labun KulupSakah... |
| Posted: 28 Nov 2010 05:47 PM PST kisah 1 aku mendekati public phone dengan poket berat penuh syiling. harap duitnya cukup. telefon pertama hanya untuk panggilan kecemasan. pergi ke sebuah lagi, masuk duit dan dail. duit ditelan tetapi telefon tak boleh berfungsi. sial! Rugi duit.. pergi ke sebuah lagi tapi terpaksa menunggu kerana seseorang sedang menggunakannya. masuk duit, dail dan tunggu. "Hello!"....bla! Bla! Bla dengan suara romantis dan memperingatkan diri sendiri dan kekasih akan 'date' esok. Tunggu jam 3 petang di Metro Sinar Kota. Seperti yang dijanjikan, esoknya kami bertemu. Pergi makan di warung tepi jalan. Menonton wayang. Menaiki bas mini ke mana-mana. -12- 15 tahun dulu, tanpa sms, henfon, email atau apa kecanggihan percintaan tetap berjalan lancar. kalau terjadi apa-apa di tengah jalan dah tentu tak dapat hubungi sang kekasih. Silap-silap kekasih merajuk kerana menunggu berjam-jam pasangannya tidak muncul. kisah 2 aku memasuki lif di hospital serdang. di dalamnya ada sepasang kekasih. Kedua-duanya doktor pelatih. Lelaki muda itu sedang berkata sesuatu kepada si amoi. sedang memujuk barangkali sebab suaranya terlalu lembut. aku tak faham bahasa cina. si amoi yang wajahnya menghadap dinding tidak menjawab, hanya menggeleng kepala. merajuk konon. aku pandang ke arah lain seperti tongong. apabila pintu lif dibuka, si lelaki menarik lembut tangan amoi keluar. amoi tidak membantah, hanya menurut tetapi wajahnya memandang ke arah lain. ah! Bercinta memanglah indah! * Kalau dah kahwin gua jamin sang lelaki tersebut akan menjerkah "Jangan buat gila merajuk dalam lif! Bikin malu saja!" dan terus blah...hahaha! ini entry sempena ulangtahun ke 12 perkahwinan kami hari ini dan kami meraikannya di wad. |
| You are subscribed to email updates from KulupSakah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan