Ahad, 14 November 2010

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Ali Rustam Kata Bela Islam, Mana Tudung Isterinya?

Posted: 14 Nov 2010 03:43 AM PST

Sopan di majlis rasmi

Ali Rustam kata, kita akan membela Melayu dan kesucian agama Islam terutamanya di Melaka. Tapi apa sebenarnya berlaku dengan agama yang cuba dipertahankan oleh Ali Rustam? UMNO kecoh mengatakan merekalah yang akan membela agama dan bangsa tetapi mahu jaga isteri mengenai adab-adab terhadap Islam telah gagal. Mari kita tengok gambar-gambar isteri Ali Rustam. 

Ini pun nampak sopan


Sopan jugalah


Gambar isteri Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman di Majlis Malam GALA di Melaka.    


Betul ke ni isteri Ali rustam..



Inikah Islam janaan UMNO







Macam Rosmah tapi versi 2



Cun tapi kurang menarik



Gala-gala gejala sosial



Hidup melayu, hidup UMNO



Fesyen Islam versi UMNO (macam zaman jahiliyyah)


Hidup Ali Rustam, Hidup Melayu, Hancur UMNO

P/s: Islam telah menegaskan jika mahu mencari pemimpin yang baik dan bertamadun maka tengoklah bagaimana dia mendidik isterinya dan keluarganya. 

Pemimpin, yang isterinya menutup aurat adalah pemimpin yang baik. Pemimpin, yang isterinya tidak menutup aurat adalah pemimpin yang kurang baik. 

Pengundi, yang mengundi isteri pemimpin yang menutup aurat adalah pengundi yang baik. Pengundi, yang mengundi pemimpin yang tidak tutup aurat adalah pengundi yang kurang baik.

Golongan ini sahaja yang dapat lesen untuk tidak menutup aurat

1. Kanak-kanak yang belum akil baligh
2. Gila
3. Bukan Islam

Adakah isteri pemimpin-pemimpin UMNO yang berbinti tergolong dalam golongan di atas sekiranya tidak menutup aurat? Pandai-pandai fikir sebab sudah besar panjang. Apa guna jadi Yang Berhormat kalau maruah sendiri pun tidak mahu dijaga dan jangan salahkan ulama'. 

Nak Tahu Bagaimana Kami (UMNO/BN) Menang Di Galas?

Posted: 13 Nov 2010 09:26 PM PST

Mudah sahaja kalau hendak menang Pilihan Raya Kecil N.45 Galas ini. Kita gula-gulakan rakyat dengan material. Rakyat mesti sangkut punya. Kami sudah cuba cara ini di Galas dan terbukti berjaya. Kami menang majoriti menewaskan calon PAS. Kami bangga dengan cara kami lakukan kali ini.

Kemungkinan itulah cara yang dibincangkan oleh UMNO/BN di Kelantan ketika Pilihan Raya Kecil N.45 di Galas pada 4 November lalu. Mudah sahaja kerana ada tiga jenis kategori dalam pengagihan membeli undi rakyat di Galas. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengundi Berprofil Tinggi, Pengundi Berprofil Sederhana dan Pengundi Berprofil Rendah.

Klik gambar bagi pembesaran

Pertama, apa itu Pengundi Berprofil Tinggi? Pengundi Berprofil Tinggi ialah pengundi seperti ini hanyalah di bawah penyeliaan Pengarah Gerakan Jentera Pengarah Hal Ehwal Pengundi sahaja, segala bentuk tindakan akan di bawa ke Pengarah Gerakan Jentera Barisan Nasional Pusat.

Kedua, apa itu Pengundi Berprofil Sederhana? Pengundi Berprofil Sederhana ialah kebenaran diberi kepada Ketua Operasi untuk menyelaras perkara ini dan bentuk tawaran adalah seperti berikut:-

Pemberian hadiah

TV Pensonic, dapur memasak Pensonic, mesin basuh Pensonic, periuk nasi Pensonic, mesin jahit jenama Singer, basikal sekolah dan wang tunai RM500 hingga ke RM1000

Ketiga, apa itu Pengundi Berprofil Rendah? Pengundi Berprofil Rendah ialah sekadar memberi wang tunai berjumlah RM200 sahaja.

Begitu mantap sekali adegan rasuah UMNO/BN dalam membeli undi rakyat. Mereka saja buat kecoh pasal isu Tuan Guru bagi sumbangan zakat RM250 kepada mualaf tetapi mereka sebenarnya mahu menutup segala kelemahan mereka dan mengalihkan isu kepada Pakatan Rakyat.

Maut Ditelan Projek Mega

Posted: 13 Nov 2010 03:29 PM PST



SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.


Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.
Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.
Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.
Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.
Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

Tiada ulasan: