Sabtu, 18 Disember 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


DEBAT PEMILU INDONESIA : PKS vs PDS

Posted: 18 Dec 2010 02:32 PM PST

pertama:



kedua:



ketiga:



keempat :



kelima :


TRANSFORMASI FIKRAH, TINDAKAN DAN KEPIMPINAN [3]

Posted: 18 Dec 2010 10:40 AM PST

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS [2]

[1]

Tidak sempat untuk menyambung tulisan dalam perkara ini. Agak kesebukan sedikit, apabila ada orang yang mencadangkan "munazarah" antaraku dengan Ustaz Fathul Bari [Munazarah adalah istilah yang beritahu oleh Fathul bari, walhal pada asalnya aku dimaklumkan forum]. Walaubagaimana pun, setelah selesai segala forum yang dimaksudkan, aku ingin menyambung balik tulisan berkenaan dengan isu transformasi ini.

Sepertimana dalam tulisan lepas, segala ungkapan dan coretan yang aku kemukakan itu, adalah hasil dari berbual dengan beberapa orang bekas pimpinan JIM yang telah masuk PAS. Sudah pasti, dakwaan ini dinafikan oleh pihak extreme PAS atau mutassibin PAS, dengan menukilkan beberapa kenyataan sebilangan pimpinan-pimpinan yang mereka taassubkan itu.

Peliknya, dakwaan dari pimpinan-pimpinan itu, tidak pernah nampak selari dengan dakwaan bekas-bekas pimpinan JIM yang kini berada dalam PAS. Lebih pelik, dalam keadaan wujud percanggahan ini, malahan menjadi bahan "umpatan" dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin PAS diperingkat Universiti, tidak pernah pula wujud usaha untuk menghadirkan kedua-dua belah pihak, untuk menyelesaikan kekusutan ini, dan dapat dibincangkan secara fakta dan ilmiyyah. Akhirnya, perkara ini dibincangkan secara "umpatan" sehingga tidak melahirkan penyelesaian, malahan membarah.

jika perkara ini sekadar umpatan, ia tidak melahirkan kemudharatan yang besar. Tetapi, jika perkara umpatan ini melahirkan "pandang sinis", atau "syak dan sangsi" antara kedua belah pihak, sudah pasti disebalik senyuman, tetapi berlaku "kocakan dalam gelas". Dari pihak A akan memburukkan kepada pihak B, disamping dari pihak B pula melakukan tindakan yang sama.

[2]

Telah dinyatakan dalam tulisan lepas. Kekhilafan antara Fikrah ini, ia bukan perkara yang bersifat Qatie dan perkara yang disifatkan sebagai "As-Sawabit". Tetapi, kekhilafan fikrah ini tidak lebih sekadar dalam perkara ijtihad tanzil, iaitu ijtihad dalam mengadaptasikan dakwah yang mahu dilakukan antara kedua-dua belah pihak di Malaysia.

Cuma, kekhilafan fikrah ini sudah dianggap oleh sebilangan pihak seperti perkara yang sealiran dengan aqidah. Ekoran itu, pihak yang berada disebelah PAS, akan mengaggap orang yang didakwa "JIM" seperti terkeluar dari Islam, maka begitujuga sebaliknya. Makanya, wujud sangsi menyangsikan antara kedua belah pihak, waima ketika berhadapan wujud puji-memuji antara satu dengan yang lain.

Dalam perkara ijtihad, Islam meletakkan asas hormat menghormati. Itupun, selagi tidak mendatangkan kemudharatan kepada Islam. Kemudharatan kepada PAS tidaklah terlalu penting, tetapi yang paling penting adalah, apakah ijtihad yang dikemukakan itu akan melahirkan kemudharatan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Islam dan PAS adalah dua unsur yang berbeda. PAS adalah sebuah parti politik dalam usaha hendak menabalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahan negara. Sedangkan Islam adalah agama yang menjadi asas perjuangan PAS. Islam tidak mungkin malahan sekali-kali tidak akan silap, tetapi PAS memungkinkan berlaku kesilapan.

[3]

Era ini adalah era penyatuan manusia atas kesamaan antara semua pihak dalam usaha hendak memenangkan Islam. Orang Islam kini, bukan berfikir untuk menegakkan fikrah masing-masing, tetapi orang islam kini sudah bersama dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan di atas muka bumi Allah SWT ini.

Ekoran itu, tidak hairan PAS sendiri sudah berani mengemukakan satu ijtihad yang agak berani, iaitu apabila bersedia membuka keahlian partinya kepada non Muslim. Atas asas keadilan ini, ia melahirkan kesediaan non Muslim "duduk semeja" dengan ahli-ahli PAS, kemudian mereka sedikit demi sedikit mengenali Islam, seterusnya tidak hairan mereka boleh memeluk islam, ataupun sekurang-kurangnya mereka mengakui bahawa Islam adalah agama yang adil.

Inilah pemikiran umat Islam di era ini. tetapi, masih lagi difikirkan oleh sebilangan yang lain, masih lagi mahu mengangkat ketaassuban fikrah mereka, walhal tanpa mereka sedari cara mereka berfikir ini tidak lebih sekadar melambatkan penerimaan non Muslim terhadap Islam itu sendiri; melambatkan kemenangan islam di Malaysia.

Jika dengan non Muslim, umat Islam kini sudah berfikir untuk merapatkan jurang. Inikan pula, jurang antara dua gerakan islam yang wujud di Malaysia. Jika dirapatkan antara jurang-jurang ini, seterusnya melahirkan kesatuan bertindak, sudah pasti Islam mampu memerintah di malaysia dalam jangka masa yang sangat hampir – Insya Allah.

[4]

Padaku, setiap umat Islam di Malaysia, malahan di dunia, tidak seharusnya mereka berfikir untuk memenangkan fikrah, tetapi yang lebih besar dari itu adalah, kewajipan setiap individu muslim itu berfikir untuk memenangkan Islam. Menang Fikrah, tidak bermakna menangkan Islam. Tetapi, menangkan Islam, melambangkan menang ke semua fikrah-fikrah dalam gerakan islam.

PAS tidak akan ditubuhkan, kecuali kerana mahu melihat Islam memerintah. Maka begitujuga gerakan islam yang lain, sama ada bernama JIM atau sebagainya.

Inilah yang wajar difikirkan oleh setiap umat Islam di Malaysia, juga di mana-mana dunia sekalipun.

Sekian

P/s : aku yakin, artikle ini akan diulas oleh Suhaimi Embong [sila klik, klik dan klik] dalam blog hantu beliau.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 Disember 2010 * 2:31 pagi

IBNU ASYUR TIDAK PERNAH HALALKAN BUKA AURAT – MEMBETULKAN TANGGAPAN DR ASRI

Posted: 18 Dec 2010 12:15 AM PST

[1]

Aku agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa Syaikh Muhammad At-Tahir Ibnu Asyur ada menyatakan bahawa boleh bagi orang perempuan membuka aurat. Didakwa bahawa alasan yang diberikan oleh Ibnu Asyur itu adalah, soal bertudung ini adalah perkara yang berkait dengan adat budaya orang arab. Jadi, Ayat Al-Quran yang menyuruh menutup aurat itu meraikan budaya arab.

Apabila ditanya, sumber mana yang mereka nyatakan dakwaan itu. Mereka menyatakan bahawa mereka membaca dari tulisan Dr Asri Zainal Abidin dari lamanweb peribadi beliau. Dalam tulisan itu, dinyatakan bahawa sumber itu dari kitab Ibnu Asyur yang masyhur, iaitu Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah.

Padaku, Dr Asri seorang yang alim, dan mempunyai kemampuan ilmu yang wajar diberikan pujian. Disamping keberanian beliau menyatakan beberapa isu-isu semasa dalam negara, sama ada berkait dengan politik atau tidak, menyebabkan beliau agak dihormati.

[2]

Pun begitu, Aku sangsi dengan dakwaan bahawa Dr Asri menyatakan tentang Syaikh Ibnu Asyur tersebut. Ini kerana, setelah aku membaca kitab Ibnu Asyur yang bertajuk Maqasid As-Syariah Al-islamiyyah, didapati tidak ada pun dakwaan yang mengatakan bahawa Ibnu Asyur membenarkan perempuan membuka aurat.

Pun begitu, setelah membuka lamanweb Dr Asri, terbaca kenyataan Dr Asri seperti berikut;

"2. Sebelum kita pergi lebih jauh, wajar kita tahu bahawa dalam kalangan fuqaha (sarjana fekah) ada yang agak ketat pandangan mereka mengenai aurat wanita, dan ada yang sederhana. Bahkan ada yang longgar sehingga menganggap soal jilbab dalam ayat Surah Al-Ahzab di atas hanya berkaitan wanita-wanita Arab sahaja. Ini seperti yang dinyatakan oleh al-Syeikh Muhammad Tahir Ibn 'Asyur ketika memperkatakan ayat tersebut:

"Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak terbabit dengan hukum tersebut" ( Maqasid al-Syariah al-Islamiyyah, ms 228, al-Basair li Intaj al-'Ilm)." [sila klik]

Membaca sahaja tulisan Dr Asri ini, pemikiranku terus meletakkan tanggapan bahawa Dr Asri ternyata tersilap dalam menanggapi tulisan Asy-Syaikh Muhammad At-tahir Ibnu Asyur tersebut.

[3]

Jom kita perhatikan terlebih dahulu tulisan As-Syaikh Ibnu Asyur seperti berikut;

وفى القرءان :

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

فهذا شرع روعيت فيه عادة العرب , فالأقوام الذين لا يتخذون الجلابيب لا ينالهم من هذا التشريع نصيب

Maksudnya;
"Ini peraturan yang meraikan kebiasaan Arab. Maka kaum yang tidak memakai jilbab, maka tidak mempunyai nasib [iaitu tidak terbabit] dengan pensyariatan tersebut"

[Maqasid As-Syariah Al-Islamiyyah : 323]

Mungkin kekeliruan Dr Asri ini pada kalimah Jilbab yang dimaksudkan dari firman Allah SWT. Ini kerana, dalam bahasa arab, tudung ini mempunyai beberapa kalimah, iaitu "hijab", "Khimar" dan "Jilbab".

Makna "Hijab" adalah, "perempuan menutup aurat-auratnya dari dilihat oleh lelaki ajnabi dan dia sendiri menyendirikan dirinya dari dilihat". Adapun makna Khimar pula adalah, "perempuan menutupkan badan dan mukanya, tanpa kelihatan sedikitpun dari badannya". Makna "jilbab" pula adalah, "rida' [pakaian luaran] yang berada di atas khimar". [Ibnu kathir : 6/481]

Tidak hairan, ada ulama menafsirkan maksud dengan jilbab ini adalah, termasuk memakai furdah atau niqab, iaitu menutup seluruh muka sehingga kelihatan dua belah mata, atau sebelah mata sahaja, atau menutup kedua-dua mata dengan kain yang jarang.

Jika dilihat kepada kebudayaan arab, memang perempuan mereka dahulu, memakai "rida"', iaitu pakaian luaran di atas bagi tudung yang menutup aurat. Ia tidak sepertimana kebudayaan bangsa lain seperti melayu, yang perempuannya sekadar menutup aurat, tetapi tidak menambah jilbab. Namun, budaya memakai jilbab itu semakin hari semakin berkembang di Malaysia, dan negara lain.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg Buloh
18 Disember 2010 * 4:10 petang

Tiada ulasan: