Ahad, 14 November 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


MASA UMNO PERGI DAN TURUN TAHTA SUDAH TIBA PERGILAH OUUIIII

Posted: 14 Nov 2010 09:27 AM PST

Masanya telah tiba untuk Umno berundur dan tampuk pimpinan negara digantikan oleh PAS kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. 
Katanya, Melayu khususnya diseru untuk mnenyertai parti Islam itu memandangkan Umno kini sudah hilang arah dan tidak mampu lagi menjaga kepentingan masyarakat Melayu di negara ini. 
"Orang Melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS," katanya ketika membentangkan kertas kerja 'PAS Ganti Umno, Rasional dan Tindakan', di sini semalam.
Memetik portal Harakahdaily.net, Idris menggariskan 23 sebab kewajaran Umno diganti dengan PAS. 
Antaranya menyebut bahawa Islam bukan dasar Umno, malah Islam hanya diperalatkan oleh Umno untuk agenda politik tertentu. 
Bahkan katanya, Umno juga katanya terang-terangan menggunakan masyarakat Melayu untuk kepentingan peribadi dan kantung masing-masing. 
"Mereka guna perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri.
"Di mana tempat Umno kuat, di situ Melayu merempat," tambahnya.
Umno juga dakwanya mengamalkan dasar Umno Putera bukan bumiputera.
Ianya satu bentuk diskriminasi bangsa hanya kerana berlainan ideologi yang menyebabkan peratus kemiskinan bumiputera meningkat.
Merujuk kepada pembangunan modal insan, Umno juga katanya gagal dalam menjalankan amanah bagi membentuk masyarakat yang bersih akhlak dan berkeperibadian mulia.
Ini kerana, Umno katanya lebih berminat untuk menyuburkan industri maksiat di negara ini. 
Tambah Idris lagi, sejak 50 tahun memerintah juga, rasuah di bawah Umno terus meningkat malah sudah membarah di kalangan pemimpin dan ahli mereka.
"Sebenarnya punca kerosakan besar sebuah negara dan tamadun berpunca dari rasuah sehingga keselamatan negara terancam," katanya.
Umno juga katanya tanpa segan silu sanggup menggadai harta negara ke tangan asing iaitu dengan menyerahkan telaga Blok L dan M kepada Brunei dengan nilai RM320 bilion, pulau Batu Putih kepada Singapura, dan juga memberi 217 hektar tanah KTMB kepada republik itu.
Justeru katanya, PAS akan menjelaskan segala kepincangan yang dilakukan oleh Umno kepada rakyat agar mereka dapat menilai siapa Umno sebenarnya.

UMNO ITU BAIK KATA NASHA SEBAB ITU DIA MAHU UG

Posted: 14 Nov 2010 07:02 AM PST

AS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat jika serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, PAS  harus bersedia menawarkan perkhidmatan terbaik  dalam semua bidang seperti ekonomi, kebajikan dan keadilan sosial agar rakyat yakin dengan keupayaan PAS untuk memerintah.
"Perlumbaan kita dengan Umno ini perlumbaan untuk menawarkan yang terbaik kepada rakyat.
"Saya tidak menafikan Umno berada dalam keadaan yang boleh dikatakan baik jadi kalau PAS nak ganti Umno,kita mesti jadi lebih baik.

tTERNYATA UMNO ITU BAIK KATA NASA: YA SEBAB ITULAH DIANI INGIN BERKEHENDAK DALAM GELAP KAH KAH KAH..

DAHSYATNYA SOLAT ALA ISLAM UMNO

Posted: 14 Nov 2010 02:51 AM PST

JIKA KALAH DI PRU 13 NANTI:UMNO AKAN PENUHKAN JALAN RAYA DENGAN DEMO?BETULKAH?

Posted: 14 Nov 2010 01:06 AM PST

Sambil menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno tidak patuh terhadap undang-undang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendesak parti Melayu terbesar itu berundur secara terhormat jika kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Hadi berkata Umno yang merupakan teras kepada Barisan Nasional (BN) sepatutnya perlu bersikap terbuka dalam menerima kekalahan dalam pilihan raya, bukan dengan berusaha mencari taktik untuk menang dan bertindak macam di Perak tahun lalu.
"Saya minta Umno undur diri secara terhormat sekiranya kalah, mengaku kalah sahaja. Jangan nak cari jalan menang. Macam di Perak dulu, sudah kalah terima sahajalah, begitu juga dengan undi Orang Asli.

KATA KATA PRESIDEN PAS INI MENUNJUKKAN BAHAWA UMNO TIDAK SANGGUP UNTUK MELEPASKAN PEMERINTAHAN JIKA TEWAS DI PRU 13 NANTI? MUNGKINKAN JALAN RAYA AKAN DIPENUHI MANUSIA BUSUK DARI MEREKA ITU?

1 PATTANI TUNDUK DIBAWAH THAILAND?

Posted: 13 Nov 2010 10:45 PM PST

Gabenor Pattani, Nipon Naraphitakul berkata beliau menggunakan pendekatan konsep 1Malaysia dalam mengekalkan keamanan di Selatan Thailand yang sentiasa bergolak.

Beliau, yakin keamanan boleh wujud di wilayah itu melalui pendekatan1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak dilaporkan oleh media di negara itu, sekiranya kerjasama dengan golongan ulama, imam dan guru-guru agama di wilayah itu sekarang dapat diteruskan.

"Pendekatan yang diambil melalui konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib amat berkesan dalam usaha mengembalikan keamanan di wilayah Pattani. Kita ada dua kumpulan sahaja iaitu orang Melayu sebanyak 80 peratus dan orang Buddha 20 peratus, masyarakat Cina terlalu kecil," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Sungai Golok, Selatan Thailand.

Lebih 4,000 orang maut dalam kejadian keganasan yang berlaku di tiga wilayah bergolak di Selatan Thailand - Pattani, Yala dan Narathiwat, sejak enam tahun lepas.

Susulan daripada peristiwa itu, keamanan Selatan Thailand sentiasa terumbang-ambing dengan susulan pembunuhan dan beberapa siri serangan bom.

Nipon berkata jika Malaysia yang didiami oleh pelbagai kaum termasuk Cina dan India boleh disatukan dengan aman kenapa tidak di kawasannya yang hanya mempunyai dua kaum saja.

Justeru, beliau yakin dalam masa enam bulan keamanan dapat dicapai dan menjadi wilayah terunggul dengan kedatangan pelancong di selatan negara itu.

Berdasarkan impiannya untuk melihat wilayahnya membangun, Nipon berkata setiap minggu beliau akan berkunjung ke kampung-kampung di Selatan Thailand untuk berjumpa dengan imam-imam dan guru-guru agama dan membincangkan langkah-langkah ke arah mengembalikan keamanan di wilayah itu.

"Peringkat pertama saya jumpa semua guru agama, ulama dan imam-imam berbincang bagaimana untuk mencapai keamanan di kawasan ini, dia beri pandangan dia, saya guna pandangan itu.

"Hasil pertemuan itu, sekarang kita sudah nampak reda sikit, kalau dulu kerap berlaku tembak menembak dan bom sekarang sudah tidak kedengaran lagi, kalau ada pun jarang-jarang sekali," katanya yang dilantik pada Oktober lepas.

Beliau berkata selepas perjumpaan pertama, beliau secara individu bertemu golongan terbabit pada setiap Jumaat meminta mereka menyelesaikan masalah dalaman sekiranya wujdu masalah.

Nipon berkata beliau ditugaskan sebagai gabenor "di kampung" sendiri yang dianggapnya bukanlah satu tanggungjawab yang mudah untuk menyelesaikan masalah itu dan berhasrat untuk membawa keamanan di kawasan itu sebagaimana yang diharapkan oleh kerajaan Thailand.

"Sebagai gabenor muslim di tempat sendiri kita tahu perkara cara menyelesaikannya dan bagaimana menyelesaikannya. Kita tidak kata kepada dia apa yang boleh kita bantu dalam menyelesaikan masalah itu tetapi kita minta dia bantu menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.

--Bernama

JALAN MATI BUAT ZAID?

Posted: 13 Nov 2010 06:44 PM PST

Umno tidak akan menerima bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim untuk menyertai semula parti itu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno.

"Dia juga akan bagi masalah. Kita tidak suka orang yang beri masalah.

"Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, hari ini.

Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.

Namun, Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan Umno dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.

--Bernama

GAMBAR DEMO TUNTUT ANWAR BERUNDUR

Posted: 13 Nov 2010 05:18 PM PST

Tiada ulasan: