Sabtu, 18 Disember 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Penggantungan Ahli Parlimen Sebagai Penafian Suara Rakyat - Hadi Awang

Posted: 17 Dec 2010 11:14 PM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan terhadap Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Parlimen Malaysia pada hari terakhir sesi Parlimen. Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

PAS menganggap kebimbangan berlebihan UMNO dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu. Kini mereka bertindak merampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula.


Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?.

Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim. Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun. Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini.

Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka.‎

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

12 Muharam 1432 H / 18 Disember 2010 M

Provokasi menjelang Konvensyen Pakatan Rakyat

Posted: 17 Dec 2010 11:09 PM PST

Awal pagi ini, petugas PAS yang memasang bendera terkejut apabila melihat ribuan poster bersaiz F4 digantung semacam poster pilihan raya dari Dewan Millenium ke persimpangan susur keluar tol Bertam.

Poster tersebut hanya ada gambar Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemungkinan ia dibuat untuk tujuan provokasi agar jentera PKR marah kenapa gambar Anwar tidak dicetak bersama sedangkan Anwar merupakan tokoh penting menggerakan Pakatan Rakyat atau kerana Anwar telah digantung sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Tetapi, apa pun ia dipercayai adalah usaha musuh Pakatan Rakyat bagi menggagalkan Konvensyen Pakatan Rakyat yang mahu mengambil kata sepakat menjelang pilihan raya umum nanti di samping meretakkan hubungan yang terjalin antara PKR, PAS dan DAP.

"Bila kami tanya kepimpinan, mereka menjawab tidak tahu menahu, maka kami pun buang semua poster berkenaan," kata salah seorang petugas Unit Amal ketika menghubungi Harakahdaily awal pagi tadi.

JAIS Serbu Kubu Syiah

Posted: 17 Dec 2010 09:31 AM PST

Nasihat Ikhlas Dari Speaker DUN Kedah Kepada Pandikar Amin Mulia

Posted: 17 Dec 2010 03:56 AM PST

Jangan Berpihak Kepada Sesiapa - Speaker Kedah

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah(DUN), Datuk Dr Abdul Isa Ismail percaya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang Speaker adalah berat.

Namun, sikap utama yang harus ada pada pemegang amanah itu ialah kesabaran yang tinggi dan tidak berpihak kepada sesiapa.

"Kalau sikap kita sebagai Speaker dipertikai, sikap kita dipandang serong, maka sukarlah untuk kita untuk mengendalikan persidangan-persidangan dalam suasana yang baik," ujar Isa, mengulas persidangan Dewan Rakyat yang berantakan semalam.

Dewan menjadi kecoh apabila Speaker Dewan Rakyat enggan menarik diri dari mempengerusikan Dewan kerana dikatakan tidak adil apabila Speaker juga terlibat dalam Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang menghukum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keperluan membela diri dalam isu Apco.


Akibat itu Speaker meluluskan usul menggantung empat ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut Isa, Dewan Rakyat dan DUN merupakan tempat amalan demokrasi disuburkan.

Justeru penting untuk nakhodanya bersikap sabar dalam mengemudi bahtera agar selamat tiba ke destinasi yang dituju.

"Speaker haruslah lebih bersikap sabar. Itu yang pertama. Dan yang kedua, dia perlu dilihat tidak memihak kepada mana-mana," jelas Isa.

Menurut Isa lagi, amalan demokrasi di Parlimen kelihatan dipinggirkan apabila usul untuk menggantung tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat itu dibawa tanpa sebarang notis.

Ia sekaligus katanya, mencalarkan imej institusi yang sewajarnya mengaplikasikan prinsip keadilan asasi apabila mereka yang diusul untuk digantung, berhak membela diri.

"Setiap usul mesti ada tempoh kecuali usul tergempar itu hanya perlu diberitahu kepada Speaker sebelum mula dewan.

"Saya nampak dalam banyak hal, kadang-kadang kita dapat melihat Speaker tidak menunjukkan kesabaran yang tinggi.

"Sebaik-baiknya benda (usul) itu eloklah dibahaskan. Apa salahnya. Lebih-lebih lagi kalau usul yang dibawa itu usul-usul yang menyentuh perkara hak asasi dan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan dan hal-hal yang menyentuh tentang prinsip demokrasi. Jadi saya rasa eloklah dibahaskan," jelas Isa lagi.

Semalam menyaksikan sejarah baru dalam pentadbiran negara dicatatkan apabila empat ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Paling tragis, keempat-empat mereka tidak diberikan hak dan ruang untuk membela diri dan Speaker yang mengendalikan persidangan menyalahgunakan kuasa apabila meluluskan usul penggantungan tanpa dibahaskan.

Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas

Posted: 17 Dec 2010 03:45 AM PST

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

NONEMenurutnya, mereka akan mengemukakan saman "secepat mungkin" sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

"Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang," kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

"Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.


Perlembagaan paling tinggi

"Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius," katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

NONE"Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

"Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan," kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

"Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

Tiada kelas

"Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga," kata Nazri sambil ketawa.

NONE"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

"Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas," katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

"Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

"Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu," kata Karpal.

Tiada ulasan: