Selasa, 2 November 2010

SharpShooter

SharpShooter


Syabas dan tahniah kerana peka dengan kehendak ahli parti

Posted: 01 Nov 2010 06:44 PM PDT



Syabas dan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat kerana peka dan sensitif dengan aduan dan teguran yang diterima. Akhirnya laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat telah memaparkan keputusan rasmi di setiap cabang sebagai rujukan calon dan penyokong. Inilah yang kita mahukan. Anda boleh layari di sini

Memang banyak persoalan timbul bila Saifudin Nasution umumkan kesilapan data oleh 'kesilapan manusia' semalam.

Ada yang bertanya mengapa Saifudin Nasution yang membuat sidang media bukannya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP)? Berbagai persoalan dan tohmahan timbul kerana wakil calon tidak diberi salinan keputusan rasmi.

Bukan soal siapa menang atau siapa kalah tetapi soal ketelusan itu yang diutarakan. Kita kena ingat bukan ahli Keadilan sahaja yang mengikuti pemilihan ini tetapi rakan dari PAS dan DAP serta umno dan b-end. Sebab itu kita tegur kerana kita sayangkan parti bukan sebab kita sayang calon tertentu.

Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi parti itu yang wajib kita selamatkan kerana kita tidak mahu imej Parti Keadilan Rakyat terus tercalar dengan pemilhan yang tidak telus dan JPP dianggap lebih teruk dari SPR.

Janganlah pula disalah ertikan orang yang menegur, janganlah pula cepat melenting bila ditegur. Syabas dan tahniah juga kepada petugas JPP dan pegawai yang bertungkus lumus memastikan perjalanan pemilihan berjalan lancar.

Selama tiga hari sharpshooter menjadi wakil calon, Abang Mokhtar dari Gopeng Perak dan Sdr Rodzi dari Permatang Pauh adalah Ketua Pegawai yang terbaik. Mereka sangat tegas dan profesional dalam menjalankan tugasnya dan ternyata sistem yang abg Mokhtar gunakan untuk pengiraan undi adalah terbaik dan cepat.

Terbukti di Kulim Bandar Baru dan Batu Kawan, keputusan penuh rasmi telah diketahui seawal jam 8.00 malam. Bukan seperti di Kubang Pasu, jam 11 baru selesai pengiraan dan menimbulkan kontroversi. Syabas dan tahniah sekali lagi...teruskan perjuangan...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Teori 'Konspirasi syaitan' oleh mantan setan

Posted: 01 Nov 2010 05:07 PM PDT

Utusan Meloya melaporkan KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pendedahan mengenai 'konspirasi syaitan' antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula 'dilondehkan' oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).

Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.

Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.

"DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai 'badut' untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik 'badut' tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.

"Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang 'ditabal' sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara," dakwanya. berita penuh di sini.

Sharpshooter - Rakyat tidak akan terkejut kerana zul nordin terkenal dengan pakar ramalan seperti ramalannya Keadilan akan hancur 10 bulan lagi. Ramalan itu dibuat bulan Mei 2010, ini bermakna bulan March 2011, Keadilan akan hancur dan berkubur terus.

Kenyataan 'konspirasi syaitan' ini keluar hanya kerana adanya pilihanraya kecil sahaja tak lebih dari itu. Selepas pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi, sepilah isu ini dan akan bertambah sepi lagi jika umno dan b-end tewas. Ini dinamakan 'konspirasi syaitan bermusim'.

Seperti penglipur lara, bercerita untuk hiburkan hati sebagai bahan hiburan. Budak sekolah pun pandai bercerita tentang cerita dongeng.
Zul Noordin juga seorang peguam, sudah pasti beliau juga tahu cerita 'konspirasi syaitan' ini relevan ke tidak dengan hanya sekadar bercerita tanpa sebarang bukti.

Sepatutnya kamu tegur Zamry MB Mahkamah Perak yang melakukan kerja 'syaitan' dengan membuat Upacara Khurafat..mengikat ancak ke tiang seri,supaya tidak
diganggu oleh jin-jin tanah mahupun`katak2 bebas' di situ.

Menjampi itu dan ini dan meletak itu dan ini ke satu-satu tiang KONONnya untuk menghalau benda2 tahyul dan memohon keselamatan adalah WARISAN tok nenek!.JELAS PERBUATAN SIRIK....


Sepatutnya kamu juga wajib tegur suami Najib Rosmah yang menjadi penaung peraga fesyen syaitan Islam. Mengapa anda menjadi syaitan bisu bila perkara itu dilakukan oleh suami najib rosmah bik mama?

Adakah kamu lebih takut bik mama dari Allah?







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: