Selasa, 14 Disember 2010

PEJUANG PRO DEMOKRASI

PEJUANG PRO DEMOKRASI


Puteri UMNO masih suka kan POLITIK SEKS?

Posted: 14 Dec 2010 12:15 AM PST





Masih ingat lagi pada Suatu Ketika dulu Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya,


kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:



Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: "tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?" Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. "Duit I dah ada.." Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Puteri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Puteri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik.

Ia bukannya "sketsa dogeng di zaman moden." Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya.Kali ni segala - galanya sekali lagi terbukti,tapi seperti biasa penafian untuk segala kemungkaran yang di lakukan menjadi lumrah bagi gerombolan.

Ia adalah mengenai Naib Ketua Puteri UMNO yang kini panas dengan skandal Bekas Menteri Besar Perak manakala pada masa yang sama video lucah skandal antara Shahanim dan bekas menteri besar tersebut sedang di edarkan ke merata - rata.Dan kini sudah ada yang meluat apapbila kedua - duanya menafikan hubungan sulit tersebut.Dalam satu lagi dakwaan lain seorang tokoh perniagaan cina mempunyai bukti yang lengkap tentang tempat dan tarikh petemuan dua merpati sejoli ini termasuk nama hotel di macau yang di inapi oleh mereka berdua.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk Bini Puakanya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka?

Masih ingat lagi kah dengan pesanan pemimpin - pemimpin puteri ini,Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

LSS : Woiittt.........makcik Woitt..........kak bila nak tangani nya tu, Ya Allah dah parah baru perasan kerr.....kalau macam tu citernya agak dah "kenyanglah" ahli - ahli MT UMNO tu "meratah" awek - awek Puteri keh.... keh...keh.....

Woit...kak Woittt makcik ....Mana Dato Dr.Mashitah Ibrahim kiterr??? Mana Ustaz Fathul Bari kita??? Mana Ulama - Ulama iLmu kiterr??? diorang dah tahu pasal hal ni kerr belum??Kalau diorang dah tahu apasal tak pengsan jerrkk....keh...keh....keh..... hua.....hua....hua.....

Tuan S/U itu JPP ada bikin kerja ka?? tada???

Posted: 13 Dec 2010 10:35 PM PST

Kenyataan Media13 Disember 2010 RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDER

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak bukan - bukan.Laporan yang di siarkan pada 10 Disember 2010 dalam Malaysianinsider
adalah respon kepada kenyataan media che'GuBard yang disiarkan di laman blog Chegu Bard sekali saya tidak pasti apa maksud YB Setiausaha Agong dengan minta che'GuBard jangan buat yang bukan - bukan ? Saya mohon YB Setiausaha agong jelaskan.

Kedua saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agong, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agong akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ?

Ketiga undang - undang keadilan apakah ini ? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat ?

Keempat beban membuktikan tergalas 100% ke bahu pengadu dan seolah pengadu sendiri perlu menyiasat dan membuktikan.... kita bayangkan aduan dibuat kepada SPRM kerana rasuah orang tertentu dan SPRM pula minta kita siasat untuk buktikan ? Aduan seharusnya diambil bagi memulakan kes dan siasatan harus dibuat termasuk memanggil pengadu.

Kelima ingin saya jelaskan saya selaku Penyelaras Kempen che'GuBard dan rakan - rakanya dalam Pemilihan KEADILAN 2010 dalam pengetahuan saya telah lebih dari satu surat dihantar kepada pihak pusat sama ada JPP, Presiden mahupun Setiausaha Agong sendiri, namun sehingga kini satu pun tidak berjawab. Surat aduan yang terakhir menyenaraikan beberapa aduan kes 'spesifik' yang harus dijawab.

Keenam, ramai sudah mula menyatakan memang ada kelemahan dan ada unsur tidak sempurna. Namun sebenarnya ia melibatkan penipuan bukan kelemahan. Kami mahu tindakan siasatan oleh badan bebas dan jika terdapat kesalahan tentu ada yang harus dihukum.Saya menyokong tindakan che'GuBard dengan menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi.

Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam KEADILAN ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan.Saya dan teman-teman juga sayang parti ini, kerana sayanglah kami tegas dalam membaiki dan menangani sebarang penyelewengan demokrasi dalam parti.

Zulkifli Ibrahim
Bekas Exco AMK
Penyelaras Kempen Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi
13 Disember 2010

Raja Petra Gerakan Parti Baru Melalui "Third Force"

Posted: 13 Dec 2010 09:41 PM PST

Editor kontroversial Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang baru-baru ini membantu mewujudkan barisan 'third force' menjelang pilihanraya umum ke-13 untuk membetulkan sistem politik, yang menurutnya "sudah rosak", semalam mengumumkan bakal 'calon' sulungnya.

Raja Petra yang berada di luar negara, dalam apa yang dikatakan sebagai keputusan pembuangan negara kendiri, malam tadi menamakan aktivis hak asasi manusia terkenal Malik Imtiaz Sarwar sebagai calon pertama Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.

Beliau mengumumkan pemilihan Malik menerusi siaran Internet yang dibawa dari London.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Malik juga mengesahkan perkara itu.

"Ya, saya dipilih. Saya terima. (Saya) akan menjelaskan dalam satu dua hari ini," kata beliau menerusi respons SMS kepada The Malaysian Insider sejurus selepas pengumuman oleh Raja Petra.

Malik terkenal dalam kes Lina Joy, yang memutuskan untuk keluar Islam dan kembali sebagai penganut Kristian.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) ini juga mewakili Raja Petra yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua tahun lalu.

Kes itu membawa Malik memenangi anugerah Bindmans Law Award bagi tahun 2009, yang diberikan oleh majalah hak asasi manusia berpejabat di Britain.

Malik juga bergiat aktif dalam pertubuhan-pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan untuk mendesak agar ISA dikaji balik dan undang-undang itu dimansuhkan lalu digantikan dengan undang-undang yang lebih baik.

Beliau juga bertindak bagi pihak kerajaan negeri Selangor dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

Isu barisan 'third force' juga menjadi perhatian ketika Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan lalu.

PKR merupakan salah satu komponen gabungan Pakatan Rakyat yang dibentuk April 2008.

Raja Petra juga berkata, calon-calon susulan MCLM akan diumumkan di Kuala Lumpur pada 19 Disember ini.

Pakatan Rakyat juga akan mengadakan konvensyen mereka yang kedua di Pulau Pinang pada tarikh tersebut.

Dalam program dua jam yang menarik 180 pengunjung atas talian, Raja Petra yang lazimnya melahirkan pendirian tegas dan lantang terhadap parti pemerintah berkata, gerakan 'third force' bukan satu inisiatif untuk bersaing dengan parti-parti politik yang ada sekarang, tetapi mahu menyediakan mereka calon-calon yang profesional dan beretika untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau percaya bahawa langkah itu akan membantu memperbaharui proses penggubalan undang-undang kelak.

"Matlamat kami bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata, tetapi melakukan pembaharuan ke atas sistem politik," kata beliau yang turut melahirkan kekecewaannya ke atas anggota perundangan semasa yang telah lupa peranan mereka sebagai wakil rakyat, sebaliknya lebih fokus untuk terlibat dalam permainan politik.

"Agenda kami ialah mahu melihat kemunculan sistem dua parti, di mana kedua-dua parti boleh bersaing (berpadan) antara satu sama lain," katanya lagi.

Raja Petra juga mendakwa bekas menteri kerajaan pusat Tan Sri Sanusi Junid juga ada memberitahunya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai idea yang sama untuk meletakkan calon-calon Bebas daripada kalangan profesional badan-badan masyarakat madani.

Raja Petra juga mendedahkan rancangan MCLM mahu mengeluarkan akhbar bahasa Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif calon Bebas untuk mendampingi pengundi-pengundi kawasan luar bandar.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan butirannya.

Beliau juga membidas akhbar Harakah, Rocket dan Suara Keadilan hanya bertindak sebagai risalah parti politik.

Sehubungan itu katanya, di beberapa kawasan di Selangor, sesetengah orang masih beranggapan bahawa Datuk Seri Dr Khir Toyo menyandang jawatan Menteri Besar walaupun negeri itu sudah diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada 2008.

MCLM ditubuhkan Oktober lalu oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di London.

Raja Petra merupakan pengerusinya manakala peguam dan juga blogger, Haris Ibrahim pula presidennya yang mengendalikan operasi dari sebelah Malaysia.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh dengan akses laman web http://mclm.org.uk.

Wikileaks: Kalau dah negara BANGANG mana tak Kena Hina

Posted: 13 Dec 2010 01:14 AM PST





Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.

Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.



"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.



Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.



Ini semua kerana Dunia dah gelakkan Negara BANGANG bernama Malaysia yang di perintah oleh PM bodoh dari geng gerombolan.Sebangang - bangang negara macam malaysia boleh serahkan dua blok cari gali minyak kepada negara lain Sedang kan itu lah punca kekayaan mana - mana negara pun dalam dunia ni.Negara lain punya la kempunan nak peroleh telaga minyak kita pulak senang - senang je boleh bagi kat orang lain.



Lagi paling Bodoh jual air kat singapore dengan harga 3sen 1000 gelen tapi beli balik dari singapore dengan harga 50sen 1000 gelen.Mana punya ilmu perniagaan ada cakap macam tu.Padan Muka! ada tanah keretapi tanah melayu 200 hektar kat tanjung pagar pergi tukar dengan tanah empat hektar,lagi punya bodoh!



Yang paling kesian sekali ialah bila orang melayu yang di bangangkan dengan perkataan "selaras" itu pasal perkataan naik tak boleh di gunakan,kalau harga minyak tak boleh cakap naik kena cakap harga minyak selaras,kalau harga gula pun macam tu jugak kena cakap harga gula sedang selaras termasuk la batang torpedo dalam seluar kalau naik itu bukan pasal dia naik tapi Batang torpedo dalam seluar sedang di RASIONALISASI dan di SELARASKAN.

Tiada ulasan: