia lewat dituduh iaitu enam bulan selepas ditahan pada Julai 2009, Asmabi berkata pihak pendakwaan berhak untuk mengenakan tuduhan pada bila-bila masa dengan alasan yang munasabah.

Selain itu, mengenai dakwaan Tharmendran bahawa dia telah didera oleh dua pegawai TUDM semasa ditahan, Asmabi berkata kes tersebut adalah di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia dan bukan TUDM.

Beliau bagaimanapun mencadangkan agar tertuduh memfailkan saman sivil ke atas kedua-dua pegawai TUDM terbabit.

Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Hamidi Mohd Noh hadir bagi pihak pendakwaan.

Surendran ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah dan memfailkan saman sivil terhadap dua pegawai TUDM terbabit.

Pada 6 Jan lepas, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, dekat sini terhadap tuduhan bersubahat dengan Mohamad Shukri mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi dekat sini pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun pada 25 Nov lepas, Tharmendran ditahan semula oleh TUDM atas kesalahan meninggalkan tugas.

Mahfuz: Nazri, Pandikar macam ‘penyamun’ filem Ali Baba Bujang Lapok

Posted: 17 Dec 2010 03:55 PM PST



Mahfuz Omar

PETALING JAYA — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Speaker Dewan Rakyat Tan Seri Pandikar Amin Mulia sebagai watak penyamun dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.

Semalam, Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendakwa Pandikar bertindak mengikut arahan dikeluarkan Nazri, dakwaan dinafikan oleh menteri itu.

"Kita berhadapan dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok yang mana ketua penyamun (Nazri) dan sarjan pendek (Pandikar).

"Dalam cerita ini sarjan pendek mendengar arahan yang dikeluarkan ketua peyamun. Kita boleh tengok selepas menyamun sarjan pendek ini pergi membaling dadu. Dadu ini semua nombor dua sahaja.

"Dia baling hanya tiga kali sambil menjerit 'siapa yang kena', samalah macam kes ini keputusan cepat dibuat dan sarjan pendek tidak tunggu lama untuk membuat keputusan. Kalau dia baling dadu lebih tiga kali nanti dia pula yang kena," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

Mahfuz berkata demikian dengan mengulas keputusan Parlimen yang menggantung empat wakil rakyat Pakatan Rakyat semalam.

Semalam, Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R. Sivarasa dan Azmin Ali daripada tugas sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar dan Karpal juga hadir pada sidang media itu.

Dalam usul itu, jelas mengatakan Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung daripada tugas mereka sebagai Ahli Parlimen manakala Anwar pula digantung tugas dari jawatan Ahli Parlimen selama enam bulan.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

"Inilah yang terjadi yang mana cerita P. Ramlee ini masih wujud dalam zaman masyarakat moden.

"Isu ini akan beri implikasi kerana menafikan hak wakil rakyat untuk mempertahankan diri dan beri keterangan," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, keputusan Parlimen yang tidak membenarkan keempat-empat wakil rakyat Pakatan Rakyat memberikan keterangan akan memberi kesan terhadap ekonomi negara.

"Ini akan beri kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelabur dan masyarakat peniaga melihat perkara ini. Apa jaminan mereka akan dapat keadilan di negara kita?

"Mereka akan hilang kepercayaan kepada kita. Kalau Parlimen tidak boleh beri keadilan, siapa yang akan beri?" soal beliau.

Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu diterbitkan pada 1961, diarah oleh Ramlee dengan berasaskan kisah Ali Baba dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok tambah dengan unsur komedi.

Bapa ke tali gantung kerana bunuh anak kandung

Posted: 17 Dec 2010 03:54 PM PST

BERNAMA

SHAH ALAM — Seorang buruh dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh anak kandung, yang mayatnya disumbat di dalam sebuah beg pakaian sebelum dihanyutkan ke sebatang sungai, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

M. Murthy, 32, didakwa membunuh M. Ruthren, berusia dua tahun Sembilan bulan, di rumah Lot 848, Jalan Kapar, Sungai Klang, Klang dekat sini pada pukul 4.15 petang, 20 Jan 2007.

Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Media sebelum ini melaporkan beg itu ditemui sekumpulan nelayan di perairan Selat Melaka berhampiran Pulau Sembilan, Teluk Intan, Perak.

Berdasarkan laporan bedah siasat, mangsa mengalami patah tulang termasuk tulang hidung dan lebam di beberapa bahagian badan.

Mohtarudin berkata tertuduh dalam pembelaannya berkata mangsa telah jatuh di kolah air dan mengalami sawan sehingga membawa kepada kematiannya.

Bagaimanapun, kata beliau perkara itu tidak dibangkitkan langsung oleh pihak pembelaan ketika di peringkat pendakwaan.

"Sebagai bapa yang bertanggungjawab seperti kata tertuduh, dia seharusnya bawa mangsa ke hospital tetapi tertuduh memilih untuk pergi ke ruang tamu untuk hisap rokok dan tertuduh tidak tunjuk sikap cemas langsung.

"Pembelaan juga menyatakan bahawa saksi ke-13 pendakwaan (isteri tertuduh) adalah rakan jenayah tetapi saya tolak kerana jelas tertuduh telah mengugut saksi itu jika beritahu kepada orang lain (tentang perbuatan tertuduh), tertuduh akan membunuh beliau dan anak-anak mereka yang lain," katanya.

Mohtarudin berkata keterangan pegawai perubatan menunjukkan bahawa walaupun punca kematian mangsa tidak dapat dipastikan dengan jelas, fakta menunjukkan apabila mayat mangsa dimasukkan ke dalam beg pakaian yang kecil, tulang hidungnya patah serta terdapat kesan lebam pada punggungnya dan ini menunjukkan mangsa dipukul dengan objek keras seperti kayu.

"Pakar DNA juga mengesahkan bahawa mangsa adalah anak kandung tertuduh dan isterinya. Saya juga bersetuju pembelaan tertuduh adalah difikirkan kemudian kerana ingin menyelamatkan dirinya. Justeru, saya dapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan saya tiada pilihan lain melainkan menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh," katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Rosida Abu Bakar memanggil seramai 20 saksi memberi keterangan sementara pembelaan yang diwakili peguam K. Vikneswaran mengemukakan seorang saksi.

Kes itu, yang pertama kali disebut di Mahkamah Majistret Klang pada 22 Feb 2007, telah didengar di hadapan tiga orang hakim sebelum ini. Perbicaraan hanya bermula pada 15 Mac lepas selepas Mohtarudin mengambil alih kes itu.

Pakatan pembakang: Muafakat atau berbelah?

Posted: 17 Dec 2010 03:52 PM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.

Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda "pemimpin paling utamanya", Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan "halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat."

"Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar," katanya.

Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.

Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.

Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R.Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan "sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami."

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh Wilkileaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

"Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta," katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang.

"Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan," kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas," katanya.

Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan "lebih banyak calon yang profesional dan beretika" dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, "masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap."

Tiada ulasan: