BRIGED MP SEGAMBUT |
- ANWAR AKAN DI GANTUNG?
- bBN UMNO PUNCA SEGALANYA? RAKYAT BARU SADAR?
- PETROL DAN GULA NAIK:INI BUKTI UMNO RAKYAT DIDAHULUKAN BUKAN KRONI
- DAULAT KETUANAN MELAYU DIBALIK KERIS TUMPUL UMNO:UMNO SAH SUDAH BUSUK?
- TAKLUKKAN JOHOR UMNO AKAN LEBIH MENGANGA TERLOPONG
- PEMERINTAHAN UMNO DI PERAK BAKAL MEMBUAT PERAK MUFLIS?
- PANGGILAN UNTUK BLOGGER PAKATAN
- MENDEKATNYA JANJI TUHAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
- ANWAR DAN ISTERI LAKUKAN JENAYAH MENURUT IBRAHIM AL KATAKI?
Posted: 03 Dec 2010 08:11 AM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide. Pada sidang akhbar petang ini, ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen bersidang hari ini tanpa agenda khusus. Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO, bertarikh 19 Ogos dikemukakan. "Tiba-tiba ahli parlimen Muar, MP Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya. "Turut hadir adalah ahli parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?" katanya. Berikutan itu, Karpal berkata beliau dan Sivarasa meninggalkan mesyuarat berkenaan. "Mesyuarat itu berlangsung tanpa kehadiran kami sebagai tanda protes," katanya. Menurut Karpal dan Sivarasa, mereka tidak tahu perkembangan mesyuarat berkenaan. Sivarasa berkata mereka akan menunggu keputusan mesyuarat itu sebelum bertindak. |
bBN UMNO PUNCA SEGALANYA? RAKYAT BARU SADAR? Posted: 03 Dec 2010 07:08 AM PST Rakyat sedar punca masalahnya BN" Baru Bian menceritakan bagaimana lawatan Menteri Besar mahupun Ketua Menteri Pakatan Rakyat, misalnya Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan lain-lain ke Sarawak memberi impak yang besar terhadap penduduk tempatan. Malah, kehadiran pemimpin PAS ke Sarawak turut membuka pandangan penduduk Sarawak, apabila menjelaskan pendirian mereka dalam isu agama. MerdekaReview berkongsi maklum balas yang diterima daripada sesetengah rakyat Sarawak, di mana mereka dipropagandakan untuk mempercayai bahawa "kacau-bilau" dalam politik sebenarnya ditimbulkan dari Semenanjung, khususnya PAS dalam isu agama, mengambil contoh penggunaan kalimah Allah. Baru Bian, seorang Dayak yang menganuti agama Kristian melontarkan pandangan sebaliknya. "Tidak, sebenarnya ini adalah satu isu yang saya tahu mendalam, sebagai seorang Kristian di Sarawak. Dia timbul kerana BN. Mereka tahu ini bukan isu yang ditimbulkan PAS, tetapi BN atau perintah sekarang ini." Beliau berkata, keterangan diberikan kepada rakyat selepas kes penggunaan kalimah Allah dibawa ke mahkamah. Malah, Pesuruhjaya PAS di Sarawak telah mengulangi pendirian baru-baru ini, bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim. "YB BN, wakil rakyat kita dari golongan Kristian misalnya, tidak berani membuat pendirian dalam isu ini. Dan mereka sekarang faham bahawa ini adalah satu dasar perintah sekarang, BN-UMNO," kata Baru Bian. (Bahagian pertama, bersambung) *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Leong Khong di Hotel Armada pada 26 November 2010. |
PETROL DAN GULA NAIK:INI BUKTI UMNO RAKYAT DIDAHULUKAN BUKAN KRONI Posted: 03 Dec 2010 06:08 AM PST Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. |
DAULAT KETUANAN MELAYU DIBALIK KERIS TUMPUL UMNO:UMNO SAH SUDAH BUSUK? Posted: 03 Dec 2010 12:22 AM PST Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? "Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalny |
TAKLUKKAN JOHOR UMNO AKAN LEBIH MENGANGA TERLOPONG Posted: 02 Dec 2010 10:18 PM PST PAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta lain-lain negeri dalam pilihan raya umum akan datang. Demikian kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen kelmarin. "Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya," katanya. Menurutnya, tidak mustahil kita berjaya menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana Pakatan bertanding di padang yang tidak sama rata. "Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat. "Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. "Hari ini PAS sudah mempunyai dua Adun di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang. Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mengatakan ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan. Namun bagi Abdul Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya ia merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan. Menurut beliau, tidak dinafikan adanya kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki. Dalam masa yang sama ketika menjawab soalan The Malaysian Insider, Isnin lepas sama ada PAS akan melaksanakan agenda negara Islam jika Pakatan menang, Ustaz Abdul Hadi menjawab: "Perlaksanaan Islam akan dilakukan peringkat demi peringkat, kita hendaklah faham bahawa Islam tidak boleh diterjemahkan sebagai religion kerana tidak memenuhi objektif Islam itu sendiri, sebaliknya maksud lebih tepat ialah a way of life, yang meliputi seluruh aspek kehidupan dan juga bukan Islam yang tidak dipaksa menganut Islam. "Keduanya negara kita mengamalkan sistem faderalisme, yang mana ada kuasa-kuasa negeri. Sudah tentu PAS akan kuasai negeri-negeri tertentu seperti Kedah, Kelantan seperti mana juga PKR dan DAP. Sekiranya faderalisme diamalkan dengan betul, PAS diberi peluang menunjukkan model pemerintahan Islam sebenar di negeri-negeri ini, ia dapat dilihat oleh rakyat Malaysia untuk dinilai sama ada positif atau negatif, kemudian berlakunya dialog dengan cara lebih demokratik, ini akan mengembangkan matlamat kita untuk mendirikan negara yang diterima oleh semua. "Kita tidak mahu slogan sahaja, tetapi isinya tidak Islam. |
PEMERINTAHAN UMNO DI PERAK BAKAL MEMBUAT PERAK MUFLIS? Posted: 02 Dec 2010 05:52 PM PST Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Nga Kor Ming. Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta. Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus. "Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan," ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam. Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis. "Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat," ujarnya sinis. |
PANGGILAN UNTUK BLOGGER PAKATAN Posted: 02 Dec 2010 05:02 PM PST Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'. Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno. Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. "Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. "Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya. Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. "Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya. Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. "Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. "Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya. Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat. Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. "Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. "Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya. Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. PASTIKAN MULAI KEMPEN KINI TAG BLOGGER PR MENGGUNAKAN TAG DIATAS. DIMANA UMNO KUAT DISITU MELAYU MEREMPAT?,... INI KITA LAKUKAN UNTUK MEMBUKA MINDA KOLOT ORANG MELYU YANG TELAH DIBIUS OLEH GULA GULA UMNO BETULTAK? |
MENDEKATNYA JANJI TUHAN UNTUK KAUM MUSLIMIN Posted: 02 Dec 2010 04:16 PM PST |
ANWAR DAN ISTERI LAKUKAN JENAYAH MENURUT IBRAHIM AL KATAKI? Posted: 02 Dec 2010 09:51 AM PST Datuk Ibrahim Ali mendakwa konsep "Ketuanan Melayu" dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu "jenayah" kepada orang Melayu. Presiden Perkasa ini (gambar) juga menegaskan "Ketuanan Melayu" konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah "Ketuanan Melayu" hanya dicipta ketika 1980-an. KAH KAH AKU TANYA SAJA.. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan