Selasa, 2 November 2010

Era Pasca

Era Pasca


GAMBAR BUAT GELI KETIAK...

Posted: 02 Nov 2010 12:48 AM PDT

Apa depa buat nih? Ini kempen budaya mana? Pemain Kelantan yang susah payah... UMNGOK BEROK dapat nama.... Geli SIAL......

KULI pun wat muka tak bersalah? Tapi tak salah pun.. Cuma... APA KENE MENGENA BOLA ngan POLITIK atau PILIHAN RAYA?

BANGANG ke? kahkahkah

NIK AZIZ RELEK JER? Menteri Besar lagik... UMNO curi sokongan Penyokong Bola ke? Atau sekadar TUNJUK DIRI TU BANGANG? kahkahkah

TAHNIAH NAJIB.. BUAT2 LA DEMAM CACAR TU...

Posted: 01 Nov 2010 10:32 PM PDT

TAHNIAH NAJIB.. BUAT2 LA DEMAM CAMPAK TU... 

ADA AKU KESAH KO DEMAM CACAR atau DEMAM CACI atay DEMAM CUCUR!?

NTAH-NTAH lu tipu jer? MANA lu punya REPORT PERUBATAN? SAYFOOL nye REPORT PERUBATAN boleh ubah-ubah takkan lu TAKLEH buat untuk tayang kat semua orang lu KENA DEMAM CAMPAK? Koooooonon!

NTAH YE ke IDAK... ATAU lu MAU LARI? Lari sebab lu kasik naik MINYAK lagi.... PASTU takde orang leh temubual lu... DALAM POKET LA! Siyes!

Berita:

MINYAK NAIK 5 sen lagi HARI INI,

KUALA LUMPUR, 1 Nov - Berkuatkuasa 2 November, harga minyak petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadikan harga terkini minyak petrol jenis terbabit kepada RM2.15 seliter.

Kali terakhir harga minyak petrol RON97 dinaikkan adalah pada 15 Julai lalu yang menyaksikan harga lima barangan keperluan asas dinaikkan.

Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO ketika itu memberikan alasan bahawa kenaikan tersebut perlu bagi "mengurangkan beban subsidi" minyak petrol yang terpaksa ditanggung kerajaan.

Kerajaan juga telah mengumumkan bahawa harga minyak petrol RON 97 akan ditentukan melalui apungan yang terkawal sambil menetapkan bahawa hanya minyak petrol RON97 sahaja boleh dijual kepada kenderaan yang berpendaftaran luar negara.

Pemotongan subsidi berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan BN untuk mengurangkan subsidi bagi barangan keperluan asas seperti yang dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) yang diketuai oleh Idris Jala, menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Kenaikan harga minyak petrol RON97 berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini, dalam pembentangan bajet 2011 nya mengumumkan cadangan pembangunan beberapa projek mega, antaranya Menara Warisan setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, dan juga rancangan menjadikan negara ini sebagai hab hiburan.

Projek-projek mega tersebut, katanya boleh membawa masuk lebih banyak pelaburan disamping menarik minat lebih ramai lagi pelancong ke negara ini seterusnya menjana pendapatan yang lebih tinggi daripada industri terbabit.

Idris pula, pada awal tahun ini juga pernah memberi amaran bahawa kenaikan lima harga barangan asas itu perlu bagi mengurangkan beban subsidi yang boleh menyebabkan negara ini menghadapi kemungkinan muflis jika sebarang langkah pengurangan subsidi berkenaan tidak dilaksanakan.

FOTO - KEBETULAN PALE HANGGOK MU!

Posted: 01 Nov 2010 08:26 PM PDT

KEBETULAN SOTONG PAUL MATI... HANGGOK ANG!

kahkahkah

DAH LAH BUAT SALAH... TAK MENGAKU... PASTU CAKAP KEBETULAN... AKU RASA SAYFOOL PUNYA SPENDA KAT UMAH ex TUNANG DIA PUN SECARA KEBETULAN... kahkahkah

Penduduk sekitar Kampung Baru Cina di Gua Musang dilaporkan dibayar RM100 dan diberi sehelai kemeja-T untuk mengambil bahagian berhimpun untuk majlis 1Malaysia di kawasan perumahan mereka semalam.

Kebanyakan mereka dibayar untuk memakai kemeja-T dengan logo 1Malaysia di depan dan belakang serta dilihat berkeliaran di sekitar kawasan pilihan raya kecil Gasa di Gua Musang itu sejak beberapa hari lalu.

Kemuncaknya, semalam pada jam 3 petang, mereka berkumpul dan melaungkan slogan "1Malaysia" dan berarak sekitar kawasan berkenaan. Habuannya, selain wang tunai, mereka juga dibekalkan dengan sebuah beg yang mengandungi beberapa tin susu serta Milo.

Selain itu, mereka juga menikmati jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'NGO 1Malaysia' yang ditugaskan menyebarkan kempen perpaduan kerajaan, tetapi menafikan mereka berkempen untuk mana-mana parti politik.

"Antara 1,000 hingga 2,000 orang tiba untuk mendaftar (untuk majlis perakan itu). Ada juga yang bukan penduduk tempatan tetapi orang luar. Pihak penganjur hanya minta nama dan beberapa butiran lain," kata seorang penduduk yang turut mengambil bahagian selepas jamuan makan malam berkenaan.

Dakwanya, ada juga penduduk yang mengambil kesempatan untuk mendaftar lebih daripada sekali dan oleh kerana majlis ini membabitkan ramai orang, makan tidak mungkin bagi penganjur mengecam mereka.

Pengerusi Dewan Penyokong PAS Gua Musang, Hua Pang Chow, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata dia dimaklumkan mengenainya oleh penduduk tempatan.

"Malah, saya alu-alukan penduduk supaya pergi dan ambil wang serta barangan. Yang penting, kita tetap undi PAS," katanya.

Sia Teck Keong, penyelaras bagi NGO 1Malaysia di Gua Musang, ketika dihubungi berkata mereka berada di Galas untuk memupuk kempen perpaduan.

Beliau menafikan mereka yang terlibat dibayar tetapi mengakui penduduk diberikan barangan dan kemeja-T.

"Kita lakukan ini di seluruh Malaysia dan secara kebetulan pilihan raya kecil diadakan di sini. Kita akan anjurkan sekali lagi (hari ini), pada jam 11 pagi," katanya.

Ditanya sumber kewangan yang diperolehi bagi membeli barangan untuk diedarkan kepada penduduk, Sia berkata, ia hasil derma usahawan dan peniaga yang menyokong usaha kumpulan itu.

Politik kedai kopi;Semuanya secara kebetulan,baik projek-projek perumahan rakyat,dan pembangunan yang lainya,yang di lancarkan di Galas.Jadi fikirkanlah Kebetulan atau Rasuah.

Politik Kedai Kopi

TERHANGIT... SELEPAS FORMULA RAHMAN! FORMULA RAHMAN SEMULA...

Posted: 01 Nov 2010 06:27 AM PDT

NAJIB kene CACAR 1 Hal...

NAJIB kene CHIKEN POX satu Hal...

NAJIB g HAJI 1 Hal...

NAJIB PILIH PM BARU? INI MACAM2 Hal...

Semua tertanya-tanya apa FORMULA selapas RAHMAN... kahkahkah

NAMPAKNYA FORMULA RAHMAN bermula dari asal kembali..

FORMULA RAHMAN
MULA-MULA

R – Tunku Abdul RAHMAN Putra: 1st PM
A – Tun ABDUL Razak: 2nd PM
H – Tun HUSSEIN Onn: 3rd PM
M – Tun MAHATHIR Mohamad: 4th PM
A – Dato' Seri ABDULLAH Ahmad Badawi: 5th PM
N - Dato' Seri Mohd NAJIB Tun Razak ???

MESTI NAK TAU KAN LEPAS TU APA?

R - ROSMAH MANSOR

A - ANWAR IBRAHIM
H - ???? dan seterusnya masih tak ketahui lagi..

SO... Sorylah DSAI lu terpaksa tunggu ROSMAH baru ang leh jadik PM... kahkahkah

Berita.

Rosmah pemangku PM jadi tanda tanya
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najib juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Tiada ulasan: