Selasa, 28 Disember 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Guru mana tak mahu RM500 sebulan

Posted: 28 Dec 2010 04:04 AM PST

Majdan Dagang

Tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk menaikkan imbuhan sebanyak RM500 kepada warga pendidik merupakan sesuatu yang menarik. Hal ini kerana tawaran tersebut membabitkan kira-kira 400 ribu guru. Sudah pasti sebelum membuat tawaran ini pihak PR telah membuat kajian kerana wang yang diperlukan untuk tujuan tersebut mencecah RM3.2 bilion setahun.

Tawaran ini bolehlah disifatkan sebagai serampang dua mata – politik dan tanggungjawab. Dari sudut politik, seperti yang dinyatakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo tawaran kenaikan gaji guru sebanyak RM 500 ini boleh mempengaruhi rakyat untuk memberi undi kepada PR.

Menurut Dr Khir, tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Hal ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

Tambahan pula kos sara hidup yang kian meningkat yang diakibat oleh pemotongan subsidi oleh kerajaan. Isu boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun Dr Khir mendakwa PR mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya. Pada masa yang sama alasan pemotongan subsidi pula sekadar melepas batuk di tangga.

Dari sudut tanggungjawab pula, Ahli Jawatankerja Kerja PAS Pusat, merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa imbuhan RM500 untuk guru adalah suatu penghargaan kepada warga pendidik dan bukanlah suatu tindakan politik murahan bagi meraih undi mereka pada PRU akan datang.

Pernyataan Dr Dzulkefly ini ada asasnya. Jika imbuhan ini bersandarkan semata-mata kepada politik, PR sepatutnya menawarkan imbuhan yang sama kepada kakitangan kerajaan yang lain. Namun, PR menyedari bahawa bidang perguruan bukanlah suatu kerjaya seperti kerjaya lain. Tugas mendidik adalah tugas membentuk generasi masa depan.

Menurut Dr Dzulkefly lagi, membentuk modal insan tidak akan dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Prosesnya memakan masa, wang ringgit dan pengorbanan dan tugas ini terpikul di atas bahu para guru. Hal ini kerana dari gurulah maka lahirnya ahli politik, ulama, jurutera, doktor, kerani, pegawai tentera dan sebagainya.

Jika PR berniat menawarkan imbuhan ini atas dasar politik murahan dan kepentingan peribadi untuk menang PRU, lebih baik tawaran ini diperluaskan kepada semua kakitangan kerajaan, warga emas, penganggur, dan sebagainya.

Oleh sebab itulah pihak lain selain guru ditawarkan imbuhan dalam bentuk lain seperti penghapusan tol, skim warga emas dan lain-lain.

Hakikatnya, kenaikan imbuhan sebanyak RM500 itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan peranan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh guru. Di sekolah, guru bukan sahaja mengajar anak-anak muridnya, malah mereka juga bertindak sebagai pegawai tadbir, kerani, atlit, imam malah kadang kala menjadi tukang kebun.

Namun, oleh sebab tawaran ini datangnya daripada PR, maka tidak dapat tidak akan dipolemikkan oleh ahli-ahli politik. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan yang kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar melihat tawaran ini dengan serius. Mungkin beliau memandang tawaran ini sebagai sesuatu yang terpencil.

Namun, ingatan Dr Khir bahawa kesilapannya kurang mengambil kira tawaran PR dalam PRU yang lalu menyebabkan Selangor terlepas harus menyedarkan Muhyiddin. Dalam hal ini, bukan soal wang ringgit semata-mata, Muhyiddin mesti melihat permasalahan warga pendidik dalam kerangka yang lebih luas.

Banyak permasalahan dalam bidang pendidikan yang masih belum selesai. Antara isu yang paling besar ialah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), isu kekurangan guru dalam dalam mata pelajaran kritikal, isu pemansuhan peperiksaan utama, isu disiplin pelajar, isu bantuan sekolah agama, isu elaun dan sebagainya.

Namun, walaupun dihimpit dengan pelbagai isu, para guru di Malaysia tidak pula mengadakan demontrasi atau mogok. Mereka tetap meneruskan tugas yang diamanahkan.

Harus diingat, guru juga manusia seperti insan-insan lain. Ada hati dan perasaan. Tidak selamnya kepala mereka boleh dipijak, ditolak ke kiri dan kanan. Diam bukan bererti setuju, tetapi mungkin memberi peluang untuk pihak lain membetulkan kesilapan. Tetapi jika kesilapan itu diulang-ulang, seolah-olah para guru ini seperti robot, anda silap. Kesabaran manusia ada hadnya. Pengorbanan juga ada batasnya.

Jika pengorbanan yang dicurahkan selama ini, tidak pernah dipedulikan. Malah dijadikan kambing hitam pula atas kepincangan sosial masyarakat. Maka, akan sampai ke suatu tahap bahawa ada suatu lagi pilihan yang lebih baik, maka siapakah yang sanggup menolaknya. Mungkin nilai RM500 itu kecil, tetapi bakal membawa perubahan yang besar terhadap masa depan generasi anak-anak kita.

Mahkamah Rayuan Syariah benar permohonan Dr Asri

Posted: 28 Dec 2010 04:02 AM PST

BERNAMA


SHAH ALAM — Mahkamah Rayuan Syariah Shah Alam hari ini membenarkan permohonan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengemukakan rayuan terhadap isu pemindahan kes mengajar agama Islam tanpa tauliah dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Panel tiga hakim, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Aidi Mokhtar dan Datuk Md Yusup Che Teh sebulat suara membuat keputusan itu dengan alasan ia melibatkan undang-undang yang berkaitan dengan kepentingan awam.

Pada 28 April lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Abdul Shukor Abdul Hamid memindahkan kes Dr Mohd Asri dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Md Yusup semasa membacakan keputusan itu berkata perayu yang diwakili peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman diberikan masa selama 14 hari, mulai hari ini untuk memfailkan rayuan.

Md Yusup berkata mahkamah berpuas hati dengan permohonan itu kerana mempunyai asas, khususnya dalam isu bidang kuasa Ketua Pendakwa Syarie memindahkan kes itu yang memberikan kesan kepada pemohon dan kes-kes hadapan, yang melibatkan kepentingan awam untuk mengemukakan rayuan.

Md Yusup berkata isu bidang kuasa Ketua Pendakwa Syarie untuk memindahkan kes tanpa sekatan perlu diperhalusi dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Pada 18 Nov tahun lepas Dr Mohd Asri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah rumah di Lorong 2C, Taman Seri Ukay Ampang antara pukul 8.10 malam hingga 9.45 malam 1 Nov 2009.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 dan jika sabit kesalahan Mohd Asri berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Bomba Pulau Pinang didakwa atas pertuduhan rasuah

Posted: 28 Dec 2010 04:01 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

SUNGAI PETANI — Pengarah Jabatan Bomba Pulau Pinang, Ahmad Izram Osman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM16,325 pada Februari tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Izram, 44, dituduh menerima suapan RM3,000 iaitu sebahagian bayaran pendahuluan bagi pembelian kenderaan Toyota Vios nombor

pendaftaran PS52 daripada Hasmawi Ahmad dan pertuduhan kedua menerima RM13,325

sebagai baki bayaran pendahuluan kereta itu daripada Hasmawi.

Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Telagamas Motors Sdn Bhd, Jalan Petaling, Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah pada 17 Feb, 2009.

Suapan itu adalah sebagai upah untuk beliau kononnya mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabat tingkat 2 dan 3, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bernilai RM150,016 dan sebagai dorongan kerana membantu mendapatkan kontrak kerja pembaikan dan penyelenggaran bilik standby lelaki Ibu Pejabat jabatan itu di Pulau Pinang bernilai RM198,000 kepada syarikat Rohaya Gemilang Enterprise.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ahmad Izram juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menggunakan kedudukannya menerima untuk diri sendiri wang tunai berjumlah RM16,325 tanpa balasan daripada Hasmawi pada Februari 2009.

Wang itu adalah bayaran pendahuluan untuk pembelian kereta Toyota Vios tersebut.

Pertuduhan pilihan itu dibuat mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Rusita Md Lazim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Ahmad Izram diwakili peguam H. T. Saw manakala pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib. — Bernama

Aziz Bari: Pusat-negeri konflik, elak lantik Khusrin SUK Selangor

Posted: 28 Dec 2010 04:00 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khustin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.

"Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.

Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.

"Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri," kata Aziz lagi.

Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.

"BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.

"Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.

"Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu," kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.

Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.

"Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.

"Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat," katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

"Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang," katanya lagi.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San pula berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52(1), jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu diwujudkan dan pelantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Katanya, Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam serta hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran negeri.

"Saya ingin merujuk kepada lapporan hari ini berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa pada 'pendapat' beliau, keputusan untuk melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan untuk melantik beliau.

"Kenyataan oleh Datuk Munir sebenarnya tiada sebarang asas perlembangan," katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah jelas bahawa pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malah, ia boleh dilantik daripada kalangan mereka di "Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan" termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Perkataan "Suruhanjaya Perkhidmatan Awam" tidak disebut secara khusus dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

"Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

"Ini sekali gus bermakna bahawa Setiausaha Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar," katanya.

Oleh itu kata beliau, pelantikan penyandang jawatan tersebut wajar dirujuk kepada kerajaan negeri Selangor dan lebih baik lagi pendangan dan pendapat kerajaan negeri diambil dan diterima pakai kerana Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan jawatan yang penting.

"Dan, sesiapa yang memegang jawatan ini mestilah seorang yang berupaya dan berkebolehan. Sesiapa yang dilantik ke jawatan ini perlulah seorang yang tidak berkontroversi," katanya.

Selepas Laser, Indon Tuduh Malaysia Guna Dukun Pula

Posted: 27 Dec 2010 08:48 PM PST

KELAB GREENBOC

Akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun

AKHBAR NonStop dakwa Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh.

Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain.

Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin," lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia.

"Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia," kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil.

Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India. -bh

Nama pemilih undi pos dikeluarkan

Posted: 27 Dec 2010 08:44 PM PST

SINAR HARIAN ONLINE

PEKAN SIK - Keputusan Pilihan Raya Negeri bagi mengeluarkan 133 nama pemilih yang didaftarkan sebagai pemilih undi pos di Kem Gubir ternyata memberi kelegaan kepada pihak pembantah.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Juhari Abd Rahman, berkata, pihaknya menjalankan proses biasa dengan melakukan perbicaraan sekiranya terdapat sebarang bantahan setelah senarai nama pemilih dipamerkan.

Katanya, dalam kes ini, seramai 15 orang pembantah mengemukakan bantahan mereka berkaitan senarai nama 133 orang pemilih undi pos tidak mempunyai tempat kediaman di Kem Gubir seperti yang tertakluk dalam peraturan pilihan raya.

"Bantahan yang diterima mempunyai kewajarannya dan munasabah kerana Kem Gubir sememangnya tidak mempunyai tempat kediaman keluarga serta fungsinya adalah sebagai tempat persinggahan operasi anggota tentera sering bertukar dalam tempoh tiga bulan.

"Kami menerima bantahan berkenaan dan proses selanjutnya keputusan perbicaraan ini akan dihantar ke ibu pejabat pendaftar serta surat mengenai keputusan perbicaraan juga akan dihantar kepada pihak pembantah," katanya.

Juhari berkata, soal bermastautin tidak menjadi isu dalam kes ini kerana bermastautin dalam kes melibatkan anggota tentera berlainan daripada orang awam dan lokasi tempat mengundi mereka bergantung kepada tempat mereka bekerja.

"Pihak kami tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat sebarang bantahan atau rayuan terhadap senarai nama daftar pemilih yang dikeluarkan namun, tertakluk kepada tempoh ditetapkan.

"Sekiranya kami menerima sebarang permohonan bantahan, satu sesi perbicaraan akan dilaksanakan bagi menentukan status pemilih berkenaan sebelum sebarang keputusan mengenainya dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Tindakan Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek, Mohd Isa Shafie, berkata, pihaknya tampil mengemukakan permohonan bantahan berkenaan pada 26 Oktober kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Keputusan berkenaan dibuat setelah kami mengenal pasti kesemua nama-nama berkenaan adalah nama isteri tentera yang pernah bertugas di Kem Gubir sedangkan mengikut peraturan pilihan raya hanya mereka yang tinggal dalam kediaman kem boleh menjadi pemilih undi pos.

"Kami bersyukur kerana keputusan perbicaraan mengenai bantahan daftar pemilih undi pos berpihak kepada kami dan kesemua nama itu akan dikeluarkan dari senarai nama pemilih berkenaan," katanya.

Pengarah Urusan Pemilihan Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Zulkifli Ismail, berkata, tindakan yang dilaksanakan pihak pembantah adalah wajar dilaksanakan kerana mereka mempunyai hak dan memastikan peraturan pilihan raya sentiasa dipatuhi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Yahya Abdullah dan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

BN kerah segala sumber hadapi PKR DUN Tenang: Abdul Ghani

Posted: 27 Dec 2010 08:43 PM PST

BERNAMA

LABIS - Barisan Nasional (BN) Johor akan menggembleng segala sumber yang ada serta UMNO negeri dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Jan depan.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Menteri Besar Johor berkata, segala kekuatan yang dimiliki BN dan UMNO Johor akan dikerah untuk membantu kempennya di DUN Tenang.

"Kita berkeyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang," katanya yang yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Tenang kepada pemberita selepas melawat keluarga bekas anggota DUN Tenang Allahyarham Datuk Sulaiman Taha di Labis Park di sini, hari ini.

Abdul Ghani yang juga Pengerusi UMNO Johor berkata, BN Johor akan mengerah lebih daripada 70 wakil rakyatnya yang mewakili pelbagai kawasan DUN serta Parlimen di negeri ini untuk membantu kempen di kawasan terbabit.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya selama dua penggal daripada BN, Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri Kuala Lumpur pada 17 Dis lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Jan tahun depan sebagai hari penamaan calon manakala 30 Jan ialah hari pengundian.

DUN Tenang mempunyai lebih 14,700 pengundi. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon Pas, Mohd Saim Siram dengan kelebihan undi sebanyak 2,491.

Abdul Ghani berkata, BN akan memberikan perhatian kepada semua 12 daerah mengundi yang terdapat di DUN Tenang, bagi memastikan ia mampu memperoleh keputusan yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

"Kita akan melipat gandakan usaha di kesemua daerah mengundi dalam usaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik," katanya ketika ditanya sama ada BN akan menumpukan kempennya di beberapa daerah mengundi yang ia tewas pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata, BN akan bekerja keras di setiap daerah mengundi di DUN Tenang, tidak kira walaupun parti itu menang besar atau kalah di daerah mengundi tersebut pada pilih raya umum lepas.

Mengenai calon BN di DUN Tenang, beliau berkata, UMNO Bahagian Labis telah mengemukakan beberapa nama kepada UMNO Johor untuk diajukan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Soal pemilihan calon BN adalah adalah hak presiden parti. Kita akan menerima apa sahaja yang diputuskan oleh presiden parti," katanya sambil menambah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Beliau berharap anggota UMNO dan BN akan menyokong sesiapa sahaja yang diumumkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Tenang.

Abdul Ghani berkata, BN akan memberi tumpuan kepada beberapa isu tempatan bagi memastikan ia tidak dieksploitasi oleh pembangkang.

Kita tidak bertanding di PRK DUN Tenang

Posted: 27 Dec 2010 08:41 PM PST

SINAR HARIAN ONLINE



SHAH ALAM - Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita) tidak berminat untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, yang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu.

Jurucakapnya, Zakaria Salleh berkata, mereka akan lebih memberikan tumpuan di kawasan Parlimen sahaja berbanding DUN di setiap negeri.

"Kita menyasarkan kerusi Parlimen kerana tumpuan lebih diberikan kepada agenda negara.

"Buat masa ini, Kita lebih memfokuskan pemantapan parti, termasuk pertukaran nama daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) kepada Kita dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, sambutan di Kelantan menunjukkan Kita mampu meletakkan calonnya bertanding di seluruh Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

"Kami yakin dengan kebolehan Presiden parti, Datuk Zaid Ibrahim, menerajui parti baru ini.

"Di samping itu, Kita mempunyai pelbagai kepakaran dalam kepimpinan, terutamanya dalam menangani isu-isu berbangkit," katanya.

Pemimpin Selangor akur

Posted: 27 Dec 2010 08:36 PM PST

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri, Dr Badrul Amin berkata, beliau akur dengan keputusan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru menggantikan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Pelantikan Mohd Khusrin yang berkuat kuasa 1 Januari 2011 itu telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Kita akur dengan pelantikan itu dan yakin Tuanku ada kebijaksanaan dalam melakukan pelantikan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Badrul berharap, kerjasama erat akan diperolehi daripada Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri Besar Selangor akan bertambah baik.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, berkata, Mohd Khusrin yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Tempat Mohd Khusrin di Jais akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam, Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari 2011.

Mohd Sidek berkata, pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kebakaran di Langkawi, kerugian lebih RM1 juta

Posted: 27 Dec 2010 08:33 PM PST

BERNAMA

Sebanyak 57 buah rumah musnah dan hampir 400 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka Langkawi malam tadi.

Kerugian ditaksirkan lebih RM1 juta. Tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua balai bomba Langkawi Yaakob Hassan, yang juga pegawai operasi, berkata lima jentera dari balai bomba Jalan Persiaran Putra dan Jalan Ayer Hangat dengan 40 anggota dan dibantu 30 anggota Polis Langkawi, Jabatan Pertahanan Awam serta Rela Langkawi dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada pukul 11.39 malam.

Kecekapan anggota bomba dan agensi lain berjaya menyelamatkan 243 buah rumah berdekatan dan harta benda bernilai RM4 juta.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata Yaakob ketika ditemui di Langkawi hari ini.

Kebakaran itu merupakan kejadian ketiga seumpamanya, selepas yang pertama dan kedua pada 2006 dan 2007 membabitkan lebih 200 buah rumah musnah.


ISA pun gagal pulihkan Syiah

Posted: 27 Dec 2010 08:28 PM PST

Fadzly Esa

Masih ada segelintir pemimpin dan pengikut ajaran sesat di negara ini masih mengamalkan ajaran sesat walaupun sebelum ini mereka telah ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).

Ketua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohamad Rais Rasid bagaimanapun berkata, mereka terus memantau aktiviti kumpulan itu walaupun ia tidak dapat menghapuskannya secara keseluruhan.

"Setidak-tidaknya masyarakat awam tahu yang Syiah itu apa," katanya.

Antara tindakan paling 'agresif' terhadap pengikut ajaran itu diambil pada tahun 1997 yang menyaksikan sepuluh ditahan di pelbagai negeri bawah akta ISA selama dua tahun atas alasan mengancam keselamatan negara.

Antara ditahan dua pensyarah universiti, Profesor Lutpi Ibrahim (Universiti Malaya) dan Fadzullah Shuib (Universiti Teknologi Mara).

Kesemua mereka dibebaskan setahun kemudian, kecuali Che Kamarulzaman Che Ismail yang dibebaskan pada awal tahun 1999, tetapi dilaporkan kekal bawah pengawasan ketat.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mohamad Rais juga berkata, penahanan yang dibuat bertujuan supaya masyarakat secara tidak langsung faham mengenai ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Cinta keluarga nabi

Pada masa yang sama, beliau menasihati masyarakat awam supaya peka kerana "maksiat akidah", termasuk ajaran sesat yang lain, amat sukar untuk ditangani.

"Walaupun ada antara kumpulan itu sudah bertaubat (kononnya) tetapi mereka masih juga mengamalkan ajaran tersebut, sebagai contoh pemimpin ajaran sesat Kahar.

"Kahar yang kita dakwa sampai sekarang pengikutnya masih mempercayainya sebagai rasul berdasarkan pemantauan dan bila bersembang-sembang bersama mereka.

Mengulas pengembangan ajaran sesat di kalangan umat Islam negara ini, Mohamad Rais berkata perkara itu dapat dilihat dengan kemunculan laman web dan blog bertentangan dengan syariah dan akidah.

"Tetapi kita masih belum dapat pastikan di mana tempatnya (beroperasi), kerana di blog payah untuk menanganinya. Kalau ada alamatnya itu (memudahkan) kita akan siasat satu persatu secara keseluruhannya," katanya.

Diminta menjelaskan ciri-ciri ajaran Syiah, Mohamad Rais menjelaskan, secara ringkasnya, ajaran itu lebih menekankan perasaan cinta kepada keluarga Nabi Muhammad.

Manakala, daripada amalannya pula lebih untuk mengingati perjuangan cucu Nabi Muhammad, Hassan dan Hussein, antaranya dengan meratap.

Wahabi sama seperti kita

Menurutnya, kalau dilihat di laman perkongsian video Youtube, ada pengikutnya terlibat mencederakan diri sendiri sehingga berdarah.

Malah, Mohamad Rais berkata, mereka menggunakan banyak perkara yang boleh menarik belia-belia sebagai contoh dalam ajaran Syiah, nikah mutaah (kontrak) dihalalkan.

"Sedangkan dalam mahzab Imam Shafie dan (mazhab fekah dalam) Ahli Sunnah wal Jamaah itu sendiri tidak membenarkan dan mengharamkan.

"Walaupun sebelum zaman Nabi Muhamad SAW itu ada, selepas nabi wafat, ia diharamkan," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, perbezaaan akidah lebih baik dijelaskan oleh pihak mufti.

Sementara itu, ditanya tentang ajaran lain seperti Wahabi pula, Mohamad Rais berkata ajaran itu adalah berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah serta "sama seperti kita".

Cuma, katanya, terdapat perbezaan kecil dalam tafsiran bidaah dalam agama.

"Tentang tafsiran (wahabi) itu biarlah pihak lain yang menjawab mengenainya," katanya.

Tenang: Pemuda PR lancar jentera 1 Jan

Posted: 27 Dec 2010 08:27 PM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada 1 Januari 2011 akan datang sebagai memulakan gerak kerja pilihan raya secara rasmi.

Majlis pelancaran tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada jam 5 petang di Perkarangan Markjaz Operasi Pemuda PAS jalan Segamat, pekan Tenang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memberitahu, pemuda Pakatan telah diletakkan dalam keadaan siap siaga dan sedia berjuang bagi merampas kerusi Dun Tenang biarpun menyedari laluan sukar terpaksa dihadapi.

"Insyaallah, Pemuda Pakatan Rakyat akan menurunkan sekurang-kurangnya 1500 orang jentera utama di majlis pelancaran jentera pilihanraya Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kita akan memaksimumkan gerak kerja penerangan dan aktiviti kepemudaan bagi memenangi hati pengundi agar memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang kelak," katanya.

Beliau turut optimis peluang untuk menang sentiasa terbuka untuk Pakatan Rakyat dengan syarat segaka usaha diperkemaskan.

"Kita mengharapkan pertolongan dari Allah SWT agar kejayaan menjadi milik kita di Dun Tenang nanti kerana Johor sangat memerlukan suara dari Pakatan Rakyat untuk check and balance terutama pada setiap kali sidang Dun," katanya lagi.

Sebelum pelancaran, satu sesi ceramah motivasi gerakkerja akan disampaikan oleh beliau, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ketua DAPSY, Anthony Loke.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor pada 22 Januari depan dan pengundian diadakan pada 30.

Saman ekor: Gelombang kedua 13 Feb depan

Posted: 27 Dec 2010 08:24 PM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) bercadang mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membincangkan isu saman ekor dan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2010 yang akan membebankan rakyat.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Hishammuddin untuk mengadakan pertemuan pada 17 Januari tahun hadapan.

"Kase harap beliau bersedia untuk bertemu kerana ada beberapa perbincangan yang perlu dibuat secara bersemuka dengan beliau.

"Sebelum ini mungkin beliau tak berkesempatan untuk dengar pandangan dan pendirian kita di Parlimen," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Naib Presiden PAS itu juga, mesyuarat Kase malam tadi memutuskan akan melancarkan gelombang kedua Kase pada 13 Februari tahun hadapan di Lembah Klang dan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara selepas itu.

"Gelombang Kedua kase akan dilancarkan secara besar-besaran pada 13 Februari depan di sekitar Lembah Klang dan kita akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pelancaran kedua itu termsuk memberi penerangan kepada rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (pindaan) 2010 yang memperkenalkan sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang melibatkan penggunaan kamera bagi mengambil gambar kenderaan melakukan kesalahan jalan raya.

Sistem ini didakwa memberi keuntungan kepada syarikat tertentu sahaja dan menambahkan beban rakyat.

Pelancaran kali pertama Kase adalah pada Ogos lepas di Plaza Tol Sungai Besi.

Sementara itu, sempena sambutan Tahun Baru awal Februari tahun hadapan, Kase akan mengedarkan risalah penerangan mengenai saman ekor, senarai hitam kenderaan dan akta yang diluluskan parlimen itu.

"Sempena Tahun Baru Cina pula akan edar handbill untuk jelaskan saman ekor, senarai hitam dan juga pindaan yang dibuat baru-baru ini kepda rakyat pada 31 Januari dan 1 Februari depan," katanya lagi.

Menyentuh mengenai memorandum bantahan terhadap akta itu yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lepas, beliau berkata ianya belum ada apa-apa perkembangan setakat ini.

Kekayaan Taib melampau – Nazib

Posted: 27 Dec 2010 08:22 PM PST

FREE MALAYSIA TODAY

index_19_thumbKUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dihimpit kebimbangan berikutan gelombang kesedaran rakyat bumi kenyalang yang semakin kuat sedangkan pilihanraya negeri pula kian hampir.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia merangkap Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari berkata kebimbangan itu nampak terserlah apabila buat pertama kalinya beliau (Taib) mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tempatan dengan respon rakyat negeri itu yang didakwa sebagai anti orang kaya.

Sebaliknya, Nazib menerangkan bahawa rakyat Sarawak bukan anti orang kaya dan Taib boleh jadi orang kaya tetapi yang dipertikaikan rakyat ialah kekayaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dan keluarga serta kroninya mungkin diperolehi melalui salahguna kuasa dan rasuah sebagai pemimpin.

"Selama 30 tahun pemerintahan Taib, mereka berterusan memunggah kekayaan negeri dengan cara yang meragukan. Tanah dan balak dijual pada tauke besar dengan meminggirkan hak rakyat miskin," katanya kepada wartawan FMT di sini, hari ini.

Nazib yang juga Exco AMK Pusat menambah, projek-projek hanya diagihkan pada adik beradik, anak beranak dan kroni, tanpa tender terbuka dengan hanya rundingan terus yang menguntungkan mereka semata-mata.

Keluarga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga kata Nazib, terlalu kaya hingga mampu membeli aset berbilion-bilion dolar di luar negara.

Gaji ketua menteri tidak lebih RM20,000

"Sedangkan gaji Taib sebagai ketua menteri sama seperti Menteri Besar Selangor tidak lebih RM20,000. Ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau," tegasnya.

Taib Mahmud, baru-baru ini menggesa rakyat Sarawak agar menolak parti yangg bersikap "anti orang kaya" atas alasan kononnya akan membantutkan pembangunan ekonomi negeri.

Taib mengakui membuat kenyataan sedemikian berikutan pendedahan konsisten blog Sarawak Report yang memaparkan kekayaan luar biasa Pengerusi BN Sarawak itu.

Ahmad Nazib yang juga Naib Ketua Cabang Petra Jaya berkata, hasil bumi Sarawak sepatutnya diagih dengan adil sehingga mampu mengurangkan kadar kemiskinan tegar di kalangan rakyat Sarawak terutama di luar bandar.

"Tetapi, malangnya kekayaan Sarawak ini hanya berlegar di kalangan pemimpin elit, kebanyakan kroni dan proksi BN.

"Hal ini boleh disifatkan zalim kepada rakyat Sarawak yang berpuluh-puluh tahun kekal miskin merempat lebih-lebih lagi pemimpin sedemikian tidak amanah dan tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin yang telah diberi kepercayaan selama ini," ujarnya.

Laporan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat untuk menyiasat semua dakwaan itu tetapi malangnya sehingga kini institusi yang dianggap bebas ini membisu seribu bahasa, tambahnya.

Sektor pembinaan dijangka rancak 2011

Posted: 27 Dec 2010 08:16 PM PST


pembinaanOleh Suffian A Bakar

KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan dijangka menarik tahun depan dengan projek mega kembali dalam senario dipacu pelaksanaan pelbagai projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) serta menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).

MIDF Investment Research berkata, belum pernah berlaku sebelum ini pelbagai projek berskala besar diumumkan bertumpu dalam satu jangka waktu tertentu.

Katanya, sebanyak 53 projek kerjasama awam-swasta (PPP) bernilai RM63 bilion diumumkan dalam RMKe-10, yang mana pelaksanaannya dijangkakan meraih momentum tahun depan.

Menerusi ETP pula, firma penyelidikan itu berkata, inisiatif Greater KL saja boleh menampung kontraktor tempatan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Ia merangkumi projek sistem transit rapid (MRT) yang bernilai RM36 bilion, pembinaan tujuh lebuh raya bertol bernilai RM19 bilion, pembangunan tanah seluas 1,320 hektar milik Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bernilai RM10 bilion dan dua loji penjanaan kuasa arang batu bernilai RM7 bilion.

"Sektor pembinaan juga meraih manfaat terbesar dalam Bajet 2011, dengan kejutan terbesar daripada projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, manakala pembangunan empat koridor, termasuk Greater KL juga mendapat peruntukan sebanyak RM853 juta.

Manfaat besar bagi para kontraktor

"Pastinya, kontraktor tempatan bakal meraih manfaat besar daripada perbelanjaan ini," kata firma penyelidikan itu.

Setakat ini, katanya, projek bernilai lebih RM4 bilion sudah diberikan kepada kontraktor tempatan, antaranya pakej II pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) yang dianugerahkan kepada Gadang bernilai RM291 juta; Kompleks Bersepadu LCCT kepada WCT (RM486 juta); Empangan Hulu Terengganu kepada Loh & Loh-Sinohydro
(RM828 juta); dan Empangan Paya Beda kepada JAKS (RM333 juta).

IJM pula dianugerah tiga kontrak iaitu projek penambahan lebuh raya Besraya (RM600 juta); jalan akses Empangan Murum (RM247 juta); dan Lebuh Raya Batu Kawan untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua (RM350 juta).

MIDF Investment Research menjangkakan lebih banyak projek akan dianugerahkan pada 2011, termasuk baki pakej pembinaan LCCT baru, laluan tambahan LRT (Kelana Jaya) dan kerja huluan projek air mentah Pahang-Selangor, selain beberapa kerja infrastruktur di Sarawak.

Selain itu, katanya, ia adalah tahun pilihan raya di Sarawak dan kebiasaannya saham syarikat berkaitan pembinaan akan mencatat prestasi memberangsangkan, sementara Kerajaan Pusat memberikan tumpuan di negeri itu dengan memberi habuan kerana sokongan padu rakyat negeri itu pada pilihan raya umum sebelum ini.

Antara projek infrastruktur di Sarawak ialah pembinaan jalan raya, pelabuhan, serta koridor ekonomi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

MTUC mahu gaji minimum dilaksana sebelum PRU-13

Posted: 27 Dec 2010 04:12 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PETALING JAYA — Dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.

"Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum)," kata Syed Shahir Syed Mohamud pada sidang media selepas berucap merasmikan persidangan tiga tahun sekali MTUC di Rumah Peladang di sini hari ini.

"Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja," kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja "kami bersatu."

MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.

Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.

Baru-baru ini kerajaan sudah menyatakan keputusan mahu mewujudkan dasar gaji minimum dan kemungkinan dilaksanakan Jun depan.

MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.

Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

Bandar Terkotor Di Sabah?

Posted: 27 Dec 2010 04:00 PM PST

Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

SABAH DAP Kudat Chief, Alex Wong today visited the dumping of the Kudat district at Jalan Sikuati Lama after receiving complaints from the residence and plantation owners who are affected by the piles of rubbish and garbage dumped along the access road leading to the dump site.

Alex was told the Kudat district garbage dump trucks and lorry dumped the rubbish and smelly garbage together with other rubbish throwers on to the road side that caused the massive piles to build up. The road condition is very bad and that could be the reason why everybody is dumping the rubbish just along the road.

The people complain about the smell and the dirty environment that is really affecting them and especially their health.

Alex Wong hopes the Kudat District Council can do something to clear the tones of garbage and remove it to a proper burial ground and cover it with earth to stop the heavy foul smell. We cannot allow this to continue and this shows the council is not doing its work well. -DAP MEDIA

KINI SANDAKAN PULA BANDAR SAMPAH?

APA sudah jadi dengan tahap kebersihan di Sandakan kerana kita sering berhadapan dengan masalah kebersihan yang begitu teruk dan seolah-olah Majlis Perbandaran Sandakan langsung tidak berbuat apa-apa untuk menangani permasalahan yang sering menyakitkan mata memandang.

Walaupun gambar di atas diambil dari Jambatan No. 8, Perkampungan Sim-Sim di Sandakan, namun perlu diingat bahawa sampah-sarap berkenaan tidak semestinya dibuang oleh penghuni di kawasan tersebut. Sampah-sarap tersebut adalah dihanyutkan ke kawasan tersebut dan apabila air surut, longgokan sampah akan tertinggal di tempat berkenaan.

Contohnya di Kampung Muhibbah, Batu 2½ tidak ada tong sampah yang disediakan oleh pihak MPS untuk penduduk kampung tersebut untuk membuang sampah sedangkan penduduk di kampung tersebut adalah padat dengan penduduk dan tidak dapat berbuat apa-apa selain membuangnya ke laut.

Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rudy, memberitahu bahawa tidak ada tong sampah yang disediakan oleh pihak MPS bagi memudahkan mereka untuk membuang sampah-sarap.

Semasa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Haji Noor merasmikan Pelancaran 'State Level Anti-litterbug Campaign' pada 6 Disember 2010, beliau memberitahu bahawa setiap pesalah yang membuang sampah di merata-rata tempat boleh dikenakan denda sehingga maksimum RM500.

Namun yang demikian, adakah beliau sedar bahawa selain sikap masyarakat yang suka membuang sampah-sarap secara tidak beretika, punca lain adalah kemudahan tong sampah untuk mereka membuang sampah adalah amat kurang dan tidak terdapat satu biji tong sampah pun di dalam sesetengah kawasan.

Bagaimana pula penduduk di pulau-pulau? Adakah mereka disediakan tong sampah oleh MPS untuk penduduk berkenaan?

Pihak kerajaan yang telah membelanjakan duit yang banyak dalam menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, tidak akan berjaya dengan sepenuhnya sekirannya punca permasalahan tersebut tidak diatasi.

Pihak ADUN dan Ahli Parlimen yang sering mengadakan gotong-royong yang kononnya untuk membersihkan kawasan tersebut, hanyalah menjadi bualan dan sindiran masyarakat kerana peruntukan ADUN dan Ahli Parlimen bolehlah digunakan untuk membeli tong sampah kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan tidak seharusnya mencari kesalahan orang lain dan pada masa yang sama tidak mencari punca sebenar bagaimana faktor membuang sampah-sarap terutamanya ke sungai dan laut yang dilakukan oleh pihak penduduk tidak diatasi.

Perlu ada persefahaman antara kerajaan tempatan dengan masyarakat selain bantuan yang harus dikeluarkan oleh pihak ADUN dan MP untuk kawasan masing-masing. Peruntukan ADUN Sabah yang telah ditambah kepada RM1.1 juta setiap ADUN Sabah mulai tahun 2011, sepatutnya tidak menjadi permasalahan kepada masyarakat dalam menikmati kehidupan yang sempurna dan bersih dari kotoran sampah.


Khir Toyo: Jangan pandang enteng janji PR

Posted: 27 Dec 2010 03:51 PM PST

MERDEKA REVIEW

1. Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

2. Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

3. Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biarpun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

5. Saya percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

6. Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai. Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat.

7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."

8. Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?

9. Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi.

10. Tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional.

11. Masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR). BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.

12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.

13. Barisan Nasional harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat. Kalau pun tidak seindah Pakatan namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti.

14. Maka ketika kekalahan dan kejatuhan banyak parti dan pemerintah sama ada secara demokrasi atau autokratik sebenarnya bukanlah kerana isu demokrasi, ketelusan dan prestasi tinggi tetapi kerana suara golongan majoriti dalam negara tersebut tidak didengari.

15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan Eropah sejak berdekad-dekad lalu.

16. Ketika kita tidak menafikan kepentingan kerajaan menjadi telus, anti rasuah dan bijak menguruskan ekonomi negara yang menjadi mantera golongan elit perniagaan, elit politik dan elit akademik, namun majoriti rakyat jika terhimpit dan terdesak tidak akan mempedulikan semua itu ketika membuang undi.

17. BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu "bread and butter" sebagai tanda aras kepuasan mereka.

18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".

19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. Saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.

*Tulisan ini dipetik dari blog Mohamad Khir Toyo (gambar kanan), bekas Menteri Besar Selangor.

Curi pasir bawah jejambat

Posted: 27 Dec 2010 03:42 PM PST

Oleh: Kahirul Azran Hussin

TENGKU SHAIFFULIAZAN (kiri) menunjukkan kegiatan mengorek pasir secara haram di bawah jejambat di  Sungai Damansara yang menjejaskan struktur jejambat susur keluar  Tol Bukit Jelutong.

TENGKU SHAIFFULIAZAN (kiri) menunjukkan kegiatan mengorek pasir secara haram di bawah jejambat di Sungai Damansara yang menjejaskan struktur jejambat susur keluar Tol Bukit Jelutong.

Kegiatan korek pasir di Sungai Damansara jejas struktur tiang

SHAH ALAM: Sebuah jawatankuasa bertindak yang mewakili pengusaha pasir Melayu di Selangor mendakwa wujud kegiatan mengorek pasir secara haram di Sungai Damansara yang terletak di bawah jejambat susur keluar Tol Bukit Jelutong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berdekatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini.
Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Tengku Shaiffuliazan Zainal Abidin, mendakwa aktiviti itu dilakukan lebih sebulan lalu tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta badan berkanun berkaitan.

Lebih membimbangkan, beliau mendakwa kegiatan itu boleh memberi kesan kepada struktur jejambat berkenaan, termasuk mungkin mengakibatkan masalah keretakan, sekali gus membahayakan ribuan pengguna yang melalui laluan berkenaan setiap hari.

"Tindakan segera perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab bagi mengelak tragedi," katanya yang meninjau lokasi itu bersama media, baru-baru ini.

Tengku Shaiffuliazan mendakwa, sungai terbabit yang dulu bersih dan deras alirannya kini semakin cetek serta keruh akibat aktiviti pengambilan pasir sehingga menjejaskan alam sekitar.

"Kerajaan negeri perlu bertindak segera dan jangan hanya memejam mata apabila timbul isu membabitkan alam sekitar di negeri ini. Siasat siapa dalangnya.

"Ke mana perginya peraturan perlombongan pasir. Kalau betul kerajaan negeri telus dan serius membanteras kecurian pasir, perkara seperti ini tidak akan berlaku, apatah lagi ia dijalankan betul-betul di bawah jejambat ini," katanya.

Ditanya kemungkinan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) terbabit dalam aktiviti berkenaan, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menyiasatnya selain tidak mengamalkan sikap pilih kasih berhubung isu terbabit.

Sementara itu, tinjauan pada jam 3 petang baru-baru ini mendapati kegiatan mengorek pasir itu sudah dihentikan, dipercayai kehadiran pihak media sudah terlebih dulu dihidu.

Bagaimanapun, ada tiga longgokan pasir setiap satunya setinggi kira-kira lima meter, selain satu mesin mengorek pasir di tebing sungai di bawah jejambat yang mempunyai kira-kira 30 tiang itu.

Difahamkan, jentera itu mampu mengorek pasir sehingga mencecah kedalaman 20 meter.

Tiada ulasan: