Sabtu, 18 Disember 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Sudah Kedengaran Suara-suara Pertikai Prinsip Chegubard

Posted: 18 Dec 2010 11:27 AM PST


Sebelum ini, Malaysia Kini melaporkan:
Bekas ahli majlis tertinggi, PKR, Badrul Hisham Shaharin akan menolak semua lantikan parti itu selagi bantahannya berhubung pemilihan PKR yang berlangsung bulan lalu tidak diberi penjelasan bertulis.
Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga berkata beliau juga akur tetapi tidak akan mengiktiraf keputusan pemilihan itu.
"Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan.
"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Hari ini diberitakan di Bernama:

Adakah pemimpin muda PKR ini sudah mendapat jawapan bertulis terhadap bantahan yang dikemukakannya kepada JPP PKR seperti yang diberitakan sebelum ini? 


[Video] "MCA Memang Pandang Rendah Kemampuan dan Kebolehan Orang Melayu"

Posted: 18 Dec 2010 04:00 AM PST


Video:



[Wajib Baca] Dokumen Kaitkan Perkhidmatan APCO dengan Kerajaan Malaysia

Posted: 17 Dec 2010 11:00 PM PST



1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International






2. Surat Setuju terima Jabatan Perdana Menteri



3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd



Sumber gambar: Kerajaan Rakyat


P/s: Dokumen ini sudah lama tersebar, kembali hangat sejak belakangan ini. Kerana perkhidmatan syarikat Israel ini, 4 MP PR digantung secara kontroversi di Parlimen.

[Video-Wajib Tonton] Lelaki Melayu Islam Ini Mengaku Dirinya "GAY". Taubatlah!

Posted: 17 Dec 2010 07:00 PM PST


Azwan Ismail, 32 seorang jurutera, penyair & penulis merupakan salah seorang peserta kempen Seksualiti Merdeka yang menyokong individu yang memilih untuk hidup sebagai "gay", "lesbian" dan sebagainya. Kempen tersebut mendapat sokongan daripada pergerakan It's Get Better Project

Dalam video ini, Azwan Ismail mengaku bahawa dirinya gay dan bangga dengan slogannya "Saya Gay, Saya OK".

Di sini saya tidak mahu menulis panjang tentang hukum atau implikasi perbuatan pemuda jahil ini. Semua orang tahu kisah Nabi Lut, hukum mengamalkan homoseksual, dan bahana yang bakal diterima oleh orang yang melanggar fitrah dan norma manusia.  

Yang paling saya kesal, pemuda ini mengaitkan nama dan tulisan Sasterawan Negara Prof Shahnon Ahmad untuk mewajarkan tindakannya memilih kehidupan sebagai "gay".

Pesan saya, bertaubatlah dan pihak yang berkenaan ambillah tindakan yang wajar sebelum bumi Malaysia ini ditimpa bala!/www.duniacacamarba.blogspot.com

Videonya:

Jika video ini dipadamkan di You Tube, sila tonton di sini.


P/s: Blog ini menentang keras budaya songsang yang kian menjadi-jadi di bumi Malaysia ini!

Persoalan Kurang Manis tentang Kes Gadis DItikam 19 Kali

Posted: 17 Dec 2010 05:45 PM PST

Hari boleh dikatakan semua akhbar menyiarkan kisah seorang gadis yang ditikam 19 kali dan turut disimbah dengan asid. Saya petik berita Bernama:

Nur Ain Ashikin Jemedi kini berada dalam keadaan kritikal dan bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan setelah ditikam bertubi-tubi dan disimbah asid oleh seorang lelaki, Khamis.

Puncanya ialah kerana Nur Ain Ashikin, 17, tidak membalas cinta lelaki yang berusia 42 tahun yang juga anak angkat kepada keluarganya.

Lebih menyedihkan, kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 pagi di rumah keluarga mangsa di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi turut membunuh kandungannya yang berusia 24 minggu.

Selepas serangan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Ulu Tiram.

"Suspek mendapat tahu bahawa mangsa keluar dengan lelaki lain," kata Timbalan Ketua Polis Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin sambil menyifatkan serangan tersebut bermotifkan cemburu.

Mangsa ketika kejadian sedang bersama adik perempuannya Nurrehan, 13, dan seorang anak saudara perempuan yang berusia dua tahun di dalam biliknya.

Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berasal dari Kampung Air Putih, Nam Heng, Kota Tinggi dikatakan tiba-tiba menendang pintu bilik itu.

"Dia kemudiannya masuk lalu menikam mangsa sebanyak 19 kali di bahagian kiri dan kanan punggung, belakang, pada kedua-dua belah tangan dan peha mangsa.

"Tidak puas dengan itu, suspek kemudiannya keluar dari bilik tersebut dan kembali semula dengan gayung berisi asid serta menyimbahnya ke badan mangsa menyebabkan mangsa melarikan diri ke bilik air," kata Muhammad....
Persoalannya, siapa bapa janin yang gagal diselamatkan itu? Berdasarkan berita di atas, gadis itu tidak dinyatakan sudah berkahwin. Aduhai!

Anak Lapor Ibu Khalwat

Posted: 17 Dec 2010 04:40 PM PST

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau 'anak ikan' belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.

Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.

Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.

"Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap," katanya.

Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar.
"Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
"Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami," katanya....- A'isyah Sukaimi

Tiada ulasan: