Jumaat, 3 Disember 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Ambooiiiii cantiknyeerrr: Maaf, bukan gambar politik ...

Posted: 03 Dec 2010 05:58 AM PST

Malam ini, malam ini sahaja, berehat dari posting politik manusia. Nak tatap dan fikir hal gambar ini.

Ceritanya di sini.

Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 05:02 AM PST

"Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram."

Sepenuhnya di sini.

Aik ...? Isteri pun kena curi ...?

Posted: 02 Dec 2010 06:25 PM PST

Aik ...? Isteri pun kena curi ...?
Bukan harta saja tak selamat,
isteri dan anak perempuan lagi tak selamat ...?

Di sini.

Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat

Posted: 02 Dec 2010 10:05 AM PST

"KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

"Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

"Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera."

Sedutan dari sini.

Tiada ulasan: