Sabtu, 18 Disember 2010

Anak Cucu Nabi Adam

Anak Cucu Nabi Adam


Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Posted: 17 Dec 2010 08:56 PM PST

Konvensyen kebangsaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu. Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian ADUN Johor kawasan Tenang daripada BN Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam semestinya akan turut dibincangkan.

Pada zahirnya, Pakatan Rakyat dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda "pemimpin paling utamanya", Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan. Hakikatnya, Pakatan Rakyat kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan "halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat."

"Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar," katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Tumbang di Selangor?

Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lalu bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak
bersatu padu.

Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan. DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam semua enam kawasan pilihan raya.

Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat mesti meyakinkan orang bramai bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan "sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami."

Pendedahan WikiLeaks

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

"Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar
gosip berbanding fakta," katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau Pakatan Rakyat.

"Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan," kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Cabaran KITA

"Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas," katanya.

Pakatan Rakyat juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita). Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan "lebih banyak calon yang profesional dan beretika" dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, "masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap."

~Bernama~

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan

Posted: 17 Dec 2010 08:55 PM PST

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

"Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,"ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.

Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

"Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua," ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

BERIKUT KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: "...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara..."

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:

Maksudnya: "Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari."

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya"

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Pakai tudung dulu baru cadang buat tilawah

Posted: 17 Dec 2010 08:53 PM PST

Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan penganjuran tilawah istimewa membaca Al-Quran di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf golongan cacat penglihatan.

Beliau berkata usaha itu mampu mengangkat peranan Malaysia sebagai negara Islam yang dinamik dan progresif.

Rosmah mengutarakan cadangan itu pada Majlis Kasih Sejuta Harapan yang bertemakan "Menjana Transformasi Ummah Berwawasan Melalui Al-Quran" di Kuala Lumpur malam semalam.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan Al-Quran dalam bentuk tulisan braille kepada 200 penerima cacat penglihatan.

Rosmah berkata usaha pertubuhan bukan kerajaan menghasilkan Al-Quran sedemikian, yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), adalah sangat membanggakan.

"Mereka (NGO) bukan sahaja mengajar tetapi juga menghasilkan Al-Quran braille," katanya yang berharap lebih banyak kelas pengajian Al-Quran dalam bentuk braille dibuka bagi memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan mendalami ilmu Al-Quran.

~Bernama~

DUN Tenang Dah Tak Tenng

Posted: 17 Dec 2010 08:53 PM PST

Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai (berbaju putih) berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis
depan.

"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calon yang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semua parti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha semalam.

Sulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.

Perkembanganterbaru itu bakal menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil dijangka Januari

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.

BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

~MK~

Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Posted: 17 Dec 2010 08:52 PM PST

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini, yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri itu berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang Dun baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke (kiri), renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya kepada Harakahdaily semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar BN Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Penjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang Dun itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu tersebut juga telah panjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

Biarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

Berbeza dalam kes Zambry, Harussani katanya dilihat seperti terdesak dalam mengeluarkan 'fatwa'nya sehingga memanggil dan mendengar penjelasan Menteri Besar Perak itu.

Namun menurutnya, hasilnya adalah seperti dijangkakan, iaitu perbuatan Zambry itu 'dihalalkan' oleh Harussani.

Tindakan Harussani itu, katanya lagi bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan Dun yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan ekoran membangkitkan perkara itu.

~harakah~

UMNgOk Takut Skandal Negara Dibongkar

Posted: 17 Dec 2010 08:50 PM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) merasa kesal dan sangat terkejut dengan tindakan penggantungan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat dan berkemungkinan kerana pemimpin BN takut akibat terlibat dengan 'skandal besar' negara?

Tindakan sedemikian telah menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paranoid dan takut kalah serta sudah hilang pertimbangan waras dalam tindakannya.

Demikian kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi mengulas pergantungan empat pemimpin utama Pakatan dari PKR dan DAP semalam dari DEwan Rakyat.

Mereka yang digantung selama enam bulan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Karpal Singh (Bukit Gelugor), Azmin Ali (Gombak) dan R Sivarasa (Subang).

PAS, katanya, menganggap kebimbangan berlebihan Umno dan BN ini menyebabkan mereka akan melakukan apa sahaja tindakan terdesak walaupun melanggar norma perundangan dan batas-batas demokrasi di Malaysia.

PAS yakin, BN tidak akan berhenti dengan 'tragedi demokrasi' di
parlimen sahaja, bahkan akan bertindak lebih daripada itu. Ini terbukti dengan tragedi 'rampasan kuasa' di Perak tidak lama dahulu.

Kini mereka bertindakmerampas suara rakyat di Parlimen Malaysia pula, tambahnya.

Mungkinkah kerana mereka gusar dengan konsep keadilan menyeluruh yang hendak dilaksanakan oleh PAS bersama dengan Pakatan Rakyat sehingga wujud kebimbangan di kalangan pemimpin-pemimpin BN yang berkemungkinan terlibat dengan 'skandal besar' negara?, tambah Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

"Saya menyeru kepada UMNO supaya kembali ke pangkal jalan dan beriman dengan Al Quran yang menyatakan bahawa tidak ada kuasa yang kekal di atas dunia ini termasuklah kekuasaan kerajaan nabi-nabi dan juga orang zalim," katanya.

Nabi Sulaiman AS yang dikurniakan kekuasaan yang meluas meliputi kerajaan manusia, haiwan dan jin itupun sudah tidak ada sekarang ini. Begitu juga dengan kerajaan zalim Firaun.

Bahkan kuasa besar dunia juga tumbang. Apatah lagi kekuasaan UMNO-BN yang ada pada hari ini, tambah beliau.

"Oleh itu, saya menyeru pemimpin UMNO-BN supaya segera insaf dan bersedia untuk menyerahkan kuasa secara terhormat sebelum kekuasaan itu ditarik oleh Allah SWT dengan jalan yang tidak disangka-sangka," katanya.

~harakah~

UMNgOk Agen Yahudi Sebenar

Posted: 17 Dec 2010 08:49 PM PST

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas Umno yang didakwanya menyalahgunakan kuasa degan menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk selama enam bulan.

"Saya lihat tidak ada sebab untuk tergesa-gesa menggantung saya. Ini adalah pencabulan kuasa secara terang-terangan. Saya rasa mereka tidak sabar lagi untuk menjawab isu yang ditimbulkan," katanya.

Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini, ahli parlimen Permatang Pauh MP itu berkata dakwaan ke atasnya itu adalh 'hiprokrasi Umno'.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpangkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri (PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit," katanya dengan nada marah.

Menurut Anwar, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali pula dihukum semata-mata kerana menyentuh mengenai surat Apco.

"Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata Raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.

~MK~

Azmin Pertikai Sebab Digantung

Posted: 17 Dec 2010 08:47 PM PST

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali berkata penggantungan beliau serta tiga lagi ahli Dewan Rakyat termasuk ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tindakan yang tidak berasaskan prosedur.

Azmin berkata perkara itu dilihat melalui alasan yang dikemukakan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam usul untuk menggantung beliau selama enam bulan daripada sidang parlimen.

Alasan tersebut adalah berhubung pendedahan kandungan sepucuk surat oleh firma perhubungan awam Apco Worldwide yang didakwa dilakukan oleh Azmin.

Azmin didakwa berbuat demikian melalui pemberitahuan bersuratnya bertarikh 6 Disember kepada speaker Dewan bagi mengemukakan satu usul untuk membincangkan satu perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Mesyuarat 3 Disember itu telah memutuskan untuk menghalang Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut bagi mempertahankan dirinya berhubung satu siasatan oleh jawatankuasa berkenaan.

Azmin bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah mendedahkan kandungan surat daripada Apco Worldwide yang dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Malah, beliau juga tidak menimbulkan kandungan surat berkenaan dalam perbahasannya di dalam Dewan, kata Azmin lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Datuk Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat Apco tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

"Justeru, saya dan rakan-rakan di dalam PKR dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan," katanya lagi.

Kandungan surat daripada Apco Worldwide itu menjadi perhatian dalam persidangan parlimen susulan daripada tindakan Anwar membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.

Tindakan itu menyebabkan Anwar diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan parlimen yang memutuskan untuk menggantung ahli parlimen Permatang Pauh itu daripada persidangan selama enam bulan.

Selain Azmin dan Anwar, turut digantung ialah ahli parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh dan ahli parlimen PKR Subang R Sivarasa rentetan daripada insiden yang sama.

~MK~

Dewan Rakyat tidak boleh jadi contoh

Posted: 17 Dec 2010 08:46 PM PST

Akibat tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan parlimen Malaysia tidak boleh dijadikan contoh kepada Dewan Undangan Negeri (Dun) seluruh negara.

Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain ketika ditemui pada program raptai Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium semalam menegaskan, bukan ia memalukan sistem demokrasi negara malahan menjatuhkan maruah Malaysia di kaca mata dunia.

"Sikap berat sebelah Speaker Dewan Rakyat menggantung Anwar dan tiga Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama enam bulan tidak menggambarkan keutuhan sistem demokrasi negara ini bahkan memalukan. Ia langsung tidak boleh jadi contoh kepada Dun di negeri seluruh negara," katanya.

Menurut beliau, sepatutnya Speaker Dewan Rakyat menolak dan tidak patut merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana Anwar telah menjelaskan adanya hubung kait Apco dan 1Israel.

Pihak kerajaan tidak menjawab pertuduhan tersebut dan Speaker pula terus bertindak membuat keputusan penggantungan tanpa memanggil membela diri cuma berdasarkan alasan Apco bahawa mereka tidak terlibat dengan 1Israel.

Sekali lagi imej Malaysia tercemar ekoran tindakan yang tidak adil semata-mata tidak mahukan Ketua Pembangkang terus mencetuskan perkara yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Selepas ini, katanya sahlah Malaysia tercorot dalam sistem demokrasi berbanding negara Komanwel yang lain bahkan kebelakang dari negara Afrika, Zimbabwe dan sebagainya.

"Sudahlah tercemar dari sistem kehakiman, ekonomi, kini giliran demokrasi terus parah akibat tindakan yang tidak bijak," kata beliau.

Tiga ahli Parlimen Pakaran Rakyat yang turut dikenakan hukuman sama dengan Anwar ialah Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R. Sivarasa (PKr-Subang).

~harakah~

Otak Wanita Tak Dapat Merasakan Sakit Saat Sedang Orgasme

Posted: 17 Dec 2010 02:29 PM PST

Orgasme pada wanita merupakan proses yang sangat rumit yang berlangsung di otak. Begitu sibuknya otak bekerja, sampai-sampai tidak dapat merasakan sakit selama berada dalam puncak kenikmatan.

Ada banyak keunikan orgasme pada wanita bila dibandingkan pada lelaki. Pada wanita, orgasme berlangsung sangat mendalam, lebih lama dan bahkan boleh terjadi hingga beberapa kali secara beruntun sehingga disebut multiorgasme.

Untuk mengungkap apa yang sebenarnya terjadi di saat wanita mengalami orgasme, peneliti dari Rutgers University di New Jersey melakukan pemindaian otak dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Berbagai aktiviti yang terjadi di dalam otak wanita dirakam lalu difilemkan.

Terungkap dalam filem tersebut, aktiviti otak wanita sangat tinggi selama orgasme berlangsung. Secara bergantian dan kadang-kadang juga bersamaan, tak kurang 30 bahagian otak yang berbeza sangat sibuk menghasilkan sensasi kenikmatan.

Bukan saja pada orgasme yang terjadi saat berhubungan seks, aktiviti otak yang serumit itu juga terjadi pada saat melakukan masturbasi. Bahkan pada beberapa wanita yang dapat mencapai orgasme hanya dengan fikiran, aktiviti otak lebih tinggi.

Salah satu peneliti, Prof Barry Komisaruk mengatakan kerja keras otak dalam menghasilkan gelombang kenikmatan itu bukan main kuatnya. Bahkan saking banyaknya sistem saraf yang terlibat, kepekaan terhadap rasa sakit berkurang drastis pada wanita yang sedang orgasme.

"Orgasme adalah sebuah proses unik yang mengambil alih seluruh otak dan bisa dirasakan di seluruh bahagian tubuh," ungkap Prof Komisaruk seperti dikutip dari The Sunday Times, Senin (8/11/2010).

Rekaman tersebut juga mengungkap waktu rata-rata yang diperlukan para wanita untuk mencapai orgasme. Sebagian besar di antaranya dapat mencapainya hanya dalam waktu 5 minit, namun tak sedikit juga yang memerlukan waktu hingga 20 minit.

~us.health.detik~

Suami Atau Isteri Harus Orgasme Dulu

Posted: 17 Dec 2010 02:22 PM PST

Siapa yang sebenarnya harus orgasme dulu? Sebenarnya ini tak perlu dipersoalkan kerana yang penting, kedua belah pihak dapat saling memuaskan. Namun, pada pasangan yang saling mengerti, umumnya lebih suka apabila isteri yang mencapai orgasme lebih dulu.

"Soalnya, kalau lelaki orgasme dulu, kebanyakan lelaki akan terus penat. Untuk memulainya, harus dari awal lagi dan perlu waktu lama," tutur Dr Ferryal Loetan, ASC&T, DSRM, MKes (MMR).

Lagi pula, sambungnya, lelaki yang penuh pengertian biasanya sudah tahu teknik-teknik khusus yang boleh membuat ejakulasi agar isterinya mencapai puncak kenikmatan terlebih dulu. "Dia boleh tahu berapa lama harus menunggu isterinya siap, bila waktu yangtepat untuk memancutkan spermanya, dan berapa kali dia mahu memuaskan isterinya," ujarnya.

Sayangnya, tak setiap lelaki memiliki keahlian semacam ini. Tetapi, tak perlu kecil hati, apabila pasangan anda belum memilikinya. Dengan latihan yang relatif sederhana, pasangan juga boleh jadi mahir, dalam mengendalikan diri.

Saran Ferryal, para lelaki dapat mencuba latihan seks iaitu latihan yang dapat menguatkan otot-otot sekitar pinggul. Caranya, tarik kemudian tahanlah untuk beberapa saat otot-otot di sekitar kemaluan seolah-olah sedang menahan keluarnya air seni. Latihan seperti ini sudah diperkenalkan kepada wanita untuk melatih kelenturan daerah genitalnya. Dengan memperkuat otot-otot dasar pinggul, baik lelaki mahupun wanita dapat mengatur kekuatan dan kemampuan ototnya untuk "mencengkam".

Lelaki pun boleh mengatur bila saat tepat untuk ejakulasi. Namun, lewat trial and error melalui pengalaman peribadi masing-masing, pasangan boleh juga,menciptakan bentuk-bentuk latihan khusus untuk keperluan tersebut.

Sementara senaman seks yang kini menjamur di sanggar-sanggar, menurut Ferryal, justeru lebih banyak mengajarkan gerakan yang menggambarkan persetubuhan sehingga tak memberi banyak manfaat.

Ciptakan aktiviti khusus

Misalnya, mandi bersama, atau menyiapkan kamar tidur dengan menghadirkan suasana romantik. Boleh juga isteri menunggu suami pulang pejabat dengan mengenakan gaun seksi atau wewangian kesukaan suami.

Tetapi, tentu tak mengada-ada, melainkan spontanitas keinginan bersama. Akti iti khusus ini, menurut Ferryal, bagus sekali kalau dilakukan karena boleh dikategorikan foreplay ataupun afterplay.

"Kan, tak harus dilanjutkan dengan persetubuhan sehingga boleh dilakukan bila saja," katanya. Bukankah hanya dengan bermesraan juga boleh mempererat ikatan kasih sayang suami-istri?

Ubat kuat membantu orgasme?

Begitulah yang kerap digembar-gemburkan pengiklan produk ubat-ubatan khusus buat lelaki. Padahal, apabila diteliti kandungannya, ubat-ubat tersebut lebih bersifat suplemen, vitamin-vitamin atau mineral-mineral tertentu yang tujuannya membuat tubuh sihat. Begitu juga jamu yang mengandung pasak bumi, ginseng, lada hitam dicampur telur dan madu. Jadi, tak ada kaitannya sama sekali dengan pencapaian orgasme.

Yang lebih tepat, tutur Ferryal, kuning telur dan madu mengandungi kalori tinggi dan lada hitam berkhasiat melancarkan aliran darah. Dengan memakan ubat-ubatan atau jamu tadi secara teratur, tentu saja membantu menjaga tubuh agar tetap fit.

"Makanan harus cukup gizi, hindari atau setidaknya stres, cukup istirehat, dan bersenam teratur," kata Ferryal. Dalam tubuh yang sihat, terdapat seks yang sihat. Kalau badan lemah , jadi, bagaimana mahu orgasme?

~female.kompas~

Vagina Longgar Dicurigai Curang

Posted: 17 Dec 2010 02:16 PM PST

Terpisah dengan isteri selama empat bulan membuat lelaki usia 35 tahun ini curiga.¨Jangan-jangan isteriku curang dengan lelaki yang penisnya lebih besar?¨ fikirnya.

Lelaki ini, sebut saja X mengeluh kerana berasa vagina isterinya longgar. Sekitar empat bulan bapa satu anak, usia 3 tahun ini berpisah dengan isterinya. Dia bekerja di Jakarta dan isterinya yang berusia 32 tahun ini bekerja di Semarang.

Lelaki yang setiap bulan pulang ke rumah ini merasa tidak seperti biasanya. Vagina isterinya terasa longgar saat berhubungan seks.

Saat dikatakan kepada isterinya, si isteri hanya menjawab, ¨Macam-macam saja!¨Si lelaki berasa keadaan ini tidak seperti biasanya. Esok hari dia mengeluhkan hal ini ke isterinya, sang isteri diam-diam minum jamu yang diiklankan di suratkhabar.

Waktu sang suami bertanya kenapa minum jamu itu? ternyata si isteri marah sambil berkata,¨ Kerana kamu cakap macam-macam kemarin! Gelisah dan tidak tenteram di hati, lelaki yang sudah membina rumah tangga selama lima tahun ini pun bertanya pada Profesor Wimpie dan menanyakan kenapa vagina isterinya terasa longgar, tidak seperti biasanya, terasa kencang?

Apakah isterinya menyeleweng dengan lelaki lain yang penisnya lebih besar dari yang dimilikinya?

Berikut ini jawapan yang disampaikan seksolog dan spesialis andrologi dari Universitas Udayana, Bali, Prof. Wimpie Pangkahila, Sp.And :

Saya tidak yakin apa yang anda sampaikan benar, bahawa vagina isteri menjadi lebih longgar setelah berpisah dalam waktu empat bulan. Apa yang anda rasakan, saya fikir sangat subjektif. Yang pasti, ukuran diameter vagina memang dapat berubah, termasuk diakibatkan oleh reaksi seksual.

Ketika seorang wanita mengalami reaksi seksual yang cukup setelah menerima suatu rangsangan, terjadilah perlendiran vagina. Pada saat itulah hubungan seksual dapat berlangsung dengan mudah. Mungkin pada saat inilah timbul kesan anda yang subjektif, seolah-olah vagina isteri menjadi lebih longgar, tidak seperti biasa.

Kalau reaksi seksual pada isteri terus berlanjut, di fasa berikutnya justwru terjadi penyempitan pada sepertiga bahagian luar vagina. Setelah itu, kalau reaksi seksual berlangsung terus, terjadilah orgasme sebagai puncaknya.

Sungguh Menggelikan Kalau Anda curiga isteri melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain yang penisnya lebih besar daripada penis anda, itu sungguh menggelikan. Itu bukan alasan yang benar.

Andaikata, sekali lagi andaikata, isteri anda melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain yang ukuran penisnya lebih besar daripada penis anda, itu tidak akan menyebabkan vaginanya menjadi lebih longgar. Jadi, tidak ada alasan yang benar untuk mencurigai isteri melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain.

Kalau isteri anda kemudian secara diam-diam meminum jamu itu, sebenarnya itu merupakan suatu upaya yang dapat dia lakukan untuk menjawab keluhan anda. Memang reaksi seperti inilah yang dilakukan oleh kebanyakan isteri di negara kita untuk menjawab keluhan suami, terlepas dari benar tidaknya upaya yang dilakukan.

Sayangnya, pada umumnya upaya yang dilakukan adalah upaya yang sia-sia, karena tidak jelas masalahnya apa, dan apa yang diharapkan dari upaya seperti itu. Tidak Mengerti Seks Di pihak lain, banyak suami yang sebenarnya tidak mengerti tentang seksualiti, dengan ringan menyampaikan keluhan yang tidak berdasar.

Sangat banyak juga suami di negara kita yang tidak pernah memikirkan bagaimana kehidupan seksual isterinya. Banyak suami yang hanya menuntut agar isteri selalu siap melayani keinginan seksual suami.

Bahkan, sangat banyak isteri harus selalu siap memenuhi tuntutan seksual suami bila saja suami menghendaki, tidak peduli apakah si isteri juga menginginkan atau tidak.

Padahal, si suami itu tidak tahu atau tak memperhatikan bahawa isterinya tidak pernah merasakan kepuasan seksual yang diharapkan sejak menikah, bahkan entah sampai bila. Lebih teruk lagi, kalau ternyata penyebab ketidakpuasan seksual pada isteri itu adalah si suami yang mengalami gangguan fungsi seksual.

Kerana itu, harus ada komunikasi yang baik antara suami isteri agar kehidupan seksual berlangsung harmoni. Dengan demikian, dapat diupayakan jalan keluar bersama kalau terjadi masalah dalam kehidupan seksual.

Saya sarankan anda menghilangkan kecurigaan itu. Selanjutnya anda perlu membina komunikasi yang baik dengan isteri, khususnya dalam komunikasi seksual.

~femalekompas~

Bayi Perempuan Satu Anugerah Terhebat

Posted: 17 Dec 2010 02:14 PM PST

Pernahkah anda membaca kisah seorang suami yang membenci isterinya disebabkan kecewa kerana wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka? Suami itu bukan sahaja mengasari isterinya, malah turut menzalimi dan menganiaya bayi perempuannya.

Saya pernah membaca kisah Maharaja China yang sangat-sangat mengasihi gundiknya yang melahirkan anak lelaki untuknya dan tidak mengendahkan gundik yang melahirkan anak perempuan.

Saya juga diberitahu, dalam masyarakat Cina, zuriat lelaki adalah lebih 'dikehendaki' berbanding dengan perempuan. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan dianggap beban dan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.

Saya pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2 atau 3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini.

Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular.

Subhanallah! Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Apa salahnya dilahirkan perempuan? Bukankah Rasulullah SAW telah menjanjikan kelebihan memiliki anak perempuan?

"Anak lelaki ke perempuan?" Soalan yang paling kerap ditanya kepada 'mak buyung' atau wanita yang sedang sarat mengandung. Soalan itu juga kerap diajukan kepada doktor yang membuat imbasan ultrasound terhadap bayi di dalam kandungan mereka yang sedang mengandung.

Pada zaman sekarang, soalan tersebut mungkin tidak susah untuk dijawab kerana jantina anak biasanya sudah dapat diketahui dengan membuat imbasan ultrasound semasa tempoh kehamilan.

Saya pernah membaca kisah seorang bapa yang kelihatan tidak berapa gembira meskipun isterinya telah selamat melahirkan abak sulungnya. Anaknya selamat, cukup sempurna dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

"Tak tau apa dia buat sampai dapat anak perempuan. Saya mau anak lelaki. Masa mengandung saya suruh dia jaga betul-betul tapi dia talak mau," keluh bapa berkenaan. Isterinya dipersalahkan. Ibunya juga kelihatan agak muram, seolah-olah susah untuk memerima kedatangan seorang puteri dalam keluarga mereka. Bapa berkenaan kemudiannya mengungkit lagi beberapa pantang larang yang dilanggar oleh isterinya yang kononnya menyebabkan jantina anaknya tidak seperti yang dikehendakinya.

Pelik sungguh, masih ada lelaki yang berfikiran begini. Kenyataan bapa ini bukan saja tidak berlandaskan akidah, malah juga dari segi saintifik.

Hakikat sebenar

Sejak sekian lama, kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa jantina anak ditentukan oleh ibu yang mengandungkannya. Hampir tiada orang yang membuat anggapan bahawa ia ditentukan oleh benih daripada si bapa.

Bagi sesetengah masyarakat yang begitu mengagungkan anak lelaki, mereka akan menyalahkan wanita jika melahirkan seorang anak perempuan. Hakikatnya, Allah SWT lebih mengetahui yang mana lebih sesuai untuk mereka yang Dia-lah yang berhak untuk mengurniakan sama ada anak lelaki atau anak perempuan.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa jantina seseorang anak itu ditentukan oleh air mani yang ditumpahkan. Jika jantina seseorang anak itu ditentukan oleh air mani yang ditumpahkan, maka sudah tentulah jantina seseorang bayi tidak ditentukan oleh ibunya, tetapi ditentukan oleh bapanya. FIrman Allah SWT yang bermaksud, "Dan bahawasanya Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Daripada air mani apabila ia dipancarkan." (Surah al-Najm 53:45-46)

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud, "Bukankah dia dahulu (daripada) setitis air mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim). Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya dan menyempurnakannya." (Surah al-Qiyamah 75:37-39)

Mengikut tafsiran yang sahih, nutfah bermaksud air mani yang sedikit. Menurut Imam al-Qurtubi dalam al-Jami'li Ahkam al Quran : "Nutfah bermaksud air mani lelaki. Ia dinamakan nutfah kerana jumlahnya yang sedikit iaitu airnya sedikit."

Kromosom penentu

Perkembangan bidang genetik dan biologi molekul secara saintifiknya membuktikan kebenaran maklumat-maklumat yang diberikan oleh al-Quran. Teknologi genetik telah membuktikan jantina seseorang anak itu ditentukan oleh sperma dalam air mani seseorang lelaki dan ia tidak ditentukan oleh ibunya.

Kromosom X dan Y

Untuk memahami penentuan jantina pada anak, kita perlu memahami tentang kromosom terutamanya kromosom-X dan kromosom-Y. Kromosom ialah inti pati dalam nukleus setiap sel pada badan kita yang mengandungi maklumat-maklumat genetik yang disebut sebagai DNA.

Maklumat-maklumat genetik itu boleh diwariskan kepada generasi berikutnya. Kromosom merupakan elemen utama yang menentukan jantina. [Rujuk : Boy or girl? It's in the father's genes]

Di dalam setiap sel badan manusia, terdapat 46 kromosom atau 23 pasang. Salah satu pasang daripada jumlah tersebut berfungsi untuk menentukan struktur badan manusia mengikut jantina. Ia dikenali senagai sex chromosomes.

Pasangan kromosom tersebut dikenali sebagai XY untuk lelaki dan XX untuk perempuan. Mereka dipanggil kromosom X atau kromosom Y kerana bentuknya menyerupai huruf X atau Y, jika dilihat di bawah mikroskop yang canggih.

Kromosom-Y membawa genetik yang akan memberikan ciri-ciri lelaki, manakala kromosom-X membawa genetik yang akan memberikan ciri-ciri wanita untuk seseorang anak. Di dalam benih ibu, setiap sel ovum akan membahagi dua untuk mereima kehadiran sperma daripada baoa. Maka sel yang mempunyai kromosom XX akan masing-masing membawa kromosom X setiap satu. Manakala benih lelaki yang asalnya XY akan berpecah menjadi X dan Y.

Maka jantina seseorang anak bergantung kepada kromosom lelaki, sama ada sperma yang membawa kromosom-X atau kromosom-Y. Jika ovum itu disenyawakan oleh sperma yang membawa kromosom-Y, maka akan terhasillah genetik XY yang menjadikan jantina seseorang anak itu lelaki. Jika ovum disenyawakan oleh sperma yang membawa kromosom-X, maka akan terhasil genetik XX dan anak tersebut ialah perempuan.

Semua proses-proses ini tidak diketahui sehinggalah manusia mula mengkaji sel-sel dan menemui kromosom dalam bidang genetik pada abad ke-20. Namun, empat belas abad sebelum bidang genetik dikaji dan diketahui umum, al-Quran telahpun memberikan kita satu informasi yang hebat mengenai ilmu genetik ini.

Sel-sel sperma yang asalnya mempunyai 46 kromosom iaitu 44XY membahagi kepada 22X dan 22Y. Manakala ovum membahagi menjadi 22X untuk disenyawakan oleh spesrma yang sama ada 22X atau 22Y. Maka jantina anak ditentukan oleh sperma, yang mensenyawakan ovum tersebut, sama ada 22X atau 22Y.

Ovum tidak berkuasa untuk memilih. Ia hanyalah 'tuan rumah' yang mana nanti anak akan ditentukan oleh 'tetamu' yang datang kepadanya. Jika sperma yang mempunyai genetik 22X mensenyawakan ovum, maka hasilnya ialah benih yang mempunyai genentik 44XX dan anak itu perempuan. Manakala jika sperma itu adalah 22Y, maka genetik anak ialah 44XY dan jantinanya ialah lelaki.

Semoga penjelasan ini dapat membetulkan tanggapan salah terhadap penentu jantina anak dalam kandungan.

Sumber rujukan : Dr Farhan Hadi Taib di Solusi ISU#26 dan Boy or girl? It's in the father's genes.

Wanita Cantik Cenderung Melahirkan Anak Perempuan?

Posted: 17 Dec 2010 02:09 PM PST

Para peneliti cuba membuktikan mengapa wanita cantik cenderung memiliki anak perempuan. Buktinya, sebahagian besar artis dan penyanyi yang wajahnya cantik dan tubuh gebu kebanyakan melahirkan anak perempuan.

Sebut saja pernikahan Katie Holmes dan Tom Cruise adalah anak perempuan bernama Suri; model Yasmin Le Bon dengan anaknya Amber yang juga menjadi model; ada pula Jerry Hall yang juga berprofesion sebagai model mengajak kedua putrinya Elizabeth dan Georgia Jagger untuk ikut berlenggak-lenggok di atas catwalk; aktris Jessica Alba dan suaminya Cash Warren memiliki putri Honor.

Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economics, menganalisis data dari survey terhadap 17 ribu bayi yang lahir di Inggeris pada Mei 1958 kemudian mengikuti perjalanan hidup mereka.

Pada usia tujuh tahun, para guru menilai daya tarikan mereka dan mengobservasi lagi ketika berusia 45 tahun untuk mengetahui jenis kelamin anak-anak mereka. Mereka yang memiliki daya tarik fisialk ternyata cenderung memiliki puteri sebagai anak pertama.

"Dengan kata lain, wanita cantik cenderung memiliki anak perempuan daripada mereka yang kurang cantik," kata Kanazawa, seperti dinyatakan Dailymail.

Namun, seorang ahli statistik asal Univesiti Columbia, Amerika Serikat, Andrew Geltman mencoba mematahkan hipotesis Kanazawa. Analisisnya berdasarkan lapran majalah People yang 'menjaring' 50 orang paling cantik sedunia sepanjang 1995 hingga 2000 menyatakan kebanyakan selebriti justeru memiliki anak laki-laki daripada perempuan.

Salah satu bukti yang disampaikan adalah penyanyi Victoria Beckham dan David Beckham memiliki tiga lelaki.

~Dailymail~

Pendapat ini tidak berapa tepat. Wanita membawa kromosom XX, lelaki pula XY. Wanita tidak membawa kromosom lelaki, jadi penghasilan anak lelaki dipengaruhi oleh lelaki (bapa kepada anak), BUKAN wanita (isteri). Lebih tepat lagi, jantina janin dipengaruhi kehebatan suami di ranjang serta ketepatan masa persenyawaan berlaku.

Kisah seorang bapa yang membenci bayi perempuan dan menyalahkan isteri kerana melahirkan bayi perempuan sangat menyayat hati (rujuk : http://mran3238.wordpress.com/2010/07/23/bapa-jahiliah-benci-dapat-bayi-perempuan/)

Kelebihan memiliki anak perempuan

Masih ingat lagi tentang masyarakat Jahiliyah yang kita belajar satu ketika dahulu? Dalam masyarakat Jahiliyah, memperoleh anak perempuan merupakan satu musibah kepada keluarga tersebut.

Apa tidaknya, pada waktu itu anak perempuan dianggap hanya mendatangkan sial dan memalukan keluarga. Lantaran itu, ramai ibu bapa yang merasa terhina dengan anugerah ini, bahkan sehingga ada yang sanggup membunuh dan menanam hidup-hidup demi menjaga maruah keluarga.

Malangnya, pemikiran orang-orang zaman sekarang pun masih sama seperti mereka di zaman Jahiliyah dahulu. Pernah saya mendengar perbualan seorang bapa bertanyakan jantina bayi yang baru dilahirkan oleh isterinya di wad bersalin.

Setelah dimaklumkan nurse bertugas yang si bapa dikurniakan bayi perempuan, saya terdengar nada suaranya sedikit mengeluh, "Oh.. perempuan lagi..." Saya yang mendengar, sedikit terkilan, seolah-olah si bapa kecewa dengan anugerah Allah SWT.

Saya juga pernah menonton video kelahiran seorang bayi perempuan yang rupa parasnya menyerupai ular. Kononnya ibu yang melahirkan bayi tersebut amat-amat berkehendakkan bayi lelaki kerana telah memiliki 2-3 orang anak perempuan sebelum kelahiran anak yang ini.

Semasa membuat pemeriksaan kandungan, doktor telah memaklumkan yang si ibu mengandungkan bayi perempuan dan berita itu sangat mengecewakannya. Bila rakan-rakan bertanya jantina bayi yang dikandung, si ibu terus menjawab yang dia sedang mengandungkan anak ular!

Bila tiba saat kelahiran, memang si ibu telah melahirkan seorang bayi perempuan yang menyerupai ular. Saya kurrang pasti kesahihan berita ini, tetapi menurut video yang ditonton, peristiwa ini terjadi di negara Timur Tengah.

Pada zaman ini, menjaga anak perempuan terutamanya pada peringkat usia remaja merupakan satu cabaran yang besar buat ibu bapa. Banyak gejala negatif yang melanda kehidupan anak gadis masa kini, menjadikan kita semakin bimbang dengan keselamatan diri mereka. Apakah benar kehadiran dan kurniaan ini menjadi bebanan pada ibu bapa? Atau cabaran kepada ibu dan bapanya?

Satu ketika dahulu, kita sukar melihat anak-anak gadis berjalan-jalan di pekan kecil atau pun di kota besar. Saya masih ingat, ayah sering menemani ke mana saja saya pergi, boleh dikatakan ayahlah 'body guard' dan ayah jugalah 'chauffeur' ke mana saja saya pergi.

Memang agak sukar kita terserempak remaja perempuan berpimpinan tangan di bandar-bandar, di pusat membeli belah atau di mana sahaja. Kini, yang bertudung tanpa segan silu mempersendakan tuntutan agama sekali gus mempersendakan perintah Allah Taala.

Yang tidaak bertudung pula, sama sahaja… tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Berani lakukan apa sahaja demi mengikut jiwa remajanya.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka."

Seorang lelaki bertanya, "Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?"
Sabda baginda, "Juga untuk dua anak perempuan."

Seorang lelaki berkata, "atau untuk seorang wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab, "Juga untuk seorang." (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., katanya: Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Rasulullah SAW datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda SAW, "Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, 'menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang'? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

~bawanggoreng~

4 ciri lelaki hebat

Posted: 17 Dec 2010 02:08 PM PST

Anda tentu masih ingat entry Tazkirah: Ciri-ciri manusia unggul. Baiklah, apakah ciri-ciri lelaki hebat pula? Bunyinya seperti sesuatu yang sukar dicari. Memang ramai lelaki tetapi berapa ramai yang benar-benar hebat? Kategori lelaki ini adalah yang berkualiti baik dari aspek emosi, jasmani, spiritual mahupun mentalnya.

Karismanya akan wujud di masa saja dia berada sama ada di kalangan lelaki amnya dan wanita khususnya. Lelaki hebat juga mesti mewakili semua aspek disegani wanita iaitu kacak, bergaya, bijak pandai, memiliki sifat humor dan sebagainya. Bagaimana mahu menilai bahawa anda adalah lelaki benar-benar hebat?

1. Kehebatan terserlah

Lelaki yang hebat di mata wanita adalah lelaki yang sangat ringan tulang membantu pasangannya, baik di luar mahu pun di dalam rumah. Lelaki yang hebat juga bukan lelaki yang hanya tahu menyuruh isterinya menyendukkan makanan, melipatkan bajunya atau berbuat sesuatu tanpa menolong walau sedikit pun.

Tugas lelaki bukan lagi seperti pahlawan zaman dahulu yang perlu memikul tombak, menghunus keris dan membiarkan pasangan membuat semua kerja di dapur sendiri sebaliknya lelaki hebat masa kini adalah lelaki yang rajin tulang membantu pasangannya. Jika anda sudah ada ciri ini, anda adalah lelaki hebat di mata wanita.

2. Tahu akibat

Menjadi lelaki yang hebat juga bermakna anda tahu membezakan perkara baik dan buruk dalam kehidupan. Sebelum sesuatu perkara itu dilakukan, anda sudah memikirkan apakah kesannya kepada pasangan, adakah ia akan mengguris hati mereka dan mencacatkan hatinya yang tulus suci menyintai anda dan sebagainya.

Menjadi lelaki yang baik adalah bagaimana anda tahu menjaga hati pasangan sebaik mungkin. Percayalah, bila anda pandai menjaga hatinya, dia akan menyayangi diri anda sepenuhnya. Sebenarnya, ramai lelaki yang gagal berbuat begini kerana kebanyakan lelaki lebih suka mengikut fikiran sendiri tanpa memikirkan kesan kepada pasangan.

3. Ambil berat

Biarpun sikap ini dilihat biasa bagi sesetengah lelaki tetapi pasangan mudah ditawan jika anda benar-benar mengambil berat tentang diri mereka. Jangan sesekali mengambil kesempatan kerana ia akan hanya menunjukkan kelemahan anda di mata mereka.

Jadilah lelaki yang benar-benar lelaki, sanggup berkorban apa saja demi menjaga hati pasangan. Menyebut memang agak mudah tetapi mahu melaksananya mungkin agak sukar. Namun begitu, lelaki hebat tidak akan teragak-agak berbuat demikian kerana mereka tahu, penghabisannya sangat berbaloi. Diri akan disayangi oleh pasangan dan dia sanggup berbuat apa saja untuk anda, sama seperti anda yang sanggup berbuat apa saja demi menjaga hatinya.

4. Pandai ambil hati

Ramai lelaki yang berjaya, baik dari aspek kerjaya dan sebagainya. Lebih menambah karisma jika dilengkapi pakej wajah tampan, kekayaan, kedudukan, baik dan sebagainya. Tetapi dalam ribuan lelaki, bukan semua memilikinya.

Ada yang dilahirkan dengan wajah biasa-biasa saja dengan pekerjaan yang biasa juga. Semua ini membuatkan ada lelaki berasa rendah diri jika bergaul dengan lelaki yang hebat. Namun tidak mustahil anda juga boleh menjadi lelaki yang hebat di mata pasangan jika anda tidak menyakiti hatinya, pandai mengambil hati dan tidak mengungkit kisah-kisah lalunya. Mungkin anda tidak dapat menandingi semua kekayaan dan ketampanan tetapi cukuplah sekadar anda memiliki hati yang hebat.

Namun dalam anda mencari bagaimana menjadi lelaki hebat, jangan dilupakan satu perkara penting bahawa lelaki yang hebat juga adalah lelaki yang hatinya penuh takwa kepada Allah SWT. Dia bukan saja ingin sentiasa dekat dengan Yang Maha Esa malah mengajar pasangan dan anak-anak mencintai dan mengikuti ajaran-Nya.

Cuba terapkan ciri-ciri manusia unggul dan ciri-ciri lelaki hebat, anda tentu kelihatan begitu sempurna, bukan sahaja di mata isteri dan anak-anak tetapi juga di sisi-Nya, insya Allah.

~bawanggoreng~

10 Perilaku Seksual Akibat Facebook

Posted: 17 Dec 2010 01:55 PM PST

Kehadiran laman sosial seperti Facebook, Friendster, atau Twitter sedikit banyak telah mengubah perilaku dan gaya hidup sebahagian besar masyarakat. Pengaruh luar biasa dari laman sosial ini juga telah merasuk dalam kehidupan peribadi para penggunanya, termasuk perilaku perhubungan dengan orang lain.

Menurut hasil penelitian terbaru oleh majalah Mens Health di Amerika Serikat, laman Facebook—yang saat ini merupakan web yang paling banyak diakses—telah mengubah banyak aspek perilaku, khususnya berkaitan dengan cara menjalin hubungan dengan pasangan.

Ada banyak penemuan menarik dari hasil survey terhadap sekitar 3.000 pengguna ini. Sebanyak 1.377 pemuda dan 1.540 wanita menjadi sasaran dalam penelitian ini. Berikut adalah beberapa temuan penting dari penelitian ini:

1. Tak jujur dalam status

Sebanyak 24 peratus pengguna tidak menulus status perhubungan mereka dengan jujur. Mereka lebih menyukai 'keterbukaan' pada kemungkinan selingkuh atau meneruskan flirting dengan orang lain. Tercatat, sebanyak 27 peratus pengguna tidak menulis status hubungan sama sekali, dan setengah dari mereka masih membujang.

2. Sarana "Flirting"

Sebanyak 70 peratus pengguna mengaku memanfaatkan Facebook untuk merayu atau menggoda teman. Sebanyak 24 peratus si penggoda ini mengunakan jejaring sosial untuk merayu orang lain menjadi pasangannya sendiri.

3. Membakar cemburu

Sebanyak 59 peratus pengguna mengaku sering cemburu kerana pasangannya berhubungan dengan orang lain di Facebook. Hasil penelitian Amy Muise PhD dari University of Guelph , Facebook boleh membuat orang cemburu padahal sebelum ini dia tidak begitu bersikap demikian.

4. Bencana "posting wall"

Sebanyak 29 peratus pengguna mengatakan bahawa kiriman pesan di dinding (wall) atau foto dapat menimbulkan masalah dengan pasangan. Sebanyak 42 peratus mengatakan, mereka mendapat keluhan dari pasangannya, dan 11 peratus dari yang disurvey menempatkan pasangan mereka pada profil terbatas sehingga tak dapat mengakses atau melihat semua aktiviti yang dia lakukan di Facebook (baik kiriman di wall, komentar, mahupun foto).

5. Pilih teman yang menarik

Sebanyak 55 peratus pengguna mengirim friend request kepada seseorang yang mereka anggap menarik dan penting. Sebanyak 23 peratus mengirim ajakan berteman pada orang tak dikenal, tetapi berpenampilan menarik.

6. Cari kekasih lama

Sebanyak 85 peratus pengguna mencari kekasih lamanya melalui Facebook. Sekitar 17 peratus dari mereka selalu membuka halaman kekasih lamanya, setidaknya sekali dalam seminggu.

7. Mengintai pasangan

Sebanyak 59 peratus facebooker selalu "mengintai" profil pasangannya atau kekasih lamanya, mencari petunjuk tentang hubungan mereka dengan orang lain. Apakah anda juga termasuk pengintai?

8. Cinta lama bersemi kembali

Sebanyak 32 peratus wanita cuba menjalin kembali hubungan dengan kekasih lamanya di Facebook. Sekitar 16 peratus dari wanita ini berstatus kahwin sedang menjalin hubungan dengan seseorang. Bagaimana dengan lelaki? Sekitar 36 peratus lelaki cuba menjalin kembali dengan kekasih lamanya melalui Facebook; 1 dari 5 lelaki ini mengaku sedang menjalin hubungan. Sementara itu, sekitar 3 peratus responden mengakhiri hubungannya dengan membatalkan status hubungan melalui Facebook.

9. Menghack akaun pasangan

Ada 23 peratus responden yang mengaku pernah meng-hack akaun pasangannya di Facebook. Sebanyak 18 peratus responden mengaku tahu password pasangannya, sekitar 85 peratus mengaku diberi tahu passwordnya, 16 peratus mencuba passwordnya, dan 9 peratus responden sengaja menghack akaun Facebook pasangan.

10. Platform asmara

Sebanyak 5 peratus responden mengaku berasmara dengan orang lain. Bagaimana mereka berasmara dalam Facebook? Para responden memberikan sejumlah alasan:

- "Saya bosan dengan hubungan selama ini. Rayuan-rayuan di Facebook memancing saya untuk berasmara."

- "Saya pernah bertemu bahkan tidur dengan dua lelaki yang saya kenal di Facebook."

- "Ya, saya berasmara dengan seseorang yang saya temui di Facebook (teman asmara saya adalah mutual friend dan satunya lagi teman dekat)."

- "Saya membuat rencana-rencana untuk bertemu melalui pesan di Facebook."

- "Ada seorang lelaki yang pernah saya kenal selama bertahun-tahun. Walau saya berasmara dengan orang lain ketika itu seperti halnya yang dia lakukan, kami masih sering berhubung melalui Facebook; misalsya merancang pertemuan, mengekspresikan perasaan satu sama lain, dsb."

- "Saya menggunakan pesanan peribadi untuk merancang pertemuan dengan kekasih lama."

~indojunkers~

Konsep Kebebasan Agama Piagam Madinah

Posted: 17 Dec 2010 01:52 PM PST

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.

Kita sebagai umat Islam sentiasa beriktikad (percaya dan meyakini) bahawa segala kata-kata Rasulullah itu bukanlah hawa nafsu baginda, sesungguhnya ianya adalah wahyu dari Allah Taala (wama yantiku anil hawa, in hua illa wahyu yuha).

Maka dengan sebab itu, saya berpendapat Piagam/Sahifah Madinah adalah sesuatu yang digubal oleh Rasulullah yang sentiasa dipandu oleh Allah Taala dalam menggubalnya.

Maka tidak hairanlah jika kita tidak menemui sebarang kecacatan dan sebenarnya kita tidak mungkin akan menemui kecacatan pada Sahifah Madinah itu. Ini kerana Allah sebagai "khalik" lebih mengetahui apa yang tidak kita sebagai "Makhluk" ketahui kerana dialah yang menciptakan kita semua dan dialah juga yang mengaturkan segalanya.

Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.

24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustur al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

Antara matlamat utama Piagam Madinah ialah untuk membentuk persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutamanya Yahudi. Dengan sebab itulah wujudnya hak Kebebasan beragama di dalam Piagam Madinah itu. Malah, di dalam Piagam itu juga menyatakan tanggungjawab negara terhadap orang-orang bukan Islam yang berada di Madinah.

Fasal 25 Sahifah Madinah menyatakan; Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri.

Jelaslah bahawa Sahifah Madinah memberi kebebasan beragama seluas-luasnya kepada orang-orang bukan Islam dan orang-orang Islam yang berada di bawah pemerintahan Negara Islam di mana Rasulullah sebagai Ketua Negaranya.

Dalam membincangkan isu Islam dan Agama lain menurut Perlembagaan Persekutuan (FC) pula , saya akan hanya menyentuh kepada 2 Peruntukan FC iaitu Perkara 3 dan 11.

Pertamanya, saya amat tertarik kepada Perlembagaan Persekutuan (FC) yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan pada Perkara 3. Ia seolah-olah menggambarkan kepada kita bahawa FC lebih hebat dan lebih bercirikan keIslaman dari Sahifah Madinah kerana sahifah Madinah sama sekali tidak menyatakan Islam sebagai Agama bagi Madinah.Perkara 3 FC menyatakan;

(1) Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.

(2) In every State other than States not having a Ruler the position of the Ruler as the Head of the religion of Islam in his State in the manner and to the extent acknowledged and declared by the Constitution of that State, and, subject to that Constitution, all rights, privileges, prerogatives and powers enjoyed by him as Head of that religion, are unaffected and unimpaired; but in any acts, observances of ceremonies with respect to which the Conference of Rulers has agreed that they should extend to the Federation as a whole each of the other Rulers shall in his capacity of Head of the religion of Islam authorize the Yang di-Pertuan Agong to represent him.

(3) The Constitution of the States of Malacca, Penang, Sabah and Sarawak shall each make provision for conferring on the Yang di-Pertuan Agong the position of Head of the religion of Islam in that State.

(4) Nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution.

(5) Notwithstanding anything in this Constitution the Yang di-Pertuan Agong shall be the head of the religion of Islam in the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya; and for this purpose Parliament may be law make provisions for regulating Islamic religious affairs and for constituting a Council to advise the Yang di-Pertuan Agong in matters relating to the religion of Islam.

Cuba kita fahami sedalam-dalamnya erti sebenar "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation" berbanding fasal 25 sahifah Madinah.

Yang manakah akan menampakkan lebih adil pada pandangan pelbagai agama dan pengganutnya, antara Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan Fasal 25 Sahifah Madinah.

Saya yakin dan percaya walaupun Rasulullah tidak memasukkan "Islam adalah agama bagi madinah" dalam sahifah Madinah ada sebabnya dan hanya Allah dan Rasullnya sahaja yang mengetahui, tetapi yang nyatanya, tiada sesiapa pun berani mengatakan Sahifah itu tidak bercirikan Islam.

Saya serahkan kepada anda semua untuk menilainya kembali.

Seterusnya, amat malanglah bagi kita yang sekian lama menyatakan dalam perlembagaan kita " Islam is the religion of the Federation" tetapi kita tidak tahu dimana kita letakkan Islam itu. Hebat pada kertas, tetapi tidak pada pelaksanaannya.

Di atas kertas, kita meletakkan Islam begitu tingi kerana mungkin kita sangat-sangat berpegang "Islam Yaklu, wala yaukla alaih". Tetapi cukupkah sekadar atas kertas sahaja?.

Sekali lagi saya serahkan kepada anda semua untuk menilainya.

Kita lihat pula kepada Perkara 11 yang menjelaskan tentang apa itu kebebasan beragama (Freedom of religion) - yang dimaksudkan oleh ayat "other religions may be practised in peace and harmony" pada subperkara 3(1) . Perkara 11 FC menyatakan ;

(1) Every person has the right to profess and practise his religion and, subject to Clause (4), to propagate it.

(2) No person shall be compelled to pay any tax the proceeds of which are specially allocated in whole or in part for the purposes of a religion other than his own.

(3) Every religious group has the right—
(a) to manage its own religious affairs;
(b) to establish and maintain institutions for religious or charitable purposes; and
(c) to acquire and own property and hold and administer it in accordance with law.

(4) State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

(5) This Article does not authorize any act contrary to any general law relating to public order, public health or morality.

Lihatlah, bertapa hebatnya Agama Islam dan orang-orang Islam dimana ia di lindungi oleh Perlembagaan dari segala bentuk ancaman pengembagan dari agama lain sepertimana yang dinyatakan dalam subPerkara 11(4) yang bermakna " Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam."

Secara ringkasnya Perkara 11 FC menyatakan bahawa orang-orang bukan Islam dijamin oleh FC dari segi hak kebebasan menganuti dan mengamalkan agama mereka tetapi segala kebebasan itu ada batasannya iaitu tidak boleh sama sekali bagi tujuan mengembangkannya kepada orang-orang Islam.

Peruntukan Perkara 11 FC, sama sekali saya tidak temui dari segi makna atau maksudnya di dalam Sahifah Madinah yang mana sahifah itu buat sekian lamanya di anggap sebagai Perlembagaan sebuah Negara Islam yang terbaik di dunia selama ini dan ianya telah menjadi rujukan kepada pengajian Perlembagaan di seluruh dunia.

Yang menariknya, Piagam Madinah digubal ketika mana Islam baru berusia tidak sampai 11 tahun tetapi Rasulullah dengan beraninya memasukkan Fasal 25 tanpa sebarang perlindungan terhadap pengembangan agama lain terutama dari Yahudi seperti mana perlindungan yang diberikan kepada Agama Islam dan Orang Islam seperti di dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Saya sering berfikir dan akan terus berfikir, kenapa dan mengapakah Rasulullah tidak memasukkan di dalam fasal 25 atau mana-mana fasal yang lain dalam sahifah Madinah berkaitan dengan penyekatan pengembangan agama lain terhadap umat Islam Madinah seperti mana Perlembagaan Persekutuan.

Adakah Rasulullah tidak bimbang dengan pengembangan agama lain terhadap umat-umat Islam Madinah walhal Islam pada ketika itu baru berusia kurang dari 11 tahun.

Maka saya pun berfikirlah, apa sebenarnya yang berlaku kepada orang-orang Islam ketika Perlembagaan Persekutuan kita digubal dan apakah yang kita bimbangkan ketika itu. Kenapa dan mengapa Perkara 11 FC menyatakannya sedemikian dan ianya tidak dipinda?.

Adakah semasa Perlembagaan itu digubal, Iman kita masih lemah walau pun kita dilahirkan sebagai Muslim dan pada ketika itu majoriti Muslim sudah pun berusia lebih dari 11 tahun yang mana lebih berusia dari usia Islam ketika Sahifah Madinah digubal.

Saya bukan sekadar percaya, malah saya yakin bahawa kebanyakan dari kita semenjak Perlembagaan wujud sehinggalah hari ini (lebih kurang 54 tahun) hanya beriman pada rukun iman yang enam dalam erti makna "percaya" tapi tidak "meyakini" ,kerana, itulah selama ini yang di ajarkan kepada kita. Apa yang diajarkan kepada kita ialah Iman bererti "percaya" walhal Iman bukan sekadar percaya malah mesti meyakini.

Akhir kalam, saya berharap anda semua tidaklah mengatakan bahawa saya tidak mempertahankan Islam dan mahukan Perlembagaan itu di pinda, tetapi saya memohon agar anda cuba fikirkan apa maksud sebenar saya menyatakan hal ini.

Sama-samalah kita fikirkan apa yang saya sedang fikir-fikirkan kerana bagi saya "berfikirlah dengan betul, walaupun apa yang kita fikirkan itu mungkin tidak betul"

~dwen puyau~

Cikk Det kata dinar emas bagus

Posted: 17 Dec 2010 01:50 PM PST

Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

"Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas."

"Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.

"Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik," katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur.

~harian metro~

Terus setia dengan KEADILAN

Posted: 17 Dec 2010 01:49 PM PST

Beberapa hari ini saya dihujani email, sms dan panggilan telefon bertanyakan mengenai betulkah saya meninggalkan KEADILAN dan menyertai sebuah parti lain bersama Datuk Zaid Ibrahim. Malah ada sms dari beberapa nombor (hantu) tak dikenali dengan sengaja menghantar masej sindiran-sindiran yang agak kasar.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru baginya. Saya dan teman-teman menghormati pendiran yang beliau ambil dengan menyertai AKIM dan kemudian melalui mesyuarat agong tergempar beliau terpilih sebagai Presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA).

Sekurang - kurangnya beliau melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan pertahan prinsip yang beliau yakini. Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif. Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan 'kenderaan' politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi , mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat.Saya juga yakin selagi beliau dan teman-temanya berpegang pada prinsip memperjuangkan rakyat maka beliau punya peranan dan kekuatan penting dalam lanskap politik negara. Saya ada sedikit keyakinan beliau bukan seperti kawan-kawan yang lain yang keluar dari KEADILAN yang hanya dijadikan alat regim seperti sebelum ini.

Saya dengan ini ingin menjawab dengan tegas tohmahan yang dilemparkan kononya saya meninggalkan parti dan dipujuk oleh Datuk Zaid dengan bayaran tertentu. Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang dari Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononya bagi menyokong beliau.

Mungkin menghormati saya Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain. Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada KEADILAN tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah dibawah karpet.

Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayngkan negara ini kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam keadilan belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN sebur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya menerima nasihat YB Setiausaha Agung iaitu sabar dan jangan buat bukan - bukan. Namun sampai bila saya harus menanti.........

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu..... mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam KEADILAN, mereka mahu kita lakukan sesuatu tak terkawal untuk mudah mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti kita....... kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

~CheguBard~

Chegu Bard tidak sertai KITA (Parti Katak)

Posted: 17 Dec 2010 01:47 PM PST

Calon ketua pemuda PKR yang tewas, Badrul Hisham Shaharin hari ini mengulangi kesetiaannya kepada parti dan memberi jaminan bahawa beliau tidak akan menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim.

Malah, kata Badrul dalam satu kenyataan hari ini, bercanggah dengan pendapat ramai, Zaid tidak pernah mempelawanya dalam apa jua cara ataupun menawarkan wang kepadanya supaya berpaling tadah.

"Sememangnya sejak dari ketika proses pemilihan saya sudah difitnah menerima wang daripada Datuk Zaid sebanyak RM400,000 kononnya bagi menyokong beliau.

"Mungkin menghormati saya, Datuk Zaid tidak pernah pun mempelawa saya menyertai beliau keluar parti dan memasuki parti lain," katanya..

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebelum ini didakwa bergabung dengan Zaid yang ketika itu cuba bergelut dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan nombor dua dalam PKR. Seperti Zaid, Badrul yang juga ahli pengasas PKR, membidas parti itu berhubung kepincangan dalam pemilihan parti bulan lalu.

"Saya juga tegaskan kesetiaan saya kepada PKR tidak pernah goyah. Cuma kritikan yang saya lontar ialah demi kebaikan parti ini. Saya tidak mahu jika terdapat masalah kita asyik 'menyapu' semua masalah di bawah karpet.

Badrul turut mengucapkan tahniah kepada Zaid yang telah memilih 'kenderaan' politik baru.

"Saya dan teman-teman menghormati pendirian yang beliau ambil dengan menyertai Akim dan kemudian melalui mesyuarat agung tergempar beliau terpilih sebagai presiden dan keputusan diambil menukar parti tersebut kepada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)," katanya.

Sekurang-kurangnya Zaid melilih untuk terus berjuang demi rakyat dan mempertahankan prinsip yang beliau yakini, kata Badrul Hisham.

"Sebagai seorang yang pro-demokrasi saya mengajak diri saya dan semua melihat perkembangan ini dari persepsi positif.

"Saya juga berharap Datuk Zaid dapat menggunakan kenderaan politik baru yang beliau ada ini untuk menyemarakkan demokrasi, mendidik rakyat terbanyak mengenai hak seterusnya memperkasa rakyat," katanya.

~MK~

Isu Penggantungan Anwar dan 3 Yang Lain

Posted: 17 Dec 2010 01:43 PM PST

Tindakan Dewan Rakyat menggantung Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan saya selaku Ahli Parlimen Gombak selama 6 bulan merupakan tindakan yang tidak bersandarkan kepada 'rule of law'.

Prinsip keadilan asasi (natural justice) diabaikan dimana hak kami berempat untuk mempertahankan diri daripada dakwaan tersebut dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diabaikan. Kerajaan UMNO–Barisan Nasional telah mempertontonkan kerakusan dan keangkuhan kuasa yang melampau.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Abdul Aziz sewaktu mencadangkan usul penggantungan tersebut di Dewan Rakyat pada 15 Disember 2010, telah menyatakan :

"…Bahawa Yang Berhormat Tuan Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen kawasan Gombak melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010...

Bahawa Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Gombak telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh siapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis…"

Namun begitu, saya tidak menyentuh kandungan surat daripada APCO Worldwide yang dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010 dalam pemberitahu surat saya kepada Yang Di-Pertua bertarikh 16 Disember 2010 tersebut ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Dalam pemberitahu surat tersebut dibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), saya telah mohon mencadangkan :

"Bahawa Dewan Rakyat membincangkan perjalanan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada Jumaat, 3 Disember 2010 yang membuat keputusan menafikan hak Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Parlimen daripada menghadiri prosiding mesyuarat tersebut dan mempertahankan dirinya daripada hal perkara penyiasatan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."

Sehubungan dengan itu, alasan yang diberi oleh Dato' Seri Nazri yang mencadangkan untuk menggantung saya daripada Dewan tidak boleh diguna pakai kerana saya tidak pernah sesekali menyiarkan kandungan surat APCO tersebut kepada sesiapapun ataupun sewaktu berbahas di dalam Dewan.

Isu APCO telah berkali-kali dibangkitkan di dalam parlimen yang membawa implikasi kepada kepentingan dan keselamatan negara. Apa salahnya sebagai seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat, saya membangkitkan urusan yang berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan negara?

Keputusan Dewan Rakyat untuk menggantung Anwar, Karpal, Sivarasa dan saya tidak mempunyai asas sama sekali serta tidak menurut prosedur Parlimen.

Justeru itu, saya dan rakan-rakan di dalam KEADILAN dan Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tindakan Dewan Rakyat ini merupakan tindakan yang bermotifkan politik dan bertujuan untuk mengurangkan suara Pakatan Rakyat di dalam Dewan.

Ini merupakan tamparan kepada pembangunan demokrasi dan keluhuran undang-undang di dalam negara. Demokrasi terancam dalam negara akibat pemerintah yang tidak punya hasrat untuk berubah dan tidak mahu mengangkat keadilan serta kebenaran.

Saya cukup yakin rakyat mampu menilai bahawa UMNO-BN dengan pemusatan kuasa, tidak menghormati integriti institusi Parlimen dan keangkuhan pemerintah yang korup itu akan menyebabkan Kerajaan UMNO-BN tumbang pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

MOHAMED AZMIN ALI
Ahli Parlimen Gombak

SYABAS dan PUAS dinasihatkan tepati perjanjian

Posted: 17 Dec 2010 12:43 AM PST

JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

Menurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006.

Menurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

"Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

"Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005," kata Chee.

Menurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

"Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif," katanya.

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia.

~MK~

Tiada ulasan: