Sabtu, 18 Disember 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Pluralisme: Masalah metodologi, bukan niat

Posted: 18 Dec 2010 03:00 PM PST

Shah al-Maududy

Akhir-akhir ini, terdapat ahli akademik cenderung melabel tokoh-tokoh tertentu, sebagai cenderung atau menyokong fahaman pluralisme agama.

Ada tokoh dilabelkan sedemikian, kerana menghadiri satu 'majlis rasmi' kuil Buddha di Kelantan. Seorang lagi tokoh dikaitkan dengan pluralisme, antaranya disebabkan sikapnya yang konsisten membenarkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam.

Ada pihak yang menganggap 'kecenderungan melabel' itu sebagai berniat jahat. Tapi, saya tidak beranggapan sedemikian. Saya tidak percaya, ahli akademik yang melabel itu berniat jahat. Saya percaya, ahli akademik tersebut berniat baik dan ikhlas. Iaitu memelihara kesucian agama.

Saya juga tidak mempercayai, 'pelabelan' ini dilakukan dengan niat menggunakan isu akidah, untuk mewujudkan permusuhan di kalangan ahli politik.

Sangat serius

Pada pengamatan saya, 'pelabelan' yang 'sangat serius' ini, berpunca daripada kesilapan metodologi yang diguna pakai, dalam mendiskusi isu-isu agama. Ia bukan isu 'niat jahat'. Ia sebaliknya isu 'ketempangan metodologi'.

Sepatutnya, dalam membuat keputusan berhubung isu-isu agama (sebenarnya dalam semua isu), nas-nas al-Quran dan hadis, hendaklah dirujuk terlebih dahulu.

Kesilapan akan berlaku, apabila yang pertama dirujuk, ialah kemaslahatan umum atau kebimbangan terhadap kedudukan agama. Sementara, nas-nas syarak dikemudiankan.

Metodologi yang salah inilah juga antara faktor tercetusnya 'budaya tahrim', iaitu budaya suka mengharam sesuatu secara melulu.

Akibatnya, mendoakan kesejahteraan keduniaan kepada bukan Islam, haram. Mendoakan keburukan kepada orang-orang Islam yang dianggap zalim, haram. Bukan Islam masuk ke dalam masjid, haram. Menyedekahkan hasil judi kepada fakir miskin, haram…

Semuanya diputuskan sebagai haram, kerana rujukan pertama kepada nas-nas syarak, tidak dilakukan terlebih dahulu.

Jika yang pertama dirujuk ialah nas-nas syarak, saya yakin, tokoh yang menghadiri majlis di kuil Buddha, atau membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, tidak akan dilabel sebagai cenderung atau menyokong pluralisme. Bahkan, tidak akan ada yang tergamak melabel sedemikian.

Ini disebabkan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW lebih 'dahsyat' daripada sekadar 'menghadiri majlis rasmi di rumah ibadat bukan Islam'.

Ibnu Ishaq dalam kitabnya berkenaan sirah nabawiyyah, mencatatkan peristiwa lawatan satu rombongan Kristian dari Najran ke Madinah, untuk bertemu Nabi SAW. Rombongan tersebut disambut Baginda SAW di masjid Baginda, Masjid Nabawi.

Kristian di masjid

Kebetulan, rombongan tersebut tiba di Masjid Nabawi selepas Asar, yang merupakan waktu sembahyang mereka. Lantas, rombongan Kristian itu bangun untuk mengerjakan sembahyang mereka dalam Masjid Nabawi.

Tatkala para sahabat mahu menegah mereka berbuat demikian, Nabi SAW bersabda, "biarkan mereka (mengerjakan sembahyang mereka)". Lantas mereka mengadap ke arah timur, lalu mengerjakan sembahyang mereka dalam masjid kedua suci dalam Islam itu!

Peristiwa ini turut disentuh oleh Imam Ibnu Qayyim dalam karyanya Zadul Ma'ad, jilid 3.

Sikap lunak Nabi SAW terhadap bukan Islam, diteruskan oleh para sahabat Baginda. Syaidina Umar r.a sebagai contoh, mengarahkan diperuntukkan daripada Baitulmal, bantuan kewangan tetap kepada salah seorang Yahudi dan tanggungannya (al-Kharaj, karangan Abu Yusuf, ms.26 & Fiqh al-Zakat, karangan al-Qaradhawi, jilid 2, ms.705-706).

Beliau juga mengarahkan diperuntukkan dari Baitulmal bantuan kewangan kepada para pesakit kusta beragama Kristian (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, karangan al-Qaradhawi, ms.47).

Lebih dari itu, sesetengah para tabi'in yang terkemuka, memberikan sebahagian daripada zakat fitrah kepada paderi-paderi Kristian. Sesetengah daripada mereka, seperti Ikrimah, Ibnu Sirin dan al-Zuhri pula berpendapat, harus memberi zakat kepada mereka (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.47)

Zakat kepada bukan Islam

Menyedari Nabi SAW pernah mengizinkan orang-orang Kristian mengerjakan sembahyang mengikut cara mereka dalam Masjid Nabawi, Syaidina Umar r.a memberikan bantuan kewangan kepada bukan Islam bersumberkan wang Baitulmal, dan ada tabi'in yang mengharuskan wang zakat diberikan kepada bukan Islam.

Menyedari semua ini, adalah amat membingungkan, apabila seseorang itu dilabel sebagai condong kepada fahaman pluralisme, semata-mata kerana menghadiri 'majlis rasmi' di kuil Buddha!

Jika dirujuk nas-nas syarak berhubung penggunaan nama Allah oleh bukan Islam pula, saya yakin, tiada pihak yang sanggup melabelkan mana-mana orang Islam yang membenarkannya, sebagai penganut fahaman pluralisme.

Dalam surah al-Zumar ayat 3, Al-Quran merakamkan ucapan orang-orang musyrik yang menjustifikasikan perbuatan mereka menyembah berhala. Mereka berkata "Kami tidak menyembah atau memujanya (yakni berhala) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya"(al-Zumar : 3).

Jelasnya, mereka menggunakan kalimah Allah seperti yang dirakam sendiri oleh al-Quran. Dalam ayat di atas, al-Quran tidak menegah mereka menggunakan perkata Allah dalam ucapan mereka itu.

Sebaliknya, al-Quran hanya menyebut dalam sambungan ayat di atas "Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta, lagi sentiasa kufur"(al-Zumar :3)

Rujukan kepada nas menemukan kita bahawa, pada zaman Nabi s.a.w, orang-orang bukan Islam bukan sahaja menggunakan kalimah Allah dalam ucapan mereka. Bahkan mereka menggunakan ucapan Bismillahirrahmanirrahim!.

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam surat Raja Mesir, Muqauqis yang beragama Kristian kepada Nabi SAW, beliau memulakannya dengan "Bismillahirrahmanirrahim! Kepada Muhammad bin Abdullah (SAW) dari Muqauqis, pembesar Qibti…"(Ibnu Qayyim dalam Zadul Ma'ad, jilid 3, ms.61 & Ibnu Hisyam dalam Sirah Ibnu Hisyam, jilid 2, ms.359).

Tidak terdapat pula sebarang kenyataan yang menunjukkan Nabi SAW membantah penggunaan Bismillahirrahmanirrahim oleh Muqauqis itu.

Di samping nas-nas syarak yang dinyatakan, kenyataan para ulama juga sangat jelas berhubung soal ini. Contohnya, jumhur ulama mensyaratkan Ahli Kitab (penganut Yahudi dan Kristian) menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang bagi menjadikannya halal dimakan oleh orang Islam (lihat tafsiran ayat 5 Surah al-Maidah dalam Tafsir al-Qurtubi).

Justeru, bagaimana boleh dikatakan, orang bukan Islam terutamanya Ahli Kitab, tidak boleh menggunakan kalimah Allah?

Penggunaan nama Allah oleh bukan Islam begitu luas pada zaman kegemilangan Islam, sehingga mereka menggunakannya dalam nama-nama mereka, tanpa ada bantahan dari ulama Islam.

Sebagai contoh, Hibatullah bin Tilmiz, yang merupakan salah seorang cendiakawan bukan Islam pada zaman Abbasiah (Ghair al-Muslimin Fi al-Mujtama' al-Islami, ms.53). Hibatullah adalah gabungan dua perkataan, iaitu Hibah dan Allah.

Berhadapan dengan nas-nas syarak dan fakta-fakta ini, saya tidak faham, bagaimana orang Islam yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, dilabel sebagai menyokong fahaman pluralisme!

Bagi mengelakkan munculnya 'pandangan-pandangan yang menghairankan' ini, kembalilah kepada metodologi penentuan hukum dalam Islam. Rujuklah al-Quran dan Sunah terlebih dahulu, sebelum merujuk kepada sumber-sumber perundangan lain yang diperakui.

S'gor destinasi pelaburan, infrastruktur bagaimana?

Posted: 18 Dec 2010 02:00 PM PST

Mohd Khairulnizam Mohd Hatta

Tergerak hati saya untuk memberi pandangan setelah membaca artikel "Selangor Kekal Destinasi Pelaburan Utama" di www.malaysiakini.com pada 15 Disember 2010 yang lalu.

Dikatakan dari bulan Januari hingga September yang lalu, prestasi pelaburan negeri Selangor sangat baik dan memberansangkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan berjumlah RM6.533 billion.

Sungguhpun angka pelaburan kini telah meningkat, apa yang menjadi tanda tanya di dalam hati saya adalah, infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Selangor pada masa kini, adakah ia cukup membanggakan?

Tidak perlu melihat jauh ke kawasan pedalaman atau di hujung-hujung negeri berkenaan, cukup sahaja kita pandu kenderaan dan merentasi Bandaraya Shah Alam, Ibu Negeri Selangor yang dikatakan sebuah kawasan perindustrian utama di dalam negeri ini.

Terlalu banyak jalan yang tak diturap dengan baik, berlubang-lubang dan ia boleh mendatangkan bahaya bagi pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal.

Jalan-jalan yang saya maksudkan di sini, bukan sahaja di kawasan-kawasan kilang malahan di kawasan perumahan juga sedemikian rupa. Apakah ini yang dikatakan pencapaian yang membanggakan? Tepuk dada, tanyalah selera.

Adakah wakil rakyat kawasan ini, tidak pernah lalu menjenguk kawasan beliau? Adakah hendak tunggu rakyat berdemo untuk memastikan jalan-jalan diturap dan dibaiki?

Kembalikan imej Bandaraya Shah Alam yang seharusnya menjadi contoh terbaik kepada ibu negeri lain di Malaysia ini.

Tengku Mahkota Pahang dimasukkan ke HTAA akibat pendarahan hidung

Posted: 18 Dec 2010 09:00 AM PST

BENTONG, 18 Dis — Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Jumaat lalu akibat pendarahan hidung, berada dalam keadaan stabil.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga hari ini, Tengku Abdullah masih menerima rawatan di Wad Diraja hospital berkenaan.

Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail bahawa baginda dimasukkan ke HTAA selepas mengadu berlaku pendarahan di hidungnya Jumaat lalu, walau bagaimanapun, baginda kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita selepas program bersepadu memperkasakan komuniti di Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

Liow yang akan menziarahi Tengku Abdullah esok, berkata pendarahan itu mungkin berlaku disebabkan kesibukan dan jadual tugasan padat baginda, termasuk di luar negara.

Khamis lalu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Pekan, Tengku Abdullah memaklumkan pemberita bahawa hidung baginda berdarah semasa berada di Guangzhou, China.

Baginda turut memaklumkan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca di sana. — Bernama

Ancak: Nizar cabar 'fatwa' Harussani

Posted: 18 Dec 2010 08:00 AM PST

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mencabar penjelasan mufti negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria yang tetap mempertahan tindakan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam isu ancak sebagai tidak khurafat, lapor Harakahdaily.

mohammad nizar jamaluddinNizar berkata, penjelasan yang dibuat Harussani itu tidak lebih dari menjaga kepentingan pihak tertentu.

"Yang saya bangkitkan dalam sidang DUN baru-baru ini ialah saya menuntut penjelasan mufti sama ada upacara yang dilakukan Zambry itu syarie atau tidak.

"Tak kisah la letak ancak ke, renjis tepung tawar ke, yang penting syarie atau tidak," katanya semasa dihubungi, hari ini.

Biarpun dipertikai banyak pihak, Harussani seperti dilapor sebuah akhbar hari ini, bertegas bahawa tindakan Menteri Besar Perak itu, termasuk merenjis dan menepung tawar dalam upacara memasang ancak tiang seri baru-baru ini adalah amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak.

Harussani ZakariaPenjelasan terbaru itu dibuat Hasrussani selepas Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini.

"Semasa saya bangkitkan dalam sidang DUN itu, Zambry cuba alih isu kata saya tuduh dia pasang ancak, sedangkan kata dia, dia hanya tepung tawar.

"Saya nak tahu syarie ke tidak, dan kenapa lebih dua bulan baru mufti nak bersuara, dan mengatakan tidak khurafat?" soalnya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa amalan meletakkan ancak tersebut adalah khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh menjejaskan akidah si pelakunya.

Isu berkenaan kemudiannya dipanjangkan oleh Dewan Pemuda PAS Perak kepada Sultan Perak, selaku ketua agama negeri.

NONEBiarpun banyak pihak berpendirian sama, namun hanya Harussani setakat ini dilihat lantang mempertahan tindakan Zambry itu.

Nizar sebelum ini turut mempertikai tindakan Harussani yang dilihat cepat menghukumkan 'haram' kepadanya dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim kerana berada di majlis nyalaan lilin sebagai memprotes ketidakadilan dalam kes kematian pembantu exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Lebih malang kata Nizar, tindakan menghukum yang dibuat Harussani itu tanpa mendengar penjelasan dari mereka berdua dahulu.

"Saya waktu isu nyala lilin itu, bukan menteri besar lagi pun.

"Tapi kes Zambry ini kesannya sangat besar sebab dia exco agama, menteri besar lagi, ada doktor falsafah yang didakwa dalam bidang agama dan juga ada penasihat agama.

azlan"Lebih bahaya, perbuatan dia itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat," katanya.

Selain itu, Nizar juga mahu Harussani menyatakan pendirian berhubung isu Zambry membenarkan bomoh mengasapkan kemenyan di dalam dewan persidangan DUN yang pernah dibangkitkan oleh Khalil Idham.

Khalil Idham kini dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana membangkitkan perkara itu.

Umno Biadap Dan Kurang Ajar!

Posted: 18 Dec 2010 07:45 AM PST

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Umno bertindak biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh, lapor TV Selangor.

pkr congress 281110 shamsul iskandarKatanya, Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-BN di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid berkenaan.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid,... apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul, penganjur sepatutnya memaparkan sifat berkecuali natural dan tidak taksub atau ekstrem.

"Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan Tuanku dan Sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka," katanya.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Umno sebelum ini seringkali menuduh Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempergunakan masjid untuk kepentingan politik mereka.

Malaysia melangkah ke final Piala Suzuki

Posted: 18 Dec 2010 07:30 AM PST

HANOI, 18 Dis — Malaysia menamatkan pusingan kedua separuh akhir 0-0 malam ini untuk memasuki perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia dan Vietnam terikat tanpa jaringan pada pertemuan kedua malam ini.

Dalam pertemuan tiga malam lalu Malaysia menang perlawanan separuh akhir pertama dengan kedudukan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Keputusan 2-0 pada separuh akhir pertama itu memberikan keselesaan kepada Malaysia untuk bertandang ke Vietnam malam ini.

Anwar Ibrahim Serang Najib Di Pahang

Posted: 18 Dec 2010 07:15 AM PST

saya bagi link dan anda nilai serta tengok sendiri sambutan rakyat kepada pakatan rakyat!




http://wrlr.blogspot.com/2010/12/anwar-di-pahang-siap-la-najib.html

Tiada Nas tidak boleh lantik bukan Islam sebagai peguam syarie

Posted: 18 Dec 2010 07:00 AM PST

SHAH ALAM, 18 Dis – Tiada dalil yang mengatakan orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai peguam syarie dalam Mahkamah Syariah, dakwa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika dihubungi Selangorkini.

"Dari segi nas Islam tidak pernah ada yang menyatakan bahawasanya orang bukan Islam tak boleh menjadi peguam syarie, tidak ada apa-apa nas dalam hal itu, hanya berdasarkan kepada sentimen agama kemelayuan di Malaysia sahaja," katanya.

Beliau turut menegaskan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam tidak boleh melihat orang bukan Islam lebih tinggi dari orang Islam, sedangkan dalam perlantikan menteri-menteri dan pegawai kerajaan yang bukan Islam tidak menggunapakai sistem tersebut.

Menurut Asri lagi, hanya hakim yang berhak menentukan keputusan sesuatu perbicaraan samada ia benar ataupun tidak.

"Bukan dia yang menentukan hukum, yang akan menentukan adalah hakim, penghujahan seorang peguam dalam sistem yang moden ini terikat kepada enakmen-enakmen yang ada samada dia Islam ataupun bukan Islam, maka dia bukan penentu tapi hakim yang Islam itu menentukan," katanya.

Dr Asri yang mengulas kenyataan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang membuat keputusan menolak sebarang pelantikan individu bukan Islam sebagai peguam syarie.

Alasan yang mereka berikan, peguam bukan Islam tidak boleh membela orang Islam di Mahkamah Syariah kerana mahkamah tersebut khusus untuk orang Islam sahaja dan seseorang yang mahu menjadi peguam syarie perlu berkemampuan untuk mengetahui syariat-syariat Islam.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan sebulat suara itu diambil dengan mengambil kira beberapa perkara utama yang tidak melayakkan individu bukan Islam untuk menjadi peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Menurutnya, dari segi teknikal, jika peguam bukan Islam sewaktu perbicaraan melakukan kesalahan menghina mahkamah, dia tidak boleh diadili dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Kita tidak boleh bicara peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah kerana mahkamah ini khusus untuk orang Islam," katanya selepas mempengerusikan muzakarah kali ke-92 itu.

Ia dihadiri kira-kira 22 ahli jawatankuasa fatwa kebangsaan terdiri daripada mufti negeri.

Kerajaan Selangor : Rundingan pengambilalihan air dilakukan secara profesional

Posted: 18 Dec 2010 06:45 AM PST

SHAH ALAM, 18 Dis – Rundingan baru bagi pengambilalihan bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan dilakukan dengan penuh profesional, telus dan beretika walaupun Syabas menfailkan saman RM471 juta terhadap Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan diri terhadap tuntutan Syabas berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan tarif air dinaikkan, tetapi Kerajaan Negeri tidak akan membiar kes ini mempengaruhi rundingan yang akan dijalankan.

"Kami sentiasa profesional, telus dan kami akan terus bersikap begini dalam rundingan yang dijalankan," katanya.

Namun, beliau kurang yakin Syabas mampu mengambil pendirian yang sama berikutan keengganan syarikat itu mematuhi arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan tarif air dinaikkan sebelum rundingan penstrukturan semula diselesaikan.

Kerajaan Selangor ketika ini sedang menyiapkan dokumen-dokumen tawaran kepada pemegang konsesi air iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abass dan SPLASH bagi mengambil alih industri air.

Rundingan air fasa baru ini bermula selepas Kerajaan Persekutuan memberi 'lampu hijau' kepada kerajaan negeri untuk mengadakan rundingan secara terus dengan syarikat konsesi.

Dalam isu berkaitan, Besar Menteri mengutuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui berikutan kenyataannya mengkritik tindakan kerajaan Selangor mahu menarik lesen Syabas kerana menubuhkan Tabung Budi yang menggunakan dana air percuma milik kerajaan Selangor untuk membiayai hutang-hutang pelanggan Syabas.

"Kami berharap dapat menyelesaikan rundingan ini tetapi kita tidak boleh menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan Syabas. Jika Syabas takut tindakan kami terhadap Tabung Budi boleh mempengaruhi perundingan pengambilalihan air, bagaimana pula dengan tindakan Syabas menfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor," katanya.

Exco Selangor, Teresa Kok yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pula berkata, kenyataan Menteri itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan berat sebelah dan lebih memihak kepada syarikat konsesi air.

"Beliau seperti hanya mahu mencari kesalahan Kerajaan Selangor tetapi menutup mata bagi setiap kesalahan syarikat konsesi yang sudah terbukti gagal memberi khidmat kepada rakyat," katanya lagi

Teresa Kok berkata, beliau amat berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik Syabas yang menjadikan diri mereka seolah-olah 'korban' dalam isu air ini.

"Yang menjadi korban dalam isu ini adalah rakyat. Syabas dan Puncak Niaga diberikan layanan permaidani merah oleh kerajaan Barisan Nasional ketika mengambil alih pengurusan air dari Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Apabila syarikat ini gagal menaikkan tarif air sehingga 37 peratus, mereka menyaman Kerajaan Selangor.

"Rakyat sepatutnya tidak memberi muka atau bertolak ansur terhadap Syabas yang sombong, angkuh dan gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya.

Islam Cara Rosmah Islam Sebenar? Betul Tak Jamil?

Posted: 18 Dec 2010 06:30 AM PST

Jamil Khir: Fahaman pluralisme agama bertentangan dengan Islam

ALOR SETAR, 18 Dis — Fahaman pluralisme agama adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata fahaman pluralisme agama mampu membuat orang Islam terpesong dari landasan Islam sebenar.

"Fahaman pluralisme agama ialah satu kronologi yang dianggap sebagai kepelbagaian dan kemajmukan dengan membawa maksud semua agama adalah sama dan benar.

"Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam sebenar kerana ia menyentuh soal akidah umat Islam.

"Islam adalah agama yang Ad-Din dan sempurna dan fahaman ini mampu memesongkan akidah umat Islam kerana membawa kesamarataan kepada semua agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Karnival Antarabangsa HR dan Jom Cegah Dadah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang pandangan tokoh Islam yang berpendapat bahawa golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick dan perlu ditentang kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran Islam.

Jamil Khir bekata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat pemantauan secara berterusan bagi membendung hal berkaitan agama Islam yang mampu memesongkan akidah masyarakat Islam.

"Kita akan melakukan kerja pemantauan secara berterusan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan sekiranya ada maklumat berkaitan aktiviti yang membawa kepada kepincangan akidah," katanya. — Bernama

DUN Tenang: PAS akan wakili Pakatan, yakin buat kejutan

Posted: 18 Dec 2010 06:00 AM PST

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 18 Dis — PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu.

Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu - 1999, 2004 dan 2008, Naib Presden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut.

PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang sejak 1999 manakala pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, Semangat 46 menurunkan calonnya di mana PAS menjalin kerjasama dengannya.

"PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini, jadi ini kerusi bagi PAS meletakkan calon. Maka, PAS akan meletakkan calon di sini untuk bertanding," kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Operasi Jentera PAS DUN Tenang Zulkifli Ahmad juga mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun ada kedengaran DAP kemungkinan bertanding.

Perkembangan 13 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kesepakatan pembahagian kerusi Mac 2008.

"Secara tradisi ini kerusi diperuntukkan dan ditandingi PAS. Berdasarkan konvensyen pembahagian kawasan, kerusi yang ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya umum lalu akan ditandingi oleh parti berkenaan.

"Atas sepakat ini, PAS akan bertanding di kerusi DUN Tenang," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ketika dihubungi petang ini.

Katanya, PAS Johor mengadakan mesyuarat terbaru malam tadi.

"Kami sudah mengadakan mesyuarat tiga hari lalu dan yang terbaru malam tadi bagi membincangkan persediaan," kata Zulkifli lagi.

Dalam komen pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno supaya bukan sahaja mempertahankan kerusi DUN Tenang, sebaliknya meningkatkan jumlah sokongan pengundi kawasan berkenaan.

Muhyiddin berkata pilihan raya kecil tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak dan BN memerlukan penglibatan secara bersatu sebagai syarat mencapai kejayaan.

Pilihan raya kecil ini akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat hujung minggu depan. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama di Johor.

Allahyarham Sulaiman, 59, meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pukul 1.10 pagi semalam akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis. DUN Tenang yang terletak dalam kawasan Parlimen Labis mempunyai 14,511 pengundi berdasarkan perangkaan SPR 2008 dan kira-kira 49 peratus pengundi adalah kaum Melayu, Cina pula 38 peratus manakala masyarakat India dalam lingkungan 12 peratus.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,492 undi menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin untuk merampas kerusi itu memandangkan rakyat Johor mahu melihat perubahan dengan kesan tsunami 2008 masih dapat dilihat dan dirasai di negeri itu.

"Selain itu, kita melihat generasi muda mahukan perubahan di peringkat Johor, dan oleh itu, saya yakin mereka akan meneruskan sokongan untuk membawa perubahan," katanya sambil menambah, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan prestasi baik di Dewan Undangan Negeri sepanjang dua tahun lalu.

Kini PAS dan DAP ada anggota di DUN Johor.

PAS memenangi satu kerusi dua tahun lalu. "Ini juga akan menjadi kayu ukuran untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat di Tenang," katanya.

Malah menurut Tuan Ibrahim, pencapaian calon PAS sejak 1999 di kerusi DUN Tenang menunjukkan ada peluang baik untuk menang kali ini.

"Peluang itu, saya sangat yakin ada, cuma kita kena kerja kuat dan meletakkan calon terbaik di kalangan yang terbaik," kata Zulkifli lagi.

Pada pilihan raya umum 2008 BN mempertahankan kerusi Tenang dengan 2,492 undi berbanding 5,517 undi empat tahun sebelum itu.

Pada pilihan raya umum 1999 majoriti diperoleh calon BN adalah dalam lingkungan 8,649 undi ketika pengundinya dalam sekitar 24,100 orang.

Mengenai calon, Zulkifli berkata, pihaknya ada tiga hingga empat nama buat masa sekarang.

"Bagaimanapun cawangan dan kawasan akan mengemukakan nama masing-masing untuk pertimbangan negeri dan pusat," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Saim akan diturunkan buat kali ketiga, Zulkifli berkata, kemungkinan itu ada tetapi semua aspek akan diteliti dengan mendalam.

"Yang penting kami akan memilih yang terbaik daripada kalangan terbaik," katanya.

Kata Zulkifli, PAS memenangi tiga pusat pengundian di kawasan bandar. DUN mempunyai 12 pusat pengundian. Zulkifli berkata pihaknya juga akan memfokus ke atas tiga kawasan Felda yang menawarkan kira-kira 3,000 pengundi.

"Sebenarnya kawasan Felda ini masih menjadi kawasan kubu kuat Umno, BN. Tetapi kami akan turut memfokus kerana ia membawa kira-kira 3,000 undi dari tiga kawasan Felda," katanya merujuk kepada Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang juga dilihat pilihan raya kecil pertama dalam tempoh 15 tahun lalu.

Penduduk Kampung Baru tidak puas hati terhadap pembentangan rang undang-undang PKKB

Posted: 18 Dec 2010 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Persatuan Pembangunan Kampung Baru hari ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap langkah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan di Parlimen Selasa lepas.

Persatuan itu mendakwa pembentangan itu dibuat tanpa memberi penerangan secara terperinci mengenainya kepada mereka terlebih dahulu.

Pengerusi persatuan, Dr Mohd Yusof Ismail berkata banyak perkara yang memerlukan pindaan terhadap deraf asal dibincangkan dalam lab rang undang-undang itu di Melaka pada Ogos lepas dan sepatutnya segala pindaan dibincangkan serta mendapat persetujuan penduduk terlebih dahulu sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

"Antara aspek yang dibincang pada lab tersebut ialah bidang kuasa perbadanan, kerana menurut deraf asal, perbadanan itu akan mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk manakala Majlis Penasihat yang dikatakan akan dianggotai oleh Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) tidak akan mempunyai pengaruh terhadap keputusan perbadanan.

"Selain itu, anggota perbadanan juga dijamin perlindungan mereka daripada tindakan undang-undang di mana peruntukan seumpama ini akan membawa kepada kesan yang tidak baik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Mohd Yusof berkata walaupun perjumpaan telah dibuat oleh pihak kementerian dengan 200 penduduk dari Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periok pada Selasa lepas, namun penjelasan yang diberi terlalu umum.

"... dan juga boleh dipersoalkan sama ada 200 orang yang menghadiri pertemuan itu tahu tentang perkara penting terkandung dalam rang undang-undang itu," katanya yang mendesak agar kementerian berkenaan memberi penjelasan secara terperinci kepada seluruh penduduk Kampung Baru sebelum rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali kedua di Parlimen.

Dr Mohd Yusof, yang juga bekas Pengarah (Industri) Unit Perancang Ekonomi(EPU), turut mengulas mengenai harga tanah terlalu rendah yang dinilai oleh syarikat perunding pelaburan hartanah antarabangsa, Rahim & Co yang dilantik oleh kementerian.

"Rahim & Co pernah mengatakan bahawa nilai tanah Kampung Baru boleh berganda, tetapi kalau nak diikutkan pada harga tanah yang ditetapkan mereka (Rahim & Co), tanah di Kampung Baru sekarang bernilai RM350 sekaki persegi (skp) untuk tanah perumahan.

"Tetapi persoalannya jika tanah yang dijual oleh keluarga Tan Sri Aishah Ghani 15 tahun lepas boleh mencecah RM500 skp, jadi bagaimana harga tanah di Kampung Baru sekarang boleh ditetapkan pada paras yang sedemikian.

"Sepatutnya, harga minimum ditetapkan pada RM700 skp dan boleh mencapai sehingga RM2,000 skp," tegas beliau.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Hasri Yazid, 42, berpendapat kementerian perlu mengutamakan persetujuan penuh penduduk Kampung Baru terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dari segi pembangunan, jangan nafikan hak kami untuk mendapatkan penjelasan yang penuh," katanya. Seorang lagi penduduk, Fuad Fahmy, 37, pula berkata generasi muda Kampung Baru seperti beliau tidak akan menolak pembangunan, malahan mereka ingin lihat Kampung Baru membangun.

"Tapi, kita hanya minta kerajaan supaya telus membuat cadangan dan penjelasan, kerana terlalu banyak keraguan mengenai rang undang-undang itu sekarang," katanya. — Bernama

Charles Santiago: Pemegang bon diseru sokong Kerajaan Selangor

Posted: 18 Dec 2010 05:00 AM PST

KLANG, 18 Dis – Pemegang bon air di Selangor diseru agar memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam isu pengambilalihan pengurusan air, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Bercakap kepada Selangorkini Charles juga membidas kerajaan persekutuan yang beria-ia mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sedangkan pengguna air di negeri ini terabai.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mendakwa pucuk pimpinan negeri gagal menyelesaikan masalah berkenaan yang akan memberikan kesan negatif terhadap industri air, malah kebajikan rakyat akan terjejas sekaligus mengancam pasaran kewangan negara.

Reaksi ini diberi menteri berkenaan selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan siri jelajah secara besar-besaran membantah langkah Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bon berkaitan air di negeri itu.

"Untuk isu bon ini, saya fikir yang bagus sekali pemegang-pemegang bon itu pergi kepada kerajaan negeri Selangor dan mengatakan supaya sokong kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih balik pengurusan air di Selangor,"katanya.

Tambah Charles lagi berkenaan saranan kerajaan kerajaan pusat agar kerajaan negeri tidak meneruskan hasrat untuk menyaman Syabas, disifatkan tidak masuk akal kerana jelas pihak Syabas telah melanggar terma-terma perjanjian konsesi air.

Peter Chin juga semalam menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air mengambil tindakan bertolak ansur berbanding tindakan mahkamah.

"Sebab jelas kita tahu kerajaan pun tahu dan rakyat pun tahu bahawa Syabas telah banyak membuat kesalahan dari segi undang-undang negara dan banyak melanggar perjanjian konsesi dan jelas terdapat dalam laporan Audit yang telah dikeluarkan, tetapi kerajaan tidak ambil tindakan terhadap Syabas tetapi menasihat kerajaan negeri Selangor jangan bawa Syabas ke Mahkamah, ini langsung tidak masuk akal.

"Ini jelas pada saya Syabas lebih disokong oleh kerajaan persekutuan oleh kerana kepentingan masing-masing sebab mereka ini di bawah naungan Umno-Barisan Nasional, apa yang menjadi masalah ialah wang rakyat digunakan," katanya.

Berdialog Dengan Pengikut Syiah Bukan Tangkap Dan Aibkan Mereka

Posted: 18 Dec 2010 04:30 AM PST

BERDIALOG DENGAN PENGIKUT SYIAH BUKAN TANGKAP DAN AIBKAN MEREKA
oleh Mohamed Hanipa Maidin

Hampir semua media cetak berbahasa melayu menyiarkan berita tentang serbuan JAIS ke atas markaz syiah dan menangkap lebih kurang 200 dikatakan pengikut syiah baru-baru ini.

Pelbagai tuduhan liar di lemparkan ke atas mereka yang ditangkap termasuklah tuduhan kononnya tarikan seks menjadi faktor utama pengikut syiah.

Dari kenyataan pengarah Jais yang dilaporkan di media massa nampaknya Jais sudah menghukum mereka yqng ditangkap tanpa mereka yang ditangkap diberi peluang membela diri. Mereka yang ditangkap digambarkan seolah-olah setaraf dengan pengikut ajaran sesat.

Bagi saya amat tidak adil untuk Jais menyamaratakan syiah dengan ajaran sesat. Ini kerana isu fahaman syiah mempunyai sejarah yang panjang. Ya,benar ada perbezaan teologi antara syiah dan sunni namun agak tersasar untuk Jais meletak kedudukan syiah setara dengan ajaran sesat.

Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah .

Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu.

Wan Azizah : Umum Barisan MPP PKR Baru

Posted: 18 Dec 2010 04:00 AM PST

PETALING JAYA, 18 Dis – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan barisan kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP)lantikan parti.

Bagi jawatan Naib Presiden, antara yang yang dilantik adalah Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak Baru Bian, Peguam Lawyers For Liberty, N Surendran, dan Datuk Chua Jui Meng.

Sementara calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub dilantik anggota Biro Politik.

Manakala calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung.

Wan Azizah dalam sidang media tersebut berkata satu biro baru ditubuhkan iaitu Biro Bantuan Guaman yang akan dipimpin oleh bekas Ketua Penerangan Latheefa Koya.

Bagi jawatan yang dilepaskan itu pula akan disandang oleh Dr Mohamad Nur Manuty.

"Saya berharap dengan kombinasi muka baru dan muka lama ini dapat memantapkan dan menarik sokongan pengundi pada PRU yang akan datang," ujar Wan Azizah.

Berikut adalah senarai penuh MPP PKR yang baru:

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT PARTI KEADILAN RAKYAT 18 DISEMBER 2010
KETUA UMUM : YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN : DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN : YB MOHAMED AZMIN ALI
SETIAUSAHA AGUNG : YB SAIFUDDIN NASUTION *
NAIB PRESIDEN : YB NURUL IZZAH ANWAR
: YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)
: YB FUZIAH SALLEH
: YB DATO' HAJI MANSOR OTHMAN
: DATO' CHUA JUI MENG *
: BATU BIAN *
: N.SURENDRAN *

KETUA WANITA : YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA ANGKATAN MUDA : SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
BENDAHARI AGUNG : YB WILLIAM LEONG *
KETUA PENERANGAN : DR MOHD NUR MANUTY *
PENGARAH KOMUNIKASI : YB NIK NAZMI NIK AHMAD *
PENGARAH STRATEGI : RAFIZI RAMLI *
PENGARAH GUAMAN : LATHEEFA KOYA *
PENGARAH J/KUASA DISIPLIN : DATO DR TAN KEE KWONG *
AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) : YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI *
: YAB TAN SRI DATO' SERI ABGDUL KHALID IBRAHIM
: YB SIVARASA RASIAH
: YB DR XAVIER JAYAKUMAR *

AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN)/ : MUSTAFFA KAMIL AYUB *
PENGARAH LATIHAN

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG : BADRUL HISHAM SHAHARIN *
: T. KUMAR *
: STEVEN CHOONG *
: IGNATIUS DARELL LEIKING *

KETUA PENERANGAN : YB SIM TZE TZIN *
: HAJJAH ANIMAH FERRAR *
: IR MUTHIAH *

* merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010

Taib Mahmud Kahwini Wanita Lubnan?

Posted: 18 Dec 2010 03:45 AM PST

KUCHING, 18 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan telah mengahwini seorang wanita Lubnan berusia lingkungan 30-an.

Beliau dilapor akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan selepas majlis akad nikah yang disempurnakan Mufti Sarawak Kipli Yassin secara tertutup di sini Sabtu.

"Kita kena tunggu. Biar Ketua Menteri buat pengumuman rasmi," kata setiausaha akhbarnya, Amin Sahmat ketika dihubungi Bernama.

Khabar angin mengenai status perkahwinan Taib tersebar luas setelah isteri beliau Puan Sri Laila Taib yang berketurunan Poland, meninggal dunia akibat barah April tahun lalu selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniakan empat anak dan 15 cucu.

Peraturan Dalam Sistem Kewangan Negara Dikaji Semula

Posted: 18 Dec 2010 03:30 AM PST

IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Kewangan sedang mengkaji untuk meminda atau melupuskan peraturan dalam sistem kewangan negara bagi memastikan ia tidak merencatkan sebarang polisi kerajaan yang digubal mengikut peredaran masa dan kesesuaian.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah itu diambil bagi memastikan peraturan lapuk dan tidak lagi relevan dengan situasi semasa dapat dipinda segera.

"Ini kerana sesetengah peraturan kewangan ini telah diperkenalkan sejak dulu, yang mana dulu (pada ketika itu) memang menjadi keperluan� tetapi dengan perubahan zaman peraturan ini mungkin tidak begitu relevan. Jadi apa yang kita tengah buat... kaji peraturan-peraturan kewangan, mana yang tidak relevan lagi kita akan pinda supaya ia dapat diadaptasi dalam keperluan dunia yang berubah," katanya kepada pemberita selepas ditemuramah dalam satu slot di Perak FM di sini Sabtu.

Beliau memberikan contoh, sebelum ini pembekal yang mendapat kontrak dengan kerajaan dikehendaki meletakkan 'bon prestasi' dan ia kemungkinan menjadi halangan untuk pelaksanaan projek.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada petugas Kementerian Kewangan pada Khamis lepas supaya mereka lebih peka kepada perubahan dan terdapat banyak peraturan dilihat sebagai penghalang kepada sesuatu polisi atau peraturan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan mengingatkan, para petugas kementerian supaya bersikap lebih berani membuat teguran dan perubahan dalam menjalankan tugas masing-masing.

Ahmad Husni berkata oleh yang demikian perubahan terhadap mana-mana peraturan yang mengekang kemajuan dan pembangunan harus dilakukan segera selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Beliau menjelaskan semua penjawat awam terutama yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan perlu tampil untuk mengemukakan cadangan terhadap mana-mana peraturan yang memerlukan kajian sebelum ia dipinda.

Katanya cadangan ini perlu kerana sesuatu peraturan lapuk yang diamalkan kini menyebabkan negara mengalami mengalami kesan negatif terutama membabitkan pelaburan asing.

Sebagai sebuah kementerian yang penting, Ahmad Husni mengakui banyak peraturan kewangan wajar disesuaikan dengan perkembangan semasa dunia.

Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pensyarah, Penuntut Terlibat Ajaran Syiah

Posted: 18 Dec 2010 03:00 AM PST

JOHOR BAHARU, 18 Dis (Bernama) -- Pentadbir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pensyarah atau penuntut yang terlibat dalam ajaran Syiah, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata fahaman Syiah bercanggah dengan ajaran Islam di negara ini.

Katanya kerajaan bimbang dengan penglibatan para pensyarah kerana perawakan mereka boleh membantu mengumpul ramai penyokong fahaman itu.

"Saya mahu pihak pentadbir universiti menumpukan kepada pensyarah kerana mereka mampu mempengaruhi orang lain terutamanya pelajar bagi menyekat ajaran ini daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di Taman Johor Jaya di sini Sabtu.

Mohamed Khaled diminta mengulas penahanan 200 pengikut Syiah di Selangor, termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Anggota kumpulan itu, yang menggelarkan diri mereka Hauzah Ar-Ridha Alaihissalam, meliputi golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled kata kementerian belum menerima laporan daripada polis mengenai penglibatan penuntut IPT dalam protes haram terhadap kenaikan tarif air baru-baru ini di Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Azmin dilantik pengarah pilihan raya PKR, Jui Meng antara naib presiden

Posted: 18 Dec 2010 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Datuk Seri Chua Jui Meng merupakan antara tiga naib presiden lantikan diumumkan oleh Parti Keadilan Nasional (PKR) hari ini susulan pemilihan parti itu bulan lalu.

Dua lagi naib presiden lantikan ialah peguam dan aktivis N Surendran dan Baru Bian yang kini merupakan Pengerusi PKR Sarawak.

Sementara parti mengekalkan Saifuddin Nasution Ismail sebagai setiausaha agung dua calon pemimpin pusat baru-baru ini, yang mempertikaikan proses pemilihan langsung julung kali diadakan — Badrul Hisham Shaharin dan Mustaffa Kamil Ayub juga diberikan jawatan lantikan.

Badrul dilantik sebagai timbalan setiausaha agung manakala Mustaffa sebagai anggota Biro Politik PKR.

Turut dilantik sebagai timbalan setiausaha agung ialah T Kumar, Steven Chong dan Darrel Iking.

Dr Mohd Nur Manuty pula dilantik sebagai ketua penerangan manakala pembantu Anwar Rafizi Ramli pula dilantik sebagai pengarah strategi.

Turut dilantik menganggotai Biro Politik ialah bekas timbalan presiden Dr Syed Husin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dr Xavier Jayakumar, R Sivarasa dan Tan Eee Que.

Gantung MP: Muhyiddin nafi BN mahu kuasai majoriti Parlimen

Posted: 18 Dec 2010 02:00 AM PST

PAGOH, 18 Dis — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Rakyat akan menggunakan isu penggantungan empat ahli Parlimen termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bahan untuk menjelajah ke seluruh negara, kononnya demokrasi di negara ini sudah mati.

"Mereka kata kita sengaja buat begitu sebab mahu menguasai dua pertiga di Parlimen adalah langsung tidak betul.

"Jangan hendak putar belit seolah-olah rakyat tidak tahu kerana fakta bahawa empat orang digantung enam bulan itu tidak bermakna kerusi kita di Parlimen akan bertambah, sebaliknya kekal dengan 137 kerusi," kata timbalan perdana menteri.

Justeru kata beliau, tindakan pembangkang yang menimbulkan kekecohan di Parlimen merupakan satu perkara yang memalukan dan menjadi detik hitam dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Muhyiddin berkata tindakan itu mungkin sudah dirancang oleh pembangkang disebabkan tidak dapat mempertahankan pendirian mereka dan ini jelas menunjukkan mereka tidak menghormati protokol serta konvensional Parlimen yang seharusnya menjadi puncak sistem demokrasi negara.

"Perkara itu memalukan . . . dengan biadap dan mengeluarkan kenyataan kasar kepada Speaker dan ada kenyataan mereka nak heret ke Speaker ke mahkamah.

"Bagi saya ia satu tindakan yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga tidak berparlimen," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Gempur Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) 1Azam (Akhiri Zaman Kemiskinan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Peringkat Daerah Muar di sini hari ini.

Dipetik Bernama, Timbalan Perdana Menteri mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di Dewan Rakyat apabila anggota Parlimen pembangkang cuba melakukan protes bagi membantah usul penggantungan empat anggota Parlimen mereka.

Khamis lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen pembangkang daripada persidangan dewan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.

Tiga Anggota Parlimen pembangkang itu yang digantung kerana menghina dewan ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak).

Muhyiddin berkata beliau yakin pembangkang akan menggunakan keputusan menggantung Anggota Parlimen itu sebagai bahan kempen mereka dan Anwar juga akan menggunakan tempoh enggantungan enam bulan berkenaan untuk menjelajah negara bagi memutar belit tindakan terhadapnya.

"Kita tahu parti komponen Pakatan Rakyat berhadapan kemelut politik yang carca marba dan dalam keadaan parti mereka bersimpang siur dan tunggang langgang daripada segi hubungan antara parti komponen. Rakyat sudah tahu tipu helah mereka dan mereka hendak mencari bahan sebagai kempen," katanya.

Asri: Tahan 200 pengikut Syiah bukti Malaysia tuju era talibanisasi

Posted: 18 Dec 2010 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Bekas mufti Perlis mendakwa penahanan sekitar 200 pengikut Syiah oleh agensi agama di Gombak dekat sini Rabu lalu, tanpa sebarang tanda zahir mereka melakukan keganasan, bukti Malaysia menuju ke "era talibanisasi."

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, walaupun tidak bersetuju dengan ajaran Syiah tetapi tindakan pihak berkuasa menafikan kebebasan mengamalkan apa yang diyakini seseorang menunjukkan Malaysia menuju negara "ala Taliban."
Pengikut-pengikut itu termasuk rakyat tempatan dan asing dihadapkan di mahkamah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ajaran Syiah bahkan sering mengkritik dan berhujah dengan mereka, namun saya tidak dapat menerima pendekatan kerajaan Malaysia yang kononnya demokratik yang menafikan kebebasan rakyat untuk mengamal apa yang mereka yakin selagi tidak menggugat keselamatan awam.

"Malaysia cuba menjadi negara 'ala Taliban' yang hanya membenarkan satu aliran sahaja," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Asri juga menegaskan, sudah ada trend "tiada keterbukaan" dan agensi-agensi pihak berkuasa pula tidak mengamalkan perbincangan ilmiah terlebih dahulu."
Justeru kata Asri, jika trend itu berterusan beliau bimbing keadaan negara akan tegang dan unsur-unsur keganasan akan timbul.

"Ini biasanya meletus di negara yang hak bersuara selalu dinafikan. Mungkinkah kerajaan mempunyai agenda tersendiri dalam hal ini?" katanya lagi.
Malah menurut Asri, dalam era globalisasi pendekatan hujah dan ilmu hendaklah mendahului pendekatan kuasa dalam isu-isu hak rakyat.

"Hujah ditentang oleh hujah, bukan hujah ditentang oleh kuasa," katanya lagi.
Laporan Khamis lalu menyebut pihak berkuasa Malaysia mengesan kegiatan satu ajaran Syiah tegar, yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan, bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya.

Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat semalam dan dibebaskan dengan jaminan.

Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jais dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves dekat sini malam Rabu lalu, menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Kumpulan itu dilapor menyebar fahaman memukul badan sendiri menggunakan rantai sehingga berdarah sebagai tanda menyucikan dosa pada setiap 10 Muharam.
Ia dikatakan antara 23 penyelewengan agama diamalkan oleh kumpulan ajaran sesat itu yang dikenali sebagai Hauzah Ar Ridha Alaihissalam.

Kumpulan faitu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.

Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa Jais, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.

Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi, peguam dan kakitangan kerajaan.

Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.

Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini.

Jais percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.

Secara kebetulan pada hari penahanan itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, orang Islam di negara tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah kerana bimbang wujud konflik dalam perkahwinan terutamanya dalam aspek hak penjagaan anak sekiranya pasangan bercerai.

Beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Perlis telah mengambil keputusan supaya peringatan diberikan kepada orang Islam berkaitan Hukum Pernikahan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan penganut Syiah.

Jawatankuasa itu telah membuat keputusan itu dalam satu persidangan pada November lalu.

"Jawatankuasa ini sebulat suara bersetuju dengan keputusan orang Islam tidak digalakkan mengahwini penganut ajaran Syiah.

"Keputusan jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember lalu," katanya.

Pakatan diminta boikot sesi Parlimen dipengerusi Pandikar

Posted: 18 Dec 2010 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan "mesej protes yang keras" kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya "membuli" wakil rakyat pembangkang.

Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.

Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.

"Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan datang kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli," kata beliau.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

"Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker," kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.

Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.

"Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik," katanya.

Pakatan Rakyat juga bercadang mengambil tindakan ke atas Pandikar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazi Aziz ekoran penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, R Sivarasa dan Azmin Ali.

Bagaimanapun menurut Nazri, cadangan tindakan mahkamah terhadap Pandikar tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai "kekuasaan" yang tersendiri.

Dewan Rakyat pada Khamis lalu meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh) daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan tidak benar yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang, iaitu Karpal, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.

Pandikar mempengerusikan sesi yang menyaksikan keempat-empat mereka digantung.

Khalid Samad : PR disyor pulau Pandikar Amin sebagai Speaker

Posted: 18 Dec 2010 12:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis - Pakatan Rakyat disyor timbang kemungkinan memulau persidangan Dewan Rakyat sesi akan datang yang dipengerusikan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran penggantungan empat wakilnya Khamis lalu.

Lapor portal The Malaysian Insider Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bercadang mengemukakan saranan itu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat bagi menyampaikan "mesej protes yang keras" kepada Pandikar agar tidak bertindak bias selaku ketua Dewan Rakyat dan sewenang-wenangnya "membuli" wakil rakyat pembangkang.

Lazimnya perjalanan Dewan Rakyat dipengerusikan secara bergilir-gilir oleh speaker dan dua timbalannya.

Dua timbalannya merupakan anggota Dewan Rakyat yang dipilih dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, cadangan itu hanya membabitkan mana-mana sesi yang dipengerusikan oleh Pandikar.

"Saya akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat, kemungkinan ketika konvensyen Ahad ini (esok) atau pada mesyuarat Pakatan akan datang . . . kita kena menyampaikan mesej yang tegas kepada Tan Sri Pandikar agar wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak dibuli," kata beliau.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menyampaikan idea itu ketika berceramah di Puchong semalam.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, apa yang berlaku pada hari-hari terakhir sidang Dewan Rakyat terbaru menunjukkan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat seolah-olah dibuli dan tidak dihormati sebagai barisan yang mempunyai satu pertiga kerusi di Parlimen.

Dewan Rakyat akan bersidang semula mulai awal Mac depan di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan.

"Mereka kena ingat Pakatan Rakyat ada satu pertiga kerusi di Parlimen . . . tapi mereka nak buli, nampak jelas Speaker pilih kasih kepada BN dengan kenyataan-kenyataan sinis seperti 'bercita-cita mahu ke Putrajaya . . . kata-kata ini tidak harus keluar daripada seorang speaker," kata Khalid yang menegaskan Pandikar selaku Speaker Dewan Rakyat perlu bertindak berkecuali demi integriti Parlimen.

Oleh itu kata Khalid, beliau berharap Dewan Rakyat mempunyai seorang speaker yang benar-benar adil kepada semua parti.

"Kita memerlukan seorang speaker yang boleh memastikan perjalanan Dewan Rakyat yang adil dan dengan baik," katanya.

Kampung Baru : Majlis Penasihat Akan Ditubuh

Posted: 18 Dec 2010 12:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Satu Majlis Penasihat 15 anggota akan ditubuhkan khusus sebagai penasihat kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PPKB), kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) Datuk Ahmad Phesal Talib.

Lapor Bernama , dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau berkata, anggota Majlis itu nanti terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, yang mewakili pemilik tanah Kampung Baru.

Beliau berkata PPKB diwujudkan di bawah Seksyen 5(1) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 14 Disember lepas.

Menurutnya perbadanan itu berfungsi melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung dengan pembangunan di dalam kawasan Kampung Bharu menurut Pelan Struktur dan Pelan Tempatan yang diperuntukkan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata 16 orang yang dicadang menganggotai PKKB nanti terdiri daripada seorang pengerusi yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, empat orang wakil kerajaan persekutuan dan dua orang wakil pemilik tanah kampung, seorang wakil kerajaan negeri yang dinamakan oleh Raja Negeri Selangor, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakil, dan enam anggota lain yang mempunyai profesionalisme dalam perkara berhubungan dengan pembangunan kampung dan apa-apa yang sesuai.

Katanya beberapa siri penerangan juga akan diadakan oleh Dewan BandarayaKuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pentadbiran MAS, khusus untuk memberi penerangan kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

"Siri penerangan itu membabitkan ketujuh-tujuh kampung di dalam Kampung Bharu termasuk Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periuk yang sudah diadakan pada 14 Dis lepas," katanya dan menambah semua pemilik dan pewaris tanah di kampung-kampung berkenaan diharap dapat hadir bagi membolehkan penerangan lengkap disampaikan kepada mereka.

PRK ke-14: Chua Soi Lek tak Tenang?

Posted: 17 Dec 2010 11:30 PM PST

Oleh Chen Shaua Fui

Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.

Pengkaji politik Wong Chin Huat berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan.


Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.

Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Kemenangan membawa makna kalah jikalau...

Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.

Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.

Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."

Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.

8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang

Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.

Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.

Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.

Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.

PR harus menarik sokongan peneroka FELDA

Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.

Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.

Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.

Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.

Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.

Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.

Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.

Majoriti BN mungkin berkurang

Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.

Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.

Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.

Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.

Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik

Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.

Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Tiada ulasan: