pemuda cheh |
- 4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi
- Perhimpunan UMNO 2012 buat bawah kanopi?
- apa najib nak buat-RM 800 UNTUK KAKITANGAN AWAM P PINANG
- najib sudah tukar-Pilihan raya umum boleh jadi awal
4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi Posted: 03 Dec 2010 04:16 AM PST Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dinaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) . Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan. Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam. Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. |
Perhimpunan UMNO 2012 buat bawah kanopi? Posted: 02 Dec 2010 11:53 PM PST Nampaknya PKR lebih bersedia mengharung badai dalam proses pengukuhan ahli dan kepimpinan mereka. Parti yang barus berusia 7 tahun itu berjaya menyelesaikan konvensyen mereka dengan baik. Meskipun media menerjah disetiap penjuru macam nak terlingkup parti PKR tetapi pemilihan satu ahli satu undi yang berjalan diperingkat setiap cabang berjaya diselesaikan. Meskipun banyak kekurangan, munasabah dah sebagai pemilihan kali pertama dengan ahli yang pelbagai ragam disetiap lapisan akar-umbi dan bukannya cara pemilihan perwakilan, bagi penulis ia sudah cukup baik. Selepas pemilihan DAP, kini sepatutnya rakyat ingin melihat bagaimana pula UMNO yang akan menghadapi Perhimpunan Agung mereka dengan pemilihan disemua peringkat. Tetapi pemilihan UMNO ditangguhkan… Umno yang dikatakan parti hebat, berusia dah lebih separuh abad masih lagi takut dan tidak percaya kepada kemampuan mereka untuk mengurus pemilihan diperingkat akar-umbi. Umno parti je besar tapi telor kecik. Sememangnya setiap kali pemilihan pelbagai isu pasti timbul dengan perebutan jawatan, rasuah dan sebagainya. Dan pemilihan kali ini Najib sendiri pun takut dan bimbang bahawa partinya akan bergolak dan berbalah serta berebut pimpinan. Nak hadapi pilihanraya Pru-13 lagi. Nak jaga parti lagi.. Nak selesaikan kepimpinan UMNO di Terengganu sahaja pun tak selesai-selesai… macamana nak selesaikan seluruh Negara. Penyelesaiannya adalah tangguh. Media kerajaan semua jadi macam biawak kabok. Diam membisu. Apabila parti lain memgadakan konvensyen dan pemilihan, mereka serang macam nak terlingkup. Selepas PKR, DAP juga telah selasai. Sepatutnya rakyat nak tengok pula UMNO. Apatah lagi hak ahli-ahli nak memilih dan menentukan kepimpinan mereka. Tetiba giliran UMNO tangguh. Rakyat juga nak tengok bagaimana kali ini pemilihan dibuat diperingkat akar umbi. Macamana UMNO nak uruskan. Rasuah banyak mana. Retak macamana. Tapi rakyat kecewa. Umno takut dan terpaksa tangguh. Bukan sebulan dua, tetapi setahun setengah wooo… ikut ko le labuuuu…. Tangguh lama-lama, tangguh lepas pilihanraya, bukan apa... Bimbang-bimbang pemilihan UMNO akan datang tak boleh buat kat PWTC dah… UMNO dah jadi pembangkang??? Macamana? kalau kat bahagian-bahagian tu, UMNO memperalatkan bagunan kerajaan. Kalau kalah macamana? Ke kena buat bawah kanopi je? kang! Naye.. |
apa najib nak buat-RM 800 UNTUK KAKITANGAN AWAM P PINANG Posted: 02 Dec 2010 05:03 PM PST Kerajaan Pakatan Pulau Pinang memberi Bantuan Khas Kewangan kedua tahun ini sebanyak RM800 kepada semua anggota perkhidmatan awam di negeri ini.Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan anggota perkhidmatan awam negeri selepas sumbangan RM500 sebagai duit raya awal September lalu. "Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan agenda kerajaan," katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Ketua Menteri Bersama Anggota Perkhidmatan Awam di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak di sini hari ini. Lim berkata bantuan khas ini diberi kepada semua Pegawai Perkhidmatan Awam dalam Pentadbiran Negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama dan Gred Khas. "Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Badan Berkanun Negeri (BBN) dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta," katanya. Wang itu didebitkan ke dalam akaun anggota perkhidmatan awam berkenaan semalam. |
najib sudah tukar-Pilihan raya umum boleh jadi awal Posted: 02 Dec 2010 03:10 PM PST Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal berikutan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin pulih. Perdana Menteri berkata, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka. "Itu bukan petanda awal tapi ia (pilihan raya umum) boleh jadi awal, boleh jadi lewat...biasalah. Keputusan muktamad...bila sampai masanya, boleh jadi cepat, boleh jadi lambat. "Keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang,'' katanya. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di sini semalam. Ketika berucap pada perhimpunan agung itu mengenai usaha BN mendapatkan balik sokongan rakyat yang terjejas semasa pilihan raya umum 2008, Perdana Menteri berkata, BN perlu menunaikan segala janjinya dan perlu juga dilihat sebagai memenuhi semua keperluan rakyat. |
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan