Selasa, 2 November 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Permohonan dan pembaharuan pasport secara online

Posted: 02 Nov 2010 12:46 AM PDT


Tindakan Jabatan imigresen yang akan melaksanakan permohonan pasport secara online seharusnya dipuji. Dalam era teknologi maklumat yang semakin meningkat ini, tindakan ini dilihat sememangnya wajar. ia dapat menjimatkan masa dan tenaga serta memudahkan urusan pendaftaran dan semakan. Jadi selepas ini sesiapa yang nak buat pasport tak payahlah beratur panjang-panjang (bagi pejabat imigresen yang sesak). Anda boleh terus memohon atau memperbaharui pasport secara online.

Secara luarannya tindakan ini Tampak mudah dan berkesan.

KOTA BHARU 2 Nov. - Jabatan Imigresen akan memperkenalkan permohonan pengeluaran pasport secara online bagi memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai perkhidmatan internet dan sibuk dengan tugasan harian.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) jabatan itu, Che Din Yusoh berkata, perkhidmatan percubaan itu akan diperkenalkan di kawasan Lembah Klang, bermula Disember depan.

"Ini adalah salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan Jabatan Imigresen dalam usaha mempercepatkan proses permohonan dan pengeluaran pasport di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Imigresen Zon Timur, di sini, hari ini.

Menurutnya, usaha ini juga dilakukan ke arah penambahbaikan mutu perkhidmatan yang disediakan kerajaan kepada rakyat, selaras gagasan kerajaan menerusi slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Beliau berkata, setakat ini jabatannya mengambil inisiatif memperkenalkan perkhidmatan pengeluaran pasport dalam masa singkat iaitu selama sejam di 47 pejabat utama di seluruh negara yang dianggap kawasan panas, seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor dan Pulau Pinang. - Bernama




ReJaM© "Pasport Antarabangsa ReJaM pun baru luak sepuluh muka surat! hmmm..."

Bukti media BN prejudis terhadap rakyat Kelantan

Posted: 01 Nov 2010 11:22 PM PDT


ReJaM© hairan bagaimanalah media berpengaruh yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional tergamak menggambarkan imej negatif terhadap penyokong Kelantan? Perkara ini sekaligus memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap Rakyat Kelantan. Lihat sahajalah pada komik yang dipaparkan di dalam akhbar tempatan yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional ini. Bagaimanakah komik sebegini rupa boleh dibenarkan penyiarannya di dalam akhbar? Adakah editor akhbar ini sememangnya anti Kelantan?

Adakah kerana Negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan PAS maka media BN ini memainkan peranan untuk memburuk-burukkan rakyatnya? Apa salah mereka? Kalau dipandang dari segi budaya tidak sihat penyokong bola sepak, adakah hanya penyokong Kelantan yang berkelakuan tidak baik di Stadium? Mengapa pula bendera Negeri Kelantan yang dipaparkan di dalam komik tersebut?

Kalau dilihat di sini, media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional ini menggambarkan rakyat Kelantan seperti golongan kelas kedua. Apa salah mereka? Mereka juga manusia biasa dan apa yang penting mereka adalah Rakyat Malaysia. Lihatlah rakyat Kelantan, bagaimana pandangan media UMNO BN ini kepada anda?

Semasa memancing undi pelbagai pujian dan sanjungan diberikan kepada rakyat Kelantan. Di hari lain, rakyat Kelantan dihina dan dicaci!

Sumber gambar: Pancaindera, Utusan Malaysia (24/10/2010)



ReJaM© "Ada otak fikir, ada akal pakai tolak UMNO di PRK Galas!"

Siapa DJ Radio Utara yang ditangkap khalwat?

Posted: 01 Nov 2010 09:35 PM PDT

Bagi pendengar setia radio di utara Malaysia, tentumudah sekali untuk mengenali siapakah DJ Radio yang ditangkap khalwat di Alor Star. Berita Harian memberikan pembayang yang cukup kuat untuk pembaca terutamanya orang dari Utara Malaysia bagi meneka siapakah empunya diri yang telah ditangkap khalwat bersama teman wanitanya ini.

Apapun aib orang tak perlulah dibuka, walaupun ReJaM© pantas sekali untuk mengagak siapakah DJ terbabit, namun tak sampai hati untuk mendedahkan wajahnya.

ALOR SETAR: Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin.

Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.

Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).

Difahamkan, 'orang kuat' stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.

Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan. - Berita Harian



ReJaM© "Biarlah tiada kaitan dengan hidup ReJaM©... "

Penoreh maut diserang lebah

Posted: 01 Nov 2010 09:10 PM PDT


KEMAMAN - Seorang penoreh getah maut apabila diserang sekumpulan lebah ketika dia dalam perjalanan pulang bersama isteri selepas menoreh getah berhampiran rumahnya di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah dekat sini kelmarin.

Mangsa, Din Ali (gambar kecil), 54, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Hospital Kemaman selepas terkena sebanyak 102 sengatan di muka dan badannya.

Namun isteri Din, Khersiyah Engku Hassan, 51, pula hanya dimasukkan ke wad di hospital sama semalaman kerana turut disengat serangga itu.

Sebelum kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa bersama isterinya baru habis menoreh getah di kebun mereka yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Mengimbas kembali kejadian itu, Khersiyah berkata, ketika mereka berjalan kaki untuk pulang, terdapat seekor lebah hinggap di pipinya menyebabkan dia menampar lebah itu sehingga mati.

"Sejurus itu juga muncul sekumpulan lebah yang tidak tahu dari arah mana terus menyerang dan menyengat kami berdua," katanya yang mempunyai lima orang anak hasil perkongsian hidup dengan suaminya.

Dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya sempat meminta tolong dan mengarahkan agar mereka berpecah bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Katanya, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan dalam tempoh itu dia sempat melihat suaminya terjatuh beberapa kali ketika cuba melarikan diri.
[Kosmo]




ReJaM©

Harga petrol November 2010 naik 5 sen mulai hari ini

Posted: 01 Nov 2010 08:49 PM PDT


Khabar angin mengenai kenaikkan harga petrol RON97 Bagi bulan November 2010 telah bertiup kencang sejak beberapa hari lalu. Namun berita tersebut kini telah disahkan benar. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan!

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini. Oleh itu, harganya kini berubah kepada RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari semalam dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.

Memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

[Malaysiakini]



ReJaM© "Kenaikkan harga minyak ini bagai tindak balas berantai! Maka semua barang yang berkaitan dengan minyak RON97 akan naik harga dengan alasan peningkatan kos logistik Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Kerajaan"

Panduan mengundi untuk penyokong BN sahaja!

Posted: 01 Nov 2010 08:06 PM PDT

Tengah hari ni sambil rehat-rehat lepas makan tengah hari, ReJaM© nak ajar cara atau teknik mengundi yang betul kepada para bakal pengundi dan pembaca BloG MiLo SuaM yang menyokong UMNGOK dan Be End, Kepada pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat teknik lain akan ReJaM© ajarkan di lain hari kalau ReJaM© rajin nak ajar.

ReJaM© tahu, korang penyokong UMNGOK dan Be End ni mesti tak suka betul dengan Pakatan Rakyat terutama PAS kan? Sebab tulah korang sokong UMNGOK Be End. Jadi untuk menunjukkan rasa tidak suka korang kepada PAS, luahkanlah isi hati korang tu pada kertas undi bila mengundi nanti! Satu undi satu Suara! Buktikan anda benar-benar menyokong UMNGOK Be End dan Membenci PAS dengan cara berikut! Lihat betul-betul jangan sampai salah pulak!

klik gambar2 berikut untuk paparan yang lebih jelas!




ReJaM© "Ingat jangan lupa tau?! kah kah kah"

Bendera PAS di Stadium bukit Jalil 2010

Posted: 01 Nov 2010 11:20 AM PDT



Tentu sekali ini adalah gambar yang tidak sekali-kali mahu dilihat oleh penyokong dan pendukung UMNGOK dan Be End. Tentu ramai penyokong parti sebelah sana yang panas hati dengan kehadiran bendera PAS di stadium bukit Jalil sempena Piala Malaysia 2010. Apa pun tahniah kepada Kelantan yang telah berjaya merangkul kejuaraan merebut Piala Malaysia tahun 2010.

Secara simboliknya kemenangan Piala Malaysia 2010 ini bagaikan bererti kemenangan kepada Negeri pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Sekali lagi tahniah kepada Pasukan Kelantan dan Penyokongnya.



ReJaM© "Gomo Kelate Gomo keh keh keh..."

Isu Ijazah Calon BN DUN Galas, memang sah penipu!

Posted: 01 Nov 2010 10:47 AM PDT


Sebelum ini telah didedahkan tentang isu ijazah Calon BN yang tiba-tiba memiliki ijazah di dalam risalah kempennya. Salah seorang pembaca Blog MiLo SuaM yang juga merupakan salah seorang staff ataupun student di Universiti Utara Malaysia, UUM telah melakukan semakan di portal UUM yang hanya boleh dilakukan menggunakan ID beliau. ternyata nama calon BN tersebut tidak terdapat di dalam Portal tersebut.

Berikut email yang diterima,

I was login using my ID n password to UUM Portal( UUM Student Only )

carian nama gunakan

1) Abdul Aziz Bin Yusof : No Data Found
2) Abdul Aziz B Yusof : No Data Found
3) Abdul Aziz Yusof : No Data Found

4) Abdul Aziz : 488 data found

check pic attached, itu jak y related...xda nama Abdul Aziz Bin Yusof
Publish at your Blog...

dont publish about my self n also my email...tq

Di bawah ini screenshot hasil semakan yang dilakukan, ternyata nama calon BN yang mendakwa kononnya memiliki ijazah dari UUM hanyalah cerita bohong dan sungguh memalukan.








ReJaM© "Takda kelulusan buatlah cara takda kelulusan, ini menipu terang-terangan! 1988 UUM belum ada kampus lagi Tuan Abdul Aziz Yusof "

Komen Nik Aziz berkenaan Isu geran tanah Kelantan

Posted: 01 Nov 2010 10:14 AM PDT

UMNO dan Barisan Nasional begitu rancak memainkan isu tentang geran Tanah Kelantan di dalam PRK Galas untuk meraih undi bagi calon Barisan Nasional Addul Aziz Yusof yang dilihat kurang berkeyakinan menentang DR Zulkefli Calon PAS kerana beliau hanya memiliki kelulusan SPM sahaja.

Kini masa yang ditunggu-tunggu, Mari kita dengar dan nilai sendiri ulasan atau komen ringkas dari Menteri Besar Kelantan berhubung isu yang dimainkan oleh para penyokong dan pendukung UMNO di Kelantan.

GUA MUSANG, 1 Nov – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan kerajaan negeri pimpinannya tidak akan memberikan geran tanah kepada penduduk di Gua Musang.

Tinggal tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Galas, Mursyidul Am PAS (gambar) menegaskan, geran tanah akan diberikan selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

"Kita akan beri geran tanah, tidak timbul isu tidak mahu beri (geran tanah).

"Kita tidak suka cakap kosong," katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Bandar Baru Lojing di sini.

Selepas mesyuarat khas itu, Nik Aziz melawat perkampungan Orang Asli dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk.

Turut hadir calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob ketika ditemui berkata, program penyerahan geran tanah kepada penduduk akan diadakan secepat mungkin.

"Kita akan ambil peluang juga dalam tempoh ini (untuk beri geran tanah).

"Ada juga masa ini (kempen) ada juga selepas (pilihan raya)," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah Dan Wilayah itu berkata, pemberian geran tanah akan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Jajahan selesai proses persiapan yang sepatutnya.

"Persiapan untuk dapatkan geran itu dibuat oleh pejabat tanah, Exco (Kerajaan Negeri) dan ketua jajahan luluskan saja," katanya.

Tambahnya, sepertimana amalan sebelum ini, geran tanah tersebut akan dikurniakan oleh Sultan Kelantan.

"Biasanya geran tanah diserah oleh ke Bawah Duli.

"Contohnya yang Tuanku bawa pada Jumaat sebelum ini, Tuanku telah hadir. Seramai 114 orang penduduk Gua Musang telah menerima geran (tanah) dalam majlis berkenaan," katanya.

Pada 22 Okteber lalu Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan di sini.

Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.

Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Galas Khamis ini menyaksikan pertandingan antara Dr Zulkefli dan calon Barisan Nasional Abdul Aziz Yusoff.

Kerusi DUN itu kosong ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat barah usus pada 27 Sept lepas.




ReJaM©

Jenazah dikebumi satu liang lahad

Posted: 01 Nov 2010 09:13 AM PDT


Berita mengenai kemalangan yang berlaku di Setiu baru-baru ini benar-benar menyentuh hati. Berita terbaru yang dipetik dari Berita Harian Online, mendapati jenazah mereka yang terlibat dikatakan dikebumikan di dalam satu liang lahad. Takziah kepada mangsa yang terlibat. Semoga akhir kalam kita nanti di dalam iman dan Islam insya Allah.

BESUT: Empat sekeluarga yang terbunuh dalam kemalangan antara kereta dan van di Setiu semalam dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Padang Bual, Pasir Akar hari ini.

Mereka yang berasal dari Kampung Bukit China, Pasir Akar ialah Noorazyelwy Sidek, 32, adiknya Noorazry Elmy, 29, Noorafzan Efizalman, 16, dan anak perempuan Noorazry Elmy, Nor Amysha Maisarah, 1,

Ibu kepada ketiga-tiga mangsa Zabedah Teh, 49, dan isteri Noorazry Elmy, Che Marina Awang, 23, turut hadir di tanah perkuburan itu.
Hujan lebat yang turun, tiba-tiba berhenti semasa pengebumian hendak dijalankan.

Sebelum itu kereta jenazah yang membawa keempat-empat mangsa ke tanah perkuburan yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada rumah Zabedah, terpaksa mengharung air banjir apabila jalan utama ke tempatan pengkebumian di Gertak Jerbong dinaiki air sedalam 0.3 hingga 0.6 meter.

Beberapa kampung di Besut kini dilandar banjir ekoran hujan lebat yang turun sejak semalam.

Turut terbunuh dalam kemalangan 1.30 petang itu di KM67.5 Jalan Permasuri-Penarik berdekatan Kampung Nyatoh ialah penumpang van berkenaan, Mek Wook Yaakob, 76, yang meninggal di Hospital Setiu.

Kereta yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan pulang dari Panarik manakala van berkenaan yang sarat dengan 13 orang penumpang dipercayai sedang menuju ke arah Dungun.

Kereta itu dipandu Noorazydyelwy, kakitangan Universiti Malaysia Terengganu, manakala van itu dipandu Wan Mohd Mustaffa Zulkarnain, 45, penghantar barangan runcit di Jerteh.

Isterinya, Wan Samariah Wan Nawang, 47, cedera parah.

Menurut polis, kereta itu dikatakan terbabas ke kanan jalan akibat jalan yang licin berikutan hujan lebat lalu bertembung dengan van berkenaan yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA



ReJaM© "Takziah kepada mangsa yang terlibat, Al Fatihah..."

Keadaan terkini PM Najib semakin sembuh - Rosmah

Posted: 01 Nov 2010 08:56 AM PDT


Sebelum ini dilaporkan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak mengalami simptom awal chicken pop sebaik sahaja pulang dari lawatan ke luar negara. Namun begitu keadaan terkini beliau dilaporkan beransur pulih dan akan memulakan tugas kembali secepat mungkin seperti yang dilaporkan oleh Rosmah Mansor isteri beliau.

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pulih dari penyakit cacar dan kini tidak sabar untuk kembali menjalankan tugas rasmi.

Rosmah berkata, Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.

"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Km 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Rosmah berkata, beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.

Ditanya sejak bila Perdana Menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-17 lagi.

"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya. - Bernama



ReJaM©

Gambar keadaan Banjir di UUM

Posted: 01 Nov 2010 08:34 AM PDT

Seorang pembaca MiLo SuaM telah mengirimkan keadaan terkini gambar banjir di UUM. Terima kasih diucapkan. Seperti tahun-tahun yang lalu semua sedia maklum, fenomena banjir biasa berlaku di utara semenanjung Malaysia pada sekitar bulan November dan Disember pada setiap tahun, kali ini giliran tahun 2010 pula. Harap mereka yang terlibat dapat bersabar dan sentiasa tabah menghadapi dugaan dari Allah. Berikut gambar-gambar keadaan banjir di Universiti Utara Malaysia, UUM yang dikongsikan oleh salah seorang pembaca. Semoga ada manfaat untuk semua.


















ReJaM© "Kesian student UUM yang nak konvo tahun ni..."

Banjir besar di Perlis lebih seribu dipindahkan

Posted: 01 Nov 2010 07:25 AM PDT

Petang tadi ada seorang rakan di Facebook memberi tahu tentang hujan lebat di Perlis. Tadi baru terbaca berita di Bernama tentang banjir besar yang berlaku. Malah ramai yang sudah dipindahkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Nampaknya kita dah menghampiri hujung tahun 2010, maka fenomena banjir di utara semenanjung Malaysia memang tak dapat dielakkan.

KANGAR 1 Nov. - Seramai 1,218 penduduk di daerah Padang Besar, Arau dan Kangar dipindahkan ke 14 pusat pemindahan di negeri ini berikutan keadaan banjir yang semakin buruk.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Abdullah Ali memberitahu, sehingga pukul 6 petang ini, mereka yang terlibat termasuklah seramai 921 mangsa dari 226 keluarga di Padang Besar telah dipindahkan ke lima pusat pemindahan banjir di daerah berkenaan.

Katanya, mereka terdiri daripada 112 mangsa yang ditempatkan di di Dewan Titi Tinggi Hilir, Pusat Khidmat Mata Ayer (30), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan (386), Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup (324) dan seramai 69 mangsa dipindahkan ke Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Beseri.

"Sebanyak dua lagi pusat pemindahan banjir iaitu Guar Nangka dan SMK Tengku Fauziah di daerah yang sama turut dibuka untuk mangsa banjir namun sehingga kini jumlahnya masih belum diketahui," katanya di sini, hari ini. - Bernama




ReJaM©

Tawaran biasiswa Jepun dan IMF tahun 2011 / 2012

Posted: 01 Nov 2010 06:46 AM PDT

Berita baik untuk bakal pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pelbagai bidang di peringkat Master dan Phd. Tawaran biasiswa daripada Negara Jepun yang diuruskan oleh IMF telah diterima oleh pihak JPA.

Dalam usaha untuk membangunkan barisan kepimpinan masa depan Pegawai Kanan Kerajaan Malaysia, pihak JPA telah menerima TAWARAN JAPAN-IMF SCHOLARSHIP FOR ASIA YEAR 2011 - 2012 di mana biasiswa ini akan dibiayai oleh Kerajaan Jepun dan ditadbir oleh International Monetary Fund (IMF) bagi pelbagai bidang Pengajian Master dan PhD di universiti-unversiti berprestij di Jepun.

Objektif penawaran biasiswa ini adalah sebagai penyumbang kepada pembangunan modal insan dalam pembuat keputusan berkaitan ekonomi untuk menggalakkan pertumbuhan pakatan ekonomi serantau yang berdaya saing di rantau Asia dan Pasifik.

Pegawai JAN Kumpulan Pengurusan & Profesional yang telah mencapai LNPT yang cemerlang, bermotivasi dan berdaya maju serta memiliki potensi kepimpinan; bercadang mengikuti pengajian kesarjanaan di universiti Jepun (tanpa syarat khusus JPA), anda dipelawa untuk memohon Biasiswa JAPAN & IMF For ASIA YEAR 2011-2012.

Permohonan secara Online di http://www.imf.org dan Borang JPA (L) LDP 1B/96 (Pin. 1/2010) mesti dihantar melalui perakuan pelepasan daripada Pengarah Sektor/Pengarah Audit Cawangan Negeri/Setiausaha Bahagian Audit Dalam Kementerian/Setiausaha Bahagian Audit Sekolah oleh pemohon untuk dikemukakan kepada KETUA SEKSYEN PERANCANGAN KERJAYA (MODAL INSAN) JAN PUTRAJAYA (u.p En. Sabarudin bin A.Kadir Wahab). Tarikh tutup permohonan pada 15 November 2010 (Jumaat).

Pemohon yang berjaya ditawarkan penajaan, pihak JPA akan mengeluarkan Surat Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dan Hadiah Latihan (Tajaan Asing).




ReJaM©

Teka teki Veteran UMNO keluar parti terjawab

Posted: 01 Nov 2010 05:24 AM PDT


Sejak dari awal bahang kempen Pilihanraya Kecil DUN Galas sudah kedengaran desas desus kemungkinan besar seorang veteran UMNO yang sudah menulis sepucuk surat untuk keluar dari UMNO pada 1 November (hari ini). Pelbagai spekulasi didengar dari blogger-blogger yang cuba mengagak veteran UMNO berpengaruh yang dikatakan ingin keluar dari UMNO itu. Sehinggakan ada yang membuat spekulasi kononnya Tengku Razaleigh Hamzah adalah veteran UMNO tersebut.

Apapun teka teki itu akhirnya terjawab apabila veteran UMNO Kelantan Soberi Shafii mengumumkan kepada media tentang tindakannya keluar dari parti UMNO hari ini. (Gambar: Soberi menunjukkan surat maklumat keluar Umno yang disahkan penerimaannya oleh ibu pejabat Umno jam 10.45 pagi tadi).

"Umno khasnya Umno Kelantan lupakanlah khayalan masing-masing untuk menawan Kelantan bahkan kerusi (Umno) yang ada pun akan hilang dalam pilihan raya umum akan datang," kata Soberi yang pernah menjadi calon BN di Dun Kadok, Kelantan pada tahun 1995 lalu.

Beliau yang pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Kelantan berkata, kekecewaan kepada para pemimpin Umno yang ada menjadi punca utama beliau mengambil keputusan keluar dari Umno.

"Bayangkan, saya tidak diberikan sebarang tugas untuk parti," katanya kepada wartawan dalam sidang media itu.

Soberi berkata, sikap berpuak-puak Umno khasnya di Kelantan akan menggagalakn segala visi dan misi baik yang dicanangkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

"Sebab itulah, selepas seminggu perhimpunan agung, saya mengambil keputusan ini," katanya.

Soberi berkata, sikap pemimpin Umno yang berpuak-puak akan menggagalkan pelaksanaan segala ucapan Najib itu.

"Di Galas di atas bolehlah nampak bersatu tetapi siapa tahu apa yang berlaku di bawah sana. Saya yakin cantas mencantas berlaku," kata Soberi mengulas pilihan raya kecil Galas yang menunjukkan seolah-olah pemimpin Umno bersatu apabila Tengku Razaleigh dipilih sebagai pemimpin manakala Datuk Mustapha Mohamad sebagai timbalannya.

Soberi berkata, selepas berhenti beliau akan menjelajah seluruh Kelantan untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang senasib dengan beliau.

"Mereka ramai di seluruh Kelantan. Saya akan himpunkan mereka kembali dan membentuk satu kuasa baru," kata Soberi. Bagaimanapun beliau nafi akan bersama dengan Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim ahli.

"Saya tidak akan bersama dia bahkan saya bukanpun ahli Perkasa," kata Soberi.

elepas tepat 38 tahun menjadi ahli dan memegang pelbagai jawatan dalam Umno, Mohd Soberi Shafii menghantar surat memohon keluar dari parti itu.

Permohonan itu dihantar kepada pejabat Umno dan dicop pengesahan menerimanya jam 10.45 pagi tadi.

Soberi membuat pengumuman keluar Umno dalam satu sidang media bersama rakan-rakannya di Hotel Istana, hari ini.

Beliau menyifatkan, pemimpin Umno yang ada sekarang bukannya mementingkan parti lagi tetapi menjaga kepentingan diri sendiri dan kroni masing-masing.



ReJaM© "Eloklah keluar UMNO, lagi ramai lagi bagus..."

UKM dan Lawak bodoh AUKU

Posted: 01 Nov 2010 04:53 AM PDT

Dua minggu lepas, satu kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Kesatuan Mahasiswa-Mahasiswa Sedar (KEMAS) telah mendedahkan penglibatan mahasiswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Perhimpunan AgongUnited Malays National Organisation yang berlangsung baru-baru ini. Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai pihak dan ada juga yang berasa amat hairan, mengapa Universiti boleh membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation, sedangkan mahasiswa yang ke PRK Hulu Selangor untuk sekadar memerhati, ditangkap polis, didakwa dalam Mahkamah Universiti, dan dilucutkan anugerah dekan.


Suatu tindakan yang bukan setakat bodoh, tetapi juga dengan jelasnya menunjukkan betapa zalim dan tidak adilnya kerajaan kita. Apa yang lebih berbahaya adalah pihak pentadbiran universiti. UKM langsung tidak menghargai penuntutnya yang kritikal dan proaktif, sebaliknya mendakwa mereka menyokong pihak parti pembangkang semata-mata kerana memiliki risalah kempen pilihan raya mereka. Barangkali UKM universiti pertama di dunia yang berhasrat merosakkan masa depan penuntutnya yang proaktif dan kritikal.

Mungkin agak kurang ajar - tetapi jikalau dilihat dari segi kelayakan mereka, malah dari segi obligasi moral - istilah "bodoh" memang sesuai digunakan terhadap institusi yang diberikan amanah untuk mendidik dan membentuk minda-minda hebat dalam negara ini. Malangnya, institusi ini menjadi tukang turut parti pemerintah untuk menyebarkan kebodohan dengan menghalang pelajarnya daripada menjadi kritikal terhadap kerajaan. Universiti ini bukan sekadar mengkhianati pelajar-pelajarnya, tetapi turut mengkhianati negara dengan berlaku tidak adil terhadap bakat-bakat pimpinan masa hadapan.


Sudah jelas di sini, Universiti bukannya berniat untuk menghalang mahasiswa berpolitik supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran, ini sememangnya alasan lapok United Malays National Organisation untuk menipu rakyat. Nampaknya Universiti hanya berniat untuk menjahanamkan masa depan pelajar-pelajarnya yang cenderung menyokong parti pembangkang, supaya menjadi "pengajaran" kepada mana-mana pelajarnya yang berani bercakap benar mengkritik kezaliman pihak pemerintah.


Tetapi, jika mahu menyokong United Malays National Organisation, Prof Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin tanpa segan silu sanggup membenarkan mahasiswanya "yang tidak cukup matang untuk berpolitik", "yang dibimbangi mudah terpengaruh", untuk menyertai Perhimpunan Agong United Malays National Organisation.


Kami tertanya-tanya, tidakkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM berasa malu dengan apa yang dilakukannya? Tidak mampukah seorang akademik seperti beliau memikirkan kesan tindakannya membenarkan pendakwaan terhadap masa depan pelajar-pelajarnya itu? Mengapa beliau tanpa sebarang rasa malu, setelah begitu tegas menghalang penglibatan mahasiswa dalam politik, membenarkan pihak Universiti sendiri terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation?


Sanggup Universiti ini memusnahkan masa depan pelajarnya sendiri hanya kerana perbezaan politik. Mungkin perlu dijelaskan kepada pihak pentadbiran universiti, bahawasanya parti pembangkang bukanlah musuh Negara, mereka CUMA sekumpulan warganegara yang mempunyai idea pentadbiran yang alternatif. Mereka adalah bukti kepada amalan demokrasi Negara kita yang bergantung kepada sistem "check and balance" untuk memastikan pihak kerajaan tidak menyalahgunakan kuasa mereka.


Ini adalah satu mekanisme yang sangat penting kepada sistem demokrasi yang mana tanpanya negara boleh menjadi fasis dan menindas rakyatnya sendiri. Jika pihak universiti sendiri tidak memahami sains politik mudah ini, maka kami khuatir masa depan negara adalah terancam.


Nampaknya pihak pemerintah, mahupun institusi akademik negara, tidak memikirkan kebaikan rakyat. Mungkinkah Prof.Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin juga seorang lagi kroni? Sekiranya tohmahan sedemikian benar, ramai akan berasa sedih dengan kerajaan yang hanya pedulikan pegangan kuasanya sahaja tanpa memikirkan rakyat, sehinggakan minda-minda cerdik pandai negara pun ditindas tanpa belas kasihan.


Cuba bayangkan perasaan ibu-bapa dan keluarga UKM4. Hanya kerana tidak menyokong United Malays National Organisation, Universiti bertindak mendakwa mereka, dan menarik balik anugerah dekan. Pada persepsi umum UKM sedang cuba menanam semangat kronisme, nepotisme, dan korupsi di kalangan pelajar-pelajarnya. Beginikah kelakuan institusi suci yang dipanggil menara gading?


Jelas pelajar-pelajar yang terlibat dalam Perhimpunan Agong United Malays National Organisation itu tidak akan diambil apa-apa tindakan. Sudah tidak perlu berlagak neutral lagi, orang ramai sudah tahu betapa jijiknya pihak pentadbir Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekalipun mahu mengampu parti pemerintah janganlah dengan mengorbankan masa depan orang muda yang berani dan sayangkan negara.


Sekiranya Universiti Wawasan milik Parti erakan Rakyat Malaysia, UKM dengan terang-terangnya tali barut United Malays National Organisation, dan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti hanya lawak bodoh untuk memperbodohkan pelajar-pelajar kita.




ReJaM©

Permohonan kemasukan ke IPTA 2011/2012

Posted: 01 Nov 2010 04:26 AM PDT


*info pendidikan

Info berikut adalah mengenai Permohonan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam IPTA, Institut Pendidikan Teknikal dan Vokasional,TEVT dan Institut Latihan Kemahiran Awam,ILKA bagi sesi akademik 2011/2012 Ambilan Julai 2011.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memutuskan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi akademik 2011/2012 adalah seperti berikut :

Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf

Ini terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf Peringkat Diploma Dan Program Persediaan di IPTA Sesi Akademik 2011/2012 atau Ambilan Julai 2011; dan

  2. Kemasukan ke Program Sijil dan Diploma di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Ambilan Tahun 2011.

FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan

  • Tarikh : 1 November 2010 – 31 Disember 2010

FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian

  • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian.

  • Harga Unik ID adalah RM 10.60 seorang

  • Secara Individu

    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking

    • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.

  • Secara Pukal

    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.

    • Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010

    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf

  • Ini merupakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM, STAM dan setaraf di 18 buah universiti bagi Ambilan Julai 2011.

  • UPSI tidak membuat pengambilan bagi lepasan STPM, STAM dan setaraf.

  • USM mengendalikan sendiri proses permohonan kemasukan. Oleh itu permohonan kemasukan ke USM perlu dibuat terus ke USM.

  • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

Pembelian Nombor Unik ID BSN

  • Nombor Unik ID ini wajib digunakan semasa membuat permohonan.

  • Harga Unik ID adalah RM 15.60 seorang

  • Secara Individu

    • Pembelian secara individu melalui kaunter, ATM dan SMS Banking

    • Tarikh : 10 Januari 2011 – 4 April 2011

    • Salinan MyKad calon perlu dikemukakan.

  • Secara Pukal

    • Pembelian melalui sekolah menggunakan borang BPKP-32C di kaunter BSN.

    • Tarikh : 1 November 2010 – 30 November 2010

    • Salinan MyKad calon perlu disertakan.

Maklumat

  • Sila kunjungi laman web rasmi kemasukan ke IPTA untuk maklumat lanjut.

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03 8883 5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel upu@mohe.gov.my

  • *sumber: eputra.com

PRK Batu Sapi, satu lagi projek kebetulan BN

Posted: 01 Nov 2010 01:27 AM PDT

Seperti biasa bila ada sahaja PRK, maka timbullah satu demi satu 'projek kebetulan' kerajaan Barisan Nasional akan diumumkan oleh Muhyidin Yassin ataupun Najib sendiri. Kali ini Ketua Menteri Sabah pula nak tumpang glamour, konon-kononnya kerana dialah Najib meluluskan projek RM 16 juta untuk pembaikan jalan di Batu Sapi.

Apapun bila ada ahli parlimen yang meninggal dunia, nampaknya rakyatlah yang akan untung kerana UMNGOK Be End dengan senang hati akan meluluskan berbagai-bagai permohonan sambil mengatakan ia sebagai projek yang telah lama diluluskan dan kebetulan sahaja diumumkan semasa PRK.

SANDAKAN, 1 Nov — Sebanyak RM16 juta diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi melaksanakan projek membesarkan Jalan Sibuga, yang kerap mendatangkan kerumitan kepada pengguna jalan raya itu, mulai tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata berikutan rungutan penduduk kawasan itu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sekong dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, beliau secara peribadi menghubungi Najib, yang juga Menteri Kewangan, pada 9.30 pagi tadi bagi meminta peruntukan untuk menaik taraf jalan sepanjang 2.75km itu.

"Perdana menteri terus meluluskan peruntukan RM16 juta dan meminta saya mengumumkannya hari ini.

"Kita akan membesarkan jalan laluan sehala itu kepada dua hala bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang sering berlaku di situ," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Pairin (gambar), jalan raya itu semakin sibuk dengan adanya lapan sekolah di sekitarnya, sebuah kompleks sukan, rumah warga tua, taman-taman perumahan dengan 5,000 unit rumah dan Institut Latihan Perindustrian.

Beliau juga berkata kerajaan negeri telah memberi peruntukan RM2.3 juta bagi kerja pembaikan dan penurapan 12 jalan kecil di sekitar Jalan Sibuga. — Bernama





ReJaM© "Lepas ni boleh la pakat-pakat undi calon yang dah tua atau sakit nak meninggal! Nanti calon tu meninggal boleh dapat banyak projek kebetulan!"

Tiada ulasan: