Isnin, 29 November 2010

Era Pasca

Era Pasca


GAMBAR BOGEL BARU ELIZEBERT WONG TERSEBAR? BOTUI2 LA...

Posted: 29 Nov 2010 01:01 AM PST

aku pun tak tau betul ke idak... tapi di sensasikan oleh blogger pembela UMNGOK..

tapi dalam blog-blog PR tak nampak lagi.. tapi toksah risau.. blog-blog PR nih bukan kira bulu kalau takat Hadi Awang and Anwar pun depa garang semacam so tak munggkin Elizabert Wong depa sokong.. ye dak!?

So kita tunggu dan lihat jer perkembangan ini... Pasai yang letus berita nih Blogger Bela Umngok so takdak lah orang ramai nak lompat... kahkahkah Cool eh!

aku petik dari UMNGOK YG RAJIN ONLINE! sebagai bukti mana tau dia buang balik pas nih.. kan..kan..kan...


kesian tak pasai-pasai jadik mangsa... sanggup kah BN UMNGOK menghadapi Pilihan Raya di BUKIT LANJAN?

Ini link mangkok tu... kalau korang nak meramaikan ke sana sila lah... kahkahkah (BIG MAMA)

TINGGALKAN KETUANAN MELAYU

Posted: 29 Nov 2010 12:32 AM PST

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata konsep Ketuanan Melayu harus "ditinggalkan" kerana ia hanya memperdayakan bangsa Melayu sendiri.
Beliau berkata konsep tersebut hanya digunakan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan Bumiputera, masih tetap terabai," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional PKR di sini.

Menurut Dr Wan Azizah, orang Melayu dan Bumiputera di negara ini sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan.

"Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai.

"Daripada RM54 bilion ekuiti dan saham untuk bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan. Di Semenanjung, di Sabah dan di Sarawak, kelompok paling miskin, dhaif dan terbiar melarat, adalah kaum bumiputera. Buruh bumiputera di Batu Sapi, hanya dibayar RM9.50 untuk kerja mereka selama sehari.

"Malah, bagi setiap empat keluarga yang pendapatan isi rumahnya kurang dari RM2,000 setiap bulan, tiga keluarga itu adalah keluarga Melayu," katanya di hadapan kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

Dr Wan Azizah dalam ucapan dasar itu turut mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di negara ini.

"Kerajaan Umno-BN juga tidak mempedulikan nasib dan kedudukan Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

"Kehidupan mereka masih terbiar dan tidak mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya. Kedaifan hidup mereka bagai sengaja dirancang untuk dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu di saat dan ketika yang mereka perlukan.

"Tidak ada langsung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kepentingan merupakan kaum pribumi di negara ini. Kedudukan mereka tidak terjamin kerana hak mereka tidak dimasukkan dalam tafsiran Perkara 153 dan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.

"Kita berjanji akan mengambil satu tindakan yang berani dan bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan Orang Asal ini dalam kerangka keupayaan kita." katanya.

Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata kegagalan Umno dalam membela nasib orang Melayu dan Orang Asli membuktikan parti Melayu terbesar itu tidak berjuang untuk bangsa sendiri.

"Semua ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO bukan berjuang untuk membela orang Melayu.

"Parti itu hanya berminat untuk menjaga kepentingan tauke-tauke tertentu. Umno adalah "parti tauke" dan jauh sekali untuk berwajah sebagai parti rakyat.

"Maka itu, PKR dan Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua orang Melayu dan seluruh rakyat," katanya.

HEBAT KONTRAKTOR-KONTRAKTOR MELAYU DI PINANG.. LEH KAYA CAMNIH!

Posted: 28 Nov 2010 10:52 PM PST

Sistem tender terbuka yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah teraju Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuktikan bahawa kontraktor Melayu di negeri ini tidak lembik, apatah lagi dayus.

Di sebalik dakwaan negatif seumpama itu selama ini, Guan Eng berkata, sistem berlandaskan prinsip Cekap, Akauntabiliti & Telus (CAT) yang menjadi pedoman pimpinan kerajaan negeri menunjukkan lebih 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

Di Pulau Pinang, katanya mana-mana kontraktor tidak perlu pakai kabel politik untuk dapat kontrak tetapi hanya pakai kabel komputer sebab kerajaan negeri mahu memartabatkan usahawan Bumiputera dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-perolehan dan kontraktor kelas F tidak perlu hanya datang dari UMNO sahaja.

Malah, ujarnya program Titian Saksama Rakyat (PTSR) sebanyak RM3 juta untuk membiayai program perniagaan ekonomi kecil telah memberi manfaat kepada 356 peminjam dan 81 peratus daripada jumlah itu ialah usahawan kecil Melayu.

"Biarlah Umno dan Barisan Nasional menerusi lidahnya, Utusan Malaysia hari-hari cuba menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan saya anti Melayu tetapi kita tahu kita memang memerintah berteraskan rakyat, berjiwa rakyat demi memartabatkan rakyat tanpa mengira kaum," katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau meminta Kementerian Kerja Raya turut diminta untuk menambahkan bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5 peratus sahaja buat masa ini kepada lebih 50 peratus di masa depan.

Tambahan sub-kontraktor dari Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada sub-kontraktor mendapat peluang daripada projek RM4.5 bilion yang bertapak di negeri mereka sendiri, katanya.

Menurunya, bilangan sub-kontraktor dari Pulau Pinang yang kecil itu dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepadanya yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini yang menjelaskan bahawa setakat 30 September 2010, seramai 106 sub-kontraktor telah dilantik oleh kontraktor utama bagi melaksanakan projek berkenaan.

Daripada jumlah tersebut, seramai 26 sub-kontraktor atau 24.5 peratus sahaja merupakan kontraktor yang berdaftar di Pulau Pinang, tambahnya.

Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.

Saya tidak akan keluar PKR walaupun diajak orang Zaid, Muhyiddin

Posted: 28 Nov 2010 08:27 PM PST

Walaupun tewas dalam saingan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan terus bersama parti itu, sekali gus menamatkan spekulasi akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat itu.

Mustaffa berkata beliau telah memutuskan untuk terus bersama meskipun ada diajak oleh penyokong Datuk Zaid Ibrahim yang meninggalkan PKR baru-baru ini dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Zaid meninggalkan parti selepas memutuskan untuk keluar saingan timbalan presiden atas alasan pemilihan diselubungi kecacatan dan kepincangan.

Mustaffa juga meletakkan dakwaan itu tetapi terus bersaing dengan protes.

Beliau ditewaskan oleh Azmin Ali yang hari ini disahkan sebagai timbalan presiden.

"Kalah dalam pertandingan adalah satu perkara biasa. Bila bertanding kita perlu bersedia sama ada akan menang atau kalah.

"Jangan salah faham bila saya buat aduan, walaupun pahit ditelan saya harus beritahu mengenai kepincangan yang berlaku dalam pemilihan parti.

"Saya buat aduan bukan sebab nak lemahkan parti tapi mahu supaya menjadi model contoh kepada Pakatan Rakyat," kata bekas naib presiden ini ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR hari ini.

Mustaffa menegaskan bahawa beliau akan tetap bersama PKR demi perjuangan kepada rakyat.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.

"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya.

Tambah Mustaffa selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.

"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.

"Dan, saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," kata beliau disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin pula mencabar Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan semua 13 parti komponen yang berada dalam parti itu.

Beliau berkata sekiranya BN benar-benar mahu melakukan perubahan langkah tersebut perlu dilakukan segera.

"Kalau BN benar-benar nak lakukan perubahan saya nak cabar mereka.

"Saya cabar mereka untuk membuburkan parti-parti perkauman dalam BN, bubarkan MIC, bubarkan MCA biar hanya ada satu parti sahaja iaitu parti BN.

"PKR ini bukan parti Melayu, bukan parti Cina dan bukan parti India tapi kita adalah parti untuk semua rakyat. Ini yang kita bangkitkan selama ini," katanya.

Shamsul Iskandar juga mempertahankan Anwar yang sebelum ini didakwa telah memberikan arahan supaya calon tertentu dipilih dalam pemilihan parti itu.

"Datuk Seri Anwar hanya usik-usik sahaja, tetapi ada orang cakap, 'eh, Datuk Seri sokong orang itu, sokong orang ini'.

"Takkan kita nak sekat ketua umum daripada memberikan pandangan. Beliau seorang pemimpin, nak beri teguran," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin meminta supaya semua ahli dan kepimpinan parti supaya menghentikan politik wayang dan politik retorik dalam parti.

"Kita perlu hentikan politik wayang dan politik retorik. Saya harap selepas pemilihan kita akan menjadi lebih matang.

"Jadi pemimpin yang menang harus buat kerja," katanya.

Ahli Parlimen Ampang itu juga mempersoalkan tindakan media yang mempersoalkan kedudukan Anwar sebagai ketua umum PKR.

"Kenapa media nak sibuk? Siapa mereka? Parti ini milik siapa?

"Jadi ikut suka hati kita nak letak Anwar di mana, sama ada di bawah atau di atas. Jangan salah letak sudah," tegasnya.

MI

AKU YANG BATU API > Umno makin angkuh, ketepi komponen BN

Posted: 28 Nov 2010 05:04 PM PST

Keputusan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini yang memperkenalkan pendaftaran ahli BN secara terus, ahli-ahli parti, Rakan BN dan Kelab Sahabat BN telah menunjukkan kuasa Umno semakin berleluasa dalam BN.

Selain itu, Umno semakin mengetepikan parti komponen dalam Barisan Nasional. Saya mencadangkan BN supaya membubarkan kesemua parti komponen dalam BN yang berasaskan kaum untuk menghapuskan sentimen perkauman yang semakin berleluasa di negara ini.

Parti politik yang berasaskan kaum harus dijadikan sejarah

Saya masih memberikan penghormatan kepada Parti Perikatan (kini digelar sebagai Barisan Nasional) dalam usaha untuk memerdekakan negara kita seperti yang dicatatkan dalam buku sejarah yang dirangka oleh kerajaan walaupun dikatakan Parti Perikatan ditubuhkan untuk menjaga kepentingan British selepas kemerdekaan.

Namun, Parti Perikatan yang dikatakan diwakili oleh semua kaum dan menjaga hak semua kaum masih mengamalkan polisi berasaskan warna kulit walaupun negara telah mencapai 50 tahun kemerdekaan. Perkara ini telah menyebabkan rakyat sering kali memandang sesuatu isu dari perspeksi perkauman.

Tindakan BN ini juga melanggar prinsip kesaksamaan manusia sejagat serta merampas hak asasi manusia. Ketidakadilan yang wujud dalam polisi kerajaan seperti sistem pendidikan bahasa ibunda, kebebasan beragama dan peluang ekonomi telah menjadi penghalang utama kepada perpaduan negara.

Barisan Nasional yang tidak menerima pandangan orang lain

Negara Jerman yang kesal dengan pemerintahan Nazi pada satu ketika dahulu mengganggap perkauman merupakan syaitan. Mereka juga menggubal undang-undang untuk mengharamkan penubuhan parti politik yang berasaskan sesuatu kaum sahaja. Walaupun negara kita pernah mengharungi insiden 13 Mei yang menyedihkan, namun, perkauman masih berleluasa di negara ini.

Laungan perkauman sering kali kedengaran di Mesyuarat Agung Tahunan Umno. Umno yang merupakan parti memerintah tidak banyak beza dengan Perkasa yang dilihat mengamalkan perkauman. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN telah meminggirkan peranan parti komponen lain dalam Barisan Nasional.

Parti komponen yang berasaskan sokongan orang Cina seperti MCA dan Gerakan telah dianggap sebagai penakut dan pengecut oleh pengundi kerana gagal untuk melawan keangkuhan Umno.

Oleh kerana sumber yang semakin terhad dan penyakit 50 tahun memerintah Malaysia, ketidakupayaan Umno dalam meluaskan lagi kekuasaan politik di negara ini telah memandang rendah terhadap parti komponen BN kerana gagal untuk mencari balik populariti BN.

Parti komponen BN yang menuju ke arah keruntuhan

BN harus menghapuskan polisi yang berasaskan kaum dan parti politik kaum sekiranya mereka benar-benar memikirkan kebaikan untuk rakyat Malaysia. Namum, Umno yang berselindung di bawah payung perkauman untuk mencari kepentingan mereka menjadikan Umno tidak mungkin untuk menghindari perkauman.

Mereka masih perlu menggunakan isu perkauman untuk mencari populariti murahan. Kekuasaan mutlak Umno dalam BN semakin mengikis dan merampas peranan parti komponen berasaskan orang Cina dalam BN. Organisasi bukan kerajaan (NGO) 1 Malaysia yang dilancarkan di Pilihan raya kecil Galas sekali lagi membuktikan Umno tidak memerlukan parti komponen berasaskan orang Cina untuk mencapai kejayaan.

Hal ini akan membawa kepada situasi di mana Umno akan merampas kerusi dari parti komponen mereka kerana pencapaian parti komponen yang kurang memuaskan.

Walaupun parti komponen menentang tindakan BN untuk membuka keahlian BN, namum hal ini telah berjaya dilaksanakan dan sesiapa pun tidak akan menjamin apa yang bakal berlaku pada masa depan kelak.

Perkara yang menghairankan ialah pemimpin yang sepatutnya menentang polisi ini demi kepetingan parti mereka kini menyambut baik tindakan BN ini. Mangsa tsunami politik dan juga mangsa perkauman Umno seperti Koh Tsu Koon telah menggadaikan kepentingan ahli parti kerana menyambut baik usaha BN ini. Tetapi beliau masih tidak sedar kerana ia bakal membawa mereka menuju ke arah keruntuhan.

Tiada ulasan: