Selasa, 28 Disember 2010

Biaqpila

Biaqpila


Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah

Posted: 28 Dec 2010 04:00 AM PST


Parti Islam Semalaysia Pas menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Pas merasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004.

Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu.

Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara ageresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4.

Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata.

idrisahmad.wordpress.com


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Puak gay makin berani

Posted: 28 Dec 2010 02:00 AM PST

Oleh Mohd Rizal  

Baru-baru ini kita semua dikejutkan di Youtube tentang pengakuan gay yang berbangsa Melayu dan beragama Islam yang begitu berani mengaku beliau adalah gay. Beliau juga mempersoalkan golongan ini juga perlu diberi hak sama rata seperti manusia biasa, padahal mereka telah lari dari fitrah kejadian manusia yang diciptakan oleh Allah swt.

Yang paling penting adalah pemimpin-pemimpin perlu bertindak lebih serius dalam hal ini, kerana ia adalah satu ancaman tersembunyi yang bakal merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.



Ulama-ulama dan juga pendita-pendita yang bukan Islam perlu berkerja sama dalam hal ini. Kerana isu ini sudah jadi penyakit yang semakin berleluasa dalam masyarakat di malaysia. Kerana jika dilihat dari sudut agama, tak kira apa agama yang ada dimalaysia ini. Sudah tentu tidak setuju dengan golongan ini. Tapi tidak dapat dipastikan jika ada jenis agama yang terima golongan ini secara menyeluruh. Adakah kita mahu golongan ini akan mengawal ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia kerana mereka datang dari golongan yang profesional, sumber kewangan mereka yang kukuh membuatkan golongan ini semakin tambah dari hari ke hari. Dan mungkin juga nanti keturunan kita sendiri bakal menjadi seperti golongan mereka ini jika masih lagi tidak dibenteras bersungguh-sungguh golongan gay ini.

Hari ini kita sudah lihat mereka semakin berani menentang dari sudut perasan hati mereka. Mungkin akan datang mereka semakin berani menentang dari sudut kekerasan. Kerana kita sebagai umat Islam perlu tahu sejarah dari kisah Nabi Luth a.s. Nabi Luth a.s. sukar membawa golongan ini kejalan yang benar, kerana golongan ini begitu angkuh dan sombong.

Namun sebagai umat Islam kita perlu berikhtiar dalam menyelesaikan permasalahan ini walaupun amat sukar. Namun setiap jihad yang dilakukan umat Islam pasti mendapat pahala yang setimpal dari setiap apa yg mereka kerjakan, Insya Allah.



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pertandingan Laser: Malaysia vs Indonesia

Posted: 27 Dec 2010 11:00 PM PST





ORANG SIBUK LAWAN BOLA,DEPA SIBUK LAWAN LASER

KAH! KAH! KAH! RUPA-RUPANYA MAT INDON YANG MULA DULU

PATUTLA MALAYSIA KALAH 5-1 KAT INDON..KAH!KAH!KAH!

LANI MACAM-MACAM BARANG BOLEH BAWAK MASUK STADIUM

MERCUN,BUNGA API,BOTOL KICAP,LEMBU,KERBAU SEMUA BOLEH

SIKIT HARI LAGI ORANG BAWAK MASUK C4... KAH!KAH!KAH!

JOM KITA TENGOK ANTARA KEGUNAAN LASER POINTER NI....KAH!KAH!KAH!





KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelajar dakwa dirogol bergilir-gilir

Posted: 27 Dec 2010 08:00 PM PST


SEKINCHAN – Padah mengikut nafsu, lapan remaja, termasuk seorang pelajar menengah atas, bakal berdepan tindakan mahkamah kerana disyaki mencabul dan merogol seorang pelajar 14 tahun secara bergilir dalam kawasan sawah berhampiran Parit Pakat Tali Air 6, di sini, 18 Disember lalu.

Suspek berusia antara 16 dan 22 tahun itu berjaya dijejaki dan diberkas polis setelah menerima aduan daripada mangsa, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, semua suspek ditahan reman sebelum pertuduhan dibacakan hari ini di Mahkamah Seksyen Klang dan Mahkamah Majistret Kuala Selangor mengikut Seksyen 376 dan 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan mencabul.

Menurut beliau, dalam kejadian antara jam 4 dan 5 pagi itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal bersama seorang rakan sebaya sebelum dihampiri kumpulan lelaki berkenaan yang bertindak mengganggu dan menghalang perjalanan.

"Mangsa terperangkap dan dipercayai dirogol secara bergilir oleh lapan suspek berkenaan. Rakannya berjaya menyelamatkan diri.

"Kami tidak menolak kemungkinan semua suspek penduduk tempatan dan mereka adalah kumpulan lepak di kawasan itu," katanya.

Laporan polis dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Sabak Bernam.

Noor Mushar berkata, buat masa ini, mangsa berada dalam keadaan stabil dan menumpang buat sementara di kediaman rakannya di sini.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu dapat dielakkan sekiranya ibu bapa mengambil berat mengenai aktiviti ahli keluarga, lebih-lebih lagi re:maja.:

Jelasnya, meskipun pada musim cuti sekolah, kegiatan anak perlu sentiasa dipantau dan diawasi apatah lagi membabitkan anak perempuan.

"Sebagai ibu bapa kita mesti tahu di mana dan dengan siapa mereka berkawan, jangan terlalu mudah melepaskan anak keluar apatah lagi membiarkan mereka keluar sehingga lewat malam," katanya.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Lantik Isa Untuk Pertahan 46 Kerusi Parlimen Di Felda

Posted: 27 Dec 2010 05:00 PM PST


SHAH ALAM 27 DIS : Perlantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru adalah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'melangsaikan' wang simpanan agensi itu serta menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata ianya juga untuk memastikan dan mengekalkan 46 kerusi Parlimen yang terletak di dalam kawasan tersebut kekal milik Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Saya rasa perlantikan Isa adalah tepat untuk melaksanakan misi yang kotor ini kerana orang lain tidak mampu, saya rasa pilihan ini merupakan pilihan yang bijak sebab Najib tahu keupayaan untuk melangsaikan wang-wang simpanan Felda dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terutama terhadap personaliti yang dikatakan meracuni fikiran peneroka-peneroka Felda.

"Kita merasa bimbang sekiranya peneroka dijadikan sasaran dan sekaligus antaranya membalas dendam dan yang kedua, untuk melakukan satu lagi penipuan untuk mempengaruhi dan menipu warga Felda, mungkin kepada peneroka, mereka buat cara baik tetapi kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mempengaruhi peneroka akan dilayan dengan kasar, mungkin ditangkap atau didakwa.

"Pilihanraya kali ini, 46 kawasan Parlimen akan ditentukan oleh peneroka Felda dan misi melantik Isa adalah untuk melengkapkan formula atau pun pelan yang tertinggal...barangkali khidmat akhir beliau sebelum hayat politiknya berakhir.

"Dia akan buat yang terbaik dan apa saja dengan matlamat seluruh kawasan peneroka (46 kawasan Parlimen) dijanjikan akan disapu bersih.


"Berapa perbelanjaan, kaedah cara macam mana...terpulang. Ini sebenarnya satu tugas yang tidak sanggup dilaksanakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor," ujar beliau.

Ujar beliau, Yusof barangkali tidak mahu menanggung dosa akibat daripada untuk melaksanakan misi tersebut.

Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata pihaknya membantah keras perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Beliau yang dihubungi TVSelangor berkata ianya juga memberikan kesan yang mendalam kepada warga Felda.

"Dalam keadaan kita bercakap soal ketelusan, integriti, penambahbaikan dan baru-baru ini diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa kejayaan anak-anak peneroka yang belajar di peringkat PHD, mereka yang terlibat sebagai ahli akademik, profesional dan ahli perniagaan yang berjaya menerajui beberapa syarikat besar, tiba-tiba melantik seorang yang kita tahu reputasinya pernah terpalit semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Kemudiannnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dengan banyak isu-isu kontroversi dan bertanding Naib Presiden Umno dan terpalit dengan politik wang. Bagaimana orang seperti ini yang dalam partinya sendiri sudah ditolak,dihukum dan orang ini juga telah 'expired' dalam politik.

"Tiba-tiba dilantik ke satu jawatan yang sangat penting khusus kepada kehidupan dua juta warga Felda yang 95 peratus adalah orang Melayu.

Tegasnya, di mana letaknya Felda yang digembar-gemburkan oleh Najib sebagai 1 Felda sebagai 1 Dunia, 1 Glokal dan 50 tahun akan datang dibawa ke pentas antarabangsa tetapi pada masa sama, melantik pemimpin yang korup sebagai tokoh yang terpenting di Felda.

"Apa kriteria yang mendorong sehingga kerajaan memilih Isa dalam keadaan kita mempunyai calon yang cukup ramai dan berwibawa.

"Kalau pun mereka tidak mahu ambil anak peneroka, saya rasa di luar sana saya fikir melambak-lambak ada. Apa pertimbangan kerajaan memilih beliau?," soal beliau.

"Saya ingin tekankan, kita bukan sahaja membantah tetapi sekirannya kerajaan tidak mahu mendengar pandangan kami atau pandangan rakyat, ANAK bercadang untuk mengeluarkan pungutan suara di mana tandatangan akan dipungut dari peneroka, generasi kedua dan ketiga yang mana akan diserahkan kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan membatalkan perlantikan tersebut," ujar Mazlan.

Ujarnya lagi, jika bantahan itu tidak dihiraukan, ANAK bercadang mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk campur tangan.



tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: