SharpShooter |
- Ceramah Chegubard, Mat Sabu dan Lim Guan Eng di Nibong Tebal, P.Pinang
- Anwar janji siasat dakwaan kepincangan Pemilihan 2010
- Kontraktor Melayu hebat di Penang
- Selangor akan jatuh jika pemimpin terlalu bangga
| Ceramah Chegubard, Mat Sabu dan Lim Guan Eng di Nibong Tebal, P.Pinang Posted: 29 Nov 2010 01:47 AM PST Penceramah : 1. YAB Lim Guan Eng ![]() 2. Hj. Mat Sabu ![]() 3. Che'gu Bard ![]() Majlis dirasmikan oleh : YB Hj. Maktar bin Shapee Tarikh : 30 November 2010 Hari : Selasa Masa : 9.00 malam Tempat - Dewan Persatuan Penduduk Fasa 2 (Belakang Pasaraya 800) Bandar Tasek Mutiara Anjuran : -Pejabat ADUN Sg. Bakap -Pakatan Rakyat Kepala Gajah -AMK Nibong Tebal -JKKK Kawasan Mai jangan tak mai.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Anwar janji siasat dakwaan kepincangan Pemilihan 2010 Posted: 29 Nov 2010 01:16 AM PST Anwar Ibrahim berjanji parti akan menjalankan siastan terperinci ke ayas semua aduan yang berasas berhubung dakwaan penyelewengan yanmg berlaku semasa Pemilihan Pimpinan Pusat 2010 baru-baru ini. Bercakap kepada Majlis Pimpinan Pusat serta perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivil, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di sini malam tadi, Anwar tidak menolak kelemahan dalam perlaksanaan sistem'satu anggota satu undi' yang pertama kali dijalankan oleh KEADILAN dan julung kali oleh sebuah parti di negara ini dan memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap dakwaan yang dibuat oleh anggota parti. "Adakah terdapat kelemahan? Ya. Perlukah ada penambahbaikan? Ya. Sekiranya ada bukti penipuan dalam mana-mana proses pemilihan adakah tindakan akan diambil? Ya. "Adakah sebarang cubaan untuk menutup mana-mana kes? Tidak. Adakah kita akan mengambil tindakan? Ya tetapi dengan syarat terdapat bukti penyelewengan," tegas Anwar kepada ahli MPP dan perwakilan. Beliau menggesa anggota tampil membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat serta menambah parti tidak menggenakan kekangan terhadap mana-mana calon untuk berbuat demikian. Sambil memuji kemampuan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail menggalas tanggungjawab menjalankan pemilihan, Anwar juga mempertahankan jumlah anggota yang keluar mengundi seramai 70,000 daripada 400,000 keanggotaan parti. Kata beliau berbanding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan pilihan raya di seluruh negara, Setiausaha Agung hanya mendapat bajet kecil bagi pemilihan. Anwar juga membidas pihak media yang sentiaa mencari ruang untuk menyerang KEADILAN dengan memperbesar-besarkan dakwaan berhubung pemilihan parti. "Kenapa kami digambarkan sebagai pihak yang bersalah. Ini kerana Utusan Malaysia yang mengatakan kita bersalah tetapi sejak bila Utusan pernah mengatakan kita betul," kata Anwar sinis. Beliau menegur sesetengah anggota yang menyertai KEADILAN tetapi masih gagal memahami konsep kepelbagaian kaum yang diamalkan oleh parti dan melihat hanya dari perspektif perkauman. Beliau menyeru anggota supaya bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umu ke-13 dan tidak hilang tumpuan kepada objektif ini. "Kita kalah Ijok tapi menang Selangor. Kita kalah di Batu Sapi tapi kita mampu tawan Sabah," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Kontraktor Melayu hebat di Penang Posted: 28 Nov 2010 10:01 PM PST Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.
Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja. Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu. "Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," katanya dalam satu kenyataan. Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan. Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya. Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.
Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013. Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Selangor akan jatuh jika pemimpin terlalu bangga Posted: 28 Nov 2010 09:36 PM PST Lim Kit Siang memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mungkin hilang Selangor jika pemimpinnya terlalu bangga dan tidak mengambil kira dengan sebarang kemungkinan. Berucap di majlis konvenyen DAP Selangor di sini hari ini, beliau berkata, seharusnya mengambil kira amaran itu dan belajar dari sejarah. PAS , katanya tidak menjangka merampas Terengganu 1999 dengan kemenangan 28-4 kerusi dewan undangan negeri. Bagaimanapun, pada 2004, PAS kalah dengan angka sama dan mereka tidak menjangkanya.
"Apa yang berlaku di Terengganu boleh terjadi di Selangor, iaitu tidak menjangka menang sebelum pilihanraya umum 2008 dan kalah dalam pilihanraya berikutnya walaupun mereka tidak menjangkanya? "Siapa kata ini tidak akan berlaku," katanya. Menurut Lim, konvensyen DAP Selangor penting untuk DAP Pakatan Rakyat supaya tidak mengulangi apa yang berlaku di Terengganu pada 2004. "Konvensyen ini boleh membantu mengakhiri krisis keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Pengerusi DAP Selangor chairman Ean Yong Hian Wah berkata beliau kesal ada yang berkata, rombakan perlu terhadap wakil rakyat sekarang. Katanya beliau sangat kesal kerana ia boleh memecahkan pasukan sedia ada. "Adakah kamu mahu memusnahkan diri kamu dalam proses ini. Jangan gunakan parti untuk kepentingan peribadi tetapi untuk umum dan negara," tambahnya. Konvensyen DAP Selangor ke-16 juga telah meluluskan tujuh resolusi termasuk menggesa kerajaan pusat menerima tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih empat syarikat air di negeri ini bagi mengurus perkhidmatan air secara lebih berkesan.Empat syarikat itu ialah Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Konsortium Abass Sdn Bhd.
Parti itu juga meminta kerajaan Selangor membuat kajian mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mengambil langkah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT dan agensi kerajaan negeri ini. Resolusi itu meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengambil tindakan terhadap pegawai yang didapati menyalahgunakan kuasa dan menggunakan keganasan semasa menjalankan siasatan dan menyemai konsep hak asasi manusia di kalangan pegawai berkenaan. DAP Selangor juga menggesa pemimpin pakatan pembangkang di semua peringkat di Selangor bersatupadu dan mengatur strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Ia turut menyeru kerajaan Selangor memperuntukkan tanah bagi Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil di negeri ini bagi mengatasi kesesakan dan kekurangan kedua-dua jenis sekolah itu di sesetengah tempat di negeri ini. Seramai 812 perwakilan daripada 1,016 anggota menghadiri konvensyen itu yang dirasmikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan